Salinan Buku seerah Rasulullah S.A.W

Salinan Buku seerah rasulullah saw- Ar-Raheeq Al-Makhtum
- 1. Ar-Raheeq
Al-Makhtum Ar-Raheeq Al-MakhtumSYEIKH SAFY
AR-RAHMAN AL-MUBARAKFURIYY (INDIA)Pemenang Hadiah PertamaPertandingan
Seerah Rabitah Alam Islam, Mekkah
- 2. Ar-Raheeq Al-Makhtum
Ar-Raheeq Al-Makhtum: KandunganBil
Tajuk
Halaman 1 Peranan & Perlunya Riwayat Hidup
Rasulullah dalam Memahami Islam 2 Sumber-Sumber Sejarah Rasulullah
S.A.W 3 Rahsia Pemilihan Semenanjung Arab Sebagai Tapak Pancaran
Islam 4 Kelahiran Rasulullah S.A.W dan 40 Tahun Sebelum Pengutusan 5
Dipersada Bani Saad 6 Kembali Ke Pangkuan Ibunya Yang Penyayang 7
Ke Pangkuan Datuk Pembelas Kasihan 8 Ke Pangkuan Bapa Saudara Yang
Mengasihani 9 Bertemu Pendeta Buhaira10 Peperangan Al-Fujjar11
Perjanjian Al-Fudul12 Hidup Penuh Keperitan13 Perkahwinan Baginda
Dengan Khadijah (R.A)14 Pembinaan Semula Kaabah Dan Permasalahan
At-Tahkim15 Sejarah Ringkas Sebelum Kebangkitan16 Semasa
Kerasulan17 Dibawah Naungan An-Nubuwwah Dan Ar-Risalah Di Gua Hira18
Penangguhan Wahyu19 Jibril Membawa Wahyu Pada Kali Kedua20
Penjelasan Lanjut Mengenai Jenis-Jenis Wahyu21 Selepas Kerasulan22
Peringkat-Peringkat Dakwah Dan Tahap-Tahapnya23 Tahap Pertama: Jihad
Melalui Dakwah24 Generasi Pertama25 Solat26 Maklumat Telah
Sampai Ke Pengetahuan Quraisy27 Tahap Kedua: Dakwah Secara
Terang-Terangan28 Seruan Kepada Keluarga Terdekat29 Di Bukit
As-Safa30 Memperjuangkan Kebenaran Dan Reaksi Masyarakat Makkah31
Perwakilan Quraisy Menemui Abu Talib32 Majlis Permesyuaratan
Bersidang Untuk Mencegah Jemaah Haji Dari Mendengar Seruan
Rasulullah S.A.W33 Pelbagai Cara Menentang Dakwah Rasulullah S.A.W34
Penyiksaan35 Pemboikotan Ramai36 Piagam Penyiksaan Dan
Kezaliman37 Tiga Tahun Di Lorong Abu Talib38 Pelanggaran Piagam39
Perwakilan Quraisy Menemui Abu Talib Untuk Kali Terakhir40 Tahun
Perkabungan41 Kematian Abu Talib42 Khadijah R.A Kembali Ke
Rahmatullah43 Dukacita Yang Silih Berganti44 Perkahwinan Baginda
Dengan Sawdah R.A
- 3. Ar-Raheeq Al-Makhtum45 Secebis Ulasan
Mengenai Perkahwinan Rasulullah S.A.W Dengan Aisyah R.A46
Faktor-Faktor Kesabaran Dan Kecekalan47 Peringkat Kedua: Seruan Islam
Ke Luar Mekah48 Rasulullah S.A.W Di Taif:49 Memperkenalkan Islam
Kepada Qabilah Dan Individu Tertentu50 Qabilah-Qabilah Yang
Diperkenalkan Islam51 Golongan Beriman Bukan Dari Penduduk Makkah52
Enam Jiwa Suci Dari Bumi Yathrib53 Isra Dan Miraj54 Baiah Al-Aqabah
Pertama55 Duta Islam Ke Madinah56 Kejayaan Yang Cemerlang57 Baiah
Al-Aqabah Kedua58 Perbincangan Awal Dan Penjelasan Tanggungjawab Yang
Amat Penting Oleh Al-Abbas Bin Abdul Muttalib59 Memastikan Beban
Tanggungjawab Baiah60 Pengikatan Baiah61 Perlantikan Dua Belas Orang
Sebagai Naqib62 Syaitan Membongkar Perjanjian Rasulullah S.A.W63
Kesediaan Al-Ansar Untuk Memerangi Quraisy64 Quraisy Megemukakan
Bantahan Kepada Pemimpin Yathrib65 Kepastian Berita Oleh Pihak Quraisy
Dan Pemburuan Mereka Yang Berbaiah66 Kumpulan Sulung Berhijrah67
Perbincangan Kritikal Dl Darul Nadwah Parlimen Quraisy68 Sidang Darul
Nadwah Dan Persetujuan Dengan Keputusan Durjana Untuk Membunuh
Rasulullah S.A.W69 Hijrah Rasulullah S.A.W70 Pengempungan Rumah
Rasulullah S.A.W71 Rasulullah S.A.W Meninggalkan Rumahnya72 Dari
Rumah Ke Gua73 Ketika Mereka Berdua Di Dalam Gua74 Dalam Perjalanan
Ke Madinah75 Persinggahan Di Quba76 Memasuki Al-Madinah77 Marhalah
Pertama78 Keadaan Semasa Di Madinah Ketika Hijrah79 Struktur
Masyarakat Baru80 Pembinaan Masjid An-Nabawi81 Mempersaudarakan Kaum
Muslimin82 Carta Persefahaman Islam83 Perjanjian Dengan Yahudi84
Butiran Perjanjian85 Perjuangan Berdarah86 Pendedahan Tekad
Menghalang Ziarah Ke Masjid Al-Haram87 Quraisy Mengugut Kaum
Muhajirin88 Keizinan Allah Kepada Kaum Muslimin Untuk Mengangkat
Senjata89 Ghazwah Dan Sariyah Sebelum Peperangan Badar90 Ghazwah
Badar Al-Kubra: Salah Satu Peperangan Awal Penentu Dalam Islam91 Kadar
Kekuatan Tentera Islam Dan Pengagihan Pimpinan92 Tentera Islam
Bergerak Ke Arah Badar93 Pemberitahuan Kepada Penduduk Di Makkah94
Penduduk Makkah Bersedia Untuk Berperang95 Kekuatan Tentera Makkah
- 4.
Ar-Raheeq Al-Makhtum 96 Persoalan Kabilah-Kabilah Banu Bakr 97
Tentera Makkah Bergerak 98 Kabilah Dapat Melepaskan Diri 99 Tentera
Makkah Bercadang Untuk Berpatah Balik & Keretakan Dalam Barisan
Kepimpinan Makkah100 Pendirian Tentera Islam Yang Kritikal101
Majlis Permesyuaratan102 Tentera Islam Meneruskan Perjalanannya103
Rasulullah S.A.W Menggerak Operasi Perisikan104 Memperolehi Maklumat
Terpenting Mengenai Tentera Makkah105 Hujan Turun106 Tentera Islam
Mendahului Ke Tempat Pertempuran Yang Strategik107 Markas Pimpinan108
Mobilisasi Tentera Dan Sembahyang Malam109 Tentera Makkah Di Medan
Peperangan Dan Perpecahan Di Kalangan Mereka110 Dua Pasukan Kini
Berhadapan111 Detik Terakhir Dan Pencetus Peperangan112 Pertarungan
Satu Lawan Satu113 Pelanggaran Menyeluruh114 Rasulullah S.A.W
Memohon Doa Restu Kepada Tuhannya115 Para Malaikat Turun Ke Bumi116
Serang Balas117 Iblis Menarik Diri Dari Kancah Peperangan118
Kekalahan Yang Teruk119 Kedegilan Abu Jahal120 Kematian Abu Jahal121
Penampilan Iman Di Dalam Peristiwa Ini122 Korban Kedua-Dua Belah
Pihak123 Makkah Menerima Berita Kekalahan124 Al-Madinah Menerima
Berita Kemenangan125 Tentera Rasulullah S.A.W Bergerak Menuju Ke
Madinah126 Perutusan Menyampaikan Tahniah127 Permasalahan Tawanan128
Al-Quran Berbicara Sekitar Peperangan Badar129 Ghazwah Uhud:
Persiapan Quraisy Untuk Pertempuran Ganas130 Kekuatan Tentera Quraisy
Dan Pimpinannya131 Tentera Makkah Bergerak132 Risikan-Risikan
Rasulullah S.A.W Menyingkap Pergerakan Musuh133 Persiapan Kaum
Muslimin Menghadapi Kecemasan134 Tentera Musuh Di Pinggir
Al-Madinah135 Majlis Permesyuaratan Bersidang Membentuk Pelan
Pertahanan136 Pembahagian Kelompok Tentera Islam Dan Kemaraan Baginda
Ke Medan Perang137 Perbarisan Tentera138 Bermalam Di Tempat Di
Antara Uhud Dan Al-Madinah139 Penderhakaan Abdullah Bin Ubai Dan
Rakannya140 Tentera Islam Yang Masih Kekal Terus Mara Ke Uhud141
Strategi Pertahanan142 Rasulullah S.A.W Meniup Semangat Juang Ke Atas
Tentera Islam143 Mobilisasi Tentera Makkah144 Politik Pancingan
Quraisy145 Wanita Quraisy Sebagai Unit Perangsang Dan Pendesak146
Pencetus Pertempuran
- 5. Ar-Raheeq Al-Makhtum147 Asakan
Pertempuran Di Sekitar Pembawa Panji Dan Pembunuhannya148 Peperangan
Disudut-Sudut Berasingan149 Kematian Singa Allah Hamzah Bin Abdul
Mutalib150 Menguasai Kedudukan151 Dari Pelukan Seorang Perempuan Ke
Medan Pertempuran152 Unit Pemanah Dan Peranannya D1 Dalam
Pertempuran153 Kaum Musyrikin Menerima Kekalahan154 Kesalahan Besar
Unit Pemanah155 Khalid Al-Walid Bertindak Mengempung Tentera Islam156
Sikap Berani Rasulullah S.A.W Semasa Menghadapi Pengepungan Quraisy157
Tentera Islam Berkecamuk Di Tengah-Tengah Suasana Yang Gawat158
Pertempuran Sengit Di Sekeliling Rasulullah S.A.W159 Detik Cemas Di
Dalam Kehidupan Rasulullah S.A.W160 Para Sahabat Berkumpul Semula Di
Sekeliling Rasulullah S.A.W161 Tentera Musyrikin Semakin Menekan162
Berita Kematian Rasulullah S.A.W Dan Kesannya Kepada Perjuangan163
Rasulullah S.A.W Meneruskan Perjuangan Dan Menyelamatkan Keadaan164
Kematian Ubai Bin Khalaf165 Talhah Membantu Rasulullah S.A.W166
Serangan Terakhir Kaum Musyrikin167 Mencacatkan Para Syuhada168
Kesungguhan Pahlawan Bersedia Untuk Bertempur Hingga Ke Titisan Darah
Terakhir169 Rasulullah S.A.W Tiba Ke Lereng Bukit170 Abu Sufian
Bongkak Selepas Peperangan Dan Mengadakan Dialog Dengan Umar171 Janji
Bertemu Semula Di Badar172 Memastikan Sikap Musyrikin173 Meninjau
Dan Menangani Para Syuhada Dan Yang Cedera174 Mengumpul Para Syuhada
Dan Mengkebumikan Mereka175 Rasulullah S.A.W Memuji Allah Dan Berdoa
Padanya176 Kepulangan Rasulullah S.A.W Ke Madinah Disambut Dengan
Keluhuran Cinta Dan Ketulusan Hati177 Rasulullah S.A.W Di
Madinah178 Bilangan Terkorban Kedua Belah Pihak179 Keadaan Darurat
Di Madinah180 Peperangan Hamra Al-Asad181 Al-Quran Memperkatakan
Sekitar Peperangan Berkenaan182 Hikmah-Hikmah Dan Matlamat-Matlamat
Murni Dari Peperangan Ini183 Penghantaran Tentera Dan Perutusan: Dalam
Tempoh Dl Antara Peperangan Uhud Dan Al- Ahzab184 Tragedi Bir
Maunah185 Peperangan Banu Al-Nadir186 Peperangan Najd187
Peperangan Badar Kedua188 Peperangan Daumah Al-Jandal189 Peperangan
Banu Al-Mustalaq (Atau Peperangan Al-Muraisi)190 Peranan Munafiqin
Sebelum Peperangan Banu Al-Mustalaq191 Peranan Golongan Munafiq Dalam
Peperangan Banu Al-Mustalaq192 Penghantaran Tentera Dan Peperangan
Selepas Ghazwah Al-Muraisi193 Perjanjian Al-Hudaibiyyah194 Seruan
Menyeluruh Kepada Kaum Muslimin195 Kaum Muslimin Bergerak Menuju Ke
Makkah196 Percubaan Quraisy Menghalang Kaum Muslimin Ke Baitullah197
Tukar Jalan Dan Usaha Mengelak Pertumpahan Darah
- 6. Ar-Raheeq
Al-Makhtum198 Budail Menjadi Orang Tengah Di Antara Rasulullah S.A.W
Dan Quraisy199 Utusan-Utusan Quraisy200 Dialah Yang Menghalang
Tangan Mereka Dari Bertindak Ke Atas Kamu201 Uthman Bin Affan Sebagai
Duta Menemui Quraisy202 Khabar Angin Mengenai Pembunuhan Uthman Dan
Baiah Ar-Ridhwan203 Pemeteraian Perjanjian Damai Dan
Agenda-Agendanya204 Penolakan Abu Jandal205 Menyembelih Dan Bercukur
Untuk Bertahallul Dari Umrah206 Rasulullah S.A.W Enggan Menghantar
Pulang Wanita Mukmin Yang Berhijrah207 Faedah-Faedah Dari Syarat
Perjanjian208 Kaum Muslimin Berdukacita Dan Umar Berbincang Dengan
Nabi (S.A.W)209 Maka Selesailah Krisis Golongan Mustadhafin210
Satria-Satria Quraisy Memeluk Islam211 Marhalah Kedua: Satu
Perkembangan Baru213 Perutusan Kepada Raja-Raja Dan Gabenor-Gabenor214
Aktiviti Ketenteraan Selepas Perdamaian Al-Hudaibiyyah215
Pergerakan Ke Khaibar216 Kekuatan Tentera Islam217 Kaum Munafiqin
Membuat Hubungan Dengan Kaum Yahudi218 Perjalanan Ke Khaibar219
Tentera Islam Ke Tembok Khaibar220 Bersiap Untuk Berperang221
Permulaan Peperangan Dan Pembukaan Kubu Naim222 Pembukaan Kubu Al-Saab
Bin Muaz223 Pembukaan Kubu Az-Zubair224 Pembukaan Kubu Ubai225
Pembukaan Kubu An-Nizar226 Pembukaan Kelompok Kedua Kubu Khaibar227
Perundingan228 Pembunuhan Dua Orang Anak Lelaki Abu Al-Haqiq229
Kepulangan Jaafar Bin Abi Talib Dan Keluarga Al-Asyari230 Perkahwinan
Dengan Sofiah231 Qurban Kedua Belah Pihak Di Dalam Peperangan
Khaibar232 Fadak234 Wadi Al-Qura235 Taima236 Kembali Ke
Madinah237 Umrah Al-Qada238 Peperangan Mutah239 Pemimpin-Pemimpin
Tentera Dan Pesanan Rasulullah S.A.W Kepada Mereka240 Ucapan Selamat
Jalan Kepada Tentera Islam Dan Tangisan Abdullah Bin Rawahah241
Pergerakan Tentera Islam Dan Tentangan Yang Mengejut Lagi
Menggerunkan242 Majlis Permesyuaratan Di Maan243 Tentera Islam
Bergerak Ke Arah Musuh244 Permulaan Peperangan Dan Pimpinan Silih
Berganti245 Bendera Berpindah Ke Tangan Pahlawan Pedang Allah246
Kesudahan Peperangan247 Korban Kedua-Dua Belah Pihak248 Kesan
Peperangan249 Peperangan Zat As-Salasil250 Pengutusan Abu Qutadah Ke
Khudrah251 Peperangan Pembukaan Kota Mekah (Futuhal Makkah)
- 7.
Ar-Raheeq Al-Makhtum252 Sebab Tercetusnya Peperangan253 Abu Sufian
Ke Madinah Untuk Memperbaharui Perjanjian254 Persiapan Untuk
Peperangan Dan Ikhtiar Merahsiakannya255 Pergerakan Tentera Islam Ke
Arah Makkah256 Tentera Islam Singgah Di Mar Al-Zahran257 Abu Sufian
Di Hadapan Rasulullah S.A.W258 Tentera Islam Meninggalkan Mar
Al-Zahran Menuju Ke Makkah259 Quraisy Mencabar Kemaraan Tentera
Islam260 Tentera Islam Di Zi Tawa261 Tentera Islam Memasuki
Makkah262 Rasulullah S.A.W Memasuki Al-Masjid Al-Haram Dan
Membersihkannya Dari Berhala-Berhala263 Rasulullah S.A.W Bersolat Di
Dalam Kaabah Kemudian Memberi Ucapan Di Khalayak Quraisy264 Hari Ini
Kamu Tidak Ditempelak Lagi265 Kunci Kaabah Dikembalikan Semula Kepada
Penjaganya266 Bilal Mengalunkan Azan Di Atas Kaabah267 Solat
Pembukaan Kaabah Atau Solat Syukur268 Menghalal Darah Beberapa Orang
Kepala Penjenayah269 Safwan Bin Umaiyah Dan Fudhalah Bin Umar Memeluk
Islam270 Penyampaian Rasulullah S.A.W Di Hari Kedua Pembukaan
Makkah271 Kecurigaan Al-Ansar Dengan Permukiman Rasulullah S.A.W Di
Makkah272 Al-Baiah273 Marhalah Ke Tiga274 Peperangan Hunain275
Pergerakan Musuh Dan Persinggahan Di Autas276 Yang Berpengalaman Di
Dalam Peperangan (Mematahkan) Pendapat Pemimpin277 Unit Intipan
Musuh278 Unit Intipan Rasulullah S.A.W279 Rasulullah S.A.W Bergerak
Meninggalkan Makkah Menuju Ke Hunain280 Tentera Islam Diserang Hendap
Dan Pendirian Kaum Muhajirin281 Tentera Islam Bersatu Semula Dan
Meneruskan Peperangan282 Kekuatan Musuh Berpecah Diikuti Dengan
Kekalahan Teruk283 Gerakan Memburu284 Rampasan-Rampasan285 Ghazwah
Tabuk286 Pencetus Peperangan287 Infomasi Umum Mengenai Persiapan
Rom Dan Ghassan288 Informasi Khusus Mengenai Persiapan Rom Dan
Ghassan289 Rasulullah S.A.W Mengambil Keputusan Muktamad Untuk Mara Ke
Hadapan290 Pemakluman Kepada Umat Islam Supaya Membuat Persiapan
Untuk Menyerang Rom291 Kaum Muslimin Berlumba-Lumba Menlengkapkan
Persiapan Perang Untuk Menyerang292 Tentera Islam Bergerak Ke Tabuk293
Tentera Islam Semasa Di Tabuk294 Kembali Ke Madinah295 Implikasi
Peperangan296 Ayat-Ayat Al-Quran Mengenai Peperangan Tabuk297
Beberapa Peristiwa Penting Dalam Tahun Berkenaan298 Hajjah Al-Wida299
Unit Terakhir Penghantaran300 Menemui Allah301 Permulaan Sakit302
Minggu Terakhir303 Lima Hari Sebelum Kewafatan
- 8. Ar-Raheeq
Al-Makhtum304 Empat Hari Sebelum Kewafatan305 Sehari Atau Dua Hari
Sebelum Wafat306 Sehari Sebelum Wafat307 Hari Terakhir Dalam Hayat
Baginda308 Nazak309 Kepiluan Menyelubungi Para Sahabat310 Sikap
Umar311 Pendirian Abu Bakr312 Kafan Dan Persemadian Jasad Mulia
Baginda Ke Pembaringan Terakhir313 Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam
Nabi Yang Terakhir
- 9. Ar-Raheeq Al-MakhtumPERANAN &
PERLUNYA RIWAYAT HIDUP RASULULLAH DALAM MEMAHAMI ISLAMTujuan mengkaji
riwayat hidup Rasulullah s.a.w dan penganalisaannya bukanlah semata-mata
untukmelihat kejadian-kejadian dan episod-episod yang bersejarah
ataupun memaparkan cerita-cerita yangindah sahaja. Oleh yang demikian
tidak seharusnya kita menganggap kajian sejarah hidup Rasulullahs.a.w
ini sama dengan membaca dan menalaah sejarah para pemerintah (khalifah)
di zaman purbakala.Tujuan pokok dari kajian yang dimaksudkan ialah
supaya setiap Muslim dapat memahami, menganggapdan menggambarkan bahawa
hakikat zahir dan batin Islam semuanya teradun di dalam
penghidupanRasulullah s.a.w itu sendiri. Gambaran dan anggapan ini akan
timbul dan wujud setelah seseorang Muslimitu dapat memahami dengan benar
segala hikmah dan keistimewaan prinsip-prinsip dan dasar-dasarIslam
satu persatu terlebih dahulu.Tegasnya kajian riwayat hidup Rasulullah
s.a.w Sallallahu alaihi Wasallam ini adalah suatu usahamengumpul hakikat
dan intisari dasar-dasar Islam kemudian memadan dan menyesuaikan dengan
contohIslam iaitu Nabi Muhammad Sallallahu alahi Wasallam.Sekiranya
perlu kita bahagikan tujuan-tujuan ini maka bolehlah dibahagikan seperti
berikut:1. Memahami peribadi Nabi Muhammad SallaLlahu alaihi Wasallam
menerusi penghidupan dan suasanahidup Baginda sendiri. Ini adalah untuk
menentukan Muhammad Sallallahu alaihi Wasallam itu bukansebagai manusia
pintar tetapi dianya adalah pesuruh Allah Subhanahu Wataala yang
menerima Wahyudan taufiq dariNya. Supaya manusia seluruhnya dapat meniru
dan mengikut suatu contoh yang ungguldalam segenap lapangan hidup yang
harmoni, dari itu juga dapat dijadikan sebagai dasar-dasar
hidupnya.Andaikata manusia ingin mencari suatu contoh terbaik bersifat
universal, mereka akan dapat semuanya didalam kehidupan Muhammad
Sallallahu alaihi Wasallam, maka tidak hairanlah mengapa Allahmenjadikan
Muhammad Sallallahu alaihi Wasallam itu sebagai contoh kepada umat
manusia. Untukdemikian maka Allah telahpun menegaskan dalam Kitab
SuciNya yang bermaksud:"Sesungguhnya pada (diri) Rasulullah s.a.w itu
menjadi contoh yang paling baik untuk (menjadi ikutan)kamu".
Al-Ahzab 33:21Semoga kupasan tentang kehidupan Muhammad Salla lahu
alaihi Wasallam boleh menolong manusiamemahami dan mengecapi isi
kandungan Al-Quran lantaran banyaknya ayat-ayat Al-Quran yang dihuraidan
ditafsir-kan oleh kejadian dan peristiwa-peristiwa sejarah hidup Nabi
Muhammad SallaLlahu alaihiWasallam. Agar setiap Muslim dapat
mengumpulkan seberapa banyak yang boleh perbendaharaankebudayaan dan
pengetahuan Islam yang sebenar samada pengetahuan bersangkutan dengan
aqidahkepercayaan, hukum hakam dalam Islam atau tatasusilanya. Lebih
tegas lagi penghidupan Rasulullahs.a.w adalah satu gambaran dengan
dimensinya yang jelas bagi prinsip-prinsip dan hukum-hukum Islam.2.
Membolehkan para pendidik pendawah Islam mencontohi dan mengajar,
mengikut sistcm pendidikandan pengajaran yang sihat kerana Muhammad
SallaLlahu alaihi Wasallam sendiri adalah sebagaipendidik, penasihat,
guru dan pertunjuk yang utama, tidak pemah membuang masa begitu sahaja
malahsentiasa mencari dan menyiasat jalan-jalan dan sistem-sistem
pengajaran yang terbaik semasa baginda(SallaLlahu alaihi Wasallam)
berdawah.Antara faktor yang menjadikan sejarah Nabi Muhammad SallaLlahu
alaihi Wasallam ini mampu danberupaya untuk sampai ke matlamat-matlamat
tadi ialah kerana sejarahnya lengkap meliputi segenapbidang kehidupan
sama ada segi kemanusiaan mahupun kemasyarakatan yang terdapat di
kalanganmanusia lain samada ianya sebagai seorang individu yang bebas
dengan faham pembawaannya atausebagai seorang anggota masyarakat yang
cergas dan terpengaruh oleh unsur-unsur yang terdapat didalam
masyarakatnya.
- 10. Ar-Raheeq Al-MakhtumSejarah Muhammad
SallaLlahu alaihi Wasalam menghidangkan kepada kita sejambak contoh
utama bagiseorang pemuda yang waras; peribadinya yang dipercayai orang
di kalangan keluarga dan sahabat;seorang manusia yang menyeru uniat
manusia ke jalan Allah secara lemah-lembut dan bersopan-santun;seorang
pejuang yang mengorbankan sepenuh usaha dan tenaga demi menyampaikan
seruan Allah,seorang ketua negara yang mendayung bahtera pemerintahan
dengan cekap dan pintar seorang suamiyang halus pergaulannya, seorang
bapa yang teliti dan bijak menyempurnakan kewajipan terhadap anakdan
isteri, seorang ketua turus agung peperangan yang cergas, penuh dengan
tektik strategipersediaannya dan seorang Muslim yang waras lagi bijak
membahagikan dedikasinya kepada Allah,keluarga dan sahabat handai
(Radhiyallahu anhum ajmain). Tidak syak lagi bahawa mempelajari
sejarahhidup Muhammad Sallallahu alaihi Wasallam ialah memahami semua
sudut kemanusiaan.SUMBER-SUMBER SEJARAH RASULULLAH S.A.WBerhubung dengan
sumber-sumber sejarah Rasulullah s.a.w bolehlah kita bahagikan seperti
berikut:Pertama: Kitabullah (Al-Quran)Ianya merupakan sumber utama untuk
memahami garis-garis kasar penghidupan Muhammad Rasulullahs.a.w
Sallallahu alaihi Wasallam. Pendedahan sejarah hidup Rasulullah s.a.w
dalam Al-Quran melaluisalah satu aliran berikut:a. Memaparkan beberapa
bahagian dari penghidupan baginda, seperti ayat-ayat yang
diturunkanmengenai peperangan Badar, Uhud, Al-Khandaq atau Al-Ahzab
.Juga seperti kisah perkahwinannyadengan Zainab binti Jahsy.b. Mengulas
pertempuran-pertempuran dan kejadian-kejadian ini adalah untuk memberi
penjelasanselanjutnya kepada apa yang dimusykilkan atau untuk
menerangkan beberapa kesamaran tentangpertempuran dan
peristiwa-peristiwa atau untuk menarik perhatian umat Islam terhadap
sesuatu iktibar.Sebenarnya segala-galanya ini mempunyai makna dan hubung
kait yang amat rapat dan mesra dengansejarah dan riwayat hidup
Rasulullah s.a.w Sallallahu alaihi Wasallam. Kesemuanya ini
menampakkankepada kita sebahagian besar daripada aspek-aspek penghidupan
Rasulullah s.a.w Sallallahu alaihiWasallam dan hal ehwal yang
bersangkutan dengannya.Sebenarnya pendedahan Al-Quran Al-Karim tentang
segala-galanya ini adalah terlalu ringkas dan padat,meskipun cara dan
aliran pendedahan tadi kadang kalanya berlainan di antara satu sama lain
namunbegitu kesemuanya ini tetap memaparkan cebisan-cebisan dan
penerangan secara ringkas terhadappertempuran dan kejadian yang
bersejarah. Memang ini adalah jalan dan aliran Al-Quran Al-Karim didalam
menceritakan perihal-perihal para Anbiya yang terdahulu dan umat
manusia di zaman silam.Kedua: Kitab As-Sunnah An-Nabawiyyah
(Hadith-hadith)Hadith-hadith Nabi yang sahih. Hadith yang dimaksudkan di
sini ialah isi kandungan Kitab-kitab Hadithyang terkenal dengan
kebenaran dan amanahnya, seperti Kitab Hadith Al Muwatta oleh Imam
Malik, AlMusnad oleh Imam Ahmad dan lain-lainnya.Sumber yang kedua ini
lebih luas dan terperinci dari yang pertama. Sungguhpun begitu mungkin
kitatidak dapat memberikan suatu gambaran yang lengkap tentang kehidupan
Rasulullah s.a.w sejakdilahirkan hingga wafatnya kerana beberapa
sebab:a. Oleh kerana Kitab-kitab Hadith ini disusun mengikut maudhu atau
tajuk-tajuk fiqah ataupun mengikutunit-unit kajian yang bersangkut
dengan syariat Islam maka hadith-hadith yang menceritakan
tentangpenghidupan Rasulullah s.a.w berselerak dan berkecamuk dalam
maudhu-maudhu fiqah.
- 11. Ar-Raheeq Al-Makhtumb. Oleh kerana
para ahli hadith, terutamanya penyusun kitab hadith yang enam tidak
memerhatikan soalini ketika mengumpulkannya untuk disusun mengikut
sejarah hidup Rasulullah s.a.w, apa yang merekatitik beratkan ialah
penyusunan mengikut maudu atau tajuk-tajuk fiqah seperti yang disebut
tadi.Ketiga: Kitab-kitab Sejarah Rasulullah s.a.w SallaLlahu alaihi
Wasallam.Perihal riwayat hidup Muhammad Rasulullah s.a.w SallaLlahu
alaihi Wasallam di zaman silam adalahmelalui dari mulut ke mulut tanpa
mendapat perhatian untuk dibukukan, walaupun terdapat sebilangankedl
yang cuba menitikberatkan perhatiannya terhadap kejadian dan
peristiwa-peristiwa dalamsejarahnya itu. Setelah beberapa ketika
terdapat beberapa orang cuba mencatit riwayat hidup RasulullahSallallahu
alaihi Wasallam ala kadar yang sampai ke pengetahuannya antara mereka
seperti Urwah IbnuAl Zubair (wafat, 92H), Abari bin Othman (wafat 105H),
Wahb in Manbah (wafat 110H), Syarbabil binSad (wafat 123H) dan Ibnu
"Syibab Al Zuhri (wafat 124H).Sayangnya apa yang dituliskan oleh mereka
ini telah hilang. Hanya tinggal beberapa bahagian yangtercerai,
setengahnya terdapat dalam kitab At-Tabary manakala sebahagian yang lain
pula tersimpan dibandar Heidelberg di Jerman. Bahagian yang tersimpan
di Jerman ini ialah sebahagian dari tulisan Wahbbin Manbah (110H).
Kemudian timbul pula satu angkatan penyusun riwayat hidup Rasulullah
s.a.wSallallahu alaihi Wasallam yang terkemuka antara mereka ialah
Muhammad bin Ishaq (wafat, 152H)kemudian lapisan kedua, antara mereka
ialah Al Waqidi (wafat, 207H) dan Muhammad bin Saad (wafatpada tahun
230H) penyusun kitab At-Tabaqat Al-Kubra.Ahli sejarah sebulat suara
mengatakan bahawa apa yang ditulis oleh Muhammad bin Ishaq
merupakansatu-satunya maklumat (dokumen) sejarah Rasulullah s.a.w yang
paling benar dan boleh dipegang.Tetapi malangnya kitab beliau yang
berjudul Al Maghazi Wa As Siyar telah hilang dan
kehilangannyamengakibatkan hilangnya intisari perpustakaan di zaman itu.
Setelah masa beredar setengah abadlamanya barulah timbul seorang jaguh
yang lain iaitu Abu Muhammad Abdul Malek yang lebih dikenaldengan Ibnu
Hisyam, beliau telah menghidangkan kepada kita saringan sejarah
Rasulullah s.a.w Sallalahualaihi Wasallam dengan cara yang menarik
sekali. Sebenarya apa yang dikarang oleh Ibnu Hisyam ituadalah kandungan
"Al Maghazi Wa As Siyar" yang dikarang oleh Ibnu Ishaq dalam bentuk
ringkasan. IbnuKhillikan telah menegaskan dalam bukunya begini:"Ibnu
Hisyam ini ialah orang yang mengumpulkan Riwayat Rasulullah s.a.w
daripada Kitab "Al MaghaziWa As Siyar" yang dikarang oleh Ibnu Ishaq
setelah disaring dan dibuat beberapa pembaharuan,tambahan dan ringkasan.
Kemudian hasil itu dikenali dengan nama "Sirah Ibnu Hisyam". Akhimya
barulahorang lain cuba mengikuti jejak langkah mereka ini dalam usaha
mengarang dan menyusun sejarah hidupRasulullah s.a.w SallaLlahu alaihi
Wasallam, terdapat antara mereka yang cuba membentangkan pelbagaiaspek
hidup Rasulullah s.a.w SallaLlahu alaihi Wasallam. Sebahagian dari
mereka yang lain pula cubamengkaji sudut- sudut hidup Baginda yang
tertentu, seperti Al Asfahani dalam bukunya "Dalail Al Nu-buwwah" dan
"Tanda-tanda Kenabian". Imam Tarmizy pula dalam kitabnya (Al Asy
Syamail) cubamenyingkap aspek yang tertentu dan begitu juga Ibn Al
Qayyim Al Jauziy dengan bukunya "Zad AlMaad".RAHSIA PEMILIHAN
SEMENANJUNG ARAB SEBAGAI TAPAK PANCARAN ISLAMSebelum kita memperkatakan
sesuatu tentang sejarah hidup Rasulullah s.a.w SallaLlahu alaihi
Wasallamdan Semenanjung Arab di mana baginda hidup dan dipilih sebagai
Rasul, ada baiknya kalau kita cubamenyingkap hikmat-hikmat Allah,
mengapa terpilihnya Rasulullah s.a.w dari bumi ini dan bangsa Arabpula
sebagai pembawa obor dawah Islamiyyah.Untuk mengetahui segala-segalanya
pertama kita mesti mengetahui keistimewaan bangsa Arab danperangai serta
tata penghidupannya sebelum Islam dan keadaan muka bumi (geografi)
danpersekitarannya. Kemudian barulah kita membuat perbandingan dengan
bangsa-bangsa yang hidup
- 12. Ar-Raheeq Al-Makhtumsezaman
dengannya seperti Romawi, Greek dan India termasuk adat resam,
tatasusila dan keistimewaantamadun mereka.Pertamanya, marilah kita
mengkaji secara sepintas lalu bangsa-bangsa yang hidup di sekitar tanah
Arabsebelum Islam. Dunia di kala itu boleh dikatakan telah dikuasai dan
dikepalai oleh dua negara yang gagahiaitu Parsi dan Romawi dan disenarai
yang kedua pula ialah Greek dan India. Parsi di kala itu merupakanarena
pertarungan agama dan falsafah yang beranika corak. Pembesar dan
pemerintah padakeseluruhannya menganut agama Majusi (Zuradisy) yang mana
antara ajarannya menggalakkan lelakiberkahwin dengan ibu nya, anak
perempuannya atau adik dan saudara perempuannya.Empayar Yazdajrid Ke-2
yang memerintah di pertengahan abad kelima Masihi telah berkahwin
dengananak perempuannya. Bukan setakat itu sahaja malah tatasusila dan
sopan-santun telah pun terpesongdari garis-garis yang bersifat
kemanusiaan. Mengikut apa yang ditegaskan oleh Al Imam Al
Shahras-tanidalam kitabnya yang berjudul Al-Milal Wa An-Nihal, terdapat
antara ajaran agama Mazdak yangmenyebut bahawa kebebasan kaum wanita
tiada hadnya. Begitu juga dengan kebebasan menggunakanharta benda dan
seterusnya menjadikan wanita dan harta benda ini kepunyaan dan hak milik
bersama,tidak ubah seperti air, api dan rumput di mana semua manusia
boleh berkongsi tanpa sekatan. Seruan initelah mendapat sambutan yang
begitu hangat dari karangan mereka yang memang berhaluan
demikian.Kerajaan Romawi (Rom) pula begitu meluap-luap dengan jiwa dan
semangat penjajahan dan bergelutdalam persengketaan agama dengan pihak
Kristian negeri Syam (Syria) dan Mesir. la bergantung penuhkepada
kekuatan angkatan ten-teranya dan cita-cita penjajahannya yang
berkobar-kobar dalam rangkapercubaan memodenisasikan agama Kristian
untuk disesuaikan dengan matlamat mencapai cita-cita
dankemahuannya.Negara ini juga berada dalam keadaan huru-hara dan
kucar-kacir dari negara Parsi, yang hidup dengansegala kemewahan iaitu
kemewahan dalam kemerosotan ekonomi dan pemerasan terhadap rakyat
jelata.Kenaikan cukai yang begitu melambung tinggi merupakan suatu
gejala yang biasa dan telah menjadi satulumrah.Greek tua pula tenggelam
ke dasar lautan khurafat dan dongeng yang tidak memberi sebarang
faedahdan natijah yang berguna sama sekali. Negara India pula di kala
itu menurut Professor Abul Hassan AlNadwi telah menegaskan bahawa ahli
sejarah dan pengarang sebulat suara mengatakan yang India dipermulaan
abad keenam Masihi telah terlantar ke lembah kemeroosotan agama, akhlak
dankemasyarakatan. India bersama jiran tetangga dan saudaranya turut
serta mengambil bahagian dalammemerosotkan akhlak dan
kemasyarakatan.Perlu kita ketahui bahawa anasir-anasir yang menyeret
bangsa-bangsa ini ke lembah kerosakan danperpecahan ialah kemajuan dan
tamaddun yang berasaskan kepada mata benda (material)
semata-mata.Tamaddun ini telah tidak mengambil contoh-contoh manawi dan
akhlak yang sempuma sebagai landasandan asas kemajuan. Tamaddun dan
kemajuan kebendaan dengan anika sebab-akibat yang timbul darinyahanyalah
tidak lebih dari satu jalan semata-mata iaitu satu jalan yang tidak
dapat memberikan apa-apaerti. Lantaran ketandusan fikiran yang waras dan
contoh sempurna yang benar-benar dapat dihayatimaka tamadun dan
kemajuan yang dicapai itu telah membawa kehidupan manusia mengalir ke
tasikkecelakaan dan huru-hara. Sebaliknya jika ahli fikirnya mempunyai
akal fikiran yang waras danpertimbangan yang saksama maka tamaddun dan
kemajuan tadi merupakan jalan-jalan yang indah sertamudah pula menuju ke
arah kesenangan dalam semua corak dan aspek hidup. Biasanya perkara ini
tidakakan lahir kecuali melalui agama dan wahyu Ilahi
sahaja.Semenanjung Arab di masa itu merupakan suatu kawasan yang tenang,
jauh dan terpencil dari gejala-gejala huru-hara tadi. Bangsanya
langsung tidak pemah merasai kemewahan dan kemajuan seperti Parsi;yang
boleh membawa mereka ke arah kerosakan dan keruntuhan akhlak dan tidak
pula mengagung-agungkan kekuatan tentera yang membolehkan mereka
menjajah negara-negara di sekitamya. Mereka
- 13. Ar-Raheeq
Al-Makhtumjuga tidak menganut falsafah dan ideologi yang beranika ragam
seperti Greek Tua yang menyebabkanmereka menjadi mangsa kepada dongengan
dan khurafat.Tabiat semulajadi mereka ini tidak ubah seperti suatu
"bahan yang mentah" yang belum pernah dileburdi mana-mana dapur dan
dicorak di mana-mana acuan seolah-olah terbayang di layar
penghidupanrnereka seorang manusia semulajadi yang bersih rnempunyai
kemahuan yang kuat ke arah pembentukanmanusia yang terpuji yang
rnempunyai sifat-sifat amanah, pemurah, suka menolong dan
bencikankezaliman. Apa yang mereka perlu hanyalah pengetahuan yang dapat
menyinari jalan-jalan ke arahtersebut kerana mereka ini hidup dalam
kejahilan yang gelap memekat. Kebanyakan mereka telah sesatuntuk sampai
ke arah kemanusiaan yang sebenamya. Mereka membunuh anak perempuan
kerana mahumenjaga maruah, membelanjakan wang yang banyak dengan harapan
mahukan kemuliaan danberperang sama sendiri dengan tujuan
mempertahankan kehormatan.Segala-galanya ini telah diterangkan oleh
Allah Subhanahu Wataala di dalam Al-Quran yang bermaksud:"Dan
sesungguhnya kamu sebelum hari ini adalah dan golongan orang-orang yang
telah sesat".
Al-Baqarah 2:198Penegasan ini lebih merupakan
keuzuran dan kemaafan bagi mereka daripada penghinaan ke atasmereka.Ini
adalah memandangkan bangsa-bangsa lain telah menggunakan tamaddun dan
kemajuan merekasebagai alat ke arah kerosakan sedangkan mereka ini sedar
malah merancang sedemikian. Di sampingsemuanya ini, Semenanjung Arab di
segi kedudukan muka buminya pula terletak di pertengahan bangsa-bangsa
tersebut (iaitu Parsi dan Rome) yang bergolak di sekelilingnya.Muhammad
Al Mubarak seorang professor Mesir telah mengutarakan pendapat dengan
katanya:"Orang yang memerhati dan memandang kepada bangsa Arab akan
dapat melihat bagaimanakah bangsaArab boleh berdiri di masa silam di
tengah-tengah dua tamaddun yang melebar di kiri kanan. Di sebelahkirinya
tamaddun barat yang keterlaluan telah cuba mendapatkan gambaran dan
imej manusia denganalirannya yang kering pucat tak berhias dan tidak
berjejas dengan hakikat keinsanannya. Di sebelahkanannya pula tamaddun
kerohanian dan kejiwaan yang melambung ke alam khayalan seperti
yangterdapat di India, China dan sebagainya."Setelah kita dapat
menggambarkan hal keadaan bangsa Arab dan semenanjungnya sebelum Islam
jugahal keadaan bangsa-bangsa lain yang mengelilinginya maka mudahlah
bagi kita menyingkap di sebaliknyaapakah hikmat-hikmat Allah mengutuskan
Rasul utusan di Semenanjung Arab itu dan bangsa Arab pulamerupakan
golongan pertama buat merintis jalan-jalan ke arah penyebaran obor
seruan dawahIslamiyyah yang kini telah dianuti oleh umat manusia di
seluruh pelusuk alam.Bukanlah sepertimana yang disangka oleh
setengah-se-tengah golongan yang mengatakan bahawapengikut-pengikut
agama yang sesat adalah sukar untuk mengubati jiwa mereka dan sukar
memberitunjuk ajar kerana mereka ini tasub (fanatik) dan membanggakan
keburukan, kehancuran dankemusnahan yang pada sangkaan mereka semuanya
baik. Sedangkan mengubah dan memberi tunjukajar kepada mereka yang
sedang mencari-cari kebenaran lebih mudah kerana mereka ini sama
sekalitidak menafikan kejahilan mereka sendiri dan tidak pula
membanggakan atau bermegah-megah denganhasil tamaddun kerana mereka
langsung tidak mempunyai tamaddun. Golongan ini paling mudah sekaliuntuk
diperbaiki dan diberi dorongan kepada mereka. Bagi kita bukanlah ini
yang dikatakan hikmat Ilahi,kerana penganalisaan yang seumpama ini hanya
tepat kepada mereka yang mempunyai daya dan tenagayang terbatas sahaja,
memilih yang senang dan meninggalkan yang susah kerana tidak mahukan
penatlelah.Andaikata Allah mahu menjadikan pancaran dawah Islamiyyah di
mana-mana bahagian di Parsi atau di
- 14. Ar-Raheeq
Al-MakhtumRome atau di India bersinar cemerlang maka sudah pasti pula
Allah akan menyediakan kemudahan dancara-cara sehingga berjaya dawahnya
seperti mana yang berlaku di Semenanjung Arab. Soal ini tidakpula
menjadi bebanan, kerana Allah Subhanahu Wataalah Pencipta alam semesta.
Namun hikmah Allahmemilih Semenanjung Arab dan Rasul utusan itu tadi
(seorang yang buta huruf - tidak boleh membacadan menulis seperti mana
yang diterangkan oleh Allah dalam Kitab SudNya) agar manusia
seluruhnyatidak merasa syak wasangka terhadap keNabian dan
keRasulanNya.Sebagai penutup dan epilog kepada hikmah Allah ialah
suasana persekitaran tempat Rasulullah s.a.wdiutuskan di mana di
dalamnya wujud suatu biah (suasana) buta huruf juga dan jika
dibandingkandengan bangsa-bangsa lain yang hidup di sekelilingnya mereka
juga belum pernah dimasuki dan diracunioleh sebarang tamaddun,
pemikiran dan kerumitan falsafah yang berserabut.Di antara hikmat Ilahi
juga ialah menghindarkan perasaan syak wasangka manusia apakah
MuhammadSallaLlahu alaihi Wasallam ini boleh membaca dan mempelajari
kitab-kitab lama yang mengandungisejarah manusia purba dan tamaddun
negara tetangga dan menghindarkan juga sangkaan burukterhadap Muhammad
sekiranya dakwah Islamiyyah ini timbul di kalangan umat manusia
yangbertamaddun dan mempunyai falsafah seperti Parsi, Greek Tua atau
Romawi. Sebabnya ialah sangkaanburuk ini akan memberi suatu gambaran
yang buruk iaitu dari siri tamaddun dan falsafah yang terakhirdalam
bentuk tamaddun yang tulen serta kemas dengan perundangan yang lengkap.
Hikmah-hikmahIlahi ini telahpun diterangkan dengan tegas danjelasnya
dalam Al-Quran yang bermaksud:"Dialah (Allah) yang telah mengutuskan di
kelompok buta huruf seorang utusan daripada kalanganmereka (untuk)
menyampaikan kepada mereka ayat-ayatNya dan menjauhkan mereka daripada
syirikdan mengajar mereka kitab-kitab dan hikmat, dan sesungguhnya
mereka itu dahulunya dalam kesesatanyang amat sangat. "
Al-Jumuah 62:2Sudah kehendak Allah mengutuskan utusanNya yang buta
huruf, begitu juga bangsa yang akan timbulRasul di ka-langannya juga
satu bangsa yang kebanyakannya buta huruf, agar mukjizat keNabian
dansyariat Islam itu terjulang nampak dan jelas di antara dogma-dogma
dan seruan manusia lain yangberanika corak.Di sana terdapat hikmat Ilahi
yang lain, dan boleh diringkaskan seperti berikut:1. Seperti yang
diketahui di mana Allah Subhanahu Wataala telah menjadikan Baitui Haram
itu tumpuandan kesejahteraan untuk umat manusia seluruhnya dan merupakan
rumah yang pertama untuk manusiaberibadat serta mempraktikkan
rukun-rukun agama. Sesungguhnya lembah Makkah ini telah menjalankandan
melaksanakan seruan bapa para Anbiya iaitu Sayyidina Ibrahim Alaihi
sallam. Tepat dan kena padatempatnya di mana kawasan yang mulia ini
menjadi muara seruan agama Islam yang pertama iaitu|agama Nabi Ibrahim
dan juga tempat pengutusan Nabi yang terakhir .2. Di segi kedudukan ilmu
alam maka semenanjung Arab ini telah dipilih untuk bebanan
tanggungjawabdawah Islamiyyah, kerana situasi dan kedudukannya di
tengah-tengah berbagai bangsa. Inimenyebabkan penyebaran dawah
Islamiyyah di kalangan bangsa-bangsa dan negara yang disekelilingnya
tersebar dengan mudah. Ini temyati sekali bila kita mengkaji semula
perjalanan dawahIslamiyyah di zaman permulaannya dan di zaman khulafa
Ar-Rashidin. Memang tepat seperti yangditegaskan tadi.3. Dan sebagai
hikmat Ilahi juga yang menjadikan bahasa Arab itu sebagai media dawah
Islamiyyah danbahasa yang pertama buat menerang dan mentafsirkan
percakap-an atau kalam Allah Azza wa jallauntuk disampaikan kepada
kita.Kalau kita perhatikan dengan teliri tentang
keistimewaan bahasa-bahasa diikuti dengan satu
- 15.
Ar-Raheeq Al-Makhtumperbandingan dengan bahasa Arab maka dengan jelas
kita dapati yang bahasa Arab mempunyai banyakkeistimewaan yang sukar
didapati dalam bahasa-bahasa lain. Maka sudah layak baginya untuk
menjadibahasa yang pertama dan utama untuk umat Islam di mana mereka
berada.KELAHIRAN RASULULLAH S.A.W dan 40 TAHUN SEBELUM
PENGUTUSANRasulullah s.a.w penghulu para Rasul telah dilahirkan di
Syuaib Bani Hashim di Makkah pada pagi hariIsnin 9 Haribulan Rabiulawwal
dipermulaan Tahun Gajah, dan tahun keempat puluh dalam pemerintahanRaja
Kisra Anu Syirwan bersamaan 20 atau 22 April tahun 571 Masihi mengikut
perkiraan Ulama AgongMuhammad Sulaiman Al-Mansurpuri dan pentakhkik
Falak Mahmud Basya.Ibn Sad meriwayatkan bahawa ibu Rasulullah s.a.w
menceritakan: " Ketika ku melahirkannya, satucahaya telah keluar dari
farajku, menerangi mahligai-mahligai di negeri Syam" , periwayatannya
hampirsama dengan apa yang diriwayatkan oleh Al-Irbadh bin Sariah.
Beberapa irhasat (petanda-petanda)kebangkitan seorang rasul telah
berlaku beberapa ketika, sebelum kelahiran Rasulullah s.a.w, diantaranya
runtuhan empat belas anjung dewan Kisra Parsi, terpadamnya api yang
disembah penganutagama majusi, robohnya gereja-gereja di sekitar Tasik
Sawah yang sebelum ini penuh sesak dengan parapengunjung. Ia diriwayat
oleh Al-Baihaqy. Tetapi tidak dipersetujui oleh Muhammad
al-Ghazali.Sebaik sahaja Baginda dilahirkan, ibunya Aminah segera
memberi tahu kepada datuk Baginda AbdulMutalib, mengenai perkhabaran
yang baik itu, dengan itu Abdul Mutalib terus mengambil dan
membawaBaginda kedalam Kaabah, untuk berdoa dan bersyukur kepada Allah,
beliau telah memilih nama"Muhammad" sebagai nama kepada cucunya, nama
itu tidak pernah dinamakan kepada sesiapa pun olehbangsa Arab sebelum
ini, Nabi Muhammad s.a.w telah berkhatan ketika berada di dalam
kandunganibunya lagi.Penyusuannya yang pertama selepas ibunya, ialah
daripada Thuwaibah hamba Abu Lahab bersamaanaknya bemama Masruh dengan
itu beliau menjadi saudara sepenyusuan dengan Baginda, sebelum
iniThuwaibah juga telah menyusukan Hamzah bin Abdul Mutalib selepas
beliau Abu Salamah bin Abdul Al-Asad Al-Makhzumi.DIPERSADA BANI
SAADMengikut resam bangsa Arab Hadhar (bandar), bahawa usaha memperolehi
penyusu-penyusu untukanak-anak mereka dari pendalaman, sebagai usaha
mencegah dari penyakit-penyakit yang terdapat dibandar, di samping
menguatkan pembinaan jasad anak-anak, mengemaskan otot-otot, malah ianya
jugasebagai cara untuk membantu lisan bahasa Arab dengan bahasa yang
baik sejak dalam buaian lagi, untukitu Abdul Mutalib telah berusaha
mencari penyusu-penyusu untuk Rasulullah s.a.w, dengan itu
beliaumenyerahkan Muhammad kepada Bani Saad bin Bakr, iaitu Halimah
binti Abi Zuaib suaminya dikenalisebagai Al-Harith bin Abd Al-Qira
bergelar Abu Kabsyah dari Qabilah yang sama.Adapun saudaranya yang
sepenyusuan di Bani Saad adalah Abdullah bin Al-Harith, Anisah binti
Al-Harith,Huzafah atau Jazimah binti Al-Harith (iaitu As-Syaima,
gelarannya lebih di kenali, beliaulah yangmengasuh Rasulullah s.a.w, dan
Abu Sufian Ibn Al-Harith bin Abdul Mutalib, anak bapa saudara
Rasulullahs.a.w itu pun sepenyusuan dengan Baginda juga.Bapa saudara
Rasulullah s.a.w Hamzah bin Abdul Mutalib pun pernah menyusu di Bani Sad
bin Bakr,maka Hamzah menjadi saudara sepenyusuan dengan Rasulullah
s.a.w dari dua orang ibu; Thuwaibah danHalimah As-Sadiah, kerana ibu
susuan Hamzah di suatu hari telah memberi susuannya kepada
Rasulullahs.a.w. Semasa Baginda bersama Halimah, beliau telah
menyaksikan banyak keberkatan-keberkatanRasulullah s.a.w.
- 16.
Ar-Raheeq Al-MakhtumIbn Ishaq telah menyebut: "Halimah telah berkata
yang ianya telah keluar dari kampung bersamasuaminya dan disertai oleh
anak kecil yang masih menyusu, beliau keluar bersama-sama
wanita-wanitaBani Sad, dalam rangka mencari anak-anak susuan dengan
katanya: Ini berlaku di tahun kedua di manakami tidak memiliki apa-apa
pun katanya lagi: Aku telah keluar dengan menunggangi kaldai
betina"Qamra" panggilannya, bersama kami unta-unta, demi Allah unta kami
itu tidak mengeluar susu setitikpun. Malah pada masanya kami tidak
dapat tidur kerana anak kecil kami menangis disepanjang malamlantaran
kelaparan, dadaku tidak dapat mengenyangkan, unta kami tidak dapat
memberi makanan,namun demikian kami masih tetap mengharapkan hujan, daku
keluar dengan kaldai betinaku itu, hinggapecah-pecah dan berdarah kaki
kerana muatan berat, seluruh yang bermusafir itu terasa berat, lemahdan
kekurusan, akhirnya sampai juga kami di Kota Makkah mencari anak-anak
susuan, setiap dari kamitelah diajukan Rasulullah s.a.w untuk
penyusuannya maka setiap orang pula menolaknya iaitu apabiladiceritakan
tentang keyatimannya, kerana setiap kami sebagai ibu susu mengharapkan
budi baik dari sibapa, setiap kami menyebut-menyebut yatim!Apa yang akan
boleh dilakukan oleh si ibu dan si datuknya maka setiap kami
membencinya keranakeyatimannya. Setiap yang datang bersama denganku
telah membawa pulang bayi susuannya kecuali kuseorang sahaja bila kami
telah bersiap untuk pulang, ku pun menyebut kepada suamiku: Demi Allah
akutidak sukalah untuk pulang bersama-sama dengan teman-temanku yang
lain tanpa membawa bersamakuseorang bayi susuan pun, demi Allah aku
mesti ambil si yatim tadi. Jawab suamiku: tidak mengapalahuntuk kau
berbuat demikian, semoga Allah jua akan memberikan kita keberkatan
kerananya. Katanya!Aku pergi ambil si yatim itu, yang mendesak ku
mengambilnya, kerana tidak ada yang lain untuk kuambil, katanya, setelah
ku dukung ke tunggangan ku, dan sebaik sahaja ku letakkannya ke ribaku,
terasadadaku dipenuh susu, maka si yatim pun menghisapnya hingga puas,
saudaranya pun menyusu jugahingga puas dan tertidur, sebelum ini kami
tidak pernah tidur bersamanya, kemudian suami ku pergi keunta kami, dan
didapati uncang susunya penuh dengan susu, beliau memerahnya lalu
diminumnya dandiberi kepada yang lain-lain kiranya kami semua puas dan
kenyang, malam itu kami dapat tidur dengannyenyak. Halimah berkata:
Suamiku telah berkata bila kami bangun di pagi hari: Demi Allah, tahu
takwahai Halimah, sebenarnya tiupan bayu keberkatan mula menghembus
nafasnya, kata Halimah: Kumenjawab: Demi Allah sesungguhnya ku
mengharapkan demikian, dan katanya lagi:Setelah itu kami pun bergerak
keluar dari daerah Makkah, aku menunggangi kaldai betina ku itu,
diatasnya juga ku membawa Rasulullah s.a.w, demi Allah binatang
tungganganku merentasi perjalanankiranya tidak dapat disaingi oleh
keldai-keldai mereka yang lain, hinggakan teman-teman ku yang
lain,tertanya-tanya dan berkata: Wahai puteri Abu Zuaib apa kamu ini?
Perlahanlah sedikit, tidakkahtunggangan kamu itu yang naik ke sini dulu,
jawabku kepada mereka: Bahkan demi Allah yang itu itulah.Jawab mereka:
Demi Allah, ianya ada keistimewaan, kata Halimah.Setelah itu kami semua
pun sampailah ke kampung kami iaitu persada Bani Sad, ku tidak pernah
melihatsebuah bumi yang paling kontang dari bumi Bani Sad, namun setelah
kami pulang dari mengambil bayisusuan kami itu nampaknya
kambing-kambing kami sarat perut kekenyangan, uncang-susu dipenuhsusu,
kami memerahnya dan meminumnya, sedang ternakan orang lain tetap tidak
menghasilkan setitiksusu pun, uncang susu kekeringan, menyebabkan
penduduk-penduduk yang lain menyuruh penternak-penternak mereka dengan
berkata: Binasa kamu, cubalah bawa ternakan-ternakan ke tempat yang
selaluputeri Abu Zuaib berternak itu, namun kambing-kambing mereka tetap
kelaparan tidak mengeluar walausetitik susu pun, sedangkan ternakan
kami kekenyangan uncangnya sarat dengan susu. Beginilahseterusnya kami
terus menerima limpahan kurnia dari Allah hingga berlalu dua tahun umur
Baginda dimana Baginda pun bercerai susu.Baginda membesar tidak seperti
kanak-kanak lain, sebelum sampai usia dua tahun Baginda telah
menjadibesar segar, kata Halimah: Setelah beberapa masa kami bawa
Baginda pulang kepangkuan ibunya, walaumacam mana pun kami tetap
prihatin agar Baginda terus tinggal bersama kami, kerana kami
dapatmenikmati keberkatannya, untuk itu kami pun mengemukakan harapan
ini kepada ibunya, dan ku berkata
- 17. Ar-Raheeq
Al-Makhtumkepadanya: Kalaulah puan benarkan anakku ini terus tinggal
bersamaku hingga meningkat tampan, punada baiknya, kerana ku takut
wabak-wabak di Makkah akan menyeranginya nanti, katanya lagi. Masihlagi
kami merayu-rayu hingga ibunya pun membenarkannya pulang bersama
kami.Demikianlah halnya Rasulullah s.a.w kembali tinggal kepangkuan Bani
Saad, hinggalah apabila Bagindameningkat empat atau lima tahun, di mana
berlakunya peristiwa pembedahan dada Baginda, ImamMuslim telah
meriwayatkan sebuah hadith dari Anas (r.a) bahawa Rasulullah s.a.w telah
didatangi Jibril(a.s), di ketika Baginda sedang bermain-main dengan
anak-anak lain, Jibril memegang Baginda danmerebahkannya lalu dibelah
dadanya dan dibawa keluar hati dan dikeluarkan segumpal darah
daridalamnya, dengan berkata: Inilah bahagian tempat syaitan bersarang,
setelah itu dicucikan hati Bagindadi dalam sebuah talam emas dengan air
Zamzam setelah itu disembuhkan semula badannya dan dibawasemula
Rasulullah s.a.w ke tempat anak-anak tadi, manakala anak-anak lain
berlarian pergi menemuiibunya Halimah menceritakan, dengan kata mereka,
"Muhammad telah dibunuh". Apabila merekamenemuinya semula didapati
Baginda kepucatan.KEMBALI KE PANGKUAN IBUNYA YANG PENYAYANGHalimah
As-Sadiah terasa takut dengan peristiwa tersebut, dengan itu beliau
memulangkan Rasulullahs.a.w kepangkuan ibunya, Baginda tinggal bersama
ibunya hingga meningkat usia enam tahun. Aminahteringat untuk ke Yathrib
menziarahi kubur suaminya, sebagai mengenang dan mengingati kematian
itu.Untuk itu beliau keluar dari Makkah, merentas lima ratus kilometer
menuju ke destinasi bersama-samaanak lelakinya yang keyatiman itu, di
iringi khadamnya Ummu Aiman dan ayah mertuanya Abdul Mutalib,di sana
beliau tinggal untuk selama sebulan, setelah itu beliau berpatah balik,
semasa perjalanannya darisana, beliau telah diserang penyakit dan
semakin berat, sejak di awal perjalanan lagi, berakhir denganhembusan
nafas terakhir di tempat bernama "Al-Abwa " yang terletak di antara
Makkah dan Madinah.KE PANGKUAN DATUK PEMBELAS KASIHANAbdul Mutalib
membawa Baginda pulang ke Makkah, dengan perasaan kasih sayang menepu
didadanyaterhadap cucundanya yang kini yatim piatu, duka lamanya kembali
menusuk perasaan, membawa beliaumengasihani cucunya melebihi kasih
sayangnya ke atas anak-anak cucunya yang lain. Beliau tidak
pernahtinggalkan Baginda keseorangan, meskipun yang dalam keadaan
terpaksa, sebaliknya beliau sentiasamendampinginya dan mengutamakan
Baginda lebih dari cucunya yang lain.Ibnu Hashim menceritakan: Biasanya
dihampar di lindungan Kaabah sebidang tikar khusus untuk AbdulMutalib,
anak-anak dan cucunya akan bersila di sekeliling tikar itu, tak seorang
pun akan duduk di atastikar itu hanya Abdul Mutalib seorang, kerana
menghormati beliau, namun bila Rasulullah s.a.w datangketika itu Baginda
masih kanak-kanak, Baginda akan duduk di atas hamparan itu, di masa itu
bapa-bapasaudaranya akan menarik Rasulullah s.a.w ke tepi untuk memberi
tempat kepada Abdul Mutalib, bilabeliau melihat Rasulullah s.a.w di
situ Abdul Mutalib pun menyeru: Biarkan anakku itu demi Allah
diamempunyai kedudukannya, kemudian beliau duduk disampingnya di atas
hamparan itu, denganmenyapu-nyapu di belakang Baginda dan beliau
sentiasa senang dengan segala peri laku Baginda.Pada usia lapan tahun
dua bulan sepuluh hari Datuknya Abdul Mutalib pun meninggal dunia di
Makkah,walau bagaimanapun sebelum wafat, beliau telah sempat berwasiat
dan menyerah pemeliharaanRasulullah s.a.w kepada bapa saudaranya Abu
Talib saudara kandung ayahnya.KE PANGKUAN BAPA SAUDARA YANG
MENGASIHANIAbu Talib selaku bapa saudara, telah memikul tanggungjawab
menjaga anak saudaranya dengan sebaik-
- 18. Ar-Raheeq
Al-Makhtumbaiknya, beliau meletakkan Baginda bersama-sama dengan
anak-anaknya malah memberi keutamaan keatas anak-anaknya dengan
keistimewaan, penghormatan dan sanjungan, dalam tempoh empat puluhtahun
beliau menyokong Baginda, melindungi, membenarkan Baginda malah sanggup
berkelahi untukBaginda.BERTEMU PENDETA BUHAIRASetelah usia Rasulullah
s.a.w meningkat dua belas tahun, ada yang mengatakan dua belas tahun
duabulan sepuluh hari, Baginda keluar belayar bersama Abu Talib untuk
berniaga di negeri Syam, sehinggaapabila sampai ke Basrah, yang
merupakan sebahagian dari Syam di dalam daerah Hawran, namun padaketika
itu Basrah adalah salah sebuah negeri, di daerah negeri Arab di bawah
taklukan Rom, di sanaterdapat seorang paderi bernama Jarjis yang
dikenali sebagai Buhaira.Setibanya rombongan ke sana,"Buhaira" keluar
untuk menemui mereka, dan memuliakan mereka sebagaitetamu, tapi ini
bukan satu kebiasaannya, kerana sebelum ini beliau tidak pernah keluar
untuk menemuisesiapa, beliau mengenali Rasulullah s.a.w dengan segala
sifat-sifatnya. Semasa beliau memegangtangan Baginda, terus beliau
berkata: Inilah penghulu dunia sejagat, inilah orang yang diutuskan
Allahsebagai rahmat untuk sekelian alam. Kata Abu Talib: Dari mana
maklumat ini tuan perolehi? Jawabbeliau: Tahukah kamu, bahawa semasa
kamu mendekati "Al-Aqabah" tidak ada batu dan pokok-pokokpun yang tidak
tunduk sujud kepadanya, sujud seperti ini hanya berlaku kepada seorang
nabi sahaja, danaku kenali pada Baginda "Khatam An-Nubuwah" penutup
kenabian, ianya terletak di belakang Baginda dibawah tulang dayung
bentuknya seperti epal, semua sifat-sifat Baginda tersebut di dalam
kitab-kitabkami, seterusnya beliau meminta supaya Abu Talib membawa
Muhammad s.a.w pulang ke Makkah, danjangan dibawanya ke negeri Syam
kerana ditakuti tindakan jahat Yahudi, oleh itu Abu Talib
mengirimRasulullah s.a.w untuk berpatah balik ke Makkah bersama-sama
dengan beberapa orang suruhannya.PEPERANGAN AL-FUJJARSemasa usia Baginda
lima belas tahun, berlaku satu peperangan, terkenal sebagai peperangan
Al-Fujjar,(peperangan penjahat) kerana jenayah perlanggaran di
bulan-bulan haram. Pihak pertama ialah Quraisydan Kinanah, yang kedua
ialah Qais bin Ilan. Tuan agong bagi Quraisy dan Kinanah ialah Harb
binUmaiyah kerana status beliau di kalangan masyarakat, Quraisy di
samping faktor umur. Di awal harikemenangan berpihak kepada Qais namun
bila hari beralih ketengah hari Kinanah sudahpun menguasaimedan
pertempuran, di ceritakan bahawa Rasulullah s.a.w telah turut serta di
dalam peperangan ini, dimana Baginda menyediakan anak-anak panah untuk
bapa saudaranya.PERJANJIAN AL-FUDULEkoran kepada peperangan Al-Fujjar,
telah diadakan satu perjanjian di dalam bulan Zulkaedah. Salahsatu bulan
Haram, padanya dijemput qabilah-qabilah Quraisy seperti Banu Hashim,
Abu Abdul Mutalib,Asad bin Abdul Al-Uzza, Zuhrah bin Kilab, Taiyim bin
Murrah. Kesemua mereka berlaimpul di kediamanAbdullah bin Jadaan
al-Taiyimi kerana faktor kedudukan yang disanjung dan juga faktor
umur,memandangkan beliau tertua di antara.Di dalam perjanjian ini semua
mereka bersetuju dan berjanji untuk memihak kepada sesiapa sahaja
yangdianiayai, dan bertindak terhadap penganiaya, hingga dapat
dikembalikan hak kepada tuannya,Rasulullah s.a.w telah ulrut serta di
dalam perjanjian ini setelah Baginda diutuskan dan memuji
perjanjianberkenaan, dengan sabdanya: Daku telah menyertai satu
perjanjian yang dilangsungkan di rumahAbdullah bin Al-Jadaan. Perjanjian
yang menyenangkan hatiku, lebih dari kesenanganku kepada unta-unta
gemuk, sekiranya aku dijemput semasa di dalam Islam nescaya daku beri
persetujuan segera.
- 19. Ar-Raheeq Al-MakhtumPerjanjian ini
menafikan semangat kefanatikan Jahiliyyah yang biasanya dimarakkan oleh
perasaanasabiyyah kebangsaan atau perkabilahan, dikatakan bahawa
dorongan yang mengarahkan kepadatermeterainya perjanjian ini, ialah
lantaran seorang lelaki dari Zubaid memasuki Kota Makkah denganbarangan
perniagaannya, barangan itu telah dibeli oleh Al-As ibnu Wail As-Sahmi,
namun harganya tidakdiselesaikan. Sebagai tindakbalas darinya, beliau
telah meminta pertolongan dari sekutunya Abdul Ad-Dar, Makhzum, Jumah,
Adi, malangnya pihak sekutunya tidak memenuhi permintaannya itu,
untukselanjutnya beliau mendaki bukit Abi Qubis dengan menyuarakan peri
penganiayaan terhadapnya,disuarakan di dalam madah syairnya, Az-Zubair
bin Abdul Mutalib bangun bertindak dengan katanya: Apacerita ini semua
membisu belaka? Dengan itu mereka yang telah mengikat janji Al-Fudhul
tadimenyokongnya, mereka semua segera menemui Al-Aas bin Wail dan
mengambil barangan lelaki Zubaidtadi dan dipulangkan kepadanya, setelah
mereka memeterai perjanjian Al-Fudhul itu.HIDUP PENUH
KEPERITANRasulullah s.a.w tidak mempunyai satu pekerjaan yang tetap
dipermulaan mudanya, namun demikianbeberapa riwayat sering mengaitkan
kerja Rasulullah s.a.w di permulaan usia remajanya, sebagaipenternak,
mengembala kambing keluarga Banu Sad, dan di Makkah pula mengambil upah
daripenduduk Makkah dengan beberapa qirat, bila Baginda meningkat dua
puluh lima tahun, Baginda keluarke negeri Syam sebagai peniaga dengan
modal Khadijah (r.a).Ibn Ishak menceritakan: Khadijah binti Khuwailid,
adalah seorang wanita peniaga, mempunyai kedudukantermulia dan pelbagai
harta, biasanya beliau menawar peniaga-peniaga untuk berniaga dengan
hartanya,dengan berkongsi keuntungan, terutamanya orang-orang Quraisy
memang terkenal sebagai ahliperniagaan. Sebaik sahaja perkhabaran
mengenai diri Rasululullah dengan keimanan dan kebenaranpertuturan
Baginda, serta ketinggian akhlak mulia, tanpa berlengah beliau mengantar
utusan,menawarkan kepada Baginda untuk keluar berniaga dengan hartanya
ke negeri Syam, beliau menjanjikanBaginda untuk memberi kongsian lebih
lumayan dari yang ,biasa diberi kepada peniaga-peniaga lain,untuk ke
sana beliau telah menghantar budak suruhannya mengiringi Rasulullah
s.a.w, tawaran itu telahditerima oleh Rasulullah s.a.w dengan baik.
Baginda pun keluar ke sana bersama Maisarah budak suruhanKhadijah hingga
tiba ke negeri Syam.PERKAHWINAN BAGINDA DENGAN KHADIJAH
(R.A)Sekembalinya Rasulullah s.a.w ke Makkah dari perjalanannya,
Khadijah mendapati hartanya terjagadengan penuh amanah dan berkat, yang
hingga kini belum pernah dilihatnya, tambahan dengan cerita-cerita yang
dilaporkan oleh budak suruhannya Maisarah, mengenai segala sesuatu yang
diperhatinya disepanjang pergaulannya dengan Rasulullah s.a.w di sana,
dengan perangai-perangai yang lemah lembut,pekerti-pekerti yang mulia,
fikiran waras, minda penuh kepintaran dan perwatakan yang lurus, kini
beliausudah berjumpa dengan mutiara kehilangannya.Sebelum ini
pembesar-pembesar dan pemuka-pemuka Quraisy amat perihatin untuk
mengawini beliau,namun kesemua lamaran dan permintaan mereka ditolak,
kini hasrat dan cita-citanya itu didedahnyakepada sahabat karibnya
Nafisah binti Manyah, Nafisah bertanggungjawab menemui Rasulullah
s.a.wuntuk merestui hasrat Khadijah kepada Baginda, untuk mengahwininya,
Rasulullah s.a.w punmempersetujui hasrat Khadijah dan menerima untuk
berkahwin dengannya. Baginda pun memberitahupersetujuan tadi kepada
bapa-bapa saudaranya, dengan itu mereka semua telah datang menemui
bapa-bapa saudara Khadijah dan terus meminang Khadijah untuk Rasulullah
s.a.w, tidak berapa lama upacaraperkahwinan pun dilangsungkan, upacara
akad nikah ini telah dihadiri oleh Banu Hashim dan kepala-kepala Bani
Mudhar. Perkahwinan terlaksana selepas dua bulan kepulangan Baginda dari
negeri Syam,Mahar perkahwinan ialah dua puluh ekor unta betina, usianya
dimasa itu sudah meningkat empat puloh
- 20. Ar-Raheeq
Al-Makhtumtahun namun di ketika itu beliaulah seafdAl-Afdal wanita
pilihannya dari segi nasab keturunannya, hartadan pemikiran.Beliau
merupakan isteri pertama kepada Rasulullah s.a.w. Dan Baginda tidak
mengahwini mana-manaperempuan pun semasa hayatnya, hinggalah beliau
meninggal.Kesemua anak-anak Baginda adalah dari Khadijah (r.a) kecuali
Ibrahim dari Mariah Al-Qibtiyah, anakpertamanya bernama Qasim, dengannya
Rasulullah s.a.w digelar Abu Al-Qasim, kemudian Zainab,Rukiah, Umi
Kalthum, Fatimah dan Abdullah, beliau bergelar sebagai al-Tayyib dan
al-Tahir, anaklelakinya kesemuanya meninggal semasa kecil, manakala
anak-anak perempuannya kesemuanya sempatdengan kebangkitan Baginda
sebagai Rasul utusan Allah, kesemua mereka memeluk Islam dan
kesemuamereka berhijrah, semua mereka ini wafat semasa hayat Baginda
kecuali Fatimah seorang sahaja yangwafat selepas kewafatan Baginda enam
bulan kemudian.PEMBINAAN SEMULA KAABAH DAN PERMASALAHAN AT-TAHKIMDalam
usia Baginda tiga puluh lima tahun (35) Quraisy telah bertindak
mendirikan semula Kaabah,kerana berlaku keruntuhan pada strukturnya,
Kaabah ini sebenarnya satu bangunan tinggi sembilanhasta, sejak zaman
Ismail (a.s) tidak berbumbung, pencuri-pencuri telah melarikan harta
khazanah didalamnya. Kaabah telah beberapa kali mengalami kerosakan
kerana bangunannya terlalu usang,dindingnya sering retak dan pecah, lima
tahun sebelum kebangkitan Rasulullah s.a.w banjir besarmelanda Makkah,
airnya yang mengalir deras menuju ke Kaabah, hampir merobohkan bangunan
Kaabahitu. Disebabkan oleh kejadian itu, pihak Quraisy terpaksa
memperbaharui bangunannya.Demi menjaga kedudukannya, maka mereka
bersetuju untuk membangunkannya. Namun tugas tersebuthanya diserahkan
kepada mereka yang hanya dikenali sebagai golongan baik, tidak
memasukkanperbelanjaan haram, penjualan riba dan orang yang tidak
menzalimi orang lain.Mereka takut merobohnya, namun Al-Walid bin
Al-Mughirah Al-Mukhzumi memulakan dan setelah merekamelihat beliau tidak
terkena sebarang bala, barulah orang-orang lain berani bertindak
merobohkannya,dan terus mereka merobohkan bangunan yang lama ini
hinggalah sampai ke asas yang dibina olehSaidina Ibrahim, setelah itu
mereka memulakan pembinaan Kaabah, di mana mereka
membahagikanruang-ruang kepada setiap qabilah, setiap qabilah
bertanggungjawab membereskan pembinaan bahagianyang dipertanggungjawab
kepadannya, semua kerja adalah di bawah seliaan seorang arkitek
berbangsaRom bernama Baqum, setelah bangunan selesai disiapkan ke
peringkat "Hajar Al-Aswad", sekali lagimereka berselisih pendapat siapa
orangnya yang berkeistimewaan untuk mengangkat dan meletakkannyake
tempatnya, perbalahan berlarutan hingga ke malam keempat atau kelima,
hampir-hampir membawakepada pertumpahan darah dan peperangan sengit di
bumi haram itu, hinggalah Abu Umaiyah bin Al-Mughirah Al-Makhzumi
mengemukakan cadangan kepada mereka, iaitu untuk menerima
penyelesaiandari orang yang pertama memasuki ke dalam masjid, melalui
pintu besar dan beliaulah orang yang akanmenjadi hakim, dengan itu
mereka yang terlibat pun bersetuju dengan cadangan itu, dengan
kehendakAllah, Rasulullah s.a.w lah orang yang pertama memasuki masjid
menerusi pintunya itu, mereka punmelaung itu pun Al-Amin, kami semua
bersetuju dengan penyelesaian Muhammad.Setibanya Baginda ke majlis
mereka, mereka pun menceritakan peristiwa sebenarnya yang terjadi
lantasBaginda meminta sehelai kain, lalu diletaknya "Hajar Al-Aswad" di
atas hamparan kain dan memintasetiap kepala qabilah memegang hujung kain
seterusnya meminta mereka mengangkatnya, sehinggaapabila sampai ke
tempatnya maka Baginda sendiri sekali lagi meletakkan dengan tangan
Baginda ketempatnya yang asal, demikianlah penyelesaian masalah dengan
cara yang bijak yang dapat diterimaoleh semua kaum.Kerana kesuntukan
perbelanjaan pihak Quraisy terpaksa menangguhkan pembinaan yang
disebelah
- 21. Ar-Raheeq Al-Makhtumutara, lebih kurang enam
hasta, kawasan yang dikenali sebagai "Hijr" dan "Al-Hutaim" buat
sementaradipasang pintu disitu supaya tidak ada orang memasuki ke
dalamnya, kecuali yang berhajat, setelahbangunan mencecah lima belas
hasta maka di dirikan enam tiang untuk meletak atapnya. Apabila
selesaipembinaan Kaabah, maka kelihatanlah bentuknya yang seakan-akan
empat segi padu dengan ketinggianlima belas meter, panjang sudut di mana
terletaknya Hajar Al-Aswad dan yang setentang dengannya lalahsepuluh
meter kali sepuluh meter ketinggian aras letaknya Hajar Al-Aswad dari
dataran bertawaf setinggisatu perpuluhan lima puluh meter (1.50 meter)
manakala lawang pintu setinggi dua betas meter,samalah dengan pintu
berukuran dua belas meter ianya dilingkungi dengan tembok dari bawah
puratatingginya perpuluhan dua puluh lima meter, lebarnya perpuluhan
tiga puluh lima meter, tembokberkenaan dikenali sebagai As-Shazarwan
yang merupakan dasar asal Al-Kaabah, tetapi
Quraisymengabaikannya.SEJARAH RINGKAS SEBELUM KEBANGKITANDiri Rasulullah
s.a.w merupakan jambangan yang tersusun padanya seluruh keistimewaan
dan kebaikanyang terdapat pada manusia, Baginda adalah contoh pemikiran
unggul lagi jitu, dengan pandangan yangwaras, kecerdikan dan
kebijaksanaan tersendiri, ketepatan mencari jalan dan sasaran, urusan
Bagindadigarapkan melalui sifat berdiam yang panjang disokong dengan
pengamatan dan keseriusan berfikirserta sentiasa berpihakkan kebenaran.
Kesuburan berfikir dan keheningan naluri semulajadimemampukan Baginda
membaca dan mencerakinkan pita-pita hidup, pergolakan manusia dan
arus-arusperjalanan jamaah-jamaah. Baginda menolak segala bentuk
khurafat dan menghindar diri darinya, namunBaginda tetap berinteraksi
dengan manusia ramai dengan kewaspadaan dan basirah terhadap
sebarangtindakan Baginda dan tindakan mereka.Sekiranya didapati kebaikan
tanpa teragak-agak Baginda menyertai mereka, kalau tidak Baginda
akanmenyusur suasana uzlahnya. Tidak pernah Baginda menjamah khamar,
tidak pernah memakansembelihan berhala. Tidak pernah menyertai
perayaan-perayaan berhala atau eksponya, sejak awAl-Awallagi Baginda
memang membencikan penyembahan-penyembahan yang karut dan batil ini,
hingga tidakada suatu pun yang paling dibenci Baginda selain dari
berhala-berhala. Baginda tidak dapat menahankesabarannya untuk mendengar
orang bersumpah dengan berhala Al-Lata dan Al-Uzza.Tidak syak lagi
kuasa takdir Allah memagar Rasulullah s.a.w dengan inayah jagaanNya,
diketika mananaluri keinginan kemanusiaan Baginda merangsang Baginda
dari dalam untuk mengambil habuannya darikelazatan duniawi. Jika
perasaan Baginda senang menerima sebahagian dari resam-resam yang
tercela,di ketika itu pula penjagaan Ilahi akan berperanan menghalang
perasaan tadi. Mengikut riwayat Ibn Al-Athir, sabda Baginda: "Aku tidak
pernah berhasrat dengan apa yang dilakukan oleh orang jahiliyyah
selaindua kali sahaja, namun kesemuanya Allah s.w.t menghalang daku dari
meneruskannya, lepas itu tidakpernah aku idam-idamkan lagi, hinggalah
Allah mengurniakan daku dengan risalahNya. Di suatu malamku telah
berkata kepada budak suruhan yang mengembala ternakan bersama ku di
pinggir Makkah: Bolehtak kalau kamu tolong menjaga kambing-kambingku
ini, sehingga dapat ku masuk ke kota Makkah danberjaga malam seperti
pemuda-pemuda lain. Jawab budak itu, Ya! kau boleh pergi. Daku pun
keluarsehingga apabila aku sampai ke rumah pertama ku pun mendengar
alunan alat permainan, ku bertanyaorang di situ: Apa keramaian semua
itu? Jawab mereka itulah keramaian majlis perkahwinan Si Fulandengan
perempuan Fulan. Daku pun duduk mendengarnya, tetapi Allah telah
menutupkan telingaku dandaku pun terlena. Kepanasan matahari telah
mengejutkan ku dari tidur tadi. Bila ku pulang menemuiteman ku, di mana
beliau bertanya apa ceritanya, ku pun mencerita segala-galanya, hal yang
sama kucuba di suatu malam yang lain, namun setelah ku sampai ke Kota
Makkah hal yang sama terjadi pada kuselepas itu daku tidak pernah
mencuba lagi."Al-Bukhary telah meriwayatkan dari Jabir bin Abdullah
dengan katanya: Ketika pembinaan semulaKaabah, Rasulullah s.a.w telah
turut serta bersama Al-Abbas, kerja mereka mengangkut batu-batu.
Al-Abbas berkata kepada Rasulullah s.a.w: Sangkutkan kain kau itu ke
tengkok supaya dapat menghindar
- 22. Ar-Raheeq Al-Makhtumdari
terkena batu-batu, bila Baginda berbuat demikian Baginda terus pengsan
dan jatuh ke tanah, duamatanya terjegil ke langit, setelah sedar terus
Baginda melaung, kain ku! kain ku! lalu dipakaikan kainnyake badannya,
dalam satu riwayat lain mengatakan: Selepas kejadian itu tidak lagi
dilihat aurat Baginda.Rasulullah s.a.w mempunyai keistimewaan di
kalangan kaumnya, dengan akhlak-akhlak terpuji, pekerti-pekerti mulia
dan sifat-sifat terpuji. Baginda tokoh termulia di kalangan bangsanya,
elok perangai, tinggisikap kejiranan, lapang kesabarannya, benar
percakapan, lemah lembut pergaulan, bersih jiwa, murahpemberian, mulia
pekerjaan, menepati janji, beramanah dan bertanggungjawab hingga
merekamenggelarnya sebagai Al-Amin kerana Baginda memiliki pekerti dan
sifat-sifat yang disenangi. Bagindaadalah sepertimana yang disifatkan
oleh Khadijah sebagai:"Seorang yang sentiasa menanggung beban, membantu
orang yang kesempitan, memberi makan kepadatetamu dan menolong menegak
kebenaran ".SEMASA KERASULANTurunnya wahyu pertama merupakan detik
paling bersejarah dalam kehidupan Muhammad S.A.W,bermulanya tugas
mencabar sebagai Rasul Allah yang bertanggungjawab menyelamatkan manusia
darikesesatan. Ia lebih mencabar apabila wahyu yang diterimanya itu
menjadi bahan pertikaian di kalanganQuraisy Mekah yang selama ini
memuji-muji keperibadian Muhammad bin Abdullah.DIBAWAH NAUNGAN
AN-NUBUWWAH DAN AR-RISALAH Dl GUA HIRABila usia Baginda meningkat empat
puluh tahun, renungan dan pengamatan Baginda di masanya yangsilam,
membawa Baginda semakin jauh lagi jurang dan cara pemikiran Baginda dari
kaumnya, membawaBaginda gemar untuk mengasingkan diri berikhtila, untuk
itu Baginda membawa bekalan dan air untukmaksud ke gua Hira di bukit
An-Nur dengan jarak dua batu ke bandar Makkah, ianya adalah sebuah
guayang selesa (panjangnya empat hasta).Turut bersama, keluarga Baginda,
di sana Baginda tinggal selama sebulan Ramadhan. Baginda memberijamuan
kepada fakir miskin yang menziarahinya, di samping Baginda menghabiskan
masanya di sanauntuk beribadat dan berfikir mengenai alam semesta
sekelilingnya, kudrat disebalik penciptaannya,Baginda tidak senang
dengan akidah pegangan syirik kaumnya, yang terlalu rapuh dan reput itu,
sertatasawurnya yang tidak bertunjang. Baginda mempunyai satujalan
keluar yang jelas, atau satu programyang padu dan haluan arah-tuju yang
boleh Baginda berpuas hati dengannya. Pemilihan Baginda untukberuzlah
itu merupakan sebahagian dari program yang disusun oleh Allah s.w.t
untuk Baginda sebagaipersiapan untuk menangani persoalan agung. Malah
ianya suatu yang tidak dapat tidak bagi mana-manajiwa agung untuk
berperanan membentuk perjalanan hidup manusia. Jiwa seperti ini
hamsberikhtila dan beruzlah untuk beberapa ketika memutus hubungan dari
kesibukan bumi, kebisingan hidupdan kegawatan manusia yang memilih
perjalanan hidup duniawi.Demikian Allah menyusun program untuk Muhammad
sebagai persiapan untuk memikul amanah agung dimuka bumi ini, dalam
rangka untuk merombak dan merubah sistem yang sedemikian lama
bermaharajadi bumi ini dan demi untuk membetulkan landasan sejarah yang
diselewengkan. Allah menyusun programAl-Uzlah ini, tiga tahun sebelum
Baginda memikul amanah dan risalah Ilahi ini, di dalam beruzlah
iniBaginda mengambil masa selama beberapa bulan, menghayati kehadiran
bayu maya pada yang serbabebas dan merdeka. Di sampingnya Baginda
mengamati alam di sebalik maya pada ini, sehingga tibamasanya untuk
bermuamalah dan berinteraksi dengan alam ghaib itu, iaitu pada ketika
yang dikehendakiAllah.
- 23. Ar-Raheeq Al-MakhtumPENANGGUHAN
WAHYUAdapun tempoh penangguhan wahyu, mengikut riwayat Ibn Saad daripada
Ibn Abbas yang bermaksudbahawa penangguhan itu adalah beberapa hari,
pendapat yang rajih (berat) malah itulah pendapat yangtepat, iaitu
setelah dilihat dari beberapa aspek. Manakala pendapat yang masyhur
mengatakan yangianya berlarutan hingga tiga tahun atau dua tahun
setengah, ini bukan pendapat yang sahih dari mana-mana sudut pun. Namun
bukan di sini ruang untuk kita perlihatkan pendapat tersebut.Di
hari-hari penangguhan wahyu Rasulullah s.a.w hidup dalam keadaan muram
dan berduka, Bagindadilanda kehairanan dan kebimbangan, hal ini telah
diriwayatkan oleh Al-Bukhary di dalam bahagian kitabal-Tabir dengan
nasnya yang bermaksud: Dan Wahyu pun tertangguh beberapa ketika
menyebabkanBaginda berduka, mengikut maklumat yang sampai kepada kita,
bahawa Baginda tersangat berdukacita,hingga mendorong Baginda berkejar,
berkali-kali ke kemuncak bukit, hendak menghumban diri, namunapabila
sampai ke kemuncak sana untuk mencampak dirinya, Jibril pun menampilkan
diri sambil berkata:"Wahai Muhammad! Sesungguhnya engkau adalah utusan
Allah yang sebenar. Dengan itu gelora dalamhatinya pun kembali tenang
danjiwa kembali tenteram, dengan itu Baginda pulang semula ke
rumah,sekali lagi bila wahyu tertangguh kembali pula Baginda dilanda
perasaan gundah dan dukacita, berulangpula Baginda ke kemuncak bukit dan
sekali lagi Jibril menampakkan dirinya seraya melaung ungkapanyang sama
kepada Rasulullah s.a.w."JIBRIL MEMBAWA WAHYU PADA KALI KEDUAIbnu Hajar
menceritakan penangguhan wahyu pun sudah berlalu, itu adalah dengan
tujuan untukmembuang perasaan gerun dari hati Baginda dan untuk
membangkit perasaan merindukan wahyu,setelah mana perasaan kehairanan
sudah tiada lagi, disebaliknya tertegak pula tunggak hakikat.
KiniRasulullah s.a.w sudah arif dengan penuh keyakinan bahawa Baginda
adalah nabi utusan Allah s.w.t, yangdatang menemui itu adalah duta wahyu
membekal Baginda warta dan perkhabaran langit, hingga denganitu Baginda
sudah kepinginan dengan Jibril dan wahyu Ilahi, sikap inilah yang
membawa Baginda cekaldan sanggup menerima dan memikul tugas dakwah,
ketika Jibril kembali datang menemui Baginda iaitudikali kedua.
Al-Bukhary telah meriwayatkan dari Jabir bin Abdullah bahawa beliau
telah mendengarRasulullah s.a.w menceritakan mengenai penangguhan wahyu
dengan sabdanya yang bermaksud:"Di ketika daku sedang berjalan
tiba-tibaku terdengar satu suara dari langit maka ku pun
mengangkatpandanganku ke arah langit, tiba-tiba malaikat yang mendatangi
daku di gua Hira dahulu sekali lagi kulihatnya sedang duduk di atas
kursi di antara langit dan bumi, daku terkejut dan tergamam
hinggaterjatuh ke bumi, kemudian aku segera pulang menemui keluarga
dengan meminta: Selimutkanlah daku,selimutkanlah daku, selimutkanlah
daku", disusuli dengan turunnya ayat Allah:"Wahai orang yang berselimut!
Bangunlah serta berilah peringatan dan amaran (kepada umat
.manusia).Dan Tuhanmu, maka ucaplah dan ingatlah kebesaran-Nya! Dan
pakaianmu, maka hendaklah engkaubersihkan. Dan segala kejahatan, maka
hendaklah engkau jauhi."
Al-Muddadstsir :1-5PENJELASAN LANJUT
MENGENAI JENIS-JENIS WAHYUSebelum kita menghuraikan secara terperinci
mengenai penghidupan sebagai seorang rasul dan nabi, kitaberpendapat ada
baiknya terlebih dahulu kita mengenali jenis-jenis wahyu yang merupakan
sumberrisalah dan bekalan dakwah, Ibnu Al-Qayyim telah menyebut
peringkat-peringkat wahyu:
- 24. Ar-Raheeq Al-Makhtum1. Mimpi
benar, ianya adalah permulan wahyu kepada Rasulullah s.a.w.2. Sesuatu
yang dicampakkan oleh Malaikat ke dalam dadanya dan hati naluri
Rasulullah s.a.w tanpa melihatnya, sebagaimana yang telah dinyatakan
oleh Rasulullah s.a.w: Sesungguhnya Jibril telah mencampak ke dalam
hatiku bahawa: Sesuatu jiwa itu tidak akan mati kecuali setelah genap
rezekinya, hendaklah kamu bertaqwa kepada Allah, dan berusahalah
dengan baik di dalam usaha mencari rezeki, dan jangan sekali-kali
dek kelewatan rezeki itu ianya mendesak kamu berusaha secara
memaksiati Allah, kerana sesungguhnya sesuatu di sisi Allah itu tidak
boleh diperolehi kecuali dengan mentaatinya.3. Rasulullah s.a.w
didatangi Jibril yang menjelma dirinya sebagai seorang lelaki, dan
berblcara dengan Baginda di mana Rasulullah s.a.w menyedari dan
mengingati segala apa yang diperkatakan kepadanya, di dalam
peringkat ini para sahabat pun turut dapat melihat Jibril pada
ketika-ketikanya.4. Rasulullah s.a.w didatangi melalui bunyian seperti
deringan loceng, cara ini yang paling berat bagi Rasulullah s.a.w
untuk menerimanya, melaluinya Jibril turut menyertainya, hinggakan dahi
Baginda mencucur keringat walaupun di hari yang terlalu dingin,
malah tunggangannya sekali turut bersimpuh ke bumi. Di suatu ketika
wahyu dalam bentuk ini turun kepada Rasulullah s.a.w sedang pahanya di
atas paha Zaid bin Thabit, Zaid terasa berat bagaikan nak pecah.5.
Baginda melihat malaikat Jibril dalam bentuk parasnya yang di ciptakan,
lalu diwahyukan kepadanya sekehendak Allah, cara ini terjadi kepada
Baginda dua kali, seperti mana Allah menyebutnya di dalam surah
An-Najm.6. Tanpa hijab: sebagaimana yang diwahyukan kepada Baginda
semasa Baginda berada di petala langit di malam Mikraj, Baginda
menerima perintah solat dan sebagainya.7. Percakapan Allah secara
langsung kepadanya tanpa perantaraan Malaikat seperti mana Allah
berbicara dengan Musa bin Imran, jenis ini sabit kepada Musa a.s di
dalam Al-Quran, juga sabit kepada Rasulullah s.a.w di dalam
peristiwa Al-Isra.8. Sesetengah ulama menambahkan peringkat kelapan
iaitu percakapan Allah bersemuka dengan rasulnya tanpa hijab, ini
adalah masalah khilafiah di antara salaf dan khalaf. Berakhir sudah,
dengan ringkasan singkat mengenai peringkat permulaan hingga kelapan
penurunan wahyu.SELEPAS KERASULANKemunculan dakwah Rasulullah s.a.w
S.A.W. di tengah kegelapan jahiliyah, mendorong dakwah itudilaksanakan
secara berhati-hati dan berperingkat. Permulaan dakwah nabi secara
rahsia, sebagaistrategi dakwah nabi yang sangat cermat. Ia mengambil
masa yang panjang dan penuh berhati-hatikerana apa yang hendak
disampaikan adalah bercanggah secara total dengan kepercayaan dan
amalanharian kaum jahiliyah Arab.PERINGKAT-PERINGKAT DAKWAH DAN
TAHAP-TAHAPNYATempoh dakwah Rasulullah s.a.w s.a.w boleh dibahagikan
kepada dua peringkat, kedua-duanya ituberbeza di antara satu sama
lain:1. Peringkat Makkah selama tiga belas tahun.2. Peringkat Madinah
selama sepuluh tahun genap.
- 25. Ar-Raheeq Al-MakhtumSetiap
peringkat ini ada ciri-cirinya yang tersendiri, ciri-ciri ini dapat
dilihat dengan jelas pada setiap zurufdan persekitaran yang
dilaluinya.Peringkat Makkah boleh dibahagikan kepada tahap-tahap
berikut:1. Tahap dakwah secara rahsia tiga tahun.2 .Tahap iklan dan
keterbukaan dakwah penduduk Makkah. Bermula dari tahun keempat
tarikhkebangkitan hinggalah ke kemuncak tahun kesepuluh.3. Tahap ketiga
keluar ke kota Makkah dan penyebaran di kalangan mereka, bermula dari
penghujungtahun kesepuluh hingga ke hijrah Rasulullah s.a.w.Manakala
tahap-tahap diperingkat Madinah akan kita jelaskan di tempatnya
nanti.TAHAP PERTAMA: JIHAD MELALUI DAKWAHTiga tahun berdakwah secara
rahsia.Seperti yang diketahui, Makkah merupakan pusat agama bangsa Arab
dan kecergasannya, pegawai danpengumpul agama bertempat di Kota Makkah.
Mereka juga penyelia dan pengawal, berhala-berhalaseluruh bangsa Arab di
masa itu, untuk sampai kepada sasaran pengislahan amat sukar sekiranya
jauhdari Makkah itu sendiri, kerja ini memerlukan kepada kecekalan hati
dan ketabahan yang tidak bolehdigugat oleh dugaan dan bencana.Adalah
bijak dan hikmah dakwah di masa ini secara rahsia, supaya tidak
mengejutkan penduduk Makkahdengan suatu yang boleh membangkitkan
kemarahan mereka.GENERASI PERTAMASuatu hal yang biasa dan tabii di mana
Rasulullah s.a.w cuba memperkenalkan Islam untuk kali pertamakepada
orang-orang yang terdekat dengan Baginda, keluarga dan kawan-kawan
Baginda. Mereka inilahyang paling awal didakwahkan, didakwahkan juga
orang-orang yang dikenali dengan kebaikan mereka,dikenali mereka sebagai
golongan mencintai kebenaran dan kebaikan dan sebaliknya mereka
pulamengenal Rasulullah s.a.w sebagai individu yang mengutamakan
kebenaran dan kebaikan. Antara merekamemang ada yang menyahut seruan
Baginda itu tanpa meragui sesuatu pun mengenai peribadiRasulullah s.a.w
dan mengenal maksud dan tujuan Rasulullah s.a.w berdakwah dengan
risalahnya itu,golongan ini dikenal dalam sejarah Islam sebagai generasi
As-Sabiqun Al-Awwalun.Mereka ini terdiri dari isteri Baginda Saidah
Khadijah r.anha, Ummu Al-Mukminin sebagai orang yangterawal menganut
Islam. Orang suruhannya Zaid bin Harithah bin Syurahbil Al-Kalabi, anak
saudaranyaAli Ibni Abu Talib yang masih kanak-kanak lagi, di bawahjagaan
Rasulullah s.a.w, kawannya yangterdekat Abu Bakr As-Siddiq, kesemua
mereka ini mengucap Kalimah Syahadah di hari pertamaRasulullah s.a.w
memperkenalkan dakwahnya.Abu Bakr menyusul pula sebagai penggerak dan
pendakwah yang aktif, beliau merupakan tokoh yangdisenangi dan mudah
berkomunikasi dengan orang ramai lagi berakhlak mulia. Anggota
kaumnyasentiasa mendatangi beliau dan berdamping dengannya, kerana ilmu
pengetahuan, perniagaan dan muliapergaulannya. Beliau bertugas mengajak
orang yang dipercayai yang sentiasa berhubungan dengannya,mereka itu
seperti Uthman bin Affan Al-Umawi, Az-Zubair bin Al-Awam Al-Usdi, Abdul
Rahman bin Auf al-Zuhri, Sad Ibn Abi Waqqas al-Zuhri dan Talhah bin
Abdullah al-Tayyimi. Mereka ini seramai lapan orangadalah generasi
peneroka dan terawal menganut Islam.Di antara yang terawal juga ialah,
Bilal bin Rabah Al-Habsyi, kemudian disusuli pula oleh Amin
Al-Ummahorang kepercayaan umat iaitu Abu Ubaidah Amir bin Al-Jarah dari
Bani Al-Harith bin Fihr, Abu Salamahbin Abdul Al-Asad Al-Makhzumi,
Al-Arqam bin Abu Al-Arqam Al-Makhuzmi, Uthman bin Mazun dan dua
- 26.
Ar-Raheeq Al-Makhtumsaudaranya Qudamah dan Abdullah, Ubaidah bin
Al-Harith bin Al-Mutalib bin Abdul Manaf, Said bin ZaidAl-Adawi Al-Urus
dan isterinya Fatimah bin Al-Khattab Al-Adwiah adik perempuan Umar Ibni
Al-Khatab,Khabbab bin Al-Arat, Abdullah bin Masud Al-Huzali dan ramai
lagi selain mereka ini, mereka adalahdianggap sebagai lapisan terawal
menganut Islam As-Sabiqun Al-Awwalun. Mereka ini dari seluruhketurunan
Quraisy, Ibnu Hisham telah menghitung mereka seramai empat puloh orang.
Menyebutsebahagian mereka sebagai golongan As-Sabiqun Al-Awwalun sekadar
sepintas lalu. Ibn Ishak telahmenyebut: Kemudian maka masuklah bilangan
yang ramai ke dalam Islam bertali arus tidak putus-putusmenyebabkan
keriuhan di Kota Makkah dan diperkatakan orang.Namun kesemua mereka ini
memeluk Islam secara rahsia, Rasulullah s.a.w terus membuat
pertemuandengan mereka member! pertunjuk kepada mereka mengenai hal
agama secara bersembunyi, keranadakwah masih lagi dalam bentuk individu
dan rahsia. Wahyu turun tanpa putus-putus lagi, iaitu selepasterturunnya
awalan surah Al-Muddasir, bahagian-bahagian surah yang turun di
masa-masa ini merupakanayat-ayat yang pendek-pendek, struktur ayatnya
indah dan kemas, rentak-rentaknya adalah lembut, senisusunannya sesuai
dengan tuntutan suasana yang damai, bertemakan pembersihanjiwa dan
mengecamkerja-kerja pencemaran diri dengan noda-noda dunia. Mengambarkan
keindahan syurga dan keburukanneraka bagaikan tertera di hadapan mata
kepala, membimbing manusia mukmin dalam satu suasanayang berbeza dari
suasana masyarakat manusia di ketika itu.SOLATPerintah yang terawal
sekali diturunkan ialah solat, Muqatil bin Sulaiman telah menyebut:
AllahSubhanahu Wa Taala telah memfardukan solat di permulaan Islam
dengan dua rakaat di pagi hari dandua rakaat di malam hari, berdasarkan
firman Allah:"Dan bertasbihlah dengan memuji Tuhanmu di waktu malam dan
di waktu pagi."
Al-Mumin: 55Ibn Hajar telah berkata:
Dengan jelas Rasulullah s.a.w sebelum Isra bersembahyang, demikian juga
parasahabat Baginda, cuma yang diikhtilafkan apakah difardhukan
solat-solat yang dilakukan sebelumkefardhuan solat lima waktu itu, atau
apakah ianya bukan fardhu? Ada pendapat mengatakan yangdifardhukan itu
ialah solat sebelum naik matahari dan sebelum terbenamnya. Al-Harith bin
Usamahkatanya: Bahawa Rasulullah s.a.w dipermulaan penurunan wahyu,
Baginda telah didatangi Jibril (a.s),beliau mengajar Baginda cara
berwudhuk setelah selesai berwudhuk diambilnya air secebok, makadibasuh
kemaluannya, Ibnu Majah meriwayat hadith yang sama dengannya, juga
hadith yang diriwayatdari Al-Bara bin al Azib dan Ibnu Abbas, dan
tersebut di dalam hadith Ibn Abbas yang bermaksud:"am adalah dipermulaan
fardhu solat"Ibnu Hisham menyebut bahawa Rasulullah s.a.w dan para
sahabat Baginda, mereka semua apabilatibanya waktu solat, mereka keluar
ke lorong tertentu untuk menunaikan solat, bersembunyi dari kaummereka,
di suatu ketika Abu Talib pernah ternampak Rasulullah s.a.w dan Saidina
Ali sedangbersembahyang lalu beliau menanyakan kepada mereka berdua,
mengenai sembahyang yang merekalakukan itu, bila beliau memastikan jelas
amal ibadat ini, beliau menyuruh mereka beristiqamahdengannya.MAKLUMAT
TELAH SAMPAI KE PENGETAHUAN QURAISYSetelah dilihat dari berbagai aspek
yang berlainan terhadap peristiwa-peristiwa yang berlaku,
nampaknyadakwah di dalam tahap ini, meskipun bersifat rahsia dan
individu namun beritanya sudah pun tersibarkepengetahuan Quraisy, tetapi
ianya tidak dipedulikan sangat.As-Syeikh Muhammad al-Ghazali r.a.
menyebut: Berita dakwah Rasulullah s.a.w ini telahpun sampai
kepengetahuan Quraisy, tetapi mereka tidak mengambil endah sangat.
Kemungkinan pihak Quraisy
- 27. Ar-Raheeq Al-Makhtummenyangka
Muhammad ini salah seorang jenis manusia yang kuat beragama, yang
bercakap mengenaiketuhanan dan tugasnya, amalan seperti ini sama seperti
amalan Umaiyah bin Abi As-Salt, Quis binSaidah, Amru bin Nufail dan
lain-lain lagi, walau macam mana sekalipun pihak Quraisy tetap
mencurigaikesannya. Oleh itu mereka memerhati hari demi hari,
perkembangan lanjut dan kesudahan dakwahnyaini.Berlalu tiga tahun dakwah
Rasulullah s.a.w, ianya masih lagi rahsia dan dalam konteks individu.
Apa yangberlaku ialah tertegaknya sebuah jamaah golongan mukmin yang
bertunggakkan persaudaraan dansanggup tolong menolong, bekerja
menyampaikan risalah Muhammad dan mengemaskan tapakperjuangannya. Namun
selepas tiga tahun kini Rasulullah s.a.w diminta supaya
mengisytiharkandakwahnya kepada kaumnya dan menghadapi kepalsuan mereka,
menentang serta mengecam berhala-berhala mereka.TAHAP KEDUA: DAKWAH
SECARA TERANG-TERANGANArahan awal menggerakkan dakwah:Arahan awal supaya
digerakkan dakwah secara terang-terangan adalah berdasarkan ayat
terawalditurunkan mengenainya yang bermaksud:"Dan berilah peringatan
kepada keluarga mu yang terdekat. "Surah yang termuatnya ayat ini ialah
surah As-Syuara, diawalnya dikisahkan Musa a.s, bermula darikebangkitan
sebagai nabi hinggalah hijrahnya bersama Bani Israel, kejayaan mereka
terlepas dari Firaundan petualang-petualangnya dan penenggelaman Firaun
bersama-sama orangnya ke dalam laut, kisah inimengandungi tahap-tahap
dakwah nabi Musa yang dilaluinya dalam usaha mengajak Firaun dan
kaumnyauntuk beriman dengan Allah. Pada saya pengisahan Musa secara
terurai ini bertujuan untuk mengiringisumhan Allah kepada nabi Muhammad
s.a.w untuk berdakwah kepada kaumnya, agar kisah ini menjaditeladan
tertera dihadapan mata kepala mereka, di mana mereka akan menghadapi
pendustaan danpenyiksaan semasa mereka mengisytiharkan dakwah secara
terbuka dan supaya dari awAl-Awal lagimereka mempunyai ain basirah
terhadap kerja yang bakal mereka laksanakan nanti.Dari sudut yang lain
surah ini juga menyebut kesudahan mereka yang engkar dengan utusan
Allah,mereka terdiri dari kaum Nuh, Aad, Thamud, kaum Ibrahim, kaum Lut,
penghuni Al-Aikah - selain dariFiraun dan kaumnya, agar mereka
mengambil periktibaran, bahawa kesudahan mereka pun sama jugasekiranya
mereka terus mendustai Rasulullah s.a.w dan kaum Mukminin akan
mengetahui bahawabalasan yang baik sedang menunggu mereka.SERUAN KEPADA
KELUARGA TERDEKATTindakan awal yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w
sebaik sahaja turun ayat mengenai seruan cara iniialah dengan menjemput
anggota Bani Hasyim, mereka seramai empat puluh lima orang, yang
jugaterdiri dari keluarga Bani Al-Mutalib bin Abdul Manaf. Dalam majlis
ini Abu Lahab memulakan percakapandengan katanya: Mereka ini semua
bapa-bapa saudara dan anak-anak saudara kamu, ayuh bercakaplahtetapi
tinggalkan persoalan As-Sabaah keluar agama, kau mesti tahu di mana
seluruh bangsa Arabbangsa kamu juga, mereka ini tidak berkuasa, dan aku
lebih berhak memegang kamu, untuk kamumemadai setakat anak pinak bapa
kamu, sekiranya kau berhenti setakat yang telah kamu lakukan itu,maka
itu lebih senang diterima oleh kesemua qabilah-qabilah Quraisy, dan
disokong oleh bangsa-bangsaArab. Setakat hari ini aku belum pernah
bertemu dengan seorang lelaki yang telah membawa keburukanke atas
kaumnya, seperti yang kau lakukan ini. Rasulullah s.a.w s.a.w berdiam
diri dan langsung tidakberkata-kata sebarang apa pun, di dalam majlis
itu. Kemudian, sekali lagi Rasulullah s.a.w menjemputmereka dan berkata:
- 28. Ar-Raheeq Al-Makhtum"Segala puji-pujian bagi Allah daku
lafazkan, denganNya laku memohon pertolongan, denganNya dakuberiman, ke
atasNya daku bertawakkal, daku bersaksi sesungguhnya tiada luhan
melainkan Allah yangEsa, tiada sekutu bagiNya. Katanya iagi:
Sesungguhnya pemimpin tidak mendustai, demi Allah tiadatuhan melainkan
Dia, sesungguhnya daku adalah pesuruh Allah, kepada kamu secara khusus
dan untukmanusia secara umum. Demi Allah sesungguhnya kematian kamu itu
tidak lebih seperti tidur kamu dankamu akan dibangkitkan semula sama
seperti kamu dijagakan dari tidur ini. Sesungguhnya kamu akandihitung di
atas segala amalan yang kamu lakukan, balasannya itu samada ke syurga
selama-lamanyaatau ke neraka selama-lamanya. Abu Talib bangun menyahut
Rasulullah s.a.w dengan berkata: Tidak adasuatu pun yang Allah suka bagi
kami selain dari membantu kamu, menerima nasihat kamu,
mempercayaikata-kata kamu itu, mereka yang berkumpul ini adalah anak
keluarga bapa engkau, aku ini cuma salahseorang dari mereka tetapi aku
lebih segera untuk menerima apa yang kamu senangi itu. Ayuh,
teruslahdengan sesuatu yang telah diperintahkan ke atas kamu itu, demi
Allah aku ini masih lagi menjaga danmempertengahkan kamu, namun jiwaku
masih tidak berupaya dan sanggup untuk berpisah denganagama Abdul
Muttalib itu."Segera dicelah oleh Abu Lahab dengan katanya: "Demi Allah
ini adalah salah satu keretakan, pegangtangannya sebelum dia
dipertahankan oleh orang lain. Jawab Abu Talib, demi Allah kami
akanmempertahankannya selagi hayat dikandung badan."DI BUKIT
AS-SAFASetelah Rasul memperolehi kepastian dari penjagaan Abu Talib
terhadap dirinya semasa Bagindamenyampaikan risalah Tuhannya, maka
Rasulullah s.a.w di suatu hari telah berdiri di Bukit As-Safa
danmenyeru: Ayuh berkumpullah kamu di pagi hari ini. Maka bergegaslah
keluarga qabilah Quraisy kehadapan Rasulullah s.a.w. Di sana Rasulullah
s.a.w mengajak mereka untuk beriman dengan Allah YangEsa, dengan
risalahnya dan dengan hari akhirat. Mengenai kisah ini Imam Al-Bukhary
meriwayatkansebahagian darinya, iaitu melalui Ibnu Abbas dengan
katanya:"Dan berilah peringatan kepada keluarga mu yang terdekat.
"Setelah turunnya ayat ini, maka Rasulullah s.a.w pun segera ke bukit
Safa dan menyeru dengan katanya:Wahai Bani Fihr, Bani Aud, keluarga
keturunan Quraisy, hingga dengan itu maka berkumpullah merekasemua,
hingga kalau ada yang tidak dapat keluar, mereka menghantar wakilnya
untuk mengikuti apakahyang berlaku. Abu Lahab dan sekelian Quraisy pun
datang disitu. Rasulullah s.a.w berkata: "Bagaimanakalau ku katakan
kepada kamu kalian, bahawa di sebalik bukit sana ada musuh berkuda akan
menyerangkamu, apakah kamu boleh percaya cakap ku itu?"Jawab mereka: "Ya
kami percaya, sebab selama ini belum pernah kami berpengalaman, selain
darikebenaranmu." Maka sambung Rasulullah s.a.w dengan kata-katanya:
"Sesungguhnya aku hendakmemberi peringatan kepada kamu kalian bahawa
azab sengsara sedang menanti kamu!"Maka kata Abu Lahab: "Binasalah kau
diseluruh hari ini, apakah untuk ini maka kamu mengumpul kamisemua?"
Maka turunlah ayat Allah yang bermaksud:Binasalah kedua-dua tangan Abu
Lahab ".
Al-Lahab x:1Imam Muslim pula meriwayatkan
sebahagian yang lain pula dari cerita ini, iaitu melalui Hadith
yangdiriwayat oleh Abu Hurairah. Katanya, setelah terturunnya ayat Allah
yang bermaksud:"Dan berilah peringatan kepada keluargamu yang terdekat.
"
- 29. Ar-Raheeq Al-MakhtumMaka Rasulullah s.a.w pun mengajak
mereka secara umum dan khusus; kata Baginda: Wahai kalianQuraisy,
selamatkanlah diri kamu dari api neraka, wahai kalian Kaab selamatkanlah
diri kamu dari apineraka, demi Allah sesungguhnya daku tidak berkuasa
menolong kamu dari azab Allah, apa yang adahanyalah hubungan rahim yang
akan ku cubakannya.Inilah laungan yang berkumandang membawa maksud
penyampaian yang optima. Sebenarnya Rasulullahs.a.w telah menerangkan
kepada yang terdekat dengannya, bahawa mempercayai dengan risalah
yangdibawanya ini merupakan penyuburan kepada hubung rahim di antara
Baginda dan mereka semua.Kefanatikan kekeluargaan yang menjadi pegangan
bangsa Arab ini dicairkan oleh bahang kepanasaninzar-inzar
(peringatan-peringatan) dari Rasulullah s.a.w s.a.w. yang pasti akan
disusuli dengan azab daridaripada Allah s.w.t.MEMPERJUANGKAN KEBENARAN
DAN REAKSI MASYARAKAT MAKKAHSuara seruan Rasul di bukit As-Safa itu
masih lagi bergema dipelusuk penjuru kota Makkah, hinggalahturunnya ayat
Allah:"Maka sebarkanlah dengan apa yang telah diperintahkan kepadamu
dan berpaling tadahlah dari kaummusyrikin "
Al-Hijr:
94Rasulullah s.a.w bangun melaksanakan tugasnya itu dan membongkar
khurafat-khurafat syirik dankepalsuannya. Rasulullah s.a.w
memperingatkan hakikat berhala-berhala yang mereka sembah itu
yangketiadaan nilai sedikit pun. Baginda mendedahkan kekosongan
fungsinya dengan contoh-contoh sebagaipendekatan. Baginda menjelaskan
dengan kenyataan-kenyataan, di mana para pemimpin yang dianggapsebagai
perantaraan menghubungkan mereka dengan Allah adalah kerja-kerja yang
sia-sia dan sesatsemata-mata.Seluruh Makkah menjadi berang dan marah,
merasakan satu kepelikan dan aneh seterusnya membantahdan memprotes
terhadap tuduhan dan ancaman yang menganggap orang musyrikin dan
penyembahanberhala sebagai sesat, tuduhan itu dianggap melulu bak
halilintar berdentum di celah mendung langit,menggegar suasana yang
penuh kedamaian. Kaum Quraisy bangun serentak untuk menyekat
saturevolusi yang muncul dengan tiba-tiba, mereka curiga ianya akan
melenyap dan meranapkan budayahidup yang mereka warisi selama ini.Mereka
bangun serentak, kerana mereka mengetahui dengan pasti bahawa "beriman"
itu ertinya menafiseluruh tuhan selain dari Allah. Beriman dengan
risalah Muhammad dengan hari Akhirat berertipenyerahan total dan
pengakuan yang mutlak, dengan ertikata mereka sudah tidak mempunyai
sebarangpilihan lagi pada diri mereka mahupun pada harta mereka
lebih-lebih lagi terhadap orang lain. Ini jugabermakna penafian
kekuasaan dan kelebihan mereka ke atas bangsa Arab atas nama agama.
Keranamereka enggan melaksanakan kehendak Allah dan RasulNya, sanggup
mempertahankan penganiayaanyang mereka lakukan selama ini terhadap
lapisan bawahan mereka, berkeras untuk meneruskankejahatan yang mereka
sudah berbudaya dengannya pagi dan petang, mereka arif kesemua
perilakuyang memalukan ini, maka itulah yang menyebabkan jiwa mereka
enggan untuk menerima risalahMuhammad s.a.w, untuk kebaikan dan
kemuliaan, tetapi sebaliknya rela untuk meneruskan kejahatanseperti
firman Allah:"Bahkan manusia menghendaki untuk terus berjahat di masa
yang akan datang".
Al-Qiyaamah: 5Mereka sedar semuanya
ini, tetapi apakah yang akan mereka lakukan berhadapan dengan lelaki
yangbenar dan beramanah ini, yang merupakan contoh ideal kepada akhlak
mulia dan kemanusiaan yang
- 30. Ar-Raheeq Al-Makhtumsempurna,
selama ini mereka belum pernah menemui satu contoh dan bandingan seperti
Muhammads.a.w ini disepanjang sejarah mereka dan sejarah ibu bapa
mereka. Apakah yang akan mereka lakukan?Mereka sebenarnya kebingungan
dan memanglah wajar mereka kebingungan.Setelah menilik pemikiran mereka
sematang-matangnya, didapati tiada jalan lain selain dari menemuibapa
saudaranya Abu Talib, mereka akan meminta jasa baik Abu Talib supaya
menghalang anaksaudaranya itu, dari meneruskan tindakan memperlecehkan
berhala-berhala mereka, untukmengemaskan tuntutan mereka itu, mereka
akan mendakwa: Bahawa tindakan dan seruan untukmeninggalkan tuhan-tuhan
mereka, di samping menyatakan ketiadaan sebarang faedah atau
sebarangdaya pun bagi berhala-berhala itu, adalah satu penghinaan dan
merendah-rendahkan nenek moyangmereka yang mewarisi agama ini. Sebaik
sahaja mereka dapat idea ini terus mereka berhadapan denganAbu
Talib.PERWAKILAN QURAISY MENEMUI ABU TALIBIbnu Ishak meriwayatkan;
tokoh-tokoh pemuka Quraisy bergerak menemui Abu Talib dan
merekabersuara: Wahai Abu Talib, sebenarnya anak saudaramu itu telah
mencela tuhan-tuhan kita,memperbodohkan agama pegangan kita,
memperkecilkan pemikiran kita dan mendakwa datuk nenek kitadalam
kesesatan. Di sini kami menuntut samada kamu berhentikannya dari
kata-katanya itu, atauberikan kami laluan untuk kami buat perhitungan
dengannya. Kamu pun sama dengan kami juga, tidakmempersetujuinya, ayuh
kita bersama-sama menghalangnya. D sini Abu Talib menjawab kepada
merekadengan kata-kata yang lunak dan jawapannya pun bermuslihat, dengan
itu mereka semua pulang, sedangRasulullah s.a.w kekal dengan usahanya
itu mengembang agama Allah dan menyeru kepadanya.MAJLIS PERMESYUARATAN
BERSIDANG UNTUK MENCEGAH JEMAAH HAJI DARI MENDENGARSERUAN RASULULLAH
S.A.WDi dalam tempoh hari-hari ini, timbul satu perkara baru yang
merunsingkan Quraisy kerana musim hajipun sudah tidak berapa bulan lagi,
sedang dakwah secara terang-terangan mula mengorak langkahnya.Rombongan
haji tidak lama lagi akan tiba, mereka harus ada satu kata-kata sakti
mengenai diriMuhammad s.a.w yang mampu menghalang dakwahnya daripada
mempengaruhi jiwa bangsa Arab.Dengan itu mereka berkumpul bersama
Al-Walid Ibn Al-Munghirah, membentuk kata-kata sakti itu, makakata
Al-Walid: "Kamu harus bersatu dan jangan ada di antara kamu yang
berselisih atau mendusta antarasatu sama lain, atau ada yang menolak
pendapat orang lain, maka mereka semua sekata. Ayuh kamuyang
kemukakan."Lalu mereka menyebut: "Kita katakan dia seorang sami." Jawab
Al-Walid: "Demi Allah dia bukan seorangsami, semua kita pernah melihat
sami-sami, kata-katanya itu bukan kata-kata sami atau gurindamnya. "Kata
mereka: "Jadi kita katakan dia gila." Kata Al-Walid: "Dia tidak gila,
kan semua kita pernah tengokorang gila dan kita kenalinya, cakapnya
bukan repekan."Kata mereka: "Jadi kita katakan dia seorang penyair" Kata
Al-Walid: "Tidak dia bukan penyair, sebabsemua kita kenali jenis-jenis
syair, sama ada yang berbentuk raj 07 atau hazajnya, kata-katanya
itubukan syair, maka kata mereka: "Kalau itu pun tidak, ita katakan dia
tukang sihir." Kata Al-Walid: "Sihirpun bukan sebab semua kita mengenali
sihir itu, kata-katanya itu bukan mentera atau jampi sihir." Makakata
mereka: "Kalau semuanya ini tidak, maka apa yang hendak kita kata?"Maka
Al-Walid pun berkata: "Demi Allah kata-katanya itu begitu manis, bagai
sepohon pokok bawahannyasangat subur, cabangnya berbuah, cakap-cakap
kamu semua itu karut belaka, paling hampir sekali kamuberkata dia
seorang ahli sihir kerana kata-katanya itu memukaukan, kata-katanya itu
adalah sihir yang
- 31. Ar-Raheeq Al-Makhtumboleh memecah
belahkan di antara seseorang dengan ayahnya atau saudaranya atau isteri
atau denganseluruh keluarganya, oleh itu hindarlah dri kamu
darinya."Sesetengah riwayat mengatakan bahawa Al-Walid setelah menolak
semua bentuk cadangan pemuka-pemuka Quraisy tadi, beliau telah dipinta,
dengan kata mereka: "Cuba kamu tunjukkan kepada kami satupendapat yang
kemas dan tidak boleh diperbodohkan."Jawab Al-Walid kepada mereka:
"Berilah kepada aku tempoh untuk ku berfikir". Dengan itu Al-Walid
puncuba berfikir dan berfikir, akhirnya beliau kemukakan pendapat
tadi.Allah s.w.t mendedahkan kisah Al-Walid itu di dalam surah
Al-Muddasir sebanyak tujuh ayat:Kerana sesungguhnya ia telah memikirkan
dan mereka-reka berbagai tuduhan terhadap Al-Quran.Maka binasalah dia
hendaknya! Bagaimanakah dia berani mereka-reka (yang demikian)?Sekali
lagi: binasalah dia hendaknya! Bagaimana ia berani mereka-reka
(tuduhan-tuduhan itu)?Kemudian ia merenung dan memikirkan (berkali-kali:
jalan-jalan mencaci Al-Quran, tetapi ia gagal);Setelah itu ia
memasamkan mukanya serta ia bertambah masam berkerut;Kemudian ia
berpaling (dari kebenaran) dan berlaku sombong angkuh,Serta ia berkata:
"(Al-Quran) ini tidak lain hanyalah sihir yang dituntut serta dipelajari
(dari ahli-ahlinya);"Ini tidak lain hanyalah kata-kata (rekaan)
manusia!"
Al-Muddaththir x:18-25Setelah majlis
permesyuaratan bersetuju untuk menerima pakai cadangan Al-Walid, maka
semua merekamengawal pintu masuk orang-orang haji di musim itu, tak
seorang pun yang tidak diberi maklumat yangjahat itu, malah kesemua
mereka menerima peringatan dari pemuka-pemuka Quraisy.Yang melaksanakan
tugas jahanam itu ialah Abu Lahab, kerana apabila Rasulullah s.a.w
mengikutisesetengah orang di musim itu ke kediaman mereka, ke pasar
Ukaz, Mijannah dan Zul Majaz untukmendakwah mereka ke agamanya, Abu
Lahab akan mengekori dari belakangnya dan memberi tahukepada mereka:
"Jangan kamu percaya dia, dianya seorang yang sudah keluar agama serta
mendusta."Hal ini menyebabkan apabila orang-orang Arab balik dari haji,
mereka menyebarkan kisahnya di seluruhpelusuk bumi Arab.PELBAGAI CARA
MENENTANG DAKWAH RASULULLAH S.A.WSetelah mana kafir Quraisy mendapat
tidak ada sesuatu pun yang boleh memaling atau melemahkanMuhammad dari
usaha dakwahnya, mereka pun terus memikir lagi dan mencari jalan untuk
mencegahdakwahnya itu, dalam bentuk dan cara-cara yang boleh
diringkaskan seperti berikut:1. Memperolok-olok, memperlekeh-lekehkan,
mempermain-mainkan, mendusta dan mempersendanya.Semuanya ini bertujuan
untuk melemahkan kaum muslimin serta meruntuhkan kekuatan
semangatmereka. Mereka lemparkan Rasulullah s.a.w dengan berbagai
tuduhan yang nakal, maki hamun danmemanggil Rasulullah s.a.w sebagai
orang gila.Dan mereka yang ingkar berkata (kepada Nabi Muhammad): "Wahai
orang yang kepadanya diturunkanAl-Quran, sesungguhnya engkau adalah
orang gila".
Al-Hijr x:6Mereka melabelkan Baginda sebagai
sihir dan dusta.Dan mereka (yang mengingkar kerasulan Nabi Muhammad itu)
merasa hairan, bahawa mereka didatangioleh seorang Rasul pemberi
amaran, dari kalangan mereka sendiri. Dan mereka yang kafir itu berkata:
- 32. Ar-Raheeq Al-Makhtum"Orang ini adalah seorang ahli sihir,
lagi pendusta.
Shaad: 4Mereka mengawasi Baginda
dan memerhati Rasul dengan pandangan penuh kebencian dan rasa
penuhjijik.Dan sesungguhnya orang-orang yang kafir itu, hampir-hampir
menggelincir dan menjatuhkanmu denganpandangan mereka (yang penuh dengan
permusuhan dan kebencian), semasa mereka mendengar Al-Quran sambil
berkata: "Sebenamya (Muhammad) itu, sungguh-sungguh gila ".
Al-Qalam: 51Apabila Baginda duduk dilingkungi golongan lemah
"Al-Mustadhafiin", Quraisy mempersenda-sendakannya dengan berkata;
"Itulah dia sahabat-sahabat yang dikurniakan Allah ke atasnya."Maka
Allah menjawab untuk RasulNya:"Bukankah Allah lebih mengetahui akan
orang yang bersyukur?
Al-Anaam: 53Hal mereka ini sama
seperti yang diceritakan oleh Allah kepada kita:"Sesungguhnya
orang-orang yang derhaka, mereka selalu tertawakan orang-orang yang
beriman. Danapabila orang-orang yang beriman lalu dekat mereka, mereka
mengerling dan memejam celikkan matasesama sendiri (mencemuhnya). Dan
apabila mereka kembali kepada kaum keluarganya, mereka kembalidengan
riang gembira; Dan apabila mereka melihat orang-orang yang beriman,
mereka berkata:"Sesungguhnya orang-orang itu adalah golongan yang
sesat!" Pada hal mereka tidak diutus untukmenjaga sesat atau tidaknya
orang-orang yang beriman itu".
Al-Muthaffifiin: 29-332. Mencacatkan
imej ajaran Islam dan menimbulkan kekeliruan, meluaskan dakyah palsu,
mereka cerita-cerita palsu mengenai ajaran-ajaran Islam dan peribadi
Rasulullah s.a.w itu sendiri, menyibar luas semuadakyah ini supaya tidak
memberi peluang kepada orang ramai memikir mengenai dakwah
Rasulullahs.a.w, mereka terus menggembar-gemburkan tuduhan mengenai
Al-Quran yang ianya sebagai dongengrekaan orang kuno.Dan mereka berkata
lagi: "Al-Quran itu adalah cerita-cerita dongeng orang dahulu kala, yang
diminta olehMuhammad supaya dituliskan, kemudian perkara yang ditulis
itu. Dibacakan kepadanya pagi dan petang(untuk dihafalnya)".
Al-Furqaan: 5Dan mereka menyifatkan Rasulullah s.a.w sebagai
manusia biasa yang tidak mempunyai sebarangkeistimewaan apa pun.Dan
mereka pula berkata: "Mengapa Rasul ini makan minum dan berjalan di
pasar-pasar (seperti manusiayang lain) ? Sepatutnya diturunkan malaikat
kepadanya, supaya malaikat itu turut memberi peringatandan amaran
bersama-sama dengannya (sebagai saksi yang membenarkannya).
Al-Furqaan: 7Contoh kecaman mereka boleh dilihat banyak sekali
disebutkan di dalam Al-Quran.3. Menyaingi Al-Quran dengan
dongeng-dongeng silam, menyogok orang ramai dengan dongeng-dongengsupaya
mereka sibuk dengannya. Sebagaimana yang diceritakan, di mana An-Nadr
bin Al-Haris telahmenyaran kepada Quraisy dengan katanya: Wahai kalian
Quraisy, demi Allah sebenarnya kamu ini telahditimpa dukacita hingga
hari ini kamu belum mampu mengatasinya, Muhammad s.a.w ini pada
- 33.
Ar-Raheeq Al-Makhtumpermulaannya seorang kanak-kanak muda, di antara
kamu, yang kamu meredhai dengannya, bercakapbenar, sangat beramanah,
sehingga apabila kamu dapati di dua hujung pipitnya "pelipis" beruban
danbeliau membawa kepada kamu sesuatu yang telah dikemukakan itu, lalu
kamu kata: Dia seorang ahlisihir. Demi Allah dia bukan ahli sihir,
kerana semua kita pernah menyaksikan ahli sihir dengan kerja-kerjadan
pukauan mereka, lalu kamu kata: Dia telah menjadi sami, demi Allah dia
bukan sami, kerana semuakita pernah malah biasa dengan sami dan
ungkapan-ungkapan sami melalui gurindam mereka, kemudiankamu kata dia
adalah penyair, demi Allah dia bukan penyair kerana kita sudah biasa
mendengar syairdengan jenis-jenisnya sama ada rajaz atau hazaj, setelah
itu kamu kata yang ianya gila, demi Allah,beliau tidak gila kerana kita
juga pernah berhadapan dengan orang gila, cakapnya itu bukan rapuan si
gilaatau sasaunya, wahai kalian Quraisy, uruslah persoalan yang kamu
sedang hadapi ini, demi Allah kamusudah ditimpa bala yang berat.Setelah
itu An-Nadhr pergi ke Al-Hirah, di sana beliau mempelajari perbualan
raja-raja Parsi, perbualanRustam dan Aspandiar, bila beliau pulang dan
mendapati Muhammad sedang mengadakan majlis zikrullahdan peringatan
penyiksaan di akhirat, An-Nadhr pun bertindak membuat majlis yang sama
dengankatanya: Demi Allah sesungguhnya perbualan Muhammad itu taklah
sehebat perbicaraanku, dengan itubeliau pun menselokakan hikayat
raja-raja Parsi, Rustam dan Aspandiar. Di akhiri dengan bidasankatanya:
"Dengan apakah yang kamu katakan Muhammad itu lebih baik dari bicara
ku."Terdapat riwayat dari Ibnu Abbas yang mengatakan bahawa An-Nadhr
telah membeli beberapa abdiperempuan, kerana apabila beliau mengetahui
di sana terdapat seorang lelaki yang tertarik denganRasulullah s.a.w
maka beliau mengirim salah seorang hamba perempuannya tadi
untukmempersonakannya dengan minuman keras dan makanan-makanan yang
dibekalkan, buatmenghiburkannya dengan nyanyian-nyanyian, hingga dengan
itu kecenderungannya kepada Islamterhakis dan pupus dari hati nalurinya.
Mengenai hal ini Allah telah menurun ayat-ayatNya:Dan ada di antara
manusia: orang yang memilih serta membelanjakan hartanya kepada
cerita-cerita danperkara-perkara hiburan yang melalaikan; yang berakibat
menyesatkan (dirinya dan orang ramai) dariagama Allah..
Luqman: 6Melalui tawaran pihak Quraisy cuba mempertemukan Islam dengan
Jahiliyyah di suatu persimpangan, dimana pihak musyrikin akan
meninggalkan sebahagian dari kepercayaan mereka dengan syarat
Rasulullahs.a.w akan meninggalkan sebahagian dari kepercayaannya.Mereka
suka kalaulah engkau bertolak ansur (menurut kemahuan mereka), supaya
mereka juga bertolakansur berlemah lembut (pada zahirnya terhadapmu).
Al-Qalam: 9Terdapat riwayat yang disampaikan oleh Ibnu Jarir
dan al-Tabrani yang bermaksud: Bahawa pihakmusyrikin telah mengemukakan
kepada Rasulullah s.a.w tawaran iaitu supaya Baginda
menyembahtuhan-tuhan mereka untuk selama setahun, kemudian pihak mereka
akan menyembah tuhannya setahundengan cara bergilir-gilir. Dalam satu
riwayat lain oleh Abd bin Hamid yang bermaksud: Bahawa pihakQuraisy
telah menawarkan Rasulullah s.a.w permintaan mereka dengan katanya:
Sekiranya kamumengiktiraf berhala-berhala kami sebagai tuhan, maka kami
akan menyembah tuhan kamu.Ibnu Ishak telah meriwayatkan sebuah hadith
dengan sanadnya, katanya: Semasa Rasulullah s.a.wsedang bertawaf di
Kaabah, Baginda telah dipintas oleh Al-Aswad bin Al-Mutalib bin Asad bin
Abd Al-Uzza, Al-Walid bin Al-Mughirah, Umaiyyah bin Khalaf dan al-Aas
bin Wail As-Sahmi, mereka berempatini, kiranya di antara tokoh-tokoh
yang berpengaruh di kalangan kaum mereka, kemudian kata mereka:Wahai
Muhammad, ayuh kita bersetuju untuk kami menyembah apa yang kamu sembah
dan kamusembah apa yang kami sembah, dengan itu bererti kita sudah
berkongsi sesuatu perkara, sekiranya apayang kau sembah itu ada kebaikan
melebihi dari apa yang kami sembah maka kami turut mendapat
- 34.
Ar-Raheeq Al-Makhtumhabuan dari kebaikan itu dan sekiranya yang kami
sembah ini ada kebaikan yang lebih dari apa yangkamu sembah itu maka
kamu juga akan mengaut kebaikan itu bersama dengan kami, dengan itu
turunlahayat:Katakanlah (wahai Muhammad): "Hai orang-orang kafir! "Aku
tidak dkan menyembah apa yang kamusembah. "Dan kamu tidak mahu menyembah
(Allah) yang aku sembah. "Dan aku tidak akan beribadatsecara kamu
beribadat. "Dan kamu pula tidak mahu beribadat secara aku beribadat.
"Bagi kamu ugamakami dan bagiku ugamaku ".
Al-Kafiruun
:1-6Demikianlah kehendak Allah dengan membuat kata putus yang tegas
terhadap tawaran mereka yang lucuitu. Berlakunya periwayatan yang
berbagai ini, mungkin kerana mereka telah membuat beberapapercubaan satu
demi satu.PENYIKSAANPihak musyrikin telah menggunakan berbagai cara
seperti yang telah kami sebutkan satu demi satudengan tujuan untuk
menghalang kelancaran dakwah sejak dari kelahirannya di permulaan
tahunkeempat. Semua cara mereka telah mereka usahakan untuk beberapa
bulan dan beberapa minggu tanpamelewati batas-batasnya, kini berpindah
kepada cara-cara penyiksaan dan penindasan, tapi setelahmereka dapati
cara mereka itu tidak memberi kesan untuk menghalang perjalanan dakwah
Islamiah,maka mereka sekali lagi berkumpul. Di sini mereka telah
membentuk satu lujnah yang anggotanya terdiridari dua puluh lima orang
tokoh dari pemuka Quraisy. Lujnah ini oleh Abu Lahab bapa saudara
Rasulullahs.a.w, dan setelah bermesyuarat dan bertukar pendapat, lujnah
ini membuat keputusan yang tegasterhadap Rasulullah s.a.w dan sahabat
Baginda. Lujnah ini bersetuju untuk tidak meninggal sebarang carapun
untuk memerangi Islam samada menyakiti Rasulullah s.a.w, menyiksa
penganut-penganutnya malahmereka akan menggunakan segala bentuk
kekerasan, penyiksaan dan penindasan.Kali ini mereka bertegas untuk
melaksanakan keputusan yang mereka sepakati. Tindakannya terhadapkaum
muslimin terutama yang lemah dan daif adalah senang sahaja, tidak banyak
halangan, tetapiterhadap Rasulullah s.a.w adalah suatu hal yang sukar,
kerana Rasulullah s.a.w seorang yang tangkas,disegani dan berperibadi
unggul, jiwa yang dikagumi lawan dan kawan, pasti yang berdepan
dengannyaakan mengagungi dan menyanjunginya. Tiada siapa yang berani
melakukan kejahatan dan keburukanterhadapnya, kecuali jenis manusia
bodoh dan nakal sahaja. Namun demikian Baginda masih tetap dibawah
jagaan Abu Talib. Di mana Abu Talib di antara tokoh-tokoh Makkah yang
terbilang, beliaudisanjung dari turun temurun di kalangan semua orang,
tak siapa pun berani memperkecil statusnya danmencabar maruahnya,
kedudukan inilah menggugat pihak Quraisy dan membingungkan mereka.
Justeruitu sampai ke mana kesabaran itu dapat bertahan, ketika
berhadapan dengan dakwah yang beriya-iyauntuk membenteras kepimpinan
agama yang mereka sandang selama ini dan ketrampilan mereka diarena
keduniaan.Mereka melancarkan pencerobohan dan keganasan terhadap
Rasulullah s.a.w terutama oleh Abu Lahabsendiri, malah beliau ini
telahpun mengganas terhadap Rasul di hari pertama dakwahnya, sebelum
pihakQuraisy membuat apa-apa sikap. Telahpun kita sebut sebelum ini
tindakan terhadap Rasulullah s.a.w dimajlis Bani Hashim, di atas bukit
Safa beliau telah cuba memukul Rasulullah s.a.w dengan ketui
batu.Sebelum kebangkitan Rasulullah s.a.w Abu Lahab telah mengahwinkan
anak lelakinya iaitu Utbah danUtaibah dengan dua puteri Rasulullah
s.a.w, iaitu Ruqaiyah dan Ummi Kalthum.Tetapi bila Rasulullah s.a.w
diutus dan Baginda menyeru orang ramai kepada Islam, Abu Lahab
telahmembuat tindakan membabi buta dengan memaksa kedua-dua anaknya
supaya menceraikan dua puteriRasulullah s.a.w itu. Dengan kekerasan lalu
mereka pun menceraikan.Dan apabila Abdullah anak lelaki Rasulullah
s.a.w meninggal dunia, Abu Lahab melompat kegembiraan,
- 35.
Ar-Raheeq Al-Makhtummeluru beliau pergi menemui kawan-kawan menceritakan
kepada mereka berita baik baginya iaitu Rasulkematian anak
keturunannya, Muhammad s.a.w menjadi kudung bererti terputus zuriat di
dunia ini.Sebagaimana yang telah kita ceritakan sebelum ini, di mana Abu
Lahab bertugas 1mengekori Rasulullahs.a.w di belakang Baginda di musim
haji ke mana sahaja Baginda pergi di pasar-pasar Makkah, untukmendusta
dan membohong Baginda, dalam hal ini Tariq bin Abdullah Al-Majari
meriwayatkan hadith yangmemberi makna bahawa Abu Lahab ini bukan sekadar
membohongi Baginda sahaja malah lebih dari itudengan melontar Baginda
dengan ketul-ketul batu hingga pecah berdarah tumit mulia Baginda
itu.Isteri Abu Lahab, bergelar Ummu Jamil bernama Urwa binti Harb bin
Umaiyah kakak Abu Sufian tidakkurang kafir dari suaminya memusuhi
Rasulullah s.a.w. Beliau membawa batang-batang duri untukmenjerangkap
samar dijalan-jalan yang dilalui Rasulullah s.a.w, malah di malam hari
beliau datang kehadapan rumah Rasulullah s.a.w dengan meletakkan
batang-batang duri di hadapan pintu rumahRasulullah s.a.w. Selain dari
itu lidahnya juga tidak kurang bisanya memaki hamun Baginda,
mulutnyalucah membuat fitnah dan penipuan terhadap Baginda, memarakkan
api fitnah, beliau adalah batu apimenimbulkan perkelahian terhadap
Rasulullah s.a.w, untuk itu maka Al-Quran menyifatkannya sebagaipembawa
kayu api neraka. Sebaik sahaja beliau mendengar ayat-ayat Al-Quran turun
mengenai dirinyadan suaminya, terus beliau menemui Rasulullah s.a.w
sedang Baginda bersama-sama Abu Bakr sedangduduk di masjid Al-Haram,
beliau membawa segenggam anak batu, dengan takdir Allah, beliau telah
dibutakan penglihatan (daripada melihat Rasulullah s.a.w), sehingga
tidak nampak lagi Rasulullah s.a.w,hingga terpaksa beliau bertanya
dengan katanya: "Wahai Abu Bakr mana dia kawanmu itu, telah punsampai
kepengetahuanku yang dia telah memperbodoh dan mencelakakan aku? Demi
Allah kalau dia adadi sini aku hendak sumpat anak batu ini ke dalam
mulutnya, demi Allah tidak tahukah kamu yang aku inipenyair yang boleh
bermadah mencelanya."Dia yang dibenci kami menentangnya. Urusannya
mentah-mentah kami tolak. Agama pegangannya kamiketepikan.Setelah beliau
beredar dari situ Abu Bakr bertanya Baginda: Wahai Rasulullah s.a.w
tidak nampakkahbeliau yang tuan hamba berada di sini, jawab Rasulullah
s.a.w, beliau tidak dapat melihat daku,sebenarnya Allah telah pun
membutakan matanya hingga tidak melihat daku. Ibn Ishak membilangmereka
yang menyakiti Rasulullah s.a.w. Mereka yang menyakiti Rasulullah s.a.w
di rumahnya ialah AbuLahab, Al-Hakim bin Abu al-Aas bin Umaiyah, Uqbah
bin Abi Muit, Adi bin Hambra dan al-Thaqafi Ibn Al-Asda Al-Huzali,
mereka ini semua adalah jiran Baginda. Semua mereka mati sebagai kafir
kecuali Al-Hakim bin Abi Al-Aas sahaja yang memeluk Islam. Ada di antara
mereka yang mengheret pundi najisbiri-biri dan menghumban ke atas
kepala Rasulullah s.a.w semasa Baginda bersembahyang, malah adayang
sanggup melontar pundi tadi ke dalam periuk Rasulullah s.a.w bila
diangkat ke dapur untukmemasak. Rasulullah s.a.w pernah terpaksa
berselindung di sebalik batu untuk bersembahyang.Dalam peristiwa seperti
ini di mana apabila Rasulullah s.a.w dicampak ke atasnya dengan najis
ituBaginda akan terus keluar menemui pembantunya dengan berkata di
hadapan pembantunya: "Wahai BaniAbdul Manaf! Di manakah hubungan
kejiranan?" Lalu dibuangnya najis tadi ke tepi jalan. Imam Al-Bukhary
meriwayatkan dari Abdullah bin Masud (r.a.): Bahawa Uqbah bin Abi Muit
semakin jahat danbertambah nakal, semasa Rasulullah s.a.w bersembahyang
di Kaabah, dan Abu Jahal pula sedangberistirehat bersama-sama
kuncu-kuncunya, maka berkata sesetengah dari mereka, sesiapa di
antarakamu yang sanggup mengambil uncang najis sembelihan terbuang itu
dan meletakkan ke atas belakangMuhammad semasa beliau sedang sujud itu,
maka bangun yang ternakal di antara mereka iaitu Uqbahbin Abi Muit
beliau membawa uncang najis itu dan beliau tunggu hingga apabila
Rasulullah s.a.w sujudmaka beliau meletakkannya ke atas belakang
Rasulullah s.a.w di antara dua bahunya.Daku pada masa itu sedang
menyaksi tindakan nakal itu. Daku tak boleh berbuat apa-apa, kalauku
bolehmenahannya nescaya ku lakukan. kata Ibnu Masud lagi: Dengan itu
mereka tertawa sesama mereka danmenghayun badan mereka ke kiri dan ke
kanan kerana terlalu suka, dan Rasulullah s.a.w masih dengansujudnya,
Baginda tidak mengangkatkannya hinggalah Baginda didatangi anak
perempuannya Fatimah,
- 36. Ar-Raheeq Al-Makhtummencampak buang
benda itu dari belakang Baginda, kemudian barulah Baginda mengangkat
kepalanyadan terus berdoa: Ya Allah Ya Tuhanku, binasakanlah Quraisy
sebanyak tiga kali. Pihak Quraisy terasaberat dengan doa Rasulullah
s.a.w tadi, kata Ibnu Masud. Mereka terasa begini kerana
merekamengetahui bahawa doa di tempat ini adalah mustajab dan makbul.
Setelah itu Baginda menyebutdengan katanya: Binasalah Abu Jahal Utbah
bin Rabiah, Shaibah bin Rabiah Al-Walid bin Utbah,Umaiyyah bin Khalaf
dan Utbah bin Abi Muit, (yang ketujuh itu beliau tidak mengingatinya)
demi Allahyang jiwaku ditangannya daku telah menyaksi orang yang
disebutkan Rasulullah s.a.w di dalam doanyaitu terbunuh dan dicampak ke
dalam parit penanaman mayat, iaitu parit Badar.Umaiyyah bin Khalaf ini
bila-bila sahaja melihat Rasulullah s.a.w, beliau pasti mencela dan
memakihamun Baginda, mengenai ini Allah menyebut di dalam
firmanNya:"Kecelakaan besar bagi tiap-tiap pencaci, pengeji"
Al-Humazah: 1Kata Ibnu Hisham: Al-Humazah: ialah memaki seseorang
itu dengan terang-terangan, sambil memejamsedikit matanya dan menjeling.
Manakala Al-Lumazah ialah mencela seseorang dengan cara berselindungdan
menyakitinya. Manakala saudaranya Ubai bin Khilaf adalah berkawan rapat
dengan Uqbah bin Abi al-Aas. Suatu hari Uqbah telah menghampiri
Rasulullah s.a.w dan mendengar dari Baginda kata-katanya,tapi bila di
ketahuinya Ubai, beliau memarahi Uqbah dan mengkritik tindakan itu.
Seterusnya Ubaimeminta supaya Uqbah meludah ke muka Rasulullah s.a.w dan
beliau lakukannya, di suatu ketika IbnuKhalaf sendiri telah
menghancurkan tulang-tulang reput lalu di tiupnya di angin yang lalu ke
mukaRasulullah s.a.w. Al-Akhnas Ibn Syuraiq al-Thaqafi juga adalah di
antara tokoh musyrikin yang menyakitiRasulullah s.a.w. Al-Quran telah
menyifatkannya dengan tujuh gelaran sebagaimana firman Allah:Dan
janganlah engkau (berkisar dari pendirianmu yang benar, dan jangan)
menurut kemahuan orangyang selalu bersumpah, lagi yang hina (pendapatnya
dan amalannya), Yang suka mencaci, lagi yang sukamenyebarkan fitnah
hasutan (untuk memecah belahkan orang ramai), Yang sangat-sangat
menghalangiamalan-amalan kebajikan, agama, lagi yang sangat-sangat
berdosa, Yang jahat kejam, yang selain itutidak tentu pula bapanya.
Al-Qalam: 10-13Abu Jahal di suatu masa beliau pernah mendatangi
Rasulullah s.a.w dan mendengar ayat-ayat Al-Quran,kemudian beredar dari
situ, tanpa mempercayai atau menyahutnya, malah penuh biadab dan tidak
takutmenyakiti Rasulullah s.a.w dengan kata-katanya, menghalang
Rasulullah s.a.w dan merasa sombongdengan tindakannya yang biadab itu,
berasa bangga dengan kemungkarannya, seolah-olah beliaumelakukan sesuatu
yang patut disanjung, perangainya ini telah disebut oleh Allah di dalam
firmannya:Maka ia tidak mengakui kebenaran dan ia tidak
mengerjakan sembahyang (yang difardukanmengerjakannya)
Al-Qiyaamah :31Dan beliau telah menghalang Rasulullah s.a.w dari
bersembahyang, di hari pertama beliau melihatRasulullah s.a.w
bersembahyang di Kaabah. Suatu ketika beliau melintasi di situ dan
terlihat Rasulullahs.a.w bersembahyang di makam Ibrahim, maka beliau
berkata kepada Muhammad s.a.w: WahaiMuhammad s.a.w bukankah aku telah
larang kau bersembahyang di sini. Beliau bertindak keras danmengutuk
Baginda penuh herdik dan menggertak: Wahai Muhammad dengan apa yang kau
maksudhendak mengutuk daku? Demi Allah sesungguhnya akulah orang
terbanyak penyokong di lembah ini,dengan itu Allah menurunkan
firmanNya:Kemudian biarlah ia memanggil kumpulannya (untuk
menyelamatkannya),
Al-Alaq :17
- 37. Ar-Raheeq
Al-MakhtumDalam satu riwayat menceritakan bahawa Rasulullah s.a.w telah
memegang leher bajunya danmenggoncang-goncangnya sambil berkata:(Wahai
orang yang kufur ingkar!) sudahlah dekat kepadamu kebinasaanmu, sudahlah
dekat! Kemudianapi nerakalah lebih layak bagimu, lebih layak.
Al-Qiyaamah :34-35Maka jawab musuh Allah itu: Wahai Muhammad, kau hendak
mengugut daku? Demi Allah, tidak kau dantuhan kau berbuat apa-apa pun
dengan daku, akulah orang yang termulia yang bergerak di antara
bukitbukau bumi ini. Abu Jahal masih tidak sedar lagi dari keruntuhan
dan kejatuhan maruahnya tadi, malahsemakin menjadi-jadi kenakalannya.
Al-Imam Muslim telah mengeluarkan hadith dari Abu Hurairah: AbuJahal
telah berkata: Muhammad boleh bersujud mukanya ke tanah di hadapan kamu?
Jawab mereka! Ya!kata Abu Jahal: Demi Al-Lata dan Al-Uzza sekali ini
akan ku lanyak tengkoknya sekiranya aku lihat diasedang sujud. Allah
izinkan beliau masuk ke perkarangan Kaabah, beliau terlihat Rasulullah
s.a.w sedangbersembahyang, ianya terus meluru ke hadapan dengan sangkaan
beliau dapat memijak tengkokRasulullah s.a.w semasa bersembahyang dan
mengemparkan suasana, tapi tiba-tiba beliau berpatah balikdengan
mengangkat kedua-dua tangannya seperti mempertahankan dirinya, bila
ditanya! Kenapa wahaiAbu Al-Hakim? Jawab Abu Jahal: Sebenarnya terhalang
di antara daku dan Muhammad satu parit api, danyang itu pula dengan
sayap-sayapnya. Ulas Rasulullah s.a.w: Kalau dia hampiri daku nescaya
paramalaikat itu akan mengoyak-ngoyaknya sendi demi sendi. Ini adalah
pencerobohan ke atas diri Rasulullahs.a.w yang keperibadian unggul itu,
warak dan disegani orang ramai di samping kekebalan penjagaan AbuTalib
tokoh yang hormati di Makkah.Adapun kaum muslimin yang lain terutamanya
golongan lemah dan daif, pencerobohan ke atas merekamemang mengganas,
malah setiap qabilah telah membentuk barisan menyiksanya yang
tersendiribertujuan untuk mendera dan menyiksa anggota qabilahnya yang
memeluk Islam dan orang yang tidakmempunyai qabilah, pihak musyrikin
telah mengerah agar golongan awam dan pemukanya untukmembelasah mereka
dengan berbagai penyiksaan-penyiksaan yang ngeri ceritanya lagi
menggerunkan.Sekiranya Abu Jahal mendapat tahu ada seorang bangsawan
memeluk Islam beliau mencemuh danmengkritiknya seterusnya mengugut untuk
menjadikan beliau seorang yang muflis dan hilangdudukannya, tapi kalau
yang memeluk itu lemah dan daif beliau akan memukul-mukul
danmemperdayakannya.Bapa saudara Uthman bin Affan pernah membungkus
beliau ke dalam tikar daun kurma kemudianmelayurkannya dengan asap dari
bawah. Ketika Ibnu Musab bin Umair mengetahui penganutannyadengan Islam,
beliau ditahan dan dihalau keluar dari rumah sedang sebelum ini beliau
adalah di antaraorang yang mewah, namun setelah menganut Islam kerana
penyiksaan kulit beliau menjadi kerutu danbersisik seperti kulit.Bilal
bin Rabah adalah hamba Umaiyyah bin Khalaf Jumahi, Umaiyah bertindak di
luar batasankemanusiaan, menambat Bilal dengan tali ditengkoknya dan
menyuruh budak-budak menariknya sepertimenarik seekor binatang tali
berikat dileher. Budak-budak ini menyeretnya mengelilingi merata
kampungdan mengelilingi bukit-bukit Makkah, hingga berparut lehernya
kesan dari jerutan tali. Umaiyah merentaptali di leher Bilal ke hadapan
sekuat-kuat dan memukulnya dengan tongkat, memaksanya duduk ditengah
panas matahari terik, menahan makanan dan yang dahsyat dari itu Umaiyah
membawa Bilal ditengahari yang terik ke padang pasir Makkah dan
membaringkannya di sana dengan meletakkan ketulanbatu besar ke atas
dadanya sambil berkata, aku akan angkat ketulan ini kecuali setelah kau
mati atau kaukufur dengan agama Muhammad ini dan kembali menyembah
Al-Lata dan Al-Uzza. Dalam keadaan beginiBilal tetap mengucap: Ahad,
Ahad (Yang Esa, Yang Esa) dengan kehendak Allah di masa itu Abu Bakr
laludi situ sambil Bilal dengan keadaannya yang terbaring. Abu Bakr pun
membeli Bilal di mana satu riwayatmengatakan dengan nilai seorang budak
hamba lain, dan diriwayat lain mengatakan dengan harga tujuhAuqouaj atau
lima perak. Kemudian beliau membebaskan Bilal.
- 38. Ar-Raheeq
Al-MakhtumAmmar bin Yasir (r.a) adalah hamba kepada Bani Makhzum, beliau
memeluk Islam bersama-sama bapadan ibunya, kafir musyrikin membawa
mereka semua ke tengah padang pasir semasa tengahari panasmembakar, di
sana mereka disiksa, di suatu ketika semasa mereka sedang menghadapi
penyiksaan,Rasulullah s.a.w berlalu di situ dan Baginda berkata:
Bersabarlah wahai keluarga Yasir janji kamu adalahsyurga. Yasir mati
kerana penyiksaan, ibunya Sumaiyah adalah Syahidah Pertama meninggal
dunia,beliau telah dibunuh oleh Abu Jahal dengan menyula tombaknya
melalui farajnya. Mereka menyiksaAmmar dengan berbagai cara yang ada
pada mereka di ketika itu, sesekali menjemurnya di tengah panasmatahari
dan diketika yang lain dengan meletakkan batu-batu pejal ke atas
dadanya. Sekali yang laindengan mencampakkannya ke dalam air. Mereka
berkata: Kami tidak akan melepaskan kamu kecualisetelah kau caci
Muhammad atau kau puji sanjung Al-Lata dan Al-Uzza, akhirnya beliau
bersetuju untukberbuat demikian dengan terpaksa tapi setelah itu beliau
datang menemui Rasulullah s.a.w menangis danmeminta maaf di atas
perbuatannya itu, untuk itu Allah menurunkan firmanNya:"Sesiapa yang
kufur kepada Allah sesudah ia beriman (maka baginya kemurkaan dan azab
dari Allah),kecuali orang yang dipaksa (melakukan kufur) sedang hatinya
tenang tenteram dengan iman"
An-Nahl :106Abu Fakihah, nama
sebenarnya Aflah seorang hamba Bani Abdu Ad-Dar, beliau telah disiksa
oleh tuannyadengan memberkas kakinya dengan seutas tali kemudian
menyeretnya ke atas tanah.Manakala Khabab bin Al-Arat hamba Ummu Anmar
binti Siba Al-Khuzaiyah, pihak musyrikinmenyiksanya dengan berbagai cara
penyiksaan, sesekali mereka merentap rambut
sekuat-kuatnya,memulas-mulas tengkoknya sehabis-habisnya,
membaringkannya di atas batu-batu panas danmenghempas dengan batu-batu
lain ke atasnya, hingga tidak terdaya untuk beliau bangun.Nasib Zinnirah
Ummu Ais An-Nahdiyah dan anaknya adalah hamba-hamba yang memeluk Islam,
tidakkurang dari nasib orang lain. Kaum musyrikun menyiksa mereka
dengan berbagai-bagai cara sepertimanayang diperbuat ke atas orang-orang
lain. Seorang lagi ialah hamba perempuan Bani Muammil dariQabilah Bani
Adi. Umar bin Al-Khattab semasa kufurya bertanggungjawab menyebatnya
sampai jemubeliau memukulnya, dan berkata aku tak akan tinggalnya
kecuali setelah berasa jemu. Kesemua hamba-hamba ini telah dibeli dan
dibebaskan mereka oleh Abu Bakr sebagaimana beliau memerdekakan Bilal
danAmir bin Fahirah. Sesetengah sahabat yang lain yang baru memeluk
Islam di siksa oleh musyrikin denganmembalutkan mereka ke dalam belulang
lembu dan unta untuk dijemur dipanas matahari terik, yang
laindisarungkan ke dalam baju besi dijemur di atas batu-batu yang
membakar di padang pasir.Senarai mereka yang disiksa kerana mentauhidkan
Allah panjang dan menyayat hati, tak seorang punbila diketahui
kelslamannya akan terlepas dari siksaan musyrikin.PEMBOIKOTAN RAMAIDalam
tempoh empat minggu terjadi empat peristiwa besar mengenai kaum
musyrikin. Pertama, Hamzahmemeluk Islam, kedua Umar memeluk Islam,
ketiga penolakan Rasulullah s.a.w terhadap tawaran yangdiajukan
kepadanya, keempat persetujuan Banu Al-Muttalib dam Banu Hasyim, muslim
dan kafimyasecara bersama untuk memberi perlindungan dan pertahanan
terhadap Muhammad, peristiwa-peristiwaini menjadikan kaum musyrikin
kebingungan dan memang sewajarnya mereka kebingungan. Mereka
tahubahawajika sekiranya mereka bertindak membunuh Muhammad akibatnya
buruk di mana lembah Makkahakan mengalir dengan darah-darah mereka
sendiri, malah mungkin akan membawa kepada kemusnahanmereka ke akar
umbi, mereka pasti kesemuanya ini, untuk itu mereka bertindak menindas
dan bukanmembunuh, namun ianya lebih berat dan perit dari masa-masa yang
lalu.PIAGAM PENYIKSAAN DAN KEZALIMAN
- 39. Ar-Raheeq
Al-MakhtumMusyrikin Quraisy dan penyokong-penyokongnya berkumpul dan
bermesyuarat di halaman Banu Kinanahdi Lembah Al-Makhsab, mereka
bersumpah setia untuk memusuhi Banu Hasyim dan Banu Al-Muttalib,untuk
tidak berkahwin, bermesyuarat, berkomunikasi, berziarah dan mencampuri
mereka, kecuali setelahmereka menyerah Muhammad untuk dibunuh. Supaya
piagam yang mereka sepakati itu direalisasikanmaka mereka buktikannya
sekeping watikah yang membawa maksud:"Supaya mereka tidak menerima dari
Banu Hasyim sebarang perdamaian selama-lamanya dan tidak akanberkasihan
belas dengan mereka kecuali apabila mereka menyerah Muhammad untuk
dibunuh"Mengenai perkara ini Ibnu Al-Qayyim menyebut: Piagam ini telah
ditulis oleh Mansur bin Ikramah binAmir bin Hasyim, tapi ada pendapat
mengatakan tulisan itu dibuat oleh Nadhr bin Al-Harith, namunpendapat
yang sahih ialah Baghidh bin Amir bin Hasyim di mana Rasulullah s.a.w
berdoa dan bersumpahke atasnya dengan takdir Allah tangannya yang menul
is piagam itu lumpuh.Piagam selesai ditulis, kemudian dibawa ke dalam
Kaabah dan digantung di dalamnya. Dengan itu BanuHasyim dan Banu
Al-Muttalib muslim dan kafirnya kecuali Abu Lahab sahaja, kesemua mereka
terkurungdi lorong Abi Talib mulai malam awal Muharam tahun ke tujuh
kebangkitan Rasulullah s.a.w.TIGA TAHUN DI LORONG ABU TALIBPengepungan
semakin ketat, makanan dan bekalan semuanya terputus, mana-mana makanan
yangmasuk ke Makkah pihak musyrikin Quraisy tidak memberi lalu langsung
untuk sampai ke tangan kaummuslimm. Mereka membeli kesemuanya, kaum
muslimin mengalami kemuncak kesengsaraan, hinggaterpaksa memakan
daun-daun dan belulang-belulang kering, hingga boleh didengar keluhan,
nadatangisan, jeritan wanita-wanita dan anak-anak yang kelaparan, kalau
pun sampai itu pun secara rahsiamereka tidak keluar dari lorong itu
untuk membeli keperluan kecuali di bulan Haram sahaja. Itu punmereka
membeli makanan yang datang dari luar Makkah dan pihak musyrikin terus
menindas lagi,dengan menaikkan harga barang-barang keperluan berlipat
ganda supaya kaum muslimin tidak terdayamembelinya.Di suatu ketika Hakim
bin Hizam membawa gandum untuk emak saudaranya iaitu Khadijah
(r.a),diantaranya telah dihalang oleh Abu Jahal, beliau melarang dan
mencegah hingga terpaksa pula Abu Al-Bukhturi masuk campurtangan dan
membiarkan Hakim menyampaikan juga gandum berkenaan kepadaKhadijah emak
saudaranya itu.Abu Talib amat prihatin tehadap Rasulullah s.a.w,
hinggakan apabila orang semua hendak tidur beliaumenyuruh Rasulullah
s.a.w tidur di tempatnya, supaya dapat pula beliau melihat sesiapa
sahaja yangcuba membunuh Rasulullah s.a.w, dan apabila semua orang
nyenyak tidur, sekali lagi Abu Talib menyuruhsalah seorang anaknya atau
saudaranya atau anak saudaranya tidur di tempat Rasulullah s.a.w
disamping menyuruh membawa kelengkapan tidur mereka.Rasulullah s.a.w
bersama kaum muslimin akan keluar dari situ di musim haji, untuk menyeru
orang ramaikepada Islam. Gelagat dan tindakan nakal Abu Lahab telahpun
kita perkatakan sebelum ini.PELANGGARAN PIAGAMTiga tahun berlalu keadaan
tetap seperti itu juga, walau macam manapun pada bulan Muharam
tahunkesepuluh kebangkitan Rasulullah s.a.w berlaku pelanggaran dan
pencerobohan ke atas piagamperjanjian musyrikin kerana di kalangan
Quraisy sendiri ada yang bersetuju dan ada yang tidak bersetujudengan
piagam itu malah membangkangnya, lantaran itulah di antara mereka ada
yang berusaha
- 40. Ar-Raheeq Al-Makhtummencerobohi dan melanggar
piagam berkenaan.Orang pertama yang berusaha ke arah itu ialah Hisyam
bin Amru dari qabilah Banu Amir bin Luai, beliausering berhubung secara
rahsia di malam hari dengan Banu Hasyim dengan membawa makanan,
beliauselalunya menemui Zuhair bin Abi Umaiyah Al-Makhzumi, sedang
ibunya adalah Atikah binti Abdul Al-Muttalib, suatu hari beliau telah
bercakap dengan Zuhair bin Abi Umaiyah katanya: Wahai Zuhair! Kamuboleh
rela had untuk memakan dan meminum sedang bapa-bapa saudara kamu,
seperti kau tahulah.Jawab Zuhair: Baiklah, apa aku boleh buat, aku
seorang sahaja, demi Allah kalau ada orang lain bersamaku, dah lama ku
langgar piagam itu. Kata Hisham: Aku ada orang kedua. Tanya Zuhair:
Siapa orangnnya?Jawab Hisham: Aku! kata Zuhair: Kita perlu orang
ketiga.Dengan itu beliau terus pergi menemui Al-Mutam bin Adi, beliau
menyebut kepada Al-Mutam mengenaianak cucu Banu Hasyim dan Banu
Al-Muttalib. Kedua-duanya adalah keturunan Abdul Manaf, dan
beliaumengecamnya di atas persetujuannya dengan Quraisy dan dengan
piagam yang zalim lagi menindas itu.Kata Al-Mutam: Baiklah, apa aku nak
buat, kan aku ini seorang diri sahaja. Kata Hasyim: Aku dahketemu dengan
orang kedua. Kata Mutam: Siapa? Jawab Hasyim: Aku sendiri. Kata
Al-Mutam: Kita perluorang ketiga. Kata Hasyim: Pun sudah aku ketemuinya.
Kata Al-Mutam; Siapa orangnya? Jawab Hasyim:Zuhair bin Abi Umaiyah.
Kata Al-Mutam: Kita perlukan orang keempat.Kali ini Hasyim pergi bertemu
Abi Al-Bukhturi bin Hisyam, beliau menyuarakan pendapatnya
sepertidikemukakan kepada Al-Mufam, kata Al-Mutam: Ada tak orang lain
yang boleh membantu usaha kita ini,jawab Hasyim, Tanya Al-Bukhturi;
Siapa-siapa, mereka itu, jawab Hisyam: Zuhair bin Abi Umaiyah, Al-Mutam
bin Adi dan aku tetap bersama kau, kata Al-Bukhturi aku orang
kelima.Hisyam berkejar ke rumah Zamaah bin Al-Aswad bin Al-Muttalib bin
Asad, beliau mengemukakkancadangannya itu kepada Zumah: Ada tak orang
lain yang menyetujui perkara ini? kata Hisyam:memanglah ada orangnya,
kemudian beliau membilang dengan menyebut nama-nama mereka,
kemudianmereka semua bermesyuarat di Al-Hujun, di mana mereka berjanji
untuk memecah dan melanggarpiagam yang zalim itu, kata Zuhair: Biar aku
orang yang pertama menyuarakan perkara ini.Sebaik sahaja subuh menjelang
mereka pun segera ke kelab pertemuan, Zuhair dengan pakaianistimewanya,
bertawaf mengelilingi Kaabah tujuh kali kemudian beliau terus
berhadapan orang ramai disitu dan melaung dengan katanya: Wahai penduduk
Makkah, apakah kita memakan makanan danmemakai pakaian, sedang Banu
Hasyim susah kelaparan, tidak dibenar berjual beli dengan mereka?
DemiAllah aku tidak akan berdiam diri aku pecah dan langgar piagam yang
zalim itu.Kata Abu Jahal yang sedang berada di penjuru masjid. Itu
adalah dusta dari mu, demi Allah kau tidakakan melanggar piagam yang
kita persetujui itu. Kata Zamah: Kerana kami tidak setuju piagam
yangamat berdusta, kerana kami tidak setuju piagam itu dituliskan cuma
kamu yang beria-ia sangat sepertiyang tertulis itu, kata Abu
Al-Bukhturi: Memang kau benar wahai Zamah, sesungguhnya kami tidak
reladengan penulisannya itu dan kami tidak mengakuinya.Kata Al-Mufam bin
Adi pula: Kaniu berdua memang benar yang lain-lain itu dusta belaka,
kami adalahbebas dihadapan Allah dengan segala apa yang tertulis. Hisyam
pun berkata pula, sama seperti yangdibicarakan oleh kawannya yang lain.
Kata Abu Jahal: perkara ini sudah diatur dalam satu malam, dimana kamu
bermesyuarat bukan di tempat ini.Ketika perdebatan sedang berlaku, Abu
Talib berada di suatu penjuru masjid, beliau datang ke sini keranaAllah
telah memberi tahu kepada RasulNya mengenai piagam yang mereka tulisnya
itu, di mana Allahtelah memusnahkannya dengan menghantar anai-anai
memakannya, segala yang tertulis habisdigeritnya, mana-mana sebutan
zalim, penganiayaan dan penindasan dimakannya, kecuali sebutan namaAllah
sahaja yang ditinggalkannya, hal ini diceritakan kepada bapa
saudaranya, untuk itu Abu Talib keluar
- 41. Ar-Raheeq
Al-Makhtummenemui Quraisy, dan terus beliau menceritakan kepada mereka
seperti apa yang telah dikisahkan olehanak saudaranya Muhammad s.a.w,
sekiranya beliau berdusta aku beri laluan untuk kamu
bertindakterhadapnya, tapi kalau beliau benar hendaklah kamu tarik balik
tindakan kamu itu. Kata mereka: Ya!itulah yang adil dan wajar.Setelah
berlaku perbicaraan hangat di antara orang ramai dan Abu Jahal, akhirnya
Al-Mutam bangun danpergi mengambil lambaran piagam untuk
dimusnahkannya, tiba-tiba didapati anai-anai telah punmenggeritnya
kecuali lafaz Bismika Allahhumma dan mana-mana lafaz yang tersebut nama
Allah sahajayang tidak dimakannya.Dengan itu selesai pemecahan dan
pelanggaran ke atas piagam, dengannya Rasulullah s.a.w dan orang-orang
yang bersama-samanya keluar dari lorong penempatan mereka, dengan itu
juga pihak musyrikindapat menyaksi sebahagian tanda keagungan kenabian,
walaupun demikian mereka tetap sebagaimanayang dikisahkan Allah
mengenainya:Dan kalau mereka (kaum musyrik Mekah) melihat sesuatu
mukjizat, mereka berpaling ingkar sambilberkata "(Ini ialah) sihir yang
terus menerus berlaku".
Al-Qamar :2Malah mereka terus
berpaling tadah dari tanda-tanda dan ayat-ayat Allah ini dan mereka
semakin kufur.PERWAKILAN QURAISY MENEMUI ABU TALIB UNTUK KALI
TERAKHIRRasulullah s.a.w telahpun keluar dari lorong Abu Talib namun
baginda tetap menjalankan tugasnyaseperti biasa, dan Quraisy pula
walaupun telah meninggal pemboikotan namun mereka masih jugadengan sikap
penindasan ke atas orang-orang Islam dan menghalang kerja-kerja dakwah
kejalan Allah,sedemikian dengan Abu Talib dengan sikapnya yang amat
prihatin dan penjagaan rapi terhadap diriRasulullah s.a.w, usia Abu
Talib kini sudah pun melewati lapan puluh tahun, kesengsaraan dan
peristiwa-peristiwa besar yang silih berganti itu, terutamanya pemulauan
ekonomi telah menyebabkan sendi-senditulangnya semakin lemah, tulang
belakangnya bagai terpatah, tidak selang berapa bulan selepas
merekakeluar dari pengurungan tiba-tiba beliau telah diserang penyakit
yang berat dan menekan, pihakmusyrikin pun curiga akan terjejas nama
baik mereka di kalangan bangsa Arab, sekiranya suatu yangburuk tidak
diingini akan terjadi ke atas anak saudaranya itu, selepas kematiannya
nanti, untuk itumereka mencuba sekali lagi untuk berbincang dengan
Muhammad dengan kehadirannya sekali, danmereka akan bertolak ansur
dengan syarat yang mereka berkeras dengannya dimasa-masa yang
lalu,dengan itu Quraisy telah mengutus perwakilannya menemui Abu Talib
Ibnu Ishak dan yang lain-lainmeriwayatkan dengan katanya: Setelah Abu
Talib mengadu hal kesakitannya, dan beritanya ini telahsampai
kepengetahuan Quraisy, maka mereka bermesyuarat sesama mereka.Kini
Hamzah dan Umar sudah pun menganut Islam, cerita mengenai Muhammad dan
usahanya semakinberkembang di kalangan kabilah-kabilah Quraisy, kata
mereka: Ayuh kita menemui Abu Talib, kita pintasupaya beliau menekan
anak saudaranya itu untuk menerima syarat-syarat kita, demi Allah kita
curigamereka (kaum muslimin) akan meriguasai kita. Riwayat dalam lafaz
lain berbunyi: Sebenarnya kita takut,nanti orang tua itu akan mati dan
Muhammad pula dapat menguasai suasana, habislah kewibawaan kita,hingga
seluruh bangsa Arab memperlecehkan kita, dan mereka akan mengatakan:
Dulu merekamembiarkannya hingga apabila bapa saudaranya mati baru mereka
kerjakannya. Dengan itu merekapergi menemui Abu Talib dan berbincang
dengannya, mereka semua adalah pemuka-pemuka kaum yangterdiri dari:
Utbah bin Rabiah, Syaibah bin Rabiah, Abu Jahal bin Hisyam, Umaiyah bin
Khalaf dan AbuSufian bin Harb adalah tokoh yang mengepalai rombongan
seramai dua puluh lima orang ini, katamereka: Wahai Abu Talib kau
sebenarnya adalah sebahagian dari kami, sebagaimana yang diketahui,
kitasemua sudah pun lanjut usia, kami pun takut juga hal yang akan
menemui kau itu, sebagaimana yangkau tahu hal yang terjadi di antara
kami dan anak saudaramu itu, cuba kau pinta kepadanya, dan beliau
- 42.
Ar-Raheeq Al-Makhtumboleh membuat syarat kepada kami dan beliau pula
hams menerima sesuatu dari kami, supaya beliauberhenti mengecam kami dan
kami pun boleh berhenti menentangnya, dan hendaklah beliau
membiarkankami dengan agama kami, dan disebaliknya kami akan membiarkan
beliau dengan agamanya. Lalu AbuTalib menjemput Rasulullah s.a.w, dan
Rasulullah s.a.w pun segera tiba, terus beliau berkata: Wahai
anaksaudaraku ini semua adalah pembesar-pembesar kaum kau, mereka
berkumpul kemari, semata-matauntuk kau untuk menawarkan kau sesuatu dan
untuk menerima sesuatu darimu.Kemudian Abu Talib menyampaikan hal yang
dikemukakan oleh mereka tadi, iaitu untuk sama-sama tidakmengganggu
pihak yang lain. Jawab Rasulullah s.a.w: Apa pendapat kamu sekiranya aku
kemukakankepada kamu satu perkataan yang apabila kamu ucapkannya kamu
akan menguasai seluruh bangsa Arab,dan bangsa-bangsa lain akan tunduk
kepada kamu. Dalam perkataan yang lain pula bahawa, Bagindaberbicara
kepada Abu Talib dengan katanya: Daku mahu, semua mereka berada dalam
kalimah yangsatu, yang apabila mereka ucapkan kalimah itu seluruh bangsa
Arab akan tunduk kepada mereka danbangsa asing akan membayar ufti
kepada mereka. Dan dalam lafaz yang lain pula, kata Baginda: Wahaibapa
saudaraku, boleh tak ayahnda serukan mereka kepada suatu yang lebih baik
untuk mereka, kataAbu Talib: Sebutlah apa yang hendak kau serukan
mereka itu? Jawab Baginda: Aku mengajak merekauntuk melafazkan satu
kalimah yang apabila mereka lakukan seluruh bangsa Arab akan tunduk
akurkepada mereka, malah mereka akan menguasai seluruh bangsa-bangsa
asing.Manakala lafaz dari riwayat Ibnu Ishak berbunyi: Hanya satu
kalimah sahaja, kamu ucapkannya nescayakamu akan menguasai bangsa Arab,
dan bangsa asing pula akan tunduk kepada kamu. Setelah manaRasulullah
s.a.w menyebut kata-katanya ini mereka semua berhenti dan kebingungan,
dan bagaimanahendak menolak tawaran hanya satu kalimah yang amat
berfaedah sekali bagi mereka, lantas Abu Jahalpun berkata: Apa dia
perkataan itu? demi bapa engkau, mudah sangat, kami boleh ucapkannya
dansepuluh yang lain pun tidak mengapa, jawab Rasulullah s.a.w: Ucaplah
"Lailahaillallah " di samping kamumenolak seluruh
penyembahan-penyembahan yang lain. Dengan itu mereka semua
menepuk-nepuktangan mereka dan berkata: Wahai Muhammad, kamu hendak kami
jadikan tuhan-tuhan yang banyak itusatu tuhan sahaja? Ini tidak boleh
jadi, ini perkara yang menghairankan.Selepas itu mereka berkata sesama
mereka: Demi Allah sesungguhnya orang ini (iaitu Muhammad), tidakakan
memberi suatu pun kepada kamu, ayuh beredar dari sini, dan teruskan
dengan agama nenekmoyang kita dahulu, hingga Allah sahaja yang
menghukumkan di antara kita dan dia. Dengan itu merekasemua
bersurai.Mengenai mereka ini Allah menurunkan wahyunya: صSaad (
); demi Al-Quran yang mempunyai kemuliaan serta mengandungi
peringatan dan pengajaran.(Orang-orang yang mengingkari kerasulanmu -
wahai Muhammad - tidak berdasarkan kebenaran) bahkanmereka yang kafir
itu bersifat sombong angkuh dan suka menentang kebenaran. (Tidakkah
merekamenyedari) berapa banyak umat-umat (yang ingkar) yang terdahulu
dari mereka, Kami binasakan? Lalumereka meminta pertolongan, padahal
saat itu bukanlah saat meminta pertolongan melepaskan diri dariazab. Dan
mereka (yang mengingkari kerasulan Nabi Muhammad itu) merasa hairan,
bahawa merekadidatangi oleh seorang Rasul pemberi amaran, dari kalangan
mereka sendiri. Dan mereka yang kafir ituberkata: "Orang ini adalah
seorang ahli sihir, lagi pendusta. " Patutkah ia menafikan tuhan-tuhan
yangberbilang itu dengan mengatakan: Tuhan hanya Satu? Sesungguhnya ini
adalah satu perkara yangmenakjubkan!" Dan (ketika itu) keluarlah
ketua-ketua dari kalangan mereka (memberi peransang denganberkata):
"Jalan terus (menurut cara penyembahan datuk nenek kamu) dan tetap
tekunlah menyembahtuhan-tuhan kamu. Sebenarnya sikap ini adalah satu
perkara yang amat dikehendaki. " Kami tidak pernahmendengar tentang
(soal mengesakan Tuhan) itu dalam ugama yang terakhir; perkara ini tidak
lainhanyalah rekaan dan dusta semata-mata".
Shaad
:1-7TAHUN PERKABUNGAN
- 43. Ar-Raheeq Al-MakhtumKEMATIAN ABU
TALIBKegeringan Abu Talib semakin menekan, tidak berapa lama beliau pun
meninggal dunia, kematian beliauadalah dibulan Rejab tahun kesepuluh
kebangkitan Rasulullah s.a.w, iaitu enam bulan selepas keluar
daripengepungan di lorong Abi Talib, ada pendapat yang menyebut beliau
meninggal di bulan Ramadhan tigahari sebelum kewafatan Khadijah (r.a).Di
dalam sahih Bukhari hadis yang diriwayatkan dari Al-Musayyab: Bahawa
Abu Talib ketika hampirkewafatannya beliau telah dihadiri oleh
Rasulullah s.a.w di sampingnya juga Abu Jahal, di sini Bagindamenyeru
Abu Talib: Wahai ayahanda sebutlah "lailahaillallah" satu kalimah yang
boleh ku berhujahdengannya di hadapan Allah esok. Kata Abu Jahal dan
Abdullah bin Abi Umaiyah: Wahai Abu Talib: Mahukau tinggal agama bapa
kau Abdul Muttalib? Beginilah keadaan mereka berdua, tarik menarik Abu
Talibke pihaknya, akhirnya Abu Talib menyebut: Aku di dalam agama Abdul
Muttalib bersama denganhembusan nafas terakhir, di ketika itu Rasulullah
s.a.w berkata: Sesungguhnya akan ku beristighfar untukkau selagi mana
aku tidak ditegah berbuat sesuatu untuk kau. Di masa itu turunlah wahyu
Allah: yangbermaksud:Tidaklah dibenarkan bagi Nabi dan orang yang
beriman, meminta ampun bagi orang yang musyrik, sekalipun orang itu kaum
kerabat sendiri, sesudah nyata bagi mereka bahawa orang musyrik itu
adalah ahlineraka.
At-Taubah :113Dan turun juga
ayat:Sesungguhnya engkau (wahai Muhammad) tidak berkuasa memberi hidayah
petunjuk kepada sesiapayang engkau kasihi (supaya ia menerima Islam)
Al-Qashas :56Tidak perlu untuk menjelaskan lagi bagaimana Abu Talib
ini merupakan penjaga dan benteng kepadaRasulullah s.a.w, hingga dakwah
Islamiah boleh bertahan di sebaliknya, dari serangan kaum sufaha
danelit, tetapi beliau tetap dengan agama datuk moyangnya, sesungguhnya
beliau gagal di sisi Allah. Didalam sahih Al-Bukhary satu riwayat dari
Al-Abbas bin Abdul Al-Muttalib yang berkata kepada Rasulullahs.a.w: Kau
tidak boleh memanfaatkan bapa saudara mu itu, beliau mempertahankan dan
membela kau,kata Rasulullah s.a.w: Beliau di hujung api neraka, kalau
tidak kerana aku, sudah pasti di lapisanterbawah api neraka.Dari Abi
Said Al-Khudri, meriwayatkan, bahawa beliau mendengar Rasulullah s.a.w
menyebut tentangbapa saudaranya, dengan sabdanya yang bermaksud:"Semoga
syafaat ku boleh memanafaatkan beliau di hari Qiamat nanti, beliau
diletakkan di hujung apineraka sampai membakar dua tumitnya."KHADIJAH
R.A KEMBALI KE RAHMATULLAHLebih kurang dua atau tiga bulan selepas
kematian Abu Talib, Khadijah pula kembali ke rahmatullah,kewafatan
beliau ialah di dalam bulan Ramadhan tahun kesepuluh kebangkitan
Rasulullah s.a.w, dalamlingkungan usia lima puluh enam tahun manakala
Rasulullah s.a.w berusia lima puluh tahun.Sesungguhnya Khadijah adalah
nimat dan anugerah yang teragung kepada Rasulullah s.a.w,
beliaubersama-sama Rasulullah s.a.w untuk selama suku abad mencucuri
Baginda dengan belai kasih sayangterhadap Baginda, di saat-saat genting
dan meruncing, menyokong Baginda di waktu-waktu kegawatanyang diperlukan
kepada sokongan dan bantuan, malah beliau menolong Baginda menyebar
ajaran dan
- 44. Ar-Raheeq Al-Makhtumrisalahnya, bersama-sama
Rasulullah s.a.w ke medan jihad suci, berkongsi kemewahan dan
kesusahandengan harta dan keringatnya pernah Rasulullah s.a.w
menyebut-nyebut kelebihan Khadijah dengansabdanya yang bermaksud:"Beliau
beriman denganku ketika manusia kufur dengan ku, membenarkan daku
ketika manusiamendustai daku, berkongsikan daku harta-hartanya ketika
manusia lain enggan memberi daku, dan Allahmengurniakan darinya
anak-anak dan tidak mengurniakan anak dari yang lain."Al-Bukhary di
dalam sahihnya meriwayatkan hadith dari Abi Hurairah dengan katanya:
Jibril (a.s.), telahmendatangi Nabi Muhammad s.a.w dan berkata; Wahai
Rasulullah s.a.w itu dia Khadijah (r.a.) telahdatang bersama-samanya
satu bekas, di dalamnya hidangan atau makanan atau minuman, bila
beliautiba ke hadapanmu, sampaikan kepadanya salam dari Tuhannya dan
beritahu kepadanya berita gembiradi mana tersedia untuk beliau sebuah
rumah di dalam syurga, diperbuat dari permata baiduri tiada bisingdan
gangguan di dalamnya.DUKACITA YANG SILIH BERGANTIDua peristiwa sedih
yang menekan, berturut mengoncang perasaan Baginda dan menyayat hati
naluriRasulullah s.a.w, dari situ musibah kaumnya bertubi-tubi menimpa
Rasulullah s.a.w, mereka lebih beranilagi dari masa yang lampau,
terang-terangan mengancam Baginda dengan kenakalan dan
penyiksaan.Selepas kematian Abu Talib, Baginda semakin bertambah duka
nestapa, hingga terasa berputus asadengan mereka, lalu Baginda keluar ke
Taif dengan harapan di sana penduduknya akan menyahutseruannya dan
membantu menghadapi kaum Quraisy, malang di sana tiada siapa yang mahu
menyokongdan membantu, malah yang didapati penentangan yang lebih pahit
lagi, Baginda mengalami lebih teruklagi, dari apa yang diharap dari
kaumnya.Sebagaimana tekanan semakin hebat ke atas Rasulullah s.a.w
semakin hebat juga penyiksaan ke atassahabatnya, hinggakan sahabatnya
yang tersayang, Abu Bakr As-Siddiq mengambil langkah untukberhijrah
keluar dari Makkah, beliau keluar hingga sampai ke Birk al-Ghamad untuk
pergi ke Habsyah,namun beliau telah di bawa pulang oleh Ibnu Ad-Dughnah
dan meletak di bawah suakanya. Ibnu Ishakmeriwayatkan: Setelah Abu
Talib-meninggal dunia, pihak Quraisy mengancam Rasulullah s.a.w
denganberbagai penyiksaan yang belum pernah dialami semasa hayat Abu
Talib, malah golongan bodoh punberani juga, pernah di suatu hari seorang
lelaki bodoh berani menabur pasir ke atas kepala Rasulullahs.a.w,
Baginda memasuki rumahnya dengan tanah dan pasir bertaburan di kepala
Baginda, salah seorangputerinya membasuh kepalanya sambil menangis,
namun Rasulullah s.a.w masih menenangkannya: Takusah kau tangis wahai
anakku, sesungguhnya Allah melindungi ayahmu ini. Quraisy tidak
melakukanseberat ini, yang paling ku benci, melainkan selepas kematian
Abu Talib.Oleh kerana bertubi-tubi penyiksaan di tahun ini maka Baginda
menamakan tahun berkenaan dengantahun perkabungan dan dukacita, dan
penamaan ini memang terkenal di dalam sejarah Islam.PERKAHWINAN BAGINDA
DENGAN SAWDAH R.ADalam bulan Syawal di tahun kesepuluh kebangkitan
Baginda, Rasulullah s.a.w telah berkahwin denganSawdah binti Zamah,
beliau adalah wanita muslimah yang memeluk Islam terulung. Beliau
adalahpenghijrah peringkat kedua ke Al-Habsyah, suaminya ialah As-Sakran
bin Amru telah memeluk Islam danberhijrah bersama isterinya Sawdah,
tetapi beliau wafat di bumi Habsyah atau selepas pulang ke
Makkah,setelah selesai idahnya Rasulullah s.a.w meminangnya dan
berkahwin dengannya. Beliau adalah isteripertama yang dikahwini
Rasulullah s.a.w selepas peninggalan Khadijah. Selepas beberapa tahun,
beliaumenghadiahkan gilirannya kepada Aisyah(r.a).
- 45.
Ar-Raheeq Al-MakhtumSECEBIS ULASAN MENGENAI PERKAHWINAN RASULULLAH S.A.W
DENGAN AISYAH R.ADi bulan Syawal tahun kesembilan kebangkitan
Rasulullah s.a.w, Baginda telah berkahwin dengan AisyahAs-Siddiqah
puteri Abu Bakr As-Siddiq (r.a.), usianya masih enam tahun, di mana
Rasulullah s.a.wberseketiduran dengannya semasa Baginda berhijrah ke
Madinah, iaitu di bulan Syawal tahun pertamahijrah, ketika itu usianya
sudah meningkat sembilan tahun.FAKTOR-FAKTOR KESABARAN DAN
KECEKALANManusia yang tabah pun menyaksi penuh keberanian, malah
golongan berfikiran pun bertanya sesamamereka: Apakah sebab dan faktor
yang membawa kaum muslimin boleh sampai ke peringkat ini danmelewati
batas-batas kecekalan yang luar biasa ini? Bagaimana mereka boleh
bertahan dan bersabarmenghadapi ancaman dan penyiksaan yang
menggerunkan, penyiksaan yang boleh menggoncang hati-hati yang berani?
Memandangkan persoalan yang muncul di hati-hati naluri manusia, maka
kita dapatiadalah wajar untuk kita memaparkan sebahagian dari
faktor-faktor ini sebagai petanda sepintas lalu,secara ringkas:1.
Keimanan dan keyakinan dengan Allah (s.w.t)Faktor utama di sini ialah
keimanan dan keyakinan dengan Allah (s.w.t), mengenal Allah dengan
ertikatayang sebenar, kerana keimanan yang sejati apabila menguasai
hati-hati rijal ianya menjadi seberatgunung yang tidak mungkin dicabar,
manusia yang memiliki iman yang mantap dan keyakinan yang azammelihat
kepahitan dunia, biar seberat mana dan seteruk mana, bagaikan kiambang
yang terapung dipermukaan arus air laju menghentak-hentak empangan dan
bendungan, namun ianya tidak mungkinmemecah atau menjejaskannya,
demikian orang yang memiliki keimanannya yang mantap ini, langsungtidak
menghirau dan mempedulikan dengan ancaman dan tribulasi yang memenatkan,
malah beliau akanmerasai satu kemanisan iman dan keenakan keyakinannya
berhadapan dengan semua fitnah ini. Adapunbuih itu maka akan hilang
lenyaplah ia hanyut terbuang, manakala benda-benda yang berfaedah
kepadamanusia maka ia tetap tinggal di bumi. (Ar-Rad: 17) Dari faktor
ini tercawang beberapa faktor lain yangberpadu, memberi kekuatan kepada
kecekalan dan kesabaran.2. Pimpinan yang menarik hati-hati
kepadanyaRasulullah s.a.w merupakan pemimpin yang tertinggi bagi ummah
Islamiah, bahkan bagi manusiasejagat, di mana Baginda terhias dengan
keluhuran akhlak, jiwa yang sempurna, budipekerti yang tinggi,perangai
yang mulia dan susila terpuji, kesemuanya ini membawa hati-hati manusia
tertarik dengannya,sanggup dan rela berkorban apa sahaja untuk
mempertahankannya, kesempurnaan Baginda melimpahruah, yang sememangnya
diidam-idamkan oleh manusia, tidak pernah ada pada mana-mana
manusia,dipersada ini. Baginda merupakan mercu kemuliaan, kebaikan dan
kelebihan, contoh kepada kebersihanjiwa, amanah dan kebenaran, Baginda
adalah sumber danjalan kebaikan yang diakui oleh lawan lebih-lebih lagi
taulan, tidak ada kalimah yang diungkapkan melainkan kesemuanya
dipercayai dan diyakinikebenarannya. Tiga orang tokoh Quraisy telah
berbicara sesama mereka, setiap mereka telah punmendengar Al-Quran
secara rahsia tanpa diketahui oleh kawannya yang lain, namun diakhirnya
rahsiamereka ini terpecah juga, salah seorang mereka telah menyoal Abu
Jahal katanya: Apa pendapat tuanmengenai yang tuan dengar dari Muhammad
itu? Tanya Abu Jahal: Apa yang engkau dengar? Jawabnya:Kami dan Banu
Abdul Manaf telah berlumba-lumba untuk memperolehi kemuliaan, kiranya
merekamemberi orang makanan kami pun berbuat demikian, mereka membawa
orang ramai, kami punmembawa orang ramai, mereka memberi sesuatu kami
pun boleh memberi, sehingga apabila kamihampir seri, perlawanan pejutan
kami seolah-olah dua ekor kuda berlumba, hinggalah mereka berkata:Kami
ada nabi yang menerima wahyu dari langit. Dan bilakah kita akan
mendapatinya? Jawab Abu Jahal:Demi Allah aku tidak akan beriman
dengannya? Jawab Abu Jahal: Demi Allah aku tidak akan berimandengannya
atau mempercayainya sama sekali.
- 46. Ar-Raheeq Al-MakhtumAbu
Jahal pernah berkata: "Wahai Muhammad, sebenarnya kami tidak
mendustaimu, tetapi mendustaiapa yang kamu bawa itu." Maka dengan itu
Allah menurunkan wahyu:Sebenarnya mereka bukan mendustakanmu, tetapi
orang yang zalim itu mengingkari ayat-ayatketerangan Allah (disebabkan
kedegilan mereka semata-mata)
Al-Anaam: 33Di suatu, hari kafir Quraisy
menyindir Rasulullah s.a.w tiga kali, dengan jelingan mata, pada kali
ketigaRasulullah s.a.w berkata: Wahai kalian Quraisy aku telah
membawakan kamu dengan sembelihan,mereka tersentak dengan kata-kata
Baginda itu, hinggakan orang paling memusuhi Rasulullah s.a.w punmembuat
koreksi diri mereka dengan sesuatu yang terbaik padanya.Semasa
kafir-kafir Makkah mencampak uncang najis ke atas Rasulullah s.a.w
ketika Baginda sedangsujud, Baginda mendoakan bala ke atas mereka,
menyebabkan ketawa mereka terhenti dengan tiba-tiba,dan kesangsian serta
dukacita menyelubungi mereka semua, dan mereka yakin bahawa mereka
pastibinasa.Baginda pernah mendoa bala ke atas Utbah bin Abu Lahab.
Sepanjang hayatnya dia (Utbah) meyakini disuatu masa pasti doa itu
terlaksana, hingga bila dia melihat singa terus beliau berkata: "Demi
AllahMuhammad membunuh daku sedang beliau berada di Makkah."Ubai bin
Khalaf pula mengugut untuk membunuh Rasulullah s.a.w, tetapi jawab
Rasulullah s.a.w: Malahanaku yang membunuh kau! InsyaAllah. Setelah Ubai
ditikam di peperangan Badar, luka hanya sekadarterguris sedikit
dikulit, namun Ubai melaung dengan katanya: Dia telah bersumpah di
Makkah dahuluhendak membunuh daku dengan katanya: Aku yang akan membunuh
kau, demi Allah kalau dia ludah kemulutku nescaya binasa juga daku.
(Huraiannya akan menyusul)Semasa di Makkah Sad bin Muaz telah menyebut
kepada Umaiyah bin Khalaf: Sebenarnya aku telahdengar Rasulullah s.a.w
berkata: Mereka yakin kaum Muslimin akan membunuh kamu,
menyebabkanbeliau terperanjat besar dan berjanji untuk tidak keluar dari
Makkah, sebab itu bila digesa oleh Abu Jahalsupaya beliau keluar
berperang di Badar, beliau telah memperuntukkan belanja agak besar demi
untukmembeli seekor unta pacuan yang terbaik, untuk membolehkan beliau
berkejar lari ke Makkah. Isterinyatelah memperingatkan beliau dengan
katanya: Wahai Abu Sofwan, apakah kau telah lupa apa yang
telahdisebutkan di suatu ketika dahulu oleh saudaramu Al-Yathribi itu?
Jawab beliau: Demi Allah, tidak sekali-kali, aku ke sana pun, bukan
untuk masuk ke tengah-tengah medan hanya dipinggirnya sahaja.Inilah
perasaan dan sikap musuh-musuh Rasulullah s.a.w terhadap Baginda,
manakala sikap parasahabatnya dan mereka bersama Baginda menjadikan
Baginda sebagai roh dan jiwa mereka, Bagindaadalah hati dan mata kepada
mereka, kecintaan sejati membawa mereka tertarik kepada Bagindabagaikan
air yang mengalir, jiwa-jiwa mereka tertarik kepada Rasulullah s.a.w
bagaikan besi tertarikkepada tarikan magnet, bak kata penyair:Gambaran
dirinya memenuhi pada setiap jasad Jiwanya menarik setiap hati
lelaki.Natijah kecintaan mereka dan berfana, kerananya, mereka sanggup
diri mereka dibinasakan asalkanBaginda selamat, tidak terguris walau
dengan sekerat duri.Di suatu hari Abu Bakr telah dilanyak oleh kafir
Quraisy di kawasan Makkah, dipukul separah-parahnya,Utbah bin Rabiah
turut sama menerajang dengan tapak kasutnya yang berladam,
menyentAn-Nyental diseluruh mukanya, dan melanyak perutnya hingga tak
kelihatan mana hidungnya mana mukanya.Kemudian diusung di dalam
pakaiannya oleh Banu Tamim ke rumahnya.ketika sampai ke dalam rumah tak
seorang pun menyangka yang beliau hidup lagi, disenja hari barubeliau
mula bercakap, dan lafaz yang mula-mula beliau tutur, katanya: Apa yang
Rasulullah s.a.w buat,mereka yang melingkungi beliau pun marah dan
mencelanya, kemudian mereka pun bangun dan
- 47. Ar-Raheeq
Al-Makhtumberpesan kepada ibunya Ummu Khair: Tengoklah dia ini? dan
suaplah apa saja, atau berilah minumankepadanya, setelah ibunya
bersendirian dengannya, beliau menggesa supaya Abu Bakr memakan
danmeminum, tapi beliau masih lagi bertanya: Apa yang telah Rasulullah
s.a.w lakukan? Jawab ibunya: DemiAllah aku pun tidak ada maklumat
mengenainya. Kata Abu Bakr pula: Cuba ibu pergi bertemu UmmuJamil binti
Al-Khatab tanyakan dia mengenai Baginda itu?Lantas ibunya pun keluar
hingga bertemu Ummu Jamil dan berkata: Abu Bakr di rumah sana
bertanyakhabar mengenai Muhammad bin Abdullah. Jawab Ummu Jamil: Aku
tidak tahulah mengenai Abu Bakrdan tidak tahu juga mengenai Muhammad bin
Abdullah? Tapi kalau pun mahukan aku pergi bersamapuan menemui anak
engkau itu boleh aku ke sana. Jawab Umu Khair: Ya! Apa salahnya, beliau
terusbersama-sama Ummu Jamil, didapatinya Abu Bakr terlentang membujur,
Ummu Jamil menghampiribeliau dan berteriak sambil berkata: Demi Allah
golongan itu telah mengerjakan kau, sebagai pembalasankepada golongan
fasik lagi kafir itu, ku berdoa semoga Allah menuntut bela dari mereka
itu, kemudianbertanya Abu Bakr: Apa yang telah Rasulullah s.a.w lakukan?
Jawab Ummu Jamil: Ini Ibumu sedangmendengar cakapmu itu: Tak usah
ragu-ragukan dia. Kata Ummu Jamil lagi: Baginda selamat dansempurna.
Tanya Abu Bakr: Di mana Baginda? Jawab Ummu Jamil: Baginda di rumah Ibnu
Al-Arqam.Kata Abu Bakr: Aku berjanji dengan Allah, aku tidak akan
menjamah sebarang makanan pun ataumeminum minuman, kecuali setelah ku
menemui Rasulullah s.a.w, tetapi mereka berdua menangguhkanpemergian Abu
Bakr, sehingga apabila Abu Bakr kembali tenang dan orang ramai pun dah
reda, merekaberdua memapah Abu Bakr hinggalah mereka masuk menemui
Rasulullah s.a.w.Kita akan cuba paparkan di sini gambaran hidup yang
sukar ditemui mengenai kecintaan dan dedikasigolongan awal terhadap diri
Rasulullah s.a.w, di dalam beberapa kejadian berasingan, di dalam
penulisanini, terutama kejadian di hari peperangan Uhud dan apa yang
telah dilakukan oleh Khubaib dan merekayang seumpamanya.3. Perasaan
tanggungjawab (Asy-Syuur bi Masuliyah)Para sahabat seluruhnya penuh
perasaan dan syuur di mana manusia kesehiruhannya dipikul denganbeban
tanggungjawab ini, tidak boleh dielak atau ditolak dengan sebarang
alasan, padah penolakkantanggungjawab atau melarikan diri darinya adalah
sangat buruk dan berat malah lebih buruk lagi daripenyiksaan itu
sendiri, kerugian yang bakal mereka alami terlalu besarjika dibandingkan
dengankepayahan yang mereka hadapi, ekoran kesanggupan mereka memikul
tugasan ini. Malah kerugian initurut ditanggung oleh manusia sejagat.4.
Kepercayaan dengan hari akhiratKepercayaan ini adalah sokongan kepada
syuur kebertanggungjawapan itu, mereka penuh keyakinandengan apa yang
mereka lakukan, itu adalah semata-mata untuk Allah Rab al-Alamin, di
mana merekaakan dinilai dan dihisab oleh Allah dengan yang sekecil-kecil
pekerjaan hinggalah kepada yang sebesar-besarnya, balasannya samada ke
syurga nirwana atau neraka jahanam, mereka menghabiskan usiamereka di
antara ketakutan dan harapan, mengharapkan rahmat Tuhan mereka dan takut
dengan azabsengsaraNya. Pernah golongan sahabat ini memberi sedekah
dengan apa yang dikurniakan kepadamereka, sedang hati-hati mereka
berdegup ketakutan dengan sedekah itu, kalau-kalau tidak
diterima.Sesungguhnya mereka kembali kepada Tuhan mereka.Mereka memang
mengenali dunia ini samadaazabnya atau kesenangannya tak lebih dari
sebelah sayap nyamuk, berbanding dengan balasan diakhirat. Pengenalan
dan makrifat yang mendalam ini, membawa mereka berasa ringan dengan
kepahitandunia dan kesusahannya, hingga membawa mereka tidak memberi
perhatian langsung kepada dunia dansengsaranya itu.5. Al-QuranDisaat
yang meruncing, menakut dan menggerunkan ini, turunlah ayat-ayat
Al-Quran, memberi sokongandan keterangan-keterangan kemas mengenai
ajaran dasar Al-Islam, di mana dakwah di peringkat ituberkisar di
sekitarnya, dengan usiub danjalan bahasa yang menarik di masa yang sama
menunjuk ajarkepada kaum muslimin jalan yang sebenar, kepada dasar
pembinaan sebuah masyarakat contoh di duniaini, iaitu masyarakat Islam .
Ayat-ayat Al-Quran menyemarakkan perasaan kaum muslimin dan
- 48.
Ar-Raheeq Al-Makhtummenyegarkan emosi kesabaran dan kecekalan yang
telah menempa contoh unggul kepada umat manusiasejagat:Adakah patut kamu
menyangka bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum sampai kepada
kamu(ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang yang
terdahulu daripada kamu ? Merekatelah ditimpa kepapaan (kemusnahan harta
bcnda) dan serangan penyakit, serta digoncangkan (olehancaman bahaya
musuh), sehingga berkata mereka yang beriman dengannya: "Bilakah
(datangnya)pertolongan Allah?" Maka jawab Rasul: Sesungguhnya
pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamubersabar dan berpegang teguh
kepada agama Allah).
Al-Baqarah: 214Alif, Laam, Miim. Patutkah
manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya
berkata:"Kami beriman ", sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu
cubaan). Dan demi sesungguhnya! Kamitelah menguji orang yang terdahulu
daripada mereka, maka (dengan ujian yang demikian), nyata apayang
diketahui Allah tentang orang yang sebenar-benarnya beriman, dan nyata
pula apa yang diketahui-Nya tentang orang yang berdusta.
Al-Ankabut: 1-3Sebagaimana juga ayat-ayat Al-Quran menolak tohmah-tohmah
kaum kafirin dan mereka yang engkar,dengan hujah-hujah yang kemas,
hingga tidak memberi peluang langsung kepada mereka untukmenjawab,
Al-Quran juga memperingatkan mereka kepada akibat-akibat buruk yang
bakal merekahadapi, kiranya mereka masih berdegil untuk tidak mahu
menerima kebenaran yang dibawa olehRasulullah s.a.w itu. Peringatan yang
jelas dan nyata berdasarkan kepada hari-hari Allah yang penuhdengan
azabNya di masa silam dan bukti-bukti sejarah yang menjelaskan
sunnah-sunnah dan ketetapanAllah kepada wali-waliNya dan musuhNya, dan
di ketika yang lain ayat Al-Quran berlembut denganmereka, dan bertegas
memberi kefahaman dan petunjuk serta bimbingan, agar mereka sedar
darikesesatan mereka yang nyata itu.Dari sudut yang lain Al-Quran
membawa kaum muslimin di suatu alam yang lain, membawa merekamelihat dan
menikmati pandangan alam semesta, keindahan ciptaan Ilahi, kesempurnaan
sifat ketuhananAllah, kesan-kesan kasihan belas Allah dan jelmaan
kesayangan Allah yang mereka nostalgiakankepadanya, yang tidak dihalang
oleh mana-mana pendinding.Di dalam ayat-ayat ini tersemat percakapan
yang dibahasakan kepada kaum muslimin, memberitahuberita-berita gembira
dari Tuhan mereka mengenai rahmat, keredhaan dan syurga-syurga, di
dalamnyanikmat berkekalan. Al-Quran juga mendedahkan kepada kaum
muslimin kedudukan seteru-seterumereka, kafirin, penzalim, mereka
dihukum, dihalau dan diseret dengan muka tertiarap untuk disumbatke
dalam neraka katanya: Ayuh kecapilah kejutan neraka Saqar.6. Berita
kejayaanWalau pun segala kesengsaraan yang dialami oleh kaum muslimin
namun mereka sudah mengetahuisejak di hari pertama mereka menghadapi
tekanan penyiksaan, malah sebelum mereka memeluk Islam,kerana masuk
sahaja ke dalam Islam bererti mereka menempah musibah dan kebinasaan,
bahkandakwah Islamiah itu sendiri memang matlamat utamanya ialah
membenteras jahiliyyah dan sistemnyayang zaiim, di samping menyebar luas
kekuasaan Islam ke atas kuasa politik dunia, demi untukmembawa umat
manusia seluruhnya ke jalan yang diredhai Allah, membebaskan mereka
dariperhambaan sesama manusia kepada pengabdian kepada Allah
semata-mata.Di sini Al-Quran turun dengan berita gembiranya,
kadang-kadang dengan bahasa nyata, kadang-kadangmelalui kiasan dan
kinayah, di dalam masa yang genting ini dunia bagaikan menjadi sempit
untuk kaummuslimin, suasana persekitaran mencekik mereka, malah membunuh
mereka, di saat-saat seumparnainilah ayat Al-Quran turun membawa kisah
nabi-nabi silam dah kaum sebangsa yang mendusta danmenentangnya.
Ayat-ayat Al-Quran ini mempamerkan persekitaran dan suasana yang
menyamai dengan
- 49. Ar-Raheeq Al-Makhtumsituasi kaum muslimin
di Makkah dan sikap kafirnya, seterusnya ayat-ayat Al-Quran itu
memperturunkankisah selanjutnya mengenai akibat dan padah buruk yang
diterima oleh penentang-penentang para nabiitu, di mana mereka
dibinasakan oleh Allah di atas kedegilan dan keterlaluan mereka
menentang danmencabar Allah dan RasulNya diakhiri dengan pelaksanaan
janji Allah, di mana bumi Allah dankekuasaanNya diperturunkan kepada
golongan beriman. Kisah ini memberi isyarat bahawa kaum kafirMakkah akan
menerima nasib yang sama di mana mereka kekal di dalam penentangan
mereka yangberterusan, akhirnya kejayaan berpihak kepada kaum muslimin
dan kepada dakwah Islamiah.Di dalam tempoh-tempoh ini ayat Al-Quran
terang-terang menjanjikan kemenangan untuk kaummukminin.Dan demi
sesungguhnya! Telah ada semenjak dahulu lagi, ketetapan Kami, bagi
hamba-hamba Kamiyang diutus menjadi Rasul. Bahawa sesungguhnya merekalah
orang yang diberikan pertolongan mencapaikemenangan. Dan bahawasanya
tentera Kami (pengikut-pengikut Rasul), merekalah orang yangmengalahkan
(golongan yang menentang kebenaran).0leh itu berpalinglah (wahai
Muhammad) darimereka, (jangan hiraukan celaan mereka serta bersabarlah)
hingga kesuatu masa. Dan lihat (apa yangakan menimpa) mereka; tidak lama
kemudian mereka akan melihat (kemenangan yang telah Kamitetapkan
untukmu). Maka tidaklah patut mereka meminta disegerakan awb (yang telah
ditetapkan oleh)Kami! Kerana apabila awb itu turun dalam daerah dan
kawasan mereka, sudah tentu buruklah hari orangyang tidak mengindahkan
amaran yang telah diberikan.
Ash-Shaffaat: 171-177Kumpulan mereka
yang bersatu itu tetap akan dikalahkan, dan mereka pula akan berpaling
lari.
Al-Qamar: 45(Sebenamya mereka hanyalah) satupasukan
tentera dari kumpulan-kumpulan (yang menentangkebenaran), yangpada
suatu masa kelak tetap akan dikalahkan.
Shaad: 11Dan ayat Al-Quran
turun mengenai mereka yang berhijrah ke Habsyah:Dan orang yang berhijrah
kerana Allah, sesudah mereka dianiaya (ditindas oleh musuh-musuh
Islam),Kami akan menempatkan mereka di dunia inipada tempatnya yang
balk; dan sesungguhnya pahala (amalmereka yang baik itu) lebih besar di
akhirat kelak, kalaulah mereka mengetahui.
An-Nahl: 41Kaum
kafir pernah bertanya Rasulullah s.a.w mengenai nabi Yusuf dan
saudaranya maka turun ayat Al-Quran:"Demi sesungguhnya! (Kisah) Nabi
Yusuf dengan saudara-saudaranya itu mengandungi beberapapengajaran bagi
orang yang bertanya "
Yusuf: 7Kaum kafirin Makkah sebagai pihak
yang bertanya akan menerima padah kedegilan mereka, seperti manasaudara
Yusuf menerima akibat tindakan mereka yang terkutuk itu, akhirnya
mereka akan tunduk kepadaYusuf, dan Allah berfirman sebagai memperingati
para Rasul:Dan berkatalah pula orang yang kafir itu kepada Rasul-rasul
mereka: "Demi sesungguhnya, kami akanmengeluarkan kamu dari negeri kami
atau kamu menjadi seagama dengan kami". Lalu Tuhan wahyukankepada
Rasul-rasul-Nya: "Demi sesungguhnya! Kami akan membinasakan orang yang
zalim. "Dan demisesungguhnya! Kami akan tempatkan kamu di negeri itu
sesudah binasanya kaum, yang zalim itu;balasan baik yang demikian,
adalah bagi orang yang takut akan sikap keadilan-Ku (menghitung
amalnya),dan takut akan janji-janji azabKu".
- 50. Ar-Raheeq
Al-Makhtum
Ibrahim: 13-14Semasa meletusnya peperangan di
antara Parsi dan Roman, pihak musyrikin mengharapkan agar Parsimusyrik
seperti mereka menang di dalam peperangan berkenaan, sedang kaum
muslimin mengharapkanRoman pula yang menang lantaran mereka sebagai
pihak yang beriman dengan Allah dan para Rasulserta wahyu kitab dan hari
akhirat, tetapi kemenangan berpihak kepada Parsi, dalam hal ini
Allahmenurunkan ayat Al-Quran memberi berita gembira iaitu kemenangan
Roman pada beberapa tahun akandatang, namun ayat Al-Quran tidak berhenti
setakat itu sahaja malah terang-terang menyampaikan beritayang lain,
iaitu pertolongan Allah kepada kaum mukminin dengan firmanNya:Orang yang
beriman akan bergembira. Dengan kemenangan yang diberi Allah.
Ar-Ruum: 4-5Rasululullah sendiri sering menyampaikan khabar
gembira bisyarat seperti ini dari semasa ke semasa,sebagaimana
kebiasaan, apabila tibanya musim haji Rasulullah s.a.w berdiri di pasar
Ukaz, Mijannah danZu Al-Majaz untuk menyeru orang ramai kepada Islam,
menyampaikan risalahnya, dengan tidak hanyamenyampaikan khabar mengenai
syurga sahaja malah menjelaskan kepada mereka dengan sabdanyayang tegas,
bermaksud:"Wahai kalian yang hadir, ucaplah La ilah ha Ilia Allah
nescaya kamu berjaya, dengannya kamumemerintah bangsa Arab dan
bangsa-bangsa lain pula akan tunduk kepada kamu, kiranya kamu
matinescaya kamu sebagai raja-raja di syurga Allah"Sebelum ini sudah pun
kita sebutkan jawapan Rasulullah s.a.w kepada Utbah bin Rabiah semasa
beliaumenawarkan Rasulullah s.a.w kesenangan-kesenangan dunia, di mana
Utbah sendiri telah dapatmemahami bahawa usaha Rasulullah s.a.w ini akan
menjadi kenyataan dan realiti di bumi sejagat.Demikian juga dengan
jawapan Rasulullah s.a.w kepada perwakilan yang datang menemui Abu
Talib, dimana Rasulullah s.a.w dengan jelas meminta supaya mereka
mengucap dengan satu kalimah sahajasebagai janji dari mereka, dengannya
bangsa Arab akan tunduk kepada mereka dan bangsa-bangsa asingakan mereka
kuasai.Khabbab bin Al-Arat telah berkata: "Aku telah menemui Rasulullah
s.a.w, semasa itu Baginda sedangberbantalkan kainnya, dilindungan
Kaabah, di ketika itu seluruh mereka menghadapi tentangan hebatkaum
musyirikin, ku berkata kepada Baginda: Tidakkah boleh tuan hamba meminta
pertolongan dariAllah. Rasulullah s.a.w pun bangun dengan keadaan
mukanya merah-merah sambil bersabda:Sebenarnya orang mukmin yang
terdahulu dari kamu pernah disikat belakangnya dengan sikat besihingga
luluh habis dagingnya, namun tiada suatu pun boleh mengugat pegangan
mereka, pasti Allah akansempurnakan urusan agama ini, hingga seseorang
musafir dapat berjalan dari Sana hingga keHadhramaut tanpa takut sesuatu
apa pun, selain dari Allah dan serigala ke atas kambingnya, tetapi
kamuberistijal dan tergesa-gesa.Berhadapan dengan isyarat yang
menjanjikan masa yang cemerlang di dunia ini, di samping harapanyang
cerah untuk memiliki syurga Allah, para sahabat melihat penyiksaan yang
silih menimpa mereka danbala bencana yang mengelilingi mereka tidak
lebih dari mendung timur yang menyelubungi suasana yangtidak lama akan
hilang. Rasulullah s.a.w terus mengukuhkan jiwa mereka dengan sajian
kerohanian dankeimanan, mentazkiyahkan hati-hati mereka dengan
ajaran-ajaran Al-Quran dan hikmah- hikmahnya,mentarbiahkan mereka dengan
latihan yang membina budi, membimbing jiwa-jiwa mereka ke
rnercukemuliaan diri, kesucian hati, keheningan susila, kebebasandari
rantai meterialistik, penentangan hawanafsu, dan melonjak syahdu
kehadrat Ilahi, Pencipta petala langit dan bumi. Seluruh sanubari
merekadibersihkan, hingga keluarlah mereka dari buana kegelapan ke alam
cahaya dan nur, melatih merekacekal hati menghadapi cabaran dan
rintangan hawa nafsu, hingga dengannya mereka semakin kukuhberpegang
dengan agama, menolak ke tepi syahwat hawa nafsu, bermatian ke jalan
Allah dan
- 51. Ar-Raheeq Al-MakhtumkeredhaanNya, penuh nostalgia
kepada syurga nirwanaNya, perihatin untuk memperolehi ilmu,bertafaqquh
dalam agama, menghitung diri, menunduk runtunan nafsu, mengatasi emosi,
menguasaiberontakan perasaan, kesemuanya ditambah dengan kesabaran,
ketenangan dan ketabahan hati.PERINGKAT KEDUASeruan Islam ke Luar
MekahRasulullah s.a.w di Taif:Pada bulan Syawal tahun kesepuluh
kebangkitan Rasulullah s.a.w bersamaan akhir Jun 619 Masihi,Rasulullah
s.a.w telah keluar ke Taif, yang terletak kurang lebih enam puluh batu
dari kota Makkah.Pemergian Rasul ke sana dan kepulangan Baginda dari
sana adalah dengan berjalan kaki, bersamaBaginda ialah suruhannya Zaid
bin Harithah, setiap qabilah yang Baginda lewati dalam perjalanan ke
TaifBaginda menyeru mereka kepada Islam, namun usaha Baginda itu tidak
seorang pun yang menyahutinya,setibanya Baginda ke bumi Taif Baginda
mendampingi tiga adik beradik dari pimpinan Thaqif iaitu AbdulYalii,
Masud dan Habib anak kepada Amru bin Umair al-Thaqafi, di sana Baginda
menyeru mereka kepadaIslam dan menyokongnya, tetapi sebagai jawapannya
salah seorang dari mereka berkata: Allah telahmengoyak tirai Kaabah
sekiranya engkau yang diutuskan sebagai nabi. Kata seorang lagi. Tak ada
oranglainkah untuk diutuskan Allah selain dari engkau. Dan kata yang
ketiga: Demi Allah aku tak hendakbercakap dengan engkau, sekiranya kau
seorang utusan Allah, maka kau adalah lebih merbahaya untukku menjawab
persoalan kau itu, dan sekiranya kau berdustamaka tidak seharusnya
bagiku untukmenjawabnya. Rasulullah s.a.w pun bangun dari situ dan
meminta supaya mereka tidak mengheboh-hebohkan perbincangan
itu.Rasulullah s.a.w berada di kalangan penduduk Taif selama sepuluh
hari, dengan mengajak merekakepada Islam, tidak ada seorang pembesar pun
yang tidak didakwahnya, tetapi sebagai jawapan merekaberkata: Ayuh
keluarlah kamu dari bumi ini, seterusnya mereka memprovokasi dan
mengapi-apikangolongan-golongan bodoh dan hamba-hamba sahaya mereka,
supaya memaki hamun Rasulullah s.a.w,malah mereka berbaris
disepanjangjalan keluar ke Taif, untuk melontar Rasulullah s.a.w dengan
anak-anak batu disertai maki cerca dan sumpah hamun yang tak terperi,
hingga pecah dan luka-luka kakiBaginda, darah melumuri kasut Baginda
manakala Zaid bin Harithah pula membentengkan badanRasulullah s.a.w
dengan dirinya hingga luka kepalanya, golongan bodoh ini terus
menghentam Rasulullahs.a.w dengan lontaran anak-anak batu kerikil,
hingga terpaksa Rasulullah s.a.w berlindung di tepi tembokkepiinyaan
Utbah dan Syaibah dua orang anak lelaki Rabiah, tembok berkenaanjaraknya
tiga batu dariTaif, setelah berlindung di situ barulah budak-budak
nakal dan hamba sahaya suruhan kaum di Taif redadan berpatah balik, di
situ Rasulullah s.a.w berteduh di bawah para pokok anggur dan
menyandarkanbelakangnya ke tembok lalu berdoa kepada Allah dengan doa
yang amat terkenal, doa itu membayangkanisi hati Rasulullah s.a.w yang
melimpah dengan dukacita yang amat sangat, dengan apa yang telahdihadapi
di Taif sana, dan kesal Baginda yang tak terkira kerana tiada siapa pun
yang menyahut seruandakwahnya:"Tuhanku kepada Dikau ku mengadu hal
keletihan tenagaku, kekurangan. hilahku, kehinaanku di hadapanmanusia,
wahai Maha Penyayang Lagi Kasihan belas. Dikaulah Tuhan golongan lemah
dan dhaif. DikaulahTuhanku, kepada siapa lagi yang hendak ku menyerah?
Apakah kepada orang yang jauh membenci daku? atau kepada seteru yang
telah Kau ben kuasa mengatasi daku? Kiranya tiada kemarahan Kau ke
atasku,tidaklah kupeduli, namun afiat dari Mu lebih luas bagiku, ku
berlindung dengan cahayaMu. Dikaulah yangmenerangi kegelapan, dengannya
urusan di dunia dan di akhirat menjadi baik, aku berlindung denganMudari
terturunnya ke atasku kemurkaanMu, atau terturun kemarahanMu, bagi kau
jua tempat kembalinyahingga tercapai keredhaanMu, tiada daya dan upaya
kecuali denganMu Ya Tuhan ".Setelah diperhati oleh dua orang anak
Rabiah, tergerak juga perasaan kasihan belas terhadap Baginda,mereka
memanggil budak suruhan mereka yang bernama Iddas yang beragama Nasrani,
kata mereka:
- 52. Ar-Raheeq Al-Makhtum"Ayuh ambillah segugus
buah anggur itu dan pergi serta berikan kepada orang itu". Bila mana
beliaumeletakkan ke tangan Rasulullah s.a.w Baginda pun menerimanya
dengan membaca "Bismillah" Bagindapun memakannya.Tanya Iddas: Bacaan
tadi tidak pernah disebut oleh penduduk kampung ini, kata Rasulullah
s.a.w:Saudara ini dari negeri mana, dan apa pula agama pegangan saudara?
Kata Iddas: Saya beragamaNasrani, dari kampung Ninawa. Kata Rasulullah
s.a.w: Dari kampung lelaki salih iaitu Yunus bin Matta itu?Beliau adalah
saudara saya, beliau adalah nabi, dan saya adalah nabi, dengan itu
Iddas pun memelukkepala Rasulullah s.a.w serta mencium kedua-dua tangan
dan kedua-dua kakinya.Maka berkata kedua-dua anak Rabiah di antara satu
sama lain: Nampaknya budak suruhan mu itu sudahdirosakkan. Bila Iddas
datang menemui kedua-dua tuannya, mereka pun berkata: Rosaklah kau, apa
itu?Jawab Iddas: Tidak ada di atas muka bumi suatu pun yang terlebih
baik dari orang itu, beliau telahmenceritakan daku hal-hal yang tidak
diketahui kecuali oleh seorang nabi, kata mereka lagi: Rosaklahkau
Iddas, jangan sampai kau keluar dari agamamu itu, sesungguhnya agamamu
itu lebih baik dariagamanya.Dengan itu Rasulullah s.a.w pun berpatah
balik ke Makkah iaitu setelah berjalan keluar dari kawasankebun anggur
tadi, diselubungi perasaan dukacita dan patah hari, setibanya Baginda di
kampung Qarn Al-Manazil, Allah mengutus Jibrail (a.s) bersama dengan
para malaikat penguasa gunung-ganang, untukmendapat perintah dari
Baginda untuk menghempap penduduk Makkah dengan bukit Al-Akhsyabain.Imam
Al-Bukhary melalui sanadnya menceritakan dengan panjang lebar hadith
dari Urwah Ibn Az-Zubairbahawa Aisyah (r.a) telah meriwayat hadith
kepadanya di mana beliau telah berkata kepada Rasulullahs.a.w, Adakah
pernah di suatu hari tuan hamba merasa lebih berat dari peperangan Uhud?
JawabRasulullah s.a.w: Daku telah menerima penyiksaan dari kaum kau
segala-galanya, yang terlebih berat kutanggungnya ialah peristiwa hari
Al-Aqabah di hari itu ku telah memperkenalkan diriku kepada anak
AbdulYalii bin Abdul Kalal, namun mereka tetap tidak menyahut seruanku
itu, ku beredar dari situ, membawadiri penuh kehibaan dan duka nestapa,
tanpa menyedari kecuali setelah sampai ke Qarn al-Thaalib yangdikenali
sebagai Qarn Al-Manazil ku mendongak ke langit, tiba-tiba sahaja ku
melihat mendung tebalmemayungi daku, ku renung lagi, ku dapati Jibril,
beliau menyeru daku dengan katanya: SesungguhnyaAllah telahpun mendengar
kata-kata kaum kau itu dan segalajawapan dan penolakan mereka
terhadapmuitu, justeru itu maka Allah telah mengutus malaikat penguasa
gunung-ganang untuk kau perintahkannyabertindak terhadap kaum kau itu,
malaikat penguasa gunung-ganang tadi memanggil Baginda sertamemberi
salam pada aku dan berkata: Wahai Muhammad, itu dia bukit-bukit, apa
yang kau mahu,sekiranya kau mahu aku tangkupkan mereka dengan bukit
Al-Akhsyabain itu, nescaya ku lakukan. Al-Akhsyabain ialah dua buah
bukit di Makkah, iaitu bukit Abu Qubais dan bukit Qaiqaan. Jawab
Rasulullahs.a.w: Tapi apa yang ku harapkan ialah agar Allah mengeluarkan
zuriat dari keturunan mereka itu benih-benih yang akan menyembah Allah
yang Esa tanpa mempersekutukan Allah sesuatu apa pun.Di dalam jawapan
Baginda kepada Jibril dan Malaikat berkenaan, memperlihatkan
keperibadian Rasulullahs.a.w yang luar biasa dan memperlihatkan
kemuliaan akhlak Rasulullah s.a.w yang tidak dapat
didugakeagungannya.Rasulullah s.a.w tersedar dari pertemuan qudus itu
dengan ketenangan yang menepu di lubuk nubarinya,lantaran pertolongan
Ilahi yang dikurniakan kepada Baginda khusus, dari tujuh petala langit,
Rasulullahs.a.w menyambung perjalanan ke Makkah hingga Baginda sampai ke
"Wadi Nakhlah" di mana Bagindatinggal di situ untuk beberapa hari, di
Wadi Nakhlah atau Lembah Nakhlah terdapat dua kawasan yangsesuai untuk
persinggahan, iaitu As-Sail Al-Kabir dan al-Zaimah, kedua-duanya subur
dan berair. Namunkami tidak mempunyai rujukan yang boleh menentu secara
tepat tempat persinggahan Baginda itu.Dalam tempoh persinggahan
Rasulullah s.a.w di lembah Nakhlah, Allah (s.w.t) telah mengutus
beberapajin, di mana Allah menyebut peristiwa ini di dalam dua tempat,
satu di dalam surah Al-Ahqaf yangbermaksud:
- 53. Ar-Raheeq
Al-MakhtumDan (Ingatlah peristiwa) semasa kami menghalakan satu
rombongan jin datang kepadamu (wahaiMuhammad) untuk mendengar Al-Quran;
setelah mereka menghadiri bacananya, berkatalah(setengahnya kepada yang
lain): "Diamlah kamu dengan sebulat-bulat ingatan untuk
mendengarnya!"Kemudian setelah selesai bacaan itu, kembalilah mereka
kepada kaumnya (menyiarkan ajaran Al-Quranitu dengan) memberi ingatan
dan amaran. Mereka berkata: "Wahai kaum kami! Sesungguhnya kami
telahmendengar Kitab (Al-Quran) yang diturunkan (oleh Allah) sesudah
Nabi Musa, yang menegaskankebenaran Kitab-kitab Suci yang terdahulu
daripadanya, lagi memandu kepadakebenaran (tauhid) dan kejalan yang
lurus (Agama Islam). "Wahai kaum kami! Sahutlah (seruan) Rasul (Nabi
Muhammad) yangmengajak ke jalan Allah, serta berimanlah kamu kepadanya,
supaya Allah mengampunkan sebahagiandari dosa-dosa kamu, dan
menyelamatkan kamu dari az.ab seksa yang tidak terperi sakitnya.
Al-Ahqaaf: 29-31Dan satu lagi di dalam surah Al-Jin:Katakanlah
(wahai Muhammad): "Telah diwahikan kepadaku, bahawa sesungguhnya: satu
rombongan jintelah mendengar (Al-Quran yang aku bacakan), lalu mereka
(menyampaikan hal itu kepada kaumnyadengan) berkata: Sesungguhnya kami
telah mendengar Al-Quran (sebuah Kitab Suci) yang susunannyadan
kandungannya sungguK menakjubkan!. Kitab yang memberi panduan ke jalan
yang betui, lalu kamiberiman kepada-Nya, dan kami tidak sekali-kali akan
mempersekutukan sesuatu makhluk dengan Tuhankami...
Al-Jin: 1-2Penceritaannya boleh dilihat dengan jelas hingga ke ayat 15
surah yang sama. Dari jalan penceritaanayat-ayat ini dan juga riwayat
hadith dalam hubungan tafsir ayat Al-Quran mengenai peristiwa
ini,ternyata bahawa Rasulullah s.a.w tidak pun menyedari tentang
kehadiran beberapajin itu, Rasulullahs.a.w mengetahui setelah Allah
memberitahu RasulNya mengenai kehadiran jin-jin itu, dan
kehadirankumpulan jin ini pun adalah kali pertama dan dapat difahami
juga bahawa jin-jin ini mendatangi majlisRasulullah s.a.w berulang kali
selepas kedatangan ini, yang inerupakan sokongan padu Allah
yangdiberikannya kepada RasulNya dari alam ghaib, dengan bala tenteranya
yang tidak diketahui bilangannyamelainkan Dia. Adapun ayat-ayat yang
diturunkan mengenai peristiwa ini, kandungannya membawabisyarah kejayaan
dakwah Rasulullah s.a.w. Malah tiada mana-mana kekuatan di dunia ini
yang mampumenghalang penerusan kejayaan ini:"Dan sesiapa yang tidak
menyahut (seruan) Rasul yang mengajaknya kejalan Allah, maka ia tidak
akandapat melepaskan diri {dari balasan azab, walau ke mana sahaja ia
melarikan diri) di bumi, dan ia tidakakan beroleh sesiapa pun - yang
lain dari Allah -sebagai pelindung-pelindung yang membelanya;
mereka(yang demikian sifatnya) adalah dalam kesesatan yang nyata ".
Al-Ahqaaf: 32Dan bahawa sesungguhnya kita (sekarang)
mengetahui, bahawa kita tidak sekali-kali akan dapatmelepaskan diri dari
balasan Allah (walau dimana sahaja kita berada) di bumi, dan kita juga
tidak sekali-kali akan dapat melarikan diri dari balasanNya (walauke
langit sekalipun).
Al-Jin: 12Berhadapan dengan
pertolongan dan bisyarah ini tersingkaplah mendung duka nestapa dan
perasaanputus asa Baginda yang menghantui perjalanan Rasulullah s.a.w,
selepas Baginda keluar dari Taif setelahdiburu dan dihalau oleh penduduk
di sana, malah pertolongan dan bisyarah ini telah memberi tekad
dankekuatan baru untuk kembali ke Makkah dan memulakan kerja dakwahnya
dengan satu perancanganbaru yang penuh semangat dan azam.Di ketika ini
Zaid bin Harithah bertanya kepada Baginda dengan katanya: Bagaimana pula
tuanhambahendak masuk ke Makkah, sedang mereka telah mengeluarkan tuan
hamba dari sana? Jawab Baginda:
- 54. Ar-Raheeq Al-MakhtumWahai
Zaid, sesungguhnya Allah (s.w.t) telahpun memberi pertolongan dan jalan
keluar, makasesungguhnya Allah jualah menolong agamaNya dan membantu
nabiNya.Rasulullah s.a.w meneruskan perjalanannya, hampir sampai ke
Makkah, Rasulullah s.a.w singgah dantinggal di Hira, semasa di situ
Rasulullah s.a.w menghantar seorang utusan dari qabilah Khuzaah,
untukmenemui Al-Akhnas bin Syuraiq untuk memperolehi suaka kepada
Baginda, sebagai tindakbalas Al-Akhnas berkata: Aku adalah bersekutu
dengan Quraisy dan sekutu tidak boleh memberi suaka. Denganitu
Rasulullah s.a.w mengutus kepada Suhail bin Amm, namun Suhail menjawab:
Sebenarnya bani Amirtidak boleh memberi suaka ke atas bani Kaab, maka
seterusnya Rasulullah s.a.w meminta Al-Mutam binAdi, memberi suaka
kepadanya, jawab Al-Mutam: Ya, aku sanggup memberi suaka untuk kamu,
denganitu beliau mengenakan dirinya dengan peralatan senjata dan
mengajak anak buahnya dan seluruhkaumnya; Ayuh siapkan diri kamu dengan
peralatan dan ambil tempat masing-masing di penjuru Kaabahdi Bait
Al-Haram, kerana hari ini aku memberi suaka dan perlindungan kepada
Muhammad s.a.w.Setelah semua mereka bersiap, beliau menghantar utusan
kepada Rasulullah s.a.w menjemput Bagindamemasuki Makkah bersama-sama
dengan Zaid bin Harithah, dengan itu Baginda bersama-sama Zaid
punmemasuki Makkah, Baginda berjalan hingga tiba di perkarangan Kaabah
di situlah Al-Mutam bin Adi punbangun di atas tunggangannya sambil
melaung: Wahai kalian Quraisy, sebenarnya aku bertanggungjawabmemberi
suaka perlindungan kepada Muhammad, oleh yang demikian tidak akan ada
seorang pun darikamu yang memakinya. Rasulullah s.a.w berjalan hingga
sampai ke sudut Hajar Al-Aswad lalu Bagindamenjamahnya dan bersembahyang
dua rakaat, kemudian beredar pulang ke rumahnya, sedang Al-Mutam bin
Adi bersiap siaga dengan persenjataan mereka mengawas Rasulullah s.a.w
hingga Bagindamemasuki rumahnya.Diceritakan bahawa setelah itu Abu Jahal
menyoal Al-Mutam katanya: Kamu ini mengikut Muhammadkahatau memberi
suaka perlindungan? Kata Al-Mutam: Bahkan pemberi perlindungan. Maka
jawab AbuJahal: Ya, kalau demikian maka kami lindungi orang yang kau
lindungi itu.Jasa Al-Mutam ini, Rasul mengenanginya, di mana Rasulullah
s.a.w mengumumkan mengenai tawananBadar sabdanya yang bermaksud: Kalau
Al-Mutam bin Adi masih hidup dan meminta supaya kuberlembut dengan
tawanan ini nescaya ku lepaskan mereka demi mengenang jasanya
dulu.MEMPERKENALKAN ISLAM KEPADA QABILAH DAN INDIVIDU TERTENTUDalam
bulan Zulkaedah tahun kesepuluh kebangkitan Baginda bersamaan penghujung
bulan Jun ataupermulaan bulan Julai tahun 619 Masihi, Rasulullah s.a.w
telah selamat balik ke Makkah, dengan niat danazam untuk memulakan
semula pengenalan Islam kepada qabilah-qabilah dan individu-individu
tertentu,semakin hampir dengan musim haji, semakin ramai, orang memasuki
kota Makkah, samada sebagaipejalan kaki, atau menunggang kenderaan yang
kekurusan dik perjalanan jauh, kedatangan berduyung-duyung dari
berbagai-bagai pelusuk, dengan satu tujuan, iaitu mengerjakan ibadat
haji, dan untukmemperolehi sesuatu kemanfaatan untuk diri masing-masing,
setemsnya untuk mengingati Allah dalambeberapa hari tertentu, peluang
ini memang Rasulullah s.a.w menanti-nantinya, Baginda menemuiqabilah
demi qabilah memperkenalkan Islam kepada mereka semua dan menyeru
kepadanya, iaituseperti mana Baginda lakukan mulai tahun keempat
kebangkitan Baginda.QABILAH-QABILAH YANG DIPERKENALKAN ISLAMAl-Zuhri
menceritakan: Di antara qabilah-qabilah yang telah disebutkan namanya
kepada kami, sebagaiqabilah yang Rasulullah s.a.w mengunjungi mereka,
dengan memperkenalkan diri Baginda ialah: BanuAmir bin Sasaah, Muharib
bin Khasfah, Fazarah, Ghassan, Murrah, Hanifah, Salim, Abs, Banu
Nadhr,Banu Al-Buka, Kindah, Kalb, Al-Harith bin Kaab, Uzrah dan
Al-Hadharimah, namun tak seorang pun dari
- 55. Ar-Raheeq
Al-Makhtummereka ini menyahut seruan Baginda (s.a.w.)Qabilah-qabilah
yang disebutkan oleh al-Zuhri ini tidaklah merupakan qabilah yang
diperkenalkan Islam,hanya sekali sahaja di suatu tahun, malah mereka ini
didedahkan berulang kali di antara tahun keempatkebangkitan Baginda
hinggalah ke akhir musim sebelum hijrah. Namun tidaklah dapat
dianggapkanbahawa tahun tersebut adalah musim pendedahan Islam kepada
qabilah tertentu, walau macammana punmemanglah terbuktinya bahawa tahun
berkenaan telah diperkenalkan Islam kepada qabilah tertentu.Mengikut
seorang tokoh ulama yang terkenal Al-Mansurfuri, ada beberapa qabilah
yang didakwahkan dimusim haji di tahun kesepuluh kebangkitan Rasulullah
s.a.w. Ibnu Ishak telah menceritakan carapembentangan Islam kepada
mereka dan penolakan mereka terhadap dakwah Rasulullah s.a.w. Ini
diaringkasannya:1. Banu KalbRasulullah s.a.w menziarahi mereka, di
antaranya ialah Banu Abdillah, Rasulullah s.a.w menyeru merekakepada
Islam, memperkenalkan dirinya, hingga Rasulullah s.a.w berkata:
Sesungguhnya Allahmenyenangi dengan nama yang diberi kepada bapa kamu
itu (Abdullah ertinya Hamba Allah) namunmereka tidak menerimanya.2. Banu
HanifahRasulullah s.a.w menziarahi kediaman mereka dan mendakwah mereka
dan memperkenalkan dirinya,namun penolakan yang mereka buat terhadap
Rasulullah s.a.w adalah seburuk cara yang pernahdilakukan oleh bangsa
Arab.3. Banu AmirRasulullah s.a.w mendatangi Banu Amir bin Sasaah,
dengan mengajak mereka kepada Allah di sampingmemperkenalkan dirinya,
maka berkata salah seorang mereka, beliau dikenali sebagai Bahirah bin
Firas:Demi Allah, kalaulah aku ambil pemuda ini dari Quraisy nescaya aku
boleh menguasai dengannya seluruhbangsa Arab, kemudian beliau bertanya
Rasulullah s.a.w: Apa pandangan kamu sekiranya kami berbaiahuntuk urusan
kau itu, kemudian ditakdirkan Allah engkau dapat mengatasi orang yang
menentang kau,apakah kami yang akan memerintah selepas kau? Jawab
Rasulullah s.a.w: Urusan ini terserah kepadaAllah, dialah yang
meletakkan sesuatu di mana sahaja yang dikehendakiNya, kata Bahirah:
Apakah kaumendedahkan diri kami untuk mempertahankan diri kau dari
bangsa Arab, kemudian setelah kau berjayakau akan menyerahkan kekuasaan
itu kepada orang lain pula? Ini tidak boleh jadi dan kami pun
tidakberhajat untuk memikul urusan dan persoalanmu ini, dengan itu
mereka semua menolak seruanRasulullah s.a.w.Setelah Banu Amir pulang ke
kampung mereka, mereka ceritakan hal ini kepada seorang pemimpinmereka
yang tidak serta bersama di musim haji itu, justeru usianya sudah turut
lanjut, kata mereka: Adaseorang pemuda dari Quraisy dari Banu Abdul
Muttalib, mendakwa dirinya sebagai nabi, mempelawakankami untuk
mempertahankan dirinya dan bertindak bersamanya serta mengambil beliau
untuk kekampung kita ini. Orang tua tadi meletakkan kedua-dua tangannya,
ke atas kepalanya dan berkata:Wahai Banu Amir apakah kita
berkesempatan? Sampai tak, kita memperolehi yang hujungnya? Demi
jiwaseseorang itu di tanganNya, orang yang kau sebut itu adalah
keturunan jati nabi Ismail, dia adalah benar,di mana pemikiran kamu
semasa kamu berbicara? Sebenarnya fikiran kamu tidak memihak kepada
kamu!GOLONGAN BERIMAN BUKAN DARI PENDUDUK MAKKAHSebagaimana Rasulullah
s.a.w memperkenalkan Islam kepada qabilah-qabilah dan
perwakilan-perwakilan,Baginda juga memperkenalkan kepada individu dan
orang perseorangan, sesetengah mereka menerimadan memberi jawapan yang
baik dan tidak kurang juga beberapa tokoh yang beriman selepas musim
hajiitu, di sini dipamerkan gambaran ringkas penerimaan Islam oleh
beberapa tokoh.
- 56. Ar-Raheeq Al-Makhtum1. Suwaid bin
SomitBeliau ini adalah seorang penyair yang pintar dari penduduk
Yathrib, suku bangsanya mengelarkan beliausebagai "Al-Kamil" lantaran
kecekalan, kcpenyairan, bangsawan dan keturunan beliau, beliau datang
keMakkah untuk menunai ibadat haji dan umrah, Rasulullah s.a.w
berkesempatan bertemu dengan beliaulalu di dakwahnya kepada Islam, dalam
kesempatan ini Suwaid berkata, berkemungkinan yang kau bawaitu semulia
dengan apa yang ada bersamaku ini, jawab Rasulullah s.a.w: Apakah yang
bersama kau itu,Jawab Suwaid: Hikmah Luqman. Kata Rasulullah s.a.w: Ayuh
bawa kemari. Dengan itu beliau punmengungkapkannya. Kata Rasulullah
s.a.w: Kata-kata ini adalah baik sekali, namun yang ku bawa inilebih
baik dari itu, ianya Al-Quran turunan Ilahi kepadaku, dianya hidayah dan
cahaya, lalu Bagindamembacakannya kepada beliau, malah seterusnya
Rasulullah s.a.w mengajak beliau kepada Islam, tanpaberlengah beliau pun
mengucap dengan dua kalimah syahadah dan mengulas dengan
katanya:Sesungguhnya kata-kata ini amat baik sekali, setibanya Baginda
di Madinah tidak lama beliau meninggaldunia, terbunuh dalam peperangan
"Buath" beliau memeluk Islam di permulaan tahun kesebelaskebangkitan
Rasulullah s.a.w.2. lyas bin MuazBeliau adalah seorang remaja penduduk
Yathrib turut bersama dalam rombongan Al-Aws, mereka semuadatang untuk
mengikat janji sekutu dengan Quraisy buat menentang qabilah Al-Khazraj,
iaitu sebelumperistiwa peperangan "Buath" yang berlaku di permulaan
tahun kesebelas kebangkitan Rasulullah s.a.w,di ketika itu api
peperangan sedang meletus di antara dua qabilah berkenaan itu di
Yathrib, justeru Al-Aws lebih kecil dari Al-Khazraj. Setelah Rasulullah
s.a.w mengetahui mengenai ketibaan mereka, segeraRasulullah s.a.w datang
menemui mereka dan berbincang, di mana Rasulullah s.a.w menawarkan
kepadamereka, sebagaimana yang tersebut dalam sebuah hadith yang
bermaksud: Mahu tak aku kemukakankepada kamu suatu yang lebih baik dari
yang apa kamu datang untuknya? Kata mereka: Apakah tawaranitu? Jawab
Rasulullah s.a.w; Aku adalah Rasul utusan Allah, diutusnya aku kemari
untuk sekelianhambanya, mengajak mereka menyembah Allah tanpa
menyekutukanNya dengan sesuatu apa jua,diturunkannya ke atasku sebuah
kitab, kemudian Baginda menerangkan Islam seterusnya kepadamereka, dan
membaca Al-Quran. Kata lyas: Wahai kaumku ini nampaknya lebih baik dari
apa yang kamudatang kerananya, lalu Abu Al-Haisar Anas bin Rafi salah
seorang dari anggota rombongan mengambilsegenggam tanah dan dilontarnya
kemuka lyas, sambil berkata: Tinggalkan hal-hal itu, ku
bersumpah,sebenarnya kita datang ke sini bukan untuk itu, dengan itu
lyas pun berdiam diri dan Rasulullah s.a.w punbangun dari situ, sedang
mereka pun berangkat pulang ke Madinah tanpa berhasil untuk
memeteraijanjidengan pihak Quraisy sebagaimana mereka ke Yathrib, tidak
lama kemudian lyas pun meninggal dunia.Diceritakan bahawa lyas sepanjang
hayatnya di Madinah bertahlil, tahmid, tasybih dan berzikir hingga
keakhir hayatnya, untuk itu tidak diragui bahawa beliau mati dalam iman
dan Islam.3. Abu Zar Al-GhiffaryBeliau juga adalah dari kalangan
penduduk Yathrib, berita kebangkitan seorang Rasul melalui Suwaid
binSomit dan lyas sampai ke pendengaran Abu Zar membawa beliau menganut
Islam. Al-Bukharymeriwayatkan dari Ibnu Abbas katanya: Abu Zar telah
menceritakan dengan katanya: Aku adalah seorangdari qabilah Banu
Ghaffar, dan telah sampai ke pengetahuan kami, telah muncul di Makkah
sana seoranglelaki yang mendakwa dirinya sebagai Nabi, maka dengan itu
ku berkata kepada saudaraku: Cuba kamupergi tengok lelaki itu kemudian
cuba kau bercakap dengannya kemudian bawa kemari apa cerita yangsebenar,
dengan itu beliau pun bertolak ke sana dan bertemu dengan Rasulullah
s.a.w kemudian pulangsegera. Tanya Abu Zar kepada saduaranya itu: Apa
yang kau dapat? Jawab saudaranya: Demi Allahsesungguhnya aku telah
mendapati beliau adalah seorang lelaki yang sentiasa menyuruh
manusiamelakukan kebaikan semata-mata, di samping melarang dari
melakukan kejahatan, kataku: Ceritamu itutidak memuaskan, kemudian aku
ambil seuncang air dan tongkat untuk bermusafir ke Makkah, hingga kutiba
di sana, sebenarnya aku pun tidaklah kenal orangnya, namun aku tidak
suka bertanya kepada oranglain, aku membuat rancangan, iaitu memadai
dengan minum air zamzam dan duduk dalam masjid. KataAbu Zar: Ali bin Abi
Talib pun berlalu di hadapanku dan kata beliau; Tuan ini bagaikan
dagang di sini.Jawabku: Memang benar. Kata Ali: Ayuh ke rumahku, aku pun
turut sahaja bersama-sama beliau tanpabertanya khabar mengenai diriku
dan aku pun seperti itu juga tanpa bertanyanya kepadanya sesuatu dan
- 57.
Ar-Raheeq Al-Makhtumtidak pula menceritakan hasrat sebenar ke Makkah
ini, bila subuh menjelang ku pun ke masjid untukbertanya mengenai diri
nabi Allah dan tidak seorang pun di situ, menceritakan daku mengenainya,
bila Alimelalui di hadapanku, beliau berkata: Hai! masih belum menemui
tempat yang hendak dituju itu.Jawabku: Masih belum lagi. Kata Ali: Ayuh
ikut aku, apa urusan kau yang sebenar? Dan apakah yangmembawa tuan
datang ke negeri ini? Kataku: Sekiranya tuan boleh rahsiakan urusanku
ini bolehlah dakuceritakan. Jawab Ali: Aku cuba. Kataku: Sebenarnya
telah sampai kepengetahuan kami, bahawa di siniada seorang mendakwa
dirinya sebagai nabi Allah, sebelum ini aku telah mengutus suadaraku
untukmenemuramahnya, tapi kepulangannya dengan maklumat terbatas itu,
tidak memuaskan hatiku, oleh ituaku hendak jumpa beliau sendiri. Jawab
Ali: Kau akan diberi petunjuk, kini aku hendak pergimenemuinya, kau ikut
aku di mana aku masuk kamu masuk, sekiranya aku melihat seorang yang
kucurigai, aku akan berhenti di tepi dinding pagar, seolah-olah hendak
membetulkan tali kasutku, kauteruskan sahaja. Dengan itu beliau berjalan
aku turut dari belakang, akhirnya aku masuk bersama beliau,menemui
Rasulullah s.a.w dan ku berkata padanya: Ayuh perkenalkan Islam kepada
ku, Baginda punterus memperkenalkan Islam kepadaku, aku pun terus
memeluk Islam, tidak sempat berubah tempat,disitulah Baginda berkata
kepadaku: Wahai Abu Zar, hendaklah kau rahsiakan perkara ini, sekarang
kauboleh pulang, dan bila mana sampai pada kau berita perkembangan dan
kebangkitan kami, kamu bolehtampil bersama kami. Ku berkata: Demi Tuhan
yang telah mengutuskan kau dengan kebenaran akan kuceritakan dan melaung
di depan muka mereka. Dengan itu aku pun segera ke masjid, orang
Quraisyramai berada di situ, aku pun melaung: Wahai orang-orang Quraisy
sekarang dengar dariku:"Sesungguhnya daku bersaksi bahawa tiada tuhan
melainkan Allah dan daku bersaksi bahawa Muhammaditu hamba dan
pesuruhNya" Lalu mereka semua melaung: Ayuh cepat ada seorang lagi yang
menukaragamanya, mereka semua menerpa ke arah ku dan melanyakku separuh
nyawa, hinggalah Al-Abbasdatang membebaskan daku, kemudian beliau
berhadapan dengan mereka: Binasa kamu semua, kamumembelasah orang
Ghaffar ini? Perjalanan dan perniagaan kamu melalui perkampungan qabilah
Ghaffar,dengan itu mereka pun melepaskan Abu Zar, namun bila menjelang
suboh di keesokkan hari, aku fikirmahu lakukan seperti kelmarin sekali
lagi, aku pun terus meneriak dengan laungan dua kalimahsyahadah, sekali
lagi pihak Quraisy telah menerekam kearahku kata mereka: Ayuh lanyak si
pulan iniyang telah keluar dari agama itu, mereka mengerjakan diriku
seperti kelmarin, sekali lagi Al-Abbasmendapati ku mendakap daku dan
berseru seperti beliau serukan kelmarin.4. Hifail bin Amru
Ad-DausiBeliau adalah seorang lelaki mulia, penyair handalan ketua
qabilah Daus, qabilahnya berkuasa autonomidi beberapa bahagian di Yaman,
beliau masuk ke Makkah tahun kesebelas kebangkitan Rasulullah
s.a.w,penduduk Makkah mengalu-alu kedatangan beliau ke bumi mereka penuh
penghormatan dan kebanggaanmereka menyambut ketibaan Tufail di samping
memberi gambaran buruk mengenai Rasulullah s.a.w katamereka: Wahai
Tufail, kini kau telah pun memijak bumi kami justeru itu kami hendak
memperingatkankau mengenai seorang lelaki, yang telah tampil ke hadapan
dan menimbulkan permasalahan yang beratdi kalangan kami, beliau ini
telah memecahbelahkan perpaduan di antara kami,
memporak-perandakanpenghidupan kami, cakapannya itu seperti hembusan
sihir menceraikan di antara bapa dan si anak lelaki,di antara seseorang
dengan kawannya, di antara suami isteri, dan kami ini curiga kelak akan
terjadikepada kamu seperti apa yang berlaku di kalangan kami, untuk itu
jangan kau berbicara dengannya.Sambung Tufail: Demi Allah, mereka terus
mengasak pemikiranku dengan sogokan-sogokan ini hinggatak ada yang ku
dengar melainkan gesaan-gesaan ini, hingga terpaksaku sumbat telingaku
bila hendak kemasjid, supaya tidak masuk lagi cerita-cerita seperti itu.
Namun di suatu pagi bila ku sampai diperkarangan masjid, ku dapati
Muhammad sedang berdiri di sisi Kaabah bersembahyang, ku cubamenghampiri
beliau, di mana Allah menghendaki agar ku mendengar beberapa
perkataannya, ku dapatikata-katanya yang baik sekali, hingga ku berkata
kepada diriku, demi berjandalah ibuku, dan demi Allah,aku ini penyair
handalan, tidak pernah keliru bagiku mana kata-katajanggal dari
kata-kata baik, apakahtidak berani ku mendengar kata-kata Muhammad ini,
kiranya elok aku terima dan sekiranya buruk kuboleh tolaknya, aku tunggu
hingga beliau beredar pulang ke rumahnya, dengan itu aku ekorinya
daribelakang, hingga apabila beliau masuk ke dalam rumahnya aku pun
turut masuk dengan menceritakankepadanya sebab mengapa ku datang kemari
dan sebelum ini ramai orang menakut-nakutkan dakuhingga terpaksa ku
menyumbat telingaku dengan kapas supaya tidak terdengar sebarang
perkataan dari
- 58. Ar-Raheeq Al-Makhtumcakapan mereka, akhirnya
ku meminta Rasulullah s.a.w membentangkan kepada ku perutusan
yangdibawanya itu, dengan itu Baginda pun memperkenalkan Islam kepada ku
dan membaca kepada ku Al-Quran. Demi Allah, sesungguhnya tidak pernah
ku mendengar kata-kata yang lebih cantik dari kata-katanya itu dan tidak
ada persoalan yang lebih saksama dari perkataannya itu, daku terus
memeluk Islamdengan mengucap dua kalimah syahadah dengan sebenarnya, dan
ku menegaskan kepada Bagindadengan kata-kataku: Daku ini orang yang
dipatuhi di kalangan bangsa ku, hari ini ku hendak pulangmenemui kaum ku
serta menyeru mereka kepada Islam, wahai Rasulullah s.a.w pintalah
kepada Allahsupaya ku dikurniakan satu ayat/tanda, dengan itu Rasulullah
s.a.w pun berdoalah.Maka Allah pun mengurniakan kepadanya "tanda" yang
apabila beliau mendekati kaumnya, Allahmenjadikan mukanya bercahaya
seperti lampu, lalu beliau menyeru: Ya Tuhanku Ya Allah, jadikanlahbukan
di mukaku, kerana ku takut akan dikatakan cahaya itu adalah deraan atau
sumpahan, justerucahaya pun berpindah ke tungkatnya, di sana beliau
telah menyeru bapanya dan isterinya kepada Islam,mereka berdua pun
menganut Islam, namun kaumnya terlewat sedikit memeluk Islam,
walaupundemikian beliau berusaha menyeru kaumnya. Akhirnya mereka
memeluk Islam selepas hijrah, iaitusebelum peperangan Al-Khandak. Jumlah
mereka semua tujuh puluh atau lapan puluh buah rumah. Tufailtelah diuji
kelslamannya, namun beliau berakhir penuh kejayaan, akhirnya beliau
meninggal sebagaisyahid di dalam peperangan Al-Yamamah.5. Dhamad
Al-UzdiBeliau adalah lelaki dari Qabilah Uzd-Synawah dari Yaman, beliau
seorang bomoh menjampi melaluiangin, semasa beliau tiba di Makkah beliau
telah mendengar golongan sufaha (bodoh dan nakal) yangsingkat pemikiran
mengatakan: Bahawa Muhammad itu seorang yang gila, hingga beliau
berkata dalamdirinya, kalaulah boleh aku rawat boleh kiranya aku
sembohkan beliau dari penyakitnya itu, bila beliaumenemui Muhammad
beliau menyebut kepada Rasulullah s.a.w dengan katanya: Wahai Muhammad
akupernah merawat melalui jampian menerusi angin yang berlalu, boleh tak
aku cuba merawatmu?Rasulullah s.a.w menjawab:"Sesungguhnnya segala
pujian bagi Allah, bagiNya kita memuji, dariNya kita meminta
pertolongan,sesiapa diberi hidayah, maka tiada siapa yang
menyesatkannya, dan sesiapa yang disesatkanNya makatiada siapapun yang
boleh mmeberi petunjuk kepadanya, daku bersaksi bahawa tiada tuhan
melainkanAllah dan aku bersaksi bahawa Muhammad itu hambaNya dan
pesuruhNya, adapun selepasNya."Kata Dhamad: pinta ulangkan ungkapan mu
itu sekali lagi, lalu Rasulullah s.a.w mengulangi tiga kali.Jawab
Dhamad: Sebenarnya aku pernah mendengar seloka paderi dan sami, juga
mentera tukang sihir,serta puisi penyair, tapi kesemuanya tidak seperti
kata-katamu itu, ianya menakluki kamusperbendaharaan seluas lautan
samudera. Ayuh hulurkan tanganmu untuk ku berbaiah di atas Islam.Maka
Baginda pun berbaiah dengan beliau.ENAM JIWA SUCI DARI BUMI YATHRIBPada
musim haji tahun ke sebelas kebangkitan Rasulullah s.a.w bersamaan bulan
Julai tahun 620 Masiliidakwah Islamiah memperolehi bibit-bibit pengerak
yang salih, dalam tempoh yang singkat bibit-bibit taditelah membesar
menjadi penaung kepada kaum muslimin yang amat memerlukan kepada
perlindungan disepanjang marhalah penindasan dan penganiayaan. Di antara
hikmah Rasulullah s.a.w semasapenindasan dan penganiaan penduduk Makkah
terhadap usahanya, ialah tindakan Rasulullah s.a.w keluardi
tengah-tengah malam buta untuk bertemu dengan qabilah-qabilah yang
datang dari luar dengan tujuansupaya tidak diganggu oleh musyrikin
Makkah.Di suatu malam Rasulullah s.a.w keluar bersama-sama Abu Bakr dan
Ali, Baginda melawat kemah Zahldan Syaiban bin Thalabah, sempat
Rasulullah s.a.w memperkenalkan Islam kepada mereka, kiranyaberlaku satu
perbincangan di antara Abu Bakr dan salah seorang keturunannya, Zahl
dengan jawapan
- 59. Ar-Raheeq Al-Makhtumyang baik manakala Banu
Syaiban pula memberi jawapan yang amat memuaskan, namun
merekamenangguhkan penerimaan Islam.Selepas itu Rasul berjalan di
Al-Aqabah Mina dan Baginda terdengar suara sekumpulan lelaki
sedangberbuAl-Bual sesama mereka, segera Rasulullah s.a.w menemui dan
berbicara dengan mereka, ketuamereka di situ adalah enam orang dari
pemuda Yathrib dari qabilah Al-Khazraj;1. Asad bin Zurarah - Banu
Najar2. Awf bin Al-Harith bin Rifaah bin Afra - Banu Najar3. Rafi
bin Malik bin Al-Ijlan - Banu Zuraiq4. Qatbah bin Amir bin Hadidah -
Banu Salamah5. Aqabah bin Amir bin Naabi - Banu Hiram bin Kab6.
Jabir bin Abdillah bin Riaad - Banu Abidbin GhanamDi antara kebahagiaan
yang dikecapi oleh penduduk Yathrib itu, di mana dahulunya mereka
pernahmendengar dari kaum Yahudi yang menceritakan kepada mereka bahawa
seorang nabi utusan akanmuncul di zaman itu, bila sahaja ianya
dibangkitkan mereka akan menjadi pengikut setianya, di masa itukaum
Yahudi akan membinasakan penduduk Yathrib, seperti pemusnahan kaum Ad
dan Iram.Ketika Rasulullah s.a.w bersama mereka, Baginda bertanya, siapa
kamu? Jawab mereka kami adalah diantara orang Al-Khazraj, kata
Rasulullah s.a.w: Jadi kamu adalah sekutu Yahudi? Jawab mereka: Ya!
KataRasulullah s.a.w: Boleh tak kamu beri sedikit masa untuk ku, hingga
dapat ku bercakap dengan kamu?Kata mereka: Ya boleh, dengan itu mereka
pun duduk bersama Rasulullah s.a.w di mana Bagindamenerangkan kepada
mereka hakikat Islam dan seruannya, seterusnya Baginda menyeru mereka
kepadaAllah Azawajalla dan membaca ayat-ayat Al-Quran, hingga dengan itu
sesetengah dari mereka berkata:Tahu tak, demi Allah inilah nabi yang
pernah diceritakan kepada kamu oleh Yahudi Madinah, ayuh janganbiarkan
mereka mendahului kamu, maka mereka pun terus memeluk Islam.Enam orang
Al-Khazraj ini merupakan di antara penduduk Yathrib berfikiran matang,
mereka terasakeletihan dek perang saudara yang berlarutan hingga ke saat
terakhir ini, di mana api perseteruan masihterasa bahangnya, justeru
itu semua mengharapkan suatu takdir yang boleh menamatkan peperanganitu,
mereka melepaskan keluhan mereka kepada Rasulullah s.a.w: Wahai
Rasulullah s.a.w kamitinggalkan kaum kami di sana dalam persengketaan
yang amat teruk, kami harapkan semoga Allahmencantumkan kami semua
dengan perantaraan engkau wahai Rasulullah s.a.w, tidak lama lagi
kamiakan sampai di kalangan mereka, kami akan menyeru mereka kepada
seruanmu ini, kami akanbentangkan kepada mereka agama yang telah kamu
anuti ini, sekiranya mereka menyahut dan menerimamaka tidak ada orang
yang mulia selain dari engkau.Setelah sampai ke Madinah dengan risalah
Islam yang mereka bawa itu terus disebarnya di sana hinggatidak ada satu
keluarga pun yang tidak memeluk Islam dan kesemua mereka
menyebut-nyebut namaRasulullah s.a.w.ISRA DAN MIRAJDi dalam tempoh
dakwah Rasulullah s.a.w yang terus bergerak dan mencapai kejayaan di
sampingpenindasan-penindasan, namun kemenangan sayup-sayup sudah dapat
didengar, di saat ini berlakulahperistiwa Isra dan Miraj.Penentuan masa
terjadinya peristiwa bersejarah ini berlaku sedikit ikhtilaf, di antara
pendapat-pendapatialah:1. At-Tabary menentukan berlakukannya di tahun
Baginda dibangkitkan.2. An-Nawawi dan Al-Qurtuby mentarjihkan di tahun
kelima kebangkitan Baginda.
- 60. Ar-Raheeq Al-Makhtum3.
Al-Alamah Al-Mansurfuri menetapkan pada malam dua puluh tujuh di bulan
Rejab tahun kesepuluh kebangkitan Baginda.4. Pendapat lain
mengatakan enam belas tahun sebelum hijrah iaitu di bulan Ramadhan tahun
dua belas kebangkitan Baginda.5. Ada pendapat mengatakan setahun
dua bulan sebelum hij rah iaitu di bulan Muharam tahun ketiga belas
kebangkitan Rasulullah s.a.w.6. Satu lagi pendapat menyebut berlakunya
setahun sebelum hijrah iaitu di dalam bulan Rabiulawal tahun ketiga
belas kebangkitan Baginda.Ketiga pendapat yang pertama menyebut bahawa
Khadijah (r.a) telah wafat di dalam bulan Ramadhantahun ke sepuluh
kebangkitan Baginda, kewafatan beliau adalah sebelum sembahyang lima
waktudifardukan, dan tiada khilaf bahawa sembahyang itu memang
difardukan di malam berlakunya Isra danMikraj itu, manakala tiga
pendapat terakhir saya sendiri tidak dapat mentarjihkan mana-mana satu
pun.Namun gaya bahasa surah Al-Isra itu menunjukkan Isra itu berlaku di
ketika masa-masa yang akhirsebelum hijrah.Para Imam Al-Hadith
meriwayatkan huraian lanjut mengenai peristiwa ini "berdasarkan hadith
sahih", disini kami memuatkan ringkasannya: Ibnu Al-Qayim telah
menyebut: Rasulullah s.a.w telah diisrakandengan jasadnya dari masjid
Al-Haram ke Baitui Maqdis dengan menunggang buraq, ditemani oleh
Jibril(a.s), Rasulullah s.a.w turun ke Baitui Maqdis dengan mengimami
sembahyang, bersama para Anbiyayang terdahulu, buraq ditambat di halaman
masjid Al-Aqsa.Setelah itu Rasulullah s.a.w dimirajkan di malam yang
sama dari Baitui Maqdis ke langit terdekat, laluJibril meminta supaya
dibuka pintu langit, setelah dibukanya, di sana Rasulullah s.a.w telah
melihat Adam(a.s) bapa sekalian manusia, Baginda pun memberi salam
kepadanya, Baginda dialu-alukan danmembalas salam dan Baginda
diperakukan dengan kenabiannya. Allah memperlihatkan kepada
Bagindaroh-roh para syuhada di sebelah kanannya dan roh-roh yang
terseksa di sebelah kirinya.Kemudian Baginda dibawa naik ke langit
kedua, Jibril meminta supaya dibuka pintu langit, setelah dibukamereka
memasukinya di sana didapati nabi Yahya bin Zakaria dan Isa Ibni Mariam,
diberinya salam laludijawab satam dan dialu-alukan mereka, di samping
memperakui kenabian Muhammad s.a.w.Setelah itu Jibril membawa Rasulullah
s.a.w ke langit ketiga di sana mereka bertemu dengan Nabi Yusuf,setelah
salam diberi dan disambut Baginda dialu-alukan dan diperakui
kenabiannya.Seterusnya Rasulullah s.a.w dibawa ke langit keempat di sana
Baginda berjumpa dengan Nabi Idris (a.s),Rasulullah s.a.w memberi salam
kapadanya dan beliau menjawab, Baginda dialu-alukan dan diakuikenabian
Baginda.Selepas itu Baginda dibawa ke langit kelima di sana Baginda
bertemu dengan nabi Harun bin Imran,Baginda menjawab salam yang diberi,
Baginda dialu-alukan dan diakui kenabiannya.Kemudian Baginda dimirajkan
ke langit keenam di sana Baginda bertemu dengan Musa bin Imran,Baginda
memberi salam dan dijawab maka dialu-alukan dan diperakui kenabiannya.
Setelah Rasulullahs.a.w berlepas dari Musa, Musa pun menangis, lalu
ditanya Musa apa yang membawa kau menangis?Jawab Musa: Aku menangis
kerana orang yang diutuskan selepasku, umatnya memasuki Syurga
lebihramai dari umatku.Seterusnya Rasulullah s.a.w dimirajkan ke langit
ketujuh, padanya Baginda menemui Ibrahim (a.s),setelah salam diberi dan
dijawab, Baginda dialu-alukan dan diakui kenabiannya. Sesudah itu
Bagindadimirajkan ke Sidrah Al-Muntaha dan dibawa ke Al-Bait
Al-Mamur.Akhirnya Baginda dimirajkan ke hadapan Allah Al-Jabbar Jalla
Jalaluh, Baginda menghampiriNya palingterdekat, maka difirman dan
diwahyukan kepada hambaNya Muhammad segala sesuatu, difardukan keatas
Baginda kelima puluh waktu, dengan itu Baginda pun turunlah untuk pulang
ditengah jalan Bagindamelalui Musa bin Imran yang bertanyakan kepada
Rasulullah s.a.w:
- 61. Ar-Raheeq Al-MakhtumDengan apa kau
diperintahkan? Jawab Baginda: Daku difardukan dengan lima puluh waktu
solat, jawabMusa: Umat kau tidak akan mampu, kembalilah kepada Tuhan
pohon kepadaNya pengurangan, demiuntuk umat engkau, Baginda berpaling
kepada Jibril bagaikan untuk mendapat pandangan, maka Jibrilpun memberi
persetujuan dengan pendapat Musa itu, dengan itu Jibril membawa semula
hingga kehadapan Tuhan Rabul Jalil, justeru itu Allah pun mengurangkan
hingga tinggal sepuluh waktu sahaja,maka Baginda turun, semasa itu
sekali lagi Baginda melewati Musa (a.s), Baginda mencerita apa
yangberlaku, maka kata Musa sekali lagi sebagai menasihati, Ayuh pulang
semula kepada Tuhanmu mintakanagar dikurangkan lagi, demikianlah
Rasulullah s.a.w berulang-alik di antara Allah Rabul Jalil dan
Musa,dengan itu Allah perkurangkan, hingga tinggal menjadi lima waktu
solat sahaja, masih lagi Musamenyuruh Rasulullah s.a.w memohon
pengurangan lagi, kemudian Rasulullah s.a.w mengatakan:Sesungguhnya aku
terasa malu, malah setakat ini aku merelai dan menerima perintahNya itu,
setelahberjauhan Baginda diseru: Sesungguhnya Daku menguatkuasa solah
fardu dan Ku ringankan ke atashamba-hambaKu.Ibnu Al-Qaiyim juga telah
mengemukakan pendapat yang berlainan mengenai penglihatan
Rasulullahs.a.w akan Tuhannya Tabaraka wa Taala, yang kemudian beliau
perturunkan pembicaraan Ibnu Taimiyahmengenai tajuk berkenaan, hasil
kajian mendapati bahawa penglihatan Rasulullah s.a.w dengan matakepala
tidak thabit sejak asal lagi, sebenarnya, pendapat ini tidak pernah
disebut oleh mana-manasahabat pun. Pendapat yang dinaqalkan dan dipetik
dari Ibnu Abbas:"Penglihatan Rasulullah s.a.w adalah secara mutlak dan
melalui hati naluri, namun penglihatan mutlaktidak menafikan penglihatan
dengan hati".Seterusnya beliau menyebut lagi: Adapun firman Allah di
dalam surah An-Najm menghampiri di sinibukannya seperti yang diertikan
di dalam kisah Isra dan Mi raj, menghampiri dalam surah An-Najm,ialah
Jibril yang menghampiri dan mendekati, sebagaimana yang ditegaskan oleh
Aisyah dan IbnuMasud, gaya bahasa menunjukkan demikian, manakala
penghampiran dan pendekatan di dalam hadithAl-Isra, adalah terang
danjelas dinisbahkan kepada Tuhan Rabbul Jalil, ini bererti tidak
berlaku apa-apapertentangan di dalam surah An-Najm, malah Baginda
melihatNya dikali kedua di Sidrah Al-Muntaha. Iniadalah Jibril, Muhammad
s.a.w melihatnya dalam bentuk asal dua kali, sekali di bumi dan kali
kedua diSidrah Al-Muntaha. Waalahhu alaam.Peristiwa pembedahan dada
Rasulullah s.a.w pun berlaku juga dikali ini. Dan di dalam peristiwa
IsraMiraj ini Baginda menyaksi berbagai-bagai perkara:Telah
dipersembahkan kepada Baginda susu dan khamar, namun Baginda memilih
susu, maka disebutkankepada Baginda: Kau telah tertunjuk kepada fitrah
atau kau telah menepati fitrah, tapi sekiranya kaumengambil khamar
nescaya sesat seluruh umat kau.Baginda telah melihat empat sungai di
dalam syurga, dua sungai zahir dan dua sungai batin. Dua sungaiyang
zahir ialah sungai An-Nil dan Al-Furat ini bermakna agama dan risalah
yang dibawanya akanbertapak di lembah-lembah subur di An-Nil dan
Al-Furat, penduduknya merupakan pendokong-pendokongagama Islam dari
generasi ke generasi yang lain, bukanlah bererti yang airnya yang
mengalir dari syurga.Juga Baginda melihat Malik penjaga neraka, yang
tidak pernah senyum, malah di mukanya tiada sedikitpun mesra atau
lembut, Baginda melihat syurga dan neraka.Baginda menyaksi pemakan
harta-harta anak-anak yatim secara aniaya, mulut-mulut mereka bak
mulut-mulut unta, dilontar ke dalam rahang mulut mereka ketulan-ketulan
api neraka bak harimau melurukeluar dari dasar neraka keluar melalui
dubur mereka.Baginda menyaksi pemakan-pemakan riba dengan perut-perut
yang besar, kerananya mereka tidakberupaya bergerak dari tempat-tempat
mereka, keluarga Firaun melalui di hadapan mereka dan
- 62.
Ar-Raheeq Al-Makhtummelanyak mereka dengan tapak kaki.Penzina-penzina
diletakkan di hadapan mereka daging-daging elok dan segar di samping
daging-dagingburuk lagi busuk, namun mereka memilih dan memakan yang
busuk ditinggalnya yang segar-segar.Baginda menyaksi sekumpulan wanita
yang memasuki di dalam majlis lelaki bukan anak-anak mereka,mereka
digantung dari payudara-payudara mereka,Juga Baginda melihat sekumpulan
unta penduduk Makkah dalam perjalanannya. Pada masa itu Bagindatelah
menunjukkan mereka unta yang kehilangan itu, dan Baginda telah meminum
air dari bekas merekayang tertutup kemas sedang mereka nyenyak tidur
selepas diminum habis Baginda menutup kembalitudungnya, kejadian ini
menjadi bukti kebenaran kepada peristiwa Isra dan miraj yang diceritakan
olehRasulullah s.a.w.Ibnu Al-Qayyim berkata: Setelah Rasulullah s.a.w
berada di Subuh pagi bersama-sama kaumnya danmenceritakan kepada mereka
tanda-tanda agung (Al-Ayat Al-Kubra) yang diperlihatkan Allah
kepadaRasulNya, maka semakin engkar kafir Quraisy dengan risalah
Muhammad, semakin bengis lagi merekamenyiksa kaum muslimin. Namun
demikian mahu juga mereka bertanya Rasulullah s.a.w supayamengambarkan
rupa bentuk Baitui Maqdis, maka Allah membuka penglihatan Rasulullah
s.a.w hinggaternampak Baitui Maqdis itu di hadapan matanya, dengan itu
Rasulullah s.a.w pun menceritakan segalasesuatu mengenai dengannya
hingga mereka semua tidak berkesempatan untuk menolak ataumendustainya
dan menceritakan juga mengenai kumpulan-kumpulan unta mereka, semasa
pemergiandan kepulangan Baginda, juga Baginda menceritakan unta-unta
yang akan tiba dan menyifatkan untayang akan mendahului kafilahnya, dan
benar sebagai yang diceritakan oleh Rasulullah s.a.w, namunmereka
semakin angkuh dan engkar, memang sesungguhnya orang yang zaiim itu
semakin kufurlahmereka.Adapun Abu Bakr digelarkan dengan gelaran
As-Siddiq kerana pembenaran dan kepercayaan beliaudengan peristiwa Isra
dan Miraj, sedang manusia ramai mendustainya. Paling padat dan agong
faktorperjalanan mulia ini diaturkan oleh Allah ialah sebagaimana
firmanNya yang bermaksud:...untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda
(kekuasaan dan kebesaran) Kami.
Al-Israa: 1Ini adalah
sunnah dan qanun Allah kepada para anbiyanya, sebagaimana penegasan
Allah kepadaIbrahim (a.s) yang bermaksud:Dan demikianlah Kami
perlihatkan kepada Nabi Ibrahim kebesaran dan kekuasaan (Kami) di langit
dan dibumi, dan supaya menjadilah ia dari orang yang percaya dengan
sepenuh-penuh yakin.
Al-Anaam: 75Dan penegasan Allah kepada
Musa (a.s) yang bermaksud:"(Berlakunya yang demikian itu) kerana Kami
hendak memperlihatkan kepadamu, sebahagian dari tanda-tanda kekuasaan
Kami yang besar."
Thaahaa: 23Penyusunan program Isra dan
miraj ini bertujuan memberi keyakinan:dan supaya menjadilah ia dari
orang yang percaya dengan sepenuh-penuh yakin.
Al-Anaam:
75Setelah ilmu dan makrifat para anbiya ini didasarkan kepada
penyaksian tanda-tanda agung (Al-Ayaat Al-Kubra) tadi, darinya mereka
memperolehi Ain Al-Yakin (yakin hakiki), yang tidak dapat dinilai
kadarnya,kerana berita perkhabaran itu tidak boleh disamakan dengan
penyaksian dengan mata kepala, hasilnya
- 63. Ar-Raheeq
Al-Makhtummereka lebih mampu untuk menanggung risiko dakwah yang bakal
mereka garap, seluruh tenaga duniayang menentang mereka hanya seberat
sayap nyamuk sahaja, untuk itu mereka tidak menghiraukanpancaroba dan
ancaman terhadap mereka.Adapun hikmat dan rahsia-rahsia di sebalik
perjalanan agung ini, secara perincian merupakan topikpembicaraan
hikmah-hikmah syariat, namun di sana beberapa fakta ringkas terpancar
dari buanaperjalanan mulia ini, yang kesemuanya membekalkan siraman
subur kepada sirah Rasulullah s.a.w , sayakira patut dirakamkan
sebahagian darinya sini:Pembaca mendapati di dalam surah Isra ini,
bahawa Allah telah menceritakan kisah Al-Isra hanya dalamsatu ayat yang
tunggal, seterusnya Allah mendedah tembelang kaum Yahudi dan
jenayah-jenayahmereka, kemudian Allah memperingatkan mereka bahawa
Al-Quran ini hanya memberi hidayat kepadasesuatu yang lebih tulus, boleh
jadi nanti pembaca menyangka tiada sebarang ikatan di antara dua
ayatini, hakikatnya tidak sedemikian, kerana Allah (s.w.t) dengan cara
ini menunjukkan bahawa peristiwaIsra itu sesungguhnya telah berlaku di
bumi Bait Al-Maqdis, kerana kaum Yahudi sudah pun dipecat daripimpinan
umat manusia, lantaran kesalahan-kesalahan dan jenayah-jenayah yang
mereka lakukan,sehingga tiada peluang lagi untuk membenarkan mereka
menyandang tugas itu, dan sesungguhnya Allahtetap akan memindahkan tugas
itu kepada RasulNya (s.a.w) dan mencantumkan kedua-dua pusatdakwah
Saidina Ibrahim kepangkuan Baginda.Memang sudah sampai masanya untuk
perpisahan pemimpin kerohanian dari satu umat kepada satuumat yang lain,
dari satu umat di mana sejarahnya penuh dengan penipuan, pengkhianatan
dosa danperseteruan, kepada suatu umat yang penuh dengan kebaikan dan
budi, di mana RasulNya pun terusmenerima wahyu Al-Quran yang membimbing
ke arah ketulusan dan kebenaran. Tetapi bagaimana prosespemindahan ini
boleh berlaku sedang Rasulnya diburu di bukit-bukit Makkah? Persoalan
ini menyingkapsuatu hakikat yang lain pula, iaitu tugas dan peranan
dakwah Islamiah ini hampir berakhir, dan lengkap,dan akan bermula satu
peranan yang lain yang amat berlainan dari yang pertama, untuk itu kita
melihatsesetengah ayat-ayat Al-Quran mengandungi peringatan yang keras
dan ugutan yang berat terhadapkaum musyirikin yang bermaksud:Dan apabila
sampai tempoh Kami hendak membinasakan penduduk sesebuah negeri, Kami
perintahkan(lebih dahulu) orang yang melampau-lampau dengan kemewahan di
antara mereka (supaya taat), lalumereka menderhaka dan melakukan
maksiat padanya; maka berhaklah negeri itu dibinasakan. lalu
Kamimenghancurkannya sehancur-hancurnya. Dan berapa banyak umat-umat
yang Kami telah binasakansesudah zaman Nabi Niih; dan cukuplah Tuhanmu
(wahai Muhammad) mengetahui lagi melihat akandosa-dosa hamba-Nya.
Al-Israa: 16-17Di samping ayat-ayat ini terdapat ayat-ayat lain yang
menerangkan kepada kaum muslimin akan asasdan tunggak tamadun serta
prinsip dan rukun-rukunnya di mana masyarakat Islam ditegakkan
diatasnya, seolah-olah mereka telah bennustautin di bumi ini dengan
menguasai semua aspek di dalampengumsan mereka, di mana mereka membentuk
satu kesatuan yang kemas berpadu sebagai paksikepada perjalanan
masyarakat lain, ini merupakan isyarat bahawa Rasulullah s.a.w akan
memperolehiperlindungan dan pemeliharaan hingga urusan dan
kerja-kerjaBaginda bertapak, kelak ianya akan jadi sebagai markas
penyebaran dakwah Baginda, inilah rahsiaperjalanan yang mulia lagi
berkat itu. Pembicaraan sebenarnya ada kaitan dengan topik kajian
kami,untuk itu maka kami bicara di sini, sebagai hukum, maka sebab itu
kami dapati Isra ini berlalcu sebelumbaiah Al-Aqabah atau di antara dua
baiah Al-Aqabah. Waallahu alam.BAIAH AL-AQABAH PERTAMA
- 64.
Ar-Raheeq Al-MakhtumTelah pun kita katakan enam orang dari penduduk
Yathrib telah memeluk Islam di musim haji tahunkesebelas kebangkitan
Rasulullah s.a.w dan menjanjikan Rasulullah s.a.w untuk menyebarkan
risalahnyadi sana, di kalangan kaumnya.Sebagai hasil kepada usaha-usaha
mereka di sana, di musim haji berikut, iaitu di tahun kedua
belaskebangkitan Rasulullah s.a.w, bersamaan Julai 621 Masihi telah tiba
ke Makkah dua belas orang lelakitermasuk lima orang yang telah bertemu
Rasulullah s.a.w di tahun lepas, dan tidak termasuk Jabir binAbdullah
bin Riab dan yang tujuh lagi ialah:1. Muaz bin Al-Harith Ibn Afa Banu
An-Najar Al-Khazraj2. Zakwan bin Abd Al-Qais Banu Zuraiq Al-Khazraj3.
Ubbadah bin As-Samit Banu Ghanam Al-Khazraj4. Yazid bin Thalabah
sekutu Banu Ghanam Al-Khazaraj5. Al-Abbas bin Ubbadah bin Nadhlah Banu
Salim Al-Khazaraj6. Abu Al-Haitham bin Banu Abd al-Tihan Al-Asyhal.
Al-Aws7. Uwaim bin Saidah Banu Amru bin Auf Al-AwsDua yang akhir
adalah dari qabilah Al-Aws manakala yang lainnya dari Al-Khazraj.Mereka
kesemua telah bertemu dengan Rasulullah s.a.w di Muna, terus berbaiah
dengan Rasulullah s.a.wberdasarkan Baiah An-Nisa (wanita), iaitu corak
baiah yang dimentraikan dengan.kaum wanita semasapembukaan
Makkah.Al-Imam Al-Bukhary meriwayatkan dari Ubbadah bin As-Samit bahawa
Rasulullah s.a.w telah berkatakepada mereka: "Ayuh mari berbaiah
denganku, untuk kamu tidak menyengutu dengan Allah sebarangsesuatu,
tidak mencuri, tidak berzina, tidak membunuh anak-anak kamu, tidak
melakukan pembohongandengan mendakwa anak-anak yang mereka pungut
dijalan sebagai anak sendiri, tidak memaksiati dakupada kebaikan,
sesiapa di antara kamu yang menunaikannya maka balasannya adalah dari
Allah, dansesiapa yang melanggarnya lalu dihukum maka itu adalah kafarah
baginya di dunia. Tetapi kalau Allahlindunginya maka itu terserah-
kepada Allah dan sekiranya Allah mengampunkannya maka7 itu
adalahhabuannya". Kata Ubbadah:Dengan itu daku pun berbaiahlah
dengannya. Dalam naskah lain menyebut: "Maka kami pun berbaiahdengannya
di atas dasar itu"DUTA ISLAM KE MADINAHSetelah selesai pemeteraian baiah
dan janji setia serta berakhirnya musim haji, Rasulullah s.a.wbertindak
mengutus bersama-sama dengan mereka yang berbaiah, seorang utusan ke
bumi Yathribdalam rangka mengajar kaum muslimin di sana syariat-syariat
Islam serta mendalamkan masalah agama(At-Tafaqquh fid-Diin), dan supaya
mereka bertugas menyebarkan Islam di kalangan masyarakat yangmasih
syirik. Rasulullah s.a.w memilih tokoh duta ke sana dari kalangan orang
muda yang paling awalmemeluk Islam, iaitu Musab bin Umair (r.a).KEJAYAAN
YANG CEMERLANGSemasa di Madinah, Musab bin Umair menumpang bersama Asad
bin Zurarah, malah kedua-dua merekagiat menyebar Islam di kalangan
penduduk Yathrib dengan penuh semangat dan bersungguh-sungguh.Musab
dikenaU sebagai Al-Muqri (pembaca).Di antara kisah-kisah gemilang dalam
usaha dakwah mereka ceritanya disuatu hari Asad bin Zurarahtelah keluar
bersama Musab bin Umair ke perkampungan Bani Abd Al-Asyhal dan Bani
Zafar, mereka
- 65. Ar-Raheeq Al-Makhtumberdua memasuki
perkarangan tempat tinggal Bani Zafar, dan mereka duduk dekat perigi
yang dikenalisebagai perigi Maraq, di mana mereka telah dilingkungi oleh
orang-orang Islam, di masa itu Sad binMuaz dan Usaiyid bin Hadhir, dua
tokoh pemuka Banu Abd Al-Asyhal, yang pertama telah memintakepada yang
kedua dengan katanya: Ayuh cuba kamu pergi tengok dua orang pemuda itu
yang telahcuba mempengaruhi orang-orang bawahan kita, tengkingkan dan
halaukan mereka supaya tidakmemasuki perkampungan kita, Asad bin Zurarah
itu anak saudaraku, kalau tidak, biar aku yangbereskan.Usaiyid pun
mengambil tombaknya dan menuju ke arah Musab dan Asad, sebaik sahaja
Asadmelihatnya, Asad pun memberitahu kepada Musab katanya: Usaiyid itu
adalah ketua qabilahnya, dia itudatang kemari, ku harap kau dapat
jelaskar kebenaran Allah kepadanya, kata Musab: Insyaallahsekiranya
beliau duduk sahaja di sini, akan ku cuba berbual dengannya, Usaiyid pun
tiba ke hadapanmereka berdua dengan memaki-maki katanya lagi: "Apa yang
membawa kamu datang ke mari kamucuba memperbodohkan golongan yang lemah
di antara kami Ayuh beredarlah kamu dari sini, sekiranyakamu masih
sayan^ lagi kepada diri kamu". Kata Musab: "Boleh tak tuan dudul dan
cuba dengar darikami barang sepatah kata, sekiranya kai senang dengan
kata-kata ku itu boleh kau dengarnya, kalautidak kau boleh perintah aku
berhenti. Kata Usaiyid: "Itu adalah yang terbaik dan saksama. Dengan
itubeliau memacak tombaknya ke tanah, maka dengan itu Musab pun
menyampaikan kepadanyapengenalan Islam di samping membaca Al-Quran,
seterusnya Musab menceritakan: Demi Allah kamisudah dapat melihat cahaya
penerimaan beliau dengan ajaran Islam, sebelum beliau menyatakan
isikandungan hatinya dengan katanya: Betapa indahnya Islam itu dan
alangkah cantik ayat-ayat tadi? Apayang biasa kamu lakukan bila kamu
hendak memeluk Islam?Kata Musab dan Asad kepadanya: "Pertama-tamanya
kamu harus bersuci, membersihkan pakaian,mengucap dua kalimah syahadah,
kemudian kamu bersembahyang dua rakaat". Dengan itu Usaiyid terusbangun
dan bersuci, membersihkan pakaian, mengucap dua kalimah syahadah dan
menunaikansembahyang dua rakaat, seterusnya beliau
menegaskan:"Sebenarnya di belakang ku ini ada seorang lelaki, sekiranya
beliau ini mengikuti kamu berdua, pastitidak seorang pun akan tertinggal
tanpa mengikuti kamu dan aku akan tunjukkan di mana beliau
beradasekarang ini, dengan itu segera beliau mengangkat tombaknya dan
menuju ke hadapan Sad bin Muazyang sedang berada bersama kaumnya di
kelab mereka, kata Sad: Demi Allah Aku bersumpah itu diaUsaiyid, telah
datang dengan air muka lain, lain dari semasa beliau pergi. Bila Usaiyid
berdiri di hadapankelab terus Sad berkata: Apa yang telah kau lakukan?
Kata Usaiyid: "Aku telah pun bercakap dengan duaorang muda itu dan aku
dapati kedua-dua mereka itu tidak merbahaya, juga telah ku larang
mereka, danmereka berdua telah memberi jawapan, dengan kata mereka: Kami
menurut sahaja, apa yang kamusenang dengannya".Apa yang terjadi
seterusnya, di mana Banu Harithah telah keluar beramai-ramai untuk
membunuh Asadbin Zurarah, iaitu setelah mana mereka mengetahui beliau
adalah anak saudara Sad bin Muaz, dengantujuan untuk melanggar
perjanjian. Sad bin Muaz pun bangun dari tempatnya, untuk ke tempat
kaummuslimin berkumpul bersama Asad, beliau membawa tombaknya terus
menuju ke tempat Musab danAsad, setelah didapati mereka berdua tenang
tak ada apa-apa pun berlaku, beliau pun sedar di manaUsaiyid membiarkan
begitu, dengan maksud supaya beliau dapat mengikuti pembicaraan dari
merekaberdua, namun sesampainya beliau di hadapan Musab dan Asad dengan
keadaan memarahi mereka,lantas beliau berkata kepada Asad: "Demi Allah
wahai Abu Umamah, kalau tidak kerana hubungankekerabatan di antara kita
berdua, kamu tidak dapat berbuat sedemikian, lantaran kamu berdua
telahmemasuki daerah kami ini dalam keadaan kami tidak suka".Sebelum ini
Asad sudahpun memberitahu kepada Musab: Itu dia ketua qabilah ini,
telah pun datang dibelakangnya ramai pengikut, sekiranya beliau ini
mengikuti kamu, nescaya tidak ada seorang pun akantertinggal. Dengan itu
Musab pun berkata kepada Sad: Boleh tak tuan hamba duduk seketika
dandengarkan dahulu barang sesuatu dari kami, sekiranya yang kami
sampaikan itu menyenangkan tuan,
- 66. Ar-Raheeq
Al-Makhtumbolehlah tuan terimanya, tetapi sekiranya yang kami sampaikan
itu memberatkan tuan, maka kamielakkannya dan hindarkan yang tuan
bencikan ini. Kata Sad: Itu adalah waras dan saksama, kemudianbeliau
memacak tombaknya dan duduk. kepadanya diperkenalkan Islam, dibacakan
ayat-ayat Al-Quransemasa itujuga mukanya berubah, tanda terima kebenaran
Islam sebelum beliau berkata sesuatu,mukanya berseri penuh kepercayaan
dan beliau bertanya: Apa yang kamu buat semasa kamu memelukIslam? Jawab
Musab dan Asad: Pertama-tama kamu bersuci, bersih pakaian kemudian
mengucap duakalimah syahadah dan bersembahyang dua rakaat, dengan itu
beliau terus bertindak seperti yangdijelaskan.Setelah beliau mencabut
tombaknya dan terus pergi ke kelab perhimpunan qabilahnya, bila dilihat
olehkaumnya, mereka mendapati wajah Sad telah bertambah dari sebelum
beliau menemui Musab.Bila beliau sampai di hadapan kaumnya, beliau terus
bertanya: Wahai Bani Abd Al-Asyhal, kamu kenal takdiriku di kalangan
kamu? Jawab mereka: "Tuan adalah ketua kami dan orang yang terwaras di
antarakami dan sebaik-baik pemimpin. Jawab Sad: Demi sesungguhnya,
apa-apa perkataan yang diungkapkanoleh kaum lelaki atau perempuan di
kalangan kamu adalah tidak wajar bagiku untuk ku mendengarnya,selagi
mana kau tidak beriman dengan Allah dan RasulNya". Dengan ucapannya itu,
tidak sampai sekerathari seluruh Banu Al-Asyhal menganut Islam, kecuali
seorang sahaja iaitu Al-Usayram yang telahmenangguh penerimaannya,
hingga ke hari peperangan Uhud, namun pada hari itu beliau terusmengucap
dua kalimah syahadah dan terus ke medan jihad dan berjuang bersama kaum
muslimin yanglain, namun Allah tetap mengurniakan kepadanya
Asy-Syahadah. Beliau gugur sebagai pahlawan yangsyahid meskipun tidak
sempat sujud bersembahyang kepada Allah, justeru itu Rasulullah s.a.w
bersabdayang bermaksud: "Beramal sedikit tetapi diberi ganjaran yang
banyak."Musab bin Umair tinggal di rumah Asad bin Zurarah menyeru
masyarakat di sana kepada Islam,menyebabkan tiada sebuah rumah pun dari
golongan Ansar yang tidak dikunjungi Islam, kecuali rumahBanu Umaiyah
bin Zaid, Ihatmah dan Wail, kerana terdapat seorang penyair yang
disegani di manacakapnya didengari iaitu Qais bin Al-Aslat, mereka
tertangguh memeluk Islam, hinggalah pada tahunpeperangan Khandak iaitu
tahun kelima hijrah barulah mereka mendapat hidayah. Sebelum
ketibaanmusim haji berikut iaitu tahun ketiga belas kebangkitan
Rasulullah s.a.w, Musab telah membawabersama beliau satujemaah ke
Makkah, dengan berita yang mengembirakan iaitu berita kemenangan,beliau
memperihalkan kepada Rasulullah s.a.w segala sesuatu mengenai qabilah
yang menetap di Yathrib,dilapornya segala kebaikan yang sedang menanti
di sana dikisahkannya seluruh kekuatan dan potensiyang sedang menunggu
di sana.BAIAH AL-AQABAH KEDUAPada musim haji tahun ketiga belas
kebangkitan Baginda, bersamaan Jun 622 Masihi, telah datang keMakkah
rombongan seramai tujuh puluh orang lebih, kaum muslimin penduduk
Yathrib bersama-samakumpulan haji musyrikin dalam program penunaian
rukun haji. Kendatipun kaum muslimin yang sedangdalam perjalanan mereka
itu, tetap tertanya-tanya sampai bila agaknya mereka akan
membiarkanRasulullah s.a.w di Makkah menjadi buruan kafir Quraisy dan
diugut keselamatannya.Sebaik sahaja mereka tiba di Makkah, mereka telah
membuat beberapa pertemuan sulit denganRasulullah s.a.w, berakhir dengan
persetujuan kedua belah pihak untuk mereka bertemu lagi dipertengahan
hari-hari tasyriq, di persimpangan berhampiran al-Aqabah di mana upacara
Jamrah pertamadilakukan di sana. Pertemuan itu juga di dalam suasana
rahsia di tengah malah gelap gelita.Di sini kita beri kesempatan kepada
salah seorang pemimpin Ansar untuk memberi laporan mengenaipertemuan
yang bersejarah lagi barakah itu, yang telah merubah perjalanan masa
dalam detikpertembungan di antara Islam dan penyembahan berhala, Kaab
bin Malik Al-Ansari (r.a) telahmenceritakan begini:
- 67.
Ar-Raheeq Al-MakhtumKami telah keluar ke tempat haji, sebelumnya telah
pun kami membuat janji dengan Rasulullah s.a.wuntuk bertemu di al-Aqabah
di pertengahan hari-hari tasyriq, malam yang kami janjikan itu telah
turutserta ialah Abdullah bin Amru bin Hiram salah seorang ketua
pimpinan kami dan orang yang kamimuliakan, perjumpaan kami itu sengaja
kami rahsiakan dari kaum sebangsa kami yang masih musyriklagi, yang
turun bersama untuk mengerja haji. Di malam itu kami telah berbicara
dengan Abdullah binAmru, kata kami: Wahai Abu Jabir tuan adalah salah
seorang pemimpin kami dan tokoh yang kamimuliakan, sebenarnya kami tidak
rela engkau dicampakkan ke dalam api neraka sebagai bahannya disuatu
hari esok, dengan itu kami menyeru kepada Islam, seterusnya kami
ceritakan tentang pertemuankami dengan Rasulullah s.a.w di
al-Aqabah.Kata Kaab: Tanpa berlengah, beliau mengucap dua
kalimahsyahadah, dan beliau turut serta dipertemuan al-Aqabah, di mana
beliau menjadi naqib dan ketua.Kata Kaab: Di malam itu kami segera tidur
bersama-sama kaum kami di samping peralatan perjalanan,hatta apabila
berlalu sepertiga malam, kami pun keluar dari perkarangan khemah untuk
menemuiRasulullah s.a.w, kami keluar bersembunyi bak burung puyuh
melalui denainya, hinggalah kami semuabertemu dan berkumpul di
persimpangan al-Aqabah, kami semua tujuh puluh tiga lelaki dan dua
wanitaiaitu Nusaibah binti Kaab yang dikenali sebagai Ummu Ammarah dari
qabilah Bani Mazin bin An-Najaryang kedua ialah Asma binti Amru dikenali
sebagai Ummu Mani dari qabilah Bani Salamah.Kami semua berkumpul di
persimpangan yang dijanjikan, menunggu ketibaan Rasulullah s.a.w,
tepatpada masanya, Rasulullah s.a.w pun datang, turut serta mengiringi
Rasulullah s.a.w ialah Al-Abbas binAbd Al-Muttalib, beliau masih lagi
dengan agama kaumnya, namun beliau rela menyertai dan menyokongurusan
anak saudaranya itu dan beliau pula orang pertama bercakap di dalam
majlis itu.PERBINCANGAN AWAL DAN PENJELASAN TANGGUNGJAWAB YANG AMAT
PENTING OLEH AL-ABBAS BIN ABDUL MUTTALIBSetelah bilangan mereka untuk
menghadiri perjumpaan itu genap, maka perbincangan pun dimulakanbuat
mempersetujui perjanjian agama dan ketenteraan, orang pertama yang
bercakap di dalam majlis ituialah Al-Abbas bin Abd Al-Muttalib bapa
saudara Rasulullah s.a.w, dalam ucapan itu beliau menjelaskanperi
beratnya bebanan tanggungjawab yang hams mereka pikul nanti, sebaik
sahaja perjanjian itudipersetujui dengan katanya: "Wahai kalian
Al-Khazraj, sebenarnya sepertimana yang kamu ketahui,Muhammad ini adalah
darah daging kami, hingga kini kami masih mempertahankannya dari
kemarahankaum kami, hingga kini beliau masih tetap kesayangan kami dan
terpelihara di dalam tanah airnya, tetapibeliau ini tetap berkeras untuk
menyertai kamu dan bersama kamu, kiranya kamu yakin dapatmengotakan
janji kamu itu dan sanggup pula memberi keamanan kepadanya maka itu
adalah hak kamuuntuk mengambil Muhammad bersama-sama kamu, tetapi
sekiranya kamu merasakan tidakberkesanggupan atau akan membiarkan beliau
keseorangan maka lebih baik dari sekarang lagi kamutinggalkannya,
kerana di sini beliau masih mulia dan dijaga oleh kalangan
kaumnya."Jawab Kaab: Kami menegaskan kepada Al-Abbas: "Kami faham satu
persatu apa yang tuan bicarakanitu, sekarang kami hendak dengar dari
Rasulullah s.a.w, ayuh Rasulullah s.a.w sebutkan apa sahajakewajipan
kami untuk dirinya (s.a.w) dan untuk Tuhannya sekehendak hati Rasulullah
s.a.w. Jawapanyang beliau berikan itu menggambarkan keazaman yang
memuncak, keyakinan, keberanian, keimanandan keikhlasan yang bersifat
infiniti di dalam rangka menanggung beban tanggungjawab yang amatagung
itu, di samping mereka sudah menyangka dan mengukur akibat kesanggupan
mereka itu. Denganitu Rasulullah s.a.w membentangkan agenda Baiah dan
dipersetujui oleh pihak Al-Ansar:Agenda Baiah:Imam Ahmad telah
meriwayatkan dari Jabir secara terurai, kata Jabir, "Wahai Rasulullah
s.a.w, di atasapakah yang akan kami berbaiah dengan tuan hamba?" Jawab
Rasulullah s.a.w, kamu berbaiah untuk:1. Mendengar dan mematuhi dalam
keadaan segar dan malas
- 68. Ar-Raheeq Al-Makhtum2. Berinfaq
semasa susah dan senang3. Menyuruh kepada maruf dan mencegah
kemungkaran4. Berjuang kerana Allah tanpa mempedulikan kecaman orang5.
Menyokong daku setibanya daku di kalangan kamu nanti, mempertahankan
daku seperti mana kamu pertahankan diri dan anak isteri kamu,
sebagai balasan adalah syurga Allah di akhirat nantiTetapi riwayat Kaab
yang dibawa oleh Ibnu Ishak pula, mengatakan bahawa agenda yang terakhir
sahajayang merupakan agenda baiah, di dalam perjanjian itu, berdasarkan
kepada sabda Rasulullah s.a.w: KataKaab: Maka berucaplah Rasulullah
s.a.w dengan membaca ayat-ayat Al-Quran di samping menyeru kejalan Allah
dan menggalakkan mereka kepada Islam, sabdanya: "Aku menuntutkan baiah
dari kamusupaya kamu mempertahankan daku seperti mana kamu
mempertahankan isteri-isteri dan anak-anakkamu." Maka Al-Bara bin Ma rur
memegang tangan Rasulullah s.a.w dengan berkata: Ya, demi
yangmengutuskan dikau dengan kebenaran sebagai nabi, akan kami
pertahankan tuan hamba seperti manakami mempertahankan wanita-wanita
kami, dengan itu kami berbaiahlah dengan kamu wahai Rasulullahs.a.w,
demi Allah kami ini adalah keturunan peperangan dan anggota halaqat,
ciri ini kami warisi sejakturun temurun".Diketika Al-Bara sedang
berbicara dengan Rasulullah s.a.w, tiba-tiba Abu Al-Haitham mencelah
dengankatanya: "Wahai Rasulullah s.a.w, sebenarnya kami ini ada ikatan
dengan kaum Yahudi, bagaimanasekiranya kami putuskan kemudian Allah
takdirkan tuan hamba berjaya dalam perjuangan, apakah tuanhamba akan
kembali ke pangkuan kaum dan meninggalkan kami." Jawab Rasulullah s.a.w
diiringi dengansenyum, "Darah dengan darah, roboh sama roboh, daku
adalah dari kamu dan kamu adalah dariku, kumemerangi sesiapa yang kamu
perangi dan aku berdamai dengan sesiapa yang kamu berdamai."MEMASTIKAN
BEBAN TANGGUNGJAWAB BAIAHSetelah selesai perbincangan di sekitar
syarat-syarat baiah dan mereka semua bersetuju untukmemulakan
pemeteraiannya, maka bangun seorang demi seorang dari dua orang tokoh
utama yang telahmemeluk Islam di dalam dua musim haji lalu tahun
kesembilan dan kedua belas, untuk menyuarakanbetapa beban tanggungjawab
yang bakal mereka pikul nanti, dan supaya mereka semua apabila
berbaiahnanti, ertinya mereka berbaiah dalam keadaan yang jelas dan
menjiwai tanggungjawab baiah yangmereka berikan itu dan supaya mereka
mengetahui sejauh mana persiapan yang harus mereka lakukanuntuk memberi
sumbangan dan pengorbanan kepadanya.Kata Ibnu Ishak: Setelah mereka
berkumpul untuk baiah maka berkata Al-Abbas bin Ubbadah binNadhlah:
"Adakah kamu mengetahui untuk apa kamu berbaiah dengan lelaki ini?"
Jawab mereka: "Ya",katanya lagi: "Sesungguhnya kamu berbaiah dengan
beliau untuk memerangi manusia-manusia samadayang berkulit merah atau
yang berkulit hitam, sekiranya dalam perjuangan ini harta kamu
kehabisan,pembesar-pembesar kamu habis mati di masa itu kamu akan
serahkan lelaki ini, maka dari sekarang initak usah kamu berbaiah,
kerana demi Allah ini adalah sebesar-besar malu di dunia dan di akhirat,
tetapisekiranya kamu berupaya menunaikan janji kamu itu kepadanya tepat
seperti mana kamu suarakan itu,hingga walau pun kamu kehabisan harta
dan kehilangan pembesar-pembesar kamu, maka terimalahbeliau ini, kerana
itu adalah kemuliaan di dunia dan di akhirat".Jawab mereka semua:
"Sesungguhnya kami akan menerima beliau dengan kerelaan hati menerima
risikokehilangan harta benda dan kematian tokoh pemimpin kami, dan
sekiranya demikian maka apakahbalasannya wahai Rasulullah s.a.w?" Jawab
baginda: "Syurgalah balasannya". Kata mereka: "Ayuhhulurkan tangan mu",
maka baginda pun menghulurkan tangannya dan mereka semua
berbaiah.Manakala di dalam riwayat Jabir, beliau berkata: Maka kami
semua bangun dan berbaiah denganbaginda, pada mulanya Asad bin Zurarah
orang yang termuda di kalangan yang berusia tujuh puluhtahun berucap
dengan katanya: "Wahai ahli Yathrib, sebenarnya kita tidak bersusah
payah datang kemari
- 69. Ar-Raheeq Al-Makhtummelainkan kerana
kita tahu baginda ini adalah Rasul utusan Allah, tindakan kita membawa
baginda keluardari Makkah bererti kita bertindak memufarraqahkan
(memisahkan) seluruh bangsa Arab, mendedahkanpembesar-pembesar kita
menjadi sasaran pembunuhan malahan kamu sendiri menjadi mangsa
kepadapedang-pedang musuh, sekiranya kamu boleh bertahan dan bersabar
maka terimalah baginda ini sebagaisebahagian dari darah daging kamu,
ganjarannya adalah Allah yang menentukannya, tetapi sekiranyakamu
sayangkan diri kamu, maka tinggalkanlah Baginda di sini kerana mungkin
takut dan sayangkan dirikamu itu lebih beralasan lagi untuk kamu
berhadapan dengan Allah."PENGIKATAN BAIAHSetelah persetujuan dicapai
dengan semua agenda baiah dan setelah penegasan dibuat maka
pengikatanbaiah pun dimeteraikan melalui berjabat tangan dengan
Rasulullah s.a.w. Di sini kata Jabir selepasmenaqalkan (memetik)
kata-kata Asad bin Zurarah tadi: Maka hadirin pun berkata: "Wahai
Asadhulurkan tangan kau, demi Allah kami tidak akan biarkan baiah ini
sia-sia atau dipercumakannya".Di saat ini Asad pun dapat memastikan peri
persediaan kaumnya untuk berkorban kejalan Allah, denganini maka Asad
terlantik sebagai pendakwah agung yang kemudian bergerak bersama-sama
Musab binUmair, secara tabieinya beliau terlantik sebagai ketua agama
untuk golongan yang berbaiah tadi di manabeliaulah orang pertama yang
memberi baiah kepada Rasulullah s.a.w. Tambahan Ibu Ishak lagi:
BanuAn-Najar menganggapkan Abu Umamah, Asad bin Zurarah sebagai orang
pertama yang meletakkantangannya ke tangan Rasulullah s.a.w.Dengan itu
maka baiah umum pun berjalan lancar. Kata Jabir: Setelah itu maka
seluruh kami bangunseorang demi seorang memeterai baiahnya dengan
Rasulullah s.a.w dan baginda menjaminkan kamisyurga Allah. Adapun baiah
kaum wanita yang dimeteraikan di dalam kedua-duanya adalah melalui
lafazakad baiah sahaja tanpa baginda berjabat tangan dengan mana-mana
perempuan ajnabi.PERLANTIKAN DUA BELAS ORANG SEBAGAI NAQIBSetelah proses
baiah selesai dilaksanakan, Rasulullah s.a.w meminta supaya dipilih dua
belas orangpemimpin sebagai naqib kepada kaum mereka, bakal
bertanggungjawab bagi pihak mereka semua didalam rangka usaha
merealisasikan seluruh agenda baiah itu, seru baginda: "Ayuh kemukakan
dua belasorang sebagai naqib untuk pimpinan kepada kaumnya. Pemilihan
pun dibuat dengan segera, yang terdiridari Al-Khazraj sembilan orang,
dan tiga dari Al-Aws mereka itu adalah:Naqib-naqib kepada Al-Khazraj1.
Asad bin Zurarah bin Ads2. Sad bin Ar-Rabi bin Amru3. Abdullah bin
Rawahah bin Thalabah.4. Rafi bin Malik bin Al-Ajlan5. Al-Bara bin Marur
bin Sakhr6. Abdullah bin Amru bin Hiram7. Ubadah bin As-Samit bin Qais8.
Sad bin Ubbadah bin Dulaim9. Al-Munzir bin Amru bin KhanisNaqib-naqib
kepada Al-Aws1. Usaid bin Hudhair bin Simak2. Sad bin Khaithamah bin
Al-Harith3. Rifaah bin Abd Al-Munzir bin Zubair
- 70. Ar-Raheeq
Al-MakhtumDengan itu Rasulullah s.a.w menegaskan kepada mereka dengan
sabdanya: "Kamu semua adalahpenjamin sebagaimana golongan Al-Hawariyyun
adalah penjamin kepada Isa bin Mariam dan aku adalahpenjamin kepada umat
ku" Jawab mereka sebulat suara dengan lafaz; "Ya".SYAITAN MEMBONGKAR
PERJANJIAN RASULULLAH S.A.WSebaik sahaja proses pemeteraian perjanjian
dan semua peserta hampir beredar dari majlis, salah seekorsyaitan telah
menjumpai mereka, namun terbongkarnya pertemuan itu adalah di saat-saat
terakhir, agakterlewat baginya untuk memaklumkan kepada pihak pemimpin
Quraisy akan rahsia pertemuan sulit ini.Agar pihak Quraisy menyerempak
mereka, walau macamana sekalipun syaitan tadi naik ke atas tanahtinggi
dan melaung selantang suaranya yang dapat didengar: "Wahai penduduk
Al-Akhasyib, kamu tahutak Muhammad dan orang-orangnya ini? Mereka telah
berjanji setia untuk memerangi kamu". KataRasulullah s.a.w : "Itu dia
syaitan Al-Aqabah, demi Allah wahai seteru Allah sepenuh masa akan
kuperangi kau," dengan itu para peserta bersurai pulang ke tempat
masing-masing.KESEDIAAN AL-ANSAR UNTUK MEMERANGI QURAISYSemasa hadirin
mendengar suara syaitan itu terus Al-Abbas bin Ubadah bin Nadhlah
menyeru kepadaRasulullah s.a.w: "Demi Dia Tuhan yang mengutuskan kau
dengan kebenaran sekiranya tuan hambamahu, esok hari akan kami serang
pihak Quraisy dengan pedang kami ini". Jawab Rasulullah s.a.w:
"Kitabelum diperintah lagi untuk bertindak demikian, tetapi pulanglah ke
tempat kamu". Dengan itu merekasemua pun pulang ke tempat masing-masing
dan terus tidur hingga ke subuh hari.QURAISY MEGEMUKAKAN BANTAHAN
KEPADA PEMIMPIN YATHRIBBila mana berita perjanjian ini sampai ke
pengetahuan Quraisy timbullah rasa rimas, kebimbangan, dankekesalan,
kerana mereka sudah menduga sedalam-dalamnya kesan baiah seperti ini,
juga pengaruhnyake atas harta benda malah nyawa mereka, bila menjelang
siang terus diutuskan perwakilan yang ramaiterdiri dari pemuka-pemuka
dan kepala samsengnya ke perkhemahan penduduk Yathrib, untukmengemukakan
bantahan mereka yang amat sangat terhadap perjanjian itu, kata mereka:
"Wahai kalianAl-Khazraj, sebenarnya sudah sampai ke pengetahuan kami, di
mana kamu datang menemui saudarakami itu, dengan hasrat kamu untuk
membawanya keluar dari pangkuan kami, malah kami sudah berjanjisetia
untuk memerangi kamu, demi Allah sesungguhnya tidak satu qabilah Arab
pun yang senang untukmenyaksi peperangan timbul di antara kami dan
mereka, di mana kamu sebahagian darinya".Oleh kerana pihak musyirikin
Yathrib tidak tahu langsung dengan segala apa yang berlaku di
antaraRasulullah s.a.w dan kaum Muslimin Yathrib, yang bersama-sama
mereka dalam jamaah haji itu, lantaranitulah maka mereka berani
bersumpah, untuk menegaskan kapada Quraisy, bahawa apa yang merekatuduh
itu sama sekali tidak berlaku, oleh itu mereka berjumpa dengan Abdullah
bin Ubai bin Salul, dimana beliau menegaskan: "Ini semua adalah palsu
belaka, tidak munasabah perkara ini berlaku dan tidakmunasabah kaumku
boleh bertindak dengan berbuat demikian, kalau aku di Yathrib mereka
tidak akanbertindak sesuatu, kecuali setelah mengambil
pendapatku".Manakala kaum muslimin masing-masing memerhati satu sama
lain, bertindak berdiam diri, seorang puntidak bersuara, mengiya pun
tidak menafikan pun tidak.Dengan itu pihak Quraisy lebih condong
untukmenerima penegasan pihak musyrikin Yathrib, dan pulang membawa
seribu kegagalan.KEPASTIAN BERITA OLEH PIHAK QURAISY DAN PEMBURUAN
MEREKA YANG BERBAIAH
- 71. Ar-Raheeq Al-MakhtumPemimpin Quraisy
pulang ke Makkah dengan kepercayaan hampir yakin mengenai perkhabaran
yangdidustakan itu, namun mereka masih menggali dan mencari kesahihan
berita berkenaan, akhirnyamereka memastikan kebenaran berita itu, memang
baiah berlaku sebenarnya, itupun setelah jamaah hajipulang ke tanah air
masing-masing, dengan itu cepat-cepat wira-wira penunggang kuda
Quraisymemburu golongan Yathrib, malangnya masanya sudah terlewat, namun
sempat juga mereka melihatSad bin Ubbadah dan Al-Munzir bin Amru, lalu
mereka memburu kedua-dua orang ini, Al-Munzir sempatmelepaskan dirinya
tetapi Sad tidak sempat, pihak Quraisy menangkap serta memberkas
tangannyadengan tali ke kekang tunggangannya, apa lagi mereka
mengerjakan terhadap Sad menyeret-nyeretnya,menarik-narik rambutnya,
hinggalah mereka membawa masuk semula ke Makkah, namun bila Al-Mutambin
Adi dan Al-Harith bin Harb bin Umaiyah mendapati Sad dalam keadaan
begini mereka berduaberusaha membebaskan serta merongkai ikatan di
tangannya, ini adalah kerana Sad memberiperlindungan kepada Qafilah
mereka yang melalui Yathrib. Bila hal ini diketahui oleh pihak Ansar
makamereka bersetuju untuk mengembalikannya dengan selamatnya, dalam
keadaan sedemikian tiba-tibamuncul Said dihadapan mereka, maka mereka
pun meneruskan perjalanan ke Yathrib.Inilah dia Baiah al-Aqabah yang
kedua yang dikenali sebagai Baiah Al-Aqabah Al-Kubra,penyelenggaraannya
berjalan dalam suasana kemesraan, persaudaraan dan roh bantu membantu
diantara jiwa-jiwa mukmin yang masih berselerak, namun kepercayaan di
antara satu sama lain amat padusekali, keberanian luar biasa,
pengorbanan tanpa batasan untuk ke jalan Allah, mukmin dari ahli
Yathribmencintai saudaranya yang lemah dari penduduk Makkah, penuh
simpati terhadap saudaranya, memarahiorang yang menzalimi, jiwanya
bergelora dengan kasih sayang terhadap saudaranya yang sebelum
inimenyanyangi mereka di sebalik tabir ghaib, semuanya kerana
Allah.Perasaan dan syuur seumpama ini bukanlah luapan seketika, tak
lapuk dek hujan, tak lekang dek panas,lantaran ianya bersumberkan
keimanan kepada Allah, Rasul dan kitabNya, keimanan yang tidak
mungkindipudarkan oleh mana-mana kekuatan penganiayaan yang jahanam,
keimanan yang apabila roh dansemangatnya bertiup, tidak ada tenaga yang
mampu menghalangnya, malah di ketika itu ianya mampumelakukan
keajaiban-keajaiban. Dengan keimanan ini kaum muslimin mampu merakamkan
kerja-kerjadan warisan-warisan di samping lembaran sejarah, kekal abadi
memberi contoh kepada masa-masa bakalmendatang.KUMPULAN SULUNG
BERHIJRAHSebaik sahaja selesai pemeteraian baiah al-Aqabah kedua dan
berjaya pula Islam menegakkan sebuahwatannya yang tersendiri di tengah
padang pasir yang dikelilingi dengan arus kekafiran dan kejahilan,suatu
pulangan yang amat kritis yang diperolehinya di samping dakwahnya, kini
Rasulullah s.a.wmeinbenarkan kaum muslimin berhijrah ke watannya yang
baru itu.Hijrah tidak lebih dari penolakan kepentingan diri, berkorban
dengan hartabenda, dan menyelamatsekadar diri sendiri sahaja di samping
membuktikan hak perpindahan yang dahulunya disekat, boleh jadiseseorang
itu sndah pasti bahawa perjalanan itu adalah suatu perjalanan ke suatu
destinasi yang gelap,tidak dapat diduga, pelbagai kepahitan dan duka
nestapa sedang menanti di sana.Kini kaum muslimin terus berhijrah, dan
mereka sedar semuanya ini, manakala pihak musyrikin tidakmembiarkan arus
penghijrahan itu terus berlaku tanpa disekat dan dihalang, kerana
mereka sudahmenyangka merbahaya akan mengugat mereka nanti.Di sini kami
perturunkan contoh-contoh hijrah:1. Orang terawal melangkah kaki ke
Madinah sebagai penghijrah pertama ialah Abu Salamah bersama-sama isteri
dan anaknya iaitu setahun sebelum baiah al-Aqabah Al-Kubra, ini adalah
mengikut riwayatIbnu Ishak, setelah beliau membuat keputusan untuk
berhijrah, mertuanya semua bertemu dengan beliaudan mereka berkata: Diri
kau sudahlah, tetapi apa halnya dengan anak kami ini? Tak mungkin kami
boleh
- 72. Ar-Raheeq Al-Makhtummembiarkan kau membawanya hanyut
ke negeri orang? Dengan itu mereka ambil isterinya. Keluarga AbuSalamah
naik marah dengan tindakan keluarga isterinya kata mereka: Kami tidak
boleh membiarkankamu merampas si anak Salamah dengan semudah itu? Maka
jadilah perebutan ke atas anak Salamah diantara dua keluarga menyebabkan
si anak tercabut tangannya lantaran rentapan dua belah pihak.
AbuSalamah terpaksa berhijrah ke Madinah seorang diri, menyebabkan Ummu
Salamah keseorangan setelahpemergian suaminya dan kehilangan anak
kesayangan, menjadikan beliau setiap pagi keluar ke pinggirkota menangis
hingga ke petang. Bila keadaan berlarutan hingga hampir setahun,
menyebabkan salahseorang keluarganya kasihan dan berlembut hati, dan
menyuarakan perkara ini kepada keluarganya:Tidakkah kamu hendak
melepaskan Si merana ini? Sudahlah kamu pisahkannya dari suami dan
anaknya,kini kamu siksanya pula, jawab mereka: Ayuh pergilah untuk
menemui suamimu itu kalau hendak? UmmuSalamah mendapat kembali anaknya
dari keluarga suaminya, terus beliau keluar menuju ke Madinah,perjalanan
kira-kira lima ratus kilometer, tiada siapa pun dari makhluk Allah
menemaninya, namun sebaiksahaja beliau sampai ke "al-Tan" im" Uthman bin
Talhah Ibnu Abi Talhah menemuinya, keranamengetahui perihalnya, beliau
menawar diri untuk menemaninya hingga ke Madinah, sesampainyamereka ke
Quba kata Uthman: Suami kamu berada di kampung ini, ayuh segera ke sana
dengankeberkatan Allah, dengan itu beliau berpatah balik ke Makkah.2.
Semasa Suhaib Ar-Rumi hendak berhijrah para kafir Quraisy menemuinya dan
berkata: Kamu semasadatang ke sini sebagai seorang tak berharta,
kemudian harta kamu menjadi banyak dan menjadi orangyang terbilang, kini
kamu hendak keluar dari sini dengan membawa diri kamu sekali dengan
harta-hartakamu yang kamu kumpulkan di sini? Ini tak mungkin berlaku?
Jawab Suhaib: Apa pendapat kamu semua,kalau aku serahkan semua hartaku
kepada kamu? Boleh tak kamu beri laluan kepada ku? Jawab merekasebulat
suara: Ya! Kata Suhaib: "Sekarang aku serahkan hartaku kepada kamu".
Cerita mengenai Suhaibini telah sampai ke pengetahuan Rasulullah s.a.w;
ujar Rasulullah s.a.w: "Beruntung Suhaib, beruntungSuhaib".3. Umar Ibni
Al-Khattab berpakat dengan Ayyasy bin Abi Rabiah dan Hisyam bin Al-As
bin Wail suatutempat mereka bertemu di pagi hari, darinya mereka akan
bertolak untuk berhijrah ke Madinah. Umardan Ayyasy bertemu, tetapi
Hisyam tertangguh.Sebaik sahaja Umar dan Ayyasy sampai ke Madinah mereka
pun singgah di Quba, Abu Jahal dan adiknyaAl-Harith pun sampai juga,
terus mereka menemui Ayyasy, mereka bertiga ini adalah seibu, Abu
Jahaldan Al-Harith pun menyebut kepada Ayyasy: Ibu kau telah bersumpah
dan bernazar untuk tidak menyikatrambutnya dan tidak akan berteduh di
matahari terik, kecuali setelah beliau melihat kau di hadapannya.Ayyasy
pun berasa kasihan dengan ibunya dan sikapnya itu, tetapi Umar telah
menasihatinya: Ayyasykau dengar cakapku ini: Demi Allah sesungguhnya
mereka ini bertujuan memfitnali dan mengeluarkankau dari agama benar kau
ini, berwaspadalah dengan mereka, Demi Allah, kalau emak kau digigit
kutu,nescaya dia akan menyikat rambutnya dan kalau dia terkena panas
terik, nescaya dia berteduh. TetapiAyyasy tidak mahu mendengar nasihat
Umar, dia pun pulang bersama Abu Jahal dan Al-Harith untukmelepaskan
nazar dan sumpah ibunya itu. Kata Umar lagi: Kalau kamu berkeras juga
hendak turutmereka ambillah untaku ini, ianya baik dan jinak serta mudah
mematuhi arahan, kamu jangan lepaskanbelakangnya, sekiranya kau meragui
sesuatu dari kaum kau, cepat-cepat kamu larikan dirimu dengantunggangan
ku ini.Dengan itu Ayyasy pun keluar dengan tunggangan Umar tadi bersama
dengan dua orang lagi, bila sampaidi pertengahan jalan kata Abu Jahal
kepada Ayyasy: Wahai anak saudaraku kamu tengok tak akupenatlah dengan
untaku, bagaimana kalau kita bergilir, sekali kau naik unta ku dan
sekali aku tunggangunta kau. Jawab Ayyasy: Tak ada apa salahnya, boleh
kita bergilir. Maka beliau pun tukar untanyabersama mereka berdua untuk
mereka bergilir-gilir, sebaik sahaja mereka turun, apa lagi Abu Jahal
dantemannya pun terus memegang Ayyasy dan memberkasnya, sehingga tidak
sempat beliau bertindak,dengan itu mereka pun membawa Ayyasy di siang
hari ke Makkah dengan kedua-dua belah tangannyaterikat, Abu Jahal dan
temannya melaung memanggil penduduk Makkah dengan katanya: Beginilah
hamsdilakukan terhadap golongan bodoh kamu, sebagaimana kita lakukan
terhadap orang bodoh ini.
- 73. Ar-Raheeq Al-MakhtumInilah
senario kepada tiga contoh penghijrahan Islam, di mana kaum musyrikin
cuba bertindak terhadapmereka, walaupun demikian rupa keadaan yang
menghalang kaum muslimin namun arus hijrah tetaptidak dapat disekat,
atau dihalang, dua bulan dan beberapa hari selepas baiah al-Aqabah
Al-Kubra arushijrah terus bergerak hingga tidak tinggal di Makkah,
kecuali Rasulullah s.a.w, Abu Bakr dan Ali, keranakehendak Rasulullah
s.a.w, dan yang terkecualijuga ialah mereka yang dipegang oleh kaum
musyrikin. Disini Rasulullah s.a.w telah pun menyediakan persiapan untuk
keluar, sementara menunggu arahan dan dimasa yang sama Abu Bakr pun
menyediakan persiapannya.Al-Bukhary meriwayatkan dari Aisyah (r.a) yang
berkata: Rasulullah s.a.w telah bersabda kepada kaummuslimin:
"Sesungguhnya aku telah diperlihatkan perkampungan hijrah kamu di
perladangan tamarterletak di antara dua kampung", dengan itu maka
berhijrahlah mereka ke arah Yathrib, manakalamereka yang berada
diperantauan hijrah bumi Habsyah pulang semula ke Yathrib. Sebelum ini
Abu Bakrbersiap untuk berhijrah tetapiRasulullah s.a.w bersuara
kepadanya dengan sabdanya: "Bertenang, aku ini belum diizinkan lagi".
KataAbu Bakr: "Apakah tuan hamba berharap demikian, ya Rasulullah s.a.w?
Jawab Rasulullah s.a.w: "Yademikian". Abu Bakr menenangkan hatinya dan
menangguhkan perjalanannya untuk menemaniRasulullah s.a.w, beliau
menyediakan dua tunggangan yang dimilikinya, dengan daun yang
dipungutsebagai makanan selama empat bulan.PERBINCANGAN KRITIKAL Dl
DARUL NADWAH PARLIMEN QURAISYBila mana pihak musyrikin quraisy mendapati
pengikut-pengikut Muhammad s.a.w telah bersedia dankeluar dengan
membawa bersama-sama mereka keluarga, anak-anak dan harta-harta mereka
kepangkuan Al-Aws dan Al-Khazraj, terjadilah keributan suasana
kebisingan, kesangsian dan dukacita dikalangan kafir Makkah, perbagai
kegelisahan dan ramalan-ramalan yang bakal mereka hadapi di masa-masa
akan datang, bahaya besar sedang menunggu mereka; yang kelak akan
mengugut dan menggugatkestabilan ekonomi, kekayaan dan entiti idealogi
berhala mereka. Sebenarnya mereka sudah mengenalpasti dengan
keperibadian unggul Muhammad s.a.w dan dengan kepimpinannya yang
berkesan lagimempengaruhi, di samping keazaman yang tekad, keiltizaman
yang utuh dan semangat pengorbananyang luar biasa, disokong pula oleh
kekuatan dan daya pertahanan oleh Al-Aws dan Al-Khazrajdiperkayakan pula
oleh kekuatan cendikiawan dan ahli fikiran kedua qabilah yang memiliki
kedewasaanberfikir untuk kesejahteraan dan keimanan bersama, serta
sanggup menolak perasaan kesumat lamayang pernah memusuhi mereka,
manakala potensi dan kekuatan ini telah diduga oleh pihak Quraisy,untuk
itu mereka harus membuat perhitungan yang paling bijak dan tepat bagi
mengatasi ancamansebelum terlambat, pada hemat mereka.Sebagaimana juga
mereka mengetahul posisi Al-Madinah yang strategik itu sendiri, bila
ianyaberkonfrontasi terutamanya dengan qabilah perniagaan mereka yang
merupakan laluan tetap dari Yamanke negeri Syam yang semestinya melalui
persisiran laut Merah. Dianggarkan penduduk Makkah berurusniaga ke
negeri Syam sahaja sebanyak sukujuta dinar emas setiap tahun, tidak
termasuk milik pendudukal-Taifdan lain-lain. Mereka juga mengetahui
selama ini, itulah laluan yang menikmati kesejateraan dankeamanan.Pihak
Quraisy sudah menelah bahaya yang bakal mengancam mereka dan perniagaan
sekiranya kekuatanIslam berpusat di Madinah. Pihak Quraisy sudah pun
peka akan bahaya dan ancaman yang bakalmengugat diri mereka. Oleh yang
demikian, maka mereka bersungguh-sungguh mencari sebaik-baik jalanuntuk
menolak mara bahaya dan ancaman ini, keaemuanya berpunca dari pendokong
obor dakwah Islamiaitu Muhammad s.a.w.Tanggal 26 Haribulan Safar tahun
keempat kebangkitan Rasulullah s.a.w bersamaan 12 haribulanSeptember
tahun 622 Masihi pihak Quraisy telah mengadakan sidang Parlimen (Darul
Nadwah) di pagi
- 74. Ar-Raheeq Al-Makhtumhari iaitu hampir dua
bulan setengah setelah berlalunya Baiah al-Aqabah Al-Kubra yang
merupakan satusidang yang amat penting dan kritikal dalam sejarah
Quraisy, seluruh perwakilan kabilah-kabilah Quraisytelah menghantar
anggota-anggotanya, membuat perbincangan dan merencana satu pelan
tindakan yangtegas untuk menghapus secepat mungkin pembawa obor-obor
dakwah Islamiah dan dengan itu terputussudahlah arus cahayanya buat
selama-lamanya.Tokoh-tokoh perwakilan yang menonjol di dalam perjumpaan
itu ialah:1. Abu Jahal bin Hisyam mewakili qabilah bani Makhzum2.
Jubair bin Mutaam, Taimah bin Adi, dan Al-Harith bin Amir mewakili Bani
Naufal Ibn Abdul Manaf.3. Syaibah dan Utbah kedua-dua anak Rabiah dan
Abu Sufian bin Harb, mewakili bani Abdul Syams bin Abdul Manaf4.
An-Nadhr bin Al-Harith (orang yang mencampakkan pundi-pundi najis
sembelihan ke atas Rasulullah s.a.w di Kaabah semasa baginda
bersembahyang) mewakili Banu Abd Ad-Dar5. Abu Al-Bukhturi bin Hisyam,
Zamah bin Al-Aswad dan Hakim bin Hizam mewakili banu Asad bin Abd
Al-Uzza6. Nabyah dan Manbah kedua-duanya anak lelaki Al-Hajjaj
mewakili bani Sahm7. Umaiyah bin Khalaf mewakili Bani JumahSemasa
mereka sampai ke Darul Nadwah seperti yang dijanjikan, mereka telah
dihalang seketika olehIblis yang menyamar dengan berpakaian seperti
seorang syeikh yang mulia iaitu pakaian ahli zuhud. Iblisberdiri di
pintu masuk lalu mereka semua bertanya: "Siapa tuan syeikh ini?" Jawab
Iblis: "Aku seorangsyeikh dari Najd telah mendengar berita perjumpaan
ini dan aku datang untuk mengikuti perbahasankamu semoga aku boleh
menyumbang sesuatu yang tidak merugikan kamu, pendapat ataupun
nasihat".Lantas mereka pun menjawab, "Betapa baiknya cadangan itu, ayuh!
Persilakan masuk".SIDANG DARUL NADWAH DAN PERSETUJUAN
DENGAN KEPUTUSAN DURJANA UNTUKMEMBUNUH RASULULLAH
S.A.WSetelah bilangan keanggotaan majlis mesyuarat Dar An-Nadwah
sempurna dengan kehadiran mereka,maka perbahasan pun bermula, disusuli
dengan saranan dan cadangan. Di antaranya ialah pendapat AbuAl-Aswad:
"Kita keluarkannya dari sini dan buangnya ke negeri lain. Selepas itu
kita usah pedulikannya,ke mana dia hendak pergi dan jatuh. Kemudian kita
pulihkan semula masyarakat kita ini".Kemudian berkata pula Syeikh dari
Najd tadi: "Demi Allah, kamu tidak ada pendapat lainkah? Tidakkahkamu
perhatikan bahawa Muhammad ini seorang yang petah bercakap, dengan
kata-katanya yang halusdan manis, serta berupaya mempengaruhi dan
menawan hati orang? Jika kamu berbuat demikian, kamutidak akan selamat,
kerana beliau akan memasuki ke perkampungan dan pedalaman Arab yang lain
dansetelah itu beliau akan memimpin untuk menentang dan melanyak kamu
semua dan membuat apa sahajayang dikehendakinya.Kata Abu Al-Bukhturi,
"Kamu penjarakannya dalam kurungan besi, tutup pintunya sebaik-baiknya,
dankamu kawalkannya serta tengok apa akan terjadi, sebagaimana berlaku
ke atas penyair-penyair yangsebelumnya seperti Zuhair dan An-Nabighah
yang menemui kematian seperti ini, biarlah dia merasasepertimana mereka
itu rasaiya.Kata Syeikh An-Najdi, Demi Allah, ini bukan pendapat yang
baik, demi Allah kalau kamu kurungkannyasedemikian rupa pun akhirnya
ceritanya itu akan bocor keluar dan sampai ke pengetahuan
pengikut-pengikutnya kemudian mereka itu pun akan menyerang kamu,
kemudian membebaskannya dari tangankamu, setelah itu akan bertambah
pengikutnya, seterusnya menghalangkan kamu semua, pendapat initidak
boleh dipakai, cuba cadangkan pendapat lain.
- 75. Ar-Raheeq
Al-MakhtumSelepas persidangan Dar An-Nadwah menolak dua cadangan yang
dikemukakan itu, dikemukakan pulacadangan yang paling nekad dan
terkutuk, ianya mendapat persetujuan seluruh anggota sidang,dikemukakan
oleh kepala samseng dan jenayah Makkah Abu Jahal bin Hisyam. Kata Abu
Jahal, "DemiAllah, sesungguhnya aku ada satu pendapat yang kamu tidak
nampak". Kata mereka, "Apakah pendapatitu wahai Abu Al-Hakam?" Jawab Abu
Jahal, "Aku melihat di mana setiap kabilah haruslah dipilih
seorangpemuda tangkas dan lincah kemudian kita serahkan kepada setiap
mereka sebilah pedang yang tajam,untuk mereka gunakannya, dengan cara
mereka menetak Muhammad serentak maka tamatlah riwayatMuhammad dan kita
pun boleh berehat, kerana bila mereka lakukan cara ini bererti semua
kabilahbertanggungjawab dan banu Abdul Manaf tidak terdaya untuk
memerangi kesemua qabilah ini, sebagaigantiannya mereka akan berpuas
hati dengan pembayaran diah (pampasan).Ulas Syeikh An-Najdi, "Pendapat
yang sebenar adalah sepertimana yang disebut oleh Abu Al-Hakam, danaku
pun berpendapat sedemikian juga". Sidang Dar An-Nadwah pun sebulat suara
menerima cadanganyang terkutuk itu, mereka pun pulang ke rumah
masing-masing dengan penuh keazaman, di manacadangan dan keputusan itu
akan dilaksanakan dengan serta-merta.HIJRAH RASULULLAH S.A.WSebaik
sahaja keputusan durjana diambil untuk membunuh Rasulullah s.a.w, Jibril
pun turun menemuiRasulullah s.a.w, dengan wahyu dari TuhanNya Tabaraka
Wataala, Jibril memberitahu pakatan jahatQuraisy, kini Allah telah
mengizinkan baginda untuk keluar berhijrah, dengan menentukan
masapergerakan hijrah dengan katanya: "Malam ini jangan kau tidur di
tempat kau yang biasa tidur itu".Di tengah hari rembang Rasulullah s.a.w
datang menemui Abu Bakr as-Siddiq untuk memastikankepadanya jadual
hijrah, Saidatina Aisyah (r.a) telah menyebut: Semasa kami sedang duduk
di rumahAbu Bakr, di ketika rembang hari, ada seorang berkata kepada Abu
Bakr, "Itu Rasulullah s.a.wberkelubung datang di saat yang tidak biasa
baginda menziarahi kami", kata Abu Bakr demi Allah,baginda tidak datang
di ketika ini, kecuali untuk urusan besar.Kata Aisyah: Maka tibalah
Rasulullah s.a.w, lalu baginda meminta izin, lantas baginda masuk
sambilberkata kepada Abu Bakr, "Boleh kau keluar sekejap". Jawab Abu
Bakr, "Mereka ini semua keluargaengkau Rasulullah s.a.w, demi engkau
sebagai bapaku wahai Rasulullah s.a.w". Kata baginda, "Kini akutelah
diizinkan untuk keluar". Jawab Abu Bakr, "Demi kau sebagai bapaku,
apakah aku mengiringi tuanhamba?" Jawab Rasulullah s.a.w, "Ya, memang
begitu".Setelah ditetapkan perancangan hijrah, maka Rasulullah s.a.w pun
pulang semula ke rumahnya,menunggu ketibaan malam.PENGEMPUNGAN RUMAH
RASULULLAH S.A.WPimpinan dan kepala jenayah Quraisy menghabiskan siang
mereka untuk menyempurnakan perancangandan persiapan seperti yang
diputuskan oleh sidang Dar An-Nadwah, sebelas orang kenamaan
wakilkabilah masing-masing ialah seperti:1. Abu Jahal bin Hisyam2.
Al-Hakam bin Abi Al-As3. Ugbah bin Abi Muit4. An-Nadhr bin
Al-Harith5. Umaiyah bin Khalaf6. Zamaah bin Al-Aswad7. Tuimah bin
Adi
- 76. Ar-Raheeq Al-Makhtum8. Abu Lahab9. Ubai bin
Khalaf10. Nabyah bin Al-Hajjaj11. Manbah bin Al-Hajjaj (saudara
Nabyah bin Al-Hajjaj)Kata Ibnu Ishak: Bila malam bergerak gelap, mereka
pun berkumpul di pintu menunggu baginda tidur, dimasa itu mereka akan
menyerang serentak. Mereka dengan penuh keyakinan dan kepercayaan
yangmereka akan berjaya dengan pakatan jahat itu, di mana Abu Jahal
berdiri dengan penuh sombong danujub, sambil mereka bertanya kepada
semua pengikutnya itu, yang sedang mengepung rumah Rasulullahs.a.w penuh
senda dan ejekan terhadap kesudahan Rasulullah s.a.w dengan katanya,
"Itu dia Muhammadyang pernah menjanjikan kamu semua, sekiranya kamu
mengikutnya beliau akan serah kuasa kepadakamu sebagai Mahajara Arab dan
Ajam, kemudian kamu akan dibangkitkan semula dari kubur kamu,deng
menyerahkan kunci syurga seperti taman-taman di Jordan kononnya, dan
sekiranya kamu tidakmahu menurutinya kau akan disembelihnya, setelah itu
kamu akan dihidupkan semula kemudian sekalilagi kamu akan diazab dengan
disumbat ke dalam neraka yang membakar".Masa tindakan adalah ditengah
malam, untuk itu mereka berjaga sepanjang malam menunggu detikterakhir,
namun Allah mengatasi seluruh perancangan. Mentadbir petala langit dan
bumi, Tuhan mampuberbuat segala sesuatu yang dikehendakinya, ianya mampu
melanggar sesuatu tetapi tiada suatu punyang mampu melanggarNya. Memang
Allah melaksanakan sesuatu seperti yang disuarakan kepadaRasulullah
s.a.w dengan mafhumnya:"Dan ingatlah (Wahai Muhammad), ketika orang
kafir musyrik (Makkah) menjalankan lipu dayaterhadapmu untuk menahanmu,
atau membunuhmu, atau mengusirmu. Mereka menjalankan tipu dayadan Allah
menggagalkan tipu daya (mereka), kerana Allah sebaik-baik yang
menggagalkan tipu daya".
Al-Anfal: 30RASULULLAH S.A.W
MENINGGALKAN RUMAHNYADi dalam suasana pihak Quraisy begitu prihatin
dengan perancangan mereka, namun mereka gagal disaat terakhir dan
kritikal ini, Rasulullah s.a.w telah meminta Saidina Ali (r.a) dengan
sabdanya, "Ayuh,kau tidur ditempatku ini dan berselimutlah dengan kain
Hadramiku ini, dan lenalah, tiada suatu pun yangkau tidak suka itu akan
terkena kau". Sebenarnya Rasulullah s.a.w tidur biasa berselimut dengan
kainnyaitu.Rasulullah s.a.w pun keluar, membelah barisan sekatan mereka
malah Rasulullah s.a.w telah mengambilsegenggam pasir dari atas tanah di
mana baginda menaburkannya ke atas kepala mereka semua danAllah membuta
penglihatan mereka hingga mereka tidak sedikit pun melihat Rasulullah
s.a.w keluar dimasa itu sambil membaca ayat Allah yang bermaksud:"Dan
Kami jadikan sekatan di hadapan mereka, dan sekatan di belakang mereka.
Lalu Kami tutuppandangan mereka; maka dengan itu, mereka tidak dapat
melihat.
YaaSiin: 9Tidak seorang pun dari mereka yang
terkecuali, malah kesemua mereka diletakkan tanah ke ataskepalanya,
baginda terus berjalan ke rumah Abu Bakr. Rasulullah s.a.w dan Abu Bakr
keluar melaluijendela di rumah Abu Bakr di malam itu juga, hingga sampai
ke gua Thur yang terletak dipertengahanperjalanan ke arah Yaman.Mereka
yang mengepung rumah Rasulullah s.a.w menunggu-nunggu detik terakhir,
malangnya sebelumsampai saat dan ketikanya terbongkar kegagalan, di mana
seorang lelaki lain yang tidak bersama merekatelah datang menemui
mereka semua, mendapati mereka sedang berkawal rapi di pintu rumah
Rasulullah
- 77. Ar-Raheeq Al-Makhtums.a.w dengan katanya, "Apa
yang kamu tunggu ini?" Jawab mereka, "Kami menunggu Muhammad".Jawab
lelaki tadi, "Kau sudah gagal dan kehilangan peluang. Demi Allah,
Muhammad sudah berlalu darisini, malah telah menabur tanah-tanah ke atas
kepala kamu semua dan kini beliau sudahpun beredaruntuk tujuannya".
Jawab mereka semua, "Demi Allah, kami tidak melihatnya pun". Mereka
semuabangun, mengibas tanah dari kepala masing-masing.Mereka cuma
mengintai dari celah pintu dan mendapati Ali di tempat tidur Rasulullah
s.a.w, maka merekaberkata "Demi Allah, itu dia Muhammad sedang tidur
berselimut dengan kainnya". Oleh itu, mereka puntidak bergerak dari
tempat masing-masing hinggalah ke subuh. Pada masa itu, Ali pun bangun
daritidurnya. Alangkah terkejut melihat keadaan yang mengecewakan itu,
lalu mereka pun bertanya kepadaAli di mana gerangannya Muhammad. Jawab
Ali, "Aku tidak ada maklumat mengenainya".DARI RUMAH KE GUARasulullah
s.a.w meninggalkan rumahnya pada malam 27 bulan Safar tahun keempat
belas kebangkitanbaginda bersamaan 12 atau 13 September tahun 622
Masihi. Baginda tiba ke rumah temannya Abu Bakryang merupakan manusia
yang paling dipercayai oleh Rasulullah s.a.w, untuk persahabatan
danhartanya. Kemudian mereka berdua beredar keluar dari rumah Abu Bakr
dari pintu belakang, untuk laridari Makkah secepat mungkin dan sebelum
fajar menyinsing.Rasulullah s.a.w menyakini yang Quraisy akan berusaha
sedaya upaya mereka untuk memburunya danjalan yang akan terlintas
dipemikiran Quraisy ialah jalan utara menuju ke Madinah maka sebab
ituRasulullah s.a.w mengambil jalan yang mencanggahi jalan ke utara,
iaitu jalan yang berada disebelahselatan menghala ke negeri Yaman,
baginda mengambil jalan itu yang sejauh lima kilometer hingga tibake
bukit yang dikenali sebagai Jabal Thur, ianya mempakan bukit yang
tinggi, jalannya sukar,pendakiannya berhalangan, berbatu-batu hingga
melecet tapak kaki baginda (s.a.w). Diceritakan bahawaRasulullah s.a.w
terhincut-hincut dengan tujuan menyembunyikan kesan tapak kakinya hingga
melecettapak kaki baginda, walau bagaimana sekali pun Abu Bakr telah
mendukung Rasulullah s.a.w,sesampainya mereka ke Jabal Thur itu, terasa
berat oleh Abu Bakr namun beliau dapat menyampaikanbaginda ke kemuncak
bukit, dalam sejarah Islam dikenali sebagai gua Thur.KETIKA MEREKA
BERDUA Dl DALAM GUASesampainya mereka ke gua berkenaan, kata Abu Bakr,
"Demi Allah, Rasulullah s.a.w jangan masuk,kecuali setelah hamba masuk
dahulu, sekiranya ada sesuatu yang berbahaya biar terkena hambadahulu".
Lalu beliau masuk ke dalamnya dan membersihkannya. Di sana, Abu Bakr
mendapati sebuahlubang maka beliau mengoyak kainnya dan disumbatkannya
dan beliau menyeru, "Sila masuk, Rasulullahs.a.w". Maka baginda pun
masuklah. Abu Bakr meletakkan kepala baginda ke ribanya hingga
bagindalena, di masa itu kala jengking menyengat kakinya yang terhulur
ke dalam lubang, namun sedikit punbeliau tidak bergerak supaya
Rasulullah s.a.w tidak tersedar. Tetapi air matanya terjatuh ke
mukaRasulullah s.a.w. Kata Rasulullah s.a.w, "Apa hal diri kau wahai Abu
Bakr". Jawab beliau, "Daku telahdisengat, demi ibu bapaku korban untuk
kau, ya Rasulullah s.a.w". Oleh yang demikian, Rasulullah
s.a.wmenawarkan bekas sengatan tadi dengan ludahan baginda, maka segera
hilanglah kesakitannya itu.Selama tiga malam mereka bersembunyi di gua
itu, iaitu malam Jumaat, Sabtu dan Ahad, Abdullah binAbu Bakr turut
tidur bersama-sama mereka, ujar Aisyah, "Abdullah adalah salah seorang
pemudaberpengetahuan dan cerdik, menemani mereka di waktu malam. Di
hujung malam beliau keluar dari sanadan berada di kalangan Quraisy di
pagi hari menampakkan yang beliau bermalam di Makkah bersamaQuraisy,
beliau mendengar dan mengingati segala sesuatu yang diperihalkan di
Makkah untuk dibawakepada mereka berdua di tengah malam". Manakala Amir
bin Fahiirah orang suruhan Abu Bakr bertugasmemelihara kambing untuk
membekalkan mereka berdua dengan susu dan daging panggang, beliau
- 78.
Ar-Raheeq Al-Makhtummenyampaikannya kepada mereka berdua setelah malam
berlabuh dengan melaung dan menyebutperkataan, "susu dan daging" kepada
mereka. Beliau melakukan ini di ketiga-tiga malam persembunyianitu,
selain dari itu, Amir bin Fahiirah juga bertugas menghalau kambingnya di
atas kesan-kesan tapakkaki Abdullah bin Abu Bakr supaya tidak dapat
dikesan oleh pihak Quraisy.Pihak Quraisy menjadi gila, setelah mereka
yakin Rasulullah s.a.w telah terlepas dari usaha jahat merekaitu. Apa
yang dapat mereka lakukan ialah dengan melanyak Saidina Ali serta
diseretnya ke Kaabah danmereka mengurungnya dengan harapan memperolehi
berita arah mana Rasulullah s.a.w dan Abu Bakrmelarikan diri. Setelah
mereka tidak dapat memperolehi sebarang maklumat dari Ali, mereka menuju
kerumah Abu Bakr As-Siddiq pula, setelah mengetuk pintu rumah, Asma
binti Abu Bakr pun keluar, katamereka, "Mana bapa awak?". Jawab Asma,
"Demi Allah, mana aku tahu ke mana dia pergi". Sebelumberedar, Abu Jahal
yang buruk akhlak itu, sempat juga menempeleng muka Asma hingga
melayangsebelah subang di telinganya.Dalam sidang tergempar Quraisy,
mereka telah membuat keputusan segera, iaitu mengerah seluruhjentera
yang ada untuk menangkap buruan yang lari itu, semua jalan masuk ke kota
Makkah diletakkandalam kawalan bersenjata api, dan pihak Quraisy
menawarkan kepada sesiapa yang dapat menangkapmereka berdua hidup atau
mati dengan hadiah yang lumayan, iaitu seratus ekor unta untuk
seorang.Di ketika itu seluruh pahlawan penunggang kuda dan pejalan kaki
serta tukang pengesan tapak kaki,seluruh mereka bertebaran ke pelusuk
sekitar Makkah di lembah-lembah dan di bukti-bukit, di dataranmahupun di
gua, namun kesemua mereka tidak berjaya. Mereka yang memburu tadi
sempat juga sampaike pintu gua Thur, tetapi Allah yang menguasai di atas
segalanya. Imam Al-Bukhary menceritakan dalamriwayatnya dari Anas dari
Abu Bakr katanya, "Semasa aku bersama dengan Rasulullah s.a.w di
dalamgua, aku mendongak kepalaku, tiba-tiba aku melihat kaki-kaki
Quraisy dari celah batu. Kataku,WahaiRasulullah s.a.w! kalaulah di
antara mereka tunduk ke bawah, nescaya mereka dapat melihat kita di
sini.Jawab Rasulullah s.a.w, "Berdiam sahajalah, kita berdua, Allah yang
ketiga bersama kita, dalam lafazyang lain aku meyakini bahawa Allah
bersama-sama kita".Sebagai mukjizat Allah yang dianugerahkan kepada
RasulNya mereka telah beredar pulang dari situmeskipun hanya beberapa
langkah sahaja dari situ Rasulullah s.a.w sedang bersembunyi.DALAM
PERJALANAN KE MADINAHSebaik sahaja api kemarahan dan usaha membunuh
Rasulullah s.a.w reda, rondaan dan sekatanpemeriksaan dihentikan,
setelah tiga hari berturut-turut, maka Rasulullah s.a.w dan sahabatnya
bersiapuntuk keluar dan bergerak ke Madinah. Mereka berdua telah pun
mengupah Abdullah bin Uraiqat, beliauadalah seorang yang tenang dan
mahir mengenai jalan di padang pasir, beliau masih lagi dengan
agamaQuraisy, namun baginda mempercayai dalam hal ini, Rasulullah s.a.w
dan sahabatnya itu telah menyerahkedua-dua binatang tunggangan mereka
kepada Abdullah, dengan menjanjikannya untuk menemuimereka di pintu gua,
selepas tiga malam berlalu di malam Isnin satu haribulan Rabiul
Al-Awal, tahunpertama Hijriah bersamaan 16 September 622 Masihi,
Abdullah bin Uraiqat pun tiba ke pintu gua denganmembawa dua tunggangan,
kata Abu Bakr kepada Rasulullah s.a.w, "Dikaulah sebagai ayahku,
ambillahsalah seekor tunggangan ini". Beliau pun menyerahkan yang
terbaik di antara dua ekor itu. JawabRasulullah s.a.w, "Ku ambil Dengan
harga".Asma binti Abu Bakr pun membawa bekalan perjalanan Rasulullah
s.a.w dan Abu Bakr, beliau terlupamembawa tali pengikat untuk diikat
bekalan tadi pada kenderaan baginda, akhirnya beliau mengoyak
kainpengikat pinggangnya, sebelah diikatkan bekalan makanan yang sebelah
lagi diikat semula kepinggangnya, dengan itu beliau dikenali dengan
"Zat An-Nitaqain " yang empunya dua tali pinggang.Rasulullah s.a.w
bersama-sama Abu Bakr menuju ke destinasinya, bersama-sama mereka Amir
binFahiirah, melalui jalan pinggir pantai mengikuti dalil penunjuk jalan
Abdullah bin Uraiqat. Arah pertama
- 79. Ar-Raheeq
Al-Makhtumyang beliau tunjuk sebaik sahaja keluar dari gua itu, ialah ke
arah selatan negeri Yaman, kemudian barubeliau mengalih arah menuju
persisiran pantai, hingga apabila beliau sampai ke jalan yang tidak
pernahdilalui orang, beliau mengalih arah ke utara menghampiri pantai
laut merah, iaitu jalan yang tidak digunaorang kecuali jarang-jarang
sahaja.Ibnu Ishak menceritakan mengenai tempat-tempat yang dilalui
Rasulullah s.a.w di dalam perjalananmulia ini. Katanya, "Sebaik sahaja
dalil penunjuk membawa mereka ke selatan Makkah, tidak lamakemudian
beliau membawa mereka rrtenyusur ke tempat bertentangan jalan ke bawah
Asapan, kemudianbaru mereka ke bawah Amaj, memasuki Qadid, dari situ
dibawa memasuki Al-Kharar, terus pergi keThaniya Al-Murrah, berlepas ke
Laqfa dengan memasuki Madlajah Laqaf, dari situ bergerak ke
MadlajahMujah, bawa mereka masuk Marjah Muhaj kemudian memasuki Mazhaj
Zi Ghadhwin menyusur ke ZiKasyr terus ke Al-Jadajid, lepas itu ke
Al-Ajrad, dengan memasuki Za Salam kemudian dari Batnu Aadamemasuki Tahn
berlepas ke Al-Ababid melintasi Al-Fajah turun Al-Arj mengarah ke
Thaniyah Al-Aair disebelah kanan Rakubah, kemudian turun lagi ke Batn
Raim akhirnya sampai ke Quba. Di sinidiringkaskan beberapa peristiwa di
dalam perjalan berkenaan:1. Al-Bukhary meriwayat dari Abu Bakr As-Siddiq
(r. a) dengan katanya: Pada malam itu, malah darikelmarin lagi kami
berjalan malam hinggalah rembang hari, jalan lengang, tak siapa pun
melaluinya, disuatu tempat kami menghampiri sebuah batu panjang
ditepinya teduhan, di situ kami singgah sebentar,aku sediakan tempat,
menyapu-nyapu dengan tanganku untuk Rasulullah s.a.w berhenti dan tidur
denganmenghamparkan sebidang kulit dan kuberkata, "Tidurlah wahai
Rasululllah dan hamba hendak memerhatiyang di sekeliling man hamba ini".
Rasulullah s.a.w pun tidur. Kemudian aku pun keluar memerhati
disekeliling baginda, tiba-tiba aku bersua dengan seorang pengembala
membawa kambing-kambingnya kebatu yang kami singgah, hendak berteduh
seperti kami, ku berseru kepadanya, "Siapa tuan kamu, wahaipengembala?".
Jawabnya, "Yang ampunya ini ialah seorang lelaki dari penduduk Madinah
atau Makkah.Kataku kepada lelaki itu, "Ada tak di antara kambing-kambing
ini yang bersusu?". Jawabnya, "Ya,memang ada". Kataku, "Boleh tak
kauperahkannya". Jawabnya, "Ya, sudahtentuboleh".Beliaupun
segeramemegang seekor kamping betina. Kataku, "Hai, kau bersihkan uncang
susunya dari tanah-tanah, buludan kotoran". Lepas itu, beliau memerah
susu ke dalam sebuah bekas, kemudian ku tuangkannya kedalam bejana yang
sedia ku bawa bersama ku untuk Rasulullah s.a.w. Baginda meminum dan
berwudhudarinya, ku pun bawa ke hadapan Rasulullah s.a.w, keberatan
untukku mengejutkan Rasulullah s.a.w daritidurnya itu, ini membolehkan
daku merenjis air ke atas bejana supaya susu di dalamnya menjadi
dingin.Setelah Rasulullah s.a.w terjaga, aku pun segera meminta
Rasulullah s.a.w meminumnya, baginda punmeminum kesemuanya, kemudian
Rasulullah s.a.w bersabda, "Boleh tak kita bergerak sekarang
ini?".Jawabku, "Bahkan boleh, wahai Rasulullah s.a.w". Kemudian kami
semua bergerak. .2. Kebiasaannya Abu Bakr mengekori dari belakang
Rasulullah s.a.w, beliau seorang yang dikenali sedangRasulullah s.a.w
seorang yang muda yang tidak dikenali, bila beliau ditanya, "Siapa yang
dihadapan kamuitu?" Jawab Abu Bakr, "Itu penunjukjalan". Orang itu
menyangka yang dimaksudkan itu ialah penunjukarah perjalanan, namun apa
yang dimaksudkan oleh Abu Bakr ialah penunjukjalan kebaikan
dankebenaran.3. Suraqah bin Malik telah mengekori mereka dari belakang.
Cerita Suraqah, "Ketika ku sedang duduk didalam satu majlis qabilahku,
Banu Mudlij, tiba-tiba seorang lelaki telah datang ke majlis
berkenaan.Beliau berdiri, sedang kami semua duduk, lalu berucap, "Wahai
Suraqah, baru sebentar daku telahmelihat lembaga hitam dipersisiran
pantai, aku mendapati Muhammad dan sahabat-sahabatnya". KataSuraqah di
dalam hatinya, "Aku tahulah mereka itu memang Muhammad dan
sahabat-sahabatnya".Kemudian katanya kepada lelaki itu, "Mereka itu
bukan Muhammad dan pengikut-pengikutnya, tapi yangkau lihat itu si Fulan
dan si Fulan, mereka itu berjalan dalam pengawasan kami". Daku duduk
dalammajlis beberapa ketika, kemudian ku keluar dari situ dan suruh
"perempuan suruhanku" iiupaya bawakeluar kudaku yang tertambat disebalik
berlukar, sementara aku mengambil tombak dan ku keluar daribelakang
rumah, dengan mengheret batang tombak di atas tanah dan matanya
direndahkan, hinggalahsampai dekat kudaku, terus ku pecutnya, aku
mengenali mereka itu dan menghampiri mereka,
- 80. Ar-Raheeq
Al-Makhtummalangnya kuda aku terbenam kaki depannya ke dalam pasir,
hingga aku terjatuh, setelah ku berdiri, kumembuat cabutan nasib dengan
menggunakan anak panahku dengannya aku bersumpah di antara dua"membunuh
mereka atau tidak", cabutan nasib keluar yang ku tidak suka, namun aku
melanggarsumpahan itu, sekali lagi kuda ku menghampiri mereka, memang
dekat hingga aku dapat mendengarbacaan Rasulullah s.a.w baginda tidak
menoleh ke mana-mana tetapi Abu Bakr kerap sangat menoleh kebelakang,
sekali lagi kaki hadapan kuda ku terbenam ke dalam pasir hingga ke
lututnya sekali lagi akutercampakjatuh, ku mengherdiknya ia pun bangun,
kaki depannya hampir-hampir tidak dapat dibawakeluar, namun setelah
berdiri tegak semula tidak semena-semena kelihatan debu bercahaya di
depanlangit seperti asap, sekali lagi ku membuat cabutan dengan anak
panah dan sekali lagi keluar yang kumembencinya, kali ini ku menyeru
kepada mereka memohon keselamatan, mereka semua berhenti danku pun
memacu kuda, ku menuju arah mereka hingga sampai ke hadapan mereka, kini
terlintas di dalamjiwa ku dengan apa yang telah terjadi di mana
tindakan ku itu semua terhalang adalah petanda kepadakejayaan urusan
Rasulullah s.a.w itu di masa-masa akan datang. Ku menyeru kepada
baginda, "Kaum kutelah menawar ganjaran untuk sesiapa dapat menangkap
Rasulullah s.a.w". Dan ku menceritakan kepadamereka apa yang hendak
dilakukan oleh orang ramai, ku tawarkan kepada mereka bakalan dan
barang-barang makanan, namun tak seorang pun yang mempedulikan, cuma apa
yang mereka meminta denganberkata, "Jauhilah dari kami". Ku meminta
Rasulullah s.a.w menuliskan daku watikah keamanan, bagindamenyuruh Amir
bin Fahiirah, beliau pun tulislah ke atas sebidang kulit, setelah itu
Rasulullah s.a.w punmeneruskan perjalanannya.Mengikut riwayat Abu Bakr
yang berkata, "Kami keluar berhijrah dalam keadaan kaum kafirin
mencari-cari kami, namun tak seseorang pun yang dapat memburu kami
kecuali Suraqah bin Malik bin Jasyamsahaja yang menunggang kudanya, ku
menyeru kepada Rasulullah s.a.w, yang ku mencurigai pemburuanitu
kalau-kalau ianya sempat menangkap kami. Jawab Baginda dalam ayat yang
bermaksud:(Jangan berduka sesungguhnya Allah bersama kita)
At-Taubah: 40Dengan itu Suraqah pun berpatah balik, di Makkah beliau
mendapati orang ramai memang sedangmencari-cari Rasulullah s.a.w dengan
berseru kepada mereka sekalian: Telah pun aku usahakan untukkamu, dan di
sini aku yang bertanggungjawab". Di awal hari beliau menjadi musuh
Rasulullah s.a.w, diakhir hari menjadi pengawal Baginda.4. Di dalam
perjalanan Baginda itu, Rasulullah s.a.w telah melewati dua perkhemahan
Ummu Mabad Al-Khuza iyah, beliau adalah seorang wanita tegas, duduk
berehat di halaman khemahnya biasanyamemberi jamuan dan minuman kepada
sesiapa yang melewati khemahnya, di hari itu mereka berduabertanyakan
beliau, "Apakahada sesuatu bersama puan?" Jawabnya, "Demi Allah, kalau
ada sesuatubersama kami, kamu tidak akan terbiar tanpa jamuan, kambing
semuanya tak bersusu dan ini pula tahunkemarau".Rasulullah s.a.w
membeiek ke arah kamping betina di tepi khemah dengan bersabda, "Apa
kambingbetina di tepi khemah itu wahai Ummu Mabad?". Jawab beliau, "Itu
adalah kambing tertinggal kawankerana keletihan". Tanya Baginda,
"bersusukah?". Jawabnya, "lanya terlalu teruk untuk memberi susu".Sabda
Rasulullah s.a.w, "Berikan izin untuk sayamemerahnya," Jawab Ummu Mabad:
Ya, demi Allah, kausebagai ibu bapaku kalau, nampak boleh diperah-perah
sajalah. Rasulullah s.a.w mengusap-usap uncangsusu dengan tangan
Baginda disertai dengan pembacaan Bismillah dan berdoa, uncang pun
mengembangmemenuhi susu terus mencurah susu, Baginda meminta bekas agak
besar mencukupi beberapa orang,Baginda perah hingga berbuih pada
permukaan bekas perahan itu. Baginda memberi Ummu Mabadmeminumnya hingga
puas, lepas itu memberi kepada sahabatnya, mereka pun minum hingga
puas, lepasitu Baginda minum, sekali lagi Baginda memerah hingga tepu
bekas, lalu ditinggal kepada Ummu Mabaddan mereka semua meneruskan
perjalanan.Tidak berapa lama kemudian suami Ummu Mabad pulang menghalau
kambing-kambing kekurusan,
- 81. Ar-Raheeq Al-Makhtumkesemuanya
berjalan terhuyung hayang, kerdil-kerdil belaka, tetapi bila beliau
melihat susu di khemahbeliau kehairan terus bertanya dari mana kesemua
ini, kambing yang tertinggal itu belum beranak, danyang tertinggal di
khemah tadi tak ada yang bersusu pula?Jawab Ummu Mabad: Tak tahulah,
demi Allah sesungguhnya tadi telah berlalu dari sini seorang
lelakibertuah membawa berkat, di antara percakapannya begini-begini,
perwatakannya begini-begini, katasuami Ummu Mabad: Sesungguhnya demi
Allah, aku percaya inilah orang yang diburu oleh Quraisy, cubakau
terangkan lagi wahai Ummu Mabad, lalu beliau menceritakan sifat-sifat
Baginda yang terpuji denganbahasa beliau yang menarik, seorang yang
mendengar itu bagaikan melihat Rasulullah s.a.w berdiri dihadapannya,
akan kita perihalkan sifatnya itu di hujung tajuk nanti, kata suami Ummu
Mabad: DemiAllah itulah dia orang yang disebut-sebut halnya, aku amat
berhasrat untuk bersahabat dengannya, pastiku tunaikan hasrat ku ini
bila terluang bagi ku nanti. Di subuh pagi kedengaran suatu suara di
Makkahtetapi tidak kelihatan pengungkapnya:Semoga tercurah balasan
Allah,Melalui teman berdua, melewati khemah,Dipersinggahan membawa
barakah,Pemergian pun meninggalkan tuah,Berbahagia kau taulan
Muhammad,Rugilah kaum Qusai,Dari kau... Allah elakkan
pimpinan,Bersenanglah Banu Ka ab,Lantaran kedudukan pemudamu,Kedudukan
kaum mukmin mu,Bertanyalah saudara mu,Mengenai kambingnya,
Bejananya,Kambing pula menegas saksian.Kata Asma: Sebenarnya kami tidak
tahu arah mana Rasulullah s.a.w tujui, namun telah tiba satu lelakijin
satu dari sebelah Makkah sana dengan mendendangkan rangkap-rangkap tadi.
Orang ramaimengikutinya dan mendengar suaranya tetapi tidak
kelihatanjasadnya, dia berlalu hinggalah ke sebelahatas Makkah sana.
Bila kami semua mendengar laungan ini kami pun tahulah yang Rasulullah
s.a.wmenuju ke arah Al-Madinah.5. Di dalam perjalanan Baginda telah
bertemu dengan Aba Buraidah, beliau adalah ketua kabilahnya,beliau
keluar dalam usaha mencari Rasulullah s.a.w dan Abu Bakr dengan harapan
akan meraih tawaranQuraisy yang sangat lumayan itu, tetapi apa yang
terjadi adalah di sebalik itu kerana setelah beliaubertemu dan bercakap
dengan Rasulullah s.a.w terus beliau memeluk Islam bersama-sama dengan
tujuhpuluh orang pengikutnya, dengan itu beliau menanggal serbannya dan
diikat ke hujung lembingnya,sebagai bendera mengisytiharkan kedatangan
penguatkuasa keamanan dan kesejahteraan telah tibauntuk memimbarkan
keadilan dan kesaksamaan dipersada cakrawala ini.6. Di dalam perjalanan
ini Rasulullah s.a.w bertemu Az-Zubair dengan rombongan kaum muslimin
didalam kabilah perniagaan dari Syam, beliau memberi persalinan baju
putih kepada Rasulullah s.a.w danAbu Bakr.PERSINGGAHAN DI QUBABertepatan
pada hari Isnin 8 Rabiul Al-Awal tahun 14 kebangkitan Rasulullah s.a.w,
iaitu tahun pertamaHijrah bersamaan 23 September 622 Masihi, Rasulullah
s.a.w telah sampai ke Quba.Kata Urwah bin Az-Zubair: Umat Islam di
Madinah telah pun mendapat maklumat mengenai penghijrahanRasulullah
s.a.w dari Makkah ke Madinah, justeru itu, paada setiap pagi mereka
keluar beramai-ramai ke
- 82. Ar-Raheeq Al-Makhtumtanah lapang
Al-Hurah, menunggu kedatangan Rasulullah s.a.w. Mereka pulang ke rumah
apabilamatahari terik memaksa mereka pulang ke rumah. Di suatu hari,
apabila mereka pulang ke rumahmasing-masing kerana keletihan menunggu,
ditakdirkan seorang Yahudi yang sedang berada di berandaatau menara
pagarnya, beliau ternampak Rasulullah s.a.w bersama-sama para
sahabatnyaseba putihkelihatan jelas dari jauh, Yahudi tadi tak tertahan
untuk meluahkan perasaannya dengan melaung," wahaibangsa Arab, itu dia
datuk kamu yang kamu tunggu-tunggu," kaum muslimin pun marah dan
segeramereka mencapai senjata.Ibn Al-Qayyum menceritakan," Kedengaran
laungan takbir di rumah Banu Amru bin Auf, justeru ituseluruh kaum
muslimin pun melaungkan takbir kegembiraan dengan ketibaan Rasulullah
s.a.w seluruhmereka mengalu-alukan kedatangan Rasulullah s.a.w dengan
sambutan dan aluan sebagai seorang nabi,kesemua mereka merenung ke muka
Rasulullah s.a.w melingkungi baginda dalam suasana di selubungiketenagan
dan wahyu pun turu kepada Rasulullah s.a.w"."...Sesungguhnya Allah
adalah Pembelanya, dan selain dari itu Jibril serta orang salih dari
kalangan orangyang beriman dan malaikat-malaikat juga menjadi
penolongnya"
At-Tahrim: 4Urwah bin Az-Zubair
menceritakan dengan katanya: Mereka semua menyambut Rasulullah s.a.w
danBaginda membelok ke sebelah kanan hingga sampai dan singgah di
kalnagan qabilah Banu Amru bin Awf,pada hari Isnin bulan Rabiul Al-Awal,
Abu Bakr bangun berdiri manakala Rasulullah s.a.w duduk
berdiam,orang-orang Ansar yang belum pernah melihat Rasulullah s.a.w
terus mendatangi Rasulullah s.a.w untukmengucap selamat datang - dalam
salu naskah tertulis; mereka berucap kepada Abu Bakr, hinggalahsampai
matahari terbit dan terkena Rasulullah s.a.w oleh Abu Bakr segera bangun
memayungi Rasulullahs.a.w dengan kainnya, maka dengan itu orang ramai
pun kenallah diri Rasulullah s.a.w itu.Al-Madinah keseluruhannya dengan
penduduk Islamnya bagaikan berombak bergerak, menyambutkedatangan
Rasulullah s.a.w, ianya merupakan suatu hari yang paling bersejarah yang
belum disaksi lagiselama ini. Kaum Yahudi telah menyaksi kebenaran
bisyarah kedatangan Rasulullah s.a.w utusan Allaholeh Habquq yang
bertulis, "Sebenarnya Allah datang dari al-Tayinan dan Al-Quddus dari
bukit Faran".Di Quba Rasulullah s.a.w telah singgah di rumah Kalthum bin
Al-Hudm, tapi dalam riwayat yang lainmengatakan Rasulullah s.a.w
singgah di rumah Sad bin Khaithamah riwayat pertama lebih tepat. Ali
(r.a)tinggal di Makkah, untuk selama tiga hari selepas Hijrah Rasulullah
s.a.w itu, hingga selesai beliaumenyerah kembali barang-barang amanah
orang yang pernah mereka tinggalkan kepada Rasulullah s.a.wsebelum ini.
Lepas itu beliau pun susul berhijrah dengan berjalan kaki dan sempat
beliau menemuiRasulullah s.a.w dan Abu Bakr"di Quba di sana beliau
singgah di rumah Kalthum bin Al-Hudm.Rasulullah s.a.w tinggal di Quba
empat hari iaitu Isnin, Selasa, Rabu dan Khamis. Baginda
mengasaskanmasjid Quba dan bersembahyang di situ. Ianya adalah masjid
yang pertama sekali dibina di atas dasartaqwa setelah Baginda
dibangkitkan sebagai Rasul, di hari kelima iaitu hari Jumaat, dengan
perintah dariAllah Baginda berangkat dengan diekori oleh Abu Bakr dari
belakang untuk menemui Banu An-Najar,mereka adalah bapa saudara
Rasulullah s.a.w dari sebelah ibunya, sebelum itu Rasulullah
s.a.wmenghantar perutusan ke sana menjemput mereka, dengan segera mereka
semua datang denganpedang-pedang bergalas keluar untuk menemui
Rasulullah s.a.w, mereka semua bertemu denganRasulullah s.a.w di
perkampungan Banu Salim bin Auf, di dalam masjid di lembah berkenaan
Rasulullahs.a.w berhimpun dengan Banu An-Najar yang seramai seratus
lelaki.MEMASUKI AL-MADINAHSelepas solat Jumaat Rasulullah s.a.w memasuki
Al-Madinah, di mana sejak hari itu daerah yang bernamaYathrib itu
dikenali dengan Madinatur-Rasul (s.a.w) untuk singkatan maka disebut
Al-Madinah sahaja, hari
- 83. Ar-Raheeq Al-Makhtumitu adalah hari
bersejarah dan gemilang, jalan-jalan, lorong dan rumah-rumah bergema
dengan tahmiddan taqdis, seluruh anak-anak gadis Ansar mendendangkan
rangkap-rangkap puisi, tanda kegembiraandan keceriaan.Orang-orang Ansar
bukanlah golongan pemilik harta yang banyak, namun setiap dari mereka
bercita-citasemoga Rasulullah s.a.w singgah ke rumah mereka bila sahaja
Rasulullah s.a.w melewati di hadapanrumah setiap orang memegang tali
kuda Baginda sambil berkata, "Wahai Rasulullah s.a.w, ayuh bersamakami,
kami ada kekuatan dan bilangan yang ramai, kami buat senjata untuk
mempertahankan tuanhamba". Rasulullah s.a.w hanya akan menjawab kepada
mereka, "Biarlah dia bergerak mengikut arahnya,kuda Baginda terus
bergerak hingga sampai ke tapak masjid An-Nabawy yang ada sekarang ini,
sampaike situ kuda Rasulullah s.a.w pun berlabuh, namun Rasulullah s.a.w
tidak terus turun, malah kudanyabangun semula dan berjalan lagi ke
hadapan kemudian berpatah balik semula ke belakang ke tempatpertama
tadi, dengan itu barulah Rasulullah s.a.w turun darinya, sebagai taufik
dari Allah tempat ituadalah kawasan kediaman Banu An-Najar keluarga bapa
saudara Rasulullah s.a.w sebelah ibunya. KeranaBaginda sendiri pun suka
kiranya Baginda dapat turun di kalangan bapa saudaranya, kerana itu
adalahsuatu penghormatan kepada mereka, semua hadirin meminta Rasulullah
s.a.w tinggal di rumah mereka,tetapi Abu Ayub Al-Ansari segera ke
binatang tunggangan Baginda dan menuntunnya ke dalam kawasanrumahnya,
maica kata Rasulullah s.a.w, penunggang harus mengikut tunggangannya,
manakala Asad binZurarah pun memegang tali kuda dan dengan ku tunggangan
tadi tinggallah bersama-sama beliau.Al-Bukhary meriwayatkan dari
Anas: Rasulullah s.a.w bersabda, "Mana dia rumah keluarga kami
yangterdekat?". Kata Abu Ayub, "Saya Rasulullah s.a.w dan ini dia
rumahku dan ini dia pintu masuk". Makabeliau pun meluru ke dalam
membuat persiapan dan katanya, "Ayuh, bangun kamu berdua
dengankeberkatan dari Allah".Selepas beberapa hari tibalah isterinya
Saudah, dua orang puterinya Fatimah dan Ummi Kalthum,Usamah bin Zaid dan
Ummu Aiman, manakala Abdullah bin Abu Bakr pula tiba bersama-sama
anak-anakAbu Bakr di antara mereka Aisyah, adapun puteri Rasulullah
s.a.w Zainab masih bersama Abi Al-As,kerana tidak dapat keluar untuk
berhijrah hinggalah selepas peristiwa Badar.Kata Aisyah: Setibanya
Rasulullah s.a.w ke Al-Madinah, Abu Bakr dan Bilal terns lemah badan,
Aisyahmasuk menemui mereka berdua untuk bertanyakan khabar mereka,
"Bagaimana bapa mendapati diribapa. Dan bagaimana pula kau Bilal?". Kata
Aisyah, "Abu Bakr ini apabila terasa demam berat beliau akanberkata:
Setiap insan bersama keluarganya, sedang kematian lebih hampir kepadanya
dari tali kasutnya.Dan Bilal pula akan menyebut-nyebut: Kalaulah ku
mengetahui; Apakah ku masih berkesempatan untukbermalam di lembah Makkah
di sebelahku hkhir dan Jalil Apakah pasti suatu hari ku berminiim dari
airMijannah Apakah pasti ku dapat melihat melihat Shamah dan Tufail.Kata
Aisyah lagi: Dengan itu ku pun datang menemui Rasulullah s.a.w dan
memberitahu Baginda hal duaorang sahabatnya itu, maka sabda Rasulullah
s.a.w yang bermaksud: "Ya Allah Tuhanku perkenankanlahcinta kami kepada
Al-Madinah seperti cinta kami kepada Makkah atau lebih darinya, berilah
kesihatankepadanya, berkatkanlah cupak dan gantangnya, pindakanlah
demamnya itu serta letakkannya keJuhfah."Di sini selesai sebahagian dari
penghidupan Rasulullah s.a.w dan terlaksana satu juzu peranan
dakwahIslamiah di peringkat Makkah.MARHALAH PERTAMAKEADAAN SEMASA DI
MADINAH KETIKA HIJRAHAl-Hijrah itu bukanlah ertinya melepaskan diri dari
fitnah dan ejekan kaum kafirin semata-mata, malahianya merupakan
(perkongsian bersama)bertolongan ke arah penegakan sebuah masyarakat
baru
- 84. Ar-Raheeq Al-Makhtumdisebuah negara yang aman damai.
Oleh yang demikian maka menjadi satu kefardhuan dan kewajipan keatas
setiap muslim yang mampu, untuk menyumbang tenaga untuk membina watan
baru, seterusnyamengorbankan seluruh tenaga; dan daya upayanya untuk
mempertahankan, menjaga keutuhannya danmengangkat prestasi
martabatnya.Tidak syak lagi, Rasulullah s.a.w itu sebagai imam pemimpin,
ketua dan petunjuk ke arah pembinaanmasyarakat berkenaan, pada Baginda
teraju pengendalian, semuanya terserah penuh thiqah dankeyakinan. Entiti
Al-Madinah yang ada di hadapan Rasulullah s.a.w terdiri dari tiga
kelompok, tiap satudengan ciri-cirinya yang berbeza dari yang lain.
Baginda menghadapi tiap-tiap kelompok ini dengan carayang berasingan.
Tiga kelompok ini ialah:1. Para sahabatnya yang termulia (r.a)2.
Al-Musyrikun iaitu mereka yang masih belum memeluk Islam, mereka
merupakan teras kabilah-kabilah di Madinah.3. Kaum YahudiPermasalahan
yang dihadapi terhadap sahabatnya ialah suasana baru di Madinah yang
sedang merekahadapi yang amat berbeza dari suasana di Makkah. Mereka di
Makkah berada dalam satu komuniti yangpadu, menuju kepada satu matlamat
secara bersama, meskipun kediaman mereka berselerak di sekitarMakkah,
tertindas, menjadi buruan dan hina, mereka tidak berdaya sedikit pun,
malah musuh-musuhmereka berkuasa ke atas mereka, kaum muslimin tidak
berkesempatan langsung untuk menegakkansebuah masyarakat baru Islam,
dengan elemen-elemen yang sedia ada yang biasanya diperlukan
olehmana-mana masyarakat insani di dunia ini, untuk itu maka kita
mendapati ayat-ayat Al-Quran peringkatMakkah menumpukan kepada
pencerakinan prinsip-prinsip pokok Islam dan perundangan yang
mampudilaksanakan oleh setiap individu secara bersendirian di samping
suruhan-suruhan untuk melakukankebaikan dan akhlak mulia, menjauhi dari
segala sifat tercela dan terkeji.Sedangkan di Madinah pula kaum muslimin
berkuasa sejak dari awal hijrah lagi, dan tidak ada siapa punyang
mengatasi mereka, ertinya sudah sampai ketikanya untuk mereka menangani
permasalahantamadun dan hadharah (civilazation), menangani permasalahan
hidup dan ekonomi, permasalahan politikdan pemerintahan, permasalahan
keimanan dan peperangan, penyaringan yang mantap di antarapermasalahan
halal dan haram, peribadatan dan akhlak dan seluruh permasalahan
hidup.Kini sudah tiba masanya untuk mereka membangunkan masyarakat baru.
Masyarakat Islam yang amatberbeza dari masyarakat Jahiliyyah, di dalam
semua aspek penghidupan, dengan perbezaan yang unikdari
masyarakat-masyarakat manusia yang pernah ada di alam ini. Masyarakat
yang mengambarkanperwatakan dakwah Islamiah yang telah mengalami
pelbagai mihnah, penyiksaan dan sengsara selamasepuluh tahun.Bukan
rahsia lagi bahawa pembentukan mana-mana masyarakat dengan coraknya ini
tidak akan tertegakdalam tempoh satu hari, sebulan, setahun, malah
prosesnya melalui zaman berzaman hingga teradunpadanya seluruh
perundangan dan peraturan, di samping pembekalan ilmu pengetahuan
yangsecukupnya, disusuli dengan latihan-latihan dan pentarbiahan yang
berperingkat-peringkat, dalam semuahal ini Allah jua yang menjaminkan
bekalan tasyrik ini, sedang Rasulullah s.a.w pula sebagai peribadiyang
bertanggungjawab untuk melaksanakan, memberi tunjuk arah, serta
pendidikan yang rapi ke ataskaum muslimin sejajar dengan arahan
Allah.Dialah yang mengutus kepada umat yang ummi, seorang rasul
dikalangan mereka, yang membacakankepada mereka ayat-ayatNya dan
membersihkan mereka, serta mengajar kitab dan hikmah.
Al-Jumuah: 2Manakala para sahabat pula merupakan manusia yang paling
bersedia, malah bersungguh-sungguhpenuh kerelaan hati menerima didikan
Allah dan RasulNya tadi, mematuhi hukumannya dengan hati yangredha.
- 85.
Ar-Raheeq Al-Makhtum..dan apabila dibacakan kepada mereka
ayat-ayat-Nya, menjadikan bertambah iman mereka.
Al-Anfal: 2Huraian lanjut terhadap tajuk ini bukanlah pokok perbicaraan
kita di sini oleh itu memadai sekadar inisahaja. Inilah sebesar-besar
permasalahan yang dihadapi oleh Rasulullah s.a.w mengenai kaum
muslimin,dan inilah merupakan asas tanggungjawab yang dipikul oleh
dakwali Islamiah dan risalah nabiMuhammad s.a.w. Permasalahan ini
bukanlah suatu yang mendatang. Tidak dinafikan memang benar disana
terdapat persoalan yang memerlukan penyelesaian segera.Kaum muslimin
pula terbahagi kepada dua: Segolongan yang mendiami di tanah mereka
sendiri,menikmati rumah sendiri dan memiliki harta sendiri, tak suatu
pun yang diperlu selain dari kesejahteraandan keimanan untuk bersama
kaum keluarganya, mereka ini ialah Al-Ansar, namun sesama merekaterdapat
pertelingkahan dan permusuhan sejak sekian lama. Di samping mereka,
terdapat golongankedua, dikenali sebagai Al-Muhajirun, mereka kehilangan
segalanya, mereka melepaskan diri mereka keMadinah demi untuk
menyelamatkan diri mereka, mereka tak mempunyai tempat tinggal, tiada
kerjauntuk meneruskan hidup dan tiada harta untuk menyara kehidupan
seharian, bilangan mereka tidaksedikit, malah hari demi hari bilangan
semakin bertambah, sebagai natijah kepada keizinan Rasulullahs.a.w
kepada sahabatnya untuk berhijrah dan sebagai termaklum di mana Madinah
sendiri tidakhhmemiliki harta yang banyak. Kebanjiran arus hijrah ini
mengancam kestabilan ekonomi, ditambah puladengan tindakan pihak musuh
Islam seakan-akan membuat pemulauan ekonomi, menyebabkanberkurangan
kemasukan barang-barang keperluan, justeru itu suasana semakin
meruncing.Adapun kelompok yang kedua ialah kaum musyrikin, juga
merupakan teras kepada kabilah-kabilah Al-Madinah, namun mereka tidak
ada kuasa ke atas kaum muslimin, di antara mereka masih ragu-ragu
danteragak-agak untuk meninggalkan agama datuk nenek moyang mereka
tetapi mereka ini tidaklahmenaruh sebarang perseteruan terhadap kaum
muslimin, justeru itu tidak lama masa berlalu di manamereka memeluk
Islam dan berjuang untuk agama Allah.Di kalangan penduduk Al-Madinah
terdapat di antara mereka yang dengki dan berseteru terhadapRasulullah
s.a.w dan kaum muslimin, cuma mereka ini tidak berupaya untuk mencabar
dan melawansecara terang-terang, maka mereka terpaksa menzahirkan
keikhlasan, kasih sayang, lantaran keadaanmereka yang tidak mengizinkan,
terutamanya Abdullah bin Ubai, beliau merupakan tokoh yangdipersetujui
oleh Al-Aws dan Al-Khazraj untuk dilantik sebagai pemimpin mereka
selepas peristiwapeperangan Buath, sebelum ini tidak pernah mereka
terfikir atau menemui seorang tokoh untuk dilantiksebagai pemimpin
mereka selain Abdullah bin Ubai sahaja, untuk upacara pertabalan itu
mereka telahmenenun sulaman dan menyediakan pakaian yang selayak
baginya, belum sempat ditabalkan tiba-tibaRasulullah s.a.w sampai ke
Madinah, seluruh kaum Abdullah tadi telah mengalih pandangan
merekadarinya, itulah yang menyebabkan beliau merasa seolah-olah
Rasulullah s.a.w merampas kuasanya,justeru itu beliau memendam
perseteruan yang amat sangat terhadap Baginda. Oleh itu beliau
mendapatisuasana dan keadaan tidak menguntungkan kekafirannya itu, malah
beliau akan kerugian habuan didunia ini, justeru itu beliau
mengisytiharkan sebagai orang Islam selepas peristiwa peperangan Badar
Al-Kubra, walau bagaimanapun beliau tetap kafir. Tidak ada mana-mana
kesempatan malah kesemuanyadipergunakan untuk memusnahkan Rasulullah
s.a.w dan kaum muslimin, di samping pengikut-pengikutsetianya, yang juga
terasa kecundang dengan pangkat yang sepatutnya mereka perolehi,
pengikut-pengikutnya turut membantunya melaksanakan perancangan jahatnya
itu, mereka mengeksploitasimana-mana situasi dan kaum muslimin yang
lemah pemikiran, untuk menjayakan usaha kotor mereka.Adapun kelompok
ketiga ialah kaum Yahudi, sejarah awal, mereka ini berhijrah ke bumi
Hijaz pada zamanpenindasan Asyuri dan Rumawi sebagaimana yang kita
perkatakan sebelum ini, mereka ini adalahkelompok Ibrani, perpindahan
mereka ke bumi Hijaz telah mengubah budaya hidup dan tamadunnyakepada
budaya dan tamaddun bangsa Arab, pakaian Arab, nama kabilah dan individu
mereka kepadanama-nama Arab, malah hingga berlaku hubungan kekeluargaan
dan perkahwinan dengan orang-orangArab, cuma mereka masih mengekalkan
asabiyyah kebangsaan mereka. Mereka masih tidak berinteraksi
- 86.
Ar-Raheeq Al-Makhtumsepenuhnya, malah mereka masih berbangga dengan
keturunan dan kebangsaan Israel-Yahudi mereka,lebih dari itu mereka
memperkecil-kecilkan bangsa Arab yang mereka menamakan sebagai
Ummiyindalam bahasa mereka, yang bermakna binatang rendah, hina dan
mundur, mereka mempercayai bahawaharta-harta bangsa Arab adalah halal
untuk mereka, mereka boleh memakannya sekehendak hatimereka. Mereka
mengatakan:"Tidak ada jalannya kami menanggung dosa mengenai orang yang
Ummi (maksudnya: orang Arab)
Ali-Imran: 75Mereka tidak bermmat
untuk menyebar luas agama Yahudi, agama yang mereka pergunakan
untukmengaut keuntungan dalam bentuk jampi mantera, sihir, ramalan dan
sebagainya. Mereka merasakan dirimereka sebagai golongan yang lebih,
dari orang lain dan merekalah pemimpin kerohanian. Kaum Yahudipandai di
dalam bidang perusahaan dan kemahiran hidup, ini membawa mereka
menguasai perniagaanbiji-bijian, tamar, khamar dan pakaian, merekalah
pengekspot dan pengimport barangan seperti kain,khamar dan bijian,
selain dari itu mereka juga memiliki pekerjaan-pekerjaan lain yang
mereka usahasendiri, darinya mereka berupaya memunggut kelabaan yang
berlipat ganda dari orang Arab, tidaksetakat itu sahaja malah mereka
bergiat dengan amalan riba, dengan melepaskan pinjaman kepadaketua-ketua
kabilah Arab dan pemimpinnya, wang yang mereka hutang dari Yahudi itu
dibelanjakanuntuk memperolehi pujian dan sanjungan dari penyair-penyair
dan sebutan nama baik di kalangan orangramai, setelah harta hangus
dibelanjakan untuk sesuatu yang tidak berfaedah, kaum Yahudi jugamemberi
hutang kepada ketua-ketua kabilah Arab dengan menerima sawah atau
ladang-ladang merekasebagai cagaran, setelah tamat tempoh dan hutang
tidak dapat diselesaikan maka secara automotikcagaran tadi menjadi milik
Yahudi.Selain dari itu kaum Yahudi juga terkenal sebagai golongan yang
menimbulkan fitnah, konspirasi,kerosakan, batu api, menimbulkan
perseteruan di antara kabilah-kabilah Arab tanpa disedari olehmereka,
dengan itu berlakulah peperangan yang berlarutan di antara
kabilah-kabilah Arab, di manasahaja berlakunya pergaduhan kabilah,
pastinya di sana tangan-tangan Yahudi yang melaga-lagakan danmereka akan
memerhati persengketaan ini dari jauh, mereka menyemarakkan
persengketaan ini, denganmemberi pinjaman kewangan secara riba sebagai
bantuan kepada puak-puak yang berlaga, keranapeperangan adalah berat
belanjanya, dengan cara ini kaum Yahudi mengaut dua keuntungan:
Dapatmengekalkan kayan dan entitinya, mengaktifkan sistem riba yang
memberi pulangan yang berlipat gandakepada mereka di samping dapat
mengumpul harta yang banyak.Di bumi Yathrib pada masa itu terdapat
tiga kabilah Yahudi yang terkenal:1. Banu Qainuqa (mereka adalah
sekutu qabilah Al-Khazraj kediaman mereka di tengah Madinah)2. Bani
Nadhir3. Banu QuraidhahKedua-dua puak (Bani Nadhir dan Banu Quraidhah)
ini adalah sekutu kepada Al-Aws, kediaman merekadi luar Al-Madinah.
Ketiga-tiga kabilah inilah yang menyalakan api peperangan di antara
Al-Aws dan Al-Khazraj sejak zaman berzaman, malah mereka sendiri turut
serta di dalam peperangan Buath masing-masing dengan
sekutunya.Sememangnyalah bangsa Yahudi ini, tidak boleh diharapkan dari
mereka suatu yang baik, selain darihasad dengki, Rasulullah s.a.w pula
bukanlah sebangsa dengan mereka, masakan hasad dengki itu akanreda dari
dada mereka yang sememangnya penyakit itu sudah sebati dan menjadi
budaya hidup mereka.Selain dari itu, seruan Islam pula adalah seruan
kepada kebaikan yang berusaha menyatu-padukan hati-hati yang
bersengketa. Selama ini seruan yang mengajak kepada kasih sayang,
melupai permusuhan dankebencian sesama sendiri, untuk beriltizam dengan
amanah di dalam semua urusan, seruan Islam jugamengajak kepada menepati
permakanan yang halal dari rezeki yang bersih. Ini bermakna bahawa
semuakabilah-kabilah Yathrib akan bersatu padu, dengan sendirinya akan
terlepas dari cengkaman puak Yahudi,dan darinya pula akan terancam
kecergasan perniagaan mereka. Perniagaan secara riba mereka akan
- 87.
Ar-Raheeq Al-Makhtummusnah yang selama ini memberi pulangan amat
lumayan, malah besar keuntungannya.Qabilah-qabilah Arab ini akan sedar
dari kelalaian mereka selama ini, membawa mereka memikir semulamengenai
harta mereka yang berada di dalam tangan Yahudi yang diambil secara tipu
muslihat, melaluimuamalat riba.Kesemua ini di dalam perhitungan kaum
Yahudi, iaitu sejak mereka mengenalpasti bahawa seruan Islamcuba
bertapak di Yathrib. Sebab itu mereka amat berseteru terhadap Islam dan
rasulnya sejak Bagindamemasuki Yathrib, sekalipun tidak berani
menunjukkan sikap perseteruan itu, kecuali setelah berlalubeberapa
ketika.Hal ini dapat dilihat dengan jelas sekali melalui apa yang
diriwayatkan oleh Ibnu Ishak dari Ummu Al-Mukminin Sofiah (r.a). Kata
Ibnu Ishak: Riwayat dari Sofiah bin Huyai bin Akhtab, kata beliau: Aku
adalahanak kesayangan kepada ayahku dan bapa saudaraku, Abi Ya.sa.
Bila-bila masa mereka berdua bertemuaku bersama anak-anak mereka yang
lain, mereka akan mendokong daku tanpa mengambil mana-manaanak mereka
yang lain. Kata beliau lagi: Setelah mana Rasulullah s.a.w sampai ke
Madinah dan turun diQuba di kalangan Banu Amru Ibni Auf, ayahku Huyai
bin Akhtab dan bapa saudaraku Abu Yasir binAkhtab menyelit masuk di
kalangan orang ramai. Mereka pulang setelah matahari terbenam,
merekaberjalan pulang dalam keadaan lemah longlai, tak bermaya, malas
dan keletihan. Sambung beliau lagi:Ku berlari ke arah mereka seperti
biasa, malangnya di hari itu tak seorang dari mereka yangmempedulikan
daku, lantaran kesugulan runsing yang amat sangat, mengecam perasaan
mereka, kumasih ingat bapa saudaraku, berkata kepada bapaku, Huyai bin
Akhtab: Diakah orangnya?. Jawabbapaku: Demi Allah! Dialah orangnya.
Tanya bapa saudaraku: Kau kenal dia dan kau boleh buktikan?.Jawab bapa
saudaraku: Ya!. Tanya beliau lagi: Apa perasaan kau terhadapnya?. Jawab
bapaku: "DemiAllah! Akanku perangi selagi mana jiwa dikandung
badan".Bukti lain ialah riwayat Al-Bukhary mengenai kelslaman Abdullah
bin Salam (r.a). Beliau merupakan salahseorang ahli agama Yahudi, semasa
beliau mendengar berita kedatangan Rasulullah s.a.w ke Madinah,yang
turun di kalangan Banu An-Najar, segera beliau menemui Rasulullah s.a.w,
beliau mengemukakanbeberapa pertanyaan yang tidak mungkin dijawabnya
kecuali seorang nabi Allah, setelah beliaumendapati jawapan, segera
beliau beriman dengan risalahnya, tidak sempat berubah tempat, dan
beliaumenegaskan kepada Baginda: Sebenarnya kaum Yahudi adalah satu
kauin pendusta, sekiranya merekamengetahui mengenai keislaman ku sebelum
tuan hamba menyoal mereka nescaya mereka dustakandaku. Oleh itu maka
Rasulullah s.a.w meminta kaum Yahudi menemui Baginda, semasa mereka
berada didalam, Abdullah bin Salarn pun masuk ke rumah Rasulullah s.a.w,
terus Rasulullah s.a.w bertanya:Bagaimana kedudukan Abdullah bin Salam
di sisi kamu? Jawab mereka: Orang yang teralim di kalangankami malah
beliau anak ulama teralim di kalangan kami, beliau adalah terbaik dan
anak tokoh terbaik dikalangan kami. Dalam riwayat yang lain bahawa:
Abdullah bin Salam ialah ketua kami dan anak ketuakami terdahulu, orang
terbaik dan anak tokoh terbaik, terpilih dan anak tokoh terpilih, sabda
Rasulullahs.a.w: Bagaimana kalau beliau ini telah menganut Islam? Jawab
mereka: Semoga Allah lindungkannyadari berbuat demikian (mereka ulangi
dua atau tiga kali) lalu Abdullah pun keluar ke hadapan merekasambil
mengucap kalimah syahadah. Segera mereka berkata: Beliau ini sejahat
anak kepada sejahat-jahat tokoh, dengan itu mereka pun terjebak dengan
pendustaan mereka sendiri.Dalam riwayat yang lain, Abdullah bin Salam
berkata: Wahai kalian Yahudi bertaqwalah kamu kepadaAllah, demi Allah
tiada Tuhan melainkan Dia, sesungguhnya kamu mengetahui Baginda adalah
Rasulullahs.a.w, Baginda datang dengan kebenaran, lantas mereka
menjawab: Kamu dusta.Inilah pengalaman pertama yang dialami oleh
Rasulullah s.a.w dari kaum Yahudi, iaitu di hari pertamaBaginda di
Al-Madinah. Kesemua ini adalah perseteruan di dalam Al-Madinah, manakala
perseteruanluaran, adalah Quraisy yang merupakan seteru ketat terhadap
Islam, yang telah dialami oleh kaummuslimin sepuluh tahun yang silam,
ketika kaum muslimin berada di bawah kekuasaan mereka diMakkah, mereka
telah mengalami segala jenis penyeksaan, ugutan penindasan, politik,
sekatan makanan,
- 88. Ar-Raheeq Al-Makhtumpemboikotan, tekanan
psikologi dan saraf disertai dengan kempen yang meluas, tersusun dan
kotor.Setibanya kaum muslimin yang berhijrah ke Madinah, seluruh tanah,
rumah dan harta mereka dirampas,anak isteri dan keluarga mereka ditahan,
malah diseksa. Sekiranya dapat mereka menyeksa, tidakmemadai setakat
itu sahaja malah mereka merancang konspirasi untuk membunuh pembawa
risalahdakwah (s.a.w) dan pendakwahnya, mereka tidak membiar peluang
terlepas malah mereka menggunasegala jalan dan wasilah yang dapat mereka
lakukan.Selepas semua usaha yang mereka garapkan itu, dan setelah kaum
muslimin berjaya melepaskan dirimereka ke daerah yang jauh dari mereka
hanya lima ratus kilometer, mereka pergunakan kedudukanmereka di arena
politik, kerana ditakdirkan di masa itu mereka menduduki posisi kuasa
politik dankepimpinan agama di kalangan bangsa Arab, sifatnya sebagai
pemastautin diperkarangan Kaabah danpengendalian urusan Kaabah dan Haji,
mereka berjaya mempengaruhi musyrikin lain di SemenanjungArab untuk
memusuhi penduduk Al-Madinah, hingga terjadi Al-Madinah bagaikan daerah
yang dipulaukanoleh semenanjung, hingga berkurangan barangan masuk di
masa yang sama bilangan yang berhijrahsemakin bertambah. Hari demi hari,
sesungguhnya suasana peperangan dirasai bila-bila masa sahajaboleh
tercetus persengketaan di antara penghuninya dari penduduk Makkah dan
kaum muslimin di negarabaru mereka. Adalah satu tuduhan melulu dan tidak
berasas malah satu tuduhan yang sangat nakalbahawa orang Islam sebagai
pencetus pergaduhan.STRUKTUR MASYARAKAT BARUTelah pun kita perkatakan
bahawa ketibaan Rasulullah s.a.w ke Madinah di kalangan Banu
An-Najaradalah pada hari Jumaat 12 Rabiul Al-Awal tahun pertama hijrah
bersamaan 27 September tahun 622masihi. Baginda telah singgah di rumah
Abu Ayub Al-Ansari. Pada masa itu Baginda menyebut: "Di
sinilahpersinggahan, insyaAllah dengan itu Baginda berpindah ke rumah
Abu Ayub.PEMBINAAN MASJID AN-NABAWILangkah sulung dilakukan oleh
Rasulullah s.a.w selepas itu ialah pembinaan Al-Masjid
an-Nabawi.Bertepatan dengan tempat unta Baginda berlabuh, Rasulullah
s.a.w memerintah supaya dibina sebuahmasjid yang dikenali dengan
Al-Masjid an-Nabawi, tempat yang dijadikan tapak masjid itu adalah
disebidang tanah yang dimiliki bersama oleh dua orang anak yatim,
Baginda membelinya, Baginda sendiriturut serta dalam usaha membinanya,
Baginda bertugas mengangkat batu-batu dan bata-bata
sambilbermadah:"Tiada hidup kecuali penghidupan akhirat. Ampunilah kaum
Ansar dan Muhajirah "Baginda juga bermadah:Inilah Pemikul, bukan Pemikul
KhaibarIni kerja lebih menyanjungi Tuhan dan menyucikanNya.Para sahabat
begitu ghairah dan bersemangat dalam kerja-kerja mereka, membawa salah
seorang darimereka pula bermadah:"Kalau nabi bekerja kita berehat Ini
adalah kerja yang sesat"Di tapak itu terdapat kubur kaum musyirikin,
kesan rumah usang, pohon tamar dan sepohon pokokgharqad. Justeru itu,
Rasulullah s.a.w memerintah supaya mengali kubur kaum musyirikin,
bangunanyang usang yang diroboh, diratakan, pohon tamar dan gharqad
ditebang dan ditetapkan arah kiblat.Kiblat pada ketika itu ke arah
Baitulmaqdis, tiang mihrab dari susunan batu-batu dan temboknya
daribata-bata dan tanah, manakala bumbung masjid terdiri dari pelepah
tamar, tiang dari batang tamar,lantainya diratakan dengan anak-anak batu
dan pasir, dengan tiga pintu masuk, panjangnya tidaktermasuk mihrab
ialah seratus hasta, sedang lebarnya pula lebih kurang sama dengan
panjangnya,
- 89. Ar-Raheeq Al-Makhtumtonggaknya adalah hampir
tiga hasta.Di samping masjid dibina ruang-ruang rumah dengan biliknya
dibina dari batu-bata, atapnya diperbuatdari pelepah tamar dan
batangnya. Ruang-ruang ini adalah bilik isteri-isteri Rasulullah s.a.w.
Setelahselesai pembinaan bilik tersebut, barulah Baginda berpindah dari
rumah Abu Ayub.Masjid yang dibina itu bukan hanya sekadar menunai
sembahyang semata-mata, malah ianya adalah"Jamiah". Padanya kaum
muslimin bertemu untuk menerima ajaran Islam dan arahannya yang suci,
ianyamuntada (tempat pertemuan), padanya seluruh etnik dan kabilah yang
berbagai dapat bertemu danbermesra yang dahulunya berkelahian lantaran
semangat jahiliyyah. Masjid juga adalah pengkalankepada pelancaran dan
pengurusan seluruh pergerakan dan tindakan. Ianya parlimen untuk
sidangpermesyuaratan, perundangan dan penguasaan undang-undang. Di
samping itu semua, masjid jugamerupakan penumpuan untuk sebilangan besar
dari kaum muhajirin yang fakir berlindung di dalamnya,yang ketiadaan
rumah, harta, keluarga mahupun anak-anak.Di permulaan hijrah itu telah
pun disyariatkan laungan azan. Laungan dari alam duniawi yang bergema
diufuk bumi setiap hari lima kali, seruan yang menggoncang di segenap
penjuru alam. Kisah tentang mimpiAbdullah ibn Zaid bin Abd Rabbih
mengenai azan ini, memang terkenal, yang telah diriwayatkan oleh
At-Tarmizy, Abu Daud, Ahn-iad dan Ibnu Khuzaimah.MEMPERSAUDARAKAN KAUM
MUSLIMINSebagaimana Rasulullah s.a.w berusaha membina masjid sebagai
pusat pertemuan dan intraksi umatIslam, Rasulullah s.a.w juga telah
melaksanakan satu kerja teragung dan tersanjung yang tercatatsebagai
lembaran suci di dalam sejarah Islam, iaitu tindakan mempersaudarakan
antara Muhajirin danAnsar. Ibn Al-Qayyim telah merakamkan peristiwa ini
dengan catatannya: Setelah itu Rasulullah s.a.wmempersaudarakan antara
kaum Muhajirin dan Al-Ansar. Majlis ini diadakan di rumah Anas bin
Malik,yang hadir sembilan puluh orang kaum lelaki, separuh darinya
Al-Muhajirin dan separuhnya pula ialahkaum Ansar. Rasulullah s.a.w
mempersaudarakan sesama mereka, untuk bantu-membantu, mewarisiharta
pusaka selepas mati yang bukan dari golongan Zawi Al-Haram iaitu tiada
kaitan kekeluargaan.Amalan ini berlaku hingga berlaku peperangan Badar,
dengan terturunnya ayat Allah yang bermaksud:"Orang-orang yang mempunyai
hubungan kerabat itu adalah lebih berhak terhadap sesamanya"
Al-Anfal: 75Dengan itu, hak pewarisan harta pusaka dikembalikan
kepada yang berhak mengikut syara dan bukanlagi berdasarkan kepada
persaudaran tadi. Terdapat pendapat yang mengatakan bahawa selepas
ituRasulullah s.a.w mempersaudarakan antara muhajirin sesama mereka,
tetapi yang pasti ialah yangpertama, kerana sebenarnya kaum muhajirin
sesama mereka sudah cukup dengan persaudaraan Islamdisamping faktor
perantauan dan kekeluargaan keturunan, berlainan pula halnya dengan
persaudaraanAl-Ansar.Tujuan dari persaudaraan ini, sebagaimana
dinyatakan oleh Muhammad al-Ghazali ialah untukmencairkan asabiyyah
jahiliyyah hingga yang tinggal hanya ruh Islam sahaja dan supaya
timbunanperbezaan keturunan, warna kulit dan kedaerahan semua
dihancurkan dan yang tinggal hanya Islam,tiada suatu pun yang boleh
membanggakan seseorang atau merendahkannya kecuali dengan
ketaqwaansahaja.Rasulullah s.a.w menjadikan persaudaraan itu sebagai
suatu permeteraian yang berfungsi, bukan hanyasekadar lafaz yang kosong
tidak membawa erti, ianya adalah amalan yang membabit tuntutan darah
danharta, bukan sekadar ucapan di atas lisan yang tak bertulang tanpa
sebarang kesan.Perasaan mengutamakan saudara, sifat tolong menolong dan
sikap berdampingan diceritakan di dalarrianjuran ukhuwwah ini, ianya
membekalkan masyarakat dengan seribu satu contoh unggul lagi unik.
- 90.
Ar-Raheeq Al-MakhtumImam Al-Bukhary rahimahullah telah meriwayatkan:
Setelah mereka tiba di Madinah, Rasulullah s.a.wterus mempersaudarakan
antara Abdul Rahman bin Auf dengan Sad bin Ar-Rabi, sehingga beliau
berkatakepada Abdul Rahman: Sebenarnya aku ini orang Ansar yang
terbanyak hartanya, di sini aku hendak bagidua, isteriku pun dua kau
pilinlah mana seorang dari mereka yang berkenan dihati kau, dan aku
hendakceraikan, selepas selesai iddahnya kau kahwinlah dengannya. Kata
Abdul Rahman: "Semoga Allahmemberkati kau pada keluarga dan harta kau,
cuma aku hendak tahu di mana pasar kamu di sini?"Dengan itu kaum Ansar
pun menunjuk pasar Banu Qainuqa, selepas majlis itu beliau pun terus ke
sanamembawa barang-barang keperluannya yang lebih untuk dijual di pasar
seperti minyak sapi danmentega, seterusnya hingga ke esok hari. Di suatu
hari, beliau datang menemui Rasulullah s.a.w,kelihatan kesan ceria dan
Rasulullah s.a.w pun bersuara: Ehem! Terus Abdul Rahman
menjawab:"Sebenarnya daku sudah pun berkahwin". Tanya Rasulullah s.a.w:
"Berapa maharnya?" Jawab AbdulRahman: "Sebungkal emas".Riwayat dari Abu
Hurairah menyebut: Maka berkata kaum Ansar kepada Rasulullah s.a.w:
"WahaiRasulullah s.a.w, bahagikan ladang-ladang tamar kami itu sesama
saudara kami Al-Muhajirin". KataRasulullah s.a.w: "Tidak". Kata mereka:
"Kami boleh membantu memelihara tamar, kemudian air kitaberkongsi pada
buahnya". Jawab Al-Muhajirin: "Kami mendengar dan kami
patuhi".Kesemuanya itu menggambarkan kemuncak kemurahan kaum Ansar
terhadap saudara mereka, kaumMuhajirin. lanya adalah sebahagian dari
pengorbanan, sifat mengutamakan orang lain, kemesraan danketulusan hati.
Disebaliknya pula kaum Muhajirin tahu pula menghargai kemurahan hati
Ansar itu, dimana tidak pula mereka mengambil kesempatan, yang mereka
terima ala kadar setakat yang merekaperlukan sahaja.Memang benar
persaudaraan ini merupakan hikmat yang paling tepat, ianya satu siasah
yang amat kenapada masa, keadaan dan tuntutan suasana, ianya adalah
penyelesaian yang cemerlang bagi beberapamasalah dan persoalan yang
dihadapi oleh kaum muslimin, seperti mana yang telah kita
perkatakan.CARTA PERSEFAHAMAN ISLAMSebagaimana Rasulullah s.a.w mengikat
tali persaudaraan di antara orang mukmin, Rasulullah s.a.w jugamembuat
perjanjian yang boleh mengenepikan rangsangan jahiliyyah dan
kecenderungan perqabilahan,sehingga tidak memberi peluang kepada tradisi
jahiliyyah berperanan di dalam masyarakat baru itu, disini
diperturunkan ringkasannya.Ini adalah watikah dari Muhammad s.a.w di
antara kaum muslimin dan mukminin Quraisy dan Yathribtermasuk yang
menyertai mereka serta berjuang sesama mereka:1. Bahawa mereka adalah
satu umat berbeza dari manusia-manusia lain. Golongan Muhajirin dari
Quraisy tetaplah di atas pegangan mereka, mereka saling tanggung
menanggung membayar dan menerima wang tebusan (diat) di antara sesama
mereka, dalam mana mereka tebus sesiapa yang tertawan dengan cara
yang berkebajikan dan adil di kalangan orang- orang yang beriman,
setiap qabilah dari orang-orang Ansar, tetaplah di atas pegangan mereka,
mereka saling tanggung menanggung membayar dan menerima wang
tebusan (diat) di antara sesama mereka dalam mana mereka menebus
sesiapa yang tertawan dengan cara yang berkebajikan dan adil di
kalangan orang yang beriman, setiap qabilah dari orang-orang Ansar,
tetaplah di atas pegangan mereka, mereka sama-sama bertanggungjawab
membayar wang tebusan dahulu dan tiap- tiap taifah dari mereka
membayar wang tebusan darah untuk mereka sendiri dengan kebajikan dan
sesama di kalangan orang-orang yang beriman.2. Bahawa orang-orang
yang beriman tidaklah boleh membiarkan sebarang masalah di antara
mereka sendiri bahkan mestilah sama-sama bertanggungjawab memberi
sumbangan
- 91. Ar-Raheeq Al-Makhtum dengan berkebajikan,
untuk membayar wang tebusan darah dengan saksama.3. Bahawa orang-orang
yang beriman lagi bertaqwa, hendaklah menentang sesiapa yang
membuat kesalahan, melanggar kesusilaan, melaku kezaliman, atau dosa
atau perseteruan atau kerosakan di kalangan orang yang beriman.4.
Bahawa mereka hendaklah bersatu, sama-sama menentang orang-orang
tersebut walau pun jika orang itu adalah anak kepada salah seorang
dari mereka. Jalan kerana meraba-raba di dalam kegelapan jahiliyyah.
Dengan pengangkatan jiwa-jiwa ke mercu kemuliaan dan ketinggian
maka tersempurnalah anasir-anasir pembinaan masyarakat baru, yang
telah berjaya menghadapi segala bentuk kemelut masa, untuk dibawa ke
arahnya yang tersendiri, malah berjaya mengubah arah perjalanan
sejarah dan masa.PERJANJIAN DENGAN YAHUDISetelah Rasulullah s.a.w
berhijrah ke Madinah, dan Baginda yakin dengan kekemasan
strukturmasyarakat baru Islam, dengan tertegaknya kesatuan akidah,
politik dan sistem di kalangan umat Islam,Baginda mengalih pandangan
untuk menyusun hubungannya dengan golongan "bukan Islam", tujuanBaginda
ialah untuk mewujudkan keamanan, kesejahteraan, kemuliaan dan kebaikan
kepada manusiasejagat, di samping menyusun semula daerah Al-Madinah
dalam satu keharmonian hidup yang tulin, kearahnya Baginda menggariskan
peraturan-peraturan yang bersifat anjal dan toleransi yang belum
pernahdinikmati oleh dunia, yang penuh dengan sikap kefanatikan dan
ego.Golongan bukan Islam yang mendampingi Madinah diketika itu ialah
golongan Yahudi, sepertimana yangtelah kita perkatakan terlebih dahulu,
mereka meskipun memendam perseteruan terhadap Islam, namunsetakat ini
mereka belum lagi memperlihatkan sebarang penentangan atau permusuhan,
justeru ituRasulullah s.a.w memeteraikan perjanjian dengan mereka dengan
memberi kemerdekaan penuh dalamsoal agama dan kewangan. Rasulullah
s.a.w langsung tidak mengambil tindakan politik untuk
berseteru,menghalau atau merampas harta-harta mereka. Perjanjian yang
dimeteraikan itu adalah di antarakandungan perjanjian kaum muslimin
sesama mereka, yang telah pun kita perkatakan.BUTIRAN PERJANJIAN1.
Bahawa kaum Yahudi dari banu Auf adalah satu umat bersama orang-orang
mukmin, mereka bebas dengan agama mereka sendiri, dan orang-orang
Islam dengan agama mereka, begitu juga orang- orang yang bersekutu
dengan mereka, termasuk juga diri mereka sendiri, perkara ini juga untuk
bukan Yahudi Banu Auf sahaja.2. Bahawa orang-orang Yahudi
hendaklah membiayai negara seperti mana orang-orang Islam juga
hendaklah membiayai negara.3. Maka hendaklah mereka sama-sama tolong
menolong menentang sesiapa jua yang memerangi orang-orang yang
menganggotai piagam ini.4. Maka hendaklah mereka saling nasihat
menasihati, saling membuat kebajikan dan bukan dosa.5. Mana-mana orang
tidaklah boleh dianggap bersalah kerana kesalahan yang dilakukan oleh
sekutunya.6. Dan pertolongan hendaklah diberi kepada orang yang kena
zalim.7. Bahawa orang-orang Yahudi hendaklah bersepakat dengan
orang-orang mukmin selama mana mereka tidak berada dalam keadaan
perang.8. Bahawa Kota Yathrib adalah terpelihara sepenuhnya tidak
boleh dicerobohi oleh mana-mana pihak yang menganggotai piagam
ini.9. Bahawa apa juga kemungkaran (bunuh) atau apa juga
pertelingkahan di antara sesama peserta piagam ini sekiranya di
khuatiri membawa kepada bencana maka hendaklah dirujuk kepada hukum
Allah dan kepada penyelesaian oleh Muhammad Rasulullah s.a.w.
- 92.
Ar-Raheeq Al-Makhtum10. Bahawa tidaklah boleh di beri perlindungan
kepada Quraisy (musuh) begitu juga tidak boleh di beri perlindungan
kepada orang-orang yang membantunya.11. Bahawa hendaklah ada janji
bantu-membantu mempertahankan kota Yathrib daripada mana-mana pihak
yang mencerobohinya. Setiap pihak adalah berkewajipan mengambil bahagian
masing-masing tentang satu-satu perdamaian.12. Bahawa piagam ini
tidak boleh di pakai bagi melindungi orang-orang zalim dan yang
bersalah.Dengan termeterainya perjanjian ini maka Madinah dan
persekitarannya menjadi sebuah negara yangaman dan damai. Ibu negerinya
adalah Al-Madinah, pemimpinnya adalah Rasulullah s.a.w (s.a.w.),
kata-kata pemutus dan kekuasaan yang tertinggi adalah kaum muslimin.
Dengan itu maka Al-Madinah menjadisebuah ibu negara Islam dengan erti
kata yang sebenarnya. Dan untuk memperluaskan daerah keamanandan
kesejahteraan ini di masa hadapan, maka Rasulullah s.a.w mengadakan
perjanjian dengan qabilah-qabilah yang lain berdasarkan keadaan dan
suasana, sepertimana yang diperkatakan nanti.PERJUANGAN BERDARAHAngkara
provokasi Quraisy terhadap kaum muslimin selepas hijrah dan perhubungan
mereka denganAbdullah bin Ubai:Telahpun kita jelaskan angkara kejahatan
dan penganiayaan pihak Quraisy terhadap kaum muslimin, jugaangkara
tindakan mereka semasa hijrah, yang kesemuanya ini mereka memang
sewajarnya diperangidan harta-harta mereka sewajibnya dirampas,
malangnya mereka tidak sedar dari kesesatan danketerlanjuran mereka itu,
atau berhenti dari permusuhan, malah mereka semakin marah kerana
kaummuslimin mendapat tempat perlindungan yang tetap di Madinah, sebagai
meneruskan kerja-kerja jahatitu mereka telah mengutus surat kepada
Abdullah bin Ubai bin Salul, pada ketika itu beliau adalahmusyrik dengan
sifatnya sebagai ketua orang-orang Ansar sebelum hijrah Nabi (s.a.w),
seperti yangtermaklum mereka kesemua adalah di bawah suruhannya, malah
mereka hampir menabalnya sebagairaja mereka kalau tidak berlakunya
hijrah Rasulullah s.a.w. Quraisy telah mengutus surat kepadaAbdullah bin
Ubai dan pengikutnya yang masih musyrik dengan kata-kata yang
menjelaskan hasratmereka: "Sesungguhnya kamu telah pun memberi
penempatan kepada teman kami itu dansesungguhnya kami bersumpah dengan
nama Allah bahawa kamu mesti memerangi mereka ataumemburu mereka keluar
atau akan kami mara menentang kamu dengan seluruh kekuatan kami,
sehinggakami membunuh wira-wira kamu semua seterusnya akan kami perkosa
perempuan-perempuan kamusemua".Sebaik sahaja surat ini sampai ke tangan
Abdullah bin Ubai dengan segera beliau bangun untuk bertindakmematuhi
suruhan kongsinya dari Makkah itu, di ketika itu beliau sendiri pun
memang berhasad dengkiterhadap Rasulullah s.a.w, kerana takhtanya
dirampas oleh Rasulullah s.a.w. Dalam hal ini Abdur-Rahmanbin Kaab
menceritakan:Sebaik sahaja pernyataan Quraisy itu sampai ke tangan
Abdullah bin Ubai bin Salul dan orang-orangnyapenyembah berhala, mereka
pun segera berkumpul untuk memerangi Rasulullah s.a.w, bila
sahajamaklumat pergerakan mereka ini sampai ke pengetahuan Nabi Muhammad
s.a.w Baginda terus datangmenemui mereka, dan Rasulullah s.a.w pun
menyebut kepada mereka: Sebenarnya kamu sudah punmenerima ugutan Quraisy
terhadap kami, angkara kamu itu tidak seteruk yang kamu
rencanakanterhadap diri kamu sendiri. Kamu rela membunuh anak-anak kamu
dan saudara kamu. Setelah merekamendengar kata-kata Rasulullah s.a.w ini
maka mereka pun bersurai.Sejak dari itu Abdullah bin Ubai pun sudah
tidak bersedia lagi untuk berperang, iaitu setelah beliaumendapati
kelemahan untuk berperang dan kewarasan menghitung tindakan di kalangan
pengikut-pengikutnya, walau bagaimanapun beliau nampaknya bersubahat
dengan Quraisy, ada sahajakesempatan terus beliau pergunakan untuk
melagakan pergaduhan di antara kaum muslimin dan
- 93. Ar-Raheeq
Al-Makhtummusyrikin. Di dalam hal ini Yahudi pun turut bersama sebagai
membantu kelancaran kerja-kerja nakal itu,tetapi itulah kebijaksanaan
Rasulullah s.a.w di dalam menangani dan memadam api kesumat
kejahatanmereka dari semasa ke semasa.PENDEDAHAN TEKAD MENGHALANG ZIARAH
KE MASJID AL-HARAMDi suatu hari Sad bin Muaz bertolak ke Makkah untuk
mengerjakan umrah. Di Makkah, beliau singgahbersama-sama Umaiyyah bin
Khalaf, beliau meminta kepada Umaiyyah: "Kau berikan peluang
kepadakuseketika untuk ku bertawaf di rumah Allah itu", dengan itu
beliau pun keluar di siang hari dan bertawaf, dimasa itu mereka berdua
bertemu dengan Abu Jahal, terus beliau bertanya Umaiyyah bin Khalaf:
"Hai AbuSafwan siapa yang bersama kau itu"? kata Umaiyyah: "Beliau itu
Sad". Kata Abu Jahal: "Aku dapati kaubertawaf di sini dengan aman
sahaja, sedangkan di Madinah sana kau melindungi orang yang keluaragama,
kamu menyatakan pula kesediaan kami membantu dan menolong mereka, demi
Allah kalaulahkamu tidak bersama Abu Safwan ini nescaya kamu tidak akan
pulang dengan selamat ke pangkuankeluarga kamu". Jawab Sad dengan suara
yang lantang: "Demi Allah sekiranya kamu menyekat akubertawaf di sini
akan ku sekat kamu lebih teruk lagi dari ini, iaitu jalan kau ke
penduduk Madinah".QURAISY MENGUGUT KAUM MUHAJIRINPihak Quraisy terus
bertindak dengan menghantar orangnya ke Madinah, mengugut kaum
Muhajirindengan kata mereka: "Jangan kamu terpesona dengan kejayaan kamu
melepas diri dart kami ke Yathribsana, di suatu hari kami akan
menyerang kamu, akan kami banteras kamu hingga ke akar umbi dan akankami
musnahkan tanaman-tanaman di halaman kediaman kamu.Ugutan Quraisy itu
bukan gertak kosong, Rasulullah s.a.w telah memastikan yang ianya
sebagai satukesungguhan dari mereka, melalui percubaan dan usaha jahat
mereka ini semua, membawa Rasulullahs.a.w sentiasa mengawasi keselamatan
para sahabatnya. Dalam Sahih Imam Muslim beliau telahmeriwayatkan dari
Aisyah (r.a) telah berkata:Rasul telah berjaga malam pada pertama
ketibaan Baginda ke Madinah, dan Rasulullah s.a.w pernahbersabda: Semoga
ada seseorang lelaki salih dari kalangan sahabat-sahabatku mengawalku
di malam ini.Kata Aisyah: Semasa kami sedang duduk terdengar suara
dentingan senjata., Baginda bertanya: Siapaitu? Jawab orangnya: Daku,
Saad bin Abi Waqas. Bersabda Rasulullah s.a.w kepadanya: Apa yangmembawa
kau ke mari. Jawab Saad: Daku telah berasa sesuatu terhadap Rasulullah
s.a.w, maka ku punterus ke sini untuk mengawal Rasulullah s.a.w. Lalu
Rasulullah s.a.w berdoa kepada Allah sesuatukebaikan kepada Saad, lepas
itu Rasulullah s.a.w pun tidur dan lena.Mengawal di malam hari bukan
hanya pada malam-malam tertentu sahaja, malah setiap malam, di
manaAisyah (r.a) telah berkata: Bahawa Rasulullah s.a.w berjaga dan
mengawal di malam hari, hinggalahturunnya firman Allah yang bermaksud:
(Dan Allah memelihara kau dari manusia) dengan itu Rasulullahs.a.w pun
menjenguk dari dalam bilik dan menyeru: Wahai sekelian, bersurailah kamu
dari sini, Allah juayang mengawalku dari manusia.Bahaya bukan hanya
dicurigai akan tertimpa ke atas Rasul sahaja malah juga ke atas kaum
musliminkeseluruhannya. Ubai bin Kaab meriwayatkan katanya: Setiba
Rasulullah s.a.w di Madinah bersamasahabatnya, dan mereka sekalian
terasa menjadi sasaran permusuhan Quraisy satu-satunya, oleh itumereka
tidak akan tidur kecuali senjata bersama mereka dan bangun pun membawa
senjata.KEIZINAN ALLAH KEPADA KAUM MUSLIMIN UNTUK MENGANGKAT SENJATADi
dalam suasana yang amat genting di mana kayan umat Islam sedang diancam,
pihak Quraisy masih
- 94. Ar-Raheeq Al-Makhtumtidak mahu sedar
dari kesesatannya, malah bila-bila masa sahaja mereka akan menyerang, di
saat iniAllah telah menurunkan keizinanNya kepada kaum muslimin untuk
berperang, tetapi tidakmewajibkannya, dengan firmanNya:Telah diizinkan
(berperang) bagi orang-orang yang diperangi, kerana sesungguhnya mereka
telahdianiayai. Dan sesungguhnya Allah benar-benar Maha Berkuasa
menolong mereka itu.
Al-Hajj: 39Seterusnya dengan kebenaran
tadi Allah menurunkan ayatnya sebagai panduan di dalammempertingkatkan
kebenaran. Diizinkan bagi orang-orang yang diperangi, kerana
sesungguhnya, merekatelah dianiayai, dan sesungguhnya Allah Amat
Berkuasa untuk menolong mereka tadi, kebenaranbertujuan menolak
kebatilan disamping menegakkan syiar-syiar Allah dengan
firmanNya:"Mereka yang jika Kami berikan kekuasaan memerintah di bumi
nescaya mereka mendirikan sembahyangserta memberi zakat dan mereka
menyuruh berbuat kebaikan serta melarang dari melakukan kejahatandan
perbuatan yang mungkar"
Al-Hajj: 41Suatu hakikat yang
pasti bahawa kebenaran yang terkandung di dalam ayat ini adalah turun di
Madinahselepas hijrah, bukan di Makkah, cuma kita tidak dapat memberi
kata putus masa yang terperincipenurunannya itu.Kebenaran untuk
berperang pun sudah diturunkan sedang hikmat dan rahsia peperangan di
dalamsuasana begini ialah untuk membolehkan kaum Muslimin melebarkan
kuasa pengaruhnya ke atas laluanperniagaan Quraisy. Dari Makkah ke
negeri Syam, Rasulullah s.a.w menggunakan dua cara untukmenguasai jalan
utama Quraisy itu iaitu;Pertama: Memeteraikan perjanjian bersekutu
dengan kabilah-kabilah yang tinggal berhampiran denganlaluan Quraisy
tadi, atau yang tinggal di antara jala-n berkenaan dan Madinah,
perjanjian untuk tidakberseteru dengan mereka sebagaimana perjanjian
Baginda sebelum ini dengan golongan Yahudi Madinah,juga Rasulullah s.a.w
memeteraikan perjanjian keamanannya dengan kabilah Juhainah,
kesemuaperjanjian ini Baginda meteraikan sebelum operasi ketenteraan
dijalankan, ke kawasan mereka ini lebihkurang tiga marhalah ke
Madinah.Kedua: Mengirimkan beberapa kumpulan pengawalan satu demi satu
ke laluan tadi.GHAZWAH DAN SARIYAH SEBELUM PEPERANGAN BADARUntuk
melaksanakan dua langkah tadi, maka dilancarkan operasi ketenteraan
secara berkesan, iaituselepas turunnya kebenaran yntuk berperang, pada
mulanya operasi ini dalam bentuk pergerakanketenteraan yang lebih
merupakan rondaan meninjau, tujuannya adalah seperti yang kita sebutkan
itu,iaitulah meninjau dan mengenali jalan-jalan di sekitar Madinah dan
laluan yang menghubungkan Makkah,seterusnya mengadakan perjanjian dengan
kabilah-kabilah yang mendiami di sepanjang laluan itu,disamping
memperlihatkan kepada golongan Musyrikin Madinah dan Yahudi serta
Arab-Arab Badwi disekelilingnya bahawa kaum muslimin gagah, setelah
mereka melepaskan diri dari kelemahan-kelemahanmereka dahulu, seterusnya
menyakinkan bangsa Quraisy buruk padahnya terhadap mana-mana
tindakanmelulu mereka, dan supaya mereka sedar dari kesesatan mereka,
juga supaya pihak Quraisy dapatmengendurkan ancaman yang boleh menggugat
ekonomi mereka, agar dengan itu mereka akan senanguntuk menerima
perdamaian dan tidak akan menceroboh negara Islam Madinah dengan
sewenang-wenangnya, atau menghalang dakwah ke jalan Allah, atau menyiksa
kaum muslimin yang dhaifyangmasih berada di Makkah, sehingga umat Islam
bebas untuk menyampaikan seruan Allah di mana-manatempat di Semenanjung
Tanah Arab.
- 95. Ar-Raheeq Al-MakhtumBerikut ini ialah perihal
Sariyah-Sariyah secara ringkas:1. Sariyah Saif Al-BahrTanggal Ramadhan
tahun I pertama hijrah Baginda (s.a.w) telah mengirim Hamzah bin Abd
Al-Muttalibmengepalai satu-satu sariyah, beliau telah dikirim dengan
tiga puluh orang pahlawan dari kalangan Al-Muhajirin, bertujuan memintas
kafilah perniagaan Quraisy yang tiba dari negeri Syam,
bersama-samakabilah ini ialah Abu Jahal bin Hisyam dengan tiga ratus
orang. Setibanya mereka di Saif Al-Bahr dari arahAl-Ais, mereka terus
bertemu dengan musuh, di mana masing-masing berbaris untuk
memulakanpeperangan, tetapi Majdi bin Amru Al-Juhani, seorang tokoh yang
bersekutu di kedua belah menyerumereka supaya jangan berperang di situ.
Beliau berjaya menyekat mereka dari berperang. Panjipeperangan yang
diserah kepada Hamzah itu merupakan panji pertama berwarna putih
pembawanyaialah Abu Mirthad Kunnaz bin Husain al-Ghanawi.2. Sariyah
RobighPristiwanya berlaku pada bulan Syawal tahun pertama Hijrah,
bersamaan April 623 Masihi, Rasulullahs.a.w mengutus Ubaidah bin
Al-Harith bin Al-Mutalib dengan kekuatan enam puluh penunggang
kudaterdiri dari golongan Muhajirin, di sana mereka bertemu dengan Abu
Sufian dengan orang-orangnyaseramai dua ratus di tengah-tengah Robigh
mereka hanya saling panah-memanah, tiada kemalangan jiwaberlaku di
mana-mana pihak.Di dalam sariyah ini dua orang tentera Makkah itu telah
melarikan diri dan menyertai tentera Islam,mereka berdua ialah Al-Miqdad
Ibn Amru Al-Buhrani dan Utaibah bin Ghazawan Al-Mazani,
sebenarnyamereka berdua ini adalah Islam, mereka sengaja keluar bersama
kaum kafirin sebagai jalan untuk sampaike pangkuan kaum muslimin, panji
Ubaidah berwarna putih, pembawanya ialah Mastah Ibn Uthathah
binAl-Muttalib bin Abd Manaf.3. Sariyah Al-KharrarPeristiwa ini terjadi
pada Zulkaedah tahun pertama Hijrah bersamaan Mei 623 .Masihi, Baginda
Rasulullahs.a.w mengutus Saad bin Abi Waqas dengan tenaga dua puluh
penunggang, tugas mereka memintasKafilah Quraisy, namun Rasulullah s.a.w
memesan sahabatnya supaya tidak melebihi sempadan Al-Kharrar, mereka
keluar dengan berjalan kaki bersembunyi di siang hari, bergerak di malam
hari, hinggasampai ke Al-Kharrar di pagi hari kelima, namun mereka
mendapati Kafilah telah pun berlalu dari situsemalam. Panji Saad (r.a)
berwarna putih pembawanya, ialah al- Miqdad bin Amru.4. Gazwah Al-Abwa
atau WidanPeristiwa ini berlaku di bulan Safar tahun kedua Hijrah
bersamaan Ogos 623 Masihi, Rasulullah s.a.wkeluar sendiri dengan
kekuatan tujuh puluh orang kesemuanya Muhajirin, setelah melantik Saad
binUbbadah sebagai pengganti tugas di Madinah, Ghazwah ini bertujuan
menyekat pergerakan KabilahQuraisy, setibanya Baginda ke Wida didapati
tiada sebarang tentangan pun.Di dalam perjalanan Ghazwah ini Baginda
mengambil kesempatan untuk memeteraikan perjanjianbersekutu dengan Amru
bin Mukhsy Ad-Dhamari, beliau adalah ketua Banu Dhamrah di masa itu, di
sinidiperturunkan nas perjanjian tersebut:"Ini adalah kitab perjanjian
dari Muhammad Rasulullah s.a.w kepada Banu Dhamrah sesungguhnyamereka
adalah aman selamat dengan harta dan jiwa mereka, mereka diberi
pertolongan buat melawansesiapa yang melanggar mereka, kecuali bila
mereka memerangi agama Allah, perjanjian iniberkuatkuasa selagi mana
lautan boleh membasahi bulu-bulu, dan seslmgguhnya apabila Rasul
menyerumereka untuk menolong Baginda, mereka akan menyahut
seruannya".Inilah peperangan atau Ghazwah pertama yang dimulakannya oleh
Rasulullah s.a.w, yang telah memakanmasa selama lima belas malam, panji
berwarna putih dibawa oleh Hamzah Ibn Abd Al-Muttalib.5. Ghazwah Bawat
- 96.
Ar-Raheeq Al-MakhtumBerlaku pada bulan Rabiulawal tahun kedua hijrah,
besamaan September tahun 623 Masihi, Rasulullahs.a.w keluar bersama dua
ratus orang sahabatnya, bermaksud menghalangi kafilah Quraisy
dengankekuatan seratus orang semuanya Quraisy belaka termasuk Umaiyah
bin Khalaf, membawa dua ribu limaratus ekor unta, sesampainya Baginda ke
Bawat dari arah Radhwa namun Baginda tidak bertemu dengansebarang
ancaman pun.Rasulullah s.a.w telah pun melantik Saad bin Muaz sebagai
khalifah Baginda di Madinah, Panjinyaberwarna putih dibawa oleh Saad bin
Abi Waqas (r.a).6. Ghazwah SafwanBerlaku di bulan Rabiulawal tahun
kedua hijrah, bersamaan bulan September tahun 623 Masihi Kurz binJabir
Al-Fihri dengan kekuatannya yang kecil dari kumpulan musyrikin telah
menyerang ladang ternakandi Madinah dan telah berjaya melarikan
sebahagian ternakan di situ. Rasulullah s.a.w telah keluarbersama tujuh
puluh orang sahabatnya memburu gerombolan penyamun sehingga sampai ke
suatulembah yang dikenali sebagai Safwan berdekatan dengan Badar, tetapi
Rasulullah s.a.w tidak sempat punmengejar mereka, Baginda pulang tanpa
sebarang peperangan, gerakan Rasulullah s.a.w ini dikenalisebagai Badar
Al-Awal (Badar Pertama).Di Madinah Rasulullah s.a.w melantik Zaid bin
Harith, sebagai khalifah melaksanakan urusan Baginda, didalam peperangan
tadi Rasulullah s.a.w telah menyerahkan panji berwarna putih kepada
Saidina Ali(r.a).7. Ghazwah Zul-AsyirahBerlaku di antara bulan
Jamadilawal dan Jamadilakhir bersamaan bulan November dan Disember
tahun623 Masihi, Rasulullah s.a.w keluar dengan kekuatan seramai seratus
lima puluh orang, ada pendapat lainmengatakan dua ratus lima puluh
orang, ada pendapat lain mengatakan dua ratus orang, mereka terdiridari
orang-orang Muhajirin, namun demikian Rasulullah s.a.w tidak memaksa
sesiapa pun, Baginda keluarbersama mereka dengan tunggangan hanya tiga
puluh ekor unta sahaja menyebabkan mereka bergilir-gilir. Dengan tujuan
kafilah Quraisy belayar menuju ke negeri Syam, berita lengkapnya datang
dariMakkah, ceritanya: Bahawa di dalam kafilah ini banyak membawa
harta-harta Quraisy, di ketika Bagindasampai ke Zul Asyirah didapati
kafilah tadi telah berlepas beberapa hari, kafilah ini juga yang
mendorongRasulullah s.a.w keluar sekali lagi semasa kepulangannya dari
Syam berakhir dengan peperangan BadarAl-Kubra.Di dalam Ghazwah ini
Rasulullah s.a.w keluar pada penghujung Jamadilawal dan pulang pada
permulaanbulan Jamadilakhir, berdasarkan apa yang diriwayatkan oleh Ibn
Ishak, mungkin ini yang membawa ahlisirah berikhtilaf pendapat di dalam
menentukan bulan berlakunya Ghazwah ini. Walau macam mana pundi dalam
Ghazwah ini Rasulullah s.a.w mengambil kesempatan memeterai perjanjian
membasmiperseteruan dan perlanggaran dengan kabilah banu Mudlij dan
sekutu-sekutu mereka dari keturunanBanu Dhamrah.Semasa ketiadaan
Rasulullah s.a.w di Madinah Baginda telah melantik Abu Salamah bin Abdul
Asadsebagai khalifahnya, adapun pembawa panji ghazwah yang berwarna
putih ini ialah Hamzah bin AbdulMutalib (r.a).8. Sariyah NakhlahTanggal
bulan Rejab tahun kedua hijrah bersamaan Januari 623 Masihi Baginda
telah menghantarAbdullah bin Jahsy Al-Asadi ke Nakhlah dengan kekuatan
dua belas orang yang terdiri dari kaumMuhajirin, setiap dua orang
bergilir-gilir mengetuai tunggangan mereka.Sebelumnya Rasulullah s.a.w
telah pun membekalkan kepadanya selembar warqah, di mana Bagindameminta
supaya beliau tidak membukanya kecuali setelah melalui perjalanan dua
hari, beliau punmematuhi perintah Rasulullah s.a.w itu, setelah dua hari
perjalanan, beliau pun membaca warqahRasulullah s.a.w itu yang
berbunyi:
- 97. Ar-Raheeq Al-Makhtum"Setelah mana kau membaca
suratku ini teruskan perjalananmu sehingga tiba ke tempat bernamaNakhlah
yang terletak di antara Makkah dan At-Taaif, kemudian kau cuba
halangkan pergerakan KafilahQuraisy dan mengumpul maklumat mengenainya
"Jawab beliau di dalam benaknya: Daku mendengar dan mematuhinya.
Kemudian beliaumemaklumkannya kepada semua sahabatnya mengenai perintah
Rasulullah s.a.w ini, di mana beliautidak pun memaksa mereka, malah
tegas beliau bahawa sesiapa yang cintakan mati syahid segeralahbertindak
dan sesiapa takutkan kematian dia boleh pulang. Adapun daku akan segera
ke sana, dengan itumereka semua terus bangun dan bergerak dengan takdir
Allah, Saad bin Abi Waqqas dan Utbah binGhuzwan di mana dua unta mereka
berdua telah tersesat jalan menyebabkan mereka terpaksamencarinya
hingga membawa mereka tertinggal kumpulan.Abdullah bin Jahsy pun
bergerak hingga sampai ke Nakhlah, seketika Kafilah Quraisy yang sarat
denganmuatan kismis, makanan dan barang-barang perniagaan lain berlalu
di situ, bersama-sama denganKafilah tadi ialah Amru bin Al-Hadhrami,
Al-Hakam bin Kaisan orang suruhan Banu Al-Mughirah, Uthmanbin Abdullah
bin Al-Mughirah dan saudaranya Naufal. Pasukan Islam bermesyuarat sesama
mereka, diantara mereka berkata: Kita ini di hari terakhir bulan Rejab,
bulan haram, kalau kita biarkan merekamalam ini mereka sempat memasuki
tanah haram, akhir sekali mereka bersetuju menyerang dengan itusalah
seorang dari mereka memanah Amru bin Al-Hadharami dan jatuh mati,
manakala Uthman dan Al-Hakam ditawan, sedang Naufal sempat melarikan
diri, barangan bersama Kafilah tadi dan dua orangtawanan dibawa ke
Madinah, dari rampasan tadi lima darinya dikeluarkan, dan inilah
seperlima yangmula-mula dikeluarkan kepada pejuang Islam, juga mangsa
pertama terbunuh di dalam peperanganIslam dan dua tawanan perang pertama
berlaku di dalam Islam. Rasulullah s.a.w menolak tindakanmereka itu
dengan katanya: Aku tidak pun menyuruh berperang di bulan haram ini,
dengan itu Bagindabertawakkuf (menangguh) sebarang tindakan terhadap
Kafilah rampasan dan dua orang tawanan.Kini kaum musyirikin
mempergunakan kesempatan ini dengan mentohmahkan mereka
sebagaimenghalalkan yang telah diharamkan oleh Allah itu, maka timbullah
desas desus di sana sini, namuntohmah ini telah diselesaikan dengan
terturunnya firman Allah yang membuktikan bahawa tindakan kaummusyrikin
itu lebih parah lagi dari apa yang dilakukan oleh kaum muslimin."Mereka
bertanyakan kau, tentang bulan haram bagaimanakah peperangan di
dalamnya, katakanlah:Berperang di bulan itu besar dosanya, tetapi
menghalang jalan Allah, kufur kepada Allah, melarangmemasuki masjid
Al-Haram dan mengusir penduduknya dan dalamnya lebih besar dosanya di
sisi Allah,fitnah itu lebih besar dosanya dari pembunuhan "
Al-Baqarah: 217Wahyu ini jelas menyatakan bahawa kegawatan yang
ditimbul-timbulkan oleh kaum musyrikin itu dalamrangka menimbulkan
keraguan tentang tindakan tentera Islam yang memulakan peperangan
danserangan itu, sebenarnya tidak betui, kerana kesucian bumi Al-Haram
Kaabah sudah dinodai denganpeperangan mereka terhadap Islam, penyeksaan
terhadap tindakannya, tidakkah kaum musliminmerupakan penduduknya yang
telah bermastautin di bumi Al-Haram yang muqaddas itu kemudiandirampas
harta mereka, diperangi nabi mereka? Apakah yang telah mengembalikan
kesuciannya itusecara mendadak, hingga dianggap peperangan di dalam itu
satu pencerobohan dan pencemaran yangdahsyat? Tidak syak lagi dakyah
yang diheboh-hebohkan oleh kaum musyrikin semata-mata didasarkankepada
niat jahat dan publisiti yang durjana. Selepas itu Baginda pun
membebaskan tawanan tadi danmembayar diat (harga darah) kepada keluarga
mereka yang terbunuh.
- 98. Ar-Raheeq Al-MakhtumGHAZWAH BADAR
AL-KUBRA: SALAH SATU PEPERANGAN AWAL PENENTU DALAM ISLAMFaktor
Pendorong:Setelah kita sebutkan mengenai Ghazwah Al-Asyirah di mana
Kabilah Quraisy dapat melepaskan diri darisekatan Rasulullah s.a.w,
semasa pemergiannya dari Makkah ke negeri Syam, bila hampir
masakepulangannya dari sana ke Makkah, Rasulullah s.a.w telah mengutus
Talhah bin Abdullah dan Said binZaid ke sebelah utara, bertugas
mengintip dan memperolehi maklumat terperinci mengenai hal
tersebut,mereka bergerak hingga ke daerah Al-Hawra, mereka di sana
hinggalah Abu Sufian dan Kafilahnyaberlalu, mereka pun segera pulang ke
Madinah melaporkan perkembangan kepada Rasulullah s.a.w.Kafilah Abu
Sufian itu sarat dengan harta dan barangan penduduk Makkah, terdiri dari
seribu ekor untapenuh dengan muatan dan harta benda, dianggarkan tidak
kurang dari lima puluh ribu dinar emas,pengawal hanya empat puluh orang
sahaja. Inilah peluang keemasan yang harus diambil kesempatanuntuk
tentera Madinah, dan pukulan tepat pada sasaran ketenteraan, politik dan
ekonomi terhadapmusyrikin sekiranya semua harta ini dapat dirampas dari
tangan mereka. Dengan itu Rasulullah s.a.wmengisytiharkan kepada kaum
muslimin dengan sabdanya yang bermaksud: "Ini dia kafilah Quraisy
yangpenuh dengan harta mereka, ayuh keluarlah kamu semoga Allah
menjadikannya sebagai harta rampasanuntuk kamu."Baginda tidak menggesa
sesiapa pun untuk keluar. Baginda hanya membiarkan perkara ini terbuka
secaramutlak, kerana Baginda tidak pula menyangka akan bertarung dengan
tentera Makkah, sehebat apa yangterjadi di medan Badar itu. Justeru itu,
maka sebahagian besar dari sahabat berada di Makkah, danmereka mengira
Rasulullah s.a.w keluar itu tidak lebih dari Sariyah-Sariyah yang lepas,
maka sebabitulah Rasulullah s.a.w tidak membantah terhadap mereka yang
tidak turut bersama.KADAR KEKUATAN TENTERA ISLAM DAN PENGAGIHAN
PIMPINANKini Rasulullah s.a.w dalam keadaan bersedia untuk keluar
bersama-sama dengan tiga ratus tiga belasorang (313 atau 314 atau 317
orang) 82 Muhajirin (83 atau 86 orang) Al-Aws seramai 61 orang dan
170orang Al-Khazraj, mereka tidaklah begitu bersiap sangat dan tidaklah
membawa peralatan yangselengkapnya, tunggangan mereka hanya dua ekor
kuda, kuda Az-Zubair bin Al-Awwam dan kuda Al-Miqdad bin Al-Aswad
Al-Kindi, manakala unta bersama mereka hanya tujuh puluh ekor yang
ditunggangsecara bergilir untuk dua atau tiga orang, Rasulullah s.a.w
bergilir dengan Ali dan Mirthad bin Abi MirthadAl-Ghanawi dengan seekor
unta.Rasulullah s.a.w melantik Ibnu Ummi Maktum sebagai khalifahnya
untuk mengendali urusan Madinah dansolat. Tetapi setibanya Rasulullah
s.a.w di "Ar-Rawha" Rasulullah s.a.w menghantar balik Abu Lubabah
binAl-Munzir untuk mengendalikan urusan pentadbiran Madinah.Panji
pimpinan berwarna putih diserahkan kepada Musab bin Umair Al-Qurasyi
Al-Abdari, Bagindamembahagikan tentera kepada dua katibah (pasukan):1.
Katibah orang Muhajirin benderanya diberi kepada Ali bin Abi Talib.2.
Katibah Al-Ansar, benderanya diberikan kepada Sad bin Muaz.Sayap kanan
diletakkan di bawah pimpinan Az-Zubair bin Al-Awwam, sayap kiri pula di
bawah pimpinanAl-Miqdad bin Umar, kedua-dua mereka ini adalah tentera
berkuda di dalam tentera Islam ini. Pemimpinbarisan belakang ialah Quis
bin Abi Sasaah, pimpinan tertinggi masih disandang oleh Baginda
sebagaiterus agong pimpinan tentera Islam.TENTERA ISLAM BERGERAK KE ARAH
BADARRasulullah s.a.w bergerak dengan tenteranya yang tidak
bersiap-sedia untuk berperang, sehingga
- 99. Ar-Raheeq
Al-Makhtumkeluarlah dari kawasan Al-Madinah, dan terus berjalan hingga
ke jalan utama ke Makkah, hingga sampaike daerah Ar-Rawha, beberapa
ketika setelah Baginda melintasi Ar-Rawha Baginda tinggalkan jalan
keMakkah di sebelah kiri dan menyusur ke arah kanan melalui An-Naziyah,
ertinya Baginda bertala(menuju) ke Badar di situ Baginda mengambil jalan
ke Badar, darinya Baginda sampai ke lembah Jazayang dikenali sebagai
Rahqan, yang kira-kira terletak di antara An-Naziyah dan segenting
As-Safra,Baginda melintasi segenting As-Safra itu, dari situ Baginda
menjunam hingga sampai ke As-Safra dandarinya Baginda mengutus Basis
Ibnu Umar Al-Juhani dan Adi bin Abi al-Zaghba ke Badar untukmengumpul
maklumat mengenai Kafilah Quraisy.PEMBERITAHUAN KEPADA PENDUDUK DI
MAKKAHPengedalian kafilah Quraisy ini sebenarnya di bawah tanggungjawab
Abu Sufian sepenuhnya, di manabeliau begitu berjaga dan amat berwaspada
kerana beliau menyakini jalan ke Makkah itu amatmerbahaya, oleh yang
demikian beliau sentiasa menghantar pengintip-pengintip untuk
memperolehimaklumat, selain dari itu beliau selalu bertanya setiap
musafir atau tunggangan yang beliau temui disepanjang perjalanannya itu.
Tidak berapa lama kemudian beliau memperolehi maklumat dari
risikannyabahawa Muhammad s.a.w telah pun mengerah tenaga sahabatnya
untuk menawan kafilahnya, dengansegera Abu Sufian mengupah Dhamdham bin
Amru al-Ghifari ke Makkah, di sana Dhamdham melaungdan meminta bantuan
kepada pihak Quraisy untuk menghantar gerakan penyelamat kafilah mereka
buatmenghalang Muhammad s.a.w dan sahabatnya daripada bertindak terhadap
harta mereka itu begitulahtindakan Dhamdham kepada Quraisy dari atas
belakang untanya, setelah memotong hidung untanyaseterusnya beliau
mengoyak bajunya untuk dikibar-kibarkan kepada Quraisy sambil berteriak:
KalianQuraisy, celaka dan celaka harta kamu bersama Abu Sufian itu,
telah dihalang oleh Muhammad s.a.w dansahabat-sahabatnya, aku tak nampak
kamu berkesempatan dengannya, tolong tolonglah !!!PENDUDUK MAKKAH
BERSEDIA UNTUK BERPERANGSemua orang di Makkah bersiap dan bergerak
dengan pantas dan mereka berkata: Apakah Muhammadingat kafilah kita itu
seperti kafilah Ibnu Al-Hadhrami? Dengan mudah boleh direbut dari tangan
kita?Tidak!! Demi Allah biar dia tahu bukan semudah itu dia boleh
bertindak. Pihak Quraisy bertindak samadakeluar sendiri atau menghantar
penggantinya, untuk keluar mereka telah mengerah tenaga habis-habisan,
tidak seseorang pun dari pemuka mereka mengecualikan diri selain dari
Abu Lahab, namunbeliau tetap menghantar pengantinya yang telah berhutang
dengannya. Selain dari itu, mereka jugamengerakkan kabilah-kabilah Arab
di sekeliling Makkah, semua puak turut keluar kecuali Banu Adi
sahaja,di mana tidak seorang pun dari mereka yang turut serta.KEKUATAN
TENTERA MAKKAHKekuatan tentera Makkah terdiri dari seribu tiga ratus
(1,300) askar pada permulaan, dengan seratusekor kuda, enam ratus
perisai, manakala unta terlalu banyak bilangan yang tidak dapat
dipastikananggaran dengan terperinci. Pemimpin agung mereka ialah Abu
Jahal bin Hisyam, makanan dibekal olehsembilan orang kenamaan Quraisy,
mereka menyembelih kadangkala sembilan atau sepuluh ekor
untasehari.PERSOALAN KABILAH-KABILAH BANU BAKRSemasa tentera Makkah mula
bergerak, Quraisy teringat permusuhan dengan kabilah-kabilah Banu
Bakr,mereka takut kabilah ini akan menikam mereka dari belakang, jadi
mereka akan tersepit di antara duamusuh, hampir-hampir permasalahan ini
melemah dan menggagalkan usaha mereka, tetapi iblis telah
- 100.
Ar-Raheeq Al-Makhtummenjelma dalam rupa paras Suraqah bin Malik Ibnu
Jasyam Al-Mudlaji, ketua Kabilah Banu Kinanah,dengan menyeru kepada
mereka kalian: Aku adalah penjamin kepada kamu di mana Kinanah tidak
akanmenyerang dari belakang kamu, suatu hal yang kamu tidak senang
dengannya.TENTERA MAKKAH BERGERAKSetelah itu mereka pun bergerak keluar
dari Makkah, sebagaimana yang disifatkan oleh Allah
yangbermaksud:"Dengan penuh lagak sombong menunjuk-nunjuk kepada orang
ramai, serta mereka menghalangimanusia dari jalan Allah. "Al-Anfal:
47Dan mereka mara ke hadapan sebagaimana yang digambarkan oleh
Rasulullah s.a.w dengan hadis yangbermaksud: "Mereka mencabar Allah dan
RasulNya dengan segala tenaga dan kekuatan persenjataanmereka."Menepati
firman Allah yang bermaksud:"Dan bergeraklah mereka pada pagi itu, penuh
kepercayaan yang mereka akan berkuasa, bagimenghalang kaum miskin".
Al-Qalam: 25Langkah-langkah mereka penuh tasub, hasad dengki, dendam
kesumat dan iri hati ke atas Rasulullahs.a.w dan sahabat-sahabatnya,
lantaran para sahabat ini berani mengancam kabilah mereka.
Merekabergerak secepat kilat ke arah utara menuju "Badar", dengan
melalui "Wadi Asafan", ke Qadid kemudianke Juhfah, di sana mereka telah
menerima berita baru dari Abu Sufian yang menyebut: Sebenarnya
kamukeluar ini untuk menyelamatkan kabilah kamu, orang-orang kamu dan
harta kamu, tetapi kini kita telahdiselamatkan Tuhan jadi kalian
bolehlah pulang.KABILAH DAPAT MELEPASKAN DIRIKisah Abu Sufian dan
Kabilah yang melalui jalan utara itu adalah amat berjaga-jaga dan
waspada, beliaumenambah lagi gerakan merisik, sebaik sahaja mereka
menghampiri "Badar" beliau mara ke hadapanmendahului kabilah, di situ
beliau menemui Majdi bin Amur, Abu Sufian bertanyakan beliau
mengenaitentera Al-Madinah, jawab Majdi: "Aku tidak melihat seorang pun
dari mereka yang diragui, cuma tadiada dua orang penunggang telah
berhenti di bukit itu, setelah minum air bekalan, mereka pun beredardari
situ", Abu Sufian pun segera ke tempat dua penunggang berehat tadi,
beliau mengambil najis untatunggangan dua orang penunggang yang singgah
di situ, kemudian beliau memecahkan najis danmemeriksanya. Tiba-tiba
beliau mendapati najis itu mengandungi bijian, maka kata beliau: "Demi
Allah iniadalah makanan binatang dari Yathrib, segera beliau kembali ke
kabilahnya, dengan itu beliaumemalingkan pergerakan kabilahnya ke arah
pantai sebelah barat, meninggalkan jalan utara ke Badaryang di sebelah
kiri. Dengan itu kabilahnya terselamat dari terjatuh ke tangan tentera
Al-Madinah, sebabitulah maka beliau mengutus surat kepada angkatan
tentera Makkah, yang mana mereka menerimasuratnya itu semasa tentera
Makkah telah berada di Al-Juhfah.TENTERA MAKKAH BERCADANG UNTUK BERPATAH
BALIK DAN KERETAKAN DALAM BARISANKEPIMPINAN MAKKAHSetelah tentera
Makkah sedang berada di Juhfah menerima perutusan dari Abu Sufian,
mereka pun
- 101. Ar-Raheeq Al-Makhtumbercadang untuk kembali
semula ke Makkah, tetapi pemimpin taghut Quraisy Abu Jahal yang
sombong,bongkak dan takbur bangun menyeru: "Demi Allah kita tidak akan
pulang kecuali setelah kita sampai keBadar, di sana kita akan berkhemah
tiga malam, kita sembelih sembelihan, kita makan sepuas-puasnya,minum
khamar, dan kita berhibur dengan artis-artis penyanyi, sehingga dengan
itu kita akan di dengaroleh bangsa Arab tentang pergerakan dan
perhimpunan kita, seterusnya mereka akan gerun dengansikap kita itu
untuk selama-lamanya".Bercanggah dengan Abu Jahal, Al-Akhnas bin Syuraiq
telah mengeluar pendapat dan bantahan untukpulang ke Makkah, namun
mereka tidak bersetuju dengannya, untuk demikian beliau menarik diri
untukpulang bersama-sama kabilahnya Banu Zuhrah, Al-Akhnas merupakan
sekutu Quraisy dan ketua KabilahBanu Zuhrah di dalam gerakan ketenteraan
ini, lantaran itu tiada seorang pun dari Banu Zuhrah yangmenyertai
peperangan Badar, kekuatan mereka lebih kurang tiga ratus (300) orang,
Banu Zuhrah amatgembira dan berpuas hati dengan pendapat Al-Akhnas bin
Syuraiq itu, hingga dengannya beliau menjaditokoh pemimpin pilihannya
yang didengari, ditaati dan dihormati.Banu Hasyim pun hendak pulang
juga, tetapi Abu Jahal berkeras dengan mereka, katanya: "Kamu tidakboleh
bercerai dengan kami, ikut kami hingga kami pulang". Dengan itu tentera
Makkah pun rnara kehadapan dengan kekuatan tentera seramai seribu orang
askar, selepas penarikan diri oleh Banu Zuhrah,menuju Badar, angkatan
Makkah bergerak hingga sampai hampir ke Badar, di sebalik guar (tanah
tinggi)di lembah "Al-Udwah Al-Qaswa" bersempadan dengan lembah
Badar.PENDIRIAN TENTERA ISLAM YANG KRITIKALRisikan tentera Madinah
melaporkan kepada Rasulullah s.a.w s.a.w yang pada ketika itu masih
lagiberada di "Wadi Zufran" mengenai kabilah dan angkatan tentera
Makkah, hasil analisa dan perkiraanbahawa pasti sudah tidak dapat dielak
lagi pertumpahan darah. Di dalam suasana ini sudah tidak dapattidak,
harus mara ke hadapan dan semestinya tidak boleh berundur, kemaraan
harus pula didasarkankepada keberanian, kecekalan, keperwiraan dan
ketegasan, tidak syak lagi kalaulah dibiarkan tenteraMakkah
bermaharajalela di daerah ini, ianya akan menjadi alasan dan dorongan
kepada Quraisy untukterus berkuasa, malah akan merupakan penerusan
kepada kuasa politiknya, di masa yang sama akanmelemahkan kredebeliti
umat Islam dan kuasanya, malah mungkin akan mengakibatkan gerakan
Islamakan tinggal badan tanpa roh dan kekuatan, akan memberi laluan
seluas-luasnya kepada segala jeniskejahatan dan hasad kesumat untuk
berbuat apa sahaja terhadap Islam.Selepas kesemuanya itu, siapakah yang
akan menjamin keselamatan umat Islam, kiranya pihak Quraisydan tentera
Makkah mara ke Madinah siapa yang akan menghalangnya, pertempuran
mungkin akanberpindah ke pintu masuk Madinah, kemudian mereka akan mara
hingga ke tengah-tengah Madinahsendiri, tidak sama sekali, kalau
diandaikan berlakunya ketewasan kepada tentera Madinah sudah pastisatu
kesan buruk akan menimpa kehebatan kaum muslimin dan maruah
mereka.MAJLIS PERMESYUARATANMemandangkan kepada perkembangan mengejut
dan berbahaya ini, maka Rasulullah s.a.w s.a.w punmengadakan
permesyuaratan majlis tertinggi tentera, di mana Rasulullah s.a.w
melaporkan kedudukanterkini, di dalam sidang ini masing-masing
mengemukakan pendapat dan pandangan, lapisan awam danpemimpin tentera
semua turut memberi sumbangan dan pendapat masing-masing, di saat ini
terdapatsesetengah hati bergoncang dan ketakutan untuk menghadapi
pertumpahan darah ini, mereka inilah yangdisebut Allah di dalam
firmanNya yang bermaksud:"Sebagaimana Tuhanmu mengeluarkan mu dari
rumahmu dengan kebenaran jua, sedang sebahagian dariorang-orang yang
beriman itu tidak setuju. Mereka membantahmu tentang kebenaran berjihad
setelah
- 102. Ar-Raheeq Al-Makhtumnyata, seolah-olah mereka
dihalau kepada kematian yang sedangmereka lihat".
Al-Anfal: 5-6Bagi pihak pemimpin tentera, Abu Bakar As-Siddiq sendiri
berucap dan menegaskan sesuatu yang amatbaik, kemudian Umar bin
Al-Khattab pun berucap dan menegaskan segalanya adalah amat baik,
disusulidengan Al-Miqdad bin Amru yang menegaskan: "Wahai Rasulullah
s.a.w teruskanlah sebagaimana yangAllah perlihatkan kepada tuan hamba,
sesungguhnya kami tetap bersama-sama tuan, demi Allah kamitidak akan
berkata kepada tuan, seperti Banu Israil berkata kepada Musa: "Pergilah
dikau bersama Tuhankau, dan berperanglah kamu berdua kami akan tunggu di
sini". Tetapi kami akan berkata: "Ayuh maralahdikau bersama Tuhan kau
dan berperanglah, sesungguhnya kami bersama kamu untuk berperang,
demiDia Tuhan yang telah mengutuskan dikau dengan kebenaran, seandainya
kau membawa kami ke "Barkal-Ghimad" nescaya kami bertempur bersama tuan
tanpa menghiraukan apa pun, sehinggalah kitasampai ke sana". Rasulullah
s.a.w membalas kepadanya dengan baik di samping berdoa untuk beliau.Tiga
tokoh tadi adalah dari pimpinan Muhajirin, mereka merupakan minoriti di
dalam tentera Islam,seterusnya Rasulullah s.a.w ingin mengetahui
pendapat pemimpin Ansar pula, kerana mereka merupakanmajoriti terbesar
kekuatan tentera Islam, lagi pun kekuatan tempor terletak pada golongan
Ansar,tambahan pula nas Baiah Al-Aqabah tidak menuntut supaya mereka
berperang di luar kampung halamanmereka, setelah mendengar ucapan tiga
pemimpin tadi Baginda masih menyebut: Wahai kalian berilahpandangan
kamu, lafaz Rasulullah s.a.w itu dituju kepada Al-Ansar, pemimpin
Al-Ansar dan pembawapanji, Sad bin Muaz segera menangkapi maksud
Rasulullah s.a.w itu dan terus beliau berkata: "DemiAllah, bagaikan tuan
hamba memaksudkan kami"? Jawab Rasulullah s.a.w: "Bahkan".Sad terus
dengan ucapannya: "Sebenarnya kami telah pun beriman dengan dikau ya
Rasulullah s.a.w,kami membenarkan dikau, kami bersaksi bahawa apa yang
kau bawa itu adalah benar, telahpun kamiberi janji-janji dan kepercayaan
kami untuk mendengar dan mentaati, ayuh teruskan wahai Rasulullahs.a.w
untuk mencapai sesuatu yang dikau kehendaki, demi Tuhan yang mengutuskan
tuan hamba dengankebenaran, seandainya tuan hamba membawa kami
mengharungi lautan nescaya kami harungi, takseorang pun akan berkecuali,
kami bersenang hati dikau membawa kami untuk menemui seteru padaesok
hari, kami ini jenis bersabar dan bertahan di dalam peperangan, penuh
kepercayaan untukbertarung dan berhadapan dengan musuh, semoga Allah
memperlihatkan sesuatu yang menyenangkanmata melihat, ayuh bawalah kami
ke hadapan penuh keberkatan dari Allah"Di dalam riwayat yang lain
menyebut, Sad bin Muaz berkata kepada Rasulullah s.a.w: "Boleh jadi
tuanhamba merasakan bahawa pihak Ansar berpendapat sokongannya kepada
tuan hamba hanya diperkarangan kampung mereka sahaja, di sini hamba
menegaskan bagi pihak Ansar dan menjawab bagipihak mereka: Ayuh
bergeraklah ke mana sahaja, hubungilah siapa yang tuan hamba suka,
putuskanlahhubungan dengan sesiapa yang tuan hamba suka, ambillah harta
kami sesuka tuan hamba, tinggalkanlahkadar mana harta harta itu kepada
kami sesuka hati tuan hamba, sesuatu yang tuan ambil dari kami ituadalah
paling kami senangi lebih dari apa yang tuan tinggalkan, sesuatu yang
tuan perintahkan itu, makaurusan kami adalah ikutan kepada suruhan tuan
itu, demi Allah sekiranya tuan membawa kami untuksampai di Bark
al-Ghimad nescaya kami turuti. Dan Demi Allah seandainya tuan hamba
membawa kamimengharungi lautan nescaya kami harungi".Rasulullah s.a.w
terharu dengan kata-kata Sad itu dan terasa segar dan bertenaga,
kemudian Rasulullahs.a.w bersabda yang bermaksud:"Ayuh bergeraklah dan
bergembiralah dengan berita baik, kerana sesungguhnya Allah telah
menjanjikandaku salah satu dari dua kelompok itu, demi Allah sekarang
bagaikan daku sedang menyaksi kemusnahankaum musyrikin."TENTERA ISLAM
MENERUSKAN PERJALANANNYA
- 103. Ar-Raheeq Al-MakhtumSetelah itu
Rasulullah s.a.w pun berpindah dari Zufran melalui lurah-lurah yang
dikenali sebagai Al-Asafir,kemudian Baginda turun ke kampung dikenali
sebagai "Ad-Diah" menyusur ke bawah meninggalkan "Al-Hanan" ke sebelah
kanan yang merupakan gua seakan-akan bukit dan darinya Baginda menuju ke
tempatberhampiran "Badar".RASULULLAH S.A.W MENGGERAK OPERASI
PERISIKANRasulullah s.a.w s.a.w telah bertindak sendiri bersama temannya
yang pernah bersama-sama di dalamgua Hira iaitu Abu Bakar As-Siddiq,
untuk bersiar-siar di sekitar khemah tentera Makkah, tiba-tibamereka
bertemu dengan seorang syeikh Al-Arab, Rasulullah s.a.w s.a.w pun segera
bertanya kepadabeliau mengenai Quraisy dan Muhammad dengan
sahabat-sahabatnya. Baginda bertanya mengenai keduatentera itu dengan
tujuan merahsiakan diri Baginda, tetapi jawab syeikh Al-Arab itu: "Aku
tidak akanceritakan kepada kamu berdua kecuali setelah kamu memberitahu
daku siapa kamu berdua ini"? JawabRasulullah s.a.w s.a.w: "Sekiranya
saudara memberitahu akan kami beritahu". Kata syeikh Al-Arab:"Ayuh
begitu caranya", jawab Rasulullah s.a.w s.a.w: "Memanglah itu
caranya".Kata syeikh Al-Arab: "Cerita yang ku dengar bahawa Muhammad dan
sahabat-sahabatnya telah keluarpada hari sekian, sekian, sekiranya
benar cerita itu mereka sekarang ini berada di tempat sekian,
sekianiaitu tempat tentera Al-Madinah sedang berkhemah manakala Quraisy
pula telah keluar pada hari sekian,sekian, dan kalau benar ceritanya itu
maka mereka di hari ini berada di tempat sekian, sekian iaitutempat
tentera Makkah sedang berkhemah".Setelah beliau selesai menceritakan
beliau bertanya: "Dan siapa kamu berdua ini"? Jawab Rasulullahs.a.w:
"Kami ini dari "Ma"" dengan itu Rasulullah s.a.w terus beredar, syeikh
tadi kehairanan memikirkanapa dari "Ma" itu apakah dari "Ma" Al-Iraq?
(atau "Ma" yang bererti air).MEMPEROLEHI MAKLUMAT TERPENTING MENGENAI
TENTERA MAKKAHDi petang hari yang sama Baginda mengutus lagi
risikan-risikannya, semua untuk memungut lagimaklumat seteru, tugas ini
dipertanggungjawabkan kepada tiga pemimpin Muhajirin, Ali bin Abi Talib,
Az-Zubair bin Al-Awwam dan Sad bin Abi Waqqas bersama beberapa orang
sahabatnya yang lain, merekasampai ke telaga "Badar", Di sana mereka
terserempak dengan dua orang suruhan Quraisy mengambil airuntuk tentera
Makkah, mereka memberkas dua orang pengambil air dan dibawa ke hadapan
Rasulullahs.a.w, sedang di masa itu Rasulullah s.a.w tengah
bersembahyang, kalian yang ada di situ memeriksamereka berdua dan
berkata: "Kami pengambil air untuk tentera Quraisy mereka mengantar kami
untukmengangkut air untuk mereka" namun orang Islam tidak bersenang
hati, kerana mereka mengharapkanmereka berdua itu orang suruhan Abu
Sufian (kerana mereka masih berhasrat untuk menawan kabilahQuraisy)
mereka membelasah kedua-dua orang suruhan itu dengan parahnya, hingga
mereka berduaterpaksa mengaku: "Ya kami ini orang Abu Sufian, dengan itu
dua orang itu ditinggalkan.Setelah selesai bersembahyang, Rasulullah
s.a.w berkata kepada mereka sebagai memarahi tindakanmereka itu. Ayuh
bila mereka bercakap benar kamu belasah mereka, tetapi bila mereka
mendustakankamu, kamu biarkan mereka pula, mereka berdua ini memang
bercakap benar, sebenarnya merekaberdua ini adalah orang suruhan tentera
Makkah.Selepas itu Rasulullah s.a.w s.a.w bertanya dua orang suruhan
yang diberkas, katanya: "Ceritakankepada ku perihal Quraisy", jawab
mereka: "Mereka berada di sebalik bukit pasir itu yang kamu nampakdekat
"Al-Udwah Al-Qaswa". Tanya Baginda lagi: "Berapa ramai tentera Quraisy
itu". Jawab mereka:"Memang banyak". Tanya Baginda, "Berapa bilangannya?"
Jawab mereka : "Kami tak dapatmengetahuinya". Kata Rasulullah s.a.w
s.a.w: "Berapa ekor sembelihan mereka sembelih setiap hari?"Jawab mereka
berdua: "Sehari sembilan dan sehari sepuluh". Kata Rasulullah s.a.w:
"Jadi mereka itu diantara sembilan ratus dan seribu, tanya Baginda lagi:
"Siapa di antara mereka orang-orang kenamaan?"Jawab mereka berdua:
"Utbah bin Rabiah dan saudaranya Syaibah, Abu Al-Bukhturi, Ibnu Hisyam,
Hakim
- 104. Ar-Raheeq Al-Makhtumbin Hizam, Naufal bin Khuwnilid,
Al-Harith bin Amir, Tuaimah bin Adi, An-Nadhr bin Al-Harith, Zamaahbin
Al-Aswad, Abu Jahal bin Hisyam dan Umaiyah bin Khalaf," mereka adalah di
antara tokoh Quraisyyang sempat disebut oleh dua orang suruhan Quraisy.
Rasulullah s.a.w berdiri di hadapan kaum muslimindan berkata: Itu dia
Makkah yang telah datang kelmarin dengan anak-anak kesayangan dan
buahhatinya.HUJAN TURUNDi malam itu Allah s.w.t menurunkan hujan di
tempat kaum musyrikin. Hujan turun dengan lebatmelumpuhkan kemaraan
mereka, sedang di tempat kaum muslimin pula hujan renyai-renyai
membasahidan membersihkan badan mereka, mensucikan diri mereka dari noda
syaitan, menetapkan bumi tempatmereka bergerak, mengejapkan pasir,
mengukuhkan tapak kaki mereka, mengemaskan kedudukanstrategi mereka dan
menambatkan hati-hati mereka.TENTERA ISLAM MENDAHULUI KE TEMPAT
PERTEMPURAN YANG STRATEGIKRasulullah s.a.w mengerakkan tenteranya untuk
mendahului kaum musyrikin ke perigi Badar, danmenghalang mereka dari
menawan perairan berkenaan, Baginda mengambil tempat di malam itu
dikawasan terdekat kepada perairan Badar itu. Di masa itu Al-Hubab bin
Al-Munzir selaku pakarketenteraan, bertanya kepada Rasulullah s.a.w,
"apakah kawasan yang kita bertempat sekarang ini suatuyang sudah
ditunjukkan oleh Allah hingga tidak boleh kita maju atau ke belakang
selangkah pun? Atauapakah ianya sebagai pemilihan strategi dan taktik?"
Jawab Rasulullah s.a.w: "lanya adalah strategi dantaktik semata-mata?"
Kata Al-Habab: "Kalau demikian ya Rasulullah s.a.w, lanya bukan tempat
yangsesuai, tuan hamba boleh berpindah bersama sekalian tentera ke
perairan kaum musyrikin, kitatimbuskan dan musnahkan kolah yang di
tepiannya dan kita bina pula takungan, kemudian dipenuhkandengan air
hingga dengan itu semasa bertempor nanti kita akan minum manakala kaum
musyrikin dalamkekeringan dan kehausan." Kata Rasulullah s.a.w: "Kau
telah memberi pendapat yang baik".Rasulullah s.a.w pun segera bangun dan
bergerak dari situ dengan seluruh tentera hingga sampai keperairan yang
terdekat kepada musuh, di tengah malam mereka menimbus kolam-kolam air
danmembina takungan khusus untuk tentera Islam, yang lain habis
ditimbus.MARKAS PIMPINANSebaik sahaja kaum muslimin selesai bertempat di
sebelah perairan Badar, Sad bin Muaz punmencadangkan kepada Rasulullah
s.a.w s.a.w supaya tentera Islam membina satu tempat khusus bagimarkas
arahan dari Baginda, sebagai persiapan untuk menghadapi kecemasan,
andainya kekalahansebelum memperolehi kemenangan dengan kata beliau:
"Wahai Nabi Allah bagaimana kami akanmembina perteduhan untuk tuan
hamba, padanya kita tempatkan tunggangan Rasulullah s.a.w dan kamiakan
mara ke hadapan menemui seteru, sekiranya dengan bantuan sokongan Allah
kita menang makaitulah yang kita harap-harapkan, tetapi jika takdir kita
tidak berjaya, maka Rasulullah s.a.w bolehmenggunakan tunggangan yang
sedang menunggu di mana Rasulullah s.a.w boleh bersama tentera kitayang
berada di saf belakang, dan musuh tidak sempat mengejar Rasulullah
s.a.w. Sekiranya kaummuslimin mendapat Rasulullah s.a.w bersama mereka,
mereka tidak akan mundur dari tuan hamba malahmereka akan mempertahankan
Rasulullah s.a.w atau berbincang dan berjihad bersama tuan
hamba"Rasulullah s.a.w menghargai pendapat Muaz itu dengan baik, sambil
berdoa untuknya, tentera Islam punsegera membina perteduhan di suatu
tempat yang tanahnya tinggi di sebelah tenggara medanpeperangan
berhadapan dengan arena pertempuran. Seterusnya telah dipilih sebilangan
pemuda Ansar dibawah pimpinan Sad bin Muaz untuk mengawal Rasulullah
s.a.w di perteduhan itu.
- 105. Ar-Raheeq Al-MakhtumMOBILISASI
TENTERA DAN SEMBAHYANG MALAMRasulullah s.a.w memobilisasikan tenteranya,
dan Rasulullah s.a.w berjalan ke arena pertempuran, sambilmenunjuk
dengan tangannya dan bersabda: "Ini tempat kematian si pulan besok
Insyaallah, di malam ituRasulullah s.a.w menghabiskan masanya dengan
bersembahyang kepada Allah di tepi sepohon kayusedang kaum muslimin
dapat tidur dengan tenang menanti esok yang cerah, hati mereka mekar
dengankeyakinan, di malam itu mereka berehat secukupnya, mengharapkan di
besok hari akan menyaksi denganmata kepala mereka janji-janji Tuhan
mereka:"Ingatlah ketika kamu dilitupi oleh perasaan mengantuk sebagai
satu pemberian aman daripadaNya daningatlah ketika la menurunkan kepada
kamu hujan dari langit untuk menyucikan kamu dengannya danmenghapuskan
dari kamu gangguan dari syaitan dan juga untuk menguatkan hati kamu dan
menetapkandengannya tapak pendirian kamu ".
Al-Anfaal:
11Malam berkenaan adalah malam Jumaat 17 Ramadhan tahun kedua hijrah
Rasulullah s.a.w mula keluarpada 8 haribulan atau 2 haribulan di bulan
yang sama.TENTERA MAKKAH DI MEDAN PEPERANGAN DAN PERPECAHAN DI KALANGAN
MEREKAManakala Quraisy pula di malam itu berkhemah di Al-Udwah Al-Quswa,
bila pagi menjelang Quraisy punberhadapan dengan Katibahnya serta
membawa mereka turun dari bukit pasir itu menuju ke lembahBadar,
beberapa orang dari mereka menuju ke takungan air Rasulullah s.a.w, kata
Baginda: "Biarkanmereka datang, sesiapa sahaja yang meminum darinya
kita bunuh, kecuali Hakim bin Hizam", beliau tidakdibunuh malah selepas
beberapa ketika beliau memeluk Islam dan menjadi baik, sehingga kalau
beliauhendak bersumpah semasa dalam Islam, beliau akan menyebut: "Tidak,
demi Tuhan yangmenyelamatkan daku di hari Badar". Setelah pihak Quraisy
kembali tenang, maka dihantarnya Umair binWahb al- Jumahi untuk
mengesan kekuatan tentera Al-Madinah, beliau menunggang kudanya di
sekelilingperkhemahan Islam, selepas pulang Beliau melaporkan katanya:
"Mereka adalah tiga ratus orang, lebihkurang sekitar itu, tetapi tunggu
sehingga aku mengesan apakah mereka ada penyerang hendap danmempunyai
logistik pembekal? Dengan itu beliau menjelajah ke tengah-tengah lembah
"Badar" dan beliautidak mendapati apa-apa pun terus beliau pulang dengan
katanya: "Aku tidak melihat apa-apa pun,namun pada hemat ku di sana
bala sedang menunggu kamu dengan seribu kematian, ku dapati panah-panah
di Yathrib membawa kematian yang perih, mereka adalah golongan yang
tiada pembela danperlindungan selain dari pedang mereka, derni Allah
kamu tidak akan berupaya membunuh seorang pundari mereka yang berani
dibunuh, kalau dah sebilangan dari kamu ini bertemu ajal, maka tak
adakebaikan lagi untuk hidup. Ayuh, tiliklah minda kamu".Di masa itu,
berlaku satu lagi penentangan terhadap Abu Jahal yang berkeras untuk
berperang itu, iaituusaha untuk membawa balik tentera Quraisy ke Makkah,
untuk mengelak berlakunya peperangan. Hakimbin Hizam telah menyeru
tentera Makkah berpatah balik. Hakim menemui Utbah bin Rabiah dan
menyerukepadanya: "Wahai Abu Al-Walid kamu adalah salah seorang kenamaan
Quraisy dan tokoh diseganipercakapan, tidakkah kamu tahu , aku mengajak
kamu kepada satu kebaikan yang kelak akan disebutsepanjang masa?" Tanya
Utbah: "Apa perkaranya wahai Hakim?" Jawab Hakim: "Kau pulang ke
Makkahbersama-sama orang kau dan kau bertanggungjawab juga dengan Amru
bin Al-Hadrami sekutu kau itu(yang terbunuh di dalam Sariyah Nakhlah)"
Jawab Utbah: "Aku setuju dan berjanji, Amru adalah sekutuku dan kau
harus bertanggungjawab dengan pembayaran darah kematian dan kerugian
harta bendanya."Kata Utbah kepada Hakim bin Hizam: "Kau jumpa Ibnu
Al-Hanziliyah (laitu Abu Jahal, Al-Hanziliyahadalah ibunya) aku tidak
curiga percanggahan pendapat selaih dari beliau". Rabiah pun pergi
menemuiQuraisy: "Wahai kalian Quraisy demi Allah sesungguhnya tindakan
kamu untuk berhadapan denganMuhammad itu adalah suatu hal, hal yang
harus dipertimbangkan, demi Allah sekiranya kamu berjaya
- 106.
Ar-Raheeq Al-Makhtummelawannya, beliau masih lagi tidak senang untuk
melihat muka-muka kamu, yang telah membunuhanak saudaranya atau anak
saudara ibunya atau mana orang dari keluarganya, baliklah kamu dan
biarlahMuhammad dan orang-orang Arab lain berhubungan dengannya,
sekiranya beliau berjaya denganusahanya itu maka itu juga sebahagian
dari hasrat kamu, kalau tidak demikian beliau masih mendapatkamu dan
kamu pula tidak menghalang apa yang hendak dilakukan oleh Muhammad dan
sahabatnya".Hakim bin Hizam pula segera menemui Abu Jahal yang sedang
mempersiapkan baju besinya, beliau punterus berkata: "Aku ini disuruh
oleh Utbah untuk berbuat begini-begini", jawab Abu Jahal: Demi
AllahUtbah ini sudah terpukau dan besar diri, ketika beliau menyaksi
Muhammad dan sahabat-sahabatnya"."Tidak!! Demi Allah, kami tidak akan
pulang hinggalah Tuhan menentukan qadarnya di antara kita
denganMuhammad, biarlah Utbah dengan kata-katanya itu, Utbah telah
menyaksi Muhammad dan sahabat-sahabatnya beserta dengan anak Huzaifan
yang sudah memeluk Islam itu sudah mampu memakan untayang gemuk lalu
beliau pun memomokkan kamu semua".Tapi bila mana percakapan Abu Jahal
itu sampai ke pendengaran Utbah: "Demi Allah beliau sudahdipukau dan
besar diri" maka kata Utbah: "Tunggulah dia akan tahu siapa yang
bermegah dan besar diri,akukah atau dia?" Abu Jahal pun bergegas dan
bersegera, takut-takut nanti penentangan semakinmenjadi-jadi, selepas
dialog itu beliau terus menghantar orang menemui Amir bin Al-Hadhrami,
iaitusaudara kepada Amru bin Al-Hadhrami yang terbunuh di dalam
pertempuran Sariyah Abdullah bin Jahsy,dengan sebutannya: "Itu dia Utbah
sekutu kau, hendak pulang dengan pengikut-pengikutnya, kau
sendirimenyaksikan kerja kita ini adalah menuntut bela darah terhadap
saudara mu itu. Ayuh bangun carikanmana dia pencabar mu dan pembunuh
saudara mu itu". Dengan itu Amir pun segera bangun danmenunjukkan
punggungnya sambil melaung: "Wahai Amru, semangat kalian pun memuncak
danbertekad untuk berperang malah mereka yakin peperangan pasti
berlaku", seruan Utbah kini musnahsudah, demikianlah keberanian
mengatasi kebijaksanaan, tentangan Utbah itu hilang di
awang-awangan,tidak sempat mencapai maksud dan tujuannya.DUA PASUKAN
KINI BERHADAPANSebaik sahaja kaum musyrikin muncul dan dua pasukan
bertentang mata, Rasulullah s.a.w bersabda yangbermaksud:"Ya Allah ya
Tuhanku, Ini dia Quraisy yang telah tiba penuh kesombongan dan bongkak.
mencabar Kau,mendusta Rasul Engkau. Ya Allah, ya Tuhanku berilah
pertolongan Mu yang Kau janjikan itu, ya Allah yaTuhanku, biarkan mereka
musnah di pagi hari ini."Rasulullah s.a.w bersabda semasa melihat Utbah
bin Rabiah yang sedang berada di tengah-tengahkaumnya menunggang unta
merahnya: "Kiranya ada seorang yang baik di kalangan golongan
Quraisymaka pemilik unta merah itulah yang terbaik, itupun sekiranya
mereka mentaatinya necaya merekamendapat petunjuk."Di saat itu
Rasulullah s.a.w pun bertindak meluruskan dan mengemaskan saf tentera
Islam, terjadi satuperistiwa ajaib, di mana pada masa itu Baginda sedang
memegang sebatang kayu buat membetulkan safIslam, Rasulullah s.a.w
mendapati Suwad bin Ghaziah terkeluar dari saf, oleh Rasul, Baginda
punmenekan perut Suwad dengan batang kayu tadi dengan sabdanya: "Suwad
betulkan saf!" teriak Suwad:"Sakit Rasulullah s.a.w. Ini kena balas
balik!", Rasulullah s.a.w pun membuka perut untuk dibalas balikhentakkan
dengan kayu tadi dan sabdanya: "Ayuh balas balik". Apa lagi Suwad pun
memeluk perutBaginda dan mencium serta mengucupnya bertubi-tubi. Sabda
Rasul: "Apa yang membawa kau berbuatbegini, wahai Suwad". Jawab beliau:
"Yang terjadi itulah apa yang tuan hamba lihat itu, Daku nak jadikanitu
sebagai detik terakhir untuk ku di mana kulit ku ini telah penyentuh
kulit Rasulullah s.a.w". Rasulullahs.a.w pun mendoakan sesuatu yang baik
untuk beliau.Setelah selesai mengemas saf, Baginda memerintah
tenteranya supaya tidak memulakan peperangan,
- 107. Ar-Raheeq
Al-Makhtumsehinggalah mereka menerima arahan yang terakhir, kemudian
sekali lagi Baginda memberi arahankhusus mengenai peperangan dengan
sabdanya yang bermaksud:"Sekiranya mereka itu berduyun-duyun, panahlah
mereka, tetapi berhemat dengan anak-anak panahkamu dan jangan hunuskan
pedang kamu kecuali bila mereka membanjiri kamu, lepas itu Baginda
pulangsemula keperteduhan khusus bersama Abu Bakr".Ada pun kaum
musyrikin telah disuarakan oleh Abu Jahal dengan perhimpunannya, Ya
Allah ya Tuhankuitu dia orang yang memutus hubungan kami, yang membawa
angkara yang belum pernah kamikenalinya, musnahkan mereka di pagi ini.
Ya Allah, ya Tuhan kami tolonglah mana satu yang tercinta dantersayang
pada Mu di hari ini. Dengan doa ini beliau telah menghukum dirinya
sendiri.Mengenai semua ini Allah menurunkan ayat yang bermaksud:Jika
kamu(orang-orang Musyrikin) mencari keputusan. Maka telah datang
kepadamu dan jika kamuberhenti itulah lebih baik bagi mudah jika kamu
kembali. Nescaya kami kembali pula dan angkatanperangmu sekali-kali
tidak akan dapat menolak dari kamu sesuatu bahaya.biarpun dia banyak
dansesungguhnya Allah bersama orang-orang beriman".
Al-Anfaal: 19DETIK TERAKHIR DAN PENCETUS PEPERANGANPencetus pertempuran
ialah Al-Aswad bin Abd Al-Asad Al-Makhzumi, manusia yang ganas dan
burukpekerti, telah muncul ke hadapan sambil melaung: "Aku berjanji
dengan Tuhan akan ku minum airtakungan mereka, akan ku roboh takungan
yang mereka bina dan aku rela mati untuk berbuat demikian".Hamzah bin
Abdul Al-Muttalib pun segera keluar dan tidak lama kemudian, Hamzah
secepat kilatmemancung pahanya menyebabkan beliau terlentang ke belakang
dengan tidak memberi kesempatankepada beliau untuk sampai ke takungan
air, namun beliau terus merangkak ke arah takungan hendakmeminum juga
dan untuk menunai juga sumpahannya tadi, tetapi Hamzah sekali lagi
menerkam kearahnya dengan pukulan maut, hingga tamat riwayat Al-Aswad
sedang beliau berada di dalam kawasantakungan untuk meminum juga air
dari dalamnya.PERTARUNGAN SATU LAWAN SATUKematian Al-Aswad merupakan
pencetus pertempuran, seterusnya tiga jaguh sekeluarga pilihan
Quraisytelah keluar menawar diri untuk dicabar, mereka ialah Utbah,
saudaranya Syaibah bin Rabiah dan Al-Walid bin Utbah, mereka telah
dijawab oleh tiga pemuda Ansar, Auf, saudaranya Muaz bin Al-Harith
(ibumereka ialah Afra) dan Abdullah bin Rawahah, tanya satria Quraisy:
"Siapa kamu?" Jawab mereka: "Kamiadalah lelaki Ansar." Kata Quraisy:
"Berpadanan dan setimpal, tapi kami tidak mahu kamu, yang kamihendak
ialah anak bapa saudara kami, dan mereka melaung; Wahai Muhammad
kemukakan kepada kamiyang setimpal dari kaum keluarga kami". Kata
Rasulullah s.a.w: "Ubaidah bin Al-Harith, Hamzah, Ali,bangun". Mereka
pun segera ke hadapan, bila berhampiran, mereka bertanya: "Siapa kamu
semua",mereka pun memperkenalkan diri. Jawab Quraisy: "Ya, kamu adalah
setimpal dan bangsawan."Mula-mula Abu Ubaidah di antara yang tertua dari
yang ketiga-tiga mereka, tampil ke hadapan melawanUtbah bin Rabiah,
kemudian Hamzah berhadapan dengan Syaibah dan Ali mencabar Al-Walid.
Hamzahdan Ali langsung tidak memberi kesempatan kepada lawannya, malah
kedua-dua lawan mereka terustersungkur rapat ke tanah dengan pukulan
kencang, adapun Abu Ubaidah dan pencabarnya, masing-masing terkena
pukulan lawan, masing-masing tercedera, Ali dan Hamzah terus menyambar
ke atasUtbah lantas membunuhnya. Mereka memapah Abu Ubaidah, sebelah
kakinya terputus. Beliau meninggaldunia di As-Safra, empat atau lima
hari selepas peperangan Badar, iaitu semasa kaum muslimin berjalanpulang
ke Madinah dalam tempoh ini, beliau berdiam diri.Saidina Ali menegaskan
dengan bersumpah bahawa Ayat yang bermaksud:
- 108. Ar-Raheeq
Al-Makhtum"Inilah dua golongan (mukmin dan kafir) yang berbantahan
tentang Tuhan mereka " .diturunkan mengenai mereka di dalam peperangan
ini.PELANGGARAN MENYELURUHBerakhirnya pertarungan satu lawan satu
merupakan permulaan yang malang terhadap kaum musyrikin,mereka telah
kehilangan tiga tenaga utama dan pilihan wira penunggang kuda, malah
ketiga-tiga merekaadalah di antara pemimpin Quraisy, dengan itu mereka
naik berang, lantas mereka meluru ke arahtentera Islam.Adapun kaum
muslimin selepas bermunajat memohon pertolongan dari Tuhan mereka,
dengan hati ikhlasberjuang kerana Allah, mereka terus berada di tempat
mereka mempertahan serangan musyrikin, merekatidak lebih dari bertindak
mempertahankan diri, namun mereka berjaya, menyebabkan pihak
musyrikinmenerima kerugian yang parah, Tentera Islam melaung: Ahad,
Ahad.RASULULLAH S.A.W MEMOHON DOA RESTU KEPADA TUHANNYASelepas
mengemaskan saf tentera Islam, Rasulullah s.a.w kembali ke tempatnya
dengan bermunajat danmemohon restu kepada Allah akan janji-janjiNya yang
dijanjikan itu dengan sabdanya yang bermaksud:"Ya Allah Ya Tuhanku
perkenankanlah apa yang telah Engkau janjikan, Ya Allah Ya Tuhan ku,
akumemohon restu akan janjiMu itu ."Hingga apabila peperangan memuncak,
pejuangan menjadi sengit, kancah pertempuran sampaikepenghujungnya,
Baginda sekali lagi memohon doa kepada Tuhannya: "Ya Allah Ya Tuhanku
sekiranyatermusnah kelompok ini di hari ini nescaya Kau tidak disembah
lagi, Ya Allah Ya Tuhanku sekiranya Kaukehendaki, maka Kau tidak akan
disembah lagi selepas hari ini untuk selama-lamanya."Rasulullah s.a.w
bersungguh-sungguh dalam doanya, hingga terjatuh kain serban dari atas
bahunya, AbuBakr terpaksa meletakannya semula ke atas bahu Baginda dan
berkata: "Dah, cukup wahai Rasulullahs.a.w dengan permintaan kau kepada
Tuhanmu itu".Di masa itu Allah telah mewahyukan perintahNya kepada
golongan malaikatNya yang bermaksud:"Sesungguhnya Aku bersama kamu maka
teguhkanlah pendirian orang-orang yang beriman. Kelak Akuakan jatuhkan
rasa ketakutan ke hati-hati orang kafir ".
Al-Anfal: 12Dan
Allah mewahyukan kepada RasulNya di bumi, Muhammad s.a.w yang
bermaksud:"Sesungguhnya Aku akan menurunkan bala bantuan kepada kamu
dengan seribu malaikat yang datangberturut-turut".
Al-Anfaal:
9Ketibaan para malaikat, menyertai tentera Islam adalah secara
berperingkat-peringkat bukan sekaligus.PARA MALAIKAT TURUN KE
BUMIRasulullah s.a.w terlelap dan terlena sejenak, kemudian Rasulullah
s.a.w mengangkat kepalanya lantasbersabda: "Terimalah berita
mengembirakan ini wahai Abu Bakar, itu dia Jibrail yang berada di
antaradebu berterbangan."
- 109. Ar-Raheeq Al-MakhtumDi dalam
riwayat Ibn Ishak menyebut: Rasulullah s.a.w bersabda yang
bermaksud:"Terimalah berita yang mengembira wahai Abu Bakr. Pertolongan
Allah telah melewati engkau itu diaJibrail memegang kekang kudanya,
memecutnya ke hadapan merentas debu-debu yang berterbanganitu." Kemudian
Rasulullah s.a.w keluar ke hadapan perteduhan dengan mengenakan baju
besi danmenyebut ayat yang bermaksud:"Kumpulan mereka yang bersatu itu
tetap akan dikalahkan dan mereka pula akan berpaling lari".
Al-Qamar: 45Seterusnya Baginda mengambil segenggam pasir dan menoleh
ke arah kaum Quraisy sambil bersabda:"Musnah kalian semua" sambil
melontar pasir itu ke arah Quraisy, menyebabkan tak seorang pun
yangtidak terkena dengan pasir tadi, malah dengan izin Allah pasir itu
terlontar ke telinga, mata, hidung danmulut mereka semua. Dalam hal ini
Allah berfirman yang bermaksud:"Dan bukanlah engkau yang melempar ketika
engkau melempar. Akan tetapi, Allah jualah yangmelempar"
Al-Anfal: 17SERANG BALASDi masa itu Rasulullah s.a.w mengarah tenteranya
untuk membuat serangan balas terhadap tenteraQuraisy dengan sabdanya:
"Ayuh berkemas" dan merangsang mereka dengan semangat perjuangan."Demi
Tuhan yang jiwa aku di tangannya tak seorang pun yang memerangi mereka
itu penuh kesabaran,perkiraan dengan Allah dan tidak lari, kemudian mati
syahid kecuali di masukkan Allah ke dalamsyurgaNya" dan sabdanya lagi:
"Ayuh perolehilah syurga yang keluasannya adalah seluas petala langitdan
bumi." Di masa itu Al-Umair bin Al-Hammam mendengar kata-kata
Rasulullah s.a.w terus beliaubersuara: "Amboi, Amboi. Demi Allah, aku
mengharap diri ku ini salah seorang dari ahlinya." JawabRasulullah
s.a.w: "Kau adalah ahlinya" dengan itu beliau membawa keluar buah tamar
dari uncangansambil memakan, kemudian beliau menyebut pula, "Sampai bila
hendak makan buah tamar ini, Ini takboleh jadi." Dengan itu beliau
terus mencampak buah tamarnya itu dan terus beliau bergelut sepenuhnyadi
dalam pertempuran hinggalah beliau syahid.Manakala Auf bin Al-Harith
Ibni Al-Afra pula bertanya Rasulullah s.a.w dengan katanya:
"WahaiRasulullah s.a.w apakah yang mengetawakan Tuhan dari tindakan
hambaNya", jawab Rasulullah s.a.w:"Seorang yang bergelut dengan
seterunya secara terdedah, baju besi yang dipakainya itu ditanggalkandan
dicampak buang, hanya menggenggam pedangnya dan terus berperang hingga
jatuh syahid."Semasa Rasulullah s.a.w mengarah serangan balas pihak
seteru sudah pun tidak bersemangat lagi,keaktifan mereka bertarung pun
sudah luntur, tindakan Rasulullah s.a.w itu paling bijak, ianya
telahmemberi kesan yang mendalam pada saf kaum muslimin dan
memperkukuhkan kedudukan tenteraIslam, sebaik sahaja mereka menerima
arahan membuat serangan, jiwa mereka membara danbertambah cergas
secergas kaum belia, dengan itu mereka membuat serangan tubi dan
mengganyangbarisan seteru seranapnya, pertahanan Quraisy terbadai
bagaikan tikar digulung di sana sini. Kepala-kepala tercantas,
badan-badan terkulai jatuh tertiarap ke bumi, tentera Islam semakin
bersemangatapabila melihat Rasulullah s.a.w merangsang mereka dengan
pakaian baju besi sambil melaung:"Akan kalah semua kelompok itu dan akan
beredar lari".Kaum muslimin bersungguh-sungguh dan bermati-matian, para
malaikat membantu mereka. Dalamriyawat Ibnu Said dari Ikrimah telah
menyebut: Di hari itu ada kepala yang terpelanting jatuh dan tidaktahu
siapa yang mengerjakannya, dan ada pula tangan jatuh dan tidak tahu
siapa yang mengerjakannyadan dua puluh tangan yang terluka jatuh dan
tidak tahu siapa yang memukulnya, Ibnu Abbas pulamenyebut: Di ketika
seorang Islam sedang mengasak musuh musyrikin yang di hadapannya
tiba-tiba
- 110. Ar-Raheeq Al-Makhtumterdengar rembatan cemeti di
sebelah atas dan suara penunggang kuda melaung: Ayuh, mara kehadapan,
wahai Haizum. Beliau pun memerhati musyrikin yang di hadapannya, orang
lain punmenceritakan kisah yang sama juga, seorang Ansar telah menemui
Rasulullah s.a.w dan menceritakansedikit kisah yang sama kepada Baginda,
maka sabda Rasulullah s.a.w s.a.w: "Memang benar semuanyaitu, dan
itulah bantuan dari petala langit ketiga". Kata Abu Daud Al-Mazani:
"Semasa aku sedangmemburu lelaki musyrik belum sempat ku menentangnya
tiba-tlba kepalanya sudah terjatuh, belumsempat lagi pedang ku mengena
beliau, aku sedarlah yang membunuhnya itu bukannya aku, seoranglelaki
Ansar membawa Al-Abbas bin Abdul Al-Muttalib tawanannya, kata Al-Abbas:
"Demi Allah bukanorang ini yang menawan aku, tetapi yang menawan aku
seorang lelaki tangkas, berupa paras cornelmenonggang kuda borek, tapi
aku nampak dia bersama-sama kaum muslimin." Kata Al-Ansar:"Sebenarnya
daku yang menawannya wahai Rasulullah s.a.w". Jawab Baginda: "Senyap,
sebenarnya kautelah dibantu oleh Malaikat yang mulia".IBLIS MENARIK DIRI
DARI KANCAH PEPERANGANIblis yang menyertai kaum musyrikin dengan
menjelma sebagai Suraqah bin Malik bin Jaksyam Al-Mudlajitelah mendapati
kumpulan para malaikat bersama kaum muslimin melawan musuh-musuh
mereka. Kaummusyrikin telah cabut lari, dan berpaling tadah, Al-Harith
bin Hisyam yang memegang orang yangdisangka Suraqah telah menendang ke
dadanya menyebabkan beliau tersungkur jatuh, kemudian ianyacabut lari,
sedang kaum musyrikin melaung: "Ke mana Suraqah? Tidakkah kau mengatakan
yang engkaumembantu kami dan tidak akan berpisah dari kami?" Jawab
Iblis: "Sebenarnya aku telah melihat sesuatuyang kamu tidak melihatnya,
aku takut siksaan Allah yang amat pedih itu, Iblis lari dan
mencampakdirinya ke dalam laut".KEKALAHAN YANG TERUKTanda-tanda
kekalahan dan huru-hara dalam barisan musyrikin sudah mula kelihatan,
manakala kaummuslimin terus membuat asakan bertubi-tubi ke hadapan
tentera musuh, pertempuran hampir sampai kepenghujungnya, beberapa
kelompok musyrikin telah berundur dan lari menyelamatkan diri. Bagi
kaummuslimin itulah peluang terbaik untuk mereka menawan dan membunuh
seteru-seteru mereka, hinggalahselesai peperangan dengan kemenangan di
pihak kaum muslimin. Allahu akbar.KEDEGILAN ABU JAHALSetelah Abu Jahal,
Taghut Quraisy terbesar melihat tanda-tanda porak-peranda di dalam
barisannyabeliau telah cuba sedaya upayanya untuk berkeras dan menahan
arus kemaraan tentera Islam. Beliaucuba merangsang tenteranya dengan
melaung kepada mereka dengan suara dan sikap yang bengis. Kamitidak akan
terkalah dek penarikan diri oleh Suraqah itu, dia itu ada perjanjian
dengan Muhammad,janganlah kamu gerun kerana kematian Utbah, Syaibah dan
Al-Walid, malah mereka semua telah marake hadapan lebih awal, demi
Al-Lata dan Al-Uzza kita tidak akan balik kecuali setelah kita
memberkasmereka dengan tali-tali, apakah tidak boleh dua ribu orang kamu
ini membunuh seorang pun darimereka, ayuh, musnahkanlah mereka itu
sehabisnya, hingga dapat kita mengajar mereka dengankejahatan tindakan
mereka.Namun tidak lama kemudian Abu Jahal dapat melihat hakikat
kesombongannya itu, dan tidak berapalama pula, barisan musyrikin mula
retak dan berpecah di hadapan arus serangan tentera Islam. Ya!Memang
tinggal segelintir sahaja dari tentera musyrikin yang bertahan di
sekeliling Abu Jahal, merekamembentuk satu benteng dari barisan
berpedang dan tombak di sekeliling Abu Jahal, namun kesemuanyaitu tidak
mampu menyekat kemaraan tentera Islam, benteng yang dibentuk itu
berkecai, dan kepalaTaghut itu menampakkan dirinya.
- 111.
Ar-Raheeq Al-MakhtumKaum muslimin mendapati ianya sedang berlegar dengan
kudanya untuk menemui ajal yang sedangmenunggunya, darahnya akan
mengalir dari tangan dua orang anak-anak Al-Ansar.KEMATIAN ABU
JAHALAbdur-Rahman bin Auf menceritakan: "Sesungguhnya daku di dalam saf
peperangan Badar, bila akumemerhatikan di hadapan, aku dapati di kiri
dan di kananku dua orang belia masih muda, daku bagaikantidak berasa
selamat terhadap diri mereka". Salah seorang dari mereka bertanyakan
padaku dan memintamerahsiakan penyataannya itu dari kawannya yang
seorang lagi, katanya: "Pak Cik tunjukkan saya manadia Abu Jahal",
jawabku: "Anakku! Apa yang kamu hendak buat dengannya?" katanya pula:
"Sayamendapat tahu yang ianya selalu memaki Rasulullah s.a.w s.a.w"
tambah beliau lagi: "Demi Tuhan yangnyawa ku di tanganNya, kalaulah aku
ternampaknya nescaya diri ku tidak akan renggang dari dirinya,kecuali
kematian sahaja yang akan meragut mana-mana satu yang lebih segera
ajalnya, aku kehairanandengan sikapnya itu". Kata Abdur-Rahman lagi:
"Sekali lagi aku dikerling oleh pemuda yang seorang lagidengan isyarat
sambil beliau berkata kepadaku seperti pemuda yang pertama juga, daku
pun terusmemandang-mandang ke arah Abu Jahal yang terkiAl-Kial di
tengah-tengah orang ramai", dan ku berkatakepada mereka berdua: "Kamu
tengok tak? "Itu dia orang yang kamu bertanyakan tadi".Kedua-dua mereka
pun menerkam dengan pedang ke arah Abu Jahal dan segera
menerbangkannyawanya, terus mereka pergi menemui Rasulullah s.a.w dan
menceritakan kepada Baginda, lantasRasulullah s.a.w pun bertanya: "Siapa
di antara kamu yang membunuhnya? Jawab tiap dari mereka:"Saya
Rasulullah s.a.w". Tanya Baginda: "Apakah kamu sudah mengesat pedang
kamu?" Jawab mereka:"Tidak, Rasulullah s.a.w pun melihat kepada
kedua-dua pedang mereka", maka sabda Rasulullah s.a.ws.a.w: "Ya
kedua-dua kamulah yang membunuhnya". Setelah selesai peperangan
Rasulullah s.a.w punmenyerahkan rampasan perang kepada kedua-dua pemuda
tadi iaitu Muaz bin Amru bin Al-Jumahi danMuawiz bin Afra.Ibnu Ishak
meriwayatkan bahawa Muaz bin Amru bin Al-Jumahi berkata: "Daku dengar
cerita mengenaikaum musyrikin dan Abu Jahal sedang dikawal rapi, bak
pokok besar yang diselaputi oleh pokok semaluyang rimbun, sukar untuk
ditembus benteng pengawalan itu, beginilah gambaran pedang-pedang
dantombak-tombak yang memagar Abu Jahal". Mereka semua melaung: "Abu
Al-Hakim sukar untuk sampaikepadanya." Kata Muaz: "Bila aku mendengar
laungan itu, aku terus memberi perhatian dan bertekaduntuk mendapat
peluang, sebaik sahaja aku mendapati kesempatan membuat pukulan terus ku
menerpadan memenggal separuh kakinya, demi Allah tiada bahasa yang
dapat ku gambarkan peristiwa ini selaindari gambaran sebiji keras yang
dipecahkan dengan hentakan kayu hingga berkecai kulitnya itulahgambaran
yang dapat kugambarkan, di masa itu anaknya Ikrimah telah menetak aku
dengan pedangnyahingga terkulai sebelah tanganku yang masih tersangkut
dengan kulitku, peperangan sengit menyiksaku,sepanjang hari itu aku
berperang dengan mengheret tangan ku yang terkulai itu, bila
terasamembebankan sangat ku pijak dengan kakiku hingga ianya tercabut
putus dari badanku". Di masa ituMuaz bin Afra, melalui berhampiran Abu
Jahal yang sudah cedera itu, Muaz pun terus menggasak AbuJahal dengan
pedangnya hingga terhumban jatuh dan ditinggalkan bernyawa ikan, sedang
Muaz terusberperang hingga jatuh sebagai seorang syahid.Setelah selesai
peperangan Rasulullah s.a.w s.a.w memerintah supaya dicari Abu Jahal
dengan sabdanya:Siapa boleh tengok apa yang dilakukan oleh Abu Jahal,
semua orang keluar mencari-cari Abu Jahal,akhirnya Abdullah bin Masud
r.a menjumpainya yang masih bernyawa ikan, Abdullah meletakkan kakinyake
atas leher Abu Jahal dan memegang janggutnya untuk memenggal kepalanya
dan berkata adakahAllah memalukan kau wahai musuh Allah?" Tanya Abu
Jahal: "Dengan apa dimalukan aku? Tiadasebarang aib pun ke atas ku, aku
tidak lebih dari seorang yang dibunuh oleh kaumnya sendiri. Atauapakah
aku ini lebih dari seorang yang kamu bunuhnya?" dan katanya lagi: "Aku
mahu bukan orangbawahan yang membunuh aku", dan tanya Abu Jahal: "Hari
ini suasana berpihak kepada siapa?" Jawab
- 112. Ar-Raheeq
Al-MakhtumIbnu Masud: "Kepada Allah dan RasulNya?" kemudian beliau
berkata lagi kepada Ibnu Masud yangsedang meletak kakinya ke atas leher
Abu Jahal: "Kau sedang mendaki satu tangga yang sukar wahai sipengembala
kambing". Dan memanglah sebelum ini Ibnu Masud adalah seorang
pengembala kambing diMakkah.Setelah selesai dialog di antara mereka ini
Ibnu Masud pun memenggal lehernya dan dibawanya kehadapan Rasulullah
s.a.w s.a.w seraya berkata: "Wahai Rasulullah s.a.w, Ini dia kepala Abu
Jahal musuhAllah", jawab Rasulullah s.a.w dan Baginda mengulanginya tiga
kali kemudian menyebutnya lagi: "Ayuhtunjukkan daku mana dia jasad Abu
Jahal itu", kami pun pergi ke tempat jasadnya yang tersadai itu
danmenunjukkannya kepada Baginda dan kemudian Baginda bersabda: "Inilah
dia Firaun umat ini".PENAMPILAN IMAN DI DALAM PERISTIWA INISebelum ini
telahpun kita kemukakan dua contoh penampilan iman dan akidah, iaitu
Umair bin Al-Hamaman dan Auf bin Al-Harith ibni Afra, di dalam peristiwa
Badar ini terserlah gambaran-gambaranperjuangan yang indah, padanya
terserlah kekuatan aqidah dan kemantapan prinsip, di dalam peristiwaini
si bapa berhadapan dengan si anak, si abang berhadapan dengan adiknya,
prinsiplah yangmemisahkan mereka dan pedang pula yang menceraikan
mereka, yang tertewas berhadapan denganyang menang, maka dengannya
legalah dan puaslah perasaan dendam di hati.1. Ibnu Ishak meriwayatkan
dari Ibnu Abbas menceritakan bahawa Rasulullah s.a.w telah berkata
kepadasahabatnya: "Aku telah memastikan di mana terdapat beberapa orang
dari Banu Hasyim yang menyertaipeperangan bagi pihak Quraisy sebenarnya
mereka itu dipaksa, mereka tidak bertujuan memerangi kitadi sini,
sesiapa di antara kamu yang berhadapan dengan mereka janganlah membunuh
mereka, sesiapayang menemui Aba Al-Buhturi bin Hisyam janganlah membunuh
beliau dan sesiapa yang menemui Al-Abbas bin Abdul Muttalib janganlah
membunuh beliau kerana beliau keluar secara terpaksa". AbuHuzaifah bin
Utbah pun bertanya: "Apakah harus kami membunuh bapa-bapa kami,
emak-emak kamisaudara-saudara kami dan keluarga kami kemudian Al-Abbas
dibiarkan, demi Allah kalau ku berhadapandengan Al-Abbas pasti ku
bunuhnya, atau ku tikamnya dengan pedang ini". Kata-katanya itu sampai
kependengaran Rasulullah s.a.w terus Baginda berkata kepada Umar bin
Al-Khattab: "Wahai Abu Hafsapakah layak muka bapa saudara Rasulullah
s.a.w dipukul dengan pedang? Kata Umar: "Wahai Rasulullahs.a.w, biarkan
sahaja daku memenggal lehernya dengan pedang ku ini, demi Allah beliau
itu munafiq".Dengan itu Abu Huzaifah merungut: "Sebenarnya aku terus
tidak merasai sejahtera dengan kata-katakuitu sejak hari ku lafazkan dan
ku masih lagi takut dengannya kecuali sekiranya daku dikifaratkan
denganmati syahid". Akhirnya beliau dikurniakan dengan kematian sebagai
seorang syahid di medan peperangandi Al-Yamamah.2. Larangan untuk tidak
dibunuh Abu Al-Buhturi, kerana beliaulah yang menghalang kaum musyrikin
darimembunuh Baginda semasa di Makkah, beliau tidak pernah menyakiti
Baginda dan tidak pula melakukansesuatu yang tidak menyenangkan Baginda
dan beliaulah orang yang bertindak membatalkan watiqahpemboikotan
Quraisy terhadap Banu Hasyim dan Banu Al-Muttalib.Namun walau
bagaimanapun Abu Al-Bukhturi terbunuh juga (Qada dan Qadar). Ceritanya:
Al-Majzar binZaid Al-Bulwi telah bertemu dengan Abu Al-Bukhturi di dalam
kancah peperangan bersama dengankawannya yang turut berperang di
sampingnya, maka kata Al-Majzar wahai Abu Al-Bukhturi
sebenarnyaRasulullah s.a.w telah melarang kami membunuh kamu. Tanya Abu
Al-Bukhturi: Dan juga kawan ku ini?Jawab Al-Majzar: Tidak! Demi Allah
kami tidak boleh kecualikannya. Jawab Abu Al-Bukhturi: Demi Allahkalau
demikian aku mesti mati bersamanya, mereka berdua terus menyerang. Bagi
Al-Majzar tidak adapilihan selain dari membunuh kedua-duanya.3.
Abdur-Rahman bin Auf semasa jahiliyyah adalah kawan kepada Umaiyah bin
Khalaf di Makkah, semasa
- 113. Ar-Raheeq Al-Makhtumdi Badar
Abdul Rahman bin Auf menemui Umaiyah sedang berdiri di samping anaknya
yang bernama Alisambil memegang tangannya, Abdul Rahman sedang membawa
baju-baju besi yang telah dirampasnyabila mereka berdua terpandang
Abdur-Rahman, Umaiyah pun berkata:Adakah kau perlukan sesuatu pada aku?
Daku ini lebih berharga dari baju-baju besi yang kau tawankanitu, yang
tidak pernah ku lihatnya seperti yang di hari ini, apakah kamu tidak
memerlukan susu-susu?Maksud Umaiyah bahawa sesiapa sahaja yang
menawannya beliau akan bayarkan harga pembebasan diridengan unta-unta
yang mengeluarkan susu-susu yang banyak. Dengan itu Abdur-Rahman pun
mencabutbutang baju-baju besi dan memegang kedua-duanya. Dan
Abdur-Rahman pun mencerita selanjutnya:Umaiyah telah berkata kepada aku
sedang ku berdiri di antara Umaiyah dan anaknya: Siapakah orangyang
bersemat dengan bulu burung kasawari di dadanya itu? Jawab Abdur-Rahman
itulah dia HamzahIbni Abdul Muttalib. Jawab Umaiyah: Dialah yang telah
mengganyangkan kami sepanjang peperangan.Cerita Abdur-Rahman: Demi Allah
ketika ku sedang membawa kedua-duanya tiba-tiba Bilal terpandangUmaiyah
yang bersama ku, dan Umaiyah inilah yang menyiksa beliau semasa di
Makkah dahulu. Bilalmenjerit: Kepala kafir Umaiyah bin Khalaf, kalau
orang boleh lepas tapi kau tidak akan lepas, kalau kauhendak lari di
hari ini. Ku (Abdur-Rahman) melaung: Wahai Bilal mereka ini tawananku.
Jawab Bilal:Tidak lepas kalau hendak lari di hari ini. Kataku: Tidakkah
kau dengar wahai anak Hitam: Laung Bilal:Tidak lepas kau hendak lari.
Beliau melaung selantang-lantang suaranya: Wahai Pembantu Allah,
kepalakafir, Umaiyah bin Khalaf berada di sini tidak lepas, kalau orang
lain lepas tapi kau tidak akan lepas, kalauhendak lari. Kata
Abdur-Rahman: Mereka semua melingkunginya, hingga jadi seperti sekepal
nasi, akucuma melindunginya sambung Abdur-Rahman lagi: Tiba-tiba seorang
lelaki memukul anak Umaiyahdengan pedangnya hingga terjatuh, di masa
itu Umaiyah pun menjerit belum pernah lagi ku mendengarjeritan seperti
itu, dan ku berkata: Ayuh lari dan selamatkan dirimu, dan sebenarnya
tiada tempatbaginya untuk menyelamatkan dirinya, demi Allah tiada suatu
pun yang mampu menyelamatkan kau,dengan itu mereka mengganyang
kedua-duanya dengan pedang-pedang mereka hingga selesai,menyebabkan
Abdur-Rahman berkata: Semoga Allah mengasihani Bilal, baju-baju besi
rampasanperangku telah hilang, dan ku dikejutkan dengan pembunuhan ke
atas tawanan ku.Di dalam kitab "Zad Al-Maad" Abdur-Rahman telah menyuruh
Umaiyah dengan katanya: Ayuh rebahkandirimu, maka Umaiyah pun me
rebahkan dirinya dan Abdur-Rahman merebahkan dirinya ke atas Umaiyahbuat
melindunginya, namun mereka semua terus memukulnya dari bawah ku,
hingga terbunuh.Menyebabkan kaki Abdur-Rahman juga terkena tetakan.4. Di
peperangan Badar juga terjadi di mana Umar bin Al-Khattab membunuh bapa
saudaranya (Khal:bapa saudara dari pihak ibunya) Al-Aas bin Hisyam bin
Al-Mughirah.5. Di dalam peristiwa ini Abu Bakr As-Siddiq melaungkan
kepada anaknya Abdur-Rahman yang turutbersama kaum musyrikin dengan
katanya: Mana dia harta bendaku wahai si hodoh bedebah?.
JawabAbdur-Rahman: Tiada yang tinggal selain kuda dan pedang buat
membunuh si beruban tua6. Setelah kaum muslimin memegang tawanan mereka,
sedang Rasulullah s.a.w di dalam perteduhannyadan Sad bin Muaz berdiri
di pintu mengawal Baginda dengan pedangnya, Rasulullah s.a.w
memerhatikemuka Sad dan mendapat sesuatu yang tidak kena padanya, dengan
tindakan kaum muslimin itu.Sabda Rasulullah s.a.w: "Nampaknya, bagaikan
sesuatu yang tidak kena pada kau dengannya tindakanmereka itu?" Jawab
beliau: "Bahkan Wahai Rasulullah s.a.w. Peristiwa Badar ini merupakan
kejadianpertama yang ditakdirkan Allah terhadap kaum musyrikin, aku
lebih suka berlaku pembunuhan ke atasorang musyirikin daripada
membiarkan mereka hidup".7. Di hari berkenaan pedang Akasyah bin Mahsan
Al-Usdi terpatah, beliau pun segera mengadu halkepada Baginda, maka oleh
Baginda diserahkan kepada Akasyah sebatang kayu, sabda Baginda:
"Ayuhberperanglah kau dengan benda ini". Sebaik sahaja beliau
mengambilnya dari Rasulullah s.a.w dandiacu-acukan dengannya, tak
semena-mena, ianya bertukar menjadi sebilah pedang panjang waja
- 114.
Ar-Raheeq Al-Makhtumbesinya, bermata putih dan tajam. Beliau berperang
dengannya hinggalah Allah memberi kemenangankepada kaum muslimin. Pedang
itu dikenal dengan "Al-Awn" bererti pertolongan, pedang itu
kekalbersama beliau dengannya beliau menghadiri pertempuran-pertempuran
hinggalah beliau syahid di dalampeperangan Ar-Riddah dengan keadaan
pedang itu kekal bersama-samanya.8. Setelah selesai peperangan Musab bin
Umair bertemu dengan saudaranya Abu Aziz bin Umair yangjuga telah turut
serta memerangi kaum muslimin, didapatinya sedang diberkas oleh seorang
Ansar makakata Musab kepada Al-Ansar tadi: Kemaskan ikatannya kerana
ibunya seorang hartawan, boleh jadiibunya akan menebuskannya nanti, maka
kata Abu Azizi kepada saudaranya Musab: Apakah itu pesanankau terhadap
ku ini? Jawab Musab: Beliau ini saudara ku bukannya kau.9. Semasa
diperintah supaya mayat-mayat kaum musyrikin dicampak ke dalam lubang,
dan diseretnyamayat Utbah bin Rabiah, Rasulullah s.a.w terpandang muka
anaknya Abu Huzaifah yang dalam keadaanmuram dan masam, sabda Rasulullah
s.a.w: "Wahai Abu Huzaifah! Bagaikan kau merasakan sesuatuterhadap bapa
kau itu". Jawab beliau: "Tidak! Demi Allah, wahai Rasulullah s.a.w,
daku tidak merasaitentang kematian ayahku itu, cuma aku ini memang
mengenali bapaku sebagai seorang yangberpandangan luas, kepintaran yang
waras dan kelebihan tak terbatas, sebenarnya ku mengharapkansupaya
beliau dihidayatkan Allah kepada Islam, tapi setelah ku menyaksi apa
yang telah menimpanya,dan kematiannya di dalam kafir, harapan ku musnah
sama sekali dan inilah yang mendukacitakan daku".Lalu Rasulullah s.a.w
pun mendoakan kebaikan dan mengharapkan sesuatu yang baik untuk
beliau.KORBAN KEDUA-DUA BELAH PIHAKPeperangan berakhir dengan kekalahan
yang teruk bagi pihak musyrikin dan pembukaan sertakemenangan yang
menyeluruh bagi pihak muslimin. Seramai empat belas orang telah
terkorban sebagaisyahid, enam muhajirin dan lapan Al-Ansar. Manakala
kaum musyrikin telah mengalami kerugian hartabenda dan nyawa amat parah,
terbunuh tujuh puluh orang dan berpuluh-puluh orang yang lain
menjaditawanan, keseluruhan mereka adalah lapisan pemimpin, kepala dan
ketua.Sebaik sahaja selesai peperangan Rasulullah s.a.w pun tampil ke
hadapan memerhati mangsa-mangsamusyrikin dan sabdanya: "Kamu
sejahat-jahat keluargaku terhadap Rasul kamu, kamu mendusta sedangorang
lain mempercayai daku, kamu mengecewakan daku, sedang orang lain
membantu daku, kamumenghalau daku sedang orang lain membela
daku".Kemudian Rasulullah s.a.w memerintah supaya mereka semua dicampak
ke dalam lubang pengambusanBadar. Abu Talhah meriwayatkan bahawa
Rasulullah s.a.w memerintah supaya mencampak empat belasbangkai
pemuda-pemuda Quraisy ke dalam lubang-lubang pengambusan Badar,
persemadian kuncu-kuncu jahat. Selama tiga hari bila baginda melalui di
situ. Rasulullah s.a.w berdiri di kawasanpengambusan, di hari ketiga
Rasulullah s.a.w ke sana dengan tunggangannya setelah menambat
binatangtunggangannya, Baginda berjalan kaki dengan diikuti oleh para
sahabatnya. Rasulullah s.a.w berdiri ditepitebing lubang dan Baginda
menyeru kepada mereka yang dikambus di situ serta menyebutkan nama-nama
mereka dan nama bapa-bapa mereka: "Wahai pulan bin pulan, wahai pulan
bin pulan, adakahmengembirakan kamu kerana kamu mentaati Allah dan
RasulNya? Sesungguhnya kami mendapati apayang telah dijanjikan Tuhan
kami itu benar". Maka tanya Saidina Umar: "Wahai Rasulullah s.a.w
apakahyang tuan hamba bercakap dengan jasad-jasad yang tidak bernyawa
itu?" Jawab Rasulullah s.a.w: "Demijiwa Muhammad di tanganNya. Kamu
tidak lebih mendengar dari apa yang didengar oleh mereka itu".Dan di
dalam riwayat yang lain: "Kamu tidak lebih mendengar dari mereka, cuma
mereka tidak bolehmenjawab".MAKKAH MENERIMA BERITA KEKALAHAN
- 115.
Ar-Raheeq Al-MakhtumOrang-orang musyrikin lintang pukang lari dari
medan pertempuran, di dalam usaha menyelamatkan diri,masing-masing
bertempiaran ke lorong-lorong dan jalan-jalan ditepian bukit menuju ke
Makkah denganperasaan tidak tahu bagaimana hendak memasuki kota Makkah,
lantaran malu dan merasa aib.Mengikut cerita Ibn Ishak dengan katanya:
Orang pertama yang cedera sampai ke Makkah ialah Al-Haisaman bin
Abdullah Al-Khuzai, pihak Quraisy yang berada di Makkah terus menyoal
beliau katamereka: Apa yang sudah terjadi? Jawab Al-Haisaman: Mereka
yang terbunuh ialah Utbah bin Rabiah dansaudaranya Syaibah, Abu Al-Hakim
bin Hisyam (Abu Jahal), Umaiyah bin Khalaf dan tokoh-tokoh yanglain
yang dilaporkan oleh Al-Haisaman, semasa beliau membilang tokoh-tokoh
Quraisy, Sufwan binUmaiyah yang sedang duduk di dalam Hajar Ismail
menyampuk dengan katanya: Demi Allah kalau diamasih berakal dan ingat,
tanyalah beliau mengenai diri ku ini maka kata mereka: Apa yang
telahdilakukan oleh Sofwan bin Umaiyah. Kata Al-Haisaman: Itu dia
orangnya, sedang duduk di dalam Al-Hijr,demi Allah sesungguhnya aku
telah menyaksi bapa dan saudaranya ketika mereka dibunuh.Abu Raf
pembantu Rasulullah s.a.w menceritakan: Semasa ku sebagai budak suruhan
Al-Abbas, masa itucahaya Islam telah pun menyeluruh hidup kami sekalian
Ahlul-Bayt, Al-Abbas telah memeluk Islam, jugaUmmu Al-Fadhl dan daku
sendiri tapi Al-Abbas merahsiakan keislamannya. Semasa peristiwa Badar
AbuLahab tidak turut serta, bila berita kekalahan Quraisy sampai
kepadanya beliau memendamkannya, dankini Allah memalukannya, sedang kami
pula merasai sesuatu kebanggaan dan kekuatan pada diri kami,aku adalah
menusia dhaif. Kerjaku membuat bijana, aku mengukirkannya di perkarangan
telaga Zamzam,demi Allah semasa ku sedang mengukir bijana-bijana ku di
mana Ummu Al-Fadhl duduk di sampingku.Alangkah gembiranya sebaik sahaja
kami mengetahui berita peperangan Badar itu, tiba-tiba Abu Lahabberjalan
menyeret-nyeret kakinya dengan niat jahatnya, terus beliau duduk di
atas seketul batu,belakang ku membelakanginya, semasa tengah duduk
tiba-tiba orang ramai meneriak: Itu dia Abu Sufianbin Al-Harith bin
Abdul Muttalib telah pun tiba. Maka sahut Abu Lahab dengan katanya: Ayuh
mari ke sini,demi jiwa kau! pasti ada berita. Kata Abu Rafi: Abu Sufian
pun duduk di sampingnya, orang-orang lainmelingkunginya. Kata Abu
Lahab: Wahai anak saudaraku cuba kau ceritakan apa kisah lanjut
mengenaisemua orang kita itu? Kata Abu Sufian: Apa yang berlaku, sebaik
sahaja kita berhadapan dengan mereka,bagaikan kita menyerahkan bahu-bahu
kita, untuk mereka membunuh kita sekehendak hati mereka,menawan kita
sekehendak hati mereka, demi Allah dalam keadaan demikian aku tidak
dapatmengumpulkan orang-orang kita, dalam keadaan demikian kami
berhadapan dengan lelaki-lelaki serbaputih memecut kuda di antara langit
dan bumi. Demi Allah tak suatu pun yang ditinggalkan
kesemuanyadikerjakannya.Kata Abu Rafi: Aku pun mengangkat hujung ketul
batu yang diduduki Abu Lahab tadi dengan tangan kusambil ku berkata:
Demi Allah itulah dia yang dikatakan Malaikat. Di masa itu Abu Lahab pun
mengangkattangannya dan menempeleng mukaku sehabis tenaganya, aku lawan
balik, namun beliau memaut tubuhdan merebahkanku ke tanah dan terus
beliau duduk ke atas sambil memukul dan melanyakkan ku, apanak buat aku
seorang yang lemah dan dhaif, di ketika itu Ummu Al-Fadhl bingkas bangun
memegangseketul batu bujur dan dihentaknya ke kepala Abu Lahab hingga
luka dan meneriak: Kau perlecehkannyadi ketika tuannya tak ada di rumah,
masa itu Abu Lahab pun bangun dan beredar dari situ dengan malu.Demi
Allah Abu Lahab tidak sempat hidup lama kerana di hari ketujuh lepas
kejadian beliau telah diserangsejenis kudis bernanah yang memang sial
pada anggapan orang Arab, beliau mati lantaran penyakit tadi,matinya
dibiarkan oleh anaknya tanpa dipedulikan, selama tiga hari tiada siapa
pun mendekati ataumengambusnya, namun takut dikecam oleh masyarakat Arab
kerana bersikap sambil lewa itu maka anak-anaknya pun menggali lubang
untuk mengambus, itupun mereka menolak ke dalam lubang
denganranting-ranting kayu dan melontar anak-anak batu untuk menimbus
lubang pengambusan dari jarak jauhakhirnya tertimbus juga.Demikianlah
Makkah menerima berita kekalahan di medan peperangan Badar yang parah
itu. lanyamemberi kesan yang amat mendalam di jiwa mereka, namun mereka
melarang sebarang teriak tangistanda perkabungan untuk mengelak ejekan
kaum muslimin.
- 116. Ar-Raheeq Al-MakhtumDi antara cerita-cerita
pelik ialah Al-Aswad bin Al-Muttalib yang kehilangan tiga orang
puteranya di dalamperistiwa Badar, beliau suka agar kehilangan mereka
itu ditangisi, beliau seorang yang cacat penglihatan,pada masa itu
beliau terdengar suara tangisan dan ratapan kematian oleh seorang
wanita. Beliaumenghantar budak suruhannya dengan katanya: Pergi tengok
apakah dibolehkan tangisannya danratapan? Adakah Quraisy telah meratapi
di atas kehilangan-kehilangannya? Semoga aku boleh meratapike atas
anakku Abu Hakimah, kerana sabariku sudah kehangusan. Budak suruhan
pulang sambil berkata:lanya seorang wanita menangis kerana kehilangan
untanya, Aswad pun tidak tertahan lagi terus meratapdalam
madahnya:Perempuan menangis dek unta kehilanganlena tak mengunjung ruang
mata kau pula tak meratapi Bakar kematianKan Badar tidak membawa tuah
Di Badar Banu Hasis dan MakhwmAnak Abu Al-Walid menjadi tawanan
Tangislah dek kehilangan UqailAsad singa Arab meratapi Harith Semuanya
tiada setara ratapanAbu Hikmah, tiada bandingan Selepas kematian kalian
mengarahTanpa Badar masakan kalian memerintah.AL-MADINAH MENERIMA BERITA
KEMENANGANSebaik sahaja kaum muslimin mencapai kemenangan, Rasulullah
s.a.w pun mengutus dua pemberitahuberita gembira kepada penduduk
Al-Madinah, buat melapor berita segera dan terkini mengenaiperkembangan
mutakhir di medan pertempuran, Abdullah bin Rawahah diutus kepada
penduduk Al-Aliahdan Zaid bin Harith kepada penduduk As-Safilah.Kaum
Yahudi dan Munafiqin telah menyebar berita-berita palsu, di antaranya
berita pembunuhanRasulullah s.a.w. Kebetulan pula seorang munafiqin
melihat Zaid bin Harith menunggangi unta Rasulullahs.a.w Al-Qaswa. Apa
lagi mereka pun cepat-cepat menyebar berita kematian Rasulullah s.a.w
dengankatanya: Muhammad s.a.w telah terbunuh, Unta itu kami kenali, dia
kepunyaan Muhammad s.a.w, si Zaiditu pulang ke Madinah, kerana kekalahan
hingga tidak tahu hendak menceritakan peri ketakutan yangmelandanya.
Setibanya dua orang utusan Rasulullah s.a.w itu, kaum muslimin pun
segera melingkungimereka dan mendengar cerita-cerita lanjut, dengan itu
pastilah mereka kemenangan yang muktamadkepada kaum muslimin, maka
keriangan dan kegembiraan pun terbayang di setiap wajah, di bumi
Al-Madinah bergegar dengan laungan tahlil dan takbir, pimpinan Muslimin
yang berada di Madinah keluarberamai-ramai ke jalan arah Badar, untuk
memberi tahniah kepada Rasulullah s.a.w dengan kemenanganyang agung
itu.Kata Usamah bin Zaid: Berita kemenangan kaum muslimin itu sampai
kepada kami, setelah kami selesaimeratakan tanah kubur Rokiah binti
Rasulullah s.a.w, isteri Uthman bin Affan (r.a), kerana Rasulullahs.a.w
memerintah daku mengganti Baginda untuk menjaga puterinya bersama Uthman
bin Affan.TENTERA RASULULLAH S.A.W BERGERAK MENUJU KE MADINAHSelepas
peperangan Rasulullah s.a.w tinggal di Badar selama tiga hari, sebelum
bergerak pulang berlakusedikit perselisihan pendapat mengenai
pembahagian harta rampasan, tetapi setelah perselisihan menjadiparah
Rasulullah s.a.w pun memerintah supaya semua rampasan yang di dalam
tangan merekadipulangkan semula, mereka semua pun akur dan patuh.
Setelah itu wahyu pun turun bagi mengatasiperselisihan yang
berlaku.Ubbadah bin As-Samit meriwayatkan: Kami keluar bersama-sama
Rasulullah s.a.w, daku mengikutipeperangan Badar bersama Baginda,
setelah pertempuran berlaku di antara dua pihak dan
berakhirlahpeperangan dengan kekalahan musuh Allah, malah sebahagian
tentera Islam terus memburu saki baki
- 117. Ar-Raheeq
Al-Makhtummusuhnya yang lari bertempiaran, menyelamat diri
masing-masing. Sebahagian yang lain mengumpulrampasan-rampasan yang
ditinggalkan itu, manakala sekumpulan yang lain pula sedang
mengeHlingiRasulullah s.a.w mempertahankan diri baginda dari diserang,
hingga apabila malam tiba, semua orangberhimpun di suatu tempat hingga
berkatalah mereka yang mengumpul harta rampasan tadi: Sebenarnyakamilah
yang mengumpulkan semua harta rampasan ini, siapa pun tidak berhak
mengambilnya, namunmereka yang memburu seteru yang lari berkata: Bukan
kamu yang lebih berhak dari kami, keranakamilah yang memburu seteru
habis-habisan dan kamilah yang menghalang mereka. Maka berkatalahmereka
yang mengawal Rasulullah s.a.w: Kami ini mengawal Rasul kerana
takut-takut baginda diserangoleh seteru. Dalam Suasana begini maka
turunlah ayat Allah yang bermaksud:"Mereka bertanyakan kamu mengenai
harta rampasan perang. Katakanlah: "Harta rampasan perang itukepunyaan
Allah dan Rasul, sebab itu bertaqwalah kepada Allah dan perbaiklah
hubungan di antarasesama mil, dan taatlah kepada Allah dan RasulNya,
jika kamu adalah orang-orang yang beriman ".
Al-Anfal:
1Dengan ini Rasulullah s.a.w pun, membahagikan rampasan tadi di antara
kaum muslimin.Setelah tiga hari Rasulullah s.a.w di Badar baginda
mengerakkan tentera ke Madinah bersama-samadengan orang-orang musyrikin
yang menjadi tawanan, mereka dibawa bersamanya harta-harta
rampasanperang, di mana Abdullah bin Kaab dilantik seba&ai amir yang
bertanggungjawab ke atas rampasan-rampaian. Setibanya di segenting
As-Safra Baginda singgah di dataran yang terletak di antara segentingdan
An-Naziah, di situ Baginda membahagikan harta rampasan di kalangan kaum
muslimin, setelahbaginda mengambil seperlima darinya.Bila sampai ke
As-Safra Baginda s.a.w mengarah supaya dibunuh An-Nadr bin Al-Harith,
beliaulahpembawa panji kafir musyrikin di Badar, beliau merupakan
sejahat penjenayah Quraisy, sejahat-jahatmanusia yang mengecam Islam,
dan beliau juga orang yang menyakiti Rasulullah s.a.w, beliau
dibunuholeh Saidina Ali bin Abi Talib.Setelah sampai ke "Irq al-Zibyah"
Baginda memerintah supaya membunuh Uqbah bin Abi Muit, keranaseperti
yang telah diperkatakan, beliaulah orang yang bertanggungjawab
menganiayai Rasulullah s.a.w,mencampak pundi najis sembelihan ke atas
kepala Rasulullah s.a.w, semasa baginda bersolat, dan beliaujuga pernah
mencekik leher Rasulullah s.a.w dengan kainnya, hampir-hampir membunuh
Rasulullahs.a.w, kalau tidak dicelah oleh Abu Bakr, setelah diperintah
untuk dibunuh. Beliau merayu: Siapalah yangakan menjaga anak-anak kecil
wahai Muhammad? Jawab baginda: Api menjaganya. Akhirnya beliaudibunuh
oleh Asim bin Thabit Al-Ansari, ada pendapat mengatakan Saidina Ali yang
membunuhnya.Hukuman membunuh dua orang kepala Thaghut ini adalah
kemestian dari segi undang-undang perang,kerana mereka bukan sekadar
tawanan perang, malah mereka berdua adalah penjenayah perangberdasarkan
kanun semasa.PERUTUSAN MENYAMPAIKAN TAHNIAHSesampainya Rasulullah s.a.w
ke Ar-Rauha, Baginda telah disambut oleh ketua-ketua kaum muslimin,yang
telah keluar beramai-ramai untuk memberi tahniah dengan kemenangan ulung
itu. Setelah merekamendapat berita yang mengembirakan itu dari dua
orang utusan yang dihantarkan oleh Bagindaterdahulu. Maka Salmah bin
Salamah bertanyakan mereka: Apakah yang hendak kamu ucapkan kepadakami?
Demi Allah, apa yang kau ketemui di sana tak lebih dari datuk-datuk yang
botak kepalanya, badanseperti unta-unta gemuk. Ungkapan itu menjadikan
Rasulullah s.a.w senyum riang, sabda Baginda:Wahai anak saudaraku mereka
adalah golongan Al-Mala (golongan atasan).Dan kata Usayid bin Hadir:
Wahai Rasulullah s.a.w, alhamdulillah, pujian kepada Allah, Dialah Tuhan
yangmemberikan kemenangan kepada tuan hamba dan berpuas hatilah
dengannya, demi Allah wahai
- 118. Ar-Raheeq Al-MakhtumRasulullah
s.a.w, sebenarnya tidak nadir ku bersama Rasulullah s.a.w ke Badar itu,
kerana dalamsangkaan ku tuan hamba tidak akan bertemu dengan musuh
tetapi yang ku sangka ialah Qafilah yangmembawa barangan perniagaan,
kalau ku tahu ianya musuh pasti tidak ku lepaskan peluang ini,
jawabRasulullah s.a.w: Ya kata-kata mu itu benar.Setelah itu Rasulullah
s.a.w pun memasuki Al-Madinah sebagai seorang yang memperolehi kejayaan
dankemenangan, kini baginda ditakuti musuh-musuh di sekeliling
Al-Madinah, ramai pula orang Madinahmemeluk Islam, malah Abdullah bin
Ubai dan pengikutnya pun memeluk Islam secara zahir.Tawanan perang
memasuki Al-Madinah sehari selepas Baginda sampai, mereka
dibahagi-bahagikan diantara sahabat baginda, semasa pembahagian baginda
berpesan supaya bertindak baik terhadap mereka,di masa itu para sahabat
memakan tamar sedangkan tawanan dilayan dan diberi roti mematuhi
pesananRasulullah s.a.w.PERMASALAHAN TAWANANSetibanya di Madinah terus
Baginda mengambil pendapat para sahabat mengenai tawanan perang
itu.Pendapat Abu Bakr: Wahai Rasulullah s.a.w, tawanan ini pada umumnya,
mereka adalah anak-anaksaudara dan sanak keluarga, juga taulan, pada
pendapat hamba kita berikan peluang mereka untukditebus, hingga dengan
nilai yang kita ambil itu akan menjadi satu kekuatan untuk menentang
kuasakafir. Dan semoga Allah memberi taufiq dan hidayat kepada mereka
nanti, kelak mereka menjadikekuatan penyumbang kepada kita. Kata
Rasulullah s.a.w: Apa pula pendapat mu wahai Ibnu Al-Khattab?Jawab
Saidina Umar: Pendapat hamba tidak seperti pendapat Abu Bakar, bagiku
kadar dari tiga ribudirham hingga empat ribu dirham dan ada kadar seribu
dirham, tawanan dari penduduk Makkah menebussecara mukatabah, menebus
diri didasarkan persetujuan dengan tuannya sedang penduduk
Al-Madinahtidak sedemikian, malah ada di antara mereka yang tidak dapat
membayar tebusan tetapi diberi pilihanuntuk mengajar sepuluh orang
anak-anak orang Islam setelah anak-anak itu mahir maka
dibebaskannya.Beberapa orang tawanan telah dianugerahkan pembebasannya
oleh Rasulullah s.a.w, tanpa pembayarantebusannya. Di antara mereka
ialah: Al-Muttalib bin Hantab, Saifi bin Abi Rifaah dan Abi Uzzah
Al-Jumahi.Manakala Ali bin Abi Talib pula membebaskan birasnya Abi
Al-Aas dengan syarat beliau harus melepaskanZainab, Zainab pula telah
mengirim wang untuk tebusan Abu Al-Aas suaminyanya, beliau
menghantarkalungan yang pernah bersama Khadijah dahulu, Khadijah
memberinya semasa perkahwinannya denganAbu Al-Aas, bila Rasulullah s.a.w
terpandangnya, hati Baginda menjadi lembut, lantarannya Bagindameminta
izin para sahabatnya untuk membebaskan Abu Al-Aas, mereka semua pun
mengizinkannya. DanRasulullah s.a.w mengenakan syarat kepada Abu Al-Aas
iaitu supaya membebaskan Zainab, di manabeliau pun menepati janjinya,
menyebabkan beliau turut berhijrah, bertepatan dengan
hijrahnya,Rasulullah s.a.w mengutus Zaid bin Harith dan seorang dari
Al-Ansar, pada mereka Rasulullah s.a.wberpesan: "Kamu tunggu di "Batn
Yajaj" sehingga Zainab melewati kamu dari sana iringilah beliau
keMadinah, mereka berdua pun keluar hingga dapat bertemu dengan Zainab
dan membawanya pulang.Kisah hijrahnya panjang dan menyedihkan."Di antara
yang tertawan ialah Suhail bin Amru, beliau merupakan ahli pidato yang
petah, kata Umar:-Wahai Rasulullah s.a.w: Cabutkanlah dua batang gigi
depannya, maka akan terjelirlah lidahnya hinggadengan itu beliau tidak
berupaya lagi untuk membuat rapat umum menentang Rasulullah s.a.w,
tetapiRasulullah s.a.w menolak permintaan Umar itu, kerana baginda tidak
mahu mencacat hina tawanan danmengelak dari balasan Allah di
akhirat.Saad bin An-Numan telah keluar ke Mekah untuk menunai umrah,
namun beliau telah ditahan oleh AbuSufian, sedang anaknya Amru bin Abi
Sufian menjadi tawanan, dengan itu mereka melepaskan anaknyaAmru
menyebabkan Abu Sufian pun membebaskan Saad.
- 119. Ar-Raheeq
Al-MakhtumAL-QURAN BERBICARA SEKITAR PEPERANGAN BADARDi sekitar tajuk
peperangan Badar ini Allah menurunkan surah Al-Anfal, surah ini
merupakan huraianlanjut Ilahi - (sekiranya ungkapan ini sah disebut)
mengenai peristiwa Badar, ulasan yang amat berlainansekali dengan ulasan
yang biasa dibuat oleh raja-raja atau pemimpin-pemimpin selepas
sesuatukemenangan.Allah (s.w.t) menarik perhatian kaum muslimin,
pertamanya mengenai kecuaian-kecuaian dan beberapakekurangan akhlak
susila yang masih menjiwai mereka, ini adalah di antara yang terpamer
keluar padatindakan-tindakan mereka, semoga dengan pernyataan Ilahi ini
mereka dapat memperbaiki danmentazkiahkannya.Disusuli pula dengan
perbicaraan langsung kepada kemenangan yang mendapat bantuan dari Allah
dansokongan-sokongan ghaib kepada kaum muslimin sekalian, Allah menyebut
semua ini agar mereka tidaktertumpu dan terpesona dengan keberanian dan
kehandalan mereka, akhir nanti mereka terasa bongkakdan sombong serta
takbur. Malah agar mereka bertawakkal dan berserah serta mematuhi Allah
danRasulNya (a.s).Kemudian Al-Quran menjelaskan kepada mereka matlamat
dan tujuan mulia mereka yang Rasulullahs.a.w harungi ke kancah
pertarungan yang penuh dramatik lagi mengagumkan. Allah
(s.w.t)menunjukkan kepada mereka perangai-perangai dan akhlak-akhlak
susila yang boleh membawa kepadakemenangan di dalam pertempuran
tadi.Kemudian Allah menujukan khitabNya(seruan) kepada golongan
musyrikin munafiqin Yahudi dantawanan-tawanan perang dengan memberi
nasihat yang berkesan, menunjukkan mereka supayamenyerah dan tunduk
kepada kebenaran.Setelah itu Allah menunjukkan khitabNya kepada kaum
muslimin mengenai persoalan rampasan, Allahmenetapkan kaedah dan prinsip
persoalannya.Seterusnya Allah menetapkan landasan dan disiplin
peperangan dan keamanan, kerana masa sudahmenuntut hal demikian, oleh
kerana dakwah Islamiah sudah memasuki fasa dan marhalah
yangmemerlukankannya, agar peperangan-peperangan orang Islam berbeza
dari peperangan orang jahiliyyah,supaya orang Islam dapat memperlihatkan
nilai-nilai akhlak mulia dan norma-norma susila yang unggul,hingga
dengan itu akan terbukti kepada dunia bahawa Islam bukan sekadar teori
semata-mata, malahIslam membudayakan penganut-penganutnya dengan
disiplin-disiplin dan prinsip-prinsip amalan sepertimana yang diserukan
kepadanya.Setelah semua itu barulah Al-Quran meletakkan akta-akta dan
butir-butir perundangan negara Islamyang memuat garis pemisah dan
perbezaan di antara orang-orang Islam yang tinggal di dalamnya
danorang-orang Islam yang tinggal di luarnya.Dalam tahun kedua hijrah
difardukan puasa Ramadhan dan zakat fitrah. Padanya juga dijelaskan
kadarnisab zakat-zakat harta lain, tugasan mengeluarkan zakat fitrah dan
penentuan kadar zakat-zakat lainmerupakan jalan keluar untuk
meringankan bebanan yang ditanggung oleh sebahagian besar kaumMuhajirin,
di mana mereka ini adalah golongan fakir yang tidak berkemampuan untuk
bergerak di bumiAllah ini.Seperti satu kebetulan yang direncanakan Allah
di mana hari raya pertama yang disambut oleh umatIslam awal, dalam
sejarah hidup mereka ialah Syawal tahun kedua hijrah, iaitu selepas
kemenanganmuktamad umat Islam di dalam peperangan Badar. Betapa indahnya
hari raya yang membawa seribu
- 120. Ar-Raheeq Al-Makhtumsatu
kebahagiaan terhadap anugerah Allah (s.w.t) kepada hambaNya, selepas
satu perjuangan yangmereka hadapi dengan penuh semangat yang gigih,
betapa indahnya pemandangan sembahyang rayafitrah, kesemua keluar dari
rumah masing-masing di pagi hari dengan laungan takbir tahmid dan
tauhidbergema di angkasa Al-Madinah, hati-hati mereka mekar dengan rindu
dan cintakan Allah Rabul Al-Jalil,cintakan kepada keredhaanNya dan
rahmatNya setelah dilimpahi dengan nikmat-nikmatNya yang takterkira itu
di samping sokonganNya dan pertolongan yang amat diperlukan itu, untuk
itu maka Al-Quranmemperingatkan mereka yang bermaksud:"Dan ingatlah
ketika kamu sedikit bilangannya serta tertindas di bumi, kamu takut
orang-orang mencoiekkamu, maka Allah memberi kamu tempat bermastautin
dan diperkuatkan kamu dengan pertolonganNyaserta dikurniakan kamu dan
rezeki-rezeki yang baik-baik supaya kamu bersyukur"
Al-Anfaal: 26
- 121. Ar-Raheeq Al-MakhtumGHAZWAH UHUD: PERSIAPAN
QURAISY UNTUK PERTEMPURAN GANASMakkah dibakar bahang api kemarahan
terhadap kaum muslimin. Ini adalah ekoran natijah
kekalahannyadipertempuran Badar. lanya adalah suatu tragedi kerana
kekalahan dan kematian pemuka-pemukanya.Desakan menuntut bela di atas
kematian wira-wira Quraisy memuncak, pihak Quraisy melarang
sebarangratapan di atas kematian itu, dan melarang penebusan segera ke
atas tawanan perang, supaya tidakdilihat oleh kaum muslimin betapa
berdukacitanya mereka dengan peristiwa yang tragedik itu.Selepas
peperangaan Badar seluruh Quraisy telah bersetuju untuk membuat satu
serangan danpeperangan yang menyeluruh terhadap kaum muslimin, serangan
yang boleh melegakan perasaan marahmereka dan melunakkan kesumat hasad
mereka. Untuk itu mereka membuat persiapan secukupnya bagimembolehkan
mereka masuk ke kancah peperangan nanti. Ikrimah bin Abu Jahal, Safwan
bin Umaiyah,Abu Sufian bin Harb dan Abdullah bin Abi Rabiah merupakan
tokoh yang paling aktif dan pengerak utamamalah yang paling bersemangat
ke kancah peperangan berkenaan.Tindakan awal yang mereka lakukan untuk
tujuan berkenaan ialah memegang kafilah yang terlepasdahulu yang
dipimpin oleh Abu Sufian, yang menjadi punca peperangan Badar. Mereka
menegaskankepada pemilik-pemilik harta itu, dengan kata mereka : "Wahai
kalian Quraisy, Muhammad telahpunmembuat pukulan ke atas kamu dan
membunuh tokoh-tokoh kamu, ku mengharapkan agar kamu kaliandapat
membantu kami, memerangi Yathrib dengan harta-harta ini. Semoga dapat
kita menebuskekalahan dan menuntut bela ke atas kematian orang-orang
kita yang tersayang itu". Mereka semua punbersetuju, maka dijual kesemua
barang itu menjadi aset mereka, berjumlah seribu ekor unta dan
limapuluh ribu dinar wang emas. Sempena usaha ini Allah menurunkan
firmanNya yang bermaksud :"Sesungguhnya meraka yang kafir membelanjakan
harta mereka untuk menyekat dakwah ke jalan Allah.Dan mereka berbelanja,
kemudian perbelanjaan itu mendatangkan penyesalan seterusnya mereka
akanditewaskan "
Al-Anfal: 36Setelah itu mereka membuka
peluang untuk pejuang sukarela kepada sesiapa sahaja yang
berkeyakinanuntuk turut serta dalam operasi mengepong orang-orang Islam
di Al-Madinah. Peluang dibuka untukgolongan awam Al-Ahabisy, Kabilah
Kinanah dan penduduk Tuhamah. Sebagai langkah memberansangorang ramai,
beberapa insentif mereka lakukan, di antaranya, Safwan bin Umaiyah
memikat Abu Azzahuntuk turut sama bergerak, beliau adalah penyair yang
telah dibebaskan Rasulullah s.a.w tanpa sebarangbayaran, beliau telah
membuat janji dengan Rasulullah s.a.w selepas ini beliau tidak akan
membuatsebarang hasutan terhadap Islam, namun beliau termakan dengan
ajakan Safwan, beliau turut berusahamempengaruhi kabilah Arab untuk
turut serta memerangi kaum muslimin. Safwan menjanjikan Abu Azzahkiranya
beliau selamat pulang dari peperangan terhadap kaum muslimin nanti akan
diberi kemewahankepadanya, kalau tidak beliau akan bertanggungjawab
menyara hidup puterinya. Abu Azzah bergerakpenuh semangat melalui
syair-syairnya yang bersemangat meransang kabilah-kabilah disekitar
Makkah,malah disamping itu pihak Quraisy telah memilih seorang penyair
lagi untuk meransang saraf musyrikinMakkah.Abu Sufian merupakan tokoh
yang bersungguh-sungguh bergerak menentang umat muslimin setelahbeliau
lari lintang pukang dari buruan Ghazwah As-Sawiq, malah dalam operasi
itu beliau kehilangansebahagian besar dari bekalan makanannya.Apa yang
menambahkan suasana lebih buruk dan menyemarakkan lagi kemarahan Quraisy
ialahkejayaan angkatan Zaid bin Harithah menewaskan kafilah Safwan bin
Umaiyah yang membawa kerugianbesar malah hampir meranapkan ekonomi
Quraisy dan mensugulkan perasaan dan pemikirannya.Kesemua faktor ini
mendesak Quraisy untuk menyegerakan tindakan ke satu kancah peperangan
penentudi antara mereka dan kaum muslimin.
- 122. Ar-Raheeq
Al-MakhtumKEKUATAN TENTERA QURAISY DAN PIMPINANNYADalam tempoh setahun,
pihak Quraisy telah berjaya memperlengkapkan angkatannya dengan
peralatanketenteraan yang diperlukan. Kekuatan tenaga manusia terdiri
dari tiga ribu orang askar. GabunganQuraisy, sekutu dan Al-Ahabisy,
sesetengah pemimpin Quraisy berpendapat, peperangan kali ini
baikdisertai oleh kaum ibu. Kerana penyertaan seupama ini boleh
mempertingkatkan prestasi dan mutupeperangan tentera Quraisy, agar
mereka akan bermati-matian semasa bertempur keranamempertahankan maruah
dan kehormatan keluarga mereka. Bilangan kaum wanita yang turut
sertaadalah seramai lima belas orang.Logistik pengangkutan di dalam
angkatan kali ini sebanyak tiga ribu ekor unta, kekuatan tentera
berkudaadalah seramai dua ratus ekor kuda. Peralatan penangkis adalah
sebanyak tujuh ribu perisai. Pimpinanagung diserahkan kepada Abu Sufian
bin Harb manakala pimpinan tentera berkuda diletak dibawahkelolaan dan
tanggungjawab Khalid bin Al-Walid dengan dibantu oleh Ikrimah bin Abi
Jahal. Adapuntanggungjawab membawa panji peperangan diserahkan kepada
Banu Abdul Ad-Dar.TENTERA MAKKAH BERGERAKDengan kelengkapan yang
sebegini kemas, tentera Makkah mula bergerak menuju ke Madinah.
Kesumatkemarahan yang amat sangat untuk menuntut bela di atas
kematian-kematian silam membakar perasaanmasing-masing, menunggu saat
yang pada bila-bila masa sahaja boleh membangkit dan
mencetuskanpertempuran yang sengit.RISIKAN-RISIKAN RASULULLAH S.A.W
MENYINGKAP PERGERAKAN MUSUHAl-Abbas bin Abdul Muttalib mencerap
pergerakan ketenteraan Quraisy. Al-Abbas pun segera pulamengutus risalah
memaklumkan Rasulullah s.a.w segera sesuatu mengenai tentera Quraisy
danpergerakannya.Utusan Al-Abbas itu bergerak cepat sekali merentas
perjalanan di antara Makkah dan Madinah yangdianggar jaraknya lima ratus
kilometer memakan masa tiga hari, utusan tadi segera menyerah risalah
Al-Abbas itu ke tangan Rasulullah s.a.w yang pada masa itu sedang berada
di masjid Quba.Ubai bin Kaab bertugas membaca risalah yang diterima itu
kepada Baginda. Baginda meminta agardirahsiakan risalah berkenaan,
dengan itu Baginda segera pulang ke Madinah dan terus Bagindaberbincang
dengan pemimpin Muhajirin dan Al-Ansar.PERSIAPAN KAUM MUSLIMIN
MENGHADAPI KECEMASANKini Al-Madinah berada dalam suasana seruan jihad am
(An-Nafir Al-Aam ). Tentera Islam terusmembawa senjata ke mana sahaja
hingga ke dalam solat mereka, sebagai persiapan buat menghadapisuasana
kecemasan.Satu kumpulan bertindak telah dibentuk dari kalangan Al-Ansar,
terdiri dari Saad bin Muaz, Usayyid binHadhir dan Saad bin Ubadah,
mereka bertugas mengawal Rasulullah s.a.w, mereka ini sepanjang
masaberada di pintu kediaman Rasulullah s.a.w siap sedia dengan senjata
mereka.Dan beberapa kumpulan yang lain bertugas menjaga pintu masuk ke
Madinah dan lorong-lorong yanglain, takut diserang hendap dan curi masuk
secara mendadak. Sekumpulan yang lain membantu relawanpeninjau buat
meninjau pergerakan musuh, kumpulan ini bergerak di sekitar jalan-jalan
yang dianggap
- 123. Ar-Raheeq Al-Makhtumkemungkinan tentera
musuh merempuh masuk menyerang kaum muslimin.TENTERA MUSUH DI PINGGIR
AL-MADINAHTentera Makkah meneruskan perjalanannya dengan melalui jalan
awam utama di sebelah barat, setibanyake Al-Abwa, Hindun binti Utbah
isteri Abu Sufian di antara kaum ibu Quraisy yang turut serta
bersamatentera Makkah telah mencadangkan supaya mereka mengali lubang
kubur ibu Rasulullah s.a.w di situ,namun pemimpin tentera enggan berbuat
demikian, malah mereka memperlngatkan bahawa tindakanseumpama itu boleh
mendatangkan padah yang buruk ke atas mereka semua.Tentera Makkah
teruskan perjalanannya hingga sampai berhampiran Al-Madinah dengan
melalui "Wadi Al-Aqiq" kemudian membelok sebelah kanan dan singgah
berhampiran bukit "Uhud" di kawasan yangdikenali sebagai "Ainain" di
lembah "As-Sabkhah" berdekatan terusan di tebing lembah di situ,
kira-kiradisebelah utara "Al-Madinah" mereka berkhemah di situ pada
tanggal tujuh haribulan Syawal tahun ketigahijrah di hari Jumaat.MAJLIS
PERMESYUARATAN BERSIDANG MEMBENTUK PELAN PERTAHANANRisikan Al-Madinah
telah memungut berita mengenai tentera Makkah pada setiap
pergerakannya,sehingga berita terakhir mengenai perkhemahannya. Justeru
itu Rasulullah s.a.w pun bersidang dengananggota Majlis Permesyuaratan
Tertinggi Ketenteraan Islam, bagi bertukar pendapat untuk
menentukanpendirian, malah Baginda menceritakan mimpi yang dilihatnya
dengan berkata: "Demi Allah!Sesungguhnya daku telah bermimpi sesuatu
yang baik, daku melihat seekor lembu jantan disembelih,mata pedangku
sumbing dan ku memasukkan kedua tangan ku ke dalam baju besi".
Bagindamentakbirkan mimpi lembu jantan sebagai beberapa orang sahabatnya
terbunuh, pedang sumbingsebagai seorang keluarganya dibunuh dan baju
besi sebagai "Al-Madinah".Kemudian Rasulullah s.a.w mengemukakan
pendapat kepada para sahabat untuk tidak keluar dari Al-Madinah, malah
mereka wajar mempertahankan Al-Madinah, kiranya kaum musyrikin berkhemah
ditempat mereka sekarang bererti mereka mengambil yang buruk dan tidak
berfaedah dan kalau merekamenyerang Al-Madinah maka kaum muslimin akan
menanti mereka di pintu-pintu lorong ke Madinah.Kaum wanita berperanan
dari atas bumbung rumah, itu adalah pendapat Baginda. Pendapat
Bagindadipersetujui oleh Abdullah Ibni Ubai bin Salul kepala munafiqin,
beliau menghadiri majlis berkenaandengan statusnya sebagai salah seorang
pemimpin Al-Khazraj. Persetujuan beliau dengan cadanganRasulullah s.a.w
tadi bukanlah berasaskan pendirian yang sihat dari logik ketenteraan,
tetapi maksudbeliau ialah untuk mengelak dari peperangan dalam keadaan
tidak disedari oleh orang lain, namundengan niat tak eloknya beliau dan
rakannya terdedah kepada kaum muslimin, dan tertonjol lagi sifatnifaqnya
di saat terawal lagi.Sekumpulan para sahabat Rasulullah s.a.w yang
tidak menyertai peperangan Badar telah meminta Rasulsupaya berperang di
luar di Al-Madinah, dan mereka beriya-iya untuk keluar, ada di antara
mereka yangberkata : "Wahai Rasulullah s.a.w, sememangnya kami
mengharapkan hari seumpama ini dan kamisenantiasa berdoa kepada Allah.
Nah! Allah telah pun membawa hari itu untuk kami, di manaperjalanannya
tidak jauh dari sini, semua ini Allah yang memperdekatkannya, Ayuh!
Keluarlah wahaiRasulullah s.a.w untuk bersemuka dengan, musuh Allah dan
jangan biarkan mereka melihat kita sebagaiorang-orang yang pengecut".
Orang yang mengepalai mereka, yang bersemangat untuk keluar ini
ialahbapa saudaranya Hamzah bin Abdul Al-Muttalib, sebagai orang yang
dilihat oleh Rasulullah s.a.w di dalammimpinya, sebagai mata pedang yang
sumbing, akhirnya Rasulullah s.a.w bersabda kepada mereka :"Demi Tuhan
yang telah menurunkan ke atas ku Al-Kitab, aku tidak akan memakan
sebarang makananhinggalah akan membelasah mereka dengan pedangku ini di
luar Al-Madinah.
- 124. Ar-Raheeq Al-MakhtumPEMBAHAGIAN KELOMPOK
TENTERA ISLAM DAN KEMARAAN BAGINDA KE MEDAN PERANGDi hari itu Rasulullah
s.a.w bersembahyang Jumaat bersama-sama seluruh kaum muslimin di
Madinahdiikuti dengan nasihat dan pesanan yang meminta supaya mereka
sentiasa bersabar di mana merekaakan dianugerahkan dengan kemenangan
dari Allah dan seterusnya meminta mereka bersiap sedia sertaberjaga-jaga
untuk menghadapi musuh. Maka seluruh hadirin terasa gembira dengan
seruan Baginda itu.Di sebelah petang Rasulullah s.a.w
(s.a.w.)bersembahyang Asar bersama kaum muslimin, penduduk al-Awali
telah turut di dalam perhimpunan itu, kemudian Rasulullah s.a.w masuk ke
dalam rumahnyadituruti oleh dua orang sahabatnya Abu Bakr dan Umar
(r.a). Mereka berdua memasangkan serban kekepala Baginda dan memakaikan
Baginda pakaiannya, seterusnya Rasulullah s.a.w mengambil
senjata,memakai baju besi mengalas pedang dan keluar ke hadapan khalayak
ramai.Orang ramai sedang menunggu kemunculan Rasulullah s.a.w, di masa
itu Saad bin Muaz dan Usaid binHadhir bercakap kepada Hadirin : "Kamu
telah paksa Rasulullah s.a.w supaya keluar, sewajibnyaserahkan sahaja
urusan ini kepada Baginda", dan mereka semua terasa menyesal dengan
tindakanmereka itu, bila sahaja Rasulullah s.a.w muncul semula di
hadapan mereka, mereka pun menyuara :"Wahai Rasulullah s.a.w tidak wajar
bagi kami mencanggahi tuan hamba, lakukanlah apa sahajasehendak tuan
hamba, kiranya Rasulullah s.a.w lebih suka bertahan di Al-Madinah,
Rasulullah s.a.w bolehlakukan". Jawab Rasulullah s.a.w (s.a.w.) dengan
sabdanya yang bermaksud: "Tidak wajar bagi seorangnabi apabila telah
memakai baju besinya akan menanggalnya hinggalah Allah membuat penentuan
diantaranya dan musuhnya."Rasulullah s.a.w memulakan penyusunan tentera
dengan membahagikan kepada tiga kelompok:1. Katibah (kelompok)
Al-Muhajirin panjinya diserahkan kepada Musab bin Umair Al-Abdari.2.
Katibah Al-Ansar dari Al-Aws diserahkan panjinya kepada Usaid bin
Hadhir.3. Katibah Ansar dari Al-Khazraj diserahkan panjinya kepada
Al-Habbab bin Al-Munzir.Semua tentera terdiri dari seribu orang askar di
antaranya seratus berbaju besi dan lima puluhpenunggang kuda tapi ada
pendapat mengatakan di hari Uhud itu tidak ada askar berkuda.
Rasulullahs.a.w melantik Ibnu Umu Maktum sebagai Khalifahnya di
Al-Madinah untuk mengimami sembahyangdengan orang yang masih berada di
Madinah. Setelah itu Rasulullah s.a.w pun memerintah tentera
Islambergerak menuju ke sebelah utara, kedua-dua Saad keluar berlari di
hadapan Rasulullah s.a.w denganmemakai baju besi masing-masing.Setibanya
Rasulullah s.a.w berhampiran dengan "Thaniyah Al-Wada" Baginda terlihat
satu katibahtentera yang kemas peralatannya, berasingan dari tentera
induk, Baginda bertanya siapa mereka itu,maka diberitahu itu adalah
katibah Yahudi sekutu Al-Khazraj. Mereka relahati untuk turut serta di
dalampeperangan menentang kaum musyrikin, tanya Baginda : "Apakah mereka
itu telah memeluk Islam?"Jawab mereka : "Tidak". Maka Rasul menolak
penyertaan mereka kerana Baginda tidak mahu memintabantuan dari kaum
kafir untuk menentang kaum musyrikin.PERBARISAN TENTERASetibanya Baginda
ke tempat yang dikenali sebagai "As-Syaikhan" Baginda memeriksa
perbarisantenteranya, mana-mana peserta yang dianggap masih kecil belum
cukup layak, tidak berkemampuanuntuk berperang dihantar pulang, di
antara mereka ialah : Abdullah bin Umar bin Al-Khattab, Usamah binZaid,
Usaiyid bin Zahir, Zaid bin Thabith, Zaid bin Arqam, Urabah bin Awsi,
Amru bin Hizam, Abu Said Al-Khudari, Zaid bin Harithah, Al-Ansari dan
Said bin Hibbah. Ada pendapat menyebut di antara yang masihmuda dan
dihantar pulang ialah Al-Barra bin Azid tetapi hadith Al-Bukhary yang
diriwayatkan oleh Azibmembuktikan kehadiran beliau di dalam peperangan
Uhud Itu.
- 125. Ar-Raheeq Al-MakhtumNamun Baginda membenarkan
Rafi bin Khudaij dan Sumrah bin Jundub meskipun kedua-kudanya
terlalumuda, tapi oleh kerana Rafi mahir melontar anak panah maka
Baginda membenarkannya. Di sini Sumrahberkata : "Daku lebih gagah
darinya, daku pernah mengalahkannya semasa bergusti dengannya,
setelahdicerita hal ini kepada Rasulullah s.a.w, lalu Baginda meminta
mereka berdua bergusti, dan mereka punmelakukannya, memang Sumrah
mengalahkan Rafi, maka Rasulullah s.a.w membenarkan kepadamereka berdua
untuk turut serta.BERMALAM DI TEMPAT DI ANTARA UHUD DAN
AL-MADINAHRasulullah s.a.w sampai ke tempat ini dilewat petang, setelah
bersembahyang Maghrib, dan Isya diwaktunya, maka Rasulullah s.a.w pun
bermalam di situ. Sebelumnya Rasulullah s.a.w telah pilih seramailima
puluh orang untuk membuat pengawalan, dengan meronda di sekeliling
perkhemahan di ketuai olehMuhammad bin Maslamah, Al-Ansari, wira dan
jaguh sariyah Kaab bin Al-Asyraf, sedang Zakwan bin AbdQais pula
bertugas khusus menjaga nabi (s.a.w.).PENDERHAKAAN ABDULLAH BIN UBAI DAN
RAKANNYASebelum fajar menyising di akhir malam dan sebelum masuk waktu,
Rasulullah s.a.w bersembahyangsunat fajar, tapak perkhemahan Baginda
itu adalah dekat dengan tempat musuh, kiranya Rasulullah s.a.w(s.a.w.)
boleh nampak mereka dan mereka boleh nampak Baginda. Di ketika ini
Abdullah bin Ubaimemberontak dengan menarik diri bersama dengan
pengikut-pengikutnya, kira-kira tenaga merekaseramai sepertiga dari
keseluruhan tentera Islam, dianggar sebanyak tiga ratus orang dengan
katanya:"Untuk tujuan apa kita berperang?" Beliau protes dengan alasan
Rasulullah s.a.w tidak memintapendapatnya malah Baginda senang mengikut
pendapat orang lain.Tidak syak lagi motif utama penarikan diri ini bukan
sekadar sebagaimana yang dinyatakan oleh kepalamunafiq tadi, iaitu
kerana Rasulullah s.a.w menolak pandangannya kalau tidak kenapa pula
beliau telahmengikuti Rasulullah s.a.w hingga ke tempat ini, sekiranya
inilah alasannya nescaya beliau menarik diridari awAl-Awal lagi. Tujuan
beliau yang sebenarnya ialah untuk menimbulkan kekacauan di
kalangantentera Islam, di hadapan tentera musuh, dan supaya
tentera-tentera yang lain akan turut jejaklangkahnya dan supaya semangat
juang dikalangan tentera Islam musnah sama sekali danmembangkitkan
semangat musuh setelah melihat keadaan umat Islam, malah inilah cara
yang palingberkesan untuk memusnahkan Rasulullah s.a.w dan
sahabat-sahabatnya yang jujur ini, seterusnya akanterbuka baginya untuk
kembali berkuasa di Madinah pada anggapannya.Memang benarlah apa yang
dimaksudkan oleh kepala munafiq tadi, kerana hampir tercapai
sebahagiandari matlamatnya, lantaran dua kumpulan dari Banu Harith dari
Al-Aws dan Banu Salamah dari Al-Khazraj hampir hendak menuruti jejak
langkahnya, tetapi Allah menyelamatkan mereka denganmencampak kekuatan
ke dalam hati-hati mereka, justeru itu mereka kembali sedar dan
cekal,sebagaimana diceritakan Allah di dalam firmanNya:"Dan ingatlah
ketika dua golongan di antara kamu hendak berundur dan Allah jua wali,
memeliharamereka berdua. Dan hanya kepada Allah hendaklah orang-orang
beriman menyerahkan diri. "
Ali-Imran: 122Dalam hal begini
Abdullah bin Hiram iaitu bapa Jabir bin Abdullah bertindak
memperingatkan orang-orangmunafiq ini akan kewajipan mereka di saat
segenting ini, beliau mengekori mereka memarah danmenggesa mereka supaya
berpatah balik, dengan katanya: "Ayuh ke mari berperanglah ke jalan
Allah itu,atau setidaknya bertahan". Apa jawab mereka: "Kalaulah kami
tahu bahawa perang akan berlakumasakan kami akan menarik diri". Dengan
itu Abdullah Bin Hiram kembali semula dengan berkata: "Allahakan jauhkan
kamu, kamu memang musuh Allah, Allah akan menyempurnakan kerja RasulNya
tanpa
- 126. Ar-Raheeq Al-Makhtumkehadiran kamu". Mengenai
golongan munafiqin Allah berfirman:"Dan supaya dia mengetahui orang
melakukan nifaq dan dikatakan kepada mereka marilah kamuberperang pada
jalan Allah, atau pertahanlah kamu dengan bilangan kamu itu. jawab
mereka: Kalaukamu tahu bahawa perang akan berlaku tentu kami mengikut
kamu, mereka pada hari itu terlebih dekatkepada kekafiran daripada
keimanan, mereka mengatakan dengan mulut mereka barang yang tiadadalam
hati. Dan Allah lebih mengetahui apa-apa yang mereka sembunyikan ".
Ali-Imran: 167TENTERA ISLAM YANG MASIH KEKAL TERUS MARA KE
UHUDSelepas penderhakaan dan penarikan diri oleh golongan munafiqin,
namun Rasul meneruskankemaraannya dengan tentera yang masih bersama
Baginda yang seramai tujuh ratus orang askar, untukterus berhadapan
dengan tentera musuh. Perkhemahan musuh menghalang Baginda untuk sampai
kebukit Uhud dari beberapa arah. Maka Rasulullah s.a.w merayu: "Siapa di
antara kamu yang boleh bawakita keluar dari tempat ini dengan tidak
melintasi hadapan mereka?". Jawab Abu Khaithamah: "Dakuwahai Rasulullah
s.a.w". Maka beliau memilih jalan yang ringkas untuk sampai ke Uhud
dengan melaluiperkampungan Banu Harithah dan ladangnya, membiarkan
tentera musyrikin ke sebelah barat.Tentera Islam melalui di tepi tembok
Mirba bin Qaidzi, beliau seorang munafiq buta, bila beliaumengetahui
tentera Islam melalui di situ beliau melontar tanah dan pasir ke arah
tentera Islam sambilberkata: "Sekiranya kau Rasulullah s.a.w tak
seharusnya kau memasuki tembok ku ini". Sekalian tenteramara ke
hadapannya untuk membunuh, tetapi mereka dilarang oleh Rasulullah s.a.w
dengan sabdanya:"Tak usah bunuhnya, sudahlah dianya buta hati ditambah
dengan buta mata pula".Rasulullah s.a.w meneruskan perjalanan tenteranya
hingga sampai di suatu lorong di bukit Uhud di tebinglembahnya, di
situlah Baginda menempatkan tenteranya membelakangi bukit Uhud sedang
tenteramusyrikin berada di hadapannya. Dengan itu kedudukan semasa
Baginda merupakan pemisah di antaratentera musyrikin dan
Al-Madinah.STRATEGI PERTAHANANDi sini Rasulullah s.a.w menggerak dan
menyusun kedudukan tenteranya, mempersiapkan mereka semuauntuk
pertempuran. Rasulullah s.a.w memilih di antara mereka dan menubuh
sepasukan pemanah yangmahir, dengan tenaga seramai lima puluh orang,
pimpinan diserahkan kepada Abdullah bin Jubair bin An-Nukman Al-Ansari
Al-Awsi Al-Badri. Mereka diperintahkan supaya mengambil tempat di atas
bukit Uhud,yang terletak di sebelah selatan tebing lembah yang kemudian
dikenal sebagai "Jabal Ar-Rumaah" ditenggara perkhemahan tentera Islam,
kira-kira seratus lima puluh meter dari pengkalan tentera Islam.Tujuan
Rasul menyusun tenteranya sedemikian rupa adalah sebagaimana yang dapat
dilihat daripesanannya yang disampaikan kepada pemanah-pemanah berkenaan
dengan sabdanya yang bermaksud:"Humbankan kuda-kuda musuh yang
menyerang dengan panah-panah kamu. jangan beri kesempatankepada mereka
menyerang dari belakang kami, sekiranya kami menang atau kalah jangan
bergerak daritempat kamu itu, supaya jangan kami diserang dari arah kamu
kalian, peliharalah belakang kami,sekiranya kamu dapati kami sedang
diganyang jangan kamu turun membantu kami dan sekiranya kamudapati kami
menang dan sedang mengumpul harta rampasan jangan pula kamu turun untuk
mengumpulharta rampasan."Di dalam hadith yang lain riwayat Al-Bukhary
Rasulullah s.a.w (s.a.w.) bersabda yang bermaksud:"Sekiranya kamu dapati
kami diganyang jangan sekali-kali kamu tinggal tempat-tempat kamu itu
- 127.
Ar-Raheeq Al-Makhtumhinggalah aku memberitahu kamu. dan sekiranya kamu
mendapati kami berjaya mengalahkan musuh dandapat melanyak mereka, juga
jangan kamu kosongkan tempat kamu itu hinggalah aku menyuruh
kamuturun."Terbentuknya unit khusus yang diletakkan di atas bukit dengan
tugas-tugas khasnya itu yang begituketat, bererti Rasulullah s.a.w
sudah berjaya mengatasi satu penyebab kekalahan, yang
berkemungkinanbesar tempat kelemahan ini akan dipergunakan oleh seteru
untuk meluru masuk ke dalam saf Islam daribelakang dan ini besar
kemungkhian pula seteru akan berjaya melingkungi tentera Islam.Adapun
baki askar, Rasulullah s.a.w membahagikan mereka kepada sayap kanan di
bawah pimpinan Al-Muzir bin Amru dan sayap kiri dibawah pimpinan
Az-Zubair bin Al-Awwam dengan dibantu oleh Al-Miqdadbin Al-Aswad. Kepada
Az-Zubair juga diserahkan tanggungjawab "pertahanan habis-habisan"
untukmenolak serangan tentera berkuda Khalid bin Al-Walid, di barisan
hadapan sekali diletaknya sekumpulanterpilih dan berani dari tokoh-tokoh
tentera Islam yang memang terkenal dengan keberanian dankeperwiraan
mereka. Keupayaan mereka setanding dengan seribu orang.Strategi
Rasulullah s.a.w merupakan strategi yang bijak dan teliti serta tertera
kehandalan dankebijaksanaan pimpinan Rasulullah s.a.w. Tak mungkin ada
seorang pemimpin yang cekap dan berwibawamampu merencana strategi
sekemas dan sejitu perencanaannya meskipun Baginda turun ke
medanterkemudian dari musuh. Baginda membentengkan belakang dan kanannya
dengan benteng semulajadiiaitu dengan bukit-bukit, manakala kelemahan
belakang dan kirinya pula Baginda segera menutupnyadengan tapak markas
operasi. Baginda memilih suatu tempat tinggi kiranya berlaku kekalahan
dipihaknya, dan tentera Islam pula tidak akan lari, kerana alternatif
itu memberi peluang kepada tenteramusuh menawan mereka, taktik ini juga
memberi peluang untuk membuat pukulan hebat ke atas tenteramusuh,
sekiranya mereka melanggar tapak markasnya, perencanaan ini juga telah
memaksa musuhmenerima dataran rendah sebagai tapak kedudukan mereka, di
mana kiranya sukar bagi merekamemperolehi kemenangan, malah sukar pula
untuk mereka melarikan diri dari buruan tentera Islamkiranya mereka
tewas dalam pertempuran. Sebagai langkah untuk menampung kekurangan
bilangantentera Islam Rasulullah s.a.w memilih seunit askar tempor yang
berani dan nekad. Beginilah bentukpenyusunan tentera Rasulullah s.a.w
(s.a.w.) yang telah digerakkannya di pagi hari Sabtu tanggal
tujuhharibulan Syawal tahun ketiga hijrah.RASULULLAH S.A.W MENIUP
SEMANGAT JUANG KE ATAS TENTERA ISLAMRasulullah s.a.w melarang tenteranya
dari memulakan peperangan kecuali setelah menerima arahan dariBaginda,
Rasulullah s.a.w menampil dirinya yang lengkap dengan baju besi, seraya
merangsangsahabatnya untuk berperang, mengingatkan mereka supaya
bersabar dan berdaya juang di saatpertembungan sengit, seterusnya
Rasulullah s.a.w memberi semangat keberanian dan pertahanan diripada
jiwa-jiwa sahabatnya, pada kemuncaknya Rasulullah s.a.w mengeluar dan
menjulang pedangnyadengan berkata: "Siapakah yang sanggup mengambil
pedang ini dan menunaikan haknya dengansebenar? Maka bangunlah beberapa
orang untuk mengambilnya, di antara mereka ialah Ali bin Talib,
Az-Zubair bin Al-Awwam dan Umar bin Al-Khattab, akhirnya bangun Abu
Dujanah Sammak bin Kharsyahsambil bertanya: "Apakah haknya wahai
Rasulullah s.a.w?" Jawab Rasulullah s.a.w: "Hendaklah pukulmuka-muka
musuh Allah hingga melentok". Maka jawab Abu Dujanah: "Akulah orangnya
yang akanmenunaikan hak pedang itu wahai Rasulullah s.a.w". Lantas
Baginda pun menyerahkan pedang itu kepadaAbu Dujanah.Abu Dujanah adalah
seorang wira yang berani, beliau menyombong semasa berhadapan dengan
seteru,beliau mempunyai semutar berwarna merah, orang ramai akan
mengetahui bahawa beliau akanberperang hingga ke titisan darah terakhir
bila mana beliau membelit kepalanya dengan semutar merahitu. Sebaik
sahaja beliau menerima pedang itu dari Rasulullah s.a.w, terus beliau
membelit kepalanyadengan semutar merahnya itu, beliau berjalan di antara
dua saf dengan lagak kesombongannya, di ketika
- 128. Ar-Raheeq
Al-Makhtumitu Rasulullah s.a.w bersabda: "Sebenarnya lagak jalan
sebegini dibenci Allah kecuali di suasanasebegini."MOBILISASI TENTERA
MAKKAHKaum musyrikin menyusun operasi tenteranya berdasarkan sistem
perbarisan. Pimpinan agung diletak dibawah Abu Sufian Sakhr bin Harb,
yang mengambil posisinya di tengah-tengah askar Makkah, sayapkanan
dipimpin oleh Khalid bin Al-Walid, sayap kiri oleh Ikrimah bin Abu
Jahal, pejalan kaki dipimpin olehSafwan bin Umaiyyah manakala unit
pemanah diletakkan dibawah pimpinan Abdullah bin Abi Rabiah.Pembawa
panji diserahkan kepada ketumbukan dari Banu Abd Ad-Dar. Sebenarnya
tugas membawa panjiMakkah memang menjadi tanggungjawab Banu Abd Ad-Dar,
sejak pengagihan tugas dibahagikan dikalangan keturunan Banu Abdul
Manaf, Abd Ad-Dar mewarisi tugas ini dari Qusai bin Kilab, bapa Abd
Ad-Dar, sepertimana telah kita perkatakan di permulaan pembahagian
tugas-tugas dahulu.Tugas yang terikat pada masing-masing itu tidak
seorang pun boleh mempertikaikannya, ini berdasarkankepada tradisi yang
diwarisi sejak turun temurun, di kesempatan ini pemimpin agung Quraisy
iaitu AbuSufian telah mengingatkan mereka, peristiwa terajis yang
menimpa Quraisy di Badar, di mana pembawapanji An-Nadhr bin Al-Harith
telah ditawan oleh kaum muslimin, peringatan ini lebih merupakan
provokasikepada Banu Abd Ad-Dar dan membakar semangat juang mereka. Kata
Abu Sufian:"Wahai Abdul-Dar, di hari peperangan Badar kamulah yang
membawa panji kita semua, hingga habissemua kita tertimpa-bala petaka,
dimana kamu juga turut menyaksi bala itu datang dari arah kamu,kerana
tumbangnya panji bererti tumbangnya kita semua, kalau tidak kamu boleh
berhenti dari tugas iniatau serahkan sahaja kepada kami dan tahulah kami
memikulnya".Di sini Abu Sufian sudah berjaya memancing kemarahan dan
perasaan Abd Ad-Dar, malah merekamengutuk Abu Sufian dengan kata mereka:
"Apa kami akan serah panji kami ini kepada kamu? Besokkamu akan kenal
siapa kami bila tiba saat pertembungan". Memang benar apa yang mereka
katakan itu,di mana mereka telah tidak berginjak dari medan pertempuran
hingga habis orang-orang Abd Ad-Darmati di medan pertempuran tak tinggal
seorang pun.POLITIK PANCINGAN QURAISYSebelum tercetus pertempuran,
pihak Quraisy telahpun cuba menimbulkan keretakan di dalam saf Islam,Abu
Sufian telah mengirim wakilnya menemui orang-orang Ansar dengan
katanya: "Biarlah permasalahanini di antara kami dan anak-anak saudara
kami sahaja, tak usahlah kamu pedulikan, kiranya begitu akankami beredar
pulang dari sini biar peperangan pun tidak jadi". Namun percubaan Abu
Sufian itu tidaksedikit pun boleh mengugat keimanan dan keyakinan yang
segagah gunung itu, malah Al-Ansarmenjawab balik dengan jawapan yang tak
terdaya didengar oleh Abu Sufian atau musyrikin lain.Kini saat genting
dan detik terakhir semakin hampir, kedua belah pihak, mula menghampiri
lawan,Quraisy sekali lagi cuba memecahkan perpaduan umat, cerita seorang
ejen dan pengkhianat dikenalidengan Abu Amir seorang fasiq nama
penuhnya ialah Abd Amru bin Saifi, suatu ketika pernah digelarsebagai
Tok Paderi, tapi Rasulullah s.a.w menamakannya Al-Fasiq. Semasa
Jahiliyyah beliau merupakankepala kabilah Al-Aws, tapi setelah Islam
datang, beliau sesak nafas dan rimas dengan Islam, terang-terang beliau
memusuhi Rasulullah s.a.w, akhirnya beliau lari dari Al-Madinah lalu
tinggal dengan Quraisymerancang bersama mereka untuk memusuhi Rasulullah
s.a.w, di saat ini beliau menjanjikan Quraisydengan katanya bahawa
kaumnya akan mematuhinya sekiranya beliau menemui mereka, beliau
telahkeluar bersama golongan Al-Ahbasy dan hamba abdi dari penduduk
Makkah yang awAl-Awal keluar untukmemerangi Rasulullah s.a.w semasa
berhadapan dengan kaum muslimin, beliau memperkenalkan dirinya
- 129.
Ar-Raheeq Al-Makhtumkepada kaumnya dengan katanya: "Wahai kalian Al-Aws
ini aku Abu Amir", jawab Al-Aws: "Allah tidakmembahagiakan kehadiranmu
wahai fasiq", seru beliau lagi: "Selepas ketiadaan ku di sini seluruh
kaumkuterkena nahas sahaja". Setelah perang bermula beliau memerangi
kaumnya sehabis tenaga dan melontarbatu-batu ke arah mereka.Beginilah
usaha Quraisy, di kali ini pun menemui kegagalan seperti usahanya yang
pertama dahulu,usaha mereka ini memperlihatkan peri kegerunan mereka
dengan kaum muslimin sekalipun bilanganmereka jauh lebih ramai dari
bilangan tentera Islam. Dan peralatan mereka lebih banyak dari
peralatantentera Islam.WANITA QURAISY SEBAGAI UNIT PERANGSANG DAN
PENDESAKSekumpulan perempuan-perempuan Quraisy yang turut serta dengan
tenteranya di dalam peperangankali ini bertanggungjawab mengambil
bahagiannya yang berkesan, mereka ini dipimpin oleh Hindun bintiUtbah
isteri Abu Sufian, mereka bertugas bergerak di antara barisan-barisan
musyrikin memalu gendangmerangsang kaum lelaki dan mendesak mereka
berperang habis-habisan, mereka juga membangkitkankesumat askar-askar
musyrikin mengapi-apikan perasaan, pada ketika-ketika tertentu
merekamerangsang golongan pembawa panji Quraisy dengan bermadah: "Ayuh
Banu Abd Ad-Dar. Mara Ayuhpengawal belakangan tentera. Pukullah dengan
pedang-pedangmu yang waja."Di ketika-ketika yang lain mereka merangsang
seluruh kaumnya berperang dengan madah-madahberbunyi: Kami memeluk kau
yang maju ke hadapan permaidani untuk setiap langkahan kau yang
larinyahlah tanpa kesayangan berpisah kita tanpa pujuk rayuanPENCETUS
PERTEMPURANKedua-dua belah semakin mendekati lawannya, .detik-detik
pertempuran pun dah sampaidipermulaannya, pembawa panji musyrikin Talhah
bin Abi Talhah Al-Abdari merupakan pencetusperlanggaran wira Quraisy
yang paling berani, malah mereka menamakan beliau sebagai
kibasketumbukan Quraisy, beliau tampil ke hadapan menonggangi untanya,
menawar cabarannya kepadatentera Islam, dik keberaniannya yang luar
biasa itu, tak ada orang yang berani melawannya, namun Az-Zubair tidak
membiarkan cabaran tanpa bersahut, setangkas singa, Az-Zubair sudah
menerkam ke atasuntanya lalu mencampaknya ke bumi sebagai jasad tak
bernyawa.Rasulullah s.a.w melihat serangan Az-Zubair yang mendadak dan
pergelutan yang hebat itu, Bagindamelaung takbir, maka seluruh tentera
Islam turut melaung takbir. Rasulullah s.a.w memuji kehandalanAz-Zubair
dengan sabdanya, bermaksud: "Sesungguhnya setiap nabi itu ada
penyokongnya danpenyokong ku adalah Az-Zubair".ASAKAN PERTEMPURAN DI
SEKITAR PEMBAWA PANJI DAN PEMBUNUHANNYATercetus sudah peperangan,
pertempuran semakin menjadi-jadi di antara dua kelompok di seluruhmedan,
pertempuran yang sengit berkisar di sekitar panji Quraisy, pembunuhan
tetap menyusul ke atasBanu Abd Ad-Dar pembawa panji musyrikin setelah
terbunuhnya pembawa pertama Talhah bin AbiTalhah, beliau diganti oleh
saudaranya Abu Syaibah Uthman bin Abi Talhah, penuh semangat Abu
Syaibahmelaung dengan madahnya: Pembawa panji berkewajipan pasti Darah
menyirami bumi atau matiLaungannya disambut oleh Hamzah bin Abd
Al-Muttalib, dengan terkaman menyinga, pedangnya terussinggah dipangkal
tengkok lawannya memenggal bahu terus hingga terburai keluar isi
perutnya.Panji disanggah oleh Abu Sad bin Abi Talhah, belum sempat
bergerak ke mana Saad bin Abi Waqqas
- 130. Ar-Raheeq
Al-Makhtummenghumban panahnya ke leher Abu Sad, menyebabkan beliau
terjelir lidah, jatuh terhumban ke tanahmenemui ajalnya, ada pendapat
menyebut bahawa Abu Sad telah meminta siapa yang sanggupmencabarnya, apa
lagi Saidina Ali bin Abi Talib (r.a) pun segera berada di hadapannya
masing-masingmembuat tetakan, akhirnya Ali bin Abi Talib memukulnya
dengan pukulan maut, maka tersungkur AbuSad ke tanah dan mati. Sekali
lagi panji Quraisy dipegang oleh Musaf bin Talhah bin Abi Talhah,
belumsempat apa-apa beliau telah dibunuh oleh Asim bin Thabit bin Abi
Al-Aflah dengan panahnya menusuk kebadannya, panji Quraisy dicapai oleh
saudaranya Kilab bin Talhah bin Abi Talhah, Az-Zubair sekali lagimuncul
di hadapan Kilab tanpa memberi kesempatan kepadanya Az-Zubair terus
membunuhnya denganmudah, panji Quraisy diambil oleh Al-Jullas bin Talhah
bin Abi Talhah, kali ini Talhah bin Ubaidillah yangmuslim menikam Ibnu
Talhah yang kafir, membawa beliau rebah ke tanah, ada pendapat
mengatakanpembunuh sebenar Abi Talhah ialah Asim bin Thabit bin Abi
Al-Aflah yang membunuh dengan panahnyayang singgah tepat ke badan Ibnu
Talhah.Itulah mereka, enam orang sekeluarga dari kabilah Abd Ad-Dar
keturunan Abi Talhah Abdullah binUthman bin Abd Ad-Dar. Seorang demi
seorang gugur di sekitar panji Quraisy, kemudian panji itudipegang oleh
salah seorang dari Abd Ad-Dar iaitu Artah bin Syurahbil namun beliau
dibunuh serta mertaoleh Ali bin Abi Talib, ada pula mengatakan Hamzah
yang membunuhnya, setelah itu panji dibawa olehSyuraih bin Qariz namun
beliau juga dibunuh oleh Qazman, Qazman adalah seorang munafiq
menyertaipeperangan kerana semangat kebangsaan dan asabiyah semata-mata,
panji musyrikin dipegang pula olehAbu Zaid Amru bin Abdul Manaf
Al-Abdari beliau dibunuh oleh Qazman, kemudian panji itu dipegang
olehanak lelaki Syurahbil bin Hasyim Al-Abdari tapi beliau juga dibunuh
oleh Qazman.Itulah sepuluh orang tokoh pembawa panji Quraisy yang
kesemua mereka jatuh gugur ke tanah satudemi satu, hingga tiada lagi
dari keturunan Al-Abdari, yang kemudian dicapai oleh seorang
hambasuruhannya Habasyi dikenali sebagai Sowab, beliau mengharungi
peperangan penuh tabah dan beranimelebihi tuannya pembawa-pembawa panji
Quraisy, hingga ke saat beliau terpotong kedua-dua belahtangannya,
beliau melutut dengan mengepit tiang panji dengan leher dan kepala bahu
beliau, agar panjiQuraisy tidak tumbang, hinggalah beliau terbunuh dalam
keadaan beliau melaung; "Duhai Tuhanku!!,apakah aku cuai?" Setelah
tumbangnya budak suruhan Abd Ad-Dar ini maka tumbanglah panji Quraisydan
tiada siapa yang cuba menegakkannya lagi.PEPERANGAN DI SUDUT-SUDUT
BERASINGANKetika asakan begitu sengit di sekeliling panji musyrikin
ianya juga berlaku di tempat-tempat yang lain,semangat orang Islam
semakin memuncak di kalangan mereka, hingga dengan itu mereka
terusmenerkam ke arah tentera musyrikin bagaikan ombak melanda benteng,
dengan selogan yang merekalaungkan di hari Uhud, "Amit, Amit (Bahasa
Arab). Matilah! Matilah!"Abu Dujanah pula yang telah pun membelit
kepalanya dengan semutar merah, menghunus pedangRasulullah s.a.w dengan
tekad melaksanakan tugasnya yang dijanjikan, beliau meluru ke
tengah-tengahorang ramai, asal bertembung dengan musyrik pasti
dikerjakannya, beliau bagaikan menolak barisanmusyrikin dengan
asakannya. Sebelum ini Az-Zubair bin Al-Awwam terkilan juga; "Semasa ku
memohonsupaya Rasulullah s.a.w menyerah pedangnnya itu pada ku lalu
Baginda enggan memberinya pada kumalah diserahkan kepada Abu Dujanah, ku
berbisik pada diriku, bukankah aku ini anak Sofiah ibusaudaranya, daku
ini dari bangsa Quraisy pula, daku yang datang sendiri di hadapan
Baginda, daku yangmendahuluinya, namun Baginda tidak memberikannya, demi
Allah aku ingin lihat apa yang beliau hendaklakukan? Aku ekorinya,
kemudian aku ternampak beliau mengeluarkan sehelai kain merah lalu
dililitkepalanya", maka orang-orang Ansar pun berkata: "Abu Dujanah
sudah pun bawa keluar semutar maut",di masa itu beliau berdendang:Daku
ini yang dijanji kekasihku Semasa dipinggir di tepian tamar itu Ku bukan
wira di belakang safPukulan ku pukulan pedang Rasul dan Allah.
- 131.
Ar-Raheeq Al-MakhtumSetiap musyrik melintasi di hadapannya pasti
dicantas, di masa itu terdapat seorang wira di kalanganmusyrikin yang
tegas, ku berdoa semoga wira Islam Abu Dujanah bertemu dengan wira
musyrik itu,dengan izin Allah mereka berdua bertemu, masing-masing
saling memukul lawannya, si musyrik tadimenetak Abu Dujanah dengan
pedangnya, tapi Abu Dujanah sempat menangkis dengan
perisainyamenyebabkan pedangnya patah, apa lagi Abu Dujanah pun
menghayun pedangnya ke badan wira kafirtadi menyebabkan beliau terhumban
ke tanah. Abu Dujanah merempuh barisan-barisan peperanganhingga sampai
ke barisan pemimpin kaum ibu musyrikin, tanpa disedarinya kata Abu
Dujanah:"Di sana ku nampak seorang manusia yang mencakar seterunya, aku
mara ke hadapannya sebaik sahajaaku hendak menetaknya tiba-tiba beliau
menjerit, baru aku tahu yang ianya seorang perempuan, dakupun tidak jadi
membunuhnya kerana menghormati pedang Rasulullah s.a.w, dari membunuh
seorangperempuan". Perempuan itu rupanya Hindun binti Utbah. Kata
Az-Zubair bin Al-Awwam: "Daku melihatAbu Dujanah menghayun pedangnya ke
atas kepala Hindun binti Utbah, kemudian beliau tidak jadimenetaknya, ku
berkata hanya Allah dan Rasulnya sahaja yang lebih mengetahui
sedemikian".Adapun Hamzah bin Abdul Muttalib menerkam dalam semua
serangannya bagaikan singa garang, beliaumeluru ke tengah-tengah barisan
kaum musyrikin dalam gerak kilatnya tiada bandingnya, wira-wiraQuraisy
mengelak bak daun-daun kering dipukul angin, selain dari tenaga
sumbangannya untukmenumpas dan membunuh setiap pembawa panji Quraisy,
beliaulah penggempur barisan pertahananwira-wira Quraisy yang sentiasa
berada di saf hadapan tentera Islam, namun kematian beliau
tidaksebagaimana sepatutnya tumbang wira-wira di medan secara berdepan
dengan lawannya, beliau telahdipukul curi oleh dayus yang diupah oleh
manusia bedebah.KEMATIAN SINGA ALLAH HAMZAH BIN ABDUL MUTALIBWahsyi bin
Harb pembunuh curi Hamzah bin Abdul Muttalib menceritakan: "Aku adalah
budak suruhankepada Jabir bin Mutam, yang mana bapa saudaranya Taimah
bin Adi telah dibunuh di dalampeperangan Badar, semasa Quraisy bergerak
dengan tenteranya ke Uhud Jabir telah menjanjikan:Sekiranya kau dapat
membunuh Hamzah bapa saudara Rasulullah s.a.w sebagai menuntut bela ke
ataskematian bapa saudaraku maka akan ku bebaskan kau, dengan itu aku
pun keluar menyertai orangramai, daku adalah keturunan Habsyah, biasa
mengguna seligi ala orang-orang Habsyah dan jarang akantersisih
sasarannya, di ketika pertempuran sengit berlaku, ku memerhatikan di
mana gerangan Hamzah,setelah ku dapatinya di celah-celah orang ramai
seperti seekor unta gagah, beliau mengasak orang ramai,tiada siapa yang
mampu membendung, demi Allah aku tidak menghirau sesuatu pun selain dari
Hamzahsemasa itu ku cuba bersembunyi di sebalik batu di tepi sepohon
kayu, di masa itu Siba bin Abd Al-Uzzasedang mendahuluiku, bila Hamzah
melihat Ibn Abd Al-Uzza beliau melaung, Ayuh kemari anak makmudim kerana
ibunya bekerja sebagai mak mudim menjawi kanak-kanak perempuan. Hamzah
terusmelibas dengan pedangnya sehabis kencang."Kata Wahsyi: "Aku
mengoncang-goncang seligi ku, dan setelah ku berkeyakinan dengannya aku
punmeluncurkannya. Tepat mengena sasarannya di perut, menembusi ari-ari
di sebelah hadapan, beliau cubamenerkam ke arahku namun beliau rebah dan
jatuh mati, aku mendekatinya dan ku cabut tombakku danpulang semula ke
perkhemahan untuk berehat kerana penyertaan ku tidak lebih dari tugas
itu, demiuntuk membebaskan diriku, setiba di Makkah aku
dibebaskan".MENGUASAI KEDUDUKANMeskipun kerugian besar yang dialami oleh
tentera Islam, lantaran kematian singa Allah dan Rasulnya,Hamzah bin
Abdul Muttalib, namun kaum muslimin tetap masih menguasai medan
pertempuran, jugaturut serta di dalam peperangan ini Abu Bakar, Umar bin
Al-Khattab, Ali bin Abi Talib, Az-Zubair Ibnu Al-Awwam, Musab bin
Umair, Talhah bin Ubaidillah, Abdullah bin Jahsy, Saad bin Muaz, Sad bin
Ubbadah,
- 132. Ar-Raheeq Al-MakhtumSaid bin Rabi, Anas bin
An-Nadr dan lain-lain yang setara dengan mereka. Penyertaan mereka
semuadengan ertikata yang sebenar telah mematah sernangat juang pihak
musyrikin.DARI PELUKAN SEORANG PEREMPUAN KE MEDAN PERTEMPURANDi antara
pahlawan handalan Islam yang turut dalam peperangan Uhud ini ialah
Hanzalah "Ghasil Al-Malaikah" (mandian malaikat) yang dikenali sebagai
Hanzalah bin Abu Amir, Abu Amir itulah Tok Paderiyang dinamakan dengan
Al-Fasiq seperti yang disebutkan terlebih dahulu adapun Hanzalah ialah
seorangmuda yang baru sahaja berkahwin, ketika beliau mendengar seruan
jihad terus beliau bingkas bangundari bersama isterinya yang baru
dikahwininya itu. Semasa di medan pertempuran, beliau terus
meredahbarisan tentera musyrikin, hingga rapat bersemuka dengan Abu
Sufian bin Sakhr bin Harb, hampir-hampirbeliau membunuh Abu Sufian kalau
tidak kerana, kurniaan Allah kepadanya, untuk menjadi syahid,semasa
beliau sudah pun mengatasi lawannya Abu Sufian hampir menumpasnya
tiba-tiba Syaddad bin Al-Aswad memukulnya hingga beliau syahid.UNIT
PEMANAH DAN PERANANNYA D1 DALAM PERTEMPURANUnit pemanah yang ditubuhkan
oleh Rasulullah s.a.w yang diletakkan di Bukit Uhud itu berperanan
didalam peperangan, yang membuka jalan kepada tentera Islam meraih
kemenangan, tentera berkudamusyrikin di bawah pimpinan Khalid bin
Al-Walid yang disokong oleh Abu Amir Al-Fasiq telah merempohbenteng
pertahanan Islam di dalam tiga percubaan yang berani untuk sampai ke
barisan pertahananbelakang hingga dengannya nanti mereka dapat
menimbulkan kekacauan dalam saf kaum muslimin yangboleh membawa kepada
kekalahan teruk, namun tindakan itu telah dipatahkan oleh kelompok
pemanah-pemanah yang menghujani mereka dengan panahan membunuh, dengan
itu ketiga-tiga cubaan merekagagal sama sekali.KAUM MUSYRIKIN MENERIMA
KEKALAHANBeginilah kancah peperangan berlarutan di mana tentera Islam
yang kecil menguasai seluruh suasana,membawa wira-wira musyrikin patah
semangat dan barisan-barisan serangan dan pertahanannyamenjadi
porak-peranda, bagaikan tentera musyrikin yang seramai tiga ribu itu
menghadapi tiga puluhribu muslim bukannya beberapa ratus, di saat ini
tertampil tentera Islam dalam satu potret keberaniandan keyakinan yang
luar biasa.Setelah sekian lama, pihak Quraisy mencurahkan tenaganya
untuk menyekat gelombang kemaraantentera Islam, terasalah mereka dengan
keletihan dan kelunturan upaya hingga sudah tiada siapa punyang berani
menghampiri panji mereka yang jatuh dipijak-pijak itu, kibarannya di
akhiri dengan kematian"Sowab" sudah pasti siapa mengangkat maka di
situlah pula akan berlegarnya pertembungan, oleh itumusyrikin sudah mula
berundur, dan lari menyelamatkan diri masing-masing, melupai hasrat
awalmereka untuk membalas dendam dan menuntut bela di atas kematian
tokoh-tokoh mereka dahulu demiuntuk menempah semula keagungan dan
kemegahan mereka.Kata Ibnu Ishak: Kemudian Allah pun menurunkan
pertolongan kepada kaum muslimin denganmenunaikan janjiNya, membiarkan
kaum muslimin mengerjakan pedang-pedang mereka ke atas kafirQuraisy yang
di akhiri dengan kekalahan yang parah, bertempiran lari meninggalkan
perkhemahansendiri. Abdullah bin Az-Zubair membawa cerita dari bapanya
dengan katanya: "Demi Allah sesungguhnyadaku telah melihat orang-orang
suruhan Hindun binti Utbah dan kawan-kawannya bercawat lari, sudahtidak
memperdulikan barang sesuatu pun". Al-Bukhary meriwayatkan di dalam
sahihnya dari hadith Al-Bara bin Azib: "Setelah kami bertembung dengan
mereka terus mereka lari, hingga ku dapat melihatkaum ibu mereka
bergegas lari mengangkat kain-kain mereka sampai ternampak gelang-gelang
mereka,
- 133. Ar-Raheeq Al-Makhtumkaum muslimin pun terus
memburu mereka mengerjakan senjata-senjata mereka dan
menawanrampasan-rampasan musyrikin.KESALAHAN BESAR UNIT PEMANAHKetika
tentera Islam yang kecil bilangannya itu mencapai kejayaan gemilangnya
ke atas tentera Makkah,tidak kurang kehebatannya dari peperangan Badar,
kini berlaku satu kesalahan yang parah darisebahagian besar kelompok
pemanah, yang telah membalikkan kedudukan peperangan, seterusnyamembawa
padah kerugian teruk ke atas tentera Islam, hampir membawa kepada
pembunuhan Rasulullahs.a.w. Kesannya amat buruk terhadap reputasi kaum
muslimin, dan kegerunan yang mereka perolehi didalam peperangan
Badar.Telah kita perkatakan mengenai nas perintah-perintah berat yang
dikeluarkan oleh Rasulullah s.a.wkepada golongan pemanah, supaya mereka
kekal dan iltizam di kedudukan mereka seperti yangdiarahkan samada di
ketika kemenangan atau di saat kekalahan, meskipun arahan yang sebegini
beratdan keras kepada golongan pemanah namun setelah mereka melihat
saudara mereka sedang sibukmemungut rampasan-rampasan seteru, mereka
terpesona dengan godaan dunia, hingga berkatasesetengah dari mereka
kepada yang lain; "Ayuh! rampasan! rampasan! saudara kita telah berjaya,
kamudi sini apa yang hendak dibuatnya?" Justeru itu maka pemimpin
mereka memperingatkan perintah-perintah Rasulullah s.a.w: "Hai apakah
kamu sudah lupa pesanan Rasulullah s.a.w (s.a.w.)?" Namunsebahagian
terbesar dari mereka tidak memperdulikan peringatan itu, malah mereka
menjawab: "DemiAllah kami hendak turut bersama kawan-kawan yang lain
untuk memungut rampasan-rampasan itu".Empat puluh orang dari unit
pemanah itu beredar turun dari tempat mereka untuk berkongsi
memungutrampasan perang, hingga tidak ada lagi tenaga untuk membenteng
belakang tentera Islam selain dariJabir dan sembilan orang sahabatnya
lain yang masih menetap di tempat mereka, berkeras untuk kekal disitu
hingga diberi satu arahan lain.KHALID AL-WALID BERTINDAK MENGEMPUNG
TENTERA ISLAMKhalid bin Al-Walid terus mempergunakan kesempatan keemasan
ini dengan berpatah balik dari belakangbukit secepat kilat, dengan itu
mereka telah dapat menguasai saf belakang tentera Islam, malah
merekatelah membunuh Abdullah bin Jubair dan sahabat-sahabatnya, setelah
itu terus mereka menyerangtentera Islam dari belakang, kemudian tentera
berkuda mereka melaung selantang suara, merekamenyebabkan kaum
musyrikin tertewas dahulu menyedari perkembangan terbaru, dengan itu
merekaterus membuat asakan ke atas tentera Islam, di tengah-tengah
pergolakan itu tampil seorang perempuanmusyrik yang dikenali sebagai
Umrah binti Alqamah Al-Harithiah mengangkat bendera musyrikin
yangtumbang tanpa pembawanya, hingga dengan itu maka berkumpullah
tentera musyrikin di sekelilingnyadan di antara mereka menyeru
kepadanya, hingga apabila terkumpul dengan bilangan yang cukup
makamereka pun menyerang habis-habisan ke atas tentera Islam dari arah
depan dan belakang menyebabkantentera Islam tersepit di antara dua
serangan.SIKAP BERANI RASULULLAH S.A.W SEMASA MENGHADAPI PENGEPUNGAN
QURAISYSemasa kejadian itu Rasulullah s.a.w bersama-sama sekumpulan
kecil tentera Islam seramai sembilanorang, sahabatnya sedang berada di
penghujung saf tentera Islam, ketika itu Rasulullah s.a.w
sedangmemerhati serangan habis-habisan tentera Islam terhadap musyrikin
dan pemburuan ke atas mereka,tiba-tiba tentera berkuda Quraisy di bawah
pimpinan Khalid bin Al-Walid telah membuat seranganmengejut. Dalam
suasana terdesak ini bagi Rasulullah s.a.w hanya di antara dua pilihan
samada larimenyelamatkan dirinya bersama sembilan orang sahabatnya itu
dan meninggalkan seluruh askarnya yanglain di dalam kancah pertempuran
menyerah sepenuhnya kepada kehendak takdir atau Baginda turut
- 134.
Ar-Raheeq Al-Makhtummencabar keadaan dengan menyeru sekalian sahabatnya
berganding bahu membentuk satu barisanpertahanan buat memecah kepungan
Quraisy itu.Di sinilah terpamernya kehandalan dan kebijaksanaan Baginda
yang tiada bandingan, di sini Rasulullahs.a.w melaung dengan suaranya
yang lantang itu, walaupun Baginda meyakini bahawa kaum musyrikinakan
menyedari dan mendengarnya terlebih dahulu, sebelum didengar oleh kaum
muslimin, namunapakan daya inilah satu-satunya cara yang dapat
dilakukan, di sini Baginda menjerit: "Wahai hambaAllah!" Memang benar,
seruan Baginda itu telah diketahui oleh kaum musyrikin terlebih dahulu
sebelumdidengari oleh kaum muslimin.TENTERA ISLAM BERKECAMUK DI
TENGAH-TENGAH SUASANA YANG GAWATSetelah tentera Islam dikejut dengan
serangan mendadak, mereka terperangkap di dalam kepunganmusyrikin, kini
mereka hilang perkiraan, tiap orang memikirkan bagaimana untuk
menyelamatkan dirimasing-masing. Masing-masing mula melarikan diri dan
meninggalkan medan peperangan tanpamempedulikan apa di belakangnya,
sebahagian dari kumpulan ini lari hingga sampai ke Madinah, yanglain
lari bersembunyi di bukit-bukit, terjadi pula di mana sebahagian yang
lari itu berpatah balik untukberperang, hingga dengan itu berlaku
kecelaruan bercampur baur dengan tentera musyrikin, di antaranyatidak
dapat cam di antara satu sama lain malah hingga terjadi pembunuhan
sesama tentera Islam.Al-Imam Al-Bukhary meriwayatkan dari Aisyah (r.a)
katanya: "Di dalam peperangan Uhud, kaummusyrikin menerima kekalahan
yang parah hingga dengan itu iblis bertindak melaung dengan
katanya:Wahai hamba-hamba Allah! Awas belakang kamu, maka dengan itu
tentera Islam yang lari, berpatahbalik menyebabkan tentera Islam
berbunuhan sesama sendiri. Huzaifah tak semena-mena telah melihatbapanya
dan terus melaung: Wahai hamba Allah! itu bapaku, itu bapaku. Kata
Aisyah: Demi Allah!mereka tidak membiarkannya malah terus mereka
membunuhnya. Kata Huzaifah: Demi Allah! merekatidak membiarkannya, malah
terus mereka bunuhnya. Kata Huzaifah: Allah memaafkan kamu. KataUrwah:
Demi Allah! pada Huzaifah masih tetap dengan ciri-ciri kebaikannya
hinggalah beliau menemuiAllah."Kumpulan inilah yang menyebabkan
kekacauan di dalam saf tentera Islam, membawa kepada
huru-hara,sebahagian darinya kebingungan tidak tahu arah mana hendak
dituju, dalam keadaan begini tiba-tibamereka mendengar pemanggil
melaung: "Nabi Muhammad sudah terbunuh". Orang-orang Islam menjadipanik
kebingungan, semangat juang kini berkecai, atau seakan-akan bercerai
dari setiap individu, diantara mereka ada yang sudah tidak berperang
lagi malah terus membuang senjata dan berdiam diri,yang lain pula ada
yang memikirkan untuk berhubung dengan Abdullah bin Ubai kepala
munafiqinbertujuan mendapat perlindungan dari serangan Abu Sufian.Dalam
keadaan begini maka Anas bin An-Nadhr berlalu di hadapan mereka yang
telah lemah semangatlalu beliau menyeru kepada mereka: "Apa yang kamu
tunggukan ini?" Jawab mereka: "Rasulullah s.a.wsudah terbunuh". Jawab
beliau: "Kalau demikian, tak ada erti hidup selepas Baginda. Kalau
demikianmatilah kamu seperti mana Rasulullah s.a.w mati. Ya Allah,Ya
Tuhanku sesungguhnya daku memohonmaaf akan tindakan golongan ini, yakni
kaum muslimin. Dan daku menjauhkan diri dari angkara apa yangdilakukan
oleh golongan musyrikin". Dengan itu beliau terus mara dengan
perjuangannya. Di dalamkancah pertempuran, itu beliau bertemu dengan
Saad bin Muaz. Maka bertanya Muaz: "Ke mana wahaiAbu Umar?". Jawab Anas:
"Aduh! selesanya daku menghidu udara Syurga wahai Saad, kini
dakumenciuminya di perkarangan Uhud ini". Beliau terus bertempur hingga
jatuh sebagai Syahid. Tidakdikenali beliau di akhir peperangan, kecuali
saudara perempuannya yang cam dengan jari-jari tangannya,kerana terdapat
lebih lapan puluh tetakan di jasadnya, bekas tikaman tombak, tetakan
pedang danasakan anak panah.Di sini, Thabit bin Dahdah menyeru kaumnya
dengan berkata: "Wahai kalian Ansar, kiranya Muhammad
- 135.
Ar-Raheeq Al-Makhtumsudah terbunuh dan mati, maka sesungguhnya Allah
tetap hidup tidak mati. Ayuh! berperanglah kamukerana agama kamu,
sesungguhnya Allah membantu dan memenangkan kamu". Dengan itu,
makaberkumpullah sebahagian dari orang-orang Ansar dan terus mereka
menerkam ke kelompok tenteraberkuda Khalid, bergelut habis-habisan
hinggalah Khalid menikamnya dengan tombak dan membunuhsahabat-sahabatnya
yang lain. Juga berlaku di mana seorang lelaki muhajirin menghampiri
seorang Ansaryang berlumur darah, terus beliau bertanya: "Saudara! Kau
sedar tak di mana Muhammad yang sudahpun terbunuh?" Jawab Al-Ansar:
"Sekiranya Muhammad telahpun terbunuh maka Baginda sudah punmencapai
tujuannya, sedang kamu pula hendaklah berperang mempertahankan agama
kamu ini.Dengan semangat juang dan keberanian seperti ini, maka tekad
perjuangan kembali memarak semula dikalangan seluruh tentera Islam,
kembali menyedari hakikat diri mereka, menarik balik idea untukmenyerah
atau berhubungan dengan Ibnu Ubai, terus masing-masing mengambil
senjatanya memulakanserangan ke atas tentera musyrikin yang sedang
berusaha membelah jalan ke markas pimpinan Islam.Kini tentera Islam
sudah mengetahui bahawa berita kematian Rasulullah s.a.w itu semata-mata
dongengdan cerita rekaan dan dusta, dengan itu mereka semakin kukuh dan
bersemangat. Akhirnya merekadapat memecah kepungan Quraisy dan berjaya
berhimpun semula di sekeliling markas di sampingmeneruskan peperangan
dengan lebih nekad dan menyerang lebih agresif lagi.Terdapat sekumpulan
yang ketiga tugas mereka hanya dan sanya mengawal Rasulullah s.a.w,
kumpulanini mempertahankan Rasulullah s.a.w dan membenteng Baginda.
Mereka terdiri terutamanya dari AbuBakr, Umar bin Al-Khattab, Ali bin
Abi Talib dan lain-lain. Sebelum ini mereka adalah penyerang di
safhadapan, namun setelah dirasai Baginda di dalam berbahaya, mereka
berpatah ke markas pertahananmempertahankan diri Rasulullah s.a.w di saf
hadapan.PERTEMPURAN SENGIT DI SEKELILING RASULULLAH S.A.WKetika tentera
Islam sedang dikepung dan tersepit dicelah asakan tentera musuh,
pertempuran terusmemuncak di sekitar Rasulullah s.a.w, sebagaimana yahg
kita sebutkan bahawa semasa kaum musyrikinmemulakan kepungan, tentera
Islam yang ada bersama-sama Rasulullah s.a.w hanya sembilan orangsahaja.
Tetapi apabila Rasulullah s.a.w menyeru kaum muslimin: "Ayuh di
sampingku! Aku Rasulullahs.a.w! Seruan itu telah didengar terlebih
dahulu oleh kaum musyrikin. Apa lagi, mereka pun terusmenerkam ke arah
Rasulullah s.a.w beramai-ramai. Sebelum sempat tentera Islam berkumpul
semula,maka berlakulah pertarungan hebat di antara mereka dan tentera
Islam yang sembilan orang itu.Padanya terpamer satu segmen kepahlawanan,
keberanian, dedikasi dan kecintaan terhadap diriRasulullah s.a.w.Imam
Muslim meriwayatkan dari Anas bin Malik bahawa Rasulullah s.a.w
bersendirian di dalam peristiwaUhud bersama dengan tujuh orang Ansar dan
dua orang Muhajirin Quraisy, setelah mereka hampirmengancam Rasulullah
s.a.w, Baginda pun merangsangkan mereka dengan sabdanya: "Siapa yang
dapatmengundurkan mereka itu dari kita, maka balasannya Syurga. Atau
ianya temanku di Syurga".Maka tampillah seorang pemuda Ansar, terus
bertarung hingga beliau jatuh syahid. Musyrikin sekali lagimengancam
Baginda. Baginda menyeru sekali lagi. Beginilah berulang kali hingga ke
tujuh mereka jatuhsebagai syahid semua. Kata Rasulullah s.a.w lagi
kepada dua orang muhajirin Quraisy: Kita belumbertindak adil dengan
sahabat-sahabat kita itu.Orang terakhir dari kumpulan tujuh orang itu
ialah Ammarah bin Yazid bin As-Sakan, beliau berjuanghingga luka parah
menyebabkan beliau jatuh dan tidak berdaya lagi untuk berperang.Terdapat
sekumpulan yang ketiga tugas mereka hanya dan hanya mengawal Rasulullah
s.a.w, kumpulanini mempertahankan Rasulullah s.a.w dan membenteng
Baginda. Mereka terdiri terutamanya dari AbuBakr, Umar bin Al-Khattab,
Ali bin Abi Talib dan lain-lain. Sebelum ini mereka adalah penyerang di
saf
- 136. Ar-Raheeq Al-Makhtumhadapan, namun setelah dirasai
Baginda di dalam berbahaya, mereka berpatah ke markas
pertahananmempertahankan diri Rasulullah s.a.w di saf hadapan.DETIK
CEMAS DI DALAM KEHIDUPAN RASULULLAH S.A.WSetelah beberapa ketika selepas
terjatuhnya Ibnu As-Sakan sebagai syahid, maka tinggallah di saat
ituBaginda dengan dua orang Quraisy itu sahaja, mengikut Al-Bukhary dan
Muslim riwayat Abu Uthman:Tiada siapa pun bersama-sama Rasulullah s.a.w
di hari itu untuk berperang di sisinya, selain dari Talhahbin Ubaidillah
dan Saad bin Abi Waqqas, itulah saat yang tercemas di dalam hidup
Baginda, dan peluangkeemasan bagi pihak musyrikin. Peluang ini tidak
dibiar berlalu tanpa dipergunanya, mereka telahmengasak tubi ke atas
kedudukan Rasulullah s.a.w, kesemua mereka sebulat pakat untuk
melenyapkanRasulullah s.a.w, Utbah bin Abi Waqqas telah melontar
Rasulullah s.a.w dengan seketul batu hinggaterjatuh ke atas diri Baginda
dan terluka di kepalanya, menyebabkan terpatah pula gigi depan
sebelahkanan dan bibir bawah Baginda terluka. Abdullah bin Syihab meluru
ke hadapan Rasulullah s.a.w danmemukul menyebab dahi Baginda terluka,
datang lagi penunggang ganas Abdullah bin Qamiah menetakRasulullah s.a.w
ditengkoknya dengan pedang namun beliau tidak dapat melukakan kerana
terdapat dualapisan baju besi yang dipakai Baginda. Walau bagai manapun
oleh kerana hentakan pukulan itu terlalukencang menyebabkan Rasulullah
s.a.w mengadu kesakitan beberapa bulan selepas kejadian itu, sekalilagi
Ibnu Qamiah memukul dahi Rasulullah s.a.w sekencang yang pertama
menyebabkan dua gelang bajubesinya menikam masuk ke dahinya bersama
jeritan bengisnya: Nah! terima ini, dan kenalilah aku ini IbniQamiah.
Jawab Rasul sambil menyapu darah dari mukanya: "Aqmaaka Allah"
bertepatan dengan namaIbni Qamiah yang membawa erti: "Allah
mengkerdilkan/menghinakan kamu."Di dalam hadith sahih meriwayatkan
bahawa gigi depan Rasulullah s.a.w terpatah, kepalanya terlukahingga
darah pun mengalir, namun Rasulullah s.a.w masih menyebut: "Bagaimana
boleh berjaya sesuatukaum yang melukakan muka nabi mereka, mereka
mematahkan giginya semasa Baginda menyerumereka kepada Allah". Di sini
Allah menurunkan firmanNya:"Tidak ada sesuatu pun bagimu dari urusan
mereka, sehingga Allah menerima taubah mereka, ataumenyiksa mereka,
sesungguhnya mereka itu orang-orang yang wlim"
Ali-Imraan: 128Di
dalam hadith riwayat al-Tabrani dengan katanya:Bersangatan kemurkaan
Allah ke atas satu kaum yang mencederakan muka RasulNya, setelah
beberapaketika Rasulullah s.a.w berdoa: "Ya Allah ya Tuhanku ampunilah
kaumku lantaran mereka tidakmengetahui". Sedemikian juga tersebut di
dalam sahih Muslim dengan katanya: "Tuhanku ampunilahkaumku lantaran
mereka tidak mengetahui". Manakala di dalam kitab "As-Shifa" oleh
Al-Qadhi Eyadh punmenyebut makna yang sama: " Ya Allah ya Tuhanku
berilah hidayat kepada kaumku lantaran merekatidak
mengetahui".Sebenarnya tidak syak lagi tindakan kaum musyrikin ini
bertujuan membunuh Rasulullah s.a.w, namundua orang Quraisy tadi iaitu
Saad bin Ibi Waqqas dan Talhah bin Abi Ubaidillah telah bertindak
penuhkepahlawanan Islam yang luar biasa itu dan bertempur tiada
bandingan, hingga tidak memberikesempatan langsung kepada musyrikin
mengaut kemenangan atau mencapai matlamatnya, keranamereka berdua adalah
antara pemanah yang terhandal di kalangan bangsa Arab. Mereka bertempur
danberlawan hingga berjaya menggagalkan usaha unit khas Quraisy yang
bertujuan membunuh Rasulullahs.a.w itu.Semasa Saad bin Abi Waqqas
meluncurkan panah-panahnya, Rasulullah s.a.w bertindak
menghulurkananak-anak panahnya kepada Saad sambil bersabda: "Panahkan
mereka, bapaku dan ibuku jadipembelamu". Ini menunjukkan kehandalan
beliau memanah. Tidak pernah Rasulullah mengesa seseorangsebelum ini
dengan melafazkan perkataan dua ibubapanya selain dari Saad ini.
- 137.
Ar-Raheeq Al-MakhtumAn-Nasai telah meriwayat hadith berkenaan dengan
Talhah bin Ubaidillah, beliau meriwayatkan dari Jabir:Kaum musyrikin
telah sampai ke hadapan Rasulullah s.a.w, di masa itu Rasulullah s.a.w
melaung: "Siapasanggup mencabar askar-askar musyrik ini?". Jawab Talhah:
"Daku Rasulullah s.a.w!" Kemudian Jabirmenceritakan kisah kemaraan
orang-orang Ansar dan kematian mereka seorang demi seorang sepertiyang
kami sebutkan di dalam riwayat Muslim tadi. Setelah kesemua orang-orang
di situ terbunuh makatampillah Talhah ke hadapan. Samburig Jabir. dengan
katanya: Talhah pun terus bertarung melawansekumpulan seramai sembilan
orang musyrik, hingga tertetak tangannya menyebabkan tercantas
jarinya,maka kata Talhah; "Itu adalah baik". Jawab Rasulullah s.a.w:
"Sekiranya kau kata:"Bismillah" nescaya para malaikat mengangkat kamu
dan sekalian manusia akan memerhati kamu".Tambah Jabir: Kemudian Allah
mengundurkan orang-orang musyrikin. Al-Hakim menyebut di dalamkitabnya:
"Al-Iklil": Berlaku di dalam peperangan Uhud ini di mana beliau terkena
tetakan sebanyak tigapuluh sembilan atau tiga puluh lima lubang dan
terpotong jarinya, manakala Al-Bukhary meriwayatkandari Quis bin Abi
Hazim katanya: Aku melihat tangan Talhah terpotong, ini berlaku kerana
beliaumempertahankan diri Rasulullah s.a.w di dalam peperangan
Uhud.At-Tarmizy meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda di hari
itu katanya: "Siapa ingin melihatseorang syahid sedang berjalan di muka
bumi ini, tengoklah Talhah bin Abdullah. Manakala Abu Daud al-Tayalisi
pula meriwayatkan dari Aisyah (r.a) yang berkata: Abu Bakar apabila
disebut mengenaipeperangan Badar beliau akan mengatakan! Hari itu
semuanya milik Talhah. Padanya Abu Bakarbermadah dengan syairnya:Duhai
Talhah bin Abdullah Bertuahlah dikau dengan SyurgaHabuanmu termaktub
sudah Binatang tunggangan nan muliaDi saat-saat yang tersangat genting
ini, Allah menurunkan pertolongan dari sebalik tabir ghaib, sepertiyang
tersebut di dalam kedua hadith sahih dari Saad, katanya: Ku lihat
Rasulullah s.a.w di dalampeperangan Uhud bersamanya dua lelaki yang
serba putih mempertahankan Rasulullah s.a.w, penuhketangkasan, mereka
berdua ini belum pernah ku lihat selama ini dan selepasnya. Di dalam
satu riwayatyang lain menjelaskan dua lelaki yang serba putih itu ialah
Jibril dan Mikail.PARA SAHABAT BERKUMPUL SEMULA DI SEKELILING RASULULLAH
S.A.WKesemuanya berlaku dalam masa yang terlalu singkat, sebaik sahaja
golongan terpilih dari para sahabatyang berada di saf hadapan
pertempuran mendapati situasi berubah dan mendengar laungan
Rasulullahs.a.w, terus mereka meluru ke sisi Rasulullah s.a.w agar tidak
sesuatu pun boleh mengancam diriRasulullah s.a.w. Namun agak terlewat
mereka sampai ke sisi Rasulullah s.a.w, kerana Baginda sudahpun
luka-luka, enam orang Ansar sudah terkorban dan yang ketujuh sudah
terlalu parah lukanya hinggasukar untuk bangun. Ketika Saad dan Talhah
berjuang habis-habisan, para sahabat yang baru tiba darisaf depan terus
memagari Rasulullah s.a.w dengan jasad-jasad dan senjata-senjata mereka,
merekabersungguh-sungguh mempertahankan diri Rasulullah s.a.w dari
ancaman musuh dan menangkis setiapserangan.Sebenarnya orang pertama
sekali sampai ke sisi Rasulullah s.a.w ialah teman semusafirnya di gua
Thuriaitu Abu Bakr As-Siddiq, Ibnu Hibban meriwayatkan di dalam hadith
sahihnya dari Aisyah (r.a) denganmenyebut: "Berkata Abu Bakar: Semasa di
hari Uhud itu: Semua orang tidak ada di sisi Rasulullah s.a.wdakulah
orang pertama sampai ke hadapan Rasulullah s.a.w, dan aku dapati seorang
sahabat sedangbergelut mempertahankan Rasulullah s.a.w, ku berkata;
orang itu mesti Talhah. Demi bapa dan ibukuuntuk kau wahai Talhah, Demi
bapa dan ibuku untuk kau wahai Talhah. Bila beliau terkena anak panah,bu
Ubaidah bin Al-Jarrah pun mendapati daku, semasa itu beliau sudah
terlalu parah, beliau punmemegang daku dan kami pun meletakkannya ke
sisi Rasulullah s.a.w di mana Talhah jatuh rebah, seru
- 138.
Ar-Raheeq Al-MakhtumRasulullah s.a.w: "Ke mari, saudaramu ini sudah
tidak sedarkan diri", manakala Rasulullah s.a.w telahpun dipanah di
dahinya hingga terbenam dua utas rantaian baju besinya ke dalam dahi
Baginda, dan kucuba menarik keluar rantaian itu. Abu Ubaidah berkata:
"Aku pintalah wahai Abu Bakr, hal ini tinggalkanuntuk ku seorang
menguruskannya". Cerita Abu Bakar selanjutnya: Abu Ubaidah cuba
mencungkilnyasedikit demi sedikit untuk tidak menyakiti Rasulullah
s.a.w, Akhir sekali beliau menggigit hujung besi yangtertikam itu,
hingga terserpih gigi Abu Ubaidah. Kemudian seru Rasulullah s.a.w sekali
lagi: "Tengoklahsaudaramu itu beliau terlalu tenat". Kata Abu Bakr:
"Kami semua menghadapi Talhah untuk merawatbeliau, terdapat sepuluh
tetakan di badan Talhah. Namun kesemuanya ini menampakkan
kemampuanTalhah menghadapi perjuangan di peperangan Uhud yang bersejarah
itu. Pada detik-detik yang segentingini sudah berhimpun di sekeliling
Rasulullah s.a.w sebilangan pahlawan-pahlawan Islam, di antara merekaAbu
Dujanah , Musab bin Umair, Ali bin Abi Talib, Sahl bin Hanif, Malik bin
Sinan bapa Abu Said Al-Khudri, Nusaibah binti Kaab Al-Mazaniyah yang
bergelar Ummu Ammarah, Qutadah bin An-Numan,Umar bin Al-Khattab, Hatib
bin Abi Baltaah dan Abu Talhah.TENTERA MUSYRIKIN SEMAKIN MENEKANSetiap
saat berlalu semakin bertambah pula bilangan tentera musyrikin, ini
membawa kepada semakinberat Rasulullah s.a.w, hanya Abu Talhah, yang
berada di hadapan Rasulullah s.a.w menghadang bagindadengan perisai
kulit yang dipegangnya. Beliau adalah pemanah yang paling, kencang, di
hari itu sahajadua atau tiga musuhnya terpanah, ada orang melintasi
hadapan Rasulullah s.a.w dengan membawauncang panah lalu Rasulullah
s.a.w menyeru dengan sabdanya: "Cuba kamu hulurkan anak panah itukepada
Abu Talhah", sambung Anas ceritanya: Rasulullah s.a.w terus memerhati
pergerakan kaummusyrikin maka berkata Abu Talhah: "Bapaku dan ibuku
korban untuk Rasulullah s.a.w, janganlah tuanhamba memerhati sedemikian
nanti Rasulullah s.a.w akan terkena panah Quraisy, nah biarlah leherku
inimenjadi benteng kepada leher tuan hamba".Kata Anas lagi: Di dalam
peperangan Uhud Abu Talhah mempertahankan diri bersama Rasulullah
s.a.wdengan satu perisai sahaja, Abu Talhah adalah pemanah handalan,
bila beliau memanah Rasulullah s.a.wmemerhati dan menengok pula sasaran
yang terkena dengan panahnya tadi. Abu Dujanah pula bertindakmembentengi
Rasulullah s.a.w dengan belakangnya, sedang anak-anak panah musyrikin
berpusu-pusumenikam belakangnya tanpa beliau menghiraukannya.Hatib bin
Abi Baltaah yang telah terpatah gigi depan memburu Utbah bin Abi Waqqas,
sempat beliaumemancung Utbah hingga tercerai kepala dari badannya terus
beliau menawan dan merampas kuda danpedangnya. Sebenarnya Saad bin Abi
Waqqas begitu perihatin untuk membunuh saudaranya Utbah,tetapi tidak
diizinkan Allah namun Hatib telah melaksanakan hasratnya itu.Sahl bin
Hanif salah seorang pemanah handalan, telah berbaiah dengan Rasulullah
s.a.w untuk berjuanghingga syahid, beliau ini telah memainkan peranan
yang amat cemerlang dalam rangka mengundurkantentera musyrikin.
Rasulullah s.a.w menggunakan panah di hari Uhud itu, sebagaimana yang
diceritakanoleh Qutadah bin An-Nukman, Rasulullah s.a.w memanah dengan
busurnya hingga terpatah hujungnya,Qutabah pun mengambil yang itu, di
dalam kegawatan itu Qutabah terkena panah di matanya, hinggaterpelanting
keluar biji matanya, Rasulullah s.a.w mengambilnya memasukkan semula,
hinggalahmatanya menjadi lebih baik dari yang sebelah lagi.Cerita
Abdur-Rahman bin Auf pula lain, di dalam kegawatan pertempuran telah
beliau terkena pukulanseteru di mulutnya menyebabkan gigi hadapan
tercabut. Di seluruh tubuhnya ke hadapan lebih dari duapuluh tetakan di
antaranya terkena pada kakinya menyebabkan beliau hilang sebelah
kaki.Adapun Malik bin Sinan bapa kepada Abu Said Al-Khudari bertindak
menyedut buang darah beku dari dahiRasulullah s.a.w yang terkena pukulan
Ibni Qamiah, hingga dengan usahanya itu dapat dicucikan lukabaginda
itu, kata Rasulullah s.a.w: "Luahkan darah itu", jawab Malik: "Tidak",
sebaliknya beliau menelan
- 139. Ar-Raheeq Al-Makhtumdarah luka
Rasulullah s.a.w yang mulia itu. Setelah itu, beliau beredar dari situ
untuk meneruskanperjuangannya, Rasulullah s.a.w bersabda: "Sesiapa ingin
melihat seorang lelaki ahli syurga lihatlah Malikbin Sinan, akhirnya
beliau gugur sebagai syahid.Kisah Ummu Ammarah pula, beliau berperang,
dan sempat beliau menentang Ibnu Qamiah bersamabeberapa orang kaum
muslimin, Ibnu Qamiah telah menetak tengkok Ummu Ammarah
menyebabkanbeliau luka parah namun sempat juga beliau memukul Ibnu
Qamiah tetapi oleh kerana beliau memakaibaju besi jadi tetakannya tidak
berkesan dan beliau terlepas lari, namun demikian Ummu Ammarah
terusberjuang, di hari itu beliau mengalami luka lebih dari dua belas
tetakan.Manakala Musab bin Umair pula inemperlihatkan kecekalannya yang
luar biasa mempertahankan diriRasulullah s.a.w dari serangan Ibni Qamiah
dan kuncu-kuncunya, di hari itu panji Islam di tanganMusab, beliau
telah dicantas sebelah tangan kanannya, lantas tangan kirinya mengambil
panjiberkenaan, penuh ketabahan hati beliau menghadapi serangan
musyrikin hingga terputus tangan kirinya,sekali lagi beliau
mempertahankan bendera Islam itu dari terjatuh dengan mengepitkannya ke
dadadengan lehernya, akhir sekali beliau dibunuh oleh kaum musyrikin,
pembunuhnya ialah Ibnu Qamiahyang menyangkanya Rasulullah s.a.w, kerana
beliau hampir menyerupai Baginda, hingga dengan itu IbnuQamiah terus
berlari menemui musyrikin yang lain berteriak: "Muhammad telah
terbunuh".BERITA KEMATIAN RASULULLAH S.A.W DAN KESANNYA KEPADA
PERJUANGANTidak berapa lama selepas teriakan Ibnu Qamiah itu, maka
tersebar luas berita kematian Rasulullahs.a.w di kalangan kaum muslimin
dan kaum musyrikin, itulah saat di mana semangat juang di
kalangantentera Islam sudah merosot terutama para sahabat yang terkepung
yang tidak bersama-sama Rasul, kinisemangat juang telah hancur, malah
hingga berlaku kekacauan di dalam saf Islam, suasana sudah tidakterurus
dan huruhara, namun seruan Rasulullah s.a.w tadi telah mengurangkan
asakan kaum musyrikin,kerana mereka menyangka bahawa mereka sudah
berjaya dan sudah mencapai matlamat, makasebahagian dari mereka sudah
mabuk darah kerana mereka tertumpu kepada mencerca dan memukul-mukul
mayat syuhada Islam.RASULULLAH S.A.W MENERUSKAN PERJUANGAN DAN
MENYELAMATKAN KEADAANSetelah Musab jatuh sebagai syahid, lantas ia
menyerahkan panji Islam kepada Ali bin Abi Talib,meneruskan pertempuran
sehabis tenaga dan usaha, dituruti oleh para sahabat yang lain yang
berada disitu dalam satu epik kepahlawanan yang jarang-jarang
disaksikan.Di masa itu Rasulullah s.a.w berjaya menembusi ke
tengah-tengah tenteranya, yang terus terkepung,Baginda meluru ke arah
mereka, Kaab bin Malik seawAl-Awal orang yang mengenali Rasulullah
s.a.w,beliau terus menarik selendang saudaranya, wahai kalian muslimin,
berbahagialah kamu, ini diaRasulullah s.a.w, di masa itu Rasulullah
s.a.w memberi isyarat kepadanya supaya berdiam, untuk tidakdilihat
kedudukannya oleh kaum musyrikin: Namun laungan beliau itu telah sampai
ke pendengaran kaummuslimin, maka bersegeralah mereka ke Rasulullah
s.a.w, hingga terkumpul di sisi Baginda kurang lebihtiga puluh orang
para sahabat.Dari situ Rasulullah s.a.w mengatur langkah berundur secara
tersusun ke suatu lereng bukit, melaluicelah-celah tentera musyrikin
yang sedang membuat asakan, pihak musyrikin pun semakin hebatmembuat
serangan untuk menggagalkan unduran Rasulullah s.a.w, namun mereka tidak
berupayasemasa berhadapan dengan singa-singa Islam itu.Sebaik sahaja
Uthman bin Abdullah bin Al-Mughirah salah seorang tentera berkuda
musyrikin, melihatRasulullah s.a.w, segera beliau menerkam dengan
kudanya ke arah Rasulullah s.a.w dengan laungannya:
- 140.
Ar-Raheeq Al-Makhtum"Wahai Muhammad kalau selalunya kau boleh terlepas,
tapi di hari ini kau tidak akan terlepas". Rasulullahs.a.w pun segera
bangun untuk melawannya, namun kudanya tersungkur kerana kakinya
terjerumus kedalam sebuah lubang menyebabkan Baginda terus terjatuh,
dengan itu Uthman telah ditentang oleh Al-Harith bin As-Sammah, di mana
Al-Harith telah sempat mencantas kakinya, menyebabkan beliau
jatuhterduduk, sekali lagi Al-Harith melepaskan tetakannya yang kencang
untuk menamatkan riwayatnya, Al-Harith mengambil senjatanya, dan
mengekori Rasulullah s.a.w.Di masa itu Abdullah bin Jabir seorang lagi
tentera berkuda Quraisy meluru kehadapan Al-Harith bin As-Sammah menetak
dengan pedang ke tengkoknya, menyebabkan beliau luka, dan diusung, di
masa itujuga Abu Dujanah pahlawan Islam yang serba lincah dengan lilitan
merah di kepalanya, menerkam kearah Abdullah bin Jabir dan terus
memukul dengan pedangnya menyebabkan kepalanya tercerai
darijasadnya.Semasa pertempuran yang amat sengit itu, tentera Islam
terlelap sekejap, itu adalah sebagai petandamemperolehi keamanan dari
Allah, sebagaimana yang diperihalkan oleh Al-Quran. Kata Abu
Talhah:"Daku di antara yang dilelapkan di dalam peperangan Uhud, kiranya
pedang ditanganku terjatuh berkali-kali, jatuh aku mengambil semula,
jatuh lagi ku mengambilnya semula".Dengan keberanian ini maka unit yang
bersama-sama Rasulullah s.a.w berjaya berundur secara tersusunke suatu
lereng bukit, dan dituruti oleh kelompok-kelompok tentera Islam lain, ke
sudut yang selamat itu,hingga dengan itu kepintaran Khalid tewas bila
berhadapan dengan kepintaran Rasulullah s.a.w.KEMATIAN UBAI BIN
KHALAFIbnu Ishak menceritakan: Setelah Rasulullah s.a.w berehat di
lereng itu rupanya Ubai bin Khalafmemburu ke situ sambil melaung: Mana
dia Muhammad, hari lain ini kau tidak dapat lari lagi, kaummuslin. Wahai
Rasulullah s.a.w boleh tak salah seorang dari membunuhnya? Jawab
Rasulullah s.a.w:Biarkan dia ke mari sebaik sahaja beliau menghampiri
Rasulullah s.a.w, baginda mencapai tombak dariAl-Harith bin As-Sammah,
Rasulullah s.a.w bingkas bangun penuh keberanian dan ketegasan,
kepantasantindakan Rasulullah s.a.w seperti seekor unta yang
menerbangkan bulu-bulunya semasa dipecut laju,baginda memerhati lehernya
yang terdedah itu terus baginda meluncur tombak ke sasarannya dan
tepatkena pada tempat yang diluncurnya itu, Ubai bin Khalaf terhuyung
hayang di atas kudanya, setelah itubeliau berpatah balik ke dalam
barisan tentera Quraisy, didapati lukanya tidaklah teruk sangat,
namundarah terus mengalir beliau menjerit dengan katanya: Demi Allah,
Muhammad telah membunuh aku.Orangnya menjawab: Demi Allah, kau ini dah
tak ada hati, sebenarnya bukan ada apa pun luka sedikitsahaja. Jawab
Ibnu Khalaf: Eh, jangan, Muhammad ini telahpun mengugut daku semasa di
Makkahdahulu dengan katanya: Akan ku bunuh kau, demi Allah kalaulah
Muhammad ludah ke atas ku nescayaaku mati, dan memang beliau mati semasa
dalam perjalanan ke Makkah.Mengikut riwayat Abi Al-Aswad dari Urwah:
Ibnu Khalaf menguak seperti lembu jantan dan berkata:Kalaulah apa yang
terkena ke atas ku ini terkena ke atas seluruh penduduk Zul Majaz
nescaya merekamati semua.TALHAH MEMBANTU RASULULLAH S.A.WSemasa
Rasulullah s.a.w bersama para sahabat berundur ke lereng bukit, seketul
batu besar menghalangpergerakan Rasulullah s.a.w, baginda cuba
mendakinya, pun tak dapat juga, kerana Rasulullah s.a.wtelah bertambah
berat badan, dibeban pula oleh baju besinya. Selain dari luka yang
melemahkan badanBaginda, Talhah bin Abdullah pun duduk membongkok ke
tanah, membiarkan Rasulullah s.a.w memijakke belakangnya dan berjaya
Rasulullah s.a.w berdiri di atas batu pejal itu, lantas Rasulullah
s.a.wbersabda: Talhah wajib menerima, iaitu Syurga.
- 141.
Ar-Raheeq Al-MakhtumSERANGAN TERAKHIR KAUM MUSYRIKINSetelah Rasulullah
s.a.w berjaya memperkukuhkan markaz pimpinannya di lereng bukit, pihak
musyrikintelah membuat percubaannya yang terakhir dalam rangka usaha
mereka untuk melenyapkan kekuatantentera Islam. Dalam hal ini Ibnu Ishak
menceritakan; Semasa Rasulullah s.a.w berada di lereng itu, tiba-tiba
sekumpulan tentera Quraisy mara ke atas bukit dibawah pimpinan Abu
Sufian dan Khalid bin Al-Walid, maka Rasulullah s.a.w melaung dengan
sabdanya: Ya Allah ya Tuhanku, tidak seharusnya merekaitu mengatasi
kita, maka dengan itu Saidina Umar dan beberapa orang Muhajirin yang
lain mara danmelawan mereka serta memaksa mereka turun.Di dalam kisah
peperangan Banu Umawi menceritakan bahawa kaum musyrikin telah naik ke
atas bukit,lalu Rasulullah s.a.w menyeru kepada Saad: Kalahkan mereka,
yakni undurkan mereka - jawab Saad:Bagaimana akan ku kalahkan mereka
daku hanya seorang sahaja, beliau mengulangi tiga kali, namunakhirnya
beliau mengambil anak panahnya maka dipanahkan, menyebabkan terbunuh si
Fulan, beliaumengambil satu lagi lalu dipanahkan sekali lagi menyebabkan
terbunuhnya mangsa yang kedua, sekalilagi beliau berbuat demikian
menyebabkan terbunuhnya orang depan ketiga, dengan itu kafir
Quraisyterpaksa turun dari tempat mereka itu. Aku berkata: Panah ini
adalah berkat, aku pun simpan ke dalamuncangannya, diceritakan panah itu
berkekalan bersama-sama Saad hingga ke akhir hayatnya, kemudiandiwarisi
oleh anak-anaknya.MENCACATKAN PARA SYUHADASerangan itu adalah serangan
terakhir pihak musyrikin ke atas kedudukan Rasulullah s.a.w. Oleh
keranamereka tidak mengetahui sangat kesudahan Rasulullah s.a.w malah
mereka hampir yakin bahawaRasulullah s.a.w telah terbunuh, untuk itu
mereka pun kembali semula ke markas, dan semua merekabersiap untuk
berangkat pulang ke Makkah, di antara mereka ada yang sibuk mencacatkan
jasad parasyuhada termasuk kaum ibu musyrikin, ada yang memotong telinga
hidung, kemaluan dan ada yangmenikam perut para syuhada dijadikan
sebagai kalung dan gelang kaki.KESUNGGUHAN PAHLAWAN BERSEDIA UNTUK
BERTEMPUR HINGGA KE TITISAN DARAHTERAKHIRDetik-detik terakhir, berlaku
dua peristiwa yang membuktikan kesungguhan pahlawan-pahlawan Islamuntuk
berperang dan betapa bersedianya mereka untuk bersungguh-sungguh dan
mati ke jalan Allah.1. Kaab bin Malik menceritakan: Daku adalah di
antara kaum muslimin yang telah keluar, sebaik sahajaku melihat kaum
musyrikin mencedera dan mencacatkan jasad-jasad syuhada Islam, ku bangun
dankeluar untuk melihat di mana ku dapati seseorang musyrikin yang
mengumpul baju-baju besi melaluijasad seorang syuhada sambil
berkata-kata: Ayuh berlonggoklah kamu seperti longgokan
najis-najiskambing.Tiba-tiba seorang muslim sedang menunggu si musyrik
ini di hadapan juga berbaju besi aku terusmengekori dari belakangnya
hingga dapat aku membezakan yang muslim dan yang musyrik, aku
dapatmelihat si kafir lebih baik pakaiannya dan peralatannya dari si
muslim, hinggalah kedua-duanya inibersemuka, maka si muslim terus
meneiak si kafir dengan pedangnya hingga sampai ke pangkal paha,dan
terus terpelanting kakinya, lepas itu si muslim membuka tudung mukanya
sambil berkata:Bagaimana kau tengok wahai Kaab, Akulah Abu Dujanah. 2.
Sebaik sahaja peperangan telah selesai, sekumpulan wanita Islam telah
datang ke medan , kata Anas:Ku telah lihat Aisyah binti Abi Bakar dan
Ummu Salim, sedang bersungguh-sungguh, hingga ternampak
- 142.
Ar-Raheeq Al-Makhtumbetis, mereka menggalas uncang air untuk memberi
minum terus ke mulut-mulut tentera Islam yangmengalami sakit, apabila
air habis mereka pulang untuk isi semula dengan air. Begitulah
kesungguhanmereka, cerita Umar bin Al-Khattab: Ummu Salit bertugas di
hari Uhud dengan memberikan kami airminuman.Di kalangan mereka terdapat
juga Ummu Aiman, setelah beliau melihat sekumpulan tentera Islam
yanglari balik ke Madinah mencari perlindungan, terus beliau mengambil
tanah menabur ke atas kepalamereka sambil berkata: Nah ambil pengumpul
benang ini, penakut, berikan aku pedang kamu itu, terusbeliau ke medan
perang, di sana beliau memberi air kepada tentera Islam yang mengalami
kecederaan,namun Hibban bin Al-Arafah memanah Ummu Aiman menyebabkan
beliau terjatuh hingga ternampaksebahagian badannya, Hibban pun ketawa
bagaikan satu kelucuan berlaku hal ini berat untuk Rasulullahs.a.w
melihatnya, dengan itu baginda memberikan sebatang anak panah yang tidak
bermata kepada Saaddengan berkata, Ayuh kau panahkan seteru Allah itu,
Saad pun membidaskan panahnya tepat ke tengkokHibban menyebabkan beliau
jatuh hingga terselak auratnya, membawa Rasulullah s.a.w tersenyumhingga
kelihatan gigi baginda, dan sabda Rasulullah s.a.w: Saad telah menuntut
bela untuk Ummu Aiman,dan Allah telahpun memakbulkan doanya.RASULULLAH
S.A.W TIBA KE LERENG BUKITSetelah Rasulullah s.a.w sampai ke lereng
bukit dan mengambil tempat di situ, Saidina Ali pun keluarmengambil air
dengan uncangnya dari Al-Mihras untuk Rasulullah s.a.w minum, oleh
kerana air ituberbau, maka baginda tidak jadi meminumnya cuma sekadar
membasuh darah di mukanya, dan curah keatas kepalanya dengan berkata:
Allah memurkai manusia yang melukakan RasulNya.Sahl menceritakan:
Sebenarnya daku mengetahui siapa membasuh luka Rasulullah s.a.w dan
siapaorangnya yang mencurah air serta mengubat luka Rasulullah s.a.w?
Fatimah, puteri Rasulullah s.a.wlahyang membasuh luka Rasulullah s.a.w,
manakala Ali bin Abi Talib pula mencucur air dengan bijana,namun bila
Fatimah melihat bahawa air yang dicurah itu tidak juga memberhentikan
darah keluar, malahlebih banyak lagi, lalu beliau mengambil carikan
tikar dibakarnya dan diletakkan ke tempat luka Baginda,dengan itu baru
darah berhenti.Tidak berapa lama kemudian Muhammad bin Maslamah membawa
air bersih kepada baginda dan bagindapun minum darinya, Rasulullah s.a.w
mendoakan kebaikan untuk beliau, di hari itu baginda duduk
ketikamengerjakan sembahyang zohor, kerana kesan luka, kaum muslimin pun
duduk bersembahyang dibelakang Rasulullah s.a.w.ABU SUFIAN BONGKAK
SELEPAS PEPERANGAN DAN MENGADAKAN DIALOG DENGAN UMARApabila tentera
musyrikin bersiap untuk berangkat pulang ke Madinah, Abu Sufian dengan
sombongmendaki puncak bukit sambil melaung: Apakah Muhammad masih hidup
bersama kamu?. Tidak siapa punmenjawab. Sekali lagi beliau melaung:
Apakah anak Abu Quhafah masih hidup di kalangan kamu?. Tidaksiapa pun
menjawab. Sekali lagi beliau melaung; Apakah anak Al-Khattab masih
berada dengan kamu?Mereka tidak menjawab, kerana Rasulullah s.a.w
melarang mereka dari menjawab, dan beliau tidakbertanya selain dari tiga
peribadi ini sahaja, kerana beliau mengetahui bahawa penerusan Islam
adalahmelalui tiga peribadi ini, Abu Sufian melaung lagi: Apakah kamu
semua telah mempertahankan mereka,namun Saidina Umar tidak dapat menahan
dirinya hingga beliau menjawab: Hai seteru Allah, nama yangkamu
sebutkan tadi masih hidup, Allah mengekalkan mereka untuk keburukan
dirimu. Kata Abu Sufian:Berlaku penderaan dan pencacat celaan ke atas
askar-askarmu yang tewas. Namun aku tidakmenyuruhnya dan tidak pula
menyakiti daku. Sekali beliau melaung: Dirgahayu Berhala Habal.Kata
Rasulullah s.a.w: "Buat apa kamu tidak menjawabnya". Kata mereka: "Apa
yang kami nak jawab"
- 143. Ar-Raheeq Al-MakhtumKata Rasulullah
s.a.w: "Launglah: Allah Maha Mulia lagi Maha Agung". Jawab Abu Sufian:
"Baguslah itu,baru seri satu sama satu tapi ingat peperangan adalah
berterusan.Jawab Umar: "Tak sama, syahid kami di syurga, guguran kamu di
dalam neraka".Kata Abu Sufian: "Kemari wahai Umar", Kata Rasulullah
s.a.w: "Kau pergi tengok apa halnya"? Umar punmara ke hadapan, tanya Abu
Sufian: "Aku benar-benar hendak tahu daripadamu Umar, apakah telahkami
bunuh Muhammad"? Jawab Umar: "Ya Allah, itu tidak benar, malah Baginda
sedang mendengar danmengikuti percakapanmu ini". Jawab Abu Sufian: "Ya
engkau lebih ku percayai dari Ibni Qamiah dan lebihbenar".JANJI BERTEMU
SEMULA DI BADARIbnu Ishak menceritakan: Semasa Abu Sufian bergerak
pulang sekali lagi beliau melaung: "Janji! Kitaakan bertemu di Badar di
tahun hadapan". Rasulullah s.a.w berkata kepada para sahabatnya:
"Jawablahkepadanya: Ya! Kami berjanji dan jangan pula kau
mungkiri".MEMASTIKAN SIKAP MUSYRIKINSetelah tentera musyrikin bergerak
meninggalkan tapak pertempuran, Rasulullah s.a.w memerimah Alibin Abi
Talib dengan sabdanya: "Cuba kau ikuti jejak mereka dan perhatikan apa
yang mereka lakukan.Dan apa tindakan mereka seterusnya? Sekiranya mereka
menunggangi unta dan menuntun kuda berertimereka menuju Makkah, tapi
kalaulah mereka menunggangi kuda dan menuntut unta bererti merekaakan
memasuki Al-Madinah, demi jiwa ku di tangannya sekiranya itulah tindakan
mereka akan ku burumereka". Bila Saidina Ali pulang, beliau memberi
tahu bahawa mereka menonggang unta dan menuntunkuda menuju ke
Makkah.MENINJAU DAN MENANGANI PARA SYUHADA DAN YANG CEDERASelepas
musyrikin Quraisy berlepas pulang ke Makkah seluruh kaum muslimin
bertungkus lumusmengenali para syuhada dan pesakit-pesakit yang luka.
Zaid bin Thabit mengisahkan dengan katanya:Rasulullah s.a.w telah
mengutus daku di hari Uhud, untuk mendapatkan Saad bin Ar-Rabie, kata
Bagindakepada aku: Sekiranya kamu menemuinya sampaikanlah salam ku
kepadanya serta katakan kepadanyabahawa Rasul berkata kepadanya:
Bagaimana kau sekarang? Sambung Zaid: Jadi ku cuba ke sana kemari di
antara jasad-jasad bergelempangan, akhirnya ku dapati beliau di saat
menghembus nafas terakhirpada jasadnya terdapat tujuh puluh tikaman,
samada tetakan pedang, tikaman-tikaman tombak atauanak panah, ku
berkata: Wahai Saad, sesungguhnya Rasulullah s.a.w menyampaikan salamnya
kepadakau, dan Baginda telah berkata: Bagaimana kau sekarang wahai
Saad? Kata Saad: Waalaikum salam,wahai Rasulullah s.a.w dan katakan
kepada baginda: Wahai Rasulullah s.a.w sekarang ku menciumibauan syurga,
dan katakan lagi kepada kaum ku Al-Ansar: Tiada mengapa bagi kamu
sekiranya ancamansampai kepada Rasulullah s.a.w sedang kamu masih hidup,
di masa itu Saad menghembus nafasnya yangterakhir.Di kalangan mereka
yang luka, tentera Islam mendapati Amru bin al-Thabit yang masih boleh
bernafaslagi, beliau ini pernah di suatu ketika diajak memeluk Islam,
tetapi beliau menolak; kata tentera Islam, sidegil apa ini yang bawa dia
ke mari, dahulu pernah kita dakwahkannya, tetapi beliau menolak,
kemudianmereka bertanya: Apa yang mendorong kau kemari, Apakah menuntut
bela untuk kaum kau, ataumenyukai Islam. Jawab beliau: Malah menyukai
Islam. Ku beriman dengan Allah dan Rasulnya, kemudianku berperang di
pihak Rasulullah s.a.w hinggalah ku menerima apa yang kamu semua
saksikan ini,kemudian beliau menghembus nafasnya yang terakhir.
Peristiwa ini mereka ceritakan kepada Rasulullahs.a.w. Lantas Rasulullah
s.a.w menjawab: Beliau adalah penghuni syurga. Cerita Abu Hurairah:
Beliau ini
- 144. Ar-Raheeq Al-Makhtumtidak sempat bersembahyang
walau serakaat sekali pun.Tentera Islam juga mendapati di kalangan yang
luka ialah Qazman, beliau telah bertempur sebagaiseorang wira, beliau
telah membunuh tujuh atau lapan musyrikin, tetapi kini beliau tak
berupaya untukbergerak, lalu mereka mengusungnya ke kampung Banu Zafar,
kaum muslimin pun menyampaikan hal-hal yang menghiburkan beliau, namun
beliau menegaskan dengan katanya: Demi Allah sesungguhnyadaku ini
berperang demi untuk mempertahankan keturunan bangsaku, kalau tidak
kerana itu nescayatidak ku sertai peperangan, setelah beliau mendapati
dirinya terlalu penat dan sakit menanggung lukayang parah di jasadnya,
beliau pun membunuh diri. Mengenai peristiwa ini Rasulullah s.a.w
berkata:Beliau ini dari kalangan penghuni Neraka.Sebaliknya apa yang
terjadi kepada seorang Yahudi dari qabilah Thalabah yang mati di
dalampeperangan itu, beliau pernah menyeru kaumnya: Wahai kalian Yahudi,
demi Allah sesungguhnya kamusudahpun mengetahui bahawa menolong
Muhammad itu adalah di antara kewajipan ke atas kamu, jawabmereka: Kan
hari ini hari Sabtu? jawab beliau: Tidak ada Sabtu bagi kamu, terus
beliau mencapai pedangdan peralatan perangnya yang lain. Kata beliau
lagi: "Kalaulah aku terbunuh, maka hartaku adalah untukMuhammad, biarlah
apa yang hendak dia lakukan". Terus beliau berperang hingga beliau
terbunuh. SabdaRasulullah s.a.w yang bermaksud: Mukhairiq adalah
sebaik-baik Yahudi.MENGUMPUL PARA SYUHADA DAN MENGKEBUMIKAN
MEREKARasulullah s.a.w mengurus jenazah para syuhada, sehingga Baginda
bersabda: Daku saksikan mereka inisemua, tidak seorang pun yang keluar
ke jalan Allah kecuali akan dibangkitkan Allah di Hari Qiamat
besokdengan lukanya, berwarna dengan warna darah manakala baunya adalah
bau kasturi.Terdapat di antara kaum muslimin yang telah membawa jenazah
keluarganya ke Madinah, makaRasulullah s.a.w memerintahkan supaya
dikembalikan jenazah itu dan dikebumikan di tempat merekasyahid, tanpa
dimandikan malah dikebumikan dengan pakaian jihad mereka setelah
ditanggalkanperalatan besi dan kulit, malah mereka ini dikebumikan
berdua atau bertiga di dalam satu lahad, adayang dikapankan dua orang
dalam satu kain, di sini baginda bertanya: Mana di antara mereka yang
lebihbanyak mengingati Al-Quran dan apabila diberitahu si pulan lebih
dari yang lain maka didahulukannya kedalam liang lahad sambil baginda
mengungkap: Aku adalah saksi mereka di hari Qiamat. Abdullah binAmru bin
Hiram dikebumikan bersama-sama Amru bin Jamuh di dalam satu lahad
lantaran persahabatanmereka berdua yang akrab.Mereka tercari-cari di
mana keranda Hanzalah, akhirnya mereka dapati sedang berada di suatu
tempatberhampiran lelehan air yang menitis dari celah-celah batu, dan
diceritakan kepada Rasulullah s.a.w.Baginda pun memberitahu
sahabat-sahabatnya bahawa beliau dimandikan oleh Malaikat, nak tahu
kenapademikian tanyalah ahli rumahnya kenapa halnya itu? Lantas mereka
pun bertanyalah kepada isterinya.Isterinya pun menceritakan kisah
sebenarnya di mana beliau telah keluar ke medan jihad sebelumsempat
mandi wajib. Di sini Hanzalah dikenali sebagai syahid yang dimandikan
oleh Malaikat.Setelah Baginda mengetahui segala apa yang telah berlaku
terhadap Hamzah bapa saudaranya dansaudara sepenyusuannya, Rasulullah
s.a.w amat sedih dan berduka, di masa itu emak saudaranya Sofiahdatang
untuk melihat saudaranya Hamzah, namun Rasulullah s.a.w menyuruh anaknya
al-Zaid supayamengalih pandangannya dri situ, supaya tidak terlihat apa
yang terjadi kepada saudaranya itu, lantasbeliau bertanya: Kenapa?
Telahpun sampai ke pengetahuan ku di mana saudaraku ini telah
dicacatkanjasadnya, semua ini kerana Allah, semoga semua ini meredhakan
kami, akan ku bersabar dan memohonrestu keredhaan Ilahi, insyaAllah.
Justeru itu beliau terus menziarahi jenazah saudaranya kerana
hendakmelihat dengan mata kepalanya dan terus beliau berdoa untuknya
setelah mengucap "Innalillahi wainnailaihi rajiuun" terus beliau
beristighfar untuk Asy-Syuhada, dengan itu Rasulullah s.a.w pun
memerintahsupaya dikebumikan Hamzah bersama Abdullah bin Jahsy anak
saudaranya malah saudara sepenyusuan.
- 145. Ar-Raheeq
Al-MakhtumCerita Abdullah bin Masud: Belum pernah lagi kami melihat
Rasulullah s.a.w menangis seperti manabaginda menangis ke atas Hamzah
bin Abdul Muttalib. Baginda meletakkan jenazah Hamzah di sebelahQiblat,
di situ baginda berdiri di samping jenazahnya lantas baginda menangis
hingga kedengaransedunya.Pemandangan para syuhada amat memilukan hati.
Al-Khabbab menceritakan: Sebenarnya Hamzahsendiri tidak mempunyai kain
kapan yang secukupnya, selain dari kain serbannya jalur merah
putih,kiranya kalau ditutup kakinya terbuka pula kepalanya dan kalau
ditutup kepala kakinya akan terbuka,akhirnya beliau ditutup kepala dan
kakinya ditutup dengan tumbuhan Al-Izkhir.Kata Abdur-Rahman bin Auf:
Musab bin Umair terbunuh di dalam peperangan ini sedang beliau
lebihistimewa dari ku, beliau pun sama juga, kerana bila hendak ditutup
kakinya kepalanya akan terbuka dankalau ditutup kepalanya kakinya akan
terdedah. Dalam satu riwayat dari Al-Khabbab yang menyebut:Bahawa
Rasulullah s.a.w telah berkata, ayuh tutup sahaja kepalanya sedang
kakinya selimutkan dengandaun-daun Izkhir.RASULULLAH S.A.W MEMUJI ALLAH
DAN BERDOA PADANYAAl-Imam Ahmad meriwayatkan mengenai keadaan selepas
tentera musyrikin selesai pulang ke Makkah dimana Rasulullah s.a.w
bersabda dengan katanya: Ayuh berbaris lurus kamu sekalian yang ada,
supaya kumemuji Tuhan Azawajjala, maka dengan itu sekalian mereka pun
berbaris di belakang baginda dengansabdanya: "Ya Allah ya Tuhanku bagimu
jua segala puji-pujian, ya Tuhanku tiada penghalang bagi apayang Engkau
berikan dan tiada pemberi bagi apa yang Engkau pegangkan, tiada
petunjuk bagi orangyang Engkau sesatkan dan tiada penyesat bagi orang
yang Kau hidayatkan, tiada pemberi barang sesuatuyang Engkau sekatkan
dan tiada penyekat barang sesuatu yang Engkau berikan, tiada siapa
dapatmendekatkan sesuatu yang Engkau jauhkan dan tiada siapa pun dapat
menjauhkan sesuatu yang Engkaudekatkan Ya Tuhanku tebarkanlah ke atas
kami barakan Mu, rahmat Mu, kelebihan Mu dan rezekiMu YaAllah Ya Tuhanku
sesungguhnya daku memohon nikmat yang berkekalan yang tidak terhalang
dan tidakhilang ya Tuhanku: Sesungguhnya daku memohon bantuan di hari
kesuntukan, keamanan di harimenakutkan , ya Tuhanku sesungguhnya daku
berlindung dengan Dikau dari kejahatan yang ada padayang Kau berikan
kami dan kejahatan yang ada pada apa yang Kau halang pemberiannya kepada
kami,Ya Tuhanku perkenankanlah kecintaan iman itu kepada kami serta
hiasilah di persada hati nubari kami,hidupkanlah kebencian terhadap
kafir, fasiq dan pendurhakaan di dada kami, jadilah kami dari merekayang
terpimpin. Ya Tuhan kami matikanlah kami sebagai muslim serta hidupkan
kami sebagai muslim,letakkanlah kami bersama mereka yang solih tanpa
sebarang kehinaan atau terfitnah. Ya Allah yaTuhanku, hancurkanlah
golongan kafir yang mendusta utusanMu, menghalang di jalanMu, humbankan
keatas mereka kemurkaanMu dan siksaanMu. Ya Tuhanku hancurkanlah
golongan kafir yang sebelum initelah diturunkan kepada mereka kitab lalu
mereka mendustakannya. Ya Allah ya Tuhanku yang
sebenar,perkenankanlah."KEPULANGAN RASULULLAH S.A.W KE MADINAH DISAMBUT
DENGAN KELUHURAN CINTA DANKETULUSAN HATISebaik sahaja Rasulullah s.a.w
selesai menyelenggarakan pengkebumian para syuhada serta berdoa
restukepada Allah Rabbu Al-Jalil terus Baginda berangkat pulang menuju
ke Madinah, dan tertera di hadapanmata Rasulullah s.a.w gambaran yang
jarang-jarang berlaku, kecintaan dan ketulusan hati nubari kaummuslimat
yang menunggu-nunggu kepulangan Baginda sebagaimana tertera perilaku
kaum muslimin didalam peperangan.Di pertengahan jalan baginda telah
diketemukan dengan Hamnah binti Jahsy, Baginda menyampaikanberita syahid
saudaranya Abdullah bin Jahsy beliau mengucap "Innalillahi wainna
ilaihi rajiuun" dan
- 146. Ar-Raheeq Al-Makhtumberistighfar
untuknya, beliau menyampaikan berita kematian bapa saudaranya (sebelah
emak) Hamzahbin Abdul Muttalib beliau mengucap "Innalillahi wainna
ilaihi rajiuun" dan beristighfar untuknya, kemudianBaginda menyampaikan
berita syahid suaminya Musab bin Umair, terus beliau menangis dan
meraung,maka jawab Rasulullah s.a.w: Sebenarnya suami bagi seseorang
wanita adalah di suatu kedudukan yangistimewa.Seterusnya Rasulullah
s.a.w melalui di hadapan seorang wanita dari qabilah Banu Dinar, di mana
suamidan saudaranya telah syahid di dalam peperangan Uhud dan hadirin
pun menyampaikan berita syuhadaitu, lantas beliau berkata: Apa yang
berlaku ke atas diri Rasulullah s.a.w, jawab hadirin: Wahai ibu,Baginda
baik, Al-Hamdulillah seperti yang ibu harap-harapkan. Kata beliau lagi
Tunjukkan daku diriRasulullah s.a.w, hingga dapat ku pastikan
kebenarannya, maka ditunjukkan kepada si ibu tadi dansetelah pasti bagi
ibu tersebut kebenarannya, maka katanya: Keselamatan diri Rasulullah
s.a.wmenjadikan segala yang lain kecil sahaja.Ibu Saad bin Muaz datang
berlari-lari ke hadapan Rasulullah s.a.w, di masa itu Saad sedang
memegangtali kuda Rasulullah s.a.w, beliau menyeru: Itu ibuku wahai
Rasulullah s.a.w, jawab Rasulullah s.a.w:Diucapkan selamat datang dengan
ibumu tu. Di situ Rasulullah s.a.w berdiri untuk berhadapan dengan
ibuSaad, sebaik sahaja beliau berada di hadapan Rasulullah s.a.w,
Baginda pun menghebahkan beritakematian anaknya Amru bin Muaz. Jawab
beliau: "Namun bila ku mendapati Rasulullah s.a.w selamatkesemuanya
adalah ringan sahaja. Dengan itu Rasulullah s.a.w pun berdoa untuk
seluruh keluarga, yanganak mereka terbunuh di dalam peperangan, kata
Baginda: Bergembiralah wahai ibu Saad dansampaikanlah berita
mengembirakan kepada keluarga sekalian di mana anak-anak dan keluarga
merekayang terbunuh itu diiringi masuk ke dalam syurga Allah, malah
mereka akan memberi syafaat kepada ahlikeluarga mereka, jawab ibu Saad:
Kami redha dan bersenang hati dengan kesemuanya itu wahaiRasulullah
s.a.w, dan tiada siapa lagi yang akan menangis, tambah beliau: Wahai
Rasulullah s.a.wdoakanlah untuk keluarga mereka yang masih ada ini, maka
doa Rasulullah s.a.w: "Ya Allah Ya Tuhanku!Hilangkanlah duka nestapa
dari hati-hati mereka, perbaikilah musibah dan kesusahan mereka,
danjadikanlah yang tertinggal sebagai keluarga terbaik bagi mereka yang
telah pergi.RASULULLAH S.A.W DI MADINAHRasulullah s.a.w telah sampai ke
Madinah pada petang hari Sabtu tanggal 7 bulan Syawal tahun 3
Hijrahsesampainya ke rumah, Baginda menyerahkan pedangnya kepada anaknya
Fatimah dengan sabdanya:Cucikan darah-darah dari pedang ini, demi Allah
ianya telah membenarkan kerja-kerjaku, kemudian Alibin Abi Talib pun
menyerah pedangnya dengan katanya: Tolong cucikan juga pedang ku ini,
demi Allahsesungguhnya pedang ini telahpun membenarkan daku, sabda
Rasulullah s.a.w: Sekiranya kau telahbenar-benar berperang, maka
sesungguhnya Sahl bin Hanif dan Abu Dujanah pun adalah benar
bersama-sama dengan kamu.BILANGAN TERKORBAN KEDUA BELAH PIHAKKeseluruhan
riwayat sebulat suara mengatakan, bilangan syuhada yang terkorban di
dalam peristiwaUhud adalah seramai tujuh puluh orang, daripada itu
bilangan yang terbesar adalah dari golongan Al-Ansar, di mana seramai
enam puluh lima syuhada gugur dibumi Uhud, 13 orang dari kalangan
Al-Khazraj, 24 dari Al-Aws dan seorang Yahudi, manakala syuhada dari
Muhajirin adalah seramai 4 orangsahaja.Yang terbunuh dari kalangan
Al-Musyrikin adalah seramai 22 orang. Tapi selepas meneliti dengan
cermatke atas peperangan Uhud dari perbagai sudut, maka ahli sirah dan
peperangan menyebut bahawa korbandari pihak Quraisy adalah seramai 37
orang dan bukan 22 orang. Wallahu alam.
- 147. Ar-Raheeq
Al-MakhtumKEADAAN DARURAT DI MADINAHDi malam Ahad 8 haribulan Syawal
tahun 3 Hijrah seluruh kaum muslimin berada dalam keadaandharurat
sekelian mereka tidur dalam keadaan berjaga-jaga, walaupun mereka
sekalian mengalamikeletihan dan kepenatan yang amat sangat, namun
sedemikian mereka tetap membuat pengawalan disetiap penjuru Madinah dan
pintu masuknya, mengawal dan menjaga keselamatan pemimpin agungmereka
Rasulullah s.a.w secara khusus, kerana mereka mencurigai seperti ada
beberapa perkara yangtidak kena dengan suasana Madinah pada malam
berkenaan.PEPERANGAN HAMRA AL-ASADDi malam itu Rasulullah s.a.w dalam
keadaan memikirkan mengenai situasi Madinah, selepas peperanganUhud itu,
Baginda sangsi dengan sikap Quraisy yang mungkin mereka membuat
perubahan sikap setelahmereka menilai semula peperangan yang mereka
sertai itu, yang tidak pun memberi sesuatu faedahkepada mereka. Meskipun
mereka menang di medan pertempuran, pasti mereka berdukacita, kerana
itumereka mungkin akan berpatah balik untuk melanggar Madinah buat kali
kedua di dalam tempoh yangsama. Justeru itu, Rasulullah s.a.w terfikir
untuk membuat operasi memburu tentera Makkah.Ahli sirah dan peperangan
menyebut dalam satu kata sepakat: Di hari itu Rasulullah s.a.w
menyerusekalian kaum muslimin dan memerintah mereka bergerak untuk
berhadapan dengan musuh, seruan inidibuat pada keesokan hari selepas
peristiwa Uhud, iaitu hari Ahad 8 haribulan Syawal tahun 3 hijrah,dengan
sabdanya: "Tidak akan menyertai kita di hari ini kecuali mereka yang
menyertai peperangan Uhudkelmarin". Kata Abdullah bin Ubai:"Boleh aku
turut bersama kau"? Jawab baginda: "Tidak". Sekalian kaum muslimin
menyahut seruanRasulullah s.a.w itu meskipun mereka mengalami kecederaan
yang amat sangat dan ketakutan, tetapimereka menjawab: "Kami menurut
perintah Rasulullah s.a.w penuh taat setia".Di masa itu Jabir bin
Abdullah tampil ke hadapan Rasulullah s.a.w meminta izin untuk turut
serta dengankatanya: "Wahai Rasulullah s.a.w sebenarnya daku ini tidak
suka melihat sesuatu peristiwa itu kecuali kuingin bersama-sama
Rasulullah s.a.w, namun dalam peristiwa Uhud itu daku tidak
bersama-samaRasulullah s.a.w kerana bapaku mengamanahkan daku untuk
menjaga anak-anak perempuannya. Kali iniizinkanlah daku untuk
bersama-sama menyertai bersama tuan hamba. Justeru itu Rasulullah s.a.w
punmembenarkan Jabir turut serta. Rasulullah s.a.w bergerak bersama
tentera Islam, hingga tiba ke tempatbernama Sahra Al-Asad, sejauh lapan
batu dari Al-Madinah, di situ mereka berkhemah.Semasa di Hamra Al-Asad,
Mabad bin Abi Mabad Al-Khazaie telah datang menemui Rasulullah
s.a.wmengisytihar kemasukannya ke agama Islam - namtin ada pendapat
mengatakan yang beliau ini masihdalam musyriknya, Cuma beliau datang
untuk memberi nasihat kepada Rasulullah s.a.w, kerana di antaraBanu
Khuzaah dan Banu Hasyim termeterainya perjanjian, dengan katanya: Wahai
Muhammad demiAllah, sesungguhnya apa yang menimpa kamu itu adalah berat
bagi kami, hanya doa restu kepada Allahsemoga kamu disejahterakan Allah -
di sini Rasulullah s.a.w meminta beliau terus menyertai bersama
AbuSufian dan bertindak menggagalkannya. Sebenarnya apa yang Rasulullah
s.a.w curigai selama inimemang benar terjadi kerana setibanya tentera
musyrikin di Ar-Ruha 36 batu ke Madinah mereka salingkecam mengecam, di
antara mereka menyebut dengan katanya Sebenarnya kamu tidak
melakukansesuatu apa pun, walaupun dapat pecahkan kekuatan mereka,
kemudian kamu biarkan begitu sahaja,kepala-kepala mereka masih hidup dan
dapat bersatu semula, ayuh kita patah balik semula untukmemerangi
mereka hingga ke akar umbi. Nampaknya pendapat ini mutawatir, disuarakan
oleh orangtertentu, yang tidak sangat menilai kekuatan fizikal dan
kejiwaan kedua-dua pihak, oleh itu cadangan inidisanggah oleh ketua yang
bertanggungjawab, Safwan bin Umaiyah dengan jawapannya: "Wahai
kaliankaumku, jangan kamu tergesa-gesa bertindak sedemikian, kerana aku
mencurigai, nanti kalau akan
- 148. Ar-Raheeq
Al-Makhtumditentangi oleh mereka, (kaum muslimin) yang dahulu tidak
keluar berperang, lebih baik kamu pulang,kedaulatan kamu sudah pun di
dalam tangan kamu, Aku takut nanti kalau kamu berpatah balikmenyerang
Madinah kedaulatan kamu itu akan dirampas kembali", namun pendapat
beliau ini tidakmendapat restu dari suara majoriti tentera, malah
sebaliknya mereka bersetuju untuk berpatah balikbergerak menuju Madinah,
tetapi sebelum Abu Sufian mengalih arah pergerakan tenteranya beliau
telahditemui oleh Mabad bin Abi Mabad Al-Khuzaei yang tidak diketahui
tentang kelslamannya, beliau telahditanya oleh Abu Sufian dengan
katanya: Ada apa-apa yang tidak baik? Sebagai satu perang saraf,Mabab
menjawab: Sebenarnya Muhammad keluar bersama-sama sahabatnya, memburu
kamu dalamsatu ketumbukan yang belum pernah ku lihat lagi seperti itu,
kelihatan perasaan mereka meluap-luapuntuk menuntut bela, ketumbukan ini
telah disertai nampaknya oleh mereka yang tidak bersamanya didalam
peperangan Uhud kelmarin, seolah-olah mereka ini ingin menampung balik
ketidakhadiran merekakelmarin.Jawab Abu Sufian: Jenis apa yang kamu kata
itu: Jawab Mabad: Demi Allah, tidak percaya, kamu bolehmaju sedikit ke
hadapan ke arah Madinah kamu akan melihat ketumbukan peninjaunya di
sebalik bukititu. Kata Abu Sufian: Demi Allah sebenarnya kami sudah
sebulat suara untuk membuat seranganmengejut untuk menghapus mereka sama
sekali. Jawab Mabad: Aku menasihati kamu, jangan bertindakbodoh
sedemikian, di masa itu semangat juang tentera musyrikin mulai runtuh,
malah mereka sudahmula dalam ketakutan, pada mereka sebaik-baik jalan
ialah meneruskan pengunduran ke Makkah, sedang,Abu Sufian terus memupuk
semangat juang di kalangan tentera Makkah, menyeru mereka untukberpatah
balik melanggar Madinah, tujuannya ialah untuk menghalang tentera Islam
dari terus memburumereka. Tepat sekali di mana Abu Sufian telah berjaya
dalam usahanya itu, kerana dengan takdir Allahsatu rombongan qabilah Abd
Al-Qais yang belayar melalui perhentian tentera Makkah menuju ke
Madinah,maka Abu Sufian berkata kepada ketua qabilah tadi : Sebaik
sahaja kamu bertemu dengan Muhammaddan sahabatnya tolong sampaikan
perutusan ini, aku berjanji akan ku muatkan buah-buah kismis ini keatas
tunggangan kamu, di Ukaz bila kamu daiang ke Makkah nanti, setelah kamu
tunaikan perutusan kuini. Jawab mereka: "Ya boleh". Kata Abu Sufian:
"Kamu sampaikan kepada Muhammad dan sahabat-sahabatnya bahawa kami telah
membuat keputusan untuk menyerang mereka, hingga dapat kamimenghapusnya
dan pengikut-pengikutnya".Sebaik sahaja kafilah, Abu Abd Al-Qais
menghampiri Rasulullah s.a.w dan tenteranya yang sedangsinggah di "
Hamra Al-Asad", beliau pun terus menyampaikan kepada Rasulullah s.a.w,
perutusan AbuSufian itu, dengan katanya: "Sebenarnya penduduk Makkah
telah pun mengumpul seluruh tenaganya,maka hendaklah kamu berwaspada
dengan mereka, apa lagi kaum muslimin pun semakin bertambahkental
keimanan mereka"."Dan mereka menjawab: Cukuplah Allah menjadi Penolong
kami dan Allah adalah sebaik-baik Pelindung.Setelah (pergi mengejar
musuh), mereka kembali dengan mendapat nikmat dan limpah kurnia dari
Allah,mereka tidak disentuh oleh sesuatu bencana pun, serta mereka pula
menurut keredhaan Allah. Daningatlah), Allah mempunyai limpah kurnia
yang amat besar".
Ali lmran: 173-174Rasulullah s.a.w bersama
tentera Islam berkhemah di Hamra Al-Asad setibanya dari Madinah pada
hariAhad, untuk selama 3 hari iaitu Isnin, Selasa dan Rabu, kira-kira
tanggal 9 hingga 10 dan 11 Syawaltahun 3 Hijrah, setelah itu baginda
pulang semula ke Madinah. Namun sebelum pulang baginda menahanAbu Azzah
Al-Jumahi, beliau adalah di atara tawanan Badar yang dibebaskan tanpa
sebarang bayarankerana kedhaifan beliau di samping ramai pula anak-anak
perempuan dibawah tanggungan beliau.Setelah beliau berjanji untuk tidak
melawan lagi, namun beliau telah mungkir janji, di mana beliau
telahmerangsangkan kaum musyrikin melalui syair-syairnya dan beliau
sendiri pun turut bersama, sebaiksahaja Rasulullah s.a.w menahan, beliau
sekali lagi berkata: Wahai Muhammad bebaskanlah aku, sepertidahulu,
berilah kesempatan untuk ku menjaga anak-anak perempuan ku, dan aku
berjanji tidak akanmengulangi lagi perbuatan yang sama itu. Rasulullah
s.a.w menjawab: Aku tidak mahu bila kau pulang keMakkah nanti kau akan
menunjuk dengan jarimu ke dahi, dan berkata: Nah sekali lagi aku dapat
menipu
- 149. Ar-Raheeq Al-MakhtumMuhammad, sebenarnya orang
mukmin tidak dipagut oleh ular dua kali dari lubang yang sama.
Kemudianbaginda memerintah Az-Zubair atau Asim bin Thabit memancung
lehernya.Baginda juga menjatuhkan hukuman mati ke atas seorang pengintip
Makkah, beliau dikenali sebagaiMuawiyah bin Al-Mughirah Ibnu Abi
Al-Aas, iaitu datuk kepada Abdul Malik bin Marwan sebelah ibunya,kisah
bermula, apabila tentera,musyrikin pulang ke Makkah, maka Muawiyah ini
datang menziarahi anaksaudaranya Uthman bin Affan (r.a), beliau telah
memohon perlindungan dari Uthman (r.a). dengan syarattidak melebihi tiga
hari. Sekiranya beliau langgar syarat akan dibunuh namun setelah
Madinah lengangdari tentera Islam, beliau terus tinggal di sana lebih
dari tiga hari, dengan tugas mengintip bagi pihakQuraisy, setelah
tentera Islam pulang, Muawiyah lari keluar secara senyap-senyap, justeru
itu Rasulullahs.a.w memerintah Zaid bin Harith dan Ammar bin Yasir
memburunya, maka mereka berdua punmengikuti jejaknya hingga bertemu dan
di tempat itu juga beliau dibunuh.Suatu hakikat yang tidak syak lagi
bahawa peperangan Hamra Al-Asad bukanlah satu peperangan yangberasingan,
malah ianya merupakan sebahagian dari peperangan Uhud, malahan
sambungan kepadapeperangan Uhud dan siri terakhir dari keseluruhah
peperangan Uhud berkenaan.Itulah dia peperangan Uhud dengan keseluruhan
tahap-tahap dan penceritaannya secara terurai, di ketikapara pengkaji
menyelidiki mengenai kesudahan peperangan ini, apakah ianya suatu
kemenangan atautidak? Tapi satu hakikat yang jelas di mana kelebihan
ketenteraan yang berbeza di antara tentera Makkahdan tentera Madinah
adalah ketara sekali, terutamanya di dalam pusingan kedua, di mana
pihakmusyrikin menguasai pertempuran di seluruh medan perang, kerugian
tenaga manusia di pihak Islamlebih teruk berbanding dengan apa yang
dialami oleh pihak musyrikin, terdapat sekumpulan tentera Islamdi
beberapa medan pertempuran kiranya tewas sehabisnya di mana tentera
musyrikin menguasai suasanapertempuran, oleh kerana adanya faktor lain
yang tidak membenarkan kita menyebut pertempuran inimemberi kemenangan
dan kejayaan kepada Islam, sebab itulah kita tawaqquf.Walau bagaimana
sekalipun, satu perkara yang tidak diragui, di mana tentera Makkah tidak
dapatmenawan institusi ketenteraan Islam, disebabkan sebahagian besar
tentera Al-Madinah tidak berundurlari dari medan pertempuran, meskipun
berlaku huru-hara di barisan tentera Islam, malah seluruhmereka
menentang tentera Makkah hingga dapat mereka berkumpul semula di
sekeliling qiada.(pimpinan), dan tidak membiarkan tentera lawan memburu
askar-askarnya, justeru itu tidak seorang punyang menjadi tawanan
tentera musyrikin malah tentera musyrikin tidak dapat sebarang harta
rampasanpun dari kaum muslimin, dan tentera musuh tidak pula membuka
medan pertempuran ketiga meskipuntentera Islam masih dipengkalan
perjuangannya. Demikian juga tentera musyrikin tidak pula bermukim
dimedan pertempuran untuk selama sehari, dua atau tiga hari seperti yang
biasa dilakukan oleh pihak yangmenang, sebagai tradisi amalan di masa
itu, malah dengan segera pula berundur dari situ terlebih
dahulu,meninggal medan pertempuran lengang sahaja. Sebelum tentera Islam
meninggalkannya. dan tidak pulamereka berani menyerang Madinah untuk
menawan kaum wanita sebagai rampasan perang dan harta-harta di sana,
sedang jarak Madinah dengan medan pertempuran hanya beberapa langkah
sahaja dalamkeadaannya ianya terdedah dan terbuka kepada sebarang
serangan.Kesemuanya ini membuktikan kepada kita bahawa apa yang dipungut
oleh Quraisy dari peperangan Uhudini tidak lebih dari satu kesempatan
dan peluang untuk mereka, buat menimpa kerugian yang teruk keatas kaum
muslimin, di samping kegagalan mereka untuk membenteras dan menghapus
tentera Islamsehabis mungkin, setelah mereka berjaya mengepung tentera
Islam, yang biasanya pihak penyerang,tidak teragak-agak untuk membunuh
kesemua tentera lawannya dalam keadaan sepertimana yang terjadikepada
tentera Islam, maka sebab itu untuk dikatakan bahawa tentera Quraisy
memperolehi satukejayaan adalah, tidak, dan jauh sama sekali.Malah apa
yang menguatkan lagi sikap kita di mana Abu Sufian bergegas pula untuk
berundur dari medanpertempuran kerana beliau takut tenteranya akan
mengalami kekalahan, seandainya beliau membukasemula medan pertempuran
yang ketiga. Penegasan ini dapat diperhatikan dari sikap Abu Sufian
terhadap
- 150. Ar-Raheeq Al-Makhtumpeperangan Hamra Al-Asad
itu.Untuk itu maka kita menegaskan bahawa peperangan ini adalah
sebahagian yang tidak terpisah dariinduknya, setiap pihak telah
memperolehi bahagian masing-masing kerugian dan
keuntungan,dipenghujungnya setiap pihak menarik diri, tanpa
memperlihatkan di mata lawannya sebagai lari darimedan peperangan dengan
meninggalkan tapaknya ditawan oleh lawan, inilah yang dikatakan yang
ianyasuatu peperangan yang bersambung dengan awalannya. Untuk itu maka
Allah menjelaskan di dalamfirmanNya:"Janganlah kamu lemah melawan kaum
itu, jika kamu mendapat kesakitan, mereka pun mendapatkesakitan juga,
sebagaimana kamu mendapat kesakitan. Sedangkan kamu mengharapkan dari
Allahbarang yang tiada mereka harapkan"
An-Nisaa: 104Allah
menggambarkan perasaan yang dialami oleh satu kem sebagaimana yang
dirasainya oleh kem yangsatu lagi, ini membawa erti di mana kedua-dua
situasi adalah setara, kedua-dua pasukan masing-masingpulang dengan
tidak membawa kemenangan.AL-QURAN MEMPERKATAKAN SEKITAR PEPERANGAN
BERKENAANAyat Al-Quran turun untuk memberi penjelasan ke atas setiap
marhalah mengenai peristiwa Uhud ini,marhalah demi marlahah, diiringi
dengan ulasan-ulasan yang menjelaskan faktor-faktor yang membawakepada
kerugian yang parah. Al-Quran juga bertanggungjawab menjelaskan
sudut-sudut kelemahan yangmasih terdapat pada pendokong-pendokong
kebenaran dan iman, berbanding dengan tanggungjawabmereka di dalam
situasi yang sebegini cemas, juga berbanding dengan matlamat-matlamat
mulia yanghendak dicapai oleh kelompok ini, yang mana kerana
matlamat-matlamat inilah maka diprosesnyakelompok dan umat ini, yang
digambarkan oleh Allah sebagai suatu umat dengan
ciri-cirikeistimewaannya dilahirkan untuk manusia sejagat.Sebagaimana
juga Al-Quran memperkatakan mengenai golongan munafiqin, Allah
mendedahkankeburukan diri mereka, Allah mendedahkan perseteruan mereka
secara senyap-senyap, terhadap Allahdan RasulNya, disamping Allah
(s.w.t) membersihkan hati naluri kaum muslimin dari sangkaan
danhasutan-hasutan syaitan yang selama ini menyelaputi hati-hati mereka,
perasaan dan hasutan iniditimbul-timbulkan oleh golongan munafiqin dan
kroni-kroni mereka dari kaum Yahudi Madinah yangmerupakan kepala fitnah,
batu api dan pakatan konspirasi. Seterusnya Al-Quran mendedahkan
hikmah-hikmah dan pencapaian sejati dan murni di akhir peperangan.Enam
puluh ayat dari surah Ali Imran yang diturunkan khusus memperkatakan
seawAl-Awal detikperistiwa:"Ingatlah ketika engkau keluar pagi hari dari
keluarga kamu, kau tempatkan orang-orang Mukmin padabeberapa tempat
untuk berperang".
Ali Imran: 121Diakhiri dengan huraian
lengkap terhadap kesudahan-kesudahan dan hikmat-hikmat peperangan
inidengan firmannya:"Allah tiada membiarkan orang-orang yang beriman
menurut keadaan kamu, sehingga ia membedakanorang yang jahat dari orang
yang baik. Dan bukanlah Allah hendak memperlihatkan .hal ghaib
kepadamu,tetapi Allah memilih di antara rasul-rasulNya siapa yang
dikehendakiNya, maka berimanlah kamu kepadaAllah dan Rasul-rasulNya,
danjika kamu beriman dan bertaqwa, maka untuk mu pahala yang besar"
Ali Imran: 179
- 151. Ar-Raheeq
Al-MakhtumHIKMAH-HIKMAH DAN MATLAMAT-MATLAMAT MURNI DARI PEPERANGAN
INIIbnu Al-Qayyim menghuraikan secara meluas khusus mengenai tajuk ini,
tegas Ibnu Hajar dengankatanya: Para ulama telah menyebut: Bahawa
sesungguhnya di dalam peristiwa Uhud ini dengan apayang telah terkena ke
atas kaum muslimin, terkandung kebaikan-kebaikan dan hikmah-hikmah
Ilahi yangluhur, antaranya: Mengajar kaum muslimin bahawa penderhakaan
itu buruk padahnya, pelanggaranperintah membawa kepada nahas yang parah,
iaitu ketika golongan pemanah meninggalkan tempat,sedang mereka
diperingatkan oleh Rasulullah s.a.w supaya jangan berganjak dari tempat
mereka dalamkeadaan apa jua sekali pun. Kebiasaannya para rasul diuji
namun kesudahan akan berpihak kepadamereka, sebagai hikmahnya, kalaulah
mereka ini sentiasa menang sahaja nescaya golongan yang tidakberiman
akan menyertai bersama kaumnya yang beriman itu, dengan erti kata lain
tidak akan berlakusatu proses pembezaan dan penapisan di antara mereka
yang benar dan yang tidak benar, malahsebaliknya pula, kalaulah mereka
ini sentiasa kalah dan gagal sahaja, pasti pula tujuan pengutusan
pararasul tidak tercapai, untuk membezakan di antara yang membenarkan
dan yang mendustai risalahRasulullah s.a.w. Kerana nifaq dan taqiah
golongan munafiqin adalah tersembunyi dari pengetahuankaum muslimin,
dengan berlaku peristiwa ini maka tertonjollah golongan munafiq dan
taqiah melaluitindakan dan percakapan mereka, hingga dengan itu kaum
muslimin dapat mengenali seteru merekadengan peranan-peranannya sekali,
maka untuk tindakan susulan mereka, mereka boleh berjaga-jaga,berwaspada
dan mengelak dari golongan ini. Kelewatan kemenangan dan pertolongan
pada sesetengahtempat boleh menjinak kebuasan hawa nafsu dan boleh
melunak kesombongannya, semasa diuji kaummuslimin pasti bersabar
manakala kaum munafiqin dan taqiah akan keluh-kesah, disamping itu
Allahtelah menyediakan untuk hamba-hambaNya yang beriman kedudukan
dipersada kemuliaan dankaramahNya yang tidak mungkin dicapai atau
tersampai di sana melalui amalan-amalan mereka. Untukitu maka Allah
membuka peluang dengan menyediakan sebab-sebab, iaitu ujian dan fitnah
hinggadengannya mereka berupaya sampai ke sana. Dari peristiwa ini Allah
rnenawarkan mati syahid yangmerupakan kemuncak kedudukan para
awliyaNya, kejadian ini juga menjelaskan kehendak Allah daniradahNya,
untuk membinasakan musuh-musuhNya. Dengan menyediakan sebab musabab
iaitukekufuran mereka keengganan dan penderhakaan mereka, kerana
menentang para auliyaNya sehinggadengannya maka terpadam dosa-dosa kaum
mukmin dan menghapuskan kaum kafirin.PENGHANTARAN TENTERA DAN PERUTUSAN:
DALAM TEMPOH Dl ANTARA PEPERANGAN UHUDDAN AL-AHZABPeristiwa peperangan
Uhud telah meninggalkan kesan yang buruk, terutamanya populariti kaum
mukmin,keagungan mereka tercabar, kehebatan mereka tidak digeruni lagi,
tekanan dari dalam dan luar semakinbertambah, malah Madinah dilingkungi
bermacam-macam ancaman, puak, Yahudi munafiqin dangolongan Arab berani
memusuhi secara terang-terangan, malah setiap kelompok ini telah
cubamempersendakan orang-orang mukmin, malah mereka ingin sangat untuk
membenteras dan menghapusmereka hingga ke akar umbi.Dua bulan selepas
berlakunya peristiwa Uhud, Banu Asad telah membuat persiapan untuk
melanggarMadinah, dalam bulan Safar tahun 4 Hijrah. Qabilah Udhal dan
Qaarah telah membuat tipu muslihatterakhir dengan terkorbannya sepuluh
orang sahabat. Peristiwa ini dikenali sebagai tragedi "Bir Al-Maunah".
Banu An-Nadhr sekelompok Yahudi terus memusuhi Rasulullah s.a.w secara
terang-terang,hinggalah pada bulan Rabiulawal tahun 4 hijrah mereka
telah merancang satu tindakan yang bertujuanmembunuh Rasulullah s.a.w.
Banu Ghatafan tidak kurang juga, bersemangat memerangi Rasulullahs.a.w,
di mana mereka telah bersiap hampir-hampir melanggar Madinah pada bulan
Jamadilawal di tahun4 Hijrah.Kaum muslimin seolah-olah kehilangan
taring, natijah buruk peperangan Uhud, menyebabkan mereka
- 152.
Ar-Raheeq Al-Makhtumseketika berada dalam keadaan terancam, namun
kebijaksanaan Muhammad s.a.w yang telahmembentuk semula arus umat di
samping mengembalikan semula kerugian yang hilang itu, hinggadengannya
umat Islam terbina semula kedaulatan dan keagungannya. Langkah yang
paling awal sekaliyang dilakukan oleh Muhammad s.a.w di dalam menangani
permasalahan ini, ialah dengan membuatburuan terhadap tentera Makkah di
dalam gerakan Hamra Al-Asad itu. Implikasinya Muhammad s.a.wtelah
membina semula populariti dan nama tenteranya, yang dilakukan oleh
Rasulullah s.a.w itu telahmenyebabkan kaum Yahudi dan munafiqin dan
taqiah dalam keadaan serba kebingungan dan panik,disusuli pula dengan
munawarah, beberapa stategi peperangan yang kesemuanya mengangkat
semulakedudukan dan nama umat Islam. Di antara tindakan Rasulullah s.a.w
adalah seperti berikut:1. Sariyah Abi SalamahOrang pertama yang cuba
melanggar kaum muslimin selepas tragedi Uhud, ialah Banu Asad
binKhuzaimah. Risikan Al-Madinah telah menerima berita dan seruan Talhah
bin Khuwalid dan saudaranyaSalamah terhadap kaum mereka untuk memerangi
Rasulullah s.a.w.Rasulullah s.a.w bertindak menghantar segera
angkatannya yang terdiri dari seratus lima puluh orangaskar Muhajirin
dan Ansar. Pimpinan diserahkan kepada Abu Salamah dan bendera Islam
diserahkankepadanya. Di dalam serangan itu kaum muslimin telah menawan
sebilangan unta dan biri-biri,kesemuanya dituntun ke Madinah, kepulangan
mereka ke Madinah dalam keadaan selamat danmenggondol harta-harta
rampasan perang namun peperangan tidak pun berlaku.Penghantaran angkatan
Abu Salamah adalah di permulaan bulan Muharam Tahun 4 Hijrah,
semasakepulangan Abu Salamah lukanya yang dialami semasa peperangan Uhud
semakin parah, hingga tidakberapa lama kemudian beliau meninggal
dunia.2. Pengutusan Abdullah bin AnisTanggal hari kelima di bulan yang
sama di bulan Muharam tahun 4 Hijrah, risikan Rasulullah s.a.w
telahmenerima berita di mana Khalid bin Sufian Al-Huzali sedang
menghimpun tenaganya untuk menyerangkaum muslimin, dengan itu segera
Rasulullah s.a.w mengirim Abdullah bin Anis ke sana untuk
menghapuspercubaan itu.Abdullah bin Anis ke sana selama lapan belas
malam, beliau tiba ke Madinah pada hari Sabtu di mingguterakhir bulan
Muharam, Abdullah berjaya membunuh Khalid, malah beliau membawa pulang
kepalaKhalid ke hadapan Rasulullah s.a.w, di mana Rasulullah s.a.w
menghadiahkan tongkatnya kepadaAbdullah, dengan bersabda: Inilah tanda
hubunganku dengan kau hingga ke hari Qiamat. Diriwayatkan,semasa
Abdullah menemui ajalnya beliau telah berpesan agar tongkat itu
dikafankan bersamajenazahnya.3. Perutusan Ar-RajiPada bulan Safar di
tahun yang sama yakni tahun keempat Hijrah sekumpulan dari qabilah Udhal
danQaarah telah datang menemui Rasulullah s.a.w dengan menceritakan
bahawa terdapat di kalanganmereka individu-individu yang menganut Islam,
di sini mereka telah memohon dari Rasulullah s.a.w untukmengirim
orang-orang yang boleh mengajar mereka akan agama Islam dan Al-Quran.
Dengan ituRasulullah s.a.w pun menghantar bersama-sama mereka enam orang
manakala riwayat Ibnu Ishak danAl-Bukhary menyebut pengutusan itu
adalah seramai sepuluh orang. Baginda melantik Mirthad bin AbiMirthad
al-Ghanawi sebagai Amir perutusan itu. Namun Ibnu Ishak dan Al-Bukhary
menyebut bahawaAmir yang dilantik itu adalah Asim bin Thabit datuk
kepada Asim bin Umar bin Al-Khattab, apabila merekasampai di tempat
bernama Ar-Raji, ianya adalah kawasan air qabilah Huzail di sebelah
Al-Hijaz, ianyaterletak di antara Rabigh dan Jeddah. Qabilah Udhal dan
Qaarah yang bersama perutusan Rasulullahs.a.w itu telah memanggil satu
qabilah dari Huzail untuk mcnyerang orang Islam. Qabilah ini
dikenalisebagai Banu Lahyan, perutusan Islam ini telah diburu oleh
sekumpulan pernanah seramai seratus orang.Hingga sempat mereka mengepung
pendakwah Islam itu, menyebabkan mereka terpaksa larimenyelamatkan diri
ke kawasan bernama Fad-Fad. Orang Islam telah diberi jaminan dengan
kata
- 153. Ar-Raheeq Al-Makhtummereka: Kami berjanji dengan
kamu, sekiranya kamu singgah bersama kami, kamu tidak akan dibunuhwalau
seorang pun. Namun Asim enggan menurut tawaran mereka itu, malah beliau
bersama sahabatnyaterus melawan mereka, menyebabkan tujuh orang terbunuh
dengan lontaran panah musuh, hanya tinggalKhubaib dan Zaid bin
Ad-Dathnah dan seorang lelaki lain dan sekali lagi musuh mereka menawar
janjimereka, tetapi musuh tetap musuh, kerana mereka dikhianati, mereka
diberkas dengan tali-tali panah,maka berkata lelaki yang ketiga: Ini
adalah pengkhianatan pertama, dan beliau enggan mengikutimereka,
menyebabkan mereka terpaksa mengheretnya dan memaksa beliau mengikuti
mereka, tapibeliau tetap enggan, akhirnya beliau dibunuh di tempat itu.
Dengan itu puak musuh membawa Khubaibdan Zaid dan dijual mereka di pasar
Makkah, mereka berdua ini telah membunuh pembesar-pembesarMakkah di
dalam peperangan Uhud, adapun Khubaib tinggal di Makkah di dalam
kurungan, kemudianmereka berazam untuk membunuh beliau maka dibawa
keluar dari tanah haram ke Tanaim. Semasahendak disalibkan beliau
meminta untuk bersembahyang dua rakaat, mereka pun membenar
Khubaibmelaksana permintaannya itu dengan bersolat dua rakaat, setelah
memberi salam beliau berkata: DemiAllah kalau tidak kamu menyangka yang
aku ini takut mati, nescaya ku perpanjangkan sembahyang kuitu kemudian
beliau berdoa: Ya Allah ya Tuhanku! musnahkanlah mereka kesemua,
bunuhkanlah merekasehabis-habisnya, dan jangan tinggal seorang pun dari
mereka". Sambung beliau dalam madahnya:Kalian gerombolan mereka
mengelilingi dakuKalian qabilah mereka sepakati menghantam daku Seluruh
anak dan isteri mereka dekatiKeseorangan daku di pepohon tinggi diikati
Hanya pada Allah ku mengadu nan sengsaraKesepakatan mereka membunuh daku
Tuhan perkasa berikan daku kesabaranBuat menghadapi akibat angkara,
Dagingku mereka kerjakanHarapan ku berkecai musnah Mereka menawar
kekufuran dan mati padakuTiada air mata ku menangis Peduli tiada, yang
pasti biar mati ku muslimPada Allah ku pasrah penuh yakinAnggota ku
pasti Allah memberkati Biar terputus ke mana pergiSebelum beliau dibunuh
Abu Sufian telah menyoal beliau: "Suka tak kamu kami memenggal
leherMuhammad di sini dan kau dibebaskan"? Jawab beliau: "Demi Allah!
Tidak sekali-kali akansenang bagikukiranya aku bebas dipangkuan keluarga
sedang Muhammad ditempatnya walaupun dengan hanyaBaginda tertikam
sebatang duri."Setelah itu mereka pun terus mensalibkan beliau, dan
diperintah orang tertentu mengawal jenazahnya,namun di malam hari Amru
bin Umaiyah Ad-Dhamri telah datang dengan cara bersembunyi, denganhelah,
telah membawa jenazah beliau keluar dari situ untuk dikebumikan. Orang
yangdipertanggungjawab membunuh Khubaib ialah Uqbah bin Al-Harith,
sebenarnya Khubaib ini telahmembunuh bapanya yang kafir di dalam
peperangan Badar.Mengikut hadith sahih bahawa Khubaiblah orang yang
memulakan sembahyang sunat dua rakaat sebelumpembunuhan, yang ganjilnya,
para hadirin di hari pembunuhannya telah melihat beliau sedang
memakansetangkai buah anggur sedangkan di Makkah masa itu buah tamar pun
tak ada. Adapun Zaid Ad-Duthnahtelah diburu oleh Safwan bin Umaiyah dan
dibunuhnya sebagai menuntut bela di atas pembunuhanayahnya.Pihak
Quraisy telah mengirim orang-orangnya untuk mengambil sebahagian dari
anggota badan Asimuntuk dikenalpasti, kerana Asim sebelum ini telah
membunuh salah seorang pembesar Quraisy di dalampeperangan Badar, tetapi
Allah telah menghantar sekumpulan tebuan yang menjaganya, hingga
denganitu mereka tidak dapat melakukan tugas kotor mereka terhadap mayat
syahid itu, sebelum ini Asim telahmemohon dari Allah supaya badan
beliau tidak disentuhi oleh musyrikin dan tidak pula beliau
mahumenyentuh musyrikin, setelah berita itu didengar oleh Amru maka
beliau berkata: Allah akan memeliharaseorang mukmin sebagaimana Allah
memeliharanya semasa hidup.
- 154. Ar-Raheeq Al-MakhtumTRAGEDI
BIR MAUNAHDi bulan yang sama di mana berlakunya peristiwa Ar-Raji yang
trajis itu, berlaku pula tragedi BirMaunah yang lebih dahsyat dan
menyayati hati.Ringkasan ceritanya, di mana Abu Bara Amir bin Malik yang
dikenali sebagai "Malaib Al-Asinnah" telahtiba menemui Rasulullah s.a.w
di Madinah, Baginda menyeru Abu Bara kepada Islam, dan beliau
tidakmenganut Islam, namun pada sangkaan Baginda, tidak lama lagi
mungkin beliau akan menganut Islam.Di sini beliau telah meminta dari
Rasulullah s.a.w dengan katanya: "Wahai Rasulullah s.a.w kalaulah
tuanhamba dapat mengutus sahabat-sahabat tuan hamba kepada penduduk
Najdi untuk mengajak merekakepada agama tuan hamba ini, ku mengharapkan
mereka akan menyahut seruan". Jawab Rasulullahs.a.w: "Sebenarnya daku
curiga dengan penduduk Najdi itu", kata Abu Bara: " Daku akan
melindungimereka". Dengan itu, Baginda pun terus mengirim para
sahabatnya seramai empat puluh orang. Iniadalah pendapat Ibnu Ishak,
tetapi hadith sahih menyebut tujuh puluh orang yang sebenarnya.Rombongan
tujuh puluh orang ini diketuai oleh Al-Munzir bin Amru dari Banu Saidah
yang bergelar: "Al-Mutiq li-Yamut". Rombongan tujuh puluh orang ini
adalah dipilih dari kaum muslimin, golonganpemimpin, qari, dan
kenamaan.Di siang hari mereka berjalan mengumpul kayu api untuk dijual,
dengan harganya dibelinya makananuntuk ahli As-Suffah, mereka ini gemar
mempelajari Al-Quran dan melakukan qiamulail. Setibanyamereka ke suatu
tempat yang dikenali sebagai Bir Al-Maunah yang terletak di antara
perkampunganBanu Amir dan Banu Salim, mereka singggah di situ. Dari situ
mereka menghantar Hiram bin Milhansaudara Ummu Salim dengan sepucok
risalah dari Rasulullah s.a.w kepada musuh Allah yang bernamaAmir bin
Tufail. Apabila beliau menerima risalah berkenaan, langsung tidak
dilihat kandungan surat itu,malah beliau memerintah orangnya supaya
membunuh utusan yang membawa risalah dari Rasulullahs.a.w dengan menikam
dari belakangnya Apabila Haram melihat darahnya mengalir, terus
beliaumeneriak: "Allahu Akbar, demi Tuhan Kaabah! Daku telah
berjaya".Kemudian Amir bin Tufail telah menyeru kaumnya untuk membunuh
kaum muslimin yang masih hidup.Mereka tidak menyetujui beliau kerana
kaum muslimin tersebut di bawah perlindungan Abu Bara, denganitu beliau
meminta Banu Salim membantunya, maka puak Usaiyah, Raal dan Zakwan
datang melingkungisahabat Rasulullah s.a.w. Mereka menentang serangan
Amir itu hingga seluruh mereka terbunuh, kecualiKaab bin Zaid bin
An-Najjar tersembunyi di bawah jenazah-jenazah sahabatnya, beliau ini
hidup hinggake hari peperangan Al-Khandak.Adapun Amru bin Umaiyah
Ad-Dhamri dan Al-Munzir bin Uqbah bin Amir bersama orang-orang
Islamtelah mendapati burung-burung terbang mengelilingi tempat kejadian.
Al-Munzir pun turun ke tempatberkenaan dan melawan kaum musyrikin di
sana hingga beliau dan orang-orang lain terbunuh, manakalaAmru bin
Umaiyah Ad-Dhamri telah ditawan. Setelah diberitahu yang beliau ini dari
qabilah Mudhar, makabeliau pun dibebaskan.Sesampainya Amru bin Umaiyah
ke hadapan. Rasulullah s.a.w terus beliau melaporkan kejadian ngeri
itukepada Baginda, di mana terkorbannya tujuh puluh orang pilihan para
sahabat terbilang. Peristiwa inibagaikan mengulangi peristiwa Uhud, yang
bezanya, di Uhud mereka pergi dengan niat berperang,manakala di Bir
Al-Maunah ini pembunuhan mereka lantaran pengkhianatan yang jahat.Semasa
Amru bin Umaiyah dalam perjalanan pulang ke Madinah di pertengahan
jalan "Al-Qarqarah" dari"Sadru Al-Qanah" beliau telah berehat di bawah
sepohon kayu, kemudian dua orang lelaki dari Banu Kilabtelah turut
tumpang berteduh bersama Amru di bawah pohon kayu itu, setelah dua
lelaki ini sedangnyenyak lena Amru pun terus membunuh mereka, sebagai
menuntut beta di atas pembunuhansahabatnya di dalam peristiwa
BirAl-Maunah itu, sedang mereka berdua ini adalah di dalam
perjanjiandamai dengan Rasulullah s.a.w, di mana beliau tidak menyedari
perkara ini, sebaik sahaja beliau tiba diMadinah beliau menceritakan
peristiwa ini; dan Rasulullah s.a.w pun bersabda: "Sesungguhnya engkau
- 155.
Ar-Raheeq Al-Makhtumtelah membunuh dua orang di mana ku berkewajipan
membayar pampasannya, dengan itu Baginda punsibuk mengumpul pampasan itu
dari kaum muslimin dan sekutu-sekutu Yahudi". Inilah yangmembangkitkan
perlanggaran dan serangan ke atas Banu An-Nadhr seperti yang akan
dikisahkansebentar lagi.Rasulullah s.a.w amat bersedih dengan peristiwa
yang menyayatkan hati ini selepas peristiwa Ar-Raji.Kedua-duanya berlaku
dalam tempoh beberapa hari sahaja, Rasulullah s.a.w amat berdukacita.
Hal initelah membawa Baginda merasa tidak tenteram kerana sedih dan
pilu, menyebabkan Baginda terusmendoakan kemusnahan ke atas
qabilah-qabilah yang mengkhianati sahabat-sahabat itu. Riwayat ini
didalam hadith sahih dari Anas (r.a) katanya: Rasulullah s.a.w mendoakan
kemusnahan mereka yangmerobunuh sahabat-sahabatnya di Bir Al-Maunah
selama tiga puluh pagi, Baginda mendoakankemusnahan ke atas qabilah
Raal, di Zakwan Lahyan dan Usaiyah dengan sabdanya: "Usaiyahmemaksiati
Allah dan RasulNya, dengan itu Allah menurunkan ke atas NabiNya
ayat-ayat Al-Quranmengenainya yang kami membacanya, namun ianya
dinasakhkan . Setelah itu Rasulullah s.a.w punmeninggalkan Qunut
itu.PEPERANGAN BANU AN-NADIRSeperti yang telah dijelaskan di mana kaum
Yahudi amatlah membenci dan berhasad kesumat terhadapIslam dan kaum
muslimin. Mereka ini bukanlah ahli peperangan, tetapi mereka ini ahli
tipu muslihat dankonspirasi, justeru itu mereka selalu menonjolkan sikap
hasad dengki dan permusuhan secara teraog-terangan, mereka
memperlihatkan usaha jahat dan tipu muslihat mereka dengan perbagai
cara, dengantujuan memerangkap dan menyakiti kaum muslimin, tanpa berani
memulakan peperangan, meskipun diantara mereka dan kaum muslimin ada
perjanjian. Apa yang terjadi kepada mereka selepas peristiwabanu Qainuqa
dan pembunuhan Kaab bin Al-Asyraf mereka hidup dalam ketakutan, justeru
itu merekaberdiam dan bertenang sahaja.Namun selepas peristiwa Uhud,
mereka mula memberanikan diri, memperlihat semula perseteruan
danpengkhianatan mereka, dengan itu mereka cuba membuat hubungan dengan
kaum munafiqin danmusyrikin penduduk Makkah secara sulit, dan merencana
sesuatu yang member! manfaat untuk dirimereka, dimasa yang sama boleh
menjejaskan kestabilan kaum muslimin. Dalam semua keadaanRasulullah
s.a.w tetap bersabar, justeru itu maka kaum Yahudi nampaknya semakin
melampau dansemakin berani, terutamanya selepas peristiwa Ar-Raji dan
Bir Maunah, hingga mereka beranimerencana untuk membunuh Rasulullah
s.a.w.Ceritanya: Semasa Rasulullah s.a.w keluar bersama beberapa orang
sahabat Baginda untuk menemuikaum Yahudi bagi memperolehi sebahagian
dari pampasan yang hendak dibayar kepada keluarga duaorang keturunan
Kilab yang dibunuh oleh Amru bin Umaiyah Ad-Dhamri, kerana mengikut
perjanjianMadinah kaum Yahudi Madinah harus menanggung bersama pampasan
yang seperti ini, beberapa Yahuditelah menjanjikan Rasulullah s.a.w dan
meminta Rasul tunggu seketika berhampiran dinding rumahmereka. Maka
Baginda pun bersama beberapa orang sahabat menunggu di situ sementara
kaum Yahudimembawa bahagian pampasan yang dijanjikan oleh mereka. Adapun
mereka yang mengikuti Rasulullahs.a.w di masa itu ialah Abu Bakar,
Umar, Ali dan sebilangan para sahabat yang lain.Di masa itu kaum Yahudi
telah berbincang sesama mereka, di mana syaitan pun turut
menghasutmereka, yang akhirnya membawa padah buruk kepada mereka
selama-lamanya, mereka telah membuatpakatan jahat sesama mereka untuk
membunuh Rasulullah s.a.w, dengan kata mereka: Siapa di antarakamu yang
berupaya membawa lesung batu ini ke atas bumbung rumah, kemudian
humbankan ke ataskepalanya hingga berkecai?. Maka jawab yang terkenal di
antara mereka iaitu Amru bin Jahsy: Aku!.Kemudian mereka telah
dinasihati oleh Salam bin Misykam: "Jangan buat pekerjaan itu, demi
Allah iaakan diberitahu oleh Allah dengan niat kamu itu, dan ini
merupakan pencabulan ke atas perjanjian kitadengannya". Namun mereka
semua tetap berazam untuk melaksanakan konspirasi itu.
- 156.
Ar-Raheeq Al-MakhtumDi masa itu Jibrail (a.s) turun dari sisi Allah
Rabbul-Alamin memberitahu RasulNya di bumi tentang niatburuk Yahudi itu,
dengan segera Rasulullah s.a.w beredar dari tempat itu dan terus pulang
ke Madinahdiikuti oleh para sahabatnya yang lain, dengan kata mereka:"
Tuan hamba bangun di mana kamilangsung tidak sedar". Kemudian Baginda
menceritakan mengenai niat jahat Yahudi tadi.Selepas itu Rasulullah
s.a.w menghantai perutusannya Muhammad bin Maslamah kepada Bani
Nadhirdengan sabdanya: "Keluarlah kamu dari Al-Madinah ini dan jangan
lagi kamu hidup bersama ku diMadinah. Ku beri tempoh sepuluh hari,
sesiapa di antara kamu yang ku dapati selepas tempoh ini kupancung
lehernya". Bagi kaum Yahudi tiada jalan lain melainkan keluar dalam
tempoh itu, mereka punbersiap untuk keluar dari Madinah, dicelah itu
ketua munafiqin Abdullah bin Ubai pun menghantarorangnya meminta Yahudi
Banu An-Nadhr supaya jangan keluar dan pertahankan diri dalam
bentengmereka, kononnya dua ribu orang penyokong akan masuk ke dalam
perkampungan Yahudi, untukmenyertai pertahanan mereka malah mereka akan
sehidup semati dengan banu An-Nadhr. Firman Allahdalam surah Al-Hasyr
ayat 11 yang bermaksud:"Jika kamu dikeluarkan, maka kami akan keluar
bersama kamu, dan kami tiada akan mengikut seseorangselama-lamanya,
untuk memerangi kamu, dan jika kamu diperangi kami akan menolong kamu."
Al-Hasyr: 11Kata Abdullah lagi sebagai menegas, bukan kamu
seorang sahaja malah kamu akan dibantu oleh BanuQuraidhah dan
sekutu-sekutu dari Banu Ghatafan. Rangsangan Abdullah bin Ubai itu
mengembalikankepercayaan kaum Yahudi untuk mencabar amaran Rasulullah
s.a.w, Huyai bin Akhtab ketua Yahudi BaniNadhir pun berdegil lantaran
hasutan kepala munafiqin tadi, dengan itu mereka mengirim
kepadaRasulullah s.a.w dengan katanya: "Kami tidak akan keluar dari
kampung kami ini, buatlah apa yang kamunak buat".Tidak syak lagi suasana
seperti ini merupakan saat genting dan cemas bagi kaum muslimin,
keranapertempuran dengan seteru mereka di saat seumpama ini boleh
mendatangkan akibat yang buruk,terutamanya bangsa Arab seluruhnya sudah
sebulat hati menentang mereka. Bagaimana berani merekamembunuh
utusan-utusan yang dikirim kepada mereka, tambahan pula Bani Nadhir
memiliki kekuatanpada tahap yang tidak mudah mereka menyerah kalah,
peperangan dengan mereka menghadapi berbagaihalangan yang sukar diatasi.
Namun peristiwa-peristiwa yang berlaku di tragedi Bir Maunah dan
yangsebelumnya amat menekan perasaan dan sensitiviti kaum muslimin
terutamanya percubaan untukmembunuh Rasulullah s.a.w dan
pengkhianatan-pengkhianatan yang menimpa kaum muslimim satu demisatu
secara jamaah, mahu pun individu. Kemarahan mereka semakin bertambah
terhadap pengkhianat-perkhianat itu, oleh yang demikian mereka telah
mengambil keputusan muktamad untuk memerangi BaniNadhir tanpa
mempedulikan apakah akibat yang akan terjadi nanti.Setelah jawapan Huyai
Ibnu Akhtab sampai ke pangkuan Rasulullah s.a.w, Baginda terus
bertakbir dandijawab oleh para sahabat dengan laungan takbir yang sama,
dengan itu Baginda pun bangun segerauntuk bertindak terhadap Bani
Nadhir, maka dilantiknya Ibnu Ummu Maktum sebagai orang
yangbertanggungjawab semasa ketiadaan Baginda di Madinah. Bendera kaum
muslimim dibawa oleh Ali binAbi Talib, sesampai Baginda di sana, terus
dikepungnya perkampungan Bani Nadhir.Bani Nadhir pun lari menyelamatkan
diri ke dalam benteng, mereka bertahan di dalamnya denganmelontar
batu-batu dan melancarkan tombak-tombak dan lembing-lembing dari atas.
Pada mereka,dusun-dusun dan tamar-tamar itulah yang menjadi sokongan,
justeru itu Rasulullah s.a.w memerintahsupaya memotong pohon-pohon tamar
dan membakarnya, di sini Hassan bin Thabit bermadah dengansyair:
Tugasan mudah ke atas Banu Luai Kebakaran meluas Al-BuwairahAl-Buwairah
adalah nama kebun tamar Bani Nadhir, tindakan Rasulullah s.a.w ini
tersebut di dalam firmanAllah:
- 157. Ar-Raheeq
Al-Makhtum"Apa-apa yang kamu potong di antara pohon kurma atau kamu
biarkannya tegak maka itu adalah denganizin Allah".
Al-Hasyr: 5Yahudi Banu Quraizah menyendiri, tidak berani memberi
sebarang pertolongan, apatah lagi Abdullah binUbai kepala munafiqin
langsung tidak berani berbuat apa-apa pun malah beliau dengan sifat
nifaq dantaqiahnya terus mengkhianati janjinya bersama-sama dengan
sekutunya Banu Ghatafan, tak seorang punmembawa kebaikan kepada Bani
Nadhir atau menolak kemalangannya itu, sikap mereka tak ubah sepertiyang
digambarkan oleh Allah seperti di dalam firmanNya:"Seperti syaitan,
ketika ia berkata kepada manusia: Kafirlah kamu, maka setelah manusia
itu kafir,berkatalah syaitan, aku bebas dari kamu".
Al-Hasyr:
16Kepungan Rasulullah s.a.w ke atas Bani Nadhir tidak berlarutan, hanya
enam malam sahaja. Adapendapat mengatakan lima belas malam. Di dalam
tempoh ini Allah mecampakkan kegerunan, merekamenjadi gelisah, gerun dan
ketakutan, lantas bersedia untuk menyerah diri dan meletak senjata.
Merekamenghantar utusan menemui Rasulullah s.a.w membawa ikrar: Kami
bersedia untuk keluar dari Al-Madinah. Rasulullah s.a.w pun menerima
permintaan tersebut di mana mereka mesti keluar membawadiri, keluarga
dan harta sekadar yang boleh dibawa oleh unta-unta tanpa senjata.Hukuman
itu terpaksa diterima dan sebelum keluar mereka meroboh-robohkan rumah
kediaman,menanggal jendela dan pintu-pintu untuk dibawa bersama-sama,
malah ada di antara mereka yangmembawa tumang dan alang-alang rumah,
setelah itu barulah mereka membawa anak isteri denganmenggunakan
sembilan ratus ekor unta. Kebanyakan mereka dan pembesar-pembesarnya
seperti Huyaibin Akhtab dan Salam bin Abi Al-Haqiq berpindah ke kawasan
seperti Khaibar, dan sebahagiannya yanglain keluar hingga sampai ke
negeri Syam. Cuma dua orang sahaja yang memeluk Islam iaitu Yamin
binAmru dan Abu Saad bin Wahb, mereka berdua dikembalikan hartanya.
Rasulullah s.a.w merampas semuasenjata Bani Nadhir, tanah rumah kediaman
dan harta-harta lain ditawan, senjata-senjata yang didapatisebanyak
lima puluh baju besi, lima puluh topi besi, dan tiga ratus empat puluh
bilah pedang.Harta-harta Bani Nadhir, tanah mereka dan rumahnya adalah
khusus untuk Rasulullah s.a.w sahaja.Baginda mengagihkan mengikut
kehendaknya, dan tidak pula Baginda mengeluarkan seperlima
darinya,kerana Allah yang merampasnya, tanpa berlaku serangan kaum
muslimin dengan tunggangan mereka,Baginda membahagikannya di kalangan
kaum Muhajirin yang awal sahaja, namun Rasulullah s.a.w berijuga kepada
Abu Dujanah dan Sahal bin Hanif dari Ansar kerana kefakiran mereka.
Harta-harta itudibelanjakan untuk ahli rumahnya untuk tempoh setahun,
manakala senjata dan peralatan lain digunakanuntuk jihad fi
sabilillah.Peristiwa Bani Nadhir ini berlaku di bulan Rabiulawal tahun
keempat Hijrah bersamaan Ogos 635 Masihi,sempena peristiwa ini Allah
menurunkan surah Al-Hasyr sepenuhnya, padanya Allah
menceritakanpenyingkiran kaum Yahudi, pendedahan sikap kaum munafiqin,
hukum rampasan Al-Fay (harta rampasanyang diperolehi tanpa berperang),
pujian ke atas Muhajirin dan Ansar, hukuman keharusan memotongdan
membakar tumbuhan di bumi musuh untuk strategi peperangan dan itu bukan
kerosakan di bumiAllah. Disurah ini juga pesanan kepada kaum mukmin
supaya iltizam dengan taqwa dan persiapan untukakhirat, diselesaikan
surah ini dengan kepujian ke atas zat Allah di samping menjelaskan
nama-nama dansifat-sifatNya. Ibnu Abbas menamakan surah Al-Hasyr ini
dengan surah An-Nadhir.PEPERANGAN NAJDDengan kemenangan yang dicapai
oleh umat Islam di dalam peperangan Bani Nadhir ini, tanpa
- 158.
Ar-Raheeq Al-Makhtumpengorbanan yang banyak, kini kedaulatan
pemerintahan mereka di Madinah kembali kukuh. Kaummunafiqin mula
menabirkan diri untuk tidak berterang-terangan memusuhi dan menipu helah
terhadapkaum muslimin. Kini Rasulullah s.a.w boleh menumpu sepenuh
tenaga untuk membendung Arab-arabBadwi yang cuba melanggar kaum muslimin
terutamanya selepas peristiwa Uhud seperti seranganmereka ke atas
golongan pendakwah dengan cara terkutuk dan kotor, malah mereka ini
sampai keperingkat berani hendak melanggar Madinah.Sebelum Rasulullah
s.a.w bergerak di dalam operasi-operasi pengajaran ke atas mereka yang
mencabulidan mengkhianati kaum muslimin, telah sampai ke pengetahuan
Rasulullah s.a.w, di mana kabilah-kabilah Arab Badwi dan kabilah-kabilah
Banu Muharib dan Banu Thalabah dari suku Ghatafan telahmengerah
tenaganya, maka dengan segera Rasulullah s.a.w keluar terlebih dahulu
memburu mereka dipendalaman Najd, di dalam rangka menakut-nakutkan
kabilah-kabilah berkenaan yang degil, supayatidak mengulangi perbuatan
mereka yang terkutuk itu.Dengan itu Arab Badwi di pendalaman yang
bermaharajalela dengan mencuri dan menyamun, kini bilasahaja mendengar
kedatangan kaum muslimin di daerah mereka terpaksa berhati-hati dan ada
yang larike kemuncak gunung, demikian cara umat Islam menimbulkan
ketakutan dan kegerunan di kalangankabilah-kabilah yang biasa membuat
serangan, kini Madinah kembali kepada keadaan sejahtera.Ahli sirah dan
peperangan telah menyebut sehubungan dengan ini satu peperangan tertentu
telahdilakukan oleh kaum muslimin di bumi Najd di dalam bulan
Rabiulakhir atau permulaan Jamadilawal ditahun 4 hijrah, ahli sirah
menamakan peristiwa -ini dengan Ghazwah Zat Ar-Riqa kejadiannya tidak
syaklagi memang di dalam lingkungan masa ini, kerana inilah suasana yang
meminta Madinah bertindaksedemikian, terutamanya musim perang Badar Dua
sudah hampir tiba. Seperti yang dijanji-janjikan ataulebih tepat yang
diugut oleh Abu Sufian semasa beliau beredar diri dari kancah Uhud. Jadi
membiarkanMadinah terdedah kepada suku-suku Arab Badwi dan pedalaman
dengan penderhakaan dankemaharajalelaan mereka, bukanlah satu strategi
peperangan yang baik. Malah harus dipatah-patahkankekuatan mereka, dan
dicegah kenakalan serta penderhakaan mereka itu terlebih dahulu,
sebelummenghadapi peperangan besar yang mereka menduga
kepastiannya.Peperangan yang dikatakan dipimpin sendiri oleh Rasulullah
s.a.w di dalam bulan Rabiulakhir atauJamadilawal tahun 4 Hijrah sebagai
peperangan Zat Ar-Riqa tidak benar, kerana peperangan Zat Ar-Riqaadalah
peperangan yang turut dihadiri bersama oleh Abu Hurairah dan Abu Musa
Al-Asyari (r.a), sedangAbu Hurairah memeluk Islam beberapa hari sebelum
peperangan Khaibar, sama halnya dengan Abu Musayang bersama dengan
Rasulullah s.a.w hanya baru di dalam peperangan Khaibar sahaja. Oleh
itupeperangan Zat Ar-Riqa ini adalah selepas peperangan Khaibar, bukti
kejadiannya lewat dari tahunkeempat hijrah, ialah peristiwa Rasulullah
s.a.w melakukan "solat Al-Khauf". kerana pertama kalidisyarakkan solat
Al-Khauf, ialah di dalam peperangan Asafan. Satu hakikat yang tidak
dipertikaikan ialahpeperangan Asafan berlaku selepas peperangan
Al-Khandak, dan peperangan Al-Khandak adalah dipenghujung tahun
kelima.PEPERANGAN BADAR KEDUASetelah kaum muslimin berjaya mematahkan
kekuatan Arab-arab Badwi dan membendungpencerobohan-pencerobohan mereka,
kini orang Islam membuat persiapan untuk berhadapan denganseteru mereka
yang lebih besar. Hari ini genap sudah setahun hari yang dijanjikan
Quraisy -iaitu janjisewaktu peperangan Uhud dahulu. Memang tugas
Muhammad s.a.w dan para sahabatnya untuk keluar dihari ini, untuk
menghadapi Abu Sufian dan kaumnya, di sana akan dicorakkan kancah
peperangan buatkali kedua, bagi menentukan mana satu kumpulan yang lebih
benar dan lebih mampu untuk terus hidup.Di bulan Syaban tahun 4 Hijrah
bersamaan Januari 626 Masihi Rasulullah s.a.w pun keluar,
sebagaimenepati janji Abu Sufian dengan Baginda, dengan kekuatan seramai
seribu lima ratus (1,500) askar,manakala kuda tunggangan sebanyak
sepuluh ekor kuda, benderanya dibawa oleh Alt bin Talib manakala
- 159.
Ar-Raheeq Al-MakhtumAbdullah bin Rawahah memikul tanggungjawab
mentadbir Madinah semasa ketiadaan Rasulullah s.a.w.Sesampainya di Badar
Baginda pun berhenti dan tinggal di situ sementara menunggu ketibaan
musyrikinQuraisy.Adapun Abu Sufian telah keluar dari Makkah dengan
kekuatan seramai dua ribu musyrikin Makkah dankuda tunggangan mereka
sebanyak lima puluh ekor kuda, hingga apabila mereka sampai ke Mar
al-Zahran hanya satu marhalah dari Makkah maka mereka pun singgah di
tempat berair yang bernamaMijannah.Sebenarnya Abu Sufian semasa hendak
keluar pun sudah terasa keberatan, beliau memikir panjangtentang padah
berperang dengan kaum muslimin, beliau terasa takut dan gerun,
perasaannya dikuasaikehebatan kaum muslimin, sesampainya beliau di Mar
al-Zahran jiwanya semakin lemah, oleh yangdemikian beliau pun mencari
helah untuk pulang semula ke Makkah, di sini beliau berkata
kepadapengikutnya: Wahai kalian Quraisy sebenarnya untuk berperang tahun
ini tidak sesuai, seeloknya di tahunyang subur, di musim menjaga
tanaman dan ternakan, hinga dapat kamu meminum susu, tapi tahun initahun
kemarau, aku hendak pulanglah semula, Ayuh pulang kamu semua.Nampaknya
kegerunan dan ketakutan mencengkam perasaan-perasaan tentera Quraisy,
dengan itumereka semua berundur pulang hingga tidak berlaku sebarang
perlanggaran pun, malah kesungguhandari pihak Quraisy untuk berhadapan
dengan kaum muslimin langsung tak ada.Manakala kaum muslimin berkhemah
di situ selama lapan hari menunggu ketibaan Quraisy seperti
yangdijanjikan dahulu, di sana mereka menjualkan barang perniagaan yang
membawa keuntungan, barang-barang yang satu dirham dijual dengan dua
dirham, lepas itu mereka kembali semula ke Madinah setelahteraju
serangan mengejut yang dahulunya didominasikan oleh pihak musyrikin kini
kembali ke tangankaum Muslimin dan kehebatan bertapak semula di
kalangan mereka. Peristiwa ini dikenali sebagai BadarAl-Mauid, Badar
kedua, Badar terakhir atau Badar kecil.PEPERANGAN DAUMAH
AL-JANDALSekembalinya Rasulullah s.a.w dari peperangan Badar, didapati
rantau sekitar Madinah kembali aman dansejahtera, pemerintahannya
kembali kukuh dan damai, kini Baginda memberi penumpuan untukmemhuat
perhatian ke perbatasan-perbatasan bumi Arab yang lebih jauh, supaya
kaum muslimin dapatmenguasai situasi yang akan diakui oleh kawan dan
lawan.Sekembalinya dari Badar kedua Baginda tinggal di Madinah selama
enam bulan, setelah itu Bagindamenerima berita mengenai kabilah-kabilah
di sekitar Daumah Al-Jandal berhampiran negeri Syammelakukan
rompakan-rompakan dan menyamun pedagang-pedagang di situ, malah mereka
telahmengumpul tenaga besar-besaran untuk melanggar Madinah. Di hari itu
Baginda pun keluar bersama-sama dengan tenaga tentera Islam seramai
seribu orang pada tanggal 25 Rabiulawal tahun 5 Hijrahdengan menggunakan
seorang lelaki dari Banu Uzrah sebagai petunjuk jalan untuk ke sana.
Manakalaurusan Madinah diserahkan kepada Siba bin Urfatah
al-Ghiffari.Rasulullah s.a.w bergerak di malam hari dan bersembunyi di
siang hari, untuk membuat seranganmengejut ke atas musuh-musuhnya, di
petang hari hingga apabila sudah hampir dengan Daumah Al-Jandal dan
waktu pun sudah masuk maghrib, Rasulullah s.a.w terus menyerang binatang
peliharaan danternakan mereka. Baginda berjaya menawan sebahagian dan
sebahagian yang lain sempat lari. PendudukDaumah Al-Jandal bertempiaran
lari menyelamatkan diri masing-masing, apabila kaum muslimin rapat
kebumi mereka didapati tiada seorang pun di sana. Rasulullah s.a.w
singgah di situ beberapa hari denganmengutus tentera-tentera dan briged
askarnya ke sekitar tempat itu, tanpa menemui seorang pun.Kemudian
barulah Rasulullah s.a.w pulang ke Madinah setelah mengikat janji
perdamaian dengan Uyainahbin Hisn. Daumah ini terletak berhampiran
negeri Syam, dari situ ke Damsyik kira-kura lima malam
- 160.
Ar-Raheeq Al-Makhtumperjalanan manakala dari Madinah memakan masa lima
belas malam.Dengan serangan-serangan mengejut dan cekal ini dan dengan
perancangan-perancangan yang hijak lagitegas, Rasulullah s.a.w berjaya
mewujudkan suasana aman damai dan stabil. Kini keadaan berpihakkepada
kaum muslimin, tekanan dari dalam dan luar semakin berkurangan yang
biasanya ada-ada sahajayang mendatang dari mana-mana penjuru. Kini kaum
munafiqin berdiam din, satu qabilah Yahudi selesaidisingkir dari bumi
Madinah manakala lain-lainnya kekal dengan melahirkan hak kejiranan
danmenunaikan perjanjian serta persetujuan yang pernah dimeteraikan
dahulu. Kabilah-kabilah Badwi punkembali tenang, pihak Quraisy berhenti
dari menyerang kaum muslimin, malah kaum musliminberkesempatan
menyebarkan Islam serta menyampaikan perutusan Ilahi Tuhan semesta alam
denganlebih luas lagi.PEPERANGAN BANU AL-MUSTALAQ (ATAU PEPERANGAN
AL-MURAISI)Syaban enam (6) Hijrah) Peperangan ini tidaklah besar dan
berlarutan sangat dari segi pergerakanketenteraan, cuma satu segnifikan
sahaja kerana di dalam rintitan peristiwanya terbentuk satu kisah
yangmengemparkan masyarakat Islam di masa itu, padanya terbongkar
keburukan kaum munafiqin, darinyaterbentuk "hukuman darah" yang
menampilkan masyarakat Islam sebagai sebuah institusi yang mulia,suci
dan bersih jiwa, di sini kami memaparkan kejadian peperangan, kemudian
kami susuli denganperistiwa yang bersejarah itu.Peperangan ini terjadi
di bulan Syaban tahun keenam (6) Hijrah. Ini pendapat yang paling sahih.
Sebabmusababnya timbul dari satu berita yang diterima oleh Rasulullah
s.a.w bahawa ketua qabilah Banu Al-Mustalaq yang bernama Al-Harith bin
Abi Dhirar, telahpun mengerah tenaga kaumnya dan suku-sukubangsa Arab
yang dibawah pengaruhnya untuk bergerak ke arah Madinah memerangi
Rasulullah s.a.w.Dengan itu Rasulullah s.a.w pun mengutus Buraidah bin
Al-Hasib Al-Aslami untuk memastikan kesahihanberita yang telah diterima
itu. Buraidah pun terns menemui qabilah ini malah beliau telah
berjumpadengan Al-Harith bin Abi Dhirar dan bercakap dengannya. Lepas
itu beliau pulang dengan membawakenyataan yang dibuat oleh Al-Harith
tadi.Setelah memastikan kesahihah berita maka Baginda mengerah para
sahabatnya, malah Baginda keluardengan segera, pergerakan Rasulullah
s.a.w adalah pada malam kedua di akhir bulan Syaban, turutbersama ialah
sekumpulan kaum munafiqin yang sebelum ini tidak pernah keluar ke
mana-manapeperangan, Baginda melantik Zaid bin Harith sebagai
Khalifahnya di Madinah, tapi ada pendapat lainmengatakan Abu Zar dan
satu pendapat lagi mengatakan Thamilah bin Abdullah Al-Laithi. Al-Harith
binDhirar telah menghantar pengintipnya, untuk mengutip berita mengenai
tentera Islam, tapi kaummuslimin sempat menangkapnya dan terus
dibunuh.Setelah Al-Harith bin Abi Dhirar mengetahui tentang pergerakan
Rasulullah s.a.w dan kematianpengintipnya, beliau telah dihimpit
ketakutan menyebabkan orang-orang Arab badwi yang bersamadengan beliau
lari dari situ ke beberapa tempat lain.Sebaik sahaja Rasulullah s.a.w
sampai ke kawasan bernama Al-Muraisi yang merupakan perairan
BanuAl-Mustalaq di daerah Qadid, ianya terletak berhampiran dengan
pantai. Terus Baginda membuatpersiapan dan mengatur plan penyerangan,
bendera Muhajirin bersama Abu Bakar As-Siddiq manakalabendera Al-Ansar
bersama Saad bin Ubbadah, di peringkat awal sekadar saling memanah,
setelahbeberapa jam berlalu dengan cara ini, akhirnya Rasulullah s.a.w
memerintah supaya dibuat satu seranganyang mantap serentak, lalu arahan
terus disegerakan, di mana peperangan berakhir dengan kemenangantotal
kepada tentera Islam. Kaum musyrikin menerima kekalahan yang teruk di
mana sebilangan darimereka terbunuh dan sebahagian yang lain ditawan,
Rasulullah s.a.w menawan kaum wanita, anak-anakdan kambing ternakan
mereka, dari tentera Islam hanya seorang sahaja yang terbunuh ianya dari
Al-Ansar itu pun kerana beliau disangka musuh.
- 161. Ar-Raheeq
Al-MakhtumInilah mengikut apa yang ditegaskan oleh ahli As-Sirah dan
aI-Maghazi, namun Ibnu Al-Qayimmengatakan: Itu adalah sangkaan (waham),
kerana tidak berlaku sebarang pertempuran, tapi yangberlaku hanya
penyerangan oleh pihak muslimin ke atas perairan banu Al-Mustalaq di
samping menawanharta-harta dan perempuan-perempuan mereka. Sebagaimana
tersebut di dalam kitab sahih: Rasulullahs.a.w menyerang Banu
Al-Mustalaq. Kemudian Ibnu Al-Qadim menyebut hadith berkenaan.Di antara
perempuan-perempuan yang ditawan ialah Juwairiyah binti Al-Harith ketua
qabilah, yangmenjadi saham Thabithin Qais, di mana beliau menawar
peluang memerdekakan diri secara mukatabah(membebaskan diri secara bayar
beransur-beransur). Justeru itu Rasulullah s.a.w
bertanggungjawabmemerdekakan beliau, , kemudian Baginda mengahwininya,
setelah itu tentera Islam memerdekakanpula keluarga Banu Al-Mustalaq
yang telah memeluk Islam, dengan kata mereka: " Mereka
adalahmertua-mertua Rasulullah s.a.w".Adapun peristiwa lain yang berlaku
di dalam peperangan ini, di mana Abdullah bin Ubai dan kuncu-kuncunya
yang merupakan petualang utama, sudah menjadi kewajipan kita
memperkatakan sebahagiandari kerja-kerja mereka di dalam masyarakat
Islam di Madman.PERANAN MUNAFIQIN SEBELUM PEPERANGAN BANU
AL-MUSTALAQBerulang kali telah kita kemukakan bahawa Abdullah bin Ubai
rasa cemburu dan sesak dada dengan Islamdan kaum muslimin, terutamanya
Rasulullah s.a.w. Kerana Al-Aws dan Al-Khazraj sudah pun
bersetujumenerima kepimpinan Rasulullah s.a.w sedang sebelum ini mereka
sedang menyiapkan pakaian suterauntuk menabalkan beliau sebagai pemimpin
mereka sekiranya Islam memasuki Al-Madinah, kemudianmereka sisihkan
beliau dari jawatan itu, maka sebab itulah beliau merasakan bahawa
Rasulullah s.a.wyang bertanggungjawab merampas kekuasaannya.Kemarahan
dan perasaan hasad dengki beliau ini ditunjukkan di permulaan Hijrah
Rasulullah s.a.w keMadinah sebelum beliau berpura-pura memeluk Islam.
Pada suatu hari Rasulullah s.a.w menunggangkaldai untuk menziarahi Saad
bin Ubbadah, Rasulullah s.a.w pun melalui di hadapan majlis Abdullah
binUbai, bila beliau melihat Rasulullah s.a.w beliau menjadi merah muka
kerana benci dan dengki denganRasulullah s.a.w, di masa itu kata Ibnu
Ubai: Lain kali jangan lagi memasuki majlis kami ini. Dan
setelahRasulullah s.a.w membaca ayat Al-Quran di dalam majlis berkenaan
maka kata Ibnu Ubai: "Duduk sahajadi rumah kamu, dan tak usahlah
menyibukkan kami di majlis ini".Ini adalah sebelum beliau berpura-pura
memeluk Islam, namun selepas beliau mengisytiharkan Islamsecara
berpura-pura masih tetap beliau memusuhi Allah, Rasul dan kaum mukminin,
beliau tidakmemikirkan selain dari menghancurkan masyarakat Islam dan
melemahkan perpaduan Islam, beliau terusmembantu seteru-seteru Allah,
dalam peristiwa Banu Qainuqa beliau sengaja masuk campur tanganseperti
yang telah kita jelaskan, demikian jugalah usaha beliau yang jahat dan
khianat di dalampeperangan Uhud, bertujuan memecah-belahkan saf kaum
muslimin dan melakukan porak peranda,kekacauan dan huru-hara.Betapa
busuknya helah si munafiq bedebah ini dan pandai pula beliau menipu
orang-orang mukminin, dimana selepas memeluk Islam secara berpura-pura,
pada setiap hari Jumaat semasa Rasulullah s.a.wduduk untuk berkhutbah
beliau akan bangun untuk membuat peringatan dengan berkata: "Ini
diaRasulullah s.a.w yang masih berada di kalangan kamu, dengannya Allah
memuliakan kamu danmengagungkan kamu, untuk itu bantulah Baginda,
sokonglah Baginda, dengarlah dan taatilah Baginda",kemudian beliau
duduk. Maka barulah Rasulullah s.a.w berdiri untuk berkhutbah. Betapa
buruknya niat simunafiq ini, yang masih sanggup lagi untuk meneruskan
amalannya di hari Jumaat selepas peperanganUhud, yang masih tidak
menginsafi dengan tindakan jahat lagi terkutuk itu, beliau bangun di
hari ituuntuk berbuat seperti kebiasaannya, orang-orang Islam pun
merentap hujung bajunya dengan kata
- 162. Ar-Raheeq
Al-Makhtummereka: "Duduklah wahai seteru Allah, kamu bukan orang yang
layak berbuat demikian, cukuplahdengan apa yang telah kau lakukan di
masa-masa yang lepas", dengan itu beliau pun terus berjalankeluar dari
masjid melangkah-langkah belakang orang lain yang sedang duduk dengan
kata-katanya yangkesat: Bolehjadi yang ku cakap ini tidak elok tapi
maksud ku ialah untuk mengukuhkan keditdukannya,semasa di pintu masjid
beliau bertemu dengan seorang Ansar yang berkata kepadanya: "Celakalah
kau,Ayuh patah balik dan minta maaf dari Rasulullah s.a.w agar Baginda
beristighfar untuk kau", jawab IbnuUbai: "Demi Allah aku tidak
memeriukan dia meminta ampun untukku".Abdullah bin Ubai ini mempunyai
hubungan dengan Bani Nadhir, beliau di antara perencana plotkonspirasi
terhadap kaum muslimin, malah beliau pernah menegastan kepada mereka:
"Seandainyakamu di halau keluar nescaya karai akan turut serta, dan
sekiranya kamu diperangi akan kami bantukamu".Perkara yang sama beliau
lakukan bersama tali barutnya di dalam peperangan Al-Ahzab, di
antaranya,menimbulkan keresahan, huru-hara, menimbulkan ketakutan dan
kebingungan di kalangan masyarakatIslam seperti mana yang diceritakan
Allah di dalam surah Al-Ahzab: "Ketika orang-orang munafiq
danorang-orangyang di dalam hatinya berpenyakit berkata: Tidak adalah
janji Allah dan RasulNya kepadakami, melainkan semata-mata penipuan
sahaja.Mereka mengira bahawa sekutu, belum pergi. Jika sekutu datang
kembali mereka bercita-cita supayamereka berada di dalam dusun beserta
badwi-badwi, sambil menanyakan perkhabaran kamu dan kalaumereka berada
bersama kamu, tidaklah mereka berperang melainkan sebentar sahaja.
Al-Ahzab: 12-16Memang seluruh seteru-seteru Islam yang terdiri dari
kaum Yahudi munafiqin dan musyrikin memahamibahawa faktor kemenangan
Islam bukan kerana keupayaan maddi (material) yang lebih,
kecanggihanperalatan dan ramai bilangan tentera, bukan itu semua, tetapi
kemenangan itu adalah kerana faktor nilai,akhlak dan contoh-contoh
teladan yang tinggi yang dihayati oleh masyarakat Islam, malah sesiapa
sahajayang berintima dengan agama ini maka itulah akhlaknya. Musuh Islam
memang mengetahui bahawaimbuhan-imbuhan yang menerap masuk ke dalam
jiwa setiap muslim ialah contoh teladan agung mereka,iaitu Rasulullah
s.a.w.Mereka sudah pun mengenali hakikat ini sepanjang peperangan yang
mereka lalui, di mana untukmelawan dan membenteras agama ini bukanlah
suatu perkara yang mudah, terutamanya melaluikekuatan senjata. Untuk itu
mereka telah membuat tindakan melancarkan seran^an propaganda dandakyah
yang meluas terhadap agama dari sudut akhlak dan susilanya, apatah lagi
peribadi Rasulnya yangmemang menjadi sasaran serangan utama, oleh
kerana golongan munafiq merupakan gunting dalamlipatan, dan mereka
merupakan penduduk asal Madinah maka amat sesuai sekali untuk
mempengaruhiperasaan kaum muslimin dan sentimen mereka. Ya, golongan
munafiqin telah memikul tanggungjawabpropaganda jahat ini,terutamanya
ketua mereka Ibnu Ubai.Rancangan mereka ini terpamer dengan jelasnya
selepas peperangan Al-Ahzab, iaitu semasa perkahwinanRasullah (s.a.w)
dengan Ummul-Mukminin Zainab binti Jahsy, setelah diceraikan oleh Zaid
bin Harithah.Kerana tradisi bangsa Arab, anak angkat itu adalah dianggap
setaraf dengan anak sendiri, padakepercayaan mereka haram seseorang
berkahwin dengan janda anak angkatnya. Jadi apabila Rasulullahs.a.w
berkahwin dengan Zainab maka kaum munafiqin pun seolah-olah memperolehi
satu peluang untukmenimbulkan darinya keburukan dan kehinaan terhadap
Rasulullah s.a.w.Pertama:Zainab bin Jahsy adalah isteri Rasul sedang
Al-Quran tidak mengizinkan seseorang berkahwin lebih dariempat,
bagaimana ini boleh sah pula kepada Baginda?Kedua:
- 163.
Ar-Raheeq Al-MakhtumZainab adalah bekas isteri anak angkatnya, maka
perkahwinannya dianggap sebesar-besar kesalahanmengikut tradisi bangsa
Arab, mereka menyebar luas proganda jahat ini, dan berbagai citra dan
kisahrekaan yang mereka rekakan, kononnya kata mereka: Di suatu hari
Muhammad s.a.w ternampak Zainabsecara tak sengaja, dari peristiwa itu
Baginda mula terpesona dengan kecantikannya, hati Bagindasentiasa
teringat-ingat kepadanya, oleh itu maka anak angkatnya Zaid pun
menceraikannya untukmemberi laluan kepada Muhammad s.a.w. Mereka
mengheboh-hebohkan propaganda jahat ini, yangdapat dikesan di dalam
sejarah dan pembicaraan di dalam kitab-kitab Tafsir dan Hadith hingga ke
hari ini,diayah ini telah memberi kesan buruk di kalangan mereka yang
lemah iman, hingggalah turunnya ayat-ayat Al-Quran yang menjelaskannya.
Padanya termuat penawar-penawar yang melegakan dada-dadayang bergelora
dengan fitnah-fitnah itu, dapat diduga betapa tersebar fitnah-fitnah ini
hingga Allah (s.w.t)memulakan surah Al-Ahzab ini dengan peringatan
keras darinya:"Hai nabi bertaqwalah kamu kepada Allah dan janganlah
engkau ikut orang-orang kafir dan orang-orangmunafiqin. Sesungguhnya
Allah Maha Mengetahui Lagi Maha Bijaksana. "
Al-Ahzab:
1Inilah satu pendedahan ringkas dan gambaran kecil mengenai angkara
murka yang dilakukan olehgolongan munafiq dan taqiyah sebelum peperangan
banu Al-Mustalaq. Menghadapi angkara ini nabiterpaksa menanggungnya
dengan kesabaran, ketenangan dan sikap berlembut, manakala
keseluruhanorang Islam sentiasa berwaspada dan berjaga-jaga terhadap
keburukan mereka kerana orang Islam telahmengenali dan faham akan
perlakuan buruk mereka ini sekali lepas sekali, sebagaimana firman
Allah(s.w.t):"Atau tidakkah kamu mengetahui, bahawa mereka dicuba tiap
tahun sekali atau dua kali, kemudianmereka tidak bertaubat dan tidak
pula mengambil peringatan."
At-Taubah: 126PERANAN GOLONGAN MUNAFIQ
DALAM PEPERANGAN BANU AL-MUSTALAQDalam peristiwa peperangan Banu
Al-Mustalaq golongan munafiq telah pun keluar bersama seperti manayang
digambarkan oleh Allah di dalam firmanNya:"Kalau sekiranya mereka keluar
bersama kamu, tiadalah mereka menambah selain dari kebinasaan danmereka
bersegera di antara kamu membuat fitnah."
At-Taubah: 47Mereka
mengenalpasti orang-orang yang boleh pengaruhi dengan fitnah-fitnah
mereka, melaluinyamereka juga menimbulkan kekacauan di dalam saf kaum
muslimin dan propaganda jahat terhadapperibadi Rasulullah s.a.w. Di sini
kami sajikan peristiwanya secara terperinci:1. Kenyataan kaum munafiqin
"Demi jika kami kembali ke Madinah nescaya orang-orang yang mulia
diantaranya akan mengusir orang-orang yang hina".Setelah selesai
peperangan Banu Al-Mustalaq, Rasulullah s.a.w pun berhenti di Al-Muraisi
di situ kaummuslimin pun singgah dan mengambil air di kawasan
berkenaan, bersama-sama Saidina Umar seorangsuruhan bernama Jahjah
al-Ghaffari, orang suruhan ini berasak-asak di tempat air tadi dengan
Sinan IbnuWabar Al-Juhani, membawa kepada pergaduhan dan pukul memukul,
oleh si Al-Juhani, beliau melaungmembangkitkan sentimen perkauman dengan
katanya; "Wahai orang-orang Ansar". Dan si Jahjah punmelaung
membangkitkan sentimen perkauman dengan katanya: "Wahai kalian
Muhajirin". Rasulullahs.a.w pun menyuara kepada sekalian hadirin: "
Apakah kamu rela menyeru dengan seruan jahiliyyah inisedang aku masih
bersama di kalangan kamu ini? Tinggalkanlah semua seruan itu, ianya
suatu yanglapuk dan busuk". Kejadian ini sampai ke pengetahuan Abdullah
bin Ubai Bin Salul, yang pada ketika itu
- 164. Ar-Raheeq
Al-Makhtumbersama sekumpulan orangnya termasuk Zaid bin Arqam budak
muda, dan beliau berkata dengan marah:"Apakah ini boleh mereka lakukan,
sudahlah mereka ketepikan kita setelah berasak-asak di negeri kita,demi
Alfah kita dan mereka tak ubah seperti kata orang tua-tua dahulu:
Seperti melepas anjing tersepit.Demi Allah apabila kita pulang ke
Madinah nanti, golongan yang mulia akan menghalau keluar golonganhina".
Dan beliau berkata kepada orang di sekelilingnya; "Inilah akibat
tindakan kamu sendiri, yang telahmembenarkan mereka memasuki negeri
kamu, kemudian berkongsi harta pula dengan mereka, demiAllah sekiranya
di hari ini kamu pegangkan kemakmuran kamu itu nescaya mereka ini akan
berpindah ketempat lain".Zaid bin Arqam yang berada di majlis mereka itu
segera memberitahu kepada bapa saudaranya,kemudian bapa saudaranya pula
segara memberitahu kepada Rasulullah s.a.w, kebetulan Saidina Umarpun
berada di samping Rasulullah s.a.w, lantas Umar pun berkata: "Wahai
Rasulullah s.a.w suruh sahajaUbbadah bin Bishr membunuh si bedebah itu",
tapijawab Rasulullah s.a.w: "Bagaimana Umar, nanti orangakan bercakap
bahawa Muhammad membunuh sahabatnya sendiri, ini tidak mungkin, Ayuh
maklumkansekalian tentera mengenai pergerakan kita". Ketika itu bukanlah
masa kebiasaan orang berjalan, namundemikian kesemua orang mula
bergerak, di masa itu Usaiyid bin Hadhir mengucap salam kepadaRasulullah
s.a.w sambil berkata: "Wahai Rasulullah s.a.w, tuan hamba berjalan di
luar masa kebiasaan".Maka jawab Rasulullah s.a.w: "Tidakkah sampai ke
pengetahuan kau yang telah diperkatakan olehkawan-kawan itu", tanya
Usaiyid: "Apa yang beliau cakap ya Rasulullah s.a.w"? Jawab Rasulullah
s.a.w:"Katanya: Beliau menelah sekiranya beliau pulang ke Madinah nanti
pasti orang termulia akan menghalauyang hina". Jawab Usaiyid: "Engkau
wahai Rasulullah s.a.w yang akan menghalaunya keluar sekiranyaRasulullah
s.a.w mahu, demi Allah dialah yang hina dan dikau wahai Rasulullah
s.a.w yang mulia,kemudian katanya lagi: Biarlah dan berlembutlah
dengannya wahai Rasulullah s.a.w, demi Allah DialahTuhan yang telah
membawa tuan hamba kepada kami semua, beliau itu nebelum ini sudah
disediakandengan persalinan sutera untuk ditabalkan sebagai ketua,
beliau menyangka tuan hambalah yang telahmerampas hak takhtanya
itu".Rasulullah s.a.w bergerak dengan semua orang sepenuh hari hingga
lewat kepetangnya, dan darimalamnya hingga ke pagi hari, dan berhenti di
hari itu ketika matahari terik membakar mereka semua,setelah itu
barulah Rasulullah s.a.w berhenti, dan barulah mereka terasa kerehatan
bila memijak bumi,semua mereka keletihan dan terus tertidur. Rasulullah
s.a.w berbuat demikian supaya semua orang sibukdan tak ada masa untuk
bercakap-cakap.Bila Ibnu Ubai menyedari bahawa Zaid bin Arqam telah
memberitahu percakapannya tadi, terus beliaudatang menemui Rasulullah
s.a.w dan bersumpah dengan nama Allah yang beliau tidak
bercakapsedemikian dan tidak pernah mengeluarkan kata-kata seperti itu,
malah katanya: "Wahai Rasulullah s.a.wbolehjadi si anak itu telah
menyangka yang bukan-bukan dari percakapanku dahulu dan boleh jadi
beliausendiri tidak dapat mengingatkan sangat percakapan orang tua-tua",
Rasulullah s.a.w pun mengiyakanapa yang disebut oleh Ibnu Ubai itu. Di
hari itu kata Zaid: "Aku terasa sugul dan berdukacita keranabelum pernah
ku rasa kesedihan seperti hari itu, aku duduk saja di dalam rumah
hinggalah Allahmenurunkan ayatnya yang bermaksud:Apabila orang-orang
munafik datang kepadamu. Mereka berkata: "Kami mengakui bahawa kamu
benar-benar Rasulullah s.a.w". Dan Allah mengetahui bahawa kamu
benar-benar Rasul-Nya, dan Allah jugamengetahui bahawa orang Munafik itu
adalah orang-orang yang dusta. Mereka itu menjadikan sumpahmereka
sebagai perisai, lalu mereka menghalang manusia dari jalan Allah.
Sesungguhnya amat buruklanamalan mereka kerjakan.Yang demikian itu
adalah kerana sesungguhnya mereka telah beriman, kemudian menjadi kafir,
lalu hatimereka dikunci mati kerana itu mereka tidak mengerti. Dan
apabila kamu melihat mereka, tubuh-tubuhmereka menjadikan kamu kagum.
Dan jika mereka berkata kamu mendengarkan perkataanmereka.Mereka
seakan-akan kayu bersandar. Mereka mengira tiap-tiap teriakan yang keras
ditujukankepada mereka.Mereka itu musuh dan berhati-hatilah terhadap
mereka,semoga Allah membinasakan
- 165. Ar-Raheeq
Al-Makhtummereka. Bagaimanakah mereka sampai dipalingkan (dari
kebenaran)?Dan apabila dikatakan kepada mereka: "Marilah beriman. agar
Rasulullah s.a.w meminta keampunamu."Mereka memaling muka dan kamu lihat
mereka berpaling sedangkan mereka sombong.Sama saja bagi mereka.kamu
mintakan ampun atau tidak bagi mereka. Sesungguhnya Allah tidakmemberi
petunjuk kepada orang yang fasiq.Mereka yang mengatakan (kepada orang
Ansar): "Janganlah kamu memberi belanja kepada orangMuhajirin yang ada
di sisi Nabi supaya mereka meninggalkan Rasulullah s.a.w ".Pada
halperbendaharaanAllah adalah langit dan bumi, tetapi mereka tidak
memahami.Mereka berkata; "Sesungguhnya jika kita telah kembali ke
Madinah,benar-benar orang yang kuat akanmengusirkan orang-orang yang
lemah daripadanya ". Padahal bagi Allah jualah kemuliaan dan kekuatanitu
dan bagi Rasul-Nya serta bagi orang yang beriman; akan tetapi golongan
yang munafik itu tidakmengetahui (hakikat yang sebenarnya).
Al-Munafiquun: 1-8Rasulullah s.a.w menghantar orang untuk membaca ayat
yang baru turun itu kepadaku, dan katanya:"Sesungguhnya Allah telah
membenarkan cakap-cakap kau itu". Anak kepada Abdullah Bin Ubai yangjuga
bernama Abdullah adalah seorang yang salih di kalangan sahabat, beliau
telah melepaskan diri dariapa yang dicakapkan oleh bapanya itu, beliau
telah menunggu di pintu masuk Madinah dengan pedangyang terhunus,
sesampainya Ibnu Ubai di situ,beliau berkata: "Demi Allah kamu tidak
boleh melewatisempadan ini kecuali setelah diizinkan Rasulullah s.a.w,
Bagindalah yang termulia dan engkau adalahyang terhina", apabila
Rasulullah s.a.w tiba maka Baginda membenarkan beliau masuk, barulah
anaknyatadi membenarkan beliau memberi laluan kepada bapanya, sebelum
itu si anak telah pun menegaskankepada Rasulullah s.a.w dengan katanya:
"Wahai Rasulullah s.a.w sekiranya tuan hamba merestuipembunuhannya maka
perintahlah daku, demi Allah akan ku pancung lehernya dan akan ku bawa
kehadapan tuan hamba".2. Hadith Al-Ifk (Cerita Fitnah)Di dalam
peperangan ini berlaku ceriti fitnah (cerita yang direka-rekakan).
Ringkasannya di mana Aisyahr.a. telah dibawa bersama Rasulullah s.a.w ke
peperangan Banu Al-Mustalaq iaitu setelah dibuat cabutanundi, ini
adalah kebiasaan Rasulullah s.a.w terhadap isteri-isterinya. Semasa
perjalanan pulang, merekatelah singgah di beberapa tempat persinggahan.
Dimasa itu Aisyah telah keluar dari kenderaannya untukmembuang hajatnya,
tiba-tiba kalung yang dipinjam dari kakaknya telah terjatuh, maka
beliau berpatahbalik semula ke tempat pembuangan hajatnya untuk mencari
kalungan yang terjatuh. Bila tiba masc.keberangkatan maka sahabat yang
bertanggungjawab menuntun kenderaannya mengangkat sekedupyang dinaiki
Aisyah itu ke atas unta tunggangannya, yang pada sangkaan mereka Aisyah
sedang beradadi dalam sekedup itu kerana Aisyah bukanlah berat orangnya,
di masa itu beliau masih lagi muda belia,lebih-lebih lagi apabila
mereka secara beramai-ramai mengangkat sekedup itu tidak terasa berat,
lainlahkalau yang mengangkatnya seorang dua, pastilah mereka mengetahui
ketiadaan Aisyah di dalamnya.Setelah kesemua orang bertolak dari situ
Aisyah pun pulang ke tempatnya dan didapati semua orangsudah tiada di
situ lagi dan kalung yang dicarinya pun sudah di temuinya. Justeru itu
beliau duduk sahajadi tempat persinggahannya itu, kerana beliau pasti di
mana mereka akan mencarinya setelah beliau tiadadi dalam sekedup dan
mereka akan kembali semula ke tempat beliau diletakkan itu. Allah
(s.w.t) jua yangberkuasa mentadbirkan urusanNya di dunia ini, di situ
Saidatina Aisyah terlena dek keletihan perjalanan,beliau sedar apabila
mendengar laungan dari Safwan bin Matal yang menyebut: "Inna lillahi
wainna ilaihirajiuun, Isteri Rasulullah s.a.w? " Safwan telah mengekori
di penghujung pergerakan tentera keranabeliau banyak tidur, bila melihat
Aisyah, beliau mengenalinya kerana beliau pernah melihatnya
sebelumturun ayat hijab, beliau beristirja (mengucap inna lillahi wa
inna ilaihi rajiuun) dan merendahkantunggangan, Aisyah pun segera
menaiki tunggangan, tidak sepatah pun bertutur selain dari lafaz
istirjatadi. Dengan itu, beliau pun menuntun tunggangan Aisyah, sehingga
sampailah bersama-sama dengan
- 166. Ar-Raheeq Al-Makhtumtentera
yang sedang berhenti di Nahr al-Zahirah, setibanya mereka di situ orang
ramai pun bercakap-cakap dengan perbagai pendapat dan andaian yang
munasabah. Tetapi seteru Allah mendapati inilah satupeluang yang terbaik
untuk mereka melepaskan geram dan marahnya, penuh hasad dengki dan
kesumat,mereka mula menyebar cerita yang bukan-bukan dan dusta,
menimbul-nimbulkan fitnah, membisik-bisikkan propoganda jahatnya,
kuncu-kuncunya pun apa lagi memperolehi barangan yang memang dicari-cari
selama ini untuk dijualnya, sesampainya mereka di Madinah maka
ahli-ahli dusta tadi pun menaburcerita palsu yang mereka reka-rekakan
itu di setiap penjuru Madinah. Rasulullah s.a.w berdiam diri
tidakberkata apa-apa pun, kerana wahyu tertangguh penurunannya, maka
Baginda bermesyuarat dengan parasahabat mengenai penceraiannya, Ali
mencadangkan supaya Baginda menceraikannya dan mencari yanglain sebagai
ganti, itupun dalam bahasa qias bukan secara terang-terang, tetapi
Usamah mencadangkansupaya Baginda meneruskan hidup dengannya, tanpa
mempedulikan cakap musuh-musuh Allah. Di suatuhari Rasulullah s.a.w
menaiki mimbar membangkitkan keganjilan yang ditimbulkan oleh Abdullah
binUbai. Usaiyid bin Hadir ketua Al-Aws segera menyatakan kesanggupannya
untuk memenggal leher IbnuUbai, tetapi ditentang oleh Saad bin Ubbadah
ketua Al-Khazraj kerana Ibnu Ubai adalah dari kalangan Al-Khazraj,
perkara ini melarat hingga menjadi isu perkauman, dan Rasulullah s.a.w
cepat-cepatmeredakannya sehingga akhirnya mereka pun senyap.Sekembalinya
dari perjalanan jauh itu, Aisyah terkena demam selama sebulan, beliau
sendiri tidakmengetahui mengenai fitnah yang direkakan ini, apa yang
beliau terasa ialah selama ini Rasulullah s.a.wsentiasa berlembut dengan
beliau di ketika beliau mengadu hal sesuatu, tetapi kini sudah tidak
dirasailagi, di suatu ketika semasa beliau pulih dari demamnya itu,
beliau keluar dengan Ummu Mistah untukmembuang air besar, tiba-tiba di
situ Ummu Mistah tergelincir, lantas beliau melatah, denganmenyumpah
anak lelakinya, Aisyah pun memarahi tindakannya itu, di situ Ummu Mistah
punmenceritakan fitnah yang diheboh-hebohkan selama ini, bila pulang ke
rumah beliau meminta izin dariRasulullah s.a.w untuk menemui dua ibu
bapanya bagi mendapat kepastian mengenai cerita yangsebenar. Setelah
diizinkan oleh Rasulullah s.a.w beliau pun kembali ke rumah bapanya,
sehinggadengannya dapatlah beliau memperolehi cerita yang lengkap, apa
lagi beliau pun terus menangis, duamalam sehari beliau menangis, tanpa
henti-henti hingga tidak dapat melelapkan matanya, dirasakantangisannya
itu seolah-olah meretakkan hatinya. Di suatu hari Rasulullah s.a.w
menziarahinya, lepasmengucap As-Syahadah Baginda berkata: "Cukuplah
Aisyah, memanglah telah sampai ke pengetahuan kubegini-begini, sekiranya
kau suci tidak bersalah, Allah akan menjelaskan kebersihan kau itu,
dansekiranya kau bersalah pohonlah keampunan dariNya serta bertaubatlah
kepadaNya, kerana hamba yangmengakui dengan kesalahannya kemudian
bertaubat kepada Allah nescaya Allah akan terima taubatnyaitu".Aisyah
berderaian air mata dan meminta dari dua ibu-bapanya supaya menjawab
bagi pihaknya, namunmereka berdua tidak tahu apa yang hendak dijawabnya,
kata Aisyah lagi: "Demi Allah aku mengetahuisegala sesuatu yang telah
kamu dengar itu sehingga ianya meresap di dalam diri kamu dan
kamumempercayai semuanya, di sini kalau ku kata: Daku ini bersih demi
Allah Dia mengetahui yang aku initidak bersalah, namun demikian pasti
kamu tidak mempercayainya dan kalau aku mengakui sedang Allahmengetahui
aku ini tidak bersalah nescaya kamu mempercayai sebagai satu yang benar,
apa lagi hendakku buat selain dari berucap apa yang telah diucap oleh
ayah Saidina Yusuf:"Maka sabarlah yang lebih baik dan Allahlah tempat
meminta pertolongan di atas segala apa yang kamusebutkan itu".
Yusuf: 18Setelah itu beliau beralih ke sebelah dan tidur
mengiring, di saat itu wahyu pun turun ke atas Rasulullahs.a.w menguasai
seluruh badan Rasulullah s.a.w, kemudian kelihatan Baginda tersenyum,
lafaz yangpertama-pertama tercetus keluar dibibir Rasulullah s.a.w
dengan sabdanya: "Wahai Aisyah kini Allah telahpun mengisytiharkan
kesucianmu dari segala noda". Maka berkata ibunya: "Ayuh bangun
kepadanya".Sebagai membukti kesuciannya, di samping kepercayaan beliau
dengan kesayangan Rasulullah s.a.wterhadap dirinya, maka beliau berkata:
"Demi Allah aku tak mahu bangun kepadanya dan tiada pujian
- 167.
Ar-Raheeq Al-Makhtumselain kepada Allah".Firman yang diturunkan
mengenai fitnah ialah:"Sesungguhnya orang-orang yang membawa berita
bohong itu adalah dikalangan kamu juga. Janganlahkamu kira bahawa berita
bohong itu buruk bagi kamu.Tiap seorang dari mereka mendapat balasan
daridosa yang dikerjakan. Dan siapa di antara mereka mengambil
sebahagian yang terbesar dalam penyiaranberita dusta itu, baginya azab
yang besar.Mengapa di masa kamu mendengar berita dusta itu orang
mukminin dan mukminah tidak bersangka baikterhadap din mereka itu dan
berkata: "Ini adalah berita dusta yang nyata".Mengapa mereka tidak
mendatangkan empat orang saksi atas berita dusta itu ? Oleh kerana
mereka tidakberbuat demikian maka di sisi Allah mereka orang-orang yang
dusta.Sekiranya tidak ada kurniaan dan rahmat-Nya kepada kamu di dunia
dan di akhirat, nescaya kamuditimpa azab yang besar, kerana berita dusta
itu.(Ingatlah) di waktu kamu menerima berita dusta itu dari mulut ke
mulut dan kamu katakan dari mulutmuapa yang kamu tidak ketahui sedikit
pun dan kamu anggapnya ia adalah ringan pada hal di sisi Allah iaadalah
amat berat.Dan mengapa kamu tidak mengatakan di waktu mengengar berita
dusta itu: "Sekali-kali tidak pantos bagikamu memperkatakan itu. Maha
suci Allah ini adalah dusta yang besar.Allah memperingatkan kamu agar
jangan kembali melakukan semula selama-lamanyaJika kamu orangyang
beriman.Dan Allah menerangkan ayat-ayatNya kepada kamu.Dan Allah Maha
Mengetahui dan Maha Bijaksana.Sesungguhnya orang yang ingin bfrita dusta
ini tersebar di kalangan orang beriman, bagi mereka azabyang pedih di
dunia dan di akhirat. Dan Allah mengetahui sedangkan kamu tidak.Dan
sekiranya tidaklah kumia Allah dan rahmatNya kepada kamu semua, Allah
Maha Penyantun dan MahaPenyayang (nescaya kamu ditimpa azab yang
besar)."
An-Nuur: 11-20Hukuman sebat dikenakan ke atas
orang-orang yang terlibat dengan fitnah, menuduh orang yang
tidakberdosa, mereka ialah:Mistah bin Asasah, Hassan bin Thabit, Hamnah
binti Jahsy, setiap mereka dirotansebanyak lapan puluh rotan, namun
Abdullah bin Ubai kepala membuat fitnah yang jahat, tidak puladihukum,
kerana boleh jadi hudud atau hukuman dera itu boleh mengurangkan
penyiksaan seseorang diakhirat nanti, penyebar fitnah diugut oleh Allah
dengan balasan azab yang berat di akhirat atau punkerana
kemaslahatan.Beginilah halnya yang berlaku selepas sebulan dari tarikh
kejadian, mendung keraguan dan kekacauanberedar pergi, dari bumi
Madinah. Keburukan dan kejahatan kepala munafiqin luas terdedah
kepadakhalayak ramai, hingga tidak dapat mereka mengangkat kepalanya,
kata Ibnu Ishak: Hinggalah kalauterjadi kejadian, kaum sebangsanya pun
mengecam dan menuduh Ibnu Ubai. Di hari itu Rasulullah s.a.wberkata
kepada Umar: "Apa pendapat kau sekarang wahai Umar, demi Allah kalaulah
kau bunuhnya dihari itu nescaya kau tertekan dan orang bersimpati
dengannya, di hari ini kalau aku suruh kaumembunuhnya nescaya kau
bunuhnya". Jawab Umar: "Demi Allah sesungguhnya ku mengetahui
urusanRasulullah s.a.w itu lebih besar barakahnya dari urusan
ku".PENGHANTARAN TENTERA DAN PEPERANGAN SELEPAS GHAZWAH AL-MURAISI1.
Sariyah Abd Ar-Rahman bin Auf ke daerah banu Kilab di Dawmah Al-Jandal
di bulan Syaban tahun keenam (6) hijrah. Rasulullah s.a.w mempersilakan
Abd Ar-Rahman di hadapannya serta mengenakanserban ke kepalanya dan
Baginda mewasiatkan beliau dengan sebaik-baik pengurusan di
dalampeperangan dengan sabdanya: "Sekiranya mereka itu mentaati kau,
maka hendaklah kau berkahwindengan puteri rajanya. Abd Ar-Rahman tinggal
di sana selama tiga hari menyeru mereka kepada Islam,
- 168.
Ar-Raheeq Al-Makhtumakhirnya seluruh qabilah memeluk Islam dan
Abdur-Rahman pun berkahwinlah dengan Tamadhur binti Al-Asbogh yang
dikenali sebagai Ummu Abi Salamah, bapanya adalah pemimpin dan raja
qabilahnya.2. Sariyah Ali bin Abi Talib ke daerah bahu Saad bin Bakar di
Fadak pada bulan Syaban tahun keenam (6)Hijrah. Mengapa Rasulullah
s.a.w menghantar tentera ke sana ialah sebagaimana yang dilaporkan
olehrisikan Rasulullah s.a.w bahawa qabilah berkenaan hendak membantu
kaum Yahudi untuk memerangiRasulullah s.a.w, sebagai tindakan sfc,_
Rasulullah s.a.w menghantar Ali ke sana dengan kekuatan tenti.dua ratus
(200) orang, beliau bergerak di malam hari dan bersembunyi di siang
hari, hingga apabilatertangkap seorang pengintipnya maka disoal dan
didapati memang benar perkhabaran itu, iaitu BanuSaad telah menghantar
beliau untuk menawar bantuan mereka dengan syarat bahawa tamar
Khaibarhams diberikan kepada mereka. Pengintip itu juga telah menunjuk
tempat perkumpulan Banu Saad,dengan itu mereka menyerang Banu Saad di
tempat mereka, dan dapat merampas lima ratus (500) ekorunta dan dua
ratus (2,000) biri-biri, Banu Saad telah lari menyelamatkan diri bersama
perempuan-perempuan mereka. Ketua mereka ialah Wabar bin Alim.3.
Sariyah Abu Bakr As-Siddiq atau Zaid bin Harithah, ke "Wadi Al-Qura di
bulan Ramadhan tahunkeenam (6) Hijrah. Qabilah Fazarah telah pun
bercadang hendak membunuh Rasulullah s.a.w, makaBaginda menghantar Abu
Bakr As-Siddiq mengepalai tentera ke sana. Kata Salamah bin Al-Akwa:
"Kutelah keluar bersama-sama beliau apabila kami selesai solat subuh,
kami diperintah untuk menyerang dankami sampai keperairan mereka, Abu
Bakr membunuh yang dapat beliau bunuh, ku telah melihatsekumpulan
orang-orang Fazarah bersama-sama mereka kaum wanita, aku takut mereka
akanmendahului ku ke bukit, ku pun kejar mereka dan memanah supaya ianya
tercacak di antara mereka danbukit, dan setelah mereka melihat anak
panah itu mereka pun berhenti, di antara mereka terdapatseorang
perempuan, beliau ialah Ummu Qarfah berselimut kulit binatang
bersama-samanya anakperempuan yang paling cornel di kalangan bangsa
Arab. Kesemua mereka ku tawan dan bawa kehadapan Abu Bakr, anak
perempuan tadi telah dijadikan bahagian sahamku, ku tidak lihat pun
tubuhnya.Rasulullah s.a.w meminta dari Abu Bakr anak perempuan Ummu
Qarfah tadi, kemudian dihantar keMakkah sebagai tebusan kepada
tawanan-tawanan Islam di sana.Ummu Qarfah adalah kepala durjana Banu
Fazarah, beliau telah merancang untuk membunuh Rasulullahs.a.w.Dia telah
menyediakan sebanyak tiga puluh askar berkuda dari anggota keluarganya
untuk tujuanberkenaan. Memnag patutlah dia menerima balasannya
bersama-sama dengan tiga puluh orangtenteranya.4. Sariyah Kurz bin Jabir
Al-Fihri ke qabilah al-Arinah di bulan Syawal tahun keenam (6) Hijrah.
Ceritabermula di mana sebilangan anggota qabilah, Arinah dan Akal
menzahirkan kelslaman mereka, danmereka ini tinggal dipinggiran
Al-Madinah, jadi Rasulullah s.a.w pun menghantar kepada merekabeberapa
ekor unta bersama gembalanya untuk menternak di sekitur itu, dan
Rasulullah s.a.w berkata:"Kamu bolehlah meminum dari susunya dan air
kecilnya". Di suatu pagi mereka serang dan bunuhpentemaknya dan bawa
lari semua unta-unta tadi, ini bererti mereka kufur semula. Oleh itu
makaRasulullah s.a.w mengutus Kurz Al-Fihri bersama dengan dua puluh
orang sahabat sambil Baginda berdoake atas mereka yang bermaksud: "Ya
Allah Ya Tuhanku! butakanlah mata mereka dari jalan, sempitkanlaluan
mereka." Maka Allah halangkan perjalanan mereka, hingga tentera Islam
sempat memberkasmereka, lalu dipotong kaki dan tangan mereka serta
dibutakan mata mereka, balasan ke atas jenayahyang mereka lakukan,
kemudian ditinggalkan mereka di situ kesudahannya mereka semua mati.
Ceritamereka termuat di dalam hadith sahih riwayat Anas.Selain itu ahli
sirah menyebut juga sariyah Amru bin Umaiyah Ad-Dhamari bersama Salamah
bin AbiSalamah di bulan Syawal tahun keenam (6) Hijrah. Beliau telah ke
sana untuk membunuh Abu Sufian,kerana Abu Sufian telah mengutus dan
mengupah seorang Arab Badwi untuk membunuh Rasulullahs.a.w, namun kedua
pihak tidak berjaya samada yang ke Makkah atau yang ke Madinah. Ahli
sirahmenyebut bahawa Amru dapat membawa pulang badan Khubaib yang mati
syahid. Seperti yangdiketahui, Khubaib syahid selepas peristiwa Ar-Raji
beberapa hari atau bulan, Ar-Raji berlaku di bulan
- 169.
Ar-Raheeq Al-MakhtumSafar tahun keempat (4) Hijrah. Saya tidak pasti
apakah ahli sirah keliru di antara dua perjalanan? Atauapakah kedua
kejadian (kejadian syahid Khubaib dan perjalanan Amru, berlaku dalam
satu masa iaitupada tahun empat (4) Hijrah. Al-Allamah Al-Mansurfuri
menolak pendapat yang mengatakan perjalananAmru ini adalah sariyah
peperangan atau serangan. Wa Allahu alam.Inilah sariyah-sariyah dan
ghazwah-ghazwah yang berlaku selepas peperangan Al-Ahzab dan
BanuQuraizah, namun kesemuanya tidak berlaku satu pertempuran yang
sengit, cuma yang berlaku sekadarpertembungan-pertembungan ringan, malah
penghantaran ini tidak lebih dari unit-unit pengawalan danpengajaran
buat mengugut Arab-arab Badwi dan seteru-seteru yang lain yang sering
membawa kacaubilau. Apa yang dapat diperhatikan di dalam hari-hari yang
akhir, keadaan sudah berubah selepaspeperangan Al-Ahzab, dan dapat
dicerap juga semangat juang mereka yang semakin merosot malahmereka
tidak berminat lagi untuk menghalang dakwah Islam. Perkembangan ini
dapat dilihat denganketara sekali selepas perjanjian damai Hudaibiah.
Malah perjanjian itu lebih merupakan pengakuanterhadap kekuatan Islam
dan pengiktirafan atas penerusannya di seluruh pelusuk Semenanjung
Arab.PERJANJIAN AL-HUDAIBIYYAHPada Bulan Zulkaedah Tahun Keenam (6)
HijrahDorongan Kepada Umrah Al-Hudaibiyyah:Dalam perkembangan seterusnya
di Semenanjung Tanah Arab banyak hal memihak kepada kaummuslim,
pemangkin kepada pembukaan agung dan kejayaan cemerlang kepada dakwah
Islamiah semakinterserlah, persiapan ke arah menegakkan hak dan
keistimewaan kaum muslimin untuk menunai ibadatmereka di masjid Al-Haram
kini sudah bermula, yang dahulunya mereka dihalang dan dinafikan
hakmereka pada enam tahun yang silam.Semasa di Madinah, Rasulullah s.a.w
telah diperlihat di dalam mimpinya bahawa Baginda
bersama-samasahabatnya telah memasuki Al-Masjid Al-Haram, memegang anak
kunci, bertawaf dan melaksanakanibadat umrah, di antara mereka ada yang
mencukurkan rambut manakala yang lain memendekrambutnya, Baginda
mencerita semuanya ini kepada sahabat-sahabatnya.Mereka semua amat
gembira hingga menyangka yang mereka akan memasuki kota Makkah pada
tahunitu juga. Serentak dengan itu Rasulullah s.a.w pun memberitahu para
sahabat bahawa Baginda akankeluar untuk berumrah, dan mereka semua pun
bersiap untuk bersama-sama ke sana.SERUAN MENYELURUH KEPADA KAUM
MUSLIMINRasulullah s.a.w menyampaikan seruannya kepada seluruh orang
Arab dan penduduk kampung disekeliling Madinah untuk keluar bersama-sama
Baginda, tapi ada juga Arab-arab Badwi yang melambat-lambatkan, namun
Rasulullah s.a.w terus mencuci pakaiannya, dan menaiki untanya yang
bernama Al-Qaswa, dengan melantik Ibnu Maktum atau Namilah Al-Laithi
sebagai khalifahnya. Baginda keluar padahari Isnin, satu haribulan
Zulkaedah tahun keenam Hijrah. Dalam perjalanan suci ini, Baginda
membawabersama isterinya Ummu Salamah berserta seribu empat ratus
(1,400) orang. Ada pendapat mengatakanseribu lima ratus (1,500) orang
tanpa membawa peralatan perang, selain senjata untuk bermusafir,
iaitupedang-pedang bersarung.KAUM MUSLIMIN BERGERAK MENUJU KE
MAKKAHJamaah Umrah ini bergerak ke arah Makkah, sehingga apabila sampai
di Zulhulaifah, Baginda menuntunsembelihan korban serta memulakan
upacara umrah di tempatnya. Zulhulaifah sebagai miqat makani
- 170.
Ar-Raheeq Al-Makhtum(tempat permulaan ibadat) di sertai dengan pakaian
ihram, sebagai memaklumkan kepada orang ramaiketibaannya bukan untuk
berperang, walaupun demikian Baginda menghantar salah seorang dari
qabilahKhuzaah untuk mendapat berita mengenai Quraisy. Setibanya Baginda
di Asafan perisikannya datangmemberitahu dengan katanya: "Semasa saya
kemari saya telah mendapati qabilah Kaab bin Luai telahpun mengumpul
orang-orang awam Al-Ahabisy di mana mereka berhimpun untuk memerangi
Rasulullahs.a.w, serta menghalang Rasulullah s.a.w dari memasuki Kaabah.
Rasulullah s.a.w bermesyuarat denganpara sahabat dengan sabdanya:
"Apakah kamu rasa baik kita serang keluarga mereka yang menolongpuak
yang menghalang kita, kemudian kita tawan mereka? Sekiranya mereka
berdiam, berdiam dengankeadaan marah dan berduka, kalau mereka terlepas
lari maka yang ditawan itu Allah mencantas lehermereka, atau apakah
sahabat sekalian berpendapat kita semua menuju ke Baitullah maka sesiapa
halangkita, kita peranginya"? berkata Abu Bakar: "Allah dan Rasulnya
lebih mengetahui, kita datang punmemang untuk berumrah, dan bukannya
untuk memerangi sesiapa, tapi kalau ada orang yangmenghalang kita ke
Baitullah Al-Haram kita perangilah mereka", jawab Rasulullah s.a.w:
"Ayuh kitateruskan perjalanan. Maka mereka pun bergerak ke
hadapan.PERCUBAAN QURAISY MENGHALANG KAUM MUSLIMIN KE BAITULLAHSewaktu
Quraisy mendengar berita perjalanan Rasulullah s.a.w, mereka terus
mengadakan majlispermesyuaratan. Mereka membuat keputusan untuk
menghalang kaum muslimin dari memasuki BaitullahAl-Haram dengan apa cara
sekalipun, tetapi selepas Rasulullah s.a.w berpaling dari sekatan
golongan Al-Ahabisy, satu berita telah diterima dari seorang Banu Kaab
yang memaklumkan bahawa pihak Quraisytelah turun ke "Zi Tawa" beserta
dua ratus askar berkuda di bawah pimpinan Khalid bin Al-Walid.
Merekamenunggu dan bersedia di "Kara al-Ghamim" jalan utama ke Makkah.
Khalid cuba menghalang kaummuslimin, beliau telah mengatur tenteranya
berhadapan dengan tentera muslimin. Kedua-dua askar tadimasing-masing
dapat melihat lawannya, sebelum ini Khalid pernah melihat kaum
musliminbersembahyang zohor dengan ruku dan sujud, maka beliau berkata:
"Mereka ini boleh diserang secaramengejut, kiranya kalau diserang
nescaya dapat dikalahkan". Jadi beliau telah membuat keputusan
untukmenyerang mereka semasa sembahyang asar nanti, tetapi Allah telah
menurunkan hukum solat khouf(solat dalam keadaan bahaya). Maka
terlepaslah peluang yang dirancang oleh Khalid tadi.TUKAR JALAN DAN
USAHA MENGELAK PERTUMPAHAN DARAHRasulullah s.a.w mengambil jalan yang
sukar di celah lorong-lorong bukit bersama kaum musliminmelencong ke
sebelah kanan di antara dua kemuncak bukit Al-Hamasy menuju ke lereng
"Al-Marar" teruske dataran Al-Hudaibiyyah dari arah bawah ke Makkah,
meninggalkan jalan utama ke Baitullah Al-Haramdengan melalui al-Tanaim.
Dari situ Baginda melencong ke sebelah kiri. Apabila Khalid melihat
pasukantentera Islam menyimpang dari jalan yang sedang beliau tunggu,
segera beliau memacu kudanyamenemui Quraisy untuk memberi
ingatan.Rasulullah s.a.w meneruskan perjalanan hingga apabila sampai ke
lereng di "Al-Marar" unta tungganganBaginda melabuhkan diri di situ,
semua orang menyebut: "Ayuh, ayuh". Tapi ianya enggan bergerak,maka kata
mereka semua. "Tak nak berjalan dah mula berdegillah". Jawab Rasulullah
s.a.w: "Al-Qaswatidak berdegil, kerana ini bukan perangainya, tetapi
ianya diberhentikan oleh kuasa yangmemberhentikan gajah-gajah dahulu".
Sambung Rasulullah s.a.w s.a.w: "Demi jiwaku ditanganNya, tidakmereka
meminta dariku satu cara buat mereka mengagungkan kawasan Haram Allah
itu, kecuali kujawab permintaan mereka itu". Kemudian Rasulullah s.a.w
menghalau untanya dan ia pun segera bangun,dan berpusing menuju ke arah
hujung Hudaibiah, berdekatan dengan sebuah kolam yang bertakungsedikit
air, orang ramai pun mengambil airnya yang sedikit di situ. Tidak lama
kemudian airnya punputus. Mereka semua mengadu hal kepada Rasulullah
s.a.w s.a.w mengenai kehausan yang merekaalami, Baginda pun menarik
keluar anak panah dari uncangnya, dan menyuruh mereka memacaknya didalam
kolam, demi Allah airnya terus keluar memenuhi keperluan mereka semua.
- 171.
Ar-Raheeq Al-MakhtumBUDAIL MENJADI ORANG TENGAH DI ANTARA RASULULLAH
S.A.W DAN QURAISYSetelah Rasulullah s.a.w s.a.w menetap di tempatnya
itu, Budail bin Warqa Al-Khuzai bersama beberapaorang dari Banu Khuzaah,
mendatangi Rasulullah s.a.w s.a.w, Khuzaah adalah penyimpan
rahsia-rahsiaRasulullah s.a.w, mereka dari penduduk Tuhamah, kata
Budail: "Sebenarnya daku ini baru sahaja datangdari Kaab bin Luai,
mereka sudahpun bersiap dengan kekuatan mereka dan singgah di perairan
Al-Hudaibiyyah, bersama-sama mereka anak isteri mereka yang bertekad
memerangi dan menghalang kamudari memasuki Baitullah Al-Haram. Kata
Rasulullah s.a.w s.a.w: "Sebenarnya kami datang ini bukanuntuk memerangi
sesiapa. Tetapi kami datang untuk mengerjakan umrah, dan sesungguhnya
Quraisysudahpun keletihan dek peperangan demi peperangan, malah
peperanganlah yang telah membinasakanmereka, sekiranya mereka mahu aku
memohon penangguhan ku boleh lakukan hingga mereka bolehmemberi laluan
kepada ku, tapi kalau mereka suka menyertai perdamaian seperti orang
lain, merekaboleh lakukan sehingga dengan itu mereka boleh berehat, tapi
kalau mereka enggan dan hendak teruskanpeperangan demi Tuhan yang jiwa
ku ditanganNya akan ku perangi mereka habis-habisan hinggaterlaksana
urusan Allah".Kata Budail: "Akan ku sampaikan kepada mereka seperti
dikau sebutkan itu", maka beliau pun terus pergimenemui Quraisy dan
berkata: "Sesungguhnya daku ini telah mendatangi orang itu, dan telah ku
dengardarinya sendiri kata-katanya, sekiranya kamu rela, maka relalah
ku menyampaikannya". Sampukgolongan singkat pemikiran dengan kata
mereka: "Tak perlulah kamu menceritakannya kepada kami".Tapi kata yang
waras pemikirannya: "Ceritakanlah kepada kami". Kata beliau: "Ku dengar
darinya begini-begini", lalu Quraisy menghantar seorang utusan lain
bernama Mikraz bin Hafs, Rasulullah s.a.wmelihatnya, dan Baginda
berkata: "Orang ini jenis pengkhianat".Sesampainya beliau di hadapan
Rasulullah s.a.w s.a.w, Baginda pun menyampaikan seperti mana
yangdisampaikan kepada Budail dan kawan-kawannya, dengan itu beliau pun
pulang ke pangkuan Quraisy danmenceritakan segala-galanya.UTUSAN-UTUSAN
QURAISYDiceritakan seorang lelaki dari Kinanah dikenali sebagai
Al-Hulais bin Alqamah telah berkata: "Berilahpeluang kepadaku untuk
menemui Muhammad", jawab mereka: "Ayuh pergilah". Sebaik sahaja
beliaudilihat oleh Rasulullah s.a.w, terus Baginda berkata: "Orang ini
dari suku kaum yang memuliakan ibadatberkorban, ayuh perlihatkan
kepadanya, maka diletakkan ternakan untuk sembelihan supaya
beliaumelihatnya, seluruh kaum muslimin mengalu-alu kedatangannya dengan
suara talbiah, bila beliau melihatsemuanya terns beliau berkata:
"Subhanallah, tidak seharusnya mereka ini dihalang dari
melakukanperibadatan di Baitullah Al-Haram ini". Justeru itu beliau pun
pulang semula menemui Quraisy danberkata: "Di sana aku lihat
binatang-binatang sembelihan sudah tertambat dan ditanda untuk
qurban,pada pendapat ku, tidak wajar kita menghalang mereka. Maka
berlaku perbalahan pendapat di antarabeliau dan Quraisy.Kata Urwah bin
Masud al-Thaqafi: "Orang ini telah pun menawarkan kepada kamu semua
satuperancangan yang waras, terima sahajalah, biarkan aku pula yang
pergi. Jawab mereka: "Pergilah".Beliau pun segera pergi menemui Baginda.
Rasulullah s.a.w pun menegaskan kepada beliau sebagaimanabeliau
nyatakan kepada Budail, maka kata Urwah: "Wahai Muhammad! Apa pandangan
kau, kalaulahkamu berjaya menghapuskan bangsa kau ini, apa kau pernah
dengar sebelum ini, ada seorang pribumiArab memusuhi bangsanya sendiri.
Seperti yang hendak kau lakukan ini? Kalau maksudmu bukan yangini, Demi
Allah muka-muka yang ku lihat ini adalah manusia awam lapisan biasa,
mereka ini akan lari danakan tinggalkan kau seorang.
- 172.
Ar-Raheeq Al-MakhtumSampuk Abu Bakr r.a: "Kamu ini jenis manusia yang
menjilat air kecil berhala Al-Lata, kami ini bukanjenis yang akan lari
darinya!! Beliau bertanya: Siapa orang ini, jawab yang hadh: Itulah.Abu
Bakr kataUrwah: Demi Allah, kalau tidak mengenang budi, pasti ku tidak
membiarkannya, malah kujawabnya.Beliau terns bercakap lagi dengan
Rasulullah s.a.w, setiap kali beliau bersuara setiap kali itu pula
beliaumemegang janggut Baginda (s.a.w), di masa itu Al-Mughirah bin
Syubah sedang berada di belakangRasulullah s.a.w s.a.w memegang
pedangnya, bila Urwah memegang janggut Rasulullah s.a.w s.a.wbeliau
mengetuk tangannya dengan hulu pedangnya sambil berkata: "Jauh sedikit
tangan mu itu", Urwahmengangkat kepala seraya bertanya: "Siapa orang
ini?, jawab yang hadir: "Itulah Al-Mughirah binSyubah". Kata Urwah:
"Wahai pengkhianat, tidakkah kelmarin aku yang membasuh kekotoran
dirimuitu?" Semasa jahiliyyah Al-Mughirah pernah berkawan dengan
sekumpulan orang, kemudian beliaumembunuh orang itu dan merampas harta
mereka, kemudian beliau datang menemui Rasulullah s.a.w,dan mengucap dua
kalimah syahadah. Jawab Rasulullah s.a.w: "Adapun Islamnya aku
yangmenerimanya, tapi harta yang dirampas itu aku tidak ada kena
mengena". Al-Mughirah bin Syubahadalah anak saudara Urwah.Seterusnyanya
Urwah bertindak menempelak sahabat-sahabat Rasulullah s.a.w dan
hubungan-hubunganmereka yang silam. Setelah itu beliau pun pulang
menemui kawannya, dan berkata: "Wahai kalian, demiAllah, aku ini pernah
menemui raja-raja, Qaisar Roman dan Kisra Parsi dan Maharaja An-Najasyi
dantidak pernah pula ku melihat mereka disanjung sepertimana
sahabat-sahabat Muhammad menyanjungdiri Muhammad. Demi Allah, beliau
meludah tidak sempat ludahannya itu jatuh ke tanah namun sudahada tangan
yang menadahnya dan disapunya ke badan dan muka mereka, dan bila
Muhammad menyuruhsemua mereka bersegera melakukannya, bila beliau
berwudhu seolah-olah berlaku pergaduhan, masing-masing hendak mengambil
air wudhunya dan bila beliau bercakap semua orang merendah
suaranya,mereka tidak merenung tajam ke mukanya kerana menghormatinya,
beliau ini telah mengemukakankepada kamu semua perancangannya, ianya
suatu perancangan yang bijak dan matang, kuharap kamusemua dapat
menerimanya.DIALAH YANG MENGHALANG TANGAN MEREKA DARI BERTINDAK KE ATAS
KAMUBila golongan muda Quraisy mendapati golongan tua yang merupakan
barisan pimpinan berminat untukberdamai, sedang mereka berminat untuk
berperang, maka mereka merencana satu pakatan jahat yangboleh menghalang
proses damai, mereka membuat keputusan untuk keluar di waktu malam
memasuki kedalam kawasan perkhemahan Islam dan melakukan kacau bilau
yang boleh menyalakan api peperangan.Rancangan itu mereka lancarkan di
tengah malam ketika sekumpulan pemuda Quraisy yang bersemangatseramai
tujuh puluh (70) atau lapan puluh (80) orang turun melalui bukit
al-Tanaim. Mereka cubamemasuki khemah Islam, tetapi mereka semua telah
diberkas oleh Muhammad bin Salamah, ketuapengawal khemah Islam. Untuk
tujuan perdamaian maka Rasulullah s.a.w membebaskan semua
mereka,sehubungan dengan kejadian ini turunlah ayat Al-Quran
bermaksud:"Dan Dialah yang menahan tangan mereka dari membinasakan kamu
dan menahan tangan kamu darimembinasakan mereka di tengah kota Madinah
sesudah Allah memenangkan kamu ke atas mereka."
Al-Fath:
24UTHMAN BIN AFFAN SEBAGAI DUTA MENEMUI QURAISYKini Rasulullah s.a.w
hendak mengirim seorang duta kepada Quraisy untuk meyakinkan mereka
mengenaipendirian dan tujuan kedatangan mereka, Baginda memanggil Umar
bin Al-Khattab untuk dihantar tetapiUmar meminta pengecualian dengan
katanya: "Wahai Rasululllah, kecualikanlah daku, tiada siapa
darikalangan Banu Kaab yang bersimpati dengan ku sekiranya ku disakiti.
Hantarlah Uthman bin Affan,keluarganya ada di sana, dan beliau berupaya
menyampaikan apa yang Rasulullah s.a.w kehendaki".Maka Rasulullah s.a.w
menjemput Uthman dan dihantarnya beliau untuk berbicara dengan Quraisy.
Kata
- 173. Ar-Raheeq Al-MakhtumRasulullah s.a.w: "Beritahu
mereka bahawa kita datang ke mari bukan untuk berperang tapi datang
untukmengerjakan umrah serta serukan mereka kepada Islam". Baginda juga
menyuruh beliau bertemudengan kaum lelaki mukmin dan wanita mukmin,
memberitahu mereka perkhabaran yangmengembirakan bahawa Allah akan
tampilkan agamanya di Makkah hingga tiada siapa pun yang akanmerahsiakan
imannya.Saidina Uthman pun bergerak ke sana melalui orang-orang Quraisy
yang sedang berada di Baldah. Katamereka: "Hendak ke mana ni?" Jawab
beliau: "Aku ini telah diutuskan oleh Rasulullah s.a.w untuk
tujuanbegini-begini", kata mereka: "Kami fahamlah apa yang kau kata itu,
teruskan sahaja tujuanmu itu". Disitu Abban bin Said bin Al-Aas bangun
dan mengalu-alukan beliau dan mengenakan pelana ke ataskudanya dan
membawa Uthman dengan kudanya itu., beliau memberi perlindungan dan
mengiringinyahingga sampai ke Makkah dan terus disampaikan perutusan
kepada Quraisy. Setelah itu beliau ditawaruntuk bertawaf mengelilingi
Al-Kaabah, tapi beliau tolak tawaran itu dan enggan untuk bertawaf
kecualisetelah dilakukan oleh Rasulullah s.a.w terlebih dahulu.KHABAR
ANGIN MENGENAI PEMBUNUHAN UTHMAN DAN BAIAH AR-RIDHWANQuraisy telah
menahan Uthman agak lama juga, kerana mereka hendak bermesyuarat sesama
merekauntuk membuat keputusan yang muktamad, untuk mereka berikan kepada
Uthman sebagai jawapankepada perutusan yang akan dibawa oleh Uthman
kepada Rasulullah s.a.w, oleh itu maka tersebar luasberita yang
mengatakan Uthman telah dibunuh oleh pihak Quraisy, sehingga Rasulullah
s.a.w sendiritelah menegaskan dengan katanya: "Kita tidak akan beredar
dari sini hinggalah kita memerangi mereka".Untuk itu Baginda meminta
para sahabatnya berikrar dengan satu baiah (sumpah setia),
berduyun-duyunmereka ke hadapan Rasulullah s.a.w memberi baiah untuk
tidak akan bergerak dan berundur, berbaiahsecara jamaie untuk mati
bersama.Diceritakan orang-orang yang mula meletakkan tangannya ialah Abu
Sinan Al-Usdi, kemudian Salamahbin Al-Akwa untuk mati bersama, tiga
kali di permulaan di pertengahan dan penyudah, malah Rasulullahs.a.w
memegang tangannya sendiri dengan berkata: "Tangan ini mewakili Uthman".
Setelah selesaibaiah, Uthman pun datang, maka beliau pun turut
berbaiah, tiada seorang pun yang melarikan dirikecuali seorang munafiq
sahaja yang bernama Jad bin Qais. Upacara baiah ini Rasulullah
s.a.wlangsungkan di bawah sepohon kayu, Umar memegang tangan Rasulullah
s.a.w manakala Maqal binYasar memegang ranting pokok berkenaan bagi
pihak Rasulullah s.a.w, inilah baiah Ar-Ridwan yangditurunkan padanya
ayat Al-Quran yang bermaksud:"Sesungguhnya Allah telah meredhai terhadap
orang-orang mukmin ketika mereka berbaiah kepadaengkau di bawah sepohon
pokok".
Al-Fath: 18PEMETERAIAN PERJANJIAN DAMAI DAN
AGENDA-AGENDANYAPihak Quraisy mengetahui situasi yang cemas itu,
sehubungan dengan itu, mereka segera menghantarSuhail bin Amru untuk
menerima perjanjian berkenaan, melalui perjanjian pihak Quraisy
menyatakansupaya Rasulullah s.a.w dan para sahabatnya harus pulang ke
Madinah tanpa peribadatan Umrah padatahun ini, supaya tidak menjadi buah
mulut bangsa Arab, bahawa mereka memasuki Makkah secarakekerasan. Maka
Suhail bin Amru pun datang menemui Rasulullah s.a.w: Apabila Rasul
melihat Suhail,Baginda pun menyebut: "Allah mempermudahkan urusan kamu".
Quraisy bermaksud untuk berdamai,kerana itu diutusnya orang ini. Suhail
tiba dan bercakap dengan panjang lebar, mereka berdua bersetujudengan
asas-asas perdamaian seperti berikut:1. Rasulullah s.a.w harus pulang
sahaja di tahun ini, tanpa memasuki Makkah, di tahun hadapan mereka
- 174.
Ar-Raheeq Al-Makhtummemasuki Makkah dan boleh tinggal hanya tiga hari
sahaja, membawa senjata sebagai penunggang itupun pedang harus
disarungkan dan Quraisy tidak akan membuat sebarang halangan.2.
Dihentikan peperangan di antara dua pihak untuk selama sepuluh (10)
tahun hingga orang awammenikmati keamanan dan kedua belah pihak berhenti
mengganggu lawannya.3. Sesiapa yang ingin berikat janji dengan Muhammad
dia berhak berbuat demikian dan sesiapa yangingin berikat janji dengan
Quraisy dia berhak berbuat demikian, dengan anggapan qabilah yang
menyertaisalah satu kern ini sebagai sebahagian dari kem berkenaan,
pelanggaran oleh mana-mana qabilah inidianggap sebagai pelanggaran ke
atas kem induk.4. Sesiapa sahaja yang lari dari Quraisy lantas menyertai
Muhammad tanpa izin dari orang yangdipertanggungjawabkan, hendaklah
dihantar balik. Dan sesiapa yang lari dari Muhammad lantasmenyertai
Quraisy tidak ditolak.Rasulullah s.a.w memanggil Ali untuk menulis Nas
perjanjiaan, Baginda merencana kepada beliau dengankatanya: "Bismillah
Ar-Rahman Ar-Rahim" Kata Suhail: "Ada pun lafaz Ar-Rahman itu kami
tidakmengetahuinya, tapi tulis sahaja: "Bismika Allahumma". Baginda
menyuruh Ali menulisnya, kemudiandirencana lagi "Inilah apa yang
persetujui oleh Muhammad Rasulullah s.a.w" kata Suhail: Kalau
kamipercayakan kau sebagai Rasulullah s.a.w pasti kami tidak menghalang
kau atau memerangi kau, oleh itutulis namamu Muhammad bin Abdullah
sahaja. Kata Rasulullah s.a.w: "Sesungguhnya daku ini Rasulullahs.a.w,
Pesuruh Allah walaupun kamu mendustaiku". Baginda pun menyuruh Ali
menulis "Muhammmad binAbdullah serta memadam lafaz "Rasulullah s.a.w,
tapi Ali enggan memadamnya maka Rasulullah s.a.wmemadamnya dengan
tangannya sendiri, dengan itu selesailah pembentukan format perjanjian.
Sebaiksahaja format perjanjian dimeterai, maka Banu Khuzaah pun segera
menyertai kem Rasulullah s.a.w,kerana sejak dahulu lagi mereka ini
menjadi sekutu banu Hasyim, sejak era Abdul Muttalib, seperti yangkita
sebutkan di permulaan kitab ini, penyertaan mereka di hari ini lebih
merupakan penegasan danpengukuhan kepada penyertaan mereka yang dahulu.
Manakala Banu Bakr menyertai kem Quraisy.PENOLAKAN ABU JANDALSemasa
jurutulis sedang sibuk untuk menyiapkan format perjanjian, tiba-tiba Abu
Jandal bin Suhailberjalan mengheret rantai belenggu, menghempaskan
dirinya dihadapan kaum muslimin, beliau larikeluar dari selatan Makkah,
Suhail yang berada di situ meminta Rasulullah s.a.w membuat
keputusansupaya memulangkan Abu Jandal ke pangkuan masyarakat musyrikin
Quraisy, kata Rasulullah s.a.w:"Kita belum sempat menyelesaikan format
perjanjian lagi". Kata Suhail: "Demi Allah! Inilah perkarapertama yang
aku meminta kau membuat keputusan mengenainya". Kata Rasulullah s.a.w:
Berilahkesempatan kepada ku". Jawab Suhail: "Aku tak akan beri". Jawab
Rasulullah s.a.w: "Bahkan, kau mestiberikan". Kata Suhail: "Aku tidak
akan beri". Seterusnya Suhail menumbuk muka Abu Jandal, sambilmemegang
leher bajunya dan menyeret-nyeret untuk di bawa ke dalam masyarakat
musyrikin Makkah,apa lagi Abu Jandal meneriak sekuat suaranya: "Wahai
kaum muslimin apakah kamu mahu aku diseretkembali ke dalam masyarakat
musyrikin untuk difitnahkan ke atas agamaku?" Kata Rasulullah
s.a.ws.a.w: "Bersabarlah dan bertahanlah wahai Abu Jandal, sesungguhnya
Allah sedang memberi kepada kaudan orang-orang lain kalangan musthadafin
yang bersama kau jalan keluar dan kelepasannya.Sebenarnya kami ini
sedang memeterai perjanjian perdamaian dengan mereka, telahpun kami
berikanperjanjian kami kepada mereka dan sebaliknya mereka juga telah
memberi janji iqrar mereka, takseharusnya kita mengkhianatinya.Umar
segera bangun dan berjalan dengan Abu Jandal sebelah menyebelah seraya
berkata: "Sabarsahajalah wahai Abu Jandal, kaum musyrikin darah mereka
sama seperti darah anjing, dan beliaumendekatkan hulu pedangnya kepada
Abu Jandal, dengan berkata di dalam hatinya: Aku mengharapkanbeliau
merampas pedang itu dariku, supaya dengannya sempat beliau membunuh
bapanya, tapi beliau initerasa berat untuk bertindak, berakhir dengan
termeterainya perdamai ini.
- 175. Ar-Raheeq
Al-MakhtumMENYEMBELIH DAN BERCUKUR UNTUK BERTAHALLUL DARI UMRAHSelepas
Rasulullah s.a.w selesai soal perjanjian perdamaian, Baginda pun menyeru
kepada sidangmuslimin dengan sabdanya: "Ayuh sekarang kamu boleh
bersembelih". Demi Allah tak seorang punbertindak, hingga terpaksa
Baginda menyeru tiga kali, namun masih tiada siapa pun yang
menyahut.Dengan keadaan berduka Rasulullah s.a.w bangun dan masuk ke
dalam khemah, menemui isterinyaUmmu Salamah. Baginda menceritakan
kepadanya, hal kaum muslimin yang tidak memberi responkepada seruannya,
maka jawab Ummu Salamah: "Apakah tuan hamba mahu mereka semua lakukan
itu?"Ayuh Rasulullah s.a.w, sembelihkan qurban itu tanpa menyebut
apa-apa suruhan pun, kemudianjemputtukang cukur mencukur rambut tuan
hamba".Rasulullah s.a.w pun keluar dari situ tanpa bercakap sepatah pun,
Baginda terus menyembelih korban danmenyuruh dicukur rambutnya. Bila
sekalian yang menyertai umrah itu melihat Rasulullah s.a.wmenyembelih
dan bercukur maka masing-masing bergegas menyembelih ternakan dan cukur
mencukur.Hampir berlaku perbalahan, unta disembelih untuk tujuh
bahagian, lembu untuk tujuh bahagian danRasulullah s.a.w menyembelih
unta rampasan Abu Jahal dahulu yang hidungnya bersubang perak
untukmembangkitkan kemarahan kaum musyrikin. Di situ Rasulullah s.a.w
s.a.w berdoa kepada sekalian yangmencukur kepala mereka dengan memohon
keampunan khusus untuk mereka yang mencukur rambutsebanyak tiga kali,
dan sekali untuk mereka yang hanya memendekkannya. Di dalam perjalanan
umrahini terturun firman Allah mengenai mereka yang bercukur kepala
kerana berpenyakit iaitu diganti ataudifidyahkan dengan berpuasa atau
mengeluar sedekah atau korban. Sebab nuzul (turun) ayat ini
ialahmengenai Kaab bin Ajarah yang berkudis di kepalanya hingga terdapat
ulat-ulat yang luruh darikudisnya. (Penterjemah).RASULULLAH S.A.W
ENGGAN MENGHANTAR PULANG WANITA MUKMIN YANG BERHIJRAHSekumpulan wanita
mukmin telah berhijrah, para wali mereka telah datang menemui Rasulullah
s.a.wsupaya dipulangkan mereka ini kepangkuan keluarga di Makkah bagi
menepati perjanjian Al-Hudaibiyyahyang dipersetujui dahulu, tetapi
Rasulullah s.a.w enggan melayan permintaan mereka atas alasan
nasperjanjian yang bermaksud: "Bahawa tiada seorang lelaki pun dari
sebelah Quraisy yang harus menyertaikau walaupun beliau itu di atas
agamamu, kalau tidak, mestilah dihantar balik". Nas perjanjian ini
tidakmerangkumi kaum wanita sama sekali, mengenai kejadian ini Allah
telah menurunkan ayatNya yangbermaksud:"Wahai orang-orang yang beriman,
apabila datang berhijrah padamu perempuan-perempuan yangberiman, maka
hendaklah kamu uji mereka. Allah lebih mengetahui tentang keimanan
mereka, maka jikakamu telah mengetahui bahawa mereka benar-benar beriman
maka janganlah kamu kembalikan merekakepada orang-orang kafir, mereka
tiada halal bagi orang-orang kafir itu dan orang-orang kafir itu
tiadahalal pula bagi mereka. Dan berikanlah kepada suami-suami mereka
mahar yang telah mereka bayar.Dan tiada dosa atas mu mengahwini mereka
apabila kamu bayar kepada mereka maharnya. Danjanganlah kamu berpegang
pada tali (perkahwinan) dengan perempuan-perempuan kafir "
Al-Mumtahanah: 10Biasanya Rasulullah s.a.w menguji kaum wanita,
berdasarkan firman Allah yang bermaksud:"Apabila datang kepada mu
perempuan-perempuan yang beriman untuk mengadakan janji setia,
bahawamereka tidak akan mempersekutukan sesuatu pun dengan Allah, tiada
akan mencuri, tidak akan berzina,tidak akan membunuh anak-anak, tidak
akan berbuat dosa yang mereka ada-adakan di antara tangandan kaki
mereka, dan tidak akan menderhakai mu dalam urusan yang baik, maka
terimalah janji setiamereka dan memohonkanlah ampunan kepada Allah untuk
mereka. Sesungguhnya Allah Maha
- 176. Ar-Raheeq
Al-Makhtummengampun lagi Maha Penyayang".
Al-Mumtahanah:
12Sesiapa dari mereka akur dengan syarat-syarat ini maka Rasul akan
mengucap yang bermaksud:"Sesungguhnya aku berbaiah dengan kau dan mereka
ini tidak dipulangkan ".Kaum muslimin, menceraikan isteri-isteri mereka
yang kafir berdasarkan hukum ini, Umar ibni Al-Khattabmenceraikan dua
orang isterinya yang kafir. Seorang darinya Muawiyah yang dikahwini
olehnya danseorang lagi oleh Sofwan bin Umaiyah.FAEDAH-FAEDAH DARI
SYARAT PERJANJIANInilah perdamaian sementara Hudaibiah, sesiapa yang
cuba memahami lebih mendalam terhadap butiranperjanjian di samping
suasana yang melatarbelakangkannya, pasti menyakini yang ianya
adalahkemenangan besar kepada umat Islam, sebelum ini Quraisy tidak
mengiktiraf kehadiran umat Islam,malah pihak Quraisy berusaha
membanteras mereka ke akar umbi dan menunggu untuk menyaksikemusnahan
mereka, pihak Quraisy sedang berusaha sedaya upaya dan sehabis tenaganya
untukmenghalang penerusan dakwah Islamiah agar ianya tidak sampai
kepada manusia ramai yang sifatnyasebagai pemimpin agama dan dunia di
Semenanjung Tanah Arab. Kecenderungan mereka untuk berdamaibererti
mereka sudah mengiktiraf kekuatan Islam, syarat yang ketiga dengan
seluruh isi kandungannyamemperlihatkan, kini Quraisy sudah melupai
peranan Islam sebagai pemimpin Arab, agama dan dunia,kerana sudah tidak
peduli selain dirinya sahaja. Adapun orang lain dan semenanjung Arab
semuanya,kalau hendak memeluk Islam pun tidak mengapa. Ianya tidak akan
campur tangan langsung, yangpenting hanya dirinya sahaja, tidakkah ini
merupakan satu kekalahan yang amat parah? Bahkan ianyasatu kemenangan
yang cemerlang bagi Islam. Peperangan yang bermatlamatkan merampas harta
benda,meragut nyawa dan membunuh manusia atau memaksa musuh supaya
memeluk Islam, bukan tujuanpertama dan utama dari peperangan tadi,
sebaliknya ialah mewujudkan satu kebebasan yang menyeluruhuntuk manusia
sejagat di dalam memilih akidah dan agama mereka."Siapa mahu, dia boleh
beriman dan siapa mahu, dia boleh kufur".
Al-Kahfi:
29Hingga tidak berlaku satu penghalang di antara manusia dan
kehendaknya, kini matlamat sudah puntercapai dengan segala anasir dan
ciri-cirinya. Boleh jadi dengan pencapaian dan kemenangan agung initidak
berlaku lagi peperangan. Melalui perjanjian damai ini umat Islam telah
memperolehi kebebasanbesar di dalam dakwah, sebelum perjanjian, tentera
Islam tidak lebih tiga ribu (3,000) orang sahaja,tetapi bilangan ini
bertambah hingga sebelum pembukaan kota Makkah dalam tempoh dua tahun
menjadisepuluh ribu (10,000) orang.Adapun syarat yang kedua yang
merupakan bahagian kedua di dalam faktor kemenangan agung Islam,kerana
kaum muslimin tidak merupakan pihak yang memulakan peperangan, tetapi
Quraisylah pihakyang memulakan pergaduhan. Firman Allah yang
bermaksud:"Dan merekalah yang memulakan terhadap kamu pada kali
pertama".
At-Taubah: 13Sedangkan maksud kaum muslimin
dengan rondaan ketenteraan mereka, tidak lebih dari menyedar
danmengingatkan Quraisy tentang kesombongan dan halangannya terhadap
usaha ke jalan Allah, supayaQuraisy jujur dan bertindak saksama terhadap
kaum muslimin. Semua ini bertujuan agar setiap kemboleh beusaha dalam
suasana yang selesa. Syarat menangguhkan peperangan untuk tempoh
sepuluhtahun merupakan pembatasan terhadap kesombongan dan halangan
Quraisy tadi dan sebagai tandakegagalan orang yang mula menyalakan api
peperangan, dan sebagai petanda kedhaifan dan keruntuhanmereka.
- 177.
Ar-Raheeq Al-MakhtumManakala syarat perdamaian pertama mentafsirkan
pembatasan kuasa Quraisy yang biasa menghalangperibadatan di masjid
Al-Haram, ianya juga pertanda kekalahan Quraisy malah tiada suatu pun
darisyarat-syarat perjanjian yang memberi kepuasan kepadanya selain dari
sekadar menghalang pada tahunitu sahaja. Quraisy telah menghadiahkan
percuma syarat-syaratnya yang tiga di atas kepada kaummuslimin, ianya
menikmati syarat yang keempat, itu pun syarat yang tidak berfaedah
sangat, yang tidakada apa-apa erti pun, tidak pula membahayakan kaum
muslimin, seperti yang diketahui bahawa selagimana seorang muslim itu
tetap muslim, beliau tidak akan lari dari Allah dan RasulNya, atau
daribandaraya Islam "Al-Madinah" kecualilah kalau ianya murtad secara
nyata atau rahsia, dan kalau ianyamurtad maka Islam tidak memerlukannya
lagi malah berpisahnya beliau dari masyarakat Islam lebih baikdari
beliau tinggal di dalamnya, inilah apa yang diisyaratkan oleli
Rasulullah s.a.w di dalam sabdanyayang bermaksud: "Sesungguhnya orang
yang lari dari kita kepada mereka semoga dijauhkannya olehAllah".Adapun
orang yang memeluk Islam dari penduduk Makkah dan tidak berpeluang untuk
mendapatperlindungan di Madinah, namun bumi Allah masih luas, tidakkah
Al-Habsyah merupakan bumi luas untukkaum muslimin mendapati perlindungan
di sana? Terutama semasa penduduk Al-Madinah belummenganut Islam.
Inilah yang diisyaratkan oleh Rasulullah s.a.w di dalam sabdanya yang
bermaksud: "Dansesiapa yang mendatangi kita dari kem mereka, Allah akan
menjadikan kepadanya kelapangan dan jalankeluar."Perkiraan dan
kewaspadaan pihak Quraisy seperti ini, meskipun seolah-olah
memperlihatkan usaha danmempertahankan keagungan maruahnya, tetapi
sekaligus menunjukkan kepanikan, keresahan, dankelemahan mereka. lanya
juga menunjukkan ketakutan mereka yang amat sangat tentang masa
depanentiti berhala. Perjanjian ini bagaikan mereka sudah menduga dan
merasa institusi dan kayanya sedangmenunggu saat dan masa keruntuhan.
Oleh itu wajarlah mereka membuat perhitungan seperti ini.Keterbukaan
Rasulullah s.a.w untuk tidak dipulangkan mana-mana individu yang lari
dari Islam untukmenyertai Quraisy, sebenarnya adalah bukti bahawa
Rasulullah s.a.w bergantung dengan usaha-usahapengukuhan sahsiah umat
Islam sepenuhnya. Oleh itu Baginda tidak langsung curiga atau takut
dengansyarat ini.KAUM MUSLIMIN BERDUKACITA DAN UMAR BERBINCANG DENGAN
NABI (S.A.W)Apa yang kita bicarakan ialah intipati syarat-syarat
perjanjian. Namun demikian terdapat dua fenomenayang membawa kaum
muslimin seluruhnya berdukacita amat sangat.Pertama: Sebelum ini Baginda
telah memaklumkan sekalian masyarakat Islam bahawa mereka
akanmenziarahi Baitullah seterusnya bertawaf disekelilingnnya, tapi
mengapa pula kini harus mereka pulangtanpa melaksanakan peribadatan
tawaf itu?Kedua: Sesungguhnya Rasulullah s.a.w berada di atas kebenaran,
dan Allah pula telah menjanjikanpenampilan agamanya, tapi kini mengapa
pula Rasulullah s.a.w menerima tekanan Quraisy danmembiarkan Quraisy
menjadi superior dalam proses damai ini? Dua gejala inilah yang menjadi
titikpertanyaan, keraguan, kesangsian dan waham. Perasaan umat Islam
tercabar kerananya, ianya telahmempengaruhi kewarasan untuk berfikir
tentang natijah-natijah baik dari syarat-syarat perjanjian ini.Boleh
jadi Saidina Umarlah di antara orang yang paling bersedih, hingga
dengannya beliau telah datangmenemui Rasulullah s.a.w untuk bertanya:
"Wahai Rasulullah s.a.w, tidakkah kita ini diatas kebenarandan mereka di
atas kebatilan". Jawab Rasulullah s.a.w: "Bahkan". Kata Umar lagi:
"Tidakkah syahid-syahid kita di dalam syurga dan yang mati dikalangan
mereka di dalam neraka?" Jawab Rasulullah s.a.w:"Bahkan". Kata Umar:
"Kalaulah demikian mengapa kita membenarkan kerendahan kepada agama
kita,kita hendak pulang pula, kenapa Allah menghukum di antara kita dan
mereka sebegini rupa?" JawabRasulullah s.a.w: "Wahai anak Al-Khattab!
Aku ini Rasulullah s.a.w, utusan Allah, masakan harus ku
- 178.
Ar-Raheeq Al-MakhtummenderhakaiNya, Dialah Pembantuku, Dia tidak akan
membiarkanku dan mengabaikan daku samasekali". Kata Umar: "Tidakkah tuan
hamba menceritakan kepada kita semua bahawa kita akan
menziarahiBaitullah Al-Haram dan bertawaf di sekelilingnnya?" Jawab
Rasulullah s.a.w: "Bahkan! Apakah ku katakanditahun ini? Jawab Umar:
"Tidak". Kata Rasulullah s.a.w: "Tetapi kau akan menziarahinya dan
bertawaf disekelilingnya".Umar beredar dari situ dengan hati membawa
kemarahan untuk menemui Abu Bakr, bila bertemu serayabersoAl-Jawab
seperti apa yang beliau lakukan dengun Rasulullah s.a.w dan menegaskan
lagi. Jawab AbuBakr: "Umar! Kau mestilah berpegang dengannya hingga ke
akhir hayatmu, demi Allah sesungguhnyaBaginda adalah Rasulullah s.a.w
yang berada di atas kebenaran. Kemudian turunlah firman
Allahbermaksud:"Sesungguhnya kami menangkan engkau dengan satu
kemenangan yang nyata "
Al-Fath: 1Rasulullah s.a.w
menyampaikan ayat ini kepada Umar, maka beliau bertanya: "Wahai
Rasulullah s.a.wapakah ianya kemenangan?" kata Rasulullah s.a.w: "Ya".
Dengan itu jiwa Umar kembali tenang. Selepasitu Umar menyesal dan
berdukacita di atas sikapnya itu, maka kata beliau: Untuk itu maka aku
lakukankerja-kerja amal, terus ku bersedekah, berpuasa, sembahyang, dan
memerdekakan hamba-hambasahaya bagi menggantikan tindakan ku di hari
itu, kerana ku takut di atas keceluparan percakapan ku itu,dengan
harapan semoga semuanya itu hanyalah untuk
kebaikan semata-mata.MAKA SELESAILAH KRISIS GOLONGAN
MUSTADHAFINSekembalinya Rasulullah s.a.w ke Madinah, Baginda terasa aman
seketika suasananya, tiba-tiba salahseorang Islam, yang teraniaya di
Makkah dan disiksa terlepas lari dari kurungan Quraisy, beliau
dikenalisebagai Abu Basir dari Banu Thaqif sekutu Quraisy, pihak Quraisy
segera menghantar dua orangutusannya buat menemui Rasulullah s.a.w,
maka kata utusan itu kepada Rasulullah s.a.w: "Kami datangini kerana
perjanjian yang kami meteraikan itu", Rasulullah s.a.w pun segera
menyerahkan Abu Basirkepada dua orang utusan tadi, kedua mereka membawa
pulang Abu Basir ke Makkah hingga apabilamereka sampai ke tempat bernama
"ZulHulaifah" mereka pun berhenti dan memakan bekalan merekaiaitu buah
tamar, kata Abu Basir: "Aku tengok pedang kamu itu istimewa juga".
Beliau pun mencabutpedangnya, dengan berkata: "Memang benar, Demi Allah
ianya benar-benar istimewa, aku telah cubanyaberulang kali" Kata Abu
Basir: "Cuba aku tengoknya".Sebaik sahaja beliau memegangnya terus
beliau membunuh tuannya. Yang seorang lagi lari hinggasampai ke Madinah,
beliau berlari hingga ke dalam masjid, apabila Rasulullah s.a.w
melihatnya Bagindaberkata: "Orang ini mendapati sesuatu yang menakutkan
beliau". Apabila sampai di hadapan Rasulullahs.a.w terus beliau berkata:
"Kawanku telah pun dibunuh, dan aku pun hampir-hampir dibunuhnya
juga".Setelah itu Abu Basir pula menyusul tiba lantas berkata: "Wahai
nabi Allah, demi Allah kini Allah sudahpun menunai tanggungjawabmu,
kerana kau kembalikan ku ke pangkuanmu, nah! sekarang Allahmembebaskan
daku". Jawab Rasul: "Duhai ibuku, ini satu angkara pula, inilah pencetus
peperangan,seandainya ada seorang lagi...., bila beliau mendengar
kata-katanya ini beliau yakin yang Baginda akanmenghantar beliau semula
kepada pihak Quraisy, dengan itu terus beliau lari dari situ hingga
sampai kekawasan bernama "Saiful Bahri". Di masa yang sama Abu Jandal
bin Suhail terlepas lari dari Makkah,malah terus beliau menyertai Abu
Basir hingga terkumpul di sana sebilangan orang Islam yang terlepaslari
dari Quraisy semua mereka menyertai Abu Basir. Demi Allah apabila mereka
mengetahui ada kafilahQuraisy yang keluar untuk ke negeri Syam terus
mereka memintasnya, membunuh orangnya menawanhartanya, akhirnya Quraisy
terpaksa mengutus utusan, meminta kasihan belas Rasulullah s.a.w;
iaitusesiapa yang lari dari Makkah menyertai Baginda, adalah bebas,
dengan itu nabi pun memberitahumereka supaya masuk Madinah.
- 179.
Ar-Raheeq Al-MakhtumSATRIA-SATRIA QURAISY MEMELUK ISLAMDipermulaan
tahun ke tujuh (7) Hijrah, selepas perjanjian Al-Hudaibiyyah, Amru bin
Al-Aas, Khalid binAl-Walid dan Uthman bin Talhah mendapat hidayah
memeluk Islam. Setibanya mereka di hadapanRasulullah s.a.w, Baginda
bersabda: "Ini dia Makkah telah mencampak kepada kita buah
hatikesayangannya".MARHALAH KEDUA: SATU PERKEMBANGAN BARUSesungguhnya
perjanjian Al-Hudaibiyyah adalah satu era baru kepada perkembangan Islam
danperjuangan umatnya. Sebelum ini, Quraisy merupakan kuasa terkuat
terangkuh, sombong dan bongkakmemusuhi Islam. Dengan penarikan diri dari
kancah peperangan kepada meja perdamaian dan keamananbererti salah satu
dari tiga sayap kuat barisan bersekutu telah patah (Quraisy, Ghatafan
dan Yahudi).Quraisy mewakili kuasa penganut-penganut berhala, dan
pimpinannya di bumi Arab; kini perasaangolongan penyembah berhala
(Al-Wathani) menurun, sikap permusuhan mengurang, sebab itu kitamelihat
pelanggaran Ghatafan terhadap Islam tidak sebesar sebelum perjanjian,
itu pun keranarangsangan golongan Yahudi.Manakala kaum Yahudi pula
menjadikan Khaibar sebagai sarang konspirasi dan pakatan jahat
merekaselepas pembuangan dari bumi Yathrib, ianya menjadi sarang
pembiakan kader-kader syaitan yangmemarak api-api fitnah, darinya juga
terkeluar insentif-insentif kepada Arab-Arab Badwi yangbermaustautin di
pinggir-pinggir Al-Madinah. Azam membenteras Nabi (s.a.w) dan kaum
muslimin tidakkunjung padam dari kesumat mereka atau setidak-tidaknya
menimpakan kaum muslimin dengankerugiait-kerugian yang parah. Oleh itu
langkah terawal dan tegas yang diambil oleh Rasulullah s.a.wselepas
perjanjian Al-Hudaibiyyah ialah melancarkan serangan habis-habisan ke
atas sarangnya.Marhalah yang dilalui oleh kaum mlislimin selepas
perdamaian, memberi peluang paling baik untukmengembangkan dakwah
Islamiah. Keaktifan mereka berlipat-ganda di ruang dakwah,
kecergasanmereka terserlah di dalam sektor ini, lebih dari kecergasan
mereka disektor ketenteraan, maka sebab itukami berpendapat ada baiknya
marhalah ini dibahagikan kepada dua:1. Aktiviti di medan dakwah atau
perutusan kepada raja-raja dan gabenor-gabenor.2. Aktiviti
ketenteraan.Sebelum kita meneruskan pembicaraan mengenai kecergasan
ketenteraan di dalam marhalah ini, terlebihdahulu kita bicarakan tajuk
perutusan kepada raja-raja dan gabenor-gabenor, kerana dakwah
Islamiahmerupakan keutamaan, malah lantarannyalah kaum muslimin
mengalami segala fitnah, kesakitan,peperangan, penindasan, kegawatan dan
kekacauan.PERUTUSAN KEPADA RAJA-RAJA DAN GABENOR-GABENORDi penghujung
tahun keenam (6) Hijrah iaitu semasa kepulangan Rasulullah s.a.w dari
Al-Hudaibiyyah,Baginda telah mengutuskan surat kepada golongan raja-raja
menyeru mereka kepada Al-Islam. ApabilaRasulullah s.a.w hendak menulis
surat-surat ini kepada raja-raja berkenaan maka Baginda telah
dinasihatidengan kata mereka: "Golongan raja-raja ini tidak akan
menerimanya kalau surat-surat itu tidak bercopmohor justeru itu,
Rasulullah s.a.w mengunakan mohor yang diperbuat dari perak,
berukirdipermukaannya lafaz-lafaz "Muhammad Rasulullah s.a.w", tiap-tiap
lafaz pada barisan yang tersendiri.Rasulullah s.a.w memilih dari
kalangan sahabatnya yang berpengetahuan lagi berpengalaman
sebagaiutusan-utusan, mereka diutuskan kepada raja-raja. Al-Allamah
Al-Mansurfuri telah memastikan bahawa
- 180. Ar-Raheeq
Al-MakhtumRasulullah s.a.w menghantar mereka semua pada awal Muharam
tahun ketujuh (7) beberapa harisebelum baginda keluar ke Khaibar.
Berikut diturunkan nas-nas risalah yang terutus itu dan natijah
yangdiperolehi selepasnya.1. Risalah kepada An-Najasyi, Maharaja
HabsyahAn-Najasyi ini bernama Ashamah bin Al-Abhar, Rasulullah s.a.w
menulis kepadanya yang di bawa olehAmru bin Umaiyah Ad-Dhamri di akhir
tahun keenam atau pada Muharam tahun ke tujuh (7) Hijrah, al-Tabari
telah merakam nas risalah, namun setelah kita meneliti dengan cermat nas
berkenaan, ianyabukanlah nas risalah yang ditulis oleh Rasulullah s.a.w
selepas Al-Hudaibiyyah. Malah ianya boleh jadi nasrisalah yang dibawa
oleh Jaafar bin Abi Talib bersama-sama sahabatnya yang telah keluar
berhijrah ke Al-Habsyah, semasa baginda masih di Mekah belum berhijrah
lagi. Kerana di dalamnya tersebut nama-namamereka yang berhijrah di
penghujung surat, dengan lafaz berikut: "(Dan sesungguhnya ku
kirimkankepada kamu anak saudaraku Jaafar dan beberapa orang Islam
bersama-sama dengannya, sekiranyabeliau sampai, terimalah mereka dan
kuharapkan dapat tinggalkanlah sifat sombongmu itu)."Imam Al-Baihaqy
telah meriwayatkan dari Ibnu Ishak satu nas risalah yang ditulis oleh
Rasulullah s.a.wkepada An-Najasyi, seperti berikut:"Inilah risalah dari
Muhammad sifatnya sebagai Nabi, kepada An-Najasyi, salam sejahtera
kepadapengikut cahaya hidayat, beriman dengan Allah dan RasulNya,
mengakui tiada Tuhan melainkan AllahYang Esa, tiada sekutu bagiNya,
tiada teman dan anak; dan sesungguhnya Muhammad itu hambaNya
danpesuruhNya, aku ini Rasulullah s.a.w dan anutlah Islam nescaya kamu
selamat.Wahai ahli kitab! marilah kepada suatu kalimah yang tidak ada
perselisihan antara kami dan kamu,bahawa kita tidak sembah kecuali Allah
dan kita tidak persekutukan Dia dengan sesuatu pun dan tidakpula
sebahagian kita menjadikan sebahagian yang lain sebagai tuhan selain
Allah. Jika mereka berpaling,maka katakanlah kepada mereka: "Saksikanlah
bahawa kami adalah hamba yang menyerahkan dinkepada Allah. Sekiranya
kamu menolak maka atas kamulah dosa-dosa kaum An-Nasrani bangsa kau
itu.Pengkaji terkenal Doktor Hamidullah telah mengemukakan kandungan
risalah yang baru beliau ketemuibeberapa ketika yang lepas, seperti mana
yang diturunkan oleh Ibnu Al-Qayyim dengan beberapakelainan pada
beberapa lafaz sahaja. Doktor Hamidullah telah berusaha
bersungguh-sungguh untukmenyelidiki kandungan tersebut disokong dengan
penemuan-penemuan semasa, justeru itu beliaumemuat gambar risalah
berkenaan ke dalam kitabnya, seperti berikut yang bermaksud:"Dengan nama
Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih." Dari Muhammad Rasulullah
s.a.w kepadaAn-Najasyi Yang Di Pertuan Agung negara Habsyah, salam
sejahtera ke atas orang yang mengikutihidayah. Adapun selepas itu,
bahawa sesungguhnya daku memujimu Allah yang tiada Tuhan melainkanDialah
Tuhan "Al-Malik Al-Quddus, As-Salam, Al-Mu min Al-Muhaimin. daku
mengakui bahawa Isa adalahanak Mariam roh Allah dan kelebihanNya, yang
dicampak kepada Mariam yang tulus murni suci, makadengannya beliau
mengandung Isa dari rohNya dan tiupanNya, seperti mana dicipta Adam
dengantanganNya, dan kini aku menyeru kamu kepada Allah yang Esa tiada
sekutu bagiNya, memberi ketaatankepadanya, hendaklah kamu mengikuti ku,
beriman dengan yang diturun kepada ku, sesungguhnya akuadalah utusan
Allah, aku mengajak kau dan tentera kau kepada Allah Azzawajalla.
Sebenarnya telahpunku sampaikan dan menasihati, maka terimalah nasihat
ku ini, dan salam ke atas orang yang mengikuthidayat".Yang berbahagia
Doktor Hamidullah menegaskan inilah nas Risalah yang ditulis oleh
Rasulullah s.a.wkepada An-Najasyi selepas perdamaian Al-Hudaibiyyah.
Adapun kesahehan nas ini tidak diragui, setelahditeliti bukti-buktinya,
manakala apa yang dikemukakan oleh Al-Baihaqy diriwayatkan Ibnu Ishak
lebihmenyamai dengan risalah-risalah yang ditulis oleh Rasulullah s.a.w
kepada raja-raja dan gabenor-gabenorNasrani selepas perdamaian
Al-Hudaibiyyah kerana di dalamnya tersebut ayat Al-Quran
(terjemahannya):"Hai Ahli Al-Kitab marilah kamu kepada kalimah yang
bersamaan antara kami dan kamu, bahawa tiada
- 181. Ar-Raheeq
Al-Makhtumyang kita sembah melainkan Allah dan tiada kita
mempersekutuinya degan sesuatu , pun dan tiadasesetengah kita menganggap
yang lain menjadi Tuhan, selain dari Allah. Kalau mereka berpaling,
kamukatakanlah: Jadi saksilah kamu, bahawa kami ini orang-orang Islam
"Kiranya inilah kebiasaan Rasulullah s.a.w mengutus risalah kepada
raja-raja Nasrani, di samping itu Al-Baihaqy juga telah menyebut nama
Al-Ashamah dengan jelas. Sedang nas yang dikemukakan oleh Dr.Hamidullah
pada pendapat saya ialah risalah yang ditulis oleh Rasulullah s.a.w
selepas kematian Al-Ashamah yang dituju kepada penggantinya maka sebab
itu tidak disebut nama Al-Ashamah.Urutan risalah yang saya sebutkan ini
tidak ada satu bukti jelas, selain dari pengakuan isi kandunganrisalah
itu sendiri sebagai buktinya. Tetapi yang peliknya Dr. Hamidullah
menegaskan bahawa risalahyang disebut oleh Al-Bahaiqi riwayat Ibnu Abbas
itu adalah nas risalah yang ditulis oleh Rasulullah s.a.wselepas
kematian Ashamah kepada penggantinya, sedang padanya disebut nama
Ashamah secara terang-terangan. Ilmu sebenarnya hanya pada Allah.Sebaik
sahaja Amru bin Umaiyah Ad-Dhamri sampai ke Habsyah, terus beliau
serahkan risalah Rasulullahs.a.w kepada raja An-Najasyi, beliau
mengambil risalah tersebut dan menyanjungnya denganmeletakkannya ke atas
matanya, dan bergerak turun dari singgahsananya, segera beliau memeluk
Islamdi hadapan Jaafar bin Abi Talib dan beliau menulis surat kepada
nabi Muhammad s.a.w sebegini nasnyayang bermaksud:"Dengan nama Allah
Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang "Kehadapan Muhammad Rasulullah
s.a.wdari An-Najaysi Ashamah, Salam sejahtera dan Allah ke atas engkau
wahai nabi Allah, Rahmat Allah danberkatNya, Allah yang tiada Tuhan
selainNya, Adapun selepas ini: Telahpun sampai ke tangan ku risalahmu
wahai Rasulullah s.a.w. Sehubungan bicara mu mengenai hal Isa, demi
Tuhan Petala Langit dan BumisebenarNya Isa tidak lebih dan apa yang tuan
hamba sebutkan, memang baginda seperti yang tuanhamba sebutkan itu,
kami memahami apa yang engkau utuskan kepada kami itu, kami
telahpunmenerima anak saudara dan sahabat-sahabat tuan hamba itu sebagai
tetamu kami, di tangannya kumenyerah diri kepada Allah Tuhan Rabul
Alamin.Dan nabi telah pun meminta An-Najasyi supaya mengirim pulang
Jaafar dan orang yang bersamanya,Muhajirin Al-Habsyah, dengan itu
An-Najasyi pun menghantar mereka bersama-sama Amru bin UmaiyahAd-Dhamri
di dalam dua buah kapal. Jaafar selamat sampai ke Madinah semasa baginda
di Khaibar. An-Najasyi telah wafat di bulan Rejab tahun kesembilan
Hijrah (9) selepas peperangan Tabuk. Rasulullahs.a.w menyampaikan berita
kewafatan beliau ini, malah Rasulullah s.a.w bersembahyang ghaib
keatasnya, setelah itu takhtanya disandang oleh raja-iaja lain sebagai
penggantinya dan sekali lagiRasulullah s.a.w menghantar surat menyeru
beliau kepada Islam, di sini tidak diketahui samada beliaumemeluk Islam
atau tidak.2. Risalah kepada Al-Maquqis Raja MesirNabi (s.a.w) telah
menulis sepucuk risalah kepada Juraij bin Matta yang bergelar Al-Maquqis
Raja Mesirdan Iskandariah."Dari Muhammad hamba Allah dan utusanNya
kepada Al-Maquqis Pembesar Qibti, salam sejahtera keatas yang mengikut
hidayat. Adapun selepas itu, maka saya menyeru engkau dengan seruan
Islam,anutilah Islam nescaya selamatlah tuan, anutilah Islam nescaya
Allah berikan tuan dua pahala, kalau tuanberpaling tadah, maka
tanggunglah dosa orang Qibti semuanya Wahai ahli kitab! Marilah kita
kepadasuatu yang tidak ada perselisihan antara kami dan kamu, bahawa
kita tidak sembah kecuali Allah dan kitatidak persekutukannya dengan
sesuatu dan tidak pula sebahagian kita menjadikan sebahagian yang
lainsebagai tuhan melainkan Allah. Jika mereka berpaling, maka katakan
kepada mereka: "Saksikanlah,bahawa kami adalah hamba yang menyerahkan
diri kepada Allah".Rasulullah s.a.w memilih Hatib bin Abi Baltaah untuk
membawa risalah ini, kepada Al-Maquqis. Sebaik
- 182. Ar-Raheeq
Al-Makhtumsahaja beliau di hadapannya Hatib pun berkata: "Pemerintah
sebelum kau ini telah mendakwa dirinyasebagai Tuhan tertinggi maka Allah
mengutuknya di dunia dan akhirat, dengan itu Allah menghukum keatasnya
dengan bala dan azabNya, harap kiranya kau boleh mengambil pengajaran
darinya, dan janganbiarkan diri kau menjadi bahan pengiktibaran orang
kemudian." Jawab Maquqis: "Sebenarnya kami adaagama pegangan tersendiri,
kami tidak akan meninggalkannya kecuali kepada ajaran yang lebih
baikdarinya." Maka jawab Hatib: "Di sini kami menyeru kamu kepada agama
Islam di mana Allah memberijaminan penyempurnaannya dengan yang tidak
terdapat pada ajaran- ajaran lain, sesungguhnya Nabi(s.a.w) ini menyeru
manusia kepadanya, dan Quraisy adalah sekuat-kuat penentangnya,
sejahat-jahatseterunya adalah kaum Yahudi dan yang terdekat kepadanya
adalah kaum Nasrani, demi sesungguhnyabisyarah(berita baik) Musa tentang
Isa adalah sama seperti bisyarah Isa tentang Muhammad, kamimenyeru kamu
kepada Al-Quran, sama seperti kau menyeru penganut-penganut al-Taurat
kepada Al-Injil, setiap yang sempat dengan satu kaum yang sebelum maka
kaum itu dianggap sebagai kaumnyayang harus diseru kepada ajarannya, dan
mereka berkewajipan mentaatinya, tuan adalah di antara orangyang sempat
dengan nabi ini. Kami tidak melarang kau dari agama Al-Masih tetapi
kami menyeru kau kearah itu." Jawab Al-Maquqis: "Sesungguhnya telahpun
ku merenung perkara Nabi ini, maka ku dapatisuatu hal yang tidak boleh
dilepaskan dan tidak boleh dihalangi orang yang inginkannya, tidak pula
kudapat semacam rnana amalan sihir yang boleh menyesatkan, tidak pula
sebagai paderi yang mendusta,malah bersama beliau tanda-tanda kenabian
yang boleh merungkai rahsia tersembunyi, seterusnya bolehmencerita
penelahan masa depan, semua ini akan ku fikir."Dengan itu beliau
mengambil bingkisan Rasululllah itu, dimasukkan ke dalam tabung yang
diperbuat darigading dan ditutup lalu diserahkannya kepada perempuan
suruhannya. Dan dipanggil seorang keraniuntuk menulis bingkisannya
dengan bahasa Arab, untuk Rasulullah s.a.w:"Dengan nama Allah Yang Amat
Pemurah Lagi Penyayang" Untuk Muhammad bin Abdullah dari Al-Maquqis
pembesar Qibti salam sejahtera ke atas mu, ada pun selepas ini, telahpun
ku tatapi bingkisanmu itu dan ku faham segala yang tersurat di dalamnya
juga dengan apa yang kau serukan itu, di dalampengetahuan ku memang
seorang Nabi masih tertinggal lagi. Pada sangkaan ku ianya akan
diutuskan dinegeri Syam, dan ku telah memuliakan utusan kau, bersamanya
ku kirimkan dua orang perempuan untukkau, mereka berdua mempunyai
kedudukan mulia pada orang-orang Qibti, kain pakaian, ku hadiahkanseekor
baghal untuk kau tunggangi dan salam ke atas kau.Tidak lebih dari itu
dan beliau tidak memeluk Islam, dua orang perempuan ialah Mariah dan
Sirin, baghalWaldal hidup hingga ke zaman Muawiyah, manakala Mariah
dijadikan sebagai jariahnya, darinyaRasulullah s.a.w mendapat anak
lelakinya Ibrahim, Adapun Sirin diberinya kepada Hassan bin Thabit
Al-Ansari.3. Bingkisan kepada Kisra Raja ParsiRasulullah s.a.w telah
menghantar bingkisan kepada Kisra raja Parsi:"Dengan nama Allah yang
Maha Pemurah lagi Maha Penyayang "Dari Muhammad utusan Allah kepadaKisra
Pembesar Parsi, salam sejahtera ke atas yang mengikuti hidayat, beriman
dengan Allah danRasulNya, dan bersaksi bahawa tiada Tuhan melainkan
Allah Yang Esa tiada sekutu bagiNya danMuhammad itu hamba dan
pesuruhNya, di sini ku menyerukan kau dengan seruan Allah,
makasesungguhnya aku adalah Rasulullah s.a.w diutuskan kepada manusia
sekalian, memberi inzar kepadasesiapa yang hidup, memberi kata benar
kepada kaum kafirin, anutilah Islam nescaya kau selamat,sekiranya kau
menolak maka tanggunglah dosa-dosa penganut Majusi sekalian."Rasulullah
s.a.w memilih Abdullah bin Huzafah As-Sahmi untuk membawa risalah
berkenaan. KemudianAs-Sahmi menyerahkan risalah itu kepada pembesar
Al-Bahrin, di sini kita tidak dapat pasti apakahpembesar Al-Bahrin telah
menghantar risalah itu dengan perantaraan salah seorang dari
orang-orangnyaatau apakah beliau terus menghantar Abdullah As-Sahmi
sendiri ke sana. Walau bagiamanapun, Kisrabertindak mengoyak-ngoyak
risalah itu selepas beliau membacanya dan berkata dengan penuh
- 183.
Ar-Raheeq Al-Makhtumkesombongan dan bongkak: "Salah seorang dari
hambaku yang hina di dunia, telah berani menulisnamanya sebelum nama
ku." Bila peristiwa ini sampai ke pengetahuan Rasulullah s.a.w maka
bagindaberkata: "Allah hancurkan pemerintahannya", dan memang berlaku
sebagaimana kata Rasulullah s.a.witu, terdahulu dari itu Kisra telah
menulis surat kepada "Bazan" wakilnya di negeri Al-Yaman
berbunyi:"Hantarkan dua orang kuat kita ke Hijaz, kemudian tangkapkan
lelaki itu dan bawa ke mari. "Bazan" punmenurut perintah dan menghantar
dua orang, mereka berdua ini membawa risalah kepada Rasulullahs.a.w
meminta baginda turut sama ke dewan Kisra di Parsi, sebaik sahaja dua
orang suruhan ini sampaike Madlnah dengan berkata kepada Rasulullah
s.a.w: "Sebenarnya Maharaja Syahinsyah Kisra telah punmenulis surat
kepada raja "Bazan" menyeru beliau membawa tuan hamba kepadanya, untuk
itu "Bazan"telah menghantar daku supaya membawa tuan ke sana, malah
kata-katanya penuh ugutan, namunRasulullah s.a.w meminta mereka berdua
menemui baginda pada keesokan harinya.Di masa yang sama telah berlaku
satu pemberontakan besar di dalam istana terhadap Kisra,
selepastenteranya menerima kekalahan teruk dari tentera Qaisar Roman.
Anaknya Syirowih bin Kisra telahmembunuh bapanya dan merampas takhtanya
itu, kejadian itu berlaku pada malam selasa sepuluhterakhir Jamadil
Al-Awal tahun ke tujuh (7) Hijrah, semuanya ini di dalam pengetahuan
Rasulullah s.a.wmelalui wahyu yang diturunkan kepada baginda. Semasa
pertemuan mereka di keesokan hari, Rasulmemberi tahu mereka mengenai
kejadian rampasan kuasa dan cerita selengkapnya, tanya merekaberdua:
"Apakah tuan mengetahui semuanya ini? Sebenarnya kami telah memarahi ke
atas kamu semuaqadar yang ringan, mahukah tuan hamba agar semua ini kami
rakam dan menceritakan kepada raja disana. Jawab Rasulullah s.a.w: Ya!
"Ceritakanlah kepada raja di sana sesuatu mengenai diriku di sini,malah
katakan kepadanya lagi: Bahawa agama ku dan kuasaku akan melewati semua
daerah kekuasaanKisra, kuasa ku akan sampai ke tempat terakhir
tersampainya pecutan kuda dan langkahan unta, malahceritakan kepadanya
lagi, sekiranya beliau memeluk Islam akan ku serahkan kekuasaan yang
adapadanya di hari ini, akan ku letakkannya sebagai pemerintah ke atas
rakyatnya dan pemerintahannyaakan diwarisi oleh anak-anaknya." Mereka
berdua pun keluar dari Madinah untuk menemui Bazan dankepadanya mereka
menceritakan kisah sepenuhnya.Tidak berapa lama kemudian tiba
perkhabaran menceritakan tentang kematian Kisra yang telah dibunuholeh
anaknya sendiri yang bernama Syirowih dalam perutusan Syirowih, beliau
menyebut: "Sila ambilperhatian terhadap lelaki yang bapaku tulis
mengenainya, sekali-kali jangan kau mencelanya hinggalahdatangnya kepada
kau perintah ku. Kesemua peristiwa ini telah membawa "Bazan"
bersama-samaorangnya rakyat Parsi yang berada di sampingnya memeluk
Islam.4. Risalah kepada Qaisar Raja RomDi dalam satu hadith panjang
periwayatan Al-Bukhary, mengenai nas kandungan risalah yang telahdikirim
oleh Nabi (s.a.w) kepada raja Rom yang bernama Hercules seperti
berikut:"Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang "Dari
Muhammad hamba Allah danutusannya kepada Hercules pembesar Rom, salam
sejahtera ke atas yang mengikuti hidayah, anutilahIslam kau akan
selamat, anutilah Islam kau akan diberi ganjaran dua kali ganda,
sekiranya kau berpalingtadah maka kau memikul beban dosa golongan
Arisin. Wahai ahli kitab, marilah kamu kepada kalimahyang bersamaan di
antara kami dan kamu, bahawa tiada yang kita sembah kecuali Allah dan
tidak kitamempersekutukannya dengan sesuatu pun dan tidak sesetengah
kita mengangkat yang lain menjadituhan selain dari Allah, kalau mereka
berpaling, kamu katakanlah: "Jadi saksilah kamu, bahawa kamiorang-orang
Islam".Rasulullah s.a.w telah memilih Duhaiyah bin Khalifah Al-Kalabi
untuk membawa risalahnya kepadaHercules itu, dengan menyerahkannya
kepada pembesar Basra untuk dibawanya kepada Qaisar, Al-Bukhary telah
meriwayatkan dari Ibnu Abbas sebuah Hadith mengenai kisah yang
diceritakan oleh AbuSufian kepadanya, semasa beliau bersama-sama
rombongannya yang sedang di negeri Syam, bahawapihak Hercules telah
menjemput beliau; ini adalah semasa Rasulullah s.a.w berdamai dengan
Quraisy,mereka datang kepadanya di Ilya. Hercules menjemput mereka dalam
satu majlisnya yang dikelilingi oleh
- 184. Ar-Raheeq
Al-Makhtumpemuka-pemuka Rom, bersama mereka juga dijemput penterjemah,
lantas beliau bertanya: "Siapa diantara kamu yang terdekat hubungan
kekeluargaan dengan tokoh yang mendakwa dirinya sebagai nabi?"Kara Abu
Sufian: "Dakulah yang terdekat." Kata Hercules, "Ayuh tampil ke mari",
kemudian beliau dankawan-kawannya itu mendekatinya, beliau semua duduk
di belakang Abu Sufian.Kemudian Hercules berkata kepada penterjemahnya:
"Sebenarnya aku hendak tanya mengenai lelaki itu,sekiranya beliau ini
mendustai daku kamu semua sebutkan pembohongannya itu." Kata Abu
Sufian:"Kalau tidak kerana malu yang akan ditunjukkan kepada ku nescaya
ku dusta sahaja di hari itu mengenaiMuhammad." Kata Abu Sufian: "Seawal
soal yang dihadapkan kepadaku ialah : "Bagaimana hubungankekeluargaannya
dengan kamu?" Kata ku; "Dengan kami baginda berketurunan baik". Tanya
beliau:"Apakah dakwaan-dakwaannya itu ada orang lain sebelum ini pernah
perkatakan?" Jawab ku: "Tak ada."Tanya beliau: "Adakah sebelum ini
bapanya keturunan raja-raja?" Jawab ku: "Tiada". Tanya beliau
lagi:"Golongan bangsawankah atau golongan lemahkah yang mengikutinya?"
Jawab ku: "Malah golonganlemah". Tanya beliau: "Apakah mereka saban hari
semakin bertambah atau berkurangan". Jawabku:"Malah semakin bertambah."
Tanya beliau lagi: "Apakah terdapat penganut agamanya murtad
keranamemarahi agamanya?" Jawab ku: "Tak ada". Tanyanya lagi: "Apakah
sebelum ini kamu menempelakbeliau sebagai pendusta, sebelum beliau
menganjur agamanya?" Kataku: "Tidak sama sekali, malahsepanjang
pergaulan kami denganya tidak pernah kami alami darinya sikap seperti
ini." Kata ku dalamdiri di masa ini: "Tidak a da satu perkataan lain
yang dapat ku masukkan dicelah-cel&hnya." Kemudiantanya beliau lagi:
"Bagimana perscngketaan kamu dengannya?" Jawab ku: "Persengkataan
kamidengannya amat sengit, kadang-kadang kami menang, dan kadang-kadang
beliau menang." Katanyalagi: "Apa yang beliau suruh kamu? Jawabku:
"Beliau menyuruh kami dengan katanya: Hendaklah kamusemua menyembah
Allah Yang Esa, jangan sekali-kali kamu menyekutuiNya dengan barang
sesuatu pun.Hendaklah tinggalkan apa yang diperkatakan oleh nenek moyang
kami, Baginda juga menyuruh kamimenunaikan solat, bersedekah, bersihkan
hati dan tindakan, serta menghubung silaturrahim."Kemudian kata
Hercules kepada penterjemahnya: Katakan kepadanya: "Aku telah pun
bertanya kepadakamu mengenai nasab keturunannya maka kamu menjawab yang
beliau ini mempunyai hubunganketurunannya. Demikian halnya dengan para
Rasul, sememangnya diutuskan kepada bangsaketurunannya, kemudian ku
tanya kamu apakah ada orang sebelumnya yang membawa ajaran ini,
kamujawab tidak, apa yang dapat ku simpulkan di sini ialah kalau
sekiranya sudah ada orang lain sebelum initelah bercakap mengenai ajaran
ini, nescaya ku katakan ianya tidak lebih dari mengikuti orang
yangsebelumnya, ku tanya kamu, apakah datuk neneknya dari golongan
raja-raja, dan kamu katakan tidak,untuk itu aku berkata: Kalaulah ianya
dari keturunan raja-raja, akan ku tuduh beliau ini menuntut takhtaemak
bapanya, seterusnya ku bertanya apakah pernah kamu menuduh beliau
sebagai pendusta sebelumbeliau membawa ajarannya, kamu jawab: tidak
berlaku semua itu, maka pastilah bagiku, bahawa tidakmungkin beliau
meninggalkan sikap dustanya dengan manusia untuk mendustai Allah. Ku
bertanya:Apakah keseluruhan ahli As-Sirah menyebut bahawa Sariyah ini
berlaku sebelum Al-Hudaibiyyah, ianyasatu kesalahan yang nyata, kerana
penghantaran risalah kepada Qaisar dibuatnya selepas Al-Hudaibiyyah,
sebab itulah maka Ibnu Al-Qayyim mengatakan. dengan lafaznya: "Peristiwa
ini berlakuselepas perjanjian Al-Hudaibiyyah tanpa ragu-ragu lagi".5.
Risalah kepada Al-Munzir bin SawiNabi (s.a.w) mengutus risalah kepada
Al-Munzir bin Sawi pemerintah Al-Bahrain, menyeru beliau kepadaIslam.
Rasulullah s.a.w memilih al-Ala bin Al-Hadhrami untuk menyampaikan
risalahnya itu, sebagaijawapan Al-Munzir telah menulis kepada Rasulullah
s.a.w seperti berikut:"Ada pun selepas itu wahai Rasulullah s.a.w,
sebenarnya telahpun ku baca bingkisan tuan hamba itukepada penduduk
Al-Bahrain, di antara mereka gemarkan Islam dan kagum dengannya dan
sebahagianyang lain membencinya, di bumi ku ini terdapat penganut Majusi
dan Yahudi, maka berlaku sesuatu hal disini mengenai seruan tuan hamba
itu."Rasulullah s.a.w membalas semula kepadanya:
- 185. Ar-Raheeq
Al-Makhtum"Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang "
Dari Muhammad Utusan Allah kepada Al-Munzir bin Sawi salam ke atas kau.
Maka sesungguhnya kepada Engkau Allah, aku memuji yang tiadaTuhan
selainNya dan ku mengaku bahawa Muhammad adalah hambaNya dan pesuruhNya,
adapunselepas itu aku mengingatkan kau dengan Allah Azzawajala, maka
sesungguhnya sesiapa yang menasihatsebenarnya beliau menasihati dirinya,
dan sesiapa yang mentaati ku dan sesiapa yang menasihatkanmereka
bererti telah menasihatiku. Sebenarnya para utusan ku telahpun memuji
kau dengan baik,sesungguhnya melalui kau aku memberi syafaat ku kepada
kaum kau, oleh itu biarlah kaum muslimindengan kebebasan mereka dan
pengampunan kau terhadap pesalah-pesalah, maka terimalah
mereka.Sekiranya kau terus soleh dan baik maka kami tidak akan
memecatkan kau dari tugas dan sesiapa yangmasih dengan pegangan Yahudi
atau Majusinya ianya wajib membayar jizyah."6. Risalah kepada Hauzah bin
Ali penguasa Al-YamamahNabi (s.a.w) telah menulis kepada penguasa
Al-Yamamah Hauzah bin Ali.Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha
Penyayang dari Muhammad pesuruh Allah kepadaHauzah bin Ali, salam kepada
yang mengikuti hidayah, ketahuilah bahawa agama ku ini akan tampil
keakhir tempat tersampainya pecutan kuda dan langkahan unta, peluklah
Islam akan selamat kau dan akanku kalahkan segala sesuatu yang di bawah
kekuasaan kau itu.Rasulullah s.a.w memilih Salit bin Amru Al-Amiri untuk
membawa risalahnya kepada Hauzah, setibanyaSalit ke hadapan Hauzah
dengan surat yang bermohor itu selepas memberi salam hormat
kepadanya,beliau terus membaca risalah berkenaan. Hauzah membalas
jawapan yang tidak selayaknya. Dari situbeliau menulis surat balas
kepada nabi (s.a.w) dengan katanya: "Betapa eloknya yang kau
serukankepadanya itu, bangsa Arab semuanya menggeruni kedudukan ku ini,
oleh itu peruntukan kepada kusebahagian dari kuasa mu itu, maka bolehlah
ku ikutmu, Hauzah memberi hadiah kepada Salit, danpersalinan pakaian
buatan "Hajar", namun hadiah-hadiah itu diserahkannya kepada Rasulullah
s.a.w,dengan menceritakan kisah selengkapnya.Rasulullah s.a.w membaca
risalah, yang ditulis Hauzah kepada baginda (s.a.w) dan bersabda:
"Kalaubeliau pinta dari ku sebidang tanah tak akan ku berinya, musnah
dan musnah segala apa yang di dalamkekuasaannya". Sekembalinya
Rasulullah s.a.w dari pembukaan Makkah Jibril telah mendatangi
bagindamemberitahu bahawa Hauzah telah mati, maka kata Rasulullah s.a.w:
"Adapun sesungguhnya dari Al-Yamamah itulah akan keluarnya seorang
pendusta mendakwa sebagai nabi, akan dibunuh selepas kukembali kepada
Allah". Maka bertanya seorang sahabat: "Wahai Rasulullah s.a.w !
Siapakah yang akanmembunuhnya?" Jawab Baginda: "Engkau dan
sahabat-sahabat kau ini", maka berlakulah kejadiansebagaimana yang
disebutkan Rasulullah s.a.w itu.7. Risalah kepada AI-Harith bin Abi
Syamar Al-Ghassani pemerintah di DamsyikRasulullah s.a.w menulis kepada
Al-Harith bin Abi Syamar:"Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha
Penyayang, dari Muhammad Pesuruh Allah kepada Al-Harith bin Abi Syamar,
salam ke atas yang mengikuti hidayah, beriman dan mempercayainya,
sebenarnyaku menyeru kamu supaya beriman dengan Allah Yang Esa yang
tiada sekutu bagiNya, denganNyakekuasaan kau kekal untuk kau."Rasulullah
s.a.w memberi tanggungjawab membawa risalah ini kepada Syuja bin Wahb
dari Banu Asadbin Khuzaimah. Setibanya risalah kepada Al-Harith bin Abi
Syamar maka beliau menjawab dengankatanya: "Siapa yang mampu merampas
kekuasaanku ini? Aku akan pergi kepadanya". Dan beliau tidakmemeluk
Islam.8. Risalah kepada Raja UmanRasulullah s.a.w mengirim risalah
kepada Raja Uman bernama Jaifar dan saudaranya Abd. Kedua-duanyaadalah
anak kepada Al-Jalandi.
- 186. Ar-Raheeq Al-Makhtum"Dengan nama
Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang, dari Muhammad bin Abdullah
kepadaJaifar dan Abd bin Al-Jalandi, salam ke atas yang mengikuti
hidayat, adapun selepasnya, maka akumenyeru kamu berdua dengan seruan
Islam, peluklah Islam nescaya kamu berdua selamat, sebenarnyaku ini
utusan Allah kepada manusia sejagat untuk memberi inzar kepada yang
masih hidup danmenegaskan kata benar kepada kaum kafir, sekiranya kamu
berdua akur menerima Islam ku terusletakkan kamu berdua sebagai
penguasanya, dan sekiranya kamu enggan untuk menerima Islam makakerajaan
kamu berdua akan luput, di mana kuda-kuda ku akan melewati perkarangan
kamu berdua dandi hari itu terbukti kenabian ku mengatasi pemerintahan
kamu berdua."Rasulullah s.a.w menyerah risalah ini kepada Amru bin
Al-Aas (r.a), maka cerita Amru: "Ku keluar hinggasampai ke Uman,
sampainya daku di sana ku terus berhubung dengan Abd yang lebih waras
dan mudahkira bicara di antara mereka berdua, ku sebut kepada utusan
Rasulullah s.a.w kepada saudara engkau".Kata beliau kerana usia dan
kekuasaan, kepadanya dan biar beliau Tanya beliau: "Kepada apa yang
kaukatakan padaku: "Aku menyeru kepada beriman kepada Allah dan tiada
sekutu bagiNya, kau menolak dandisembah selain dariNya, engkau mengunci
Muhammad itu hamba dan pesuruhNya". Jawab "Wahai Amru,engkau ini anak
kepada qabilah kau, apa yang bapa kau buat? Kami ini banyak meneladani
beliau", jawabku, "Beliau mati dalam keadaan tidak beriman dengan
Muhammad s.a.w tapi pada harapan ku supayabeliau memeluk Islam dan
mempercayainya. Ku pun sebelum ini mempunyai pandangan yang samadengan
beliau tapi kini Allah memberi hidayat kepadaku untuk memeluk Islam.
Tanya Abd: "Sejak bilakahkau ikutinya?" Jawabku: "Masih baru". Tanya
beliau lagi: "Sejak dari mana kau mengenal Islam". Jawabku: "Semasa ku
berada di samping An-Najasyi dan ku beritahu beliau yang An-Najasyi pun
sudahmemeluk Islam", kata beliau: "Dan apa pula tindakan kaumnya
terhadap kekuasaannya", jawabku:"Mereka semua akur dan ikuti jejak
langkahnya", kata beliau: "Adakah golongan paderi dan pastur
ikutbeliau?" Jawab ku: "Ya" kemudian kata beliau: "Wahai Amru perhatikan
dahulu apa yang kau sebutkanitu. Sebenarnya, tidakkah berbohong itu
merupakan suatu sifat yang keji bagi seorang lelaki". Jawab ku:"Daku
tidak berbohong, ianya satu sifat yang tidak diharuskan di dalam agama
kami", kemudian tanyabeliau lagi: "Aku tidak fikir yang Hercules
mengetahui keIslaman An-Najasyi, jawabku: "Bahkan".Tanya beliau:
"Bagaimana yang boleh kau tahu ini? Kata ku: "Kerana An-Najasyi
mengeluar kepadanyaufti (jizyah), tapi selepas beliau memeluk Islam dan
mempercayai dengan Muhammad s.a.w maka katabeliau: "Tidak ! Demi Allah
hari ini kalau beliau pinta dari ku satu dirham pun tidak akan ku
berinya", Halini telah sampai kepengetahuan Hercules, maka berkata
An-Niyaq saudaranya: "Kamu boleh biarkanhamba mu itu tidak membayarkan
kepada kau uftinya, kemudian menganut agama bukan agama kau ini,iaitu
satu agama baru". Jawab Hercules: "Seseorang yang sukakan satu agama
kemudian beliaupegangnya, apa boleh buat? Demi Allah kalaulah tidak
kerana sayangkan pemerintahan ku ini nescaya kubertindak seperti beliau
itu dan katanya lagi: Perhatikan apa yang kau sebutkan tadi wahai Amru?"
Jawabku: "Demi Allah ku bercakap benar". Kata Abd: "Ceritakan lagi
kepada ku apa yang disuruh dan apa yangdilarang". Kata ku: "Baginda
menyuruh mentaati Allah Azawajalla, melarang memaksiatiNya danmenyuruh
berbuat baik, menghubungi keluarga, melarang penganiayaan, perseteruan,
zina, arak,penyembahan batu, berhala dan salib".Kata Abd: "Betapa indah
dan cantiknya apa yang diserukan itu, kalaulah saudaraku boleh mengikuti
kunescaya kamu berdua akan berkejar ke sana agar dapat kami beriman
dengan Muhammad s.a.w danmempercayainya. Tetapi saudaraku amat sayang
untuk meninggalkan pemerintahannya, inimenyebabkan kami berdosa".
Kataku: "Kalau beliau memeluk Islam, Rasulullah s.a.w akan
melantikbeliau sebagai pemerintah ke atas kaum sebangsanya, seterusnya
akan dipungut zakat sedekah darigolongan hartawan kemudian diagihkan
kepada golongan fakir miskin". Kata Abd: "Ini adalah akhlakmulia, dan
apa itu sedekah?" Aku pun menceritakan perintah yang difardukan oleh
Rasulullah s.a.wmengenai zakat sedekah pada harta benda hinggalah kepada
ternakan unta. Kata Beliau: "Amru! Apakahdiambil zakat dari binatang
ternakan yang memakan pokok-pokok dan meminum air itu?" Jawabku:
"Ya!Kata Abd: "Demi Allah aku tak terfikir yang kaum ku yang berjauhan
rumah mereka dan bilangan merekaboleh mematuhi perkara ini". Kata Amru
pintu rumahnya beberapa hari dan beliau puji saudaranyamemberitahu
maklumat yang ditemui.
- 187. Ar-Raheeq Al-MakhtumBerlaku di
suatu hari di mana beliau telah menjerit masuk ke dalam, pembantunya
memberi khidmatkepada kata Abd: "Tinggalkan dia". Aku pun dibiarkan, dan
ku pergi duduk. Mereka enggan membiarkanku duduk, ku memerhati ke
arahnya maka beliau berkata: "Cakaplah mengenai tujuan kau". Lalu
kuserahkan risalah yang bermohor itu, maka beliau membuka sampul
bermohor itu serta membaca hinggake akhirnya, lepas itu beliau
menyerahkan kepada saudaranya, dan saudaranya membaca seperti yangbeliau
baca, namun ku dapati saudaranya lebih lembut darinya, lalu beliau
berkata: "Boleh tak kauceritakan mengenai Quraisy, apa yang mereka
lakukan?" Kata ku: "Mereka telah mengikuti Baginda,sama ada sukakan
agamanya atau kekalahannya." Tanya beliau lagi: "Dan siapa kah orang
yangbersamanya?" Jawabku: "Orang ramai sukakan Islam dan memilihnya dari
yang lain. Kini merekamengenali melalui akal pemikiran mereka di
samping hidayat Allah bahawa mereka dahulu adalah dalamkesesatan, setahu
aku tidak ada yang tinggal lagi selain dari kau di penjuru ini,
sekiranya kau tidakmemeluk Islam di hari ini dan mengikutinya, kau akan
dilanyak oleh kuda-kuda, bumi hijau mu akanmusnah. Ayuh peluklah Islam
nescaya kau selamat, dan seterusnya kau dilantik sebagai ketua kaum
kau,terhindar kau dari serangan kuda-kuda dan tentera." Jawab beliau:
"Tinggallah daku bersendirian hari ini,dan kemarilah kau pada besok
hari".Ku pun pergi berjumpa adiknya, maka kata adiknya: "Hai Amru, aku
harapkan beliau akan memelukIslam, sekiranya beliau tidak mengutamakan
pemerintahannya". Pada keesokan hari ku datangkepadanya, beliau enggan
membenarkan ku masuk, maka ku pergi menemui saudaranya, ku
ceritakankepadanya bahawa ku tak dapat bertemunya, saudaranya itu
membawa aku masuk maka beliau berkata:"Aku berfikir tentang seruan yang
telah kau ucapkan kepadaku itu, kalau demikian maka aku ini
adalahpemerintah Arab yang terlemah, sekiranya aku serahkan yang di
tanganku ini kepada seorang lelaki,sedang kudanya pun tidak sampai ke
sini, tapi kalau kudanya sampai ke sini pasti berlaku peperanganyang
belum pernah terjadi lagi sebelum ini. Kata Amru: "Besok aku hendak
keluar dari sini, jadi setelahbeliau pasti yang aku akan keluar maka
beliau pun bersendirian dengan saudaranya itu". Lalu beliauberkata: "Apa
sikap kita dengan risalahnya itu, semua orang yang diutus risalah
kepada mereka telah punmemberi persetujuan". Di pagi itu beliau pun
menjemput ku. Di situ beliau memberi jawapan menerimadan memeluk Islam
dengan saudaranya, mempercayai Rasulullah s.a.w, membiarkan sahaja
akumemungut zakat manakala pemerintahan mereka dikekalkan dan mereka
merupakan penolong terhadapgolongan yang menentangku".Jalan cerita ini
menunjukkan bahawa pengutusan risalah kepada orang berdua itu terlewat,
berbandingdengan penghantaran kepada raja-raja lain, pendapat majoriti
penghantaran berlaku selepas pembukaanMakkah.Dengan risalah-risalah ini
bermakna Rasulullah s.a.w telah menyampaikan dakwahnya kepada
sebahagianbesar raja-raja di dunia. Di antara mereka ada yang beriman
tetapi sebahagian yang lain kufurdengannya. Namun mereka yang kufur
tetap memikirkan tentang risalah ini setelah kenal danmengetahui nama
Baginda dan agamanya.AKTIVITI KETENTERAAN SELEPAS PERDAMAIAN
AL-HUDAIBIYYAHPeperangan Al-Ghaabah atau Peperangan Zu QiradPeperangan
ini merupakan gerakan buruan ke atas sekumpulan Banu Farazah yang telah
melakukantindakan melanun, sebagai satu cara menentang Rasulullah s.a.w.
lanya adalah peperangan yangpertama Rasulullah s.a.w selepas perjanjian
Al-Hudaibiyyah dan sebelum Khaibar. Al-Bukhary mencatitdalam pra kata
topik berkenaan sebagai berlaku sebelum peperangan Khaibar. Imam
Muslimmeriwayatkan di dalam sahihnya sedemikian juga, di dalam hadith
Salamah bin Al-Akwa. Tetapi Jumhurahli As-Sirah dan Al-Maghazi menyebut
peperangan ini berlaku sebelum Al-Hudaibiyyah. Sebenarnya apayang
terdapat di dalam kitab As-Sahih lebih sahih dari apa yang disebut oleh
ahli As-Sirah.
- 188. Ar-Raheeq Al-MakhtumRingkasan periwayatan
cerita dari hadith Salamah bin Al-Akwa, pahlawan peperangan ini,
denganberkata: "Rasulullah s.a.w melepaskan ternakan untanya bersama
dengan budak suruhannya Rabah, akuturut bersama Rabah menunggang kuda
Abu Talhah, semasa kami di waktu pagi tiba-tiba Abdur-RahmanAl-Fazari
telali menyerang ke atas ternakan lalu membunuh pengembalanya dan
membawa lari semuaunta-unta ternakan. Ku berkata kepada Rabah: Kamu
tunggang kuda ini dan beritahu kepada Talhah,serta ceritakan kepada
Rasulullah s.a.w, aku lari ke tanah tinggi mengadap Al-Madinah dan
melaung :Tolong! Tolong! Tolong! Kemudian ku kejar penyamun-penyamun itu
dengan meluncur panah ke arahmereka sambil bermadah: "Anak lelaki
Al-Akwa daku ini hari nahas hari ini. "Demi Allah, terus ku menghujani
mereka dengan panahan, di antara mereka ada yang gugur, kalau
adapenunggang mereka yang berpatah balik ke belakang aku mengelak diri
di sebalik pokok-pokok, dari situaku memanah hingga seteru ku tersungkur
jatuh, kalau mereka memasuki di celah-celah bukit, aku naikke atas.
Dari atas ku humbankan ketul-ketui batu ke atas mereka, beginilah aku
terus memburu merekahingga tiada unta Rasulullah s.a.w kecuali kesemua
berada di belakang ku. Ku buru lagi dan ku panahmereka hingga terpaksa
mereka membuang lebih dari tiga puluh helai kain Burdah(serban) dan tiga
puluhbilah tombak, supaya ringan dan mudah lari, apa sahaja yang mereka
buang ku letak batu-batu di situsupaya mudah Rasulullah s.a.w dan para
sahabat mengecamnya.Apabila lanun-lanun itu keletihan, mereka berhenti
dan berehat di suatu jalan di atas bukit untuk makan.Aku menunggu mereka
di atas sebuah bukit kecil, empat orang dari mereka naik ke bukit
menuju ke arahku: Ku pun berkata: Kamu tidak kenal aku siapa? Akulah
Salamah bin Al-Akwa, tak seorang pun yangterlepas bila aku mengejarnya
dan tak siapa pun yang dapat memburu aku.Dengan itu mereka pun berpatah
balik, tinggalkan tempat ku itu ternampaklah berkuda Rasulullah
s.a.wsedang melalui di antara puak Orang yang di hadapan ialah Akhram di
belakangnya - Qutadah dibelakangnya lagi Al-Miqdad bin Al-Aswad. Abu
Ar-Rahman bertembung dengan Al-Akhram di situ. Al-Akhram membunuh kuda
Abdur-Rahman manakala Abdur-Rahman menikam Al-Akhram danmembunuhnya
kemudian beliau berpindah ke kudanya tetapi sempat dikejar oleh Qutadah
danditikamnya Abd Ar-Rahman hingga mati, yang lain-lain cabut lari,
justeru itu kami kejar mereka daribelakang dengan berlari, akhirnya
mereka menyusur masuk ke suatu lorong yang ada air, dikenalisebagai Za
Qirad.Kira-kira waktu itu sudah pun petang, mereka ke situ untuk minum
air, rupanya mereka semua dahaga,tidak sempat mereka meminum setitik air
pun, ku buru mereka dari situ. Di tempat itu Rasulullah s.a.wtelah
bertemu dengan ku bersama-sama dengan kuda-kuda kira-kira waktu pun
sudah isya, ku berkatakepada Rasulullah s.a.w: "Mereka kehausan wahai
Rasulullah s.a.w, sekiranya Rasulullah s.a.w hantarkanbersama ku seratus
orang, niscaya ku tawan segala apa yang ada bersama mereka". Jawab
Rasulullahs.a.w: "Hai Ibnu Al-Akwa, sekarang ini memang kau mampu untuk
menawan mereka tapi biarkanlahmereka pergi". Sambung Rasulullah s.a.w
lagi: "Sekarang mereka berlindung di Ghatafan".Sabda Rasulullah s.a.w:
"Sebaik-baik penunggang hari ini ialah Abu Qutadah dan sebaik-baik
pahlawankita ialah Salamah". Rasulullah s.a.w membahagikan rampasan di
mana ku diberi dua saham, satu sahamsebagai pejuang berjalan kaki satu
saham lagi sebagai pejuang berkuda. Semasa pulang ke Madinahbaginda
menunggang untanya al-Adhba dan ku mengekori dari belakang
Baginda.Semasa peperangan ini Baginda melantik Ibnu Ummu Maktum sebagai
Amir di Madinah, bendera Islamdiserahkan kepada Al-Miqadad bin
Amru.Peperangan Al-Khaibar dan Wadi Al-QuraBulan Muharram tahun ke tujuh
(7) hijrahKhaibar adalah sebuah kota besar dikelilingi tembok
berbenteng dan taman-taman, jaraknya ke Madinah
- 189. Ar-Raheeq
Al-Makhtumenam puluh (60) atau lapan puluh (80) batu di sebelah utara,
tapi sekarang sebagai sebuah kampungdengan cuacanya yang kurang baik
untuk kesihatan.Faktor kejadian:Setelah Rasulullah s.a.w terasa aman
terhadap salah satu dari tiga sayap terkuat Barisan Bersekutu danterasa
selamat sepenuhnya, khusus selepas perjanjian perdamaian Al-Hudaibiyyah,
kini Rasulullah s.a.wmengatur perkiraannya dengan dua sayap yang masih
bertenaga: Kaum Yahudi dan Qabilah-qabilahNajdi, agar perkiraan ini akan
membawa kepada keamanan dan kesejahteraan serantau yangmenyeluruh,
seterusnya orang Islam boleh cuci tangan dari peperangan berdarah yang
berterusan itu danmengalih langkah kepada kerja-kerja dakwah dan
menyampai risalah Allah sepenuhnya.Oleh kerana Khaibar merupakan sarang
pakatan da-konspirasi, malah merupakan markas gerakantentera yang
menimbulkan kekacauan dan mencetuskan peperangan, maka sudah selayaknya
kaummuslimim memberi penumpuan kepadanya.Apa yang dikatakan Khaibar
sebagai pencetus kesemuanya, ini kerana kita tidak boleh melupai
usaha-usaha penduduk Khaibar yang menghimpun tenaga Barisan Bersekutu
untuk memerangi kaum muslimin,malah mereka juga yang menginisiatifkan
kepada Banu Quraidhah supaya mengkhianati orang-orangIslam, dan mereka
jugalah yang bertindak membuat hubungan dengan musuh dalam selimut iaitu
kaummunafiqin, juga hubungan dengan Ghatafan dan Arab-arab Badwi yang
merupakan sayap ke tiga kepadaBarisan Bersekutu. Malahan mereka sendiri
sudah pun mempersiapkan diri untuk memasuki kancahpeperangan, mereka
sudah pun memulakan percubaan itu dengan beberapa siri serangan, di
antara yangterkutuk ialah mereka merencana untuk membunuh Rasulullah
s.a.w.Berhadapan dengan usaha jahat mereka, kaum muslimin terpaksa
menghantar beberapa unit tentera kesana, hinggalah kepada tindakan
membunuh kepala samseng dan perancang kejahatan seperti Salam binAbi
Al-Haqiq dan Asir bin Zarim, namun kewajipan kaum muslimin terhadap
golongan Yahudi ini lebihbesar dari itu. Ditangguhkan operasi, kerana
kekuatan yang lebih besar dan seteru yang lebih biadab lagiiaitu Quraisy
sedang mengancam mereka. Oleh itu sebaik sahaja kaum muslimin
melangsaikan perkiraanmereka dengan golongan pengkhianat itu kini tiba
masanya pula untuk membuat perkiraan dengangolongan Yahudi
Khaibar.PERGERAKAN KE KHAIBARIbnu Ishak mengisahkan katanya:
Sekembalinya dari Al-Hudaibiyyah, Rasulullah s.a.w tinggal di
Madinah.Baginda tinggal di sana pada sebahagian dari bulan Zulhijjah dan
Muharam. Di akhir bulan MuharamBaginda keluar ke Khaibar. Ahli tafsir
mengatakan: Bahawa Khaibar itu adalah janji yang telah dibuat olehAllah
(s.w.t) di dalam firmanNya yang bermaksud:Allah menjanjikan kamu
rampasan-rampasan yang banyak kamu mengambilnya namun Allahmenyegerakan
bagi kamu yang ini. ( iaitu perjanjian Al-Hudaibiyyah manakala
rampasan-rampasan yangbanyak ialah Khaibar).
Al-Fath:
20KEKUATAN TENTERA ISLAMDengan sebab kaum munafiqin dan golongan lemah
iman tidak menyertai Rasulullah s.a.w di dalampeperangan Al-Hudaibiyyah
maka Allah menyeru Rasul-Nya dengan firman yang bermaksud;"Akan berkata
golongan yang tertinggal, apabila kamu menuju kepada barang-barang
rampasan untukmemungutnya: Biarkanlah kami mengikuti kamu. Mereka hendak
mengubah janji Allah".Katakanlah: Sekali-kali kamu tidak berhak.
mengikuti kami. Demikianlah Allah telah menetapkansebelumnya, mereka
akan mengatakan: Sebenarnya kamu dengkikan kami, bahkan mereka tidak
- 190.
Ar-Raheeq Al-Makhtummengerti melainkan sedikit sekali.
Al-Fath: 15Apabila Rasulullah s.a.w hendak keluar ke Khaibar,
Baginda mengiklankan bahawa yang akan turut sertahanya orang yang ingin
berjihad sahaja, oleh itu yang turut serta hanyalah mereka berbaiah
Ar-Ridhwan.Bilangan mereka seramai seribu empat ratus (1,400)
orang.Rasulullah s.a.w melantik Siba bin Arfatah al-Ghifari sebagai amir
Al-Madinah. Tetapi, kata Ibnu Ishak:Namilah bin Abdullah Al-Laithi.
Namun pendapat yang pertama lebih sahih pada pandangan
golonganpengkaji.Di masa itu Abu Hurairah pun sampai ke Madinah
mengiklan keislamannya, di sana beliau sempat denganSiba bin Arfatah,
Amir Al-Madinah di dalam sembahyang subuhnya. Setelah selesai sembahyang
terusbeliau menemui Siba, maka beliau pun diberi bekalan, terus beliau
ke Khaibar menemui Rasulullah s.a.w.Rasulullah s.a.w pun memberitahu
kepada kaum muslimin seterusnya, Rasulullah s.a.w punmembahagikan saham
rampasan bersama-sama dengan sahabatnya yang lain.KAUM MUNAFIQIN MEMBUAT
HUBUNGAN DENGAN KAUM YAHUDIKaum munafiqin berusaha untuk kemaslahatan
golongan Yahudi, Abdullah bin Ubai selaku kepalamunafiqin telah
menghantar utusan untuk bertemu dengan kaum Yahudi Khaibar dengan
peringatan:"Bahawa Muhammad telah bergerak menuju ke arah kamu,
berwaspadalah kerananya, justeru itujanganlah kamu gentar, persenjataan
dan bilangan kamu lebih banyak, sedang Muhammad hanya satukelompok yang
kecil sahaja dengan tangan kosong tak Bersenjata, senjata yang mereka
miliki sangatsedikit.Sebaik sahaja penduduk Khaibar mengetahui hal ini,
lantas mereka mengutus Kinanah bin Abi Al-Haqiqdan Hauzah bin Qais
kepada Ghatafan, meminta bantuan dari mereka, kerana Ghatafan adalah
sekutuYahudi yang memusuhi kaum muslimin. Yahudi telah menjanjikan
Ghatafan untuk menyerah separuhhasil Khaibar sekiranya mereka dapat
mengalahkan kaum muslimin.PERJALANAN KE KHAIBARDalam perjalanan ke
Khaibar, Baginda melalui Jabal Asir, turun ke As-Sahba, turun lagi ke
lembah yangdikenali sebagai Ar-Rajie, dari situ ke kawasan Ghatafan
perjalanannya mengambil masa seharisemalam. Ghatafan sudah pun bersiap
untuk bergerak ke Khaibar bagi membantu Yahudi Khaibar, dipertengahan
jalan, mereka dengar dari belakang mereka bunyi-bunyi bising, di mana
mereka sangkabahawa kaum muslimin sudah menyerang keluarga, harta dan
perkampungan mereka. Dengan itu takjadi mereka ke Khaibar.Rasulullah
s.a.w menjemput dua orang "Dalil" (penunjuk arah perjalanan) tentera
Islam, salah seorangmereka bernama Husail untuk melalui jalan yang
terbaik, agar dapat Baginda memasuki Khaibar dari arahutara iaitu dari
sebelah negeri Syam dan supaya dapat menghalang mereka dari
Ghatafan.Salah seorang daripada mereka berkata: "Daku akan menunjukkan
tuan hamba jalan-jalannya", denganitu beliau membawa Rasulullah s.a.w
bersama tenteranya sampai ke satu persimpangan yang banyakcabang dan
arah, kata beliau: "Wahai Rasulullah s.a.w setiap jalan ini boleh sampai
ke matlamat". MakaBaginda meminta beliau sebutkan nama jalan-jalan itu,
kata beliau: "Jalan ini bernama "Hazan"Rasulullah s.a.w menolak
cadangan untuk melalui jalan ini, katanya yang ini namanya "Syasy"
punRasulullah s.a.w menolaknya, katanya: Dan yang ini namanya "Hatib"
sekali lagi Rasulullah s.a.wmenolaknya, kata Husail: "Tak ada yang lain,
cuma tinggal satu lagi". Umar aI-Khattab bertanya: "Apa
- 191.
Ar-Raheeq Al-Makhtumnamanya?" Kata Husail: Yang ini namanya "Marhab"
maka Rasulullah s.a.w pun memilih jalan "Marhab"untuk ke menuju
matlamatnya.Beberapa Peristiwa Di Pertengahan Jalan:1. Hadith riwayat
Salamah bin Al-Akwayang berkata:Kami telah keluar bersama Nabi (s.a.w)
ke Khaibar, kami berjalan di malam hari, sehingga berkata salahseorang
dari peserta yang ramai itu kepada Amir: "Hai Amir, perdengarkan kami
sebahagian darimadahmu itu", Amir adalah seorang penyair, beliau pun
turun mendendangkan madahnya kepadasekelian peserta:Tanpa kau Allah,
kami ketiadaan hidayahTanpa mu Tuhan, tiada kami bersolat,
bersedekahPohon kemaafan pengorbanan diserahSelama masih kami
bertaqwaTetapkan langkah bila musuh bersuaCucuri kami ketenanganMu
IlahiBila kami diherdik tiada apa menggeruniDisuara laungan salurlah
bantuanmu IlahiTanya Rasululllah (s.a.w): "Siapa yang mendendang madah
itu?" Jawab yang hadir: "Beliau adalah Amirbin Al-Akwa" Jawab Rasulullah
s.a.w: "Allah mencucuri rahmat ke atasnya". Sampuk salah seorang:"Wajib
ke atasnya syurga wahai Nabi Allah, kalau tidak mana mungkin masih
boleh beliau menghibur".Para sahabat sudah mengetahui tidak pernah
Rasulullah s.a.w memohon rahmat dan beristighfar untukseseorang kecuali
dikurniakan syahadah (mati syahid). Amir telah syahid di Medan
Khaibar.2. Dipertengahan jalan sekalian hadirin bersua dengan sebuah
lembah lalu mereka semua mengangkatsuara takbir. Kata Rasulullah s.a.w:
"Rendahkan suara mu itu, yang kamu memohon itu bukannya pekakatau tiada
bersama, yang kamu pohon dariNya itu Maha Pendengar lagi Maha Dekat".3.
Semasa di As-Sahba kawasan berhampiran dengan Khaibar Baginda pun
bersembahyang Asar,kemudian Rasulullah s.a.w meminta makanan, apa yang
diberikan kepada Baginda hanyalah tepung,maka Rasulullah s.a.w suruh
dimasakkan, setelah itu Rasulullah s.a.w pun makan dan sekelian yang
hadirpun turut makan bersama. Sesudah itu Rasulullah s.a.w bangun untuk
bersolat Maghrib. Baginda masihdalam wudhu lantas untuk itu Baginda
berkumur sahaja, kaum muslimin yang lainpun mencontohiamalan Rasulullah
s.a.w dengan memadai berkumur sahaja. Seterusnya Rasulullah s.a.w
bersolat dengantidak memperbaharui wudhu, lepas itu Baginda menunai
solat Isya pula.TENTERA ISLAM KE TEMBOK KHAIBARKaum muslimin tidur di
malam akhir sebelum bermulanya peperangan di pagi harinya,
berhampirandengan kota Khaibar, tanpa disedari oleh kaum Yahudi.
Kebiasaan Rasulullah s.a.w apabila hendakmemerangi sesuatu kaum sedang
suasana masih malam maka Baginda tidak rnenghampiri tempat ituhinggalah
di waktu subuh. Kiranya apabila masuk sahaja waktu subuh terus
Rasulullah s.a.wbersembahyang fajar disamar-samar pagi, seluruh tentera
pun siap memacu tunggangan masing-masing,penduduk Khaibar keluar di pagi
hari untuk ke tempat kerja masing-masing, membawa peralatan
mereka,tanpa menyedari kehadiran tentera Islam. Sebaik sahaja mereka
sampai ke tempat kerja tiba-tibamereka melihat tentera Islam terus
mereka memekik: "Muhammad, demi Allah Muhammad dengan unit-unit
tenteranya. Terus mereka lari ke dalam kota, maka laung Rasulullah
s.a.w: "Allahu Akbar! MusnahKhaibar, Allahu Akbar! musnah Khaibar.
Sesungguhnya apabila kami turun ke halaman sesuatu kaummaka nahaslah
pagi hari kaum yang diperingatkan itu".Rasulullah s.a.w telah memilih
satu tempat sebagai khemahnya, namun demikian Khabbab bin Al-Munzirtelah
datang menemui Rasulullah s.a.w dengan berkata: "Wahai Rasulullah
s.a.w, apakah tempat yang
- 192. Ar-Raheeq Al-Makhtumtuan hamba
bertapak ini suatu ketetapan langit atau berdasarkan strategi, kata
Khabbab lagi: WahaiRasulullah s.a.w tempat ini dekat sangat dengan
benteng-benteng pertahanan, seluruh tentera Khaibarberada di dalamnya,
mereka mengetahui situasi kita sedang kita pula tidak mengetahui situasi
mereka.Panah mereka boleh sampai kepada kita dan panah kita tidak
sampai kepada mereka. Kita tidak selamatdari angkara mereka, ianya juga
terletak di antara pohon-pohon tamar, kawasan rendah dan bumikosong,
kalau Rasulullah s.a.w menyuruh kita sediakan tempat yang bebas dari
semua ini untuk dijadikanmarkas tentera kita, boleh kita lakukan". Jawab
Rasulullah s.a.w: "Pendapat yang baik adalah sepertimana yang engkau
kemukakan". Kemudian Rasulullah s.a.w berpindah ke tempat lain. Semasa
Rasulullahs.a.w menghampiri Khaibar dan sudah boleh dilihat, Rasulullah
s.a.w memerintah supaya berhenti, di situBaginda mendoakan: "Ya Allah ya
Tuhan Penjaga tujuh petala langit yang memayungi, penjaga tujuhpetala
bumi yang dipijak, Tuhan kepada sekalian syaitan yang menyesatkan,
sesungguhnya kamimemohon kebaikan kampung ini, kebaikan penghuni kampung
ini. dari kejahatan penduduknya darikejahatan apa yang ada di dalamnya
Ayuh maralah dengan nama Allah."BERSIAP UNTUK BERPERANGDi malam hari
penyerangan, Rasulullah s.a.w bersabda:"Akan ku serahkan bendera ini
pada esok hari kepada seorang lelaki yang mencintai Allah dan
RasulNyadisebaliknya Allah serta RasulNya mencintainya". Bila siang
menjelang semua orang ke hadapanRasulullah s.a.w, semua mereka
mengharapkan bendera itu akan diserahkan kepadanya, lantasRasulullah
s.a.w bertanya: Di mana Ali bin Abi Talib. Jawab hadirin: Beliau mengadu
hal matanya yangsakit. Kata Rasulullah s.a.w: Hantarkan beliau ke mari.
Maka beliau pun di bawa ke hadapan Rasulullahs.a.w. Baginda meludah ke
dalam kedua-dua matanya sambil berdoa, sesudah itu matanya tidak
sakit-sakit lagi bagaikan tak ada apa pun sebelumnya, Baginda menyerah
bendera kepadanya, dan beliauberkata: "Wahai Rasulullah s.a.w akan ku
perangi mereka hingga mereka menjadi seperti kita semua".Jawab Baginda:
"Ayuh laksanakan tugas mu itu, apabila kamu sampai di perkarangan
mereka, serulahmereka kepada Islam, beritahukan mereka segala sesuatu
mengenai hak Allah, demi Allah sekiranyadengan kau Allah memberi hidayah
kepada seseorang maka itu terlebih baik bagi kau dari
sekumpulanunta-unta merah".Khaibar terbahagi kepada dua kelompok, satu
kelompok ialah:1. Kubu Nairn2. Kubu As-Saab bin Muaz3. Kubu Qaladah
Az-Zubair4. Kubu Ubai5. Kubu An-NizarTiga kubu yang pertama terletak di
kawasan yang dikenali sebagai An-Nutah yang dua lagi terletak dikawasan
yang dikenali sebagai Asy-Syaq.Kelompok kedua dikenali dengan nama
Al-Katibah, terdapat tiga kubu sahaja iaitu:1. Kubu Al-Qamus ianya kubu
qabilah Abu Al-Haqiq keturunan Bani Nadhir.2. Kubu Al-Watih3. Kubu
As-SalalimNamun demikian di Khaibar masih terdapat kubu-kubu dan
tembok-tembok lain, selain dari lapan yangtersebut, cuma ianya kecil
tidak segagah dan perkasa seperti yang lapan itu.Peperangan sengit
berkisar disekitar kubu-kubu yang berada di kelompok pertama, kubu-kubu
keduameskipun ramai pejuang-pejuangnya di situ namun ianya telah
menyerah kalah tanpa sebarangpeperangan.
- 193. Ar-Raheeq
Al-MakhtumPERMULAAN PEPERANGAN DAN PEMBUKAAN KUBU NAIMKubu Naim
merupakan kubu pertama di antara lapan kubu yang diserang, ianya
merupakan barisanpertahanan Yahudi pertama kerana kedudukannya yang
strategi ianya kubu pahlawan Yahudi bernama"Marhab" Pejuangnya adalah
ribuan.Ali bin Abi Talib muncul di hadapan kubu berkenaan, pertama
sekali beliau menyeru kaum Yahudiseluruhnya kepada Islam, mentah-mentah
mereka menolak pelawaan itu, dengan itu mereka muncul kehadapan bersama
raja mereka "Marhab", beliau tampil ke hadapan menyeru sesiapa yang
mahubertarung dengannya. Kata Salamah bin Al-Akwa: Setibanya kami di
Khaibar raja mereka yang bernama"Marhab" pun tampil ke hadapan menghunus
pedang sambil melaung dengan madahnya:"Dakulah Marhab, Khaibar
KenaliSenjata digenggaman pahlawan terujiApabila perang bermula ianya
membakar"Di masa itu tampillah Umai Amir dengan madahnya:"Khaibar kenali
daku AmirSenjata ditegakkan pahlawan mencabar"Bertikamanlah di antara
kedua, pukulan pedang Marhab membelah perisai Amir, menyebabkan
beliauhanya bertahan sahaja, pedangnya pun pendek pula, namun beliau
cuba memukul betis Yahudi tetapimata pedangnya melantun balik ke arah
dirinya hingga tertikam kepala lututnya dan beliau syahid keranaitu.
Maka Rasulullah s.a.w pun menegas dengan sabdanya: "Untuk beliau dua
pahala, sambil Bagindamenunjukkkan dua jarinya, kerana beliau berusaha
dan melawan, jarang seorang Arab mara sepertibeliau".Nampaknya "Marhab"
mencabar sekali lagi memanggil sesiapa yang berani bertarung dengannya,
denganmadahnya tadi, Ali bin Abi Talib tampil ke hadapan, kata Salamah
bin Al-Akwa, Ali muncul denganmadahnya:Daku Haidar ibu menamanyaSinga
rimba garang rupanyaSukatan diberiHutang dibayarDarah dibelaBeliau
menghumban pedangnya ke kepala Marhab membunuhnya, dengan itu pembukaan
kota Khaibarpun dirasmikan.Semasa Ali (r. a) menghampiri kubu-kubu
mereka yang lain, seorang Yahudi menjengok kepalanya daridalam kubu
sambil bertanya: Siapa kamu Jawab beliau: Akulah Ali bin Abi Talib, maka
kata Yahudi: Kamutelah mengatasi dengan apa yang diturunkan ke atas
Musa.Sejurus kemudian muncul Yasir saudara kepada Marhab dengan berkata
siapa sanggup bertarung denganku, maka tampil Az-Zubair, maka kata
ibunya Safiah: "Wahai Rasulullah s.a.w, nanti dibunuhanakku?"Jawab
Rasulullah s.a.w: "Malah anak engkau yang membunuhnya". Memang itulah
yang terjadi.Pertempuran pun menjadi sengit di sekitar kubur Naim di
mana terbunuh beberapa keluarga, yangmembawa kepada tumbangnya
penentangan Yahudi dan gagal mereka mempertahankan kemaraantentera
Islam.Dari semua sumber ini boleh difahamkan di mana peperangan Khaibar
ini selama beberapa hari, tentera
- 194. Ar-Raheeq
Al-MakhtumIslam menghadapi tentangan yang hebat, namun di akhirnya kaum
Yahudi sudah berputus asa untukmelawan, kesudahannya mereka lari dari
kubu itu menyusup ke kubu "As-Saab". Dengan itu tenteraIslam pun
melanggar masuk dan menawannya.PEMBUKAAN KUBU AS-SAAB BIN MUAZKubu
As-Saab merupakan kubu kedua yang terkuat dan gagah selepas kubu
An-Naim, tentera Islammembuat serangan di bawah pimpinan Al-Habbab bin
Al-Munzlr Al-Ansari, sebelum itu mereka telahmembuat kepongan selama
tiga hari, pada hari ketiga Rasulullah s.a.w telah membuat satu doa
khasuntuk pembukaan kubu berkenaan.Ibnu Ishak meriwayatkan katanya: Banu
Saham dari qabilah Aslam telah datang menghadap Rasulullahs.a.w, kata
mereka: Kami dalam kemelesetan, kami tidak mempunyai sesuatu apa pun,
jawab Rasuldengan nada restunya: "Ya Allah Ya Tuhanku sesungguhnya Kau
mengetahui hal mereka ini, mereka takmempunyai kekuatan, di tangan ku
ini tiada sesuatu pun yang boleh ku beri kepada mereka, bukalahuntuk
mereka sekaya-kaya kubu, padanya makanan dan daging yang berlebihan".
Keesokan pagi, Allahtelah membuka kubu As-Saab bin Muaz, kiranya di
Khaibar itu padanyalah tersimpan makanan dandaging-daging.Ketika
Rasulullah s.a.w menyeru menyerang ke atas kubu berkenaan, maka Banu
Aslamlah kumpulanterkemuka yang membuat asakan ke atas "As-Saab".
Pertarungan dan pertempuran berlaku di hadapankubu, sebelum matahari
terbenam Al-Hamdulillah As-Saab telah terbuka, tentera Islam mendapati
didalamnya alat-alat peperangan seperti pelontar peluru dan
kereta-kereta perisai.Oleh kerana kelaparan yang mencengkam tentera
Islam, sudah sampai kekemuncaknya seperti yangdiriwayatkan oleh Ibnu
Ishak membawa kaum muslimin sudah merebus air untuk memasak daging
keldaipeliharaan. Tapi setelah Baginda mengetahui maka dilarang dari
memakan daging kaldai peliharaan.PEMBUKAAN KUBU AZ-ZUBAIRSelepas
pembukaan kubu Naim dan As-Saab kaum Yahudi yang berada di semua kubu
kelompok An-Naim berpindah ke kubu Az-Zubair, ianya kubu perkasa di
kemuncak "Quilah", berat untuk kuda dantentera ke sana kerana kesukaran
jalan dan kekukuhannya. Tindakan Rasulullah s.a.w ialahmengepunginya,
Rasulullah s.a.w mengenakan kepungan selama tiga hari, setelah itu
seorang lelakiYahudi datang menemui Rasulullah s.a.w seraya berkata:
"Wahai Abi Al-Qasim kalau kamu kepung,mereka ada sumber air di bawah
tanah, mereka keluar di waktu malam mengambilnya, balik semula kekubu
mereka tidak ada sesuatu pun yang mencemas mereka, tetapi kalau kau
potong air mereka, merekaakan melawan."Rasulullah s.a.w pun segera
bertindak menghalang air dari mereka, reaksinya mereka keluar danmelawan
dalam satu peperangan habis-habisan, telah syahid beberapa tentera
Islam dan sepuluh orangYahudi kecundang, dengan itu terbukalah kubu
Az-Zubair kepada Rasulullah s.a.w.PEMBUKAAN KUBU UBAISetelah kubu
Az-Zubair dibuka maka seluruh Yahudi berpindah ke kubu Ubai, kaum
musliminmengepunginya, dua wira Yahudi telah tampil seorang demi seorang
meminta ditentang, namun kedua-dua mereka dibunuh di dalam pertarungan
yang berasingan, wira kedua Yahudi telah dibunuh olehpahlawan Islam yang
berikat kepala dengan kain merah iaitu Abu Dujanah Sumak bin Kharsyah
Al-Ansari.Sebaik sahaja beliau membunuh wira Yahudi, terus beliau
merempoh masuk ke dalam kubu Ubai dan
- 195. Ar-Raheeq
Al-Makhtumtentera Islam membanjiri bersama beliau ke dalam. Di dalam
kubu berlaku pertarungan sengit beberapajam, di masa itu kaum Yahudi
mengambil kesempatan melarikan diri ke dalam kubu "An-Nizar"
kubuterakhir di kelompok pertama.PEMBUKAAN KUBU AN-NIZARKubu ini
merupakan kubu terkuat kelompok ini, orang Yahudi semua mereka bagaikan
penuh keyakinanbahawa tentera Islam tidak akan dapat membukanya walaupun
berusaha sehabis tenaga mereka, sebabitulah mereka menempatkan
perempuan-perempuan dan keluarga mereka di sini, setelah
merekamengosongkan semua penghuni keempat-keempat kubu terdahulu.Kaum
muslimin telah membuat kepungan yang ketat ke atas kubu ini, dengan
tekanan kuat ke atas kaumYahudi, oleh kerana kubu ini terletak di atas
bukit tinggi dan gagah, menyebabkan kaum muslimin tidakdapat membuat
serangan dan merempuh ke dalamnya, di pihak Yahudi pun tidak berani
keluar dari kubuuntuk bertarung, apa yang dapat mereka lakukan hanya
melawan dengan meluncur tombak danmencampak ketulan-ketulan batu ke arah
tentera Islam.Oleh kerana kubu An-Nizar ini sukar kepada tentera Islam
membukanya maka Rasulullah s.a.wmemerintah supaya dipecahkan kubu
An-Nizar ini dengan lontaran Al-Manjaniq (pelontar), setelah
tenteraIslam bertindak mengikut arahan Rasulullah s.a.w, maka berlaku
kerosakan dan keruntuhan kepadatembok-tembok kubu berkenaan, membolehkan
tentera Islam menyerbu masuk, di mana berlakupertempuran yang sengit di
dalam kubu itu sendiri, di situ kaum Yahudi menerima kekalahan yang
terukkerana mereka tidak sempat melarikan diri ke kubu yang lain, namun
dapat juga di antara orang-orangYahudi yang sempat melarikan diri
meninggalkan kaum keluarga dan perempuan-perempuan merekasebagai
tawanan. Dengan tertawannya kubu yang terkuat ini terbukalah kelompok
pertama kubu Khaibaryang terletak di An-Nutah dan As-Syaq,
walaubagaimana terdapat juga kubu-kubu kecil di sekelilingnya,tetapi
dengan tertawannya kubu terkuat ini maka penghuni-penghuni yang tinggal
dan hendakmempertahankan kubu-kubu mereka turut melarikan diri ke
kubu-kubu yang berada di kelompok keduadi Khaibar ini.PEMBUKAAN KELOMPOK
KEDUA KUBU KHAIBARSebaik sahaja kubu di kelompok An-Nutah dan As-Syaq
dibuka, segera Rasulullah s.a.w mengerakkankekuatannya ke kelompok
penduduk Al-Katibah, Al-Wateh dan As-Salalim iaitu kubu Abu Al-Haqiq
dariBani Nadhir, kubu ini telah dibanjiri oleh para Yahudi yang sempat
melarikan diri ke kubu ini, di sinimereka mempertahankan sehabis-habis
daya usaha mereka.Ahli As-Sirah dan Al-Maghazi berikhtilaf pendapat
apakah berlaku peperangan di ketiga-tiga kubunya iniatau tidak? Mengikut
Ibnu Ishak dengan jelas beliau menyebut di mana berlaku pertempuran,
dalamusaha membuka kubu Al-Qamus, malah dari jalan cerita beliau, kubu
ini dibuka melalui peperangan tanpasebarang perbincangan dan
rundingan.Manakala Al-Waqidi menyatakan keterangan di mana ketiga-tiga
kubu dikelompok ini dibuka melaluiperundingan, ini boleh jadi rundingan
diadakan selepas berlaku pertempuran di kubu Al-Qamus, tetapidua kubu
lagi telah diserah kepada tentera Islam tanpa sebarang pertempuran.Walau
bagaimanapun, apabila Rasulullah s.a.w tiba ke sebelah Al-Katibah
Baginda telah membuatkepungan yang lebih ketat, tempoh kepungan ialah
empat belas hari, di dalam tempoh ini orang-orangYahudi tidak keluar
langsung dari kubu mereka, hinggalah apabila Rasulullah s.a.w memerintah
supayadipasang pelontar peluru dan mereka menyakini kehancuran mereka,
lalu mereka memohon diadakanperjanjian perdamaian dengan Rasulullah
s.a.w.
- 196. Ar-Raheeq Al-MakhtumPERUNDINGANAnak Abi Al-Haqiq
telah menghantar perutusan.menemui Rasulullah s.a.w dengan persetujuan:
Kamiakan mengikut arahan kamu? Jawab Rasulullah s.a.w: Ya, dengan itu
mereka pun mematuhi arahanRasulullah s.a.w. Kira dengannya terselamatlah
darah mereka.Baginda menerima pakai perjanjian perdamaian dengan
tentera-tentera mereka yang berada di dalamkubu, keluarga mereka
ditinggalkan untuk mereka, mereka boleh keluar dari bumi Khaibar
bersama-samadengan keluarga mereka, dan meninggalkan segala-galanya
kepada Rasulullah s.a.w, hartabenda, bumi,emas perak, perisai dan baju
besi, selain dari pakaian yang di badan sahaja. Jawab Rasulullah
s.a.w:"Allah dan RasulNya tidak bertanggungjawab dengan kamu sekiranya
kamu menyembunyi sesuatu",dengan itu mereka pun menerima perdamaian yang
dipersetujui itu. Selepas perdamaian ini makaselesailah penyerahan
semua kubu-kubu kepada tentera Islam, dan sempurna sudah pembukaan
seluruhKhaibar.PEMBUNUHAN DUA ORANG ANAK LELAKI ABU AL-HAQIQMeskipun
selesai perjanjian perdamaian sedemikian rupa, namun dua orang anak
lelaki Abu Al-Haqiqmenghilangkan sebahagian besar harta-benda di dalam
kubu berkenaan, juga mereka menghilangkansebuah tabung yang terisi wang
dan barang-barang kemas Huyai bin Akhtab, yang beliau bawa larisemasa
pembuangan Bani Nadhir.Kata Ibnu Ishak: Kinanah bin Ar-Rabie di bawa ke
hadapan Rasulullah s.a.w, bersama beliau hartabendaBani Nadhir yang
berharga. Baginda bertanya di mana barang-barang itu, Ibn Ar-Rabie
mengingkari yangbeliau mengetahui tempatnya, maka dibawa kepada
Rasulullah s.a.w seorang Yahudi lain dan kata beliau:Sebenarnya aku
pernah melihat Kinanah berulang alik ke tempat usang itu setiap pagi.
Tanya Rasulullahs.a.w "Apa kata kau sekiranya kami menjumpai barang itu
bersama-sama kau, kami bunuh kau?" JawabKinanah: "Ya boleh".Lalu
Rasulullah s.a.w menyuruh orang Islam menggali tempat usang itu,
hasilnya didapati sebahagianharta-harta mereka yang sengaja
disembunyikan di situ, bila ditanya di mana bakinya lagi, beliau
engganmenunjuk tempatnya, Rasulullah s.a.w pun menyerah beliau kepada
Az-Zubair dengan katanya:"Siksakan beliau agar berjaya kita bawa keluar
yang bakinya". Az-Zubair mendemah dadanya denganbesi panas separuh mati,
kemudian diserahnya kepada Mahmad bin Salamah, Mahmad pun
terusmembunuhnya sebagai balasan di atas kematian Mahmud bin Salamah
saudaranya yang dibunuh olehorang Yahudi dalam satu pakatan jahat mereka
dengan mencampak ke atasnya lesung kisar semasabeliau berselindung di
tepi tembok di kubu Naim dahulu.Ibnu Al-Qayim menyebut bahawa Rasulullah
s.a.w telah mengarah supaya dibunuh kedua-dua anak lelakiAbu Al-Haqiq.
Adapun orang yang mengaku bahawa harta itu mereka berdualah yang
bertanggungjawabmenyembunyikannya ialah anak saudara Kinanah.Rasulullah
s.a.w menawan Sofiyah bin Huyai bin Akhtab sebelum ini beliau adalah
bersama Kinanah anaklelaki Abu Al-Haqiq, yang baru menjadi pengantin dan
baru sahaja bermalam sebagai suami isteri.PEMBAHAGIAN HARTA
RAMPASANPada permulaannya Rasulullah s.a.w hendak mengosongkan Khaibar
dari kaum Yahudi, tetapi merekamenawar kepada Rasulullah s.a.w dengan
kata mereka: "Hai Muhammad biarlah kami yang mengerjakanladang-ladang
ini, kami mengusahakannya, kerana kami lebih mengetahui mengenainya dari
kamu.
- 197. Ar-Raheeq Al-MakhtumKebetulan Rasulullah s.a.w dan
para sahabat di masa itu tidak ada prang-orang atau anak-anak
suruhanuntuk bekerja di ladang itu, orang Yahudi tidak pernah
mengosongkan ladang itu malah setiap masadiusahakannya. Maka sebab itu
Rasulullah s.a.w membenarkan mereka mengusahakan ladang itu dengansyarat
hasil dari setiap tanaman dibahagikan dua, dan Rasulullah s.a.w berhak
memberikan merekasetiap tuaian yang Baginda perakuinya, Abdullah bin
Rawahah dilantik sebagai penyelia mereka.Pertama, Rasulullah s.a.w
membahagikan semua tanah Khaibar kepada 36 saham dan setiap saham
itudibahagikan kepada seratus saham kecil dengan itu tanah Khaibar
mengandungi tiga ribu enam ratus(3,600) saham kecil, sebanyak seribu
lapan ratus (1,800) saham adalah peruntukan khusus kepadaRasulullah
s.a.w dan tentera Islam yang merupakan separuh keseluruhan saham.
Rasulullah s.a.wmengambil satu saham sama seperti mana-mana tentera
Islam, yang separuh lagi iaitu seribu lapan ratus(1,800) saham
diasingkan, satu saham kontinjansis dan hal-hal yang mendatang ke atas
kaum muslimin.Sebab Rasulullah s.a.w membahagikan kepada seribu lapan
ratus, kerana rampasan itu adalah hidanganAllah untuk tentera-tentera
yang menyertai Al-Hudaibiyyah dan yang telah tidak ada, kesemua
merekaialah seribu empat ratus (1,400) orang, bersama mereka dua ratus
(200) kuda, setiap kuda dua saham,jadi kesemua itu dibahagikan kepada
seribu lapan ratus (1,800) saham ertinya askar berkuda berhakmenerima
tiga saham dan pejalan kaki satu saham setiap seorang.Bukti yang
menunjukkan betapa banyaknya rampasan Khaibar ialah apa yang telah
diriwayatkan oleh Al-Bukhary dari Ibnu Umar dengan katanya: Kami tidak
pernah kenyang kecuali setelah kami buka Khaibar,dan riwayat Aisyah
dengan katanya: Selepas pembukaan Khaibar kami semua
menyebut-nyebut:"Sekarang ini kita boleh kenyang dengan
tamarnya".Sekembalinya Rasulullah s.a.w ke Madinah kaum muhajirin pun
memulangkan hibah dan berian merekakepada Al-Ansar, yang pernah mereka
berikan kepada Al-Muhajirin dahulu, seperti kebun-kebun tamar,setelah
mereka memiliki harta dan ladang-ladang tamar di Khaibar.KEPULANGAN
JAAFAR BIN ABI TALIB DAN KELUARGA AL-ASYARISemasa peperangan Khaibar
Jaafar bin Abi Talib bersama-sama sahabatnya dan orang-orang
Al-Asyarikeluarga Abu Musa bersama-sama sahabatnya pun tiba dari hijrah
mereka ke Habsyah. Kata Abu Musa:"Pergerakan Rasulullah s.a.w telah
sampai ke pengetahuan kami semasa kami berada di Al-Yaman,rombongan
terdiri dari daku sendiri dua orang saudaraku bersama dengan lima puluh
orang lebih darikaum ku, kapal yang kami tumpang itu telah membawa kami
ke Habsyah negeri An-Najasyi, akhirnyakami bertemu dengan Jaafar dan
sahabat-sahabatnya, kata Jaafar kepada ku: Sesungguhnya Rasulullahs.a.w
telah menghantar kami ke mari dan menyuruh kami bermukim di sini, dan
tinggallah bersama kami.Dengan itu kami pun tinggallah bersama-samanya,
hinggalah kami semua pulang semula ke Madinah danberkesempatan pula
dengan masa pembukaan Khaibar, dan Rasulullah s.a.w pun memberikan
kamisaham Khaibar, sebenarnya Rasulullah s.a.w tidak membahagikan saham
Khaibar kepada orang yangtidak menyertai pembukaan Khaibar, kecuali
kepada pelayar-pelayar kapal kami yang bersama Jaafar
dansahabat-sahabatnya, dimana Rasulullah s.a.w membahagikannya di antara
mereka.Ketibaan Jaafar telah disambut oleh Rasulullah s.a.w dan Baginda
mengucupinya seterusnya Bagindabersabda: "Demi Allah aku tidak tahu
mana satu yang hendak ku bergembira dengannya, Apakahpembukaan Khaibar
atau kepulangan Jaafar?"Ketibaan pulang Jaafar adalah hasil pengutusan
Umar bin Umaiyah Ad-Dhamari dari Rasulullah s.a.wkepada An-Najasyi,
meminta beliau menghantar mereka pulang kepangkuannya, An-Najasyi pun
segeramengurus kepulangan mereka dengan dua buah kapal, Jumlah mereka
semua ialah enam belas (16)orang lelaki bersama-sama dengan anak-anak
dan isteri-isteri mereka, selain dari mereka telah punsampai ke Madinah
sebelum ini beberapa kumpulan lain terlebih dahulu.
- 198.
Ar-Raheeq Al-MakhtumPERKAHWINAN DENGAN SOFIAHTelahpun kita sebutkan
bahawa Sofiah telah dijadikan sebagai tawanan, setelah suaminya Kinanah
bin AbiAl-Haqiq dibunuh kerana pengkhianatannya. Apabila semua tawanan
dihimpunkan, Duhaiyah bin KhalifahAl-Kalabi telah datang kehadapan
Rasululullah dengan berkata: "Wahai nabi Allah, berikan daku
seorangtawanan perempuan". Jawab Rasulullah s.a.w: "Pergi dan ambillah".
Beliau pun memilih Sofiah bintiHuyai, di masa itu seorang lelaki
menemui Rasulullah s.a.w sambil berkata: "Wahai nabi Allah apakahtuan
hamba memberikan Sofiah binti Huyai puteri penghulu Banu Quraizah dan
Bani Nadhir kepadaDuhaiyah, sebenarnya Sofiah tidak baik dan sesuai
kecuali untuk Rasulullah s.a.w". Kata Rasulullah s.a.w:"Jemputkan beliau
bersama perempuan itu ke mari". Beliau pun datang dengan Sofiah, bila
Rasulullahs.a.w menengoknya maka kata Rasulullah s.a.w kepada Duhaiyah:
"Ambillah perempuan tawanan selaindarinya". Kemudian Rasulullah s.a.w
menawarkan Islam kepada Sofiah dan beliau pun menerima danmemeluk Islam,
dengan itu Rasulullah s.a.w membebaskannya dan berkahwin dengannya,
pembebasanitu dijadikan maharnya, sehingga apabila ke tempat bernama "
Sadd As-Sahba " jalan ke Madinah, Sofiahmenjadi halal untuk berkahwin.
Ummu Salim bertugas menyiapkan beliau untuk Rasulullah s.a.w
dandiserahnya kepada Rasulullah s.a.w pada malam itu, dengan itu Baginda
menjadi mempelai lelaki kepadaSofiah. Sempena perkahwinan itu
dihidangkan jamuan bubur tepung dicampur buah tamar dan minyaksapi.
Baginda bermalam dengan Sofiah selama tiga hari semasa perjalanan pulang
ke Madinah.Rasulullah s.a.w mendapati kesan lebam di mukanya, jadi
Rasulullah s.a.w pun bertanya dengansabdanya: Apa ini? Jawab beliau:
Wahai Rasulullah s.a.w sebelum ketibaan Rasulullah s.a.w ke sini,
sayatelah bermimpi melihat bulan sudah tidak ada di tempatnya tiba-tiba
terjatuh ke ribaku, demi Allah sedikitpun saya tidak tahu hal tuan
hamba, daku pun menceritanya kepada suami ku, beliau pun
terusmenempeleng mukaku dengan katanya: Jadi kau bercita-cita hendak
kahwin dengan raja yang di Madinahitu.PERIHAL KAMBING BERACUNDalam
keadaan Rasulullah s.a.w sedang berihat selepas pembukaan Khaibar
seorang wanita Yahudi yangdikenali sebagai Zainab bin Al-Harith isteri
Salam bin Misykam telah tampil ke hadapan Rasulullah s.a.w,beliau
menghadiah kepada Rasulullah s.a.w seekor kambing panggang, sebelum ini
beliau telah bertanyakhabar mana satu di antara anggota kambing panggang
yang digemarinya dan diberitahu: Pahanya,untuk itu maka beliau
memasukkan racun kedalamnya sebanyak yang mungkin, kemudian
diracunkesemuanya, setelah itu beliau membawa sajian itu kepada
Rasulullah s.a.w.Baginda pun mengambil paha kambing bakar tadi dan
menggigitnya, didapati dagingnya tidak baik laludiluahkannya dan
bersabda: Tulang kambing ini memberitahu daku yang ianya telah
diracunkan; setelahitu dipanggil perempuan Yahudi tadi dan disoal,
beliau pun membenarkan kata-kata Rasulullah s.a.w itu,dan bila
ditanyanya mengapa beliau berbuat demikian, jawab beliau: Kalaulah
Muhammad ini raja akanselamatlah daku darinya dan kalau ianya seorang
nabi maka beliau akan diberitahu, dengan itu Rasulullahs.a.w
memaafkannya.Bersama Rasulullah s.a.w di ketika itu Bisyr bin Al-Barra
bin Marur, beliau telah mengambil sebahagiandari daging kambing itu,
dimakan malah didapati menyelerakan akhirnya beliau mati selepas
itu.Riwayat berikhtilaf mengenai kesudahan perempuan tadi, dimaafkan
atau dibunuh, satu riwayat sebulatmengatakan Rasulullah s.a.w
memaafkannya pada permulaan, kemudian dibunuh sebagai qisas,hukuman di
atas kematian Bisyr.QURBAN KEDUA BELAH PIHAK DI DALAM PEPERANGAN KHAIBAR
- 199. Ar-Raheeq Al-MakhtumJumlah tentera Islam yang syahid dl
dalam pertempuran Khaibar, ialah enam belas (16) orang empatQuraisy,
seorang Banu Asyja, seorang Banu Aslam, seQrang dari penduduk Khaibar
selebihnya adalahdari golongan Ansar.Pendapat lain menyebut bahawa
syahid Islam adalah lapan belas (18) orang, Al-Alamah
Al-Mansurpurimenyebut sembilan belas (19) orang, kemudian beliau
berkata: selepas penyelidikan ku dapatisebenarnya dua puluh tiga (23)
orang. Seorang darinya tersebut di dalam sejarah al-Tabari sahaja,
danseorang darinya juga, hanya tersebut di dalam Al-Waqidi sahaja.
Seorang darinya mati kerana memakarrdaging kambing yang beracun,
manakala seorang yang lain mereka berikhtilaf apakah ianya terbunuh
diBadar atau di Khaibar. Tapi yang sahih ianya mati di Badar. Manakala
jumlah qurban orang Yahudi ialahsembilan puluh tiga (93)
orang.FADAKApabila Rasulullah s.a.w sampai ke Khaibar, segera Rasulullah
s.a.w menghantar Mahisah bin Masoudsebagai utusan kepada Yahudi Fadak
menyeru mereka kepada Al-Islam, namun mereka berlengah, tapisetelah
Allah mentakdirkan pembukaan Khaibar dicampak kegerunan ke dalam
hati-hati mereka,membawa mereka mengutus kepada Rasulullah s.a.w meminta
perdamaian dan sanggup membahagikanseparuh hasil Fadak kepada Baginda
seperti yang Baginda lakukan dengan penduduk Khaibar, Rasulullahs.a.w
bersetuju dengan permintaan Yahudi itu, oleh itu maka Fadak semuanya
adalah khusus kepada diriRasulullah s.a.w sahaja, kerana rampasannya
tidak berlaku sebarang pergerakan tentera danpeperangan.WADI
AL-QURASetelah Baginda selesai urusan Khaibar Baginda terus ke "Wadi
Al-Qura" kerana di sana terdapatsekumpulan kaum Yahudi dan sebahagian
dari qabilah Arab yang bersekutu dengan mereka.Apabila tentera Islam
sampai ke sana mereka telah ditentang oleh kaum Yahudi dengan lontaran
panahkerana mereka dalam keadaan berkerah tenaga dan bersiap sedia.
Dalam kejadian itu seorang AbdiRasulullah s.a.w bernama Mudam terbunuh,
maka kata orang ramai: Berbahagialah beliau dengansyurga, jawab
Rasulullah s.a.w: Tidak sama sekali, demi jiwaku ditangannya, itu kain
selimut, yang beliauambil itu di hari Khaibar adalah rampasan Khaibar
yang tidak dimasukkan ke dalam saham pembahagianrampasan, beliau harus
dibakar dengan api, bila mereka mendengar demikian maka seorang lelaki
telahmembawa kepada Rasulullah s.a.w seberkas atau dua berkas kayu api,
kata Rasulullah s.a.w: Seberkasatau dua berkas kayu api. Kemudian
Rasulullah s.a.w pun menyusun para sahabat untuk menghadapipeperangan,
diatur dan dibahagi-bahagikan, bendera diserahkan ke tangan Saad bin
Ubbadah, manakalapanji-panjinya diserahkan kepada Al-Habbab bin
Al-Munzir, Suhail bin Hanif dan Ubbadah bin Bisyr, lepasitu Rasulullah
s.a.w menyeru penduduknya kepada Islam tetapi mereka menolak malah salah
seorangdari mereka telah muncul dan meminta dicabar, dengan itu
Az-Zubair ibni Al-Awwam pun tampilmenyahut permintaannya tadi, belum
apa-apa beliau sudah membunuh pencabar tadi kemudian tampilseorang lagi,
pun dibunuh oleh Az-Zubair kemudian tampil yang ketiga, sekali ini Ali
bin Abi Talib pulayang melawannya, setelah beberapa ketika Ali pun
membunuh orang itu, dikira semua orang yangdibunuh itu sebelas orang,
selalunya setiap kali wira mereka tumpas Baginda menyeru mereka
kepadaIslam.Masa berlalu dengan keadaan begini hinggalah masuk waktu
solat, Rasulullah s.a.w pun terns memerangimereka hingga ke petang, di
pagi keesokan hari dan belum sempat matahari menjelang ke ufuk
langitkadar aras tombak, Wadi Al-Qura menyerah kalah dan Rasulullah
s.a.w menawannya dengan kekerasan,padanya Allah menghadiahkan RasulNya
dengan rampasan-rampasan dan harta-harta yang banyak
- 200.
Ar-Raheeq Al-Makhtumtermasuk perkakas dan peralatan lain.Rasulullah
s.a.w tinggal di Wadi Al-Qura untuk selama empat (4) hari, setelah
membahagi-bahagikanrampasan, manakala tanah perusahaan dan tanaman tamar
dibenarkan kaum Yahudi mengusahakannya.Rasulullah s.a.w bertindak
terhadap mereka seperti mana tindakan Baginda terhadap penduduk
Khaibar.TAIMAApabila Yahudi Taima, menerima berita penyerahan diri oleh
Yahudi Khaibar diikuti oleh penduduk Fadakdan Wadi Al-Qura maka mereka
tidak membuat sebarang penentangan terhadap tentera Islam. Malahterlebih
dahulu mereka menghantar wakil untuk mengadakan perundingan perdamaian,
Rasulullah s.a.wbersenang hati menerima hasrat mereka, sehingga dengan
itu mereka dapat meneruskan pemilikannyake atas harta benda mereka.
Justeru Rasulullah s.a.w menulis surat perjanjian untuk
msndokumenkankepada mereka risalah jaminan, berikut nasnya: "Ini adalah
risalah dari Muhammad Rasulullah s.a.wuntuk Banu Adiya, sesungguhnya
untuk mereka tanggungjawab, sebagaimana mereka berkewajipanmengeluar
ufti (jizyah), tiada penentangan maka tiada perpindahan". Risalah ini
ditulis oleh Khalid binSaid.KEMBALI KE MADINAHSesudah itu Rasulullah
s.a.w pun mula bergerak menuju ke Madinah. Di dalam perjalanan pulang
ituBaginda berjalan sepenuh malam dan tidur di akhir malam di suatu
tempat, dengan berkata kepada Bilal:Malam telah melindungi kita, beliau
pun tertidur dengan bersandar pada binatang tunggangannya takseorang pun
sedar kecuali setelah cahaya matahari menikam mereka, orang pertama
terjaga ialahRasulullah s.a.w dengan itu Baginda pun keluar dari lembah
itu mendahului tenteranya kemudian Bagindamenunaikan solat subuh bersama
kalian hadirin. Ada pendapat mengatakan kisah ini berlaku di
dalamperistiwa lain.Setelah meneliti huraian peperangan Khaibar,
jelaslah kepulangan Rasulullah s.a.w dari Khaibar ialahdipenghujung
bulan Safar atau di bulan Rabiul Awwal tahun ke tujuh (7) Hijrah.UMRAH
AL-QADAAl-Hakim menyebut dengan katanya: Di dalam beberapa hadith yang
mutawatir, meriwayatkan bahawasebaik sahaja menjelangnya bulan
Zulkaedah, Baginda memerintah para sahabat menunaikan umrahyang
tertangguh dahulu, sesiapa yang menyertai di dalam perjanjian
Al-Hudaibiyyah dahulu tidak bolehmengecualikan diri, dengan itu mereka
semua pun keluar menuju ke Makkah terkecuali mereka yang matisyahid.
Turut serta ialah sahabat-sahabat yang lain yang ingin mengerjakan umrah
pada tahun ini,jumlah semua peserta ialah dua ribu selain kaum wanita
dan kanak-kanak.Rasulullah s.a.w melantik Uwaif Abu Rahm al-Ghiffari
sebagai Amir Madinah semasa ketiadaan Baginda.Di dalam perjalanan umrah
dituntun bersama unta-unta yang gemuk. Najiyah bin Jundub Al-Aslami
diberitugas untuk mengurus ternakan ini. Baginda memulakan ihram umrah
dari miqat zul Hulaifah. Dari situBaginda memulakan talbiah yang diikuti
oleh sekalian kaum muslimm yang bersamanya. Baginda keluardengan
persiapan senjata dan persediaan berperang, takut-takut Quraisy
melakukan pengkhianatan.Setibanya di "Yajaj" Baginda melucutkan semua
senjata-senjata tadi seperti perisai kulit, pelontar peluru,tombak dan
anak panah. Untuk mengawalnya Rasulullah s.a.w melantik Aws bin Khawli
Al-Ansar dengandua ratus (200) orang yang lain bersama beliau. Baginda
memasuki Kaabah dengan senjata-senjata danpedang tersarung. Di dalam
perjalanan ke Kaabah Baginda menunggang unta "Al-Qaswa". Semua
kaummuslimin membawa pedang yang tersarung dengsn keadaan merenung ke
arah Rasulullah s.a.w danmereka bertalbiah.
- 201. Ar-Raheeq
Al-MakhtumKaum musyrikin telah beredar dari Kaabah pergi ke Bukit
"Qaiyquan" bukit di sebelah utara Kaabahbertujuan untuk melihat kaum
muslimin dari sana, mereka telahpun berkata-kata sesama mereka:Tengok
tu, mereka keletihan dengan demam panas Yathrib. Rasulullah s.a.w
memerintah supaya berlarianak di ketiga-tiga pusingan. Manakala semasa
berada di antara dua rukun Baginda memerintah supayaberjalan sahaja pada
kesemua pusingan, kerana itu adalah sunat, Sebab Rasulullah s.a.w
menyuruhdemikian adalah bertujuan memperlihatkan kepada kaum musyrikin
kekuatan dan kelasakan mereka,Rasulullah s.a.w juga memerintah supaya
mereka mendedah kepala bahu kanan mereka sertameletakkan hujung kain
ihram di atas kepala bahu kiri.Rasulullah s.a.w memasuki Kaabah melalui
lorong yang boleh di lihat "Al-Hajjun" kerana kaum musyrikinsedang
memerhati kaum muslimin dari situ, Rasulullah s.a.w bertawaf dengan
laungan talbiah sehinggaapabila mendekati penjuru Hajarul Aswad Baginda
menyentuhnya dengan tongkat, kemudianmenyambung tawaf seterusnya,
upacara ini di ikuti oleh kalian kaum muslimin, semasa bertawaf
Abdullahbin Rawahah yang berada di hadapan Rasulullah s.a.w
mendendangkan madahnya sambil menghunuspedangnya:Elakkan keluarga kafir
kerjakanBiar kebaikan hanya pada Rasul utusanTuhan Rahman memberi
anugerahPada Al-Quran terbaca ke atas Nabi hantaranMembunuh di jalan
Allah sebaik-baik tindakanPukulan menepati suruhan Al-QuranTetakan
mencerai kepala dari badanMembingungkan kawan dari taulanDi dalam satu
hadith riwayat Anas, Umar telah menyebut dengan katanya: Wahai Ibnu
Rawahah! Dihadapan Rasulullah s.a.w dan di dalam Baitullah Al-Haram
boleh kau berdendang madah syairmu? JawabRasulullah s.a.w: Biarkan dia
Wahai Umar, hiburan semacam itu lebih menusuk hati-hati mereka
daritikaman anak panah.Rasulullah s.a.w bersama kaum muslimin berlari
tiga pusingan, maka apabila kaum musyrikin melihatcara mereka bertawaf
ini, lantas mereka berkata: Eh, mereka yang kita sangka demam, keletihan
dantidak bermaya, nampaknya lebih gagah dari apa yang kita
sangka.Setelah selesai bertawaf Rasulullah s.a.w terus bersaie di antara
As-Safa dan Al-Marwah, sesudahnyaRasulullah s.a.w berdiri di Marwah
lantas berkata: Inilah tempat penyembelihan malah setiap penjuruMakkah
ini adalah tapak penyembelihan, justeru itu Rasulullah s.a.w pun
menyembelih di Al-Marwah danbercukur. Dengan itu semua kaum muslimin
yang berumrah itu mencontohi apa yang dilakukan olehRasulullah s.a.w.
Setelah semua mereka berbaris barulah Rasulullah s.a.w mengutus
sekumpulan parasahabat ke Yajaj untuk mengambil tempat mereka yang
menjaga senjata, supaya memberi kesempatankepada mereka mengerjakan
peribadatan umrah, dengannya maka sempurna sudah semua jemaahmenunaikan
peribadatan mereka.Rasulullah s.a.w bermukim di Makkah selama tiga hari,
di subuh pagi hari keempat sekumpulan orang-orang Quraisy menemui Ali
bin Abi Talib dan berkata kepadanya: Beritahukan kepada teman mu
itusupaya keluar dari sini kerana tempohnya sudah tamat. Dengan penuh
kerelaan hati Rasulullah s.a.w punbergerak keluar dari Kaabah dan
singgah di "Saraf".Semasa Rasulullah s.a.w hendak beredar keluar dari
Makkah anak perempuan Hamzah mengikutiperjalanan Rasulullah s.a.w dan
melaung dengan katanya: Pak cik, Pak cik, Rasulullah s.a.w
segeramendapatinya. Jaafar, Ali dan Zaid bertelingkah untuk mendapat hak
penjagaan puteri Hamzah Syed Asy-Syuhada, Rasulullah s.a.w membuat
keputusan dengan menyerah anak tadi kepada Jaafar kerana emak
- 202.
Ar-Raheeq Al-Makhtumsaudaranya bersama Jaafar.Di dalam perjalanan umrah
ini Baginda (s.a.w) berkahwin dengan Maimunah binti Al-Harith
Al-Amiriyah,di mana Rasulullah s.a.w sebelum memasuki Makkah telah
mengutus Jaafar bin Abi Talib yang sedangberada di hadapannya untuk
menemui Maimunah. Maimunah telah menyerahkan urusannya kepada Al-Abbas,
kerana kakaknya Ummu Al-Fadhl bersama Al-Abbas dengan itu Al-Abbas pun
mengahwinkannyakepada Rasulullah s.a.w sewaktu Rasulullah s.a.w bergerak
keluar dari Makkah dan melantik Abu Rafiesebagai pemegang amanah di
Makkah untuk membawa Maimunah keluar dari Makkah. Semasa diMakkah,
Rasulullah s.a.w menidurinya sewaktu Baginda berada di Saraf.Umrah ini
dinamakan umrah Al-Qada, boleh jadi kerana mengganti umrah yang
tertangguh semasaperjanjian Al-Hudaibiyyah, atau kerana penunaian umrah
ini merupakan pelaksanaan kepada salah satusyarat perjanjian
Al-Hudaibiyyah yang dipersetujui dahulu. Pendapat yang kedua adalah
pendapat yangditarjehkan (ditekankan) oleh parapengkaji (Al-Muhaqqiq).
Umrah ini dikenali dengan empat namanyaiaitu: Umrah Al-Qada, Umrah
Al-Qadiah, Umrah Al-Qisas, dan Umrah As-Solh.PEPERANGAN MUTAHPeperangan
Mutah ini merupakan peperangan terbesar, padanya berlaku pertempuran
yang sengit danberat, peperangan yang berdarah, yang pernah diharungi
oleh tentera Islam khusus semasa hayatRasulullah s.a.w. lanya merupakan
sebagai muqadimah dan persiapan kepada pembukaan-pembukaanIslam ke atas
bumi-bumi Nasara, peristiwa berlaku di bulan Jamadilawal di tahun
kelapan (8) Hijrah,bersamaan bulan Ogos atau September tahun 629
Masihi.Mutah sebuah kampung terletak di bahagian bawah daerah Balqa di
negeri Syam di antara Balqa daitBaitui Muqaddis, dua marhalah.Faktor
kejadian:Kes terjadinya peperangan ini ialah di mana Rasulullah s.a.w
menghantar utusannya Al-Harith bin UmarAl-Uzdi dengan sebuah risalah
kepada pembesar di daerah Basra, tetapi Syurahbil bin Umar
al-Ghassani,Gabenor Bandar Balqa negeri Syam bagi pihak Qaisar Rom telah
menangkap Al-Harith danmemberkasnya kemudian diserahkannya kepada
Qaisar dan Qaisar pula bertindak memancung lehernya.Pembunuhan mana-mana
utusan dan perwakilan merupakan di antara sebesar-besar
jenayah,tindakannya menyamai dengan pengisytiharan perang, malah lebih
berat lagi dari itu. Tindakan itu suatuperkara yang amat berat bagi
Rasulullah s.a.w, sebaik sahaja berita mengenainya sampai kepengetahuan
Rasulullah s.a.w, Baginda terus mengerakkan satu kontijen tentera dengan
kekuatanseramai tiga ribu (3,000) orang askar, ianya adalah tentera
Islam yang terbanyak, yang belum pernahdikerahkan oleh Rasulullah s.a.w
selain daripada peperangan Al-Ahzab.PEMIMPIN-PEMIMPIN TENTERA DAN
PESANAN RASULULLAH S.A.W KEPADA MEREKAPimpinan kontinjen tentera Islam
ini diserahkan kepada Zaid bin Harithah, seterusnya Rasulullah
s.a.wberpesan: Sekiranya Zaid gugur maka Jaafar mengambil tempatnya dan
seandainya Jaafar turut gugursyahid, maka Abdullah bin Rawahah pula
tampil mengambil teraju kepimpinan tentera Islam, di siniRasulullah
s.a.w menyerahkan mereka sebuah bendera putih yang diberinya ke tangan
Zaid bin Al-Harithah.Rasulullah s.a.w memesan mereka supaya mereka
melalui kawasan di mana Al-Harith bin Amir dibunuh,dan supaya mengajak
orang-orang di sana kepada Islam, sekiranya mereka berdegil maka
hendaklahsetelah memohon pertolongan dari Allah memerangi mereka dengan
ungkapan sabdanya yangbermaksud: Ayuh! dengan Nama Allah seranglah
mereka yang kufur dengan Allah, janganlah kamu
- 203. Ar-Raheeq
Al-Makhtumkhianati atau menyamun, jangan bunuh anak-anak kecil atau
perempuan, atau tua lara, atau orangbertapa di biara, jangan kamu tebang
kurma-kurma atau pokok-pokok dan jangan roboh bangunan-bangunan.UCAPAN
SELAMAT JALAN KEPADA TENTERA ISLAM DAN TANGISAN ABDULLAH BIN RAWAHAHDi
saat tentera Islam bersedia untuk bergerak keluar meninggalkan Madinah
seluruh kaum muslimin diMadinah keluar untuk mengucap selamat jalan
kepada tenteranya itu, ucap selamat jalan khusus
kepadapemirnpin-pemimpin tentera Islam, ucapan selamat sejahtera kepada
mereka sekalian, di saat yangpenuh hiba dan gembira itu salah seorang
pemimpin tentera Abdullah bin Rawahah, menangis, biladitanya kenapa
beliau menangis, jawab beliau: Demi sesungguhnya ku menangis ini bukan
keranacintakan dunia, atau pilu meninggalkan kamu, tetapi daku telah
mendengar Rasulullah s.a.w membacasepotong ayat Allah yang
memperingatkan daku mengenai api neraka:"Tidak ada seorang pun di antara
kamu, melainkan mendatangi neraka, demikian itu suatu ketetapanyang
diputuskan oleh Tuhanmu"
Maryam : 71Daku tidak tahu bagaimana
daku boleh melepasinya selepas mendatanginya? Maka jawab kalian
kaummuslimin: Semoga Allah iringi kamu dengan kesejahteraan,
mempertahankan kamu, dan dikembalikankamu ke dalam kalangan kami sebagai
golongan solihin dan memperolehi rampasan-rampasan, justeruitu Abdullah
bin Rawahah menjawab mereka dengan madah syairnya:Dari Rahman ku pohon
keampunanPukulan pedangku, ketangkasan terbuktiTanganku menusuk
tikamanDengan sekali, menembus perut dan hatiKubu di tanya: "Siapa
pahlawan ini?"Dialah pejuang beraniMendapat bimbingan IlahiKemudian
orang ramai keluar bersama-sama Rasulullah s.a.w untuk memberi ucap
selamat jalan kepadamereka, pahlawan-pahlawan Islam yang akan mara ke
medan perang yang amat jauh. Baginda berjalanhingga sampai Thaniyat
Al-Wada di situ Baginda berhenti dan melambai tangan mengucap selamat
jalan.PERGERAKAN TENTERA ISLAM DAN TENTANGAN YANG MENGEJUT LAGI
MENGGERUNKANTentera Islam terus mara ke utara hingga sampai ke kawasan
bernama Maan dalam jajahan negeri Syamianya terletak di utara bumi
Hijaz, di situ mereka telah mendapati berita, bahawa Hercules sudah
punbergerak dengan tenteranya ke tempat bernama Maab di daerah Al-Balqa
dengan seratus ribu tenteraRom, kemudian turut bergabung dengannya
qabilah-qabilah Arab: Lakham, Juzam, Balqin, Bahraa danBila dengan
kekuatan mereka seramai seratus ribu orang.MAJLIS PERMESYUARATAN DI
MAANSebenarnya tentera Islam sedikit pun tidak menyangka bahawa mereka
akan berhadapan denganbilangan tentera yang sebegini ramai, yang
mengejutkan itu, di suatu bumi yang jauh dari Al-Madinah,tempat mereka
datang, apakah wajar tentera yang kecil bilangannya bertindak menyerang
tentera yangbesar bak lautan yang tidak bertepi itu, yang seramai dua
ratus ribu itu? Tentera Islam menjadi serbasalah, dua malam
berturut-turut mereka memikirkan tindakan selanjutnya, selepas itu kata
mereka: kita
- 204. Ar-Raheeq Al-Makhtumtulis surat kepada
Rasulullah s.a.w, menceritakan kepada Baginda bilangan musuh kita, lepas
itu mungkinRasulullah s.a.w menghantar bantuan atau menyuruh kita
dengan sesuatu arahan yang akan kitapatuhinya.Tetapi Abdullah bin
Rawahah membangkang pendapat tersebut dengan katanya: Wahai kalian, demi
Allahsesungguhnya yang kamu tidak suka, itulah sebenarnya yang kamu
semua keluar kerananya, matisyahid, kita tidak memerangi manusia dengan
bilangan kita yang banyak atau dengan kekuatan danpersenjataan, kita
tidak memerangi mereka kecuali dengan agama ini yang dikurniakan oleh
Allah kepadakita sehingga kita menjadi mulia, ayuh marilah kamu ke
hadapan ambillah salah satu kebaikan:Kemenangan mengatasi seteru atau
mati syahid. Akhirnya sekalian mereka pun bersetuju dan berpuashati
dengan pendapat Abdullah bin Rawahah.TENTERA ISLAM BERGERAK KE ARAH
MUSUHSetelah dua malam berturut-turut tentera Islam bermesyuarat, di
mana berakhir dengan persetujuanmenerima pendapat Abdullah bin Rawahah,
justeru itu seluruh tentera Islam pun bergerak ke arahmusuh. Di salah
sebuah kampung Balqa mereka bertembung dengan sekumpulan tentera
Hercules ditempat bernama Masyarif. Tentera musuh cuba menghampiri
mereka, tetapi tentera Islam membelok kesuatu kawasan dikenali sebagai
Mutah di sana mereka mengambil tempat dan menyusun strategi, unitkanan
diletak dibawah pimpinan Qutbah bin Qutadah Al-Uzri manakala unit kiri
di bawah pimpinanUbadah bin Malik Al-Ansari.PERMULAAN PEPERANGAN DAN
PIMPINAN SILIH BERGANTIDi bumi Mutah kedua-dua kumpulan bertemu,
peperangan sengit pun bermula, tiga ribu (3,000) tenteramenghadapi
serangan dua ratus ribu (200,000) tentera. Satu peperangan luar biasa
yang pernah duniamenyaksikannya dengan kehairanan dan keajaiban, tetapi
inilah yang dikatakan: Apabila imanmenyemarak dijiwa, maka beriakulah
perkara-perkara luar biasa".Panji peperangan pun dipegang oleh Zaid bin
Harithah orang kesayangan Rasulullah s.a.w, beliaumerempuh serangan
musuh penuh keberanian tiada tara, terus beliau mengasak hinggalah
beliau terkenatikaman musuh, membawa beliau terkorban sebagai seorang
syahid.Dengan itu panji Islam terus diambil oleh Jaafar bin Abi Talib,
beliau pun tidak kurang dari Zaid binHarithah, hingga apabila beliau
terasa berat berperang dengan kuda, beliau melompat dari kudanya
yangberwarna perang itu lantas disembelihnya, kini beliau bertempur di
bawah, hingga apabila tangankanannya terputus maka panji Islam itu
dipegang dengan tangan kirinya, dan setelah tangan kirinyaterpotong
pula, lalu diapit bendera itu dengan dua belah lengannya. Dengan keadaan
begini beliau terusmenjulang bendera Islam hinggalah beliau gugur
syahid, ada pula pendapat mengatakan yang beliautelah ditetak oleh
seorang Roman hingga terputus dua, dan kemudian Allah menggantikannya
dengan duasayap yang memboleh beliau berterbangan di dalam syurga Allah,
ke mana sahaja yang beliau mahu,kerana itu beliau dikenali sebagai
Jaafar al-Tayyar dan Jaafar Zul Al-Janahain.Al-Bukhary meriwayatkan dari
Nafi bahawa Ibnu Umar telah menceritakan kepadanya semasa
beliaumendapati Jaafar telah syahid, dibadannya terdapat kesan-kesan
pukulan dan tikaman sebanyak limapuluh liang, tidak ada satu pun di
sebelah belakangnya.Di dalam satu riwayat yang lain kata Ibnu Umar: Ku
bersama mereka di dalam peperangan berkenaan,kami mencari Jaafar, kami
dapati beliau di antara yang terbunuh syahid, kami melihat pada
jasadnyalebih sembilan puluh liang tikaman dan tetakan yang telah
disebut dalam riwayat Al-Umri dari Nafi. Dankami telah mendapati
kesemuanya itu dari sebelah hadapan jasadnya.
- 205. Ar-Raheeq
Al-MakhtumDi ketika Jaafar gugur selepas pertarungan yang sengit itu
maka bendera Islam dicapai oleh Abdullah binRawahah, dengan itu beliau
pun terus memecut kudanya mara ke hadapan, beliau teragak-agak
untukturun dari kudanya, hinggalah keadaan memaksa beliau, di sini
beliau bermadah:Duhai jiwa ku! ku bersumpahkau pasti menghadapi kerelaan
cabarankiranya sudah orang mencapainyakenapa kau berlengahmembenci
syurga Allah ?.Beliau melompat turun, kemudian anak saudaranya
menghadiahkan seketul daging dengan berkata:Makanlah buat menguat
badanmu, hari ini kau menghadapi keadaan yang sama yang pernah
kaualaminya. Beliau mengambilnya dan mengigit secebis kemudian beliau
membuangnya. Lantas beliaumenghunus pedangnya sambil mara ke hadapan dan
terus bertarung hingga gugur sebagai syahid.BENDERA BERPINDAH KE TANGAN
PAHLAWAN PEDANG ALLAHSerta merta seorang askar dari Banu Ijlan dikenali
sebagai Thabit bin Arqam memegang bendera Islamsambil melaung: Wahai
kalian tentera Islam, pilihlah seorang di antara kamu untuk tugas ini.
Jawabkalian: Kamulah orangnya, kata Thabit: Aku tak bolehlah, akhirnya
orang ramai bersetuju dengan Khalidbin Al-Walid. Apabila beliau memegang
bendera terus beliau mengharungi kancah pertempuran yangsedang sengit.
Al-Bukhary meriwayatkan dari Khalid Al-Walid katanya: Di hari Mutah itu
sembilan bilahpedang telah terpatah di tanganku, yang kekal dan dapat
bertahan hingga ke akhir peperangan hanyapedang Yamaniah. Dalam lafaz
yang lain katanya: Di hari Mutah sahaja sembilan bilah pedang terpatahdi
dalam tangan ku, yang tahan hanya pedang Yamaniah ku.Di hari peristiwa
Mutah itu Rasulullah s.a.w telah menceritakan kepada sahabat melalui
wahyu yangterturun kepada Baginda, sebelum beritanya dibawa orang dari
medan perang. Sabdanya yangbermaksud: Bendera dibawa oleh Zaid, beliau
jatuh kemudian ianya diambil oleh Jaafar dan beliau jatuhlantas diambil
oleh Ibni Rawahah, Ibnu Rawahah pun gugur, di masa itu Rasulullah s.a.w
berlenang airmata hinggalah bendera Islam dicapai oleh Pedang Allah maka
dengannya pembukaan pun selamatterlaksana.KESUDAHAN PEPERANGANMeskipun
keberanian yang luar biasa dan kepahlawanan yang tiada tara
bandingannya, namun ianyaadalah suatu hal yang luar biasa juga, bagi
sekumpulan tentera yang bilangannya kecil berbandingdengan tentera musuh
yang ramai hingga menutupi bumi Mutah, memang luar biasa baginya
untukmemenangi tentera Roman. Di dalam kegawatan suasana itu, Khalid bin
Al-Walid telah memperlihatkankecekapannya malah kebijaksanaannya untuk
keluar dari keadaan yang cemas di mana mereka tersepitdi dalam kancah
pertempuran yang tidak diduga.Beberapa riwayat yang berbagai, telah
menceritakan khusus mengenai kesudahan peperangan ini.Setelah kita
meneliti kesemua riwayat ini, nampaknya Khalid bin Al-Walid berjaya
berhadapan dengantentera Roman sepanjang hari. Sepanjang pengendalian,
beliau merasakan amat perlu kepada satu taktikdan tipu helah peperangan
guna untuk menimbulkan kegerunan di kalangan tentera Roman,
supayadengannya dapat beliau melepaskan dan membawa keluar tentera Islam
dari kancah peperangan. Dimasa yang sama tidak membiarkan tentera Roman
memburu mereka. Sebenarnya beliau amat arifbahawa peluang untuk
melepaskan tentera Islam dari suasana yang dihadapinya itu amat
tipis,terutamanya dalam keadaan umat Islam berkecamuk malah pihak Roman
pasti akan memburu mereka
- 206. Ar-Raheeq Al-Makhtumdari
belakang.Sebagai tindakan kepada rancangannya itu, sebaik sahaja subuh
menjelang beliau menukar posisitentera, dan menyusun semula kedudukan
tentera Islam, dengan mengubah barisan hadapan kebelakang yang kiri ke
kanan dan sebaliknya. Apabila tentera Roman melihat penyusunan baru
merekamenyangka suatu keadaan lain, mereka menyangka bahawa tentera
Islam mendapat bantuan, merekamula merasa takut dan gerun, setelah mana
kedua-dua .tentera berhadapan, pertempuran pun bermula,di sini Khalid
bertindak berundur perlahan-perlahan ke belakang di samping mengekalkan
sistem danstruktur tentera semasa mereka berundur, tentera Roman tidak
pula memburu mereka kerana padasangkaan mereka bahawa tentera Islam
mengunakan taktik untuk memerangkap mereka di gurunpadang pasir luas
saujana mata memandang itu.Beginilah caranya hingga pihak musuh pulang
ke negaranya tanpa memikir untuk memburu kaummuslimin, dengan itu
berjayalah Khalid untuk melepaskan tentera Islam dari ancaman, cengkaman
danburuan tentera Roman, akhirnya selamat pula mereka pulang kc
Madinah.KORBAN KEDUA-DUA BELAH PIHAKSeramai dua belas (12) orang tentera
Islam gugur syahid manakala bilangan tentera Roman tidakdiketahui
dengan sebenarnya, Walau macam mana pun dianggarkan angka kematian
adalah tinggi.KESAN PEPERANGANMeskipun tentera Islam tidak dapat
menuntut bela, namun pergerakan ini telah menatijahkan kesan yangbesar,
dengannya kemasyhuran tentera Islam menjadi gah, membawa orang Arab
secara menyeluiuhmenjadi panik dan taajub, kerana Roman adalah kuasa
besar dan gergasi bumi di masa itu. Pada mulanyaorang Arab menyangka
keberanian tentera Islam untuk berhadapan dengan tentera Roman itu
adalahtindakan membunuh diri sendiri. Namun setelah tentera Islam dengan
bilangannya yang kecil seramaitiga ribu (3,000) orang itu mencabar
tentera Roman yang besar lagi gagah gerkasa seramai dua ratusribu
(200,000) orang itu, kemudian tentera Islam pulang ke Madinah tanpa
mengalami kerugian yangberat, semuanya menjadi macam satu legenda, malah
peristiwa ini, membuktikan bahawa tentera Islamadalah unik belum pernah
bangsa Arab mengenali contoh umpama ini. Sesungguhnya mereka
telahdibantu dan disokung oleh Allah (s.w.t), teladan mereka itu adalah
Rasulullah s.a.w yang sebenar, makajusteru itulah kita dapati
qabilah-qabilah Arab yang menjadi musuh ketat Islam, yang memusuhi
Islamhinggalah ke saat sebelum peristiwa bersejarah itu, telah mengubah
pendiriannya, di mana Banu Salim,Asyja, Ghatafan, Zibyan, Fazarah dan
lain-lain telah memeluk Islam.Peperangan ini merupakan permulaan kepada
pertarungan berdarah dengan Roman di masa-masahadapan, malah ianya juga
sebagai landasan dan pendahuluan kepada pembukaan-pembukaan Islam
keatas-atas negeri-negeri Roman seterusnya penaklukan Islam ke atas
negeri-negeri di belakangnya yangterletak jauh di sebaliknya.PEPERANGAN
ZAT AS-SALASILSetelah Rasulullah s.a.w mengenalpasti sikap
qabilah-qabilah Arab yang mendiami perbatasan negeriSyam itu semasa
peperangan Mutah, di mana mereka telah bersekutu dengan Roman melawan
umatIslam, maka Rasulullah s.a.w merasa amat perlu sangat untuk
bertindak penuh kebijaksanaan untukmemecahkan perpaduan di antara mereka
dan Roman, dan seterusnya boleh membawa kepadaperubahan sikap mereka
untuk bersekutu dengan umat Islam supaya perpaduan mereka tidak
berulangsekali lagi.
- 207. Ar-Raheeq Al-MakhtumBagi menjayakan
perancangan Rasulullah s.a.w itu dan untuk menarik mereka kepada Islam,
Bagindamemilih Amru bin Al-Aas orang yang akan melaksanakan tindakan
itu, kerana neneknya adalah dariqabilah Bila, Baginda mengutusnya di
bulan Jamadilakhir tahun kelapail (8) Hijrah, selepas peperanganMutah.
Malah ada juga pendapat yang mengatakan bahawa: Telah sampai berita dari
risikan Islam dimana sekumpulan banu Qudhaah telah berkumpul untuk
menuju ke Madinah, justeru itulah makaRasulullah s.a.w mengutus Amru bin
Al-Aas, berkemungkinan dua sebab inilah yang mendorongRasulullah s.a.w
menghantar unit ini.Rasulullah s.a.w menyerah bendera putih kepada Amru
bin Al-Aas, dan bersama-samanya panji berwarnahijau, dengan kekuatan
tiga ratus (300) orang dari kalangan Muhajirin dan Al-Ansar, bersama
merekatiga puluh ekor kuda, Baginda ntenyuruh beliau meminta bantuan
dengan mana-mana qabilah Arab yangbeliau lewati Bila, Uzrah dan Balqin.
Beliau bergerak di malam hari dan berselindung di siang hari,
apabilabeliau mendekati kediaman qabilah berkenaan, didapati mereka
dalam ketumbukan yang besarjumlahnya. Justeru itu beliau mengutus
permohonan tambahan bantuan kepada Rasulullah s.a.w, dibawaoleh Rafie
bin Makith Al-Juhani. Dengan itu Rasulullah s.a.w pun mengirim satu unit
tentera Islam dibawa pimpinan Abu Ubaidah Ibni Al-Jarrah dengan
kekuatan seramai dua ratus (200) orang tenterakeseluruhannya adalah kaum
Muhajirin dan Al-Ansar turut bersama Abu Bakar dan Umar Ibni
Al-Khattab.Rasulullah s.a.w menyerah panji pimpinan kepada Amru Ibni
Al-Aas, Baginda mengarah mereka supayamenemui Amru, kedua unit harus
bergabung dan sekali-kali jangan berpecah. Setibanya Abu Ubaidah
ditempat Amru maka beliau hendak mengimami sembahyang jemaah, lantas
Amru membantahtindakannya itu dengan katanya: Sebenarnya kau sampai di
sini sebagai bantuan dan aku tetap scbagaiAmir, dengan itu Abu Ubaidah
pun mematuhi Amru bin Al-Aas, di mana Amru mengimami sekalian
yanghadir.Sariyah Amru pun bergerak hingga memasuki negeri kediaman
Qudhaah dan menawannya hinggakehujung perbatasan, di sana tentera Islam
menemui himpunan musuh, dan terus mereka menyeranghimpunan itu,
kesudahannya mereka lari bertempiaran ke merata tempat.Dari sana Amru
mengutus Auf bin Malik Al-Asyjai untuk menyampaikan berita kepada
Rasulullah s.a.wtentang kepulangan dan keselamatan mereka serta laporan
mengenai peperangan yang mereka harungi.Zat As-Salasil adalah satu
kawasan selepas Wadi Al-Qura di antaranya dan Madinah sepuluh
hariperjalanan. Ibnu Ishak menyebut bahawa tentera Islam singgah di
perairan kawasan Banu Juzam dikenalisebagai As-Salasil, maka tempat itu
dinamakan Zat As-Salasil.PENGUTUSAN ABU QUTADAH KE KHUDRAHPenghantaan
sariyah ini pada bulan Syaaban tahun kelapan (8) Hijrah, kerana Banu
Ghatafan sedangberkumpul di Khudrah, ianya kediaman Banu Maharib di
Najd, Rasulullah s.a.w mengutus Abu Qutadahbersama lima belas (15) orang
tentera, di sana tentera Islam berjaya menghapus sebahagian dari
tenteramusuh di samping menawan dan merampas biri-biri musuh, Abu
Qutadah berada di sana selama limabelas (15) malam.PEPERANGAN PEMBUKAAN
KOTA MEKAH (FUTUHAL MAKKAH)Ibn Al-Qaiyim telah menyebut: "lanya satu
pembukaan teragung yang dengannya Allah memuliakanagamanya, RasulNya,
tenteraNya dan partiNya yang beramanah, dengannya juga Allah
telahmenyelamatkan negeri-negeriNya dan rumahNya yang telahpun
ditetapkan sebagai tempat hidayah untukseluruh alam, menyelamatkan dari
tangan-tangan kafir dan musyrikin, ianya pembukaan yang turutbergembira
olehnya penghuni-penghuni langit, lanjutan kemuliaannya melimpah ke
angkasa cakerawalahingga dengannya maka berduyun-duyunlah manusia
menganut agamaNya, hingga denganNya wajah
- 208. Ar-Raheeq
Al-Makhtumbumi terukir seribu senyuman mekar".SEBAB TERCETUSNYA
PEPERANGANTelah kita sebutkan semasa memperkatakan mengenai peristiwa
Al-Hudaibiyyah, di antara syaratperjanjian ialah:Sesiapa yang ingin
menyertai Muhammad dan bersekutu dengannya, beliau berhak berbuat
denikian dansesiapa yang ingin berpihak dengan Quraisy dan bersekutu
dengannya beliau berhak berbuat demikian.Mana-mana qabilah yang
bersekutu dengan mana-mana kem maka ianya dianggap sebagai
sebahagiandari kem itu, mana-mana pelanggaran ke atas qabilah yang
menyertai kem-kem tadi adalah dianggapsebagai pelanggaran ke atas kem
secara langsung.Berdasarkan syarat ini maka Khuzaah telah bersekutu
dengan Rasulullah s.a.w, manakala Banu Bakarpula menyertai Quraisy,
dengan itu kedua-dua qabilah ini menikmati keamanan dan
kesejahteraan,sedang sebelum ini kedua-duanya saling bermusuhan dan
saling menuntut bela dan membalas dendamyang diwarisi sejak zaman
jahiliyyah lagi. Dengan kedatangan Islam dan termeterainya
perjanjiankeamanan Al-Hudaibiyyah maka tertebarlah benih keamanan di
antara semua pihak, namun Banu Bakarmasih tetap hendak membalas dendam
kesumat lamanya, di mana Naufal bin Muawiyah Ad-Dailybersama jemaahnya
banu Bakar telah keluar di Bulan Syaaban tahun kelapan (8) Hijrah,
lantasmenyerang Khuzaah di malam hari, sedang di masa itu mereka sedang
berada di kawasan berair yangdikenali sebagai "Al-Watir" dalam kejadian
berkenaan Banu Bakar telah berjaya membunuh orang-orangKhuzaah dan
sebagai lanjutan terjadilah pertarungan dan peperangan di antara
keduanya dan seterusnyaQuraisy menghulur bantuan senjata kepada
sekutunya banu Bakar, malah beberapa tokoh Quraisy telahturut serta di
dalam peperangan berkenaan berselindung di sebalik kegelapan malam,
hingga merekadapat membawa Khuzaah ke dalam kawasan Al-Haram Makkah.
Oleh yang demikian maka berkatalahBanu Bakar: "Wahai Naufal! sekarang
kita telah memasuki kawasan Al-Haram ingatlah, Tuhan kau, Tuhankau,
lantas Al-Khuzaah menjawab: Wahai Bakar tiada Tuhan di hari ini, kamu
sudah pun membalasdendam kesumat kamu itu, ku bersumpah, sebenarnya kamu
telah melakukan pencabulan di kawasan Al-Haram ini, tidakkah di sini
sudah terbayar dendam kamu itu?Setelah Khuzaah melangkah masuk ke
kawasan Makkah mereka terus mendapat perlindungan di rumahBudail bin
Warqa Al-Khuzai dan rumah kawan setia mereka yang dikenali sebagai
Rafie. Amru bin SalimAl-Khuzai terus meluru ke Madinah menemui
Rasulullah s.a.w. Sesampainya beliau di sana, beliau punmempersembahkan
kepada Rasul hasratnya melalui madahnya, sedang pada masa itu Rasulullah
s.a.wsedang duduk berbual di dalam masjid bersama-sama kaum muslimin.
Amru pun bermadah:Duhai Tuhan ku merayu MuhammadSekutu kita dan bapanya
yang tertuaSemasa kamu kanak-kanak dan kami bcpaTangan erat
bergenggamanBantulah sepenuh pertolonganSerulah penyembah Allah
menghulur bantuanPada mereka Rasul muliaSemulia bulan purnama
mengambangPabila marah mukanya bergeloraDibelakangnya tentera seramai
samuderaMengajar Quraisy mengkhianati setiaMengucap janji merubah kataDi
Kada kami dibelasahKerana menyangka tiada pembelaMereka terhina,
terkecil angkaNamun dendam mereka menuntut
- 209. Ar-Raheeq
Al-MakhtumKami bersembahyang kami di bunuhRasulullah s.a.w terus
menjawab: Kau dibela wahai Amru, kemudian Baginda diperlihatkan
mendungmerintangi langit, maka katanya lagi: Awan berarak itu, pembuka
pertolongan kepada Banu Kaab.Tidak berapa lama kemudian tiba pula Budail
bin Warqa Al-Khuzai bersama beberapa orang dariKhuzaah, di mana mereka
menemui Rasulullah s.a.w melaporkan bilangan qurban peristiwa yang
nahasitu dan penyertaan langsung oleh Quraisy membantu Banu Bakar,
kemudian mereka pun pulang semulake Makkah.ABU SUFIAN KE MADINAH UNTUK
MEMPERBAHARUI PERJANJIANTidak syak lagi Quraisy dengan tindakannya
bersama-sama dengan sekutunya itu merupakanpencerobohan kepada
perjanjian dan pengkhianatan terang-terangan kepada perdamaian yang
dimeteraibersama itu, tanpa alasan yang boleh dimaafkan, kini Quraisy
sudah pun menyedari kesalahan yangmereka lakukan itu, sekaligus merasai
buruk padah dari tindakannya di luar batasan, dengan itu merekamemanggil
permesyuaratan untuk sidang tergempar. Keputusannya menghantar pimpinan
mereka AbuSufian pada masa itu, untuk ke Madinah buat memperbaharui
perdamaian.Rasulullah s.a.w memberitahu kepada sekalian sahabatnya apa
yang akan dilakukan oleh Quraisy dalamusaha mengatasi pengkhianatan
mereka itu dengan sabdanya: Kamu akan didatangi Abu Sufian
untukmengemaskan perjanjian Al-Hudaibiyyah itu, malah memohon untuk
dilanjutkan lagi tempohnya. AbuSufian terus bergerak ke Madinah
sebagaimana keputusan yang mereka persetujui, beliau bertemudengan
Budail bin Warqa dalam perjalanan pulang dari Madinah ke Makkah. Abu
Sufian terus bertanyaBudail: Kamu ini dari mana? Abu Sufian mengesyaki
yang beliau ini datang menemui Rasulullah s.a.w.Jawab Budail: Aku
bersiar-siar dengan Khuzaah di sekitar pantai tadi dan di sekeliling
lembah-lembah ini.Tanya Abu Sufian yang penuh meragui: Bukankah kamu
datang menemui Muhammad ? Kata beliau:Tidaklah. Setelah Budail berlepas
ke Makkah, Abu Sufian berkata kepada teman yang mengiringiriya:Kalaulah
Budail ini datang dari Madinah pasti tunggangannya memakan makanannya
(alaf) yangmengandungi biji-biji Al-Madinah, dengan itu beliau terus ke
tempat najis unta dipecahkannya, memangbeliau dapati bijian Al-Madinah
di dalam kandungan najis, maka kata Abu Sufian: Aku bersumpah demiAllah,
Budail telah menemui Muhammad.Walau macam mana pun Abu Sufian terus ke
Madinah, pertama beliau datang menemui anakperempuannya, Ummu Habibah,
setibanya di hadapan Ummu Habibah beliau pun mengayakan diri untukduduk
di atas hamparan Rasulullah s.a.w, apa lagi Ummu Habibah pun menggulung
hamparan tadi, makakata Abu Sufian: "Kenapa wahai anakku apakah kau
membencikan daku?" Maka jawab Ummu Al-Mukminin: "Itu adalah hamparan
Rasulullah s.a.w, kau ini musyrik najis." Jawab Abu Sufian: "Selepas
kauberpisah dari ku, kau telah terkena sihir".Dengan itu beliau keluar
dari situ, dan terus menemui Rasulullah s.a.w, Abu Sufian menegur
Baginda,tetapi Rasulullah s.a.w tidak menjawab sepatah apa bun, kemudian
beliau menemui Abu Ba-kar, memintajasa baik beliau untuk menyampai
hasratnya kepada Rasulullah s.a.w tapi jawab Abu Bakar: "Aku tidakboleh
berbuat apa pun", lantas beliau pergi menemui Umar dan beliau meminta
Umar menolongnyadalam hal ini, maka jawab Umar: "Apakah aku ini yang
akan menjadi orang tengah untuk kamu? DemiAllah, kalaulah aku tidak
mempunyai apa pun selain debu-debu, namun dengannya pun cukup untuk
kutentangi kamu, pasti aku lakukan", kemudian beliau datang menemui Ali
bin Abi Talib di masa itu Fatimahsedang duduk di sampingnya, manakala
anaknya Hasan sedang merangkak di hadapannya, kata AbuSufian: "Wahai
Ali, sebenarnya kaulah orang paling mengasihi daku, di hari ini aku
datang memerlukanpertolonganmu, janganlah membiarkan daku pulang dengan
hampa sahaja, daku memerlukan kaumenjadi orang tengah, untuk
menyampaikan hasrat ku kepada Muhammad", kata Ali pula: "Bangsat kauAbu
Sufian, sebenarnya Rasulullah s.a.w sudah berazam hendak melakukan
sesuatu di mana kami tidak
- 210. Ar-Raheeq Al-Makhtumberhak
untuk berbicara dengannya" lalu beliau berpaling ke arah Fatimah dengan
berkata: "Boleh takengkau menyuruh anak engkau ini melindungi manusia
ramai, maka dengan itu beliau akan menjadipenghulu seluruh bangsa Arab
hingga ke akhir zaman?" Jawab Fatimah: "Demi Allah mana boleh anak kuini
berbuat demikian, malah tiada siapa yang boleh menghalang Rasulullah
s.a.w dari bertindak".Di masa itu Abu Sufian terasa dunia menjadi gelap
dan berkata kepada Ali bin Abi Talib dalam keadaanserba kebingungan dan
putus asa: "Wahai Abu Al-Hasan, aku mendapati keadaan semakin
meruncing,cuba kau nasihatkan daku". Jawab Ali: "Demi Allah, aku tak
tahulah apa nasihat yang baik untuk kau,kerana kau sendiri adalah
pemimpin Banu Kinanah, ayuh pergilah pinta perlindungan dari orang
ramai,kemudian pulanglah ke tanah airmu". Tanya Abu Sufian: "Apakah itu
boleh memberi sesuatu yang baikuntuk ku?" Jawab Ali: "Demi Allah, aku
tidak menyangka demikian, cuma aku tidak ada nasihat selain dariitu".
Lantas Abu Sufian pun beredar dari situ menuju ke masjid, di sana beliau
melaung: "Wahai kalian,daku memohon perlindungan kalian, kemudian dia
terus memecut untanya dan beredar.Setibanya di pangkuan Quraisy, beliau
terus disoal dengan kata mereka: "Apa yang kau capai". Jawabbeliau: "Ku
menemui Muhammad untuk berbicara dengannya, demi Allah tak sepatah yang
dijawabnya,setelah itu aku menemui Ibnu Abi Quhafah, beliau pun sama,
tidak suatu pun yang ku perolehi, kemudianterus kepada Umar Ibni
Al-Khattab: Ku dapati beliau musuh yang rendah profail, kemudian ku
temui AliIbni Abi Talib, beliau adalah yang terlembut di antara kesemua,
beliau telah menasihati ku melakukansesuatu, namun demikian aku pun tak
pasti apakah pendapatnya itu boleh memberi sesuatu kebaikan?"Tanya
mereka: "Apakah nasihat beliau kepada kamu?" Kata Abu Sufian: "Beliau
menyuruh aku memintaperlindungan dari orang ramai, maka aku pun buatlah
seperti yang beliau syorkan itu". Tanya hadirin:"Apakah Muhammad telah
mempersetujuinya?" Jawab Abu Sufian: "Tidak". Kata hadirin: "Celaka
kau,penasihat kau itu tak lebih dari menambahkan cemuhan orang terhadap
kau". Jawab Abu Sufian: "Tidak!Demi Allah sebenarnya aku tak ada pilihan
kecuali itu sahaja".PERSIAPAN UNTUK PEPERANGAN DAN IKHTIAR
MERAHSIAKANNYASatu petikan dari riwayat al-Tabrani mengatakan bahawa
Rasulullah s.a.w telah mengarah Aisyah (r.a)mempersiapkan kelengkapan
dan pera(atan, iaitu tiga hari lebih awal, sebelum Rasulullah
s.a.wmenerima berita pelanggaran terhadap perjanjian perdamaian.
Persiapan Rasulullah s.a.w ini tak siapapun mengetahuinya, cuma di suatu
hari Abu Bakar telah datang menemui anaknya dengan bertanya:"Anakku!
Apa semua persiapan ini?" Jawab Aisyah: "Demi Allah! Saya pun tidak
tahu". Kata Abu Bakar:"Demi Allah, sebenarnya ini bukan masa untuk
memerangi bangsa kulit kuning itu (yakni Roman), kemana Rasulullah s.a.w
hendak tuju agaknya?" Jawab Aisyah: "Entahlah, demi Allah saya kurang
pasti". Disubuh hari selepas persiapan itu, tibalah Amru bin Salim
Al-Khuzai bersama dengan empat puluh (40)penunggang kenderaan, Amru
terus berbicara dengan Rasulullah s.a.w melalui madahnya, seperti
yangkita sebutkan sebelum ini. Sekalian yang mendengarnya pun mengetahui
peristiwa pelanggaranperjanjian. Selepas itu disusuli pula dengan
kedatangan Abu Sufian, dengan itu sahihiah peristiwaberkenaan,
Rasulullah s.a.w mengarah mereka supaya bersiap sedia tanpa berahsia
lagi, Rasulullah s.a.wmemberitahu mengenai pergerakannya ke Makkah,
namun beritanya tetap dirahsiakan dan ditutup rapatdengan sabdanya:
Rahsiakan berita ini agar tidak sampai ke pengetahuan Quraisy supaya
dapat kitagempur dan kejutkan mereka dengan kedatangan kita ke sana
secara mendadak.Sebagai usaha menutup dan mengaburkan tindakan Baginda,
Rasulullah s.a.w mengutus satu unit sariyahyang terdiri lapan orang di
bawah pimpinan Abu Qutadah bin Rabie ke daerah kediaman Adham
yangterletak di antara Zi Al-Khasyab dan Zi Al-Maruah, kira-kira sejauh
tiga "Barad" dari Al-Madinah. Kira-kiradi awal bulan Ramadhan tahun
kelapan (8) Hijrah, supaya disangka orang bahawa Rasulullah s.a.w
akanmenuju ke sana, dan sebagai cara buat merahsiakan pergerakan yang
sebenar, sariyah ini terus berjalanhinggalah sampai berita kemaraan
Rasulullah s.a.w ke Makkah, maka sariyah ini mengalih arahannyahingga
bertemu dengan Rasulullah s.a.w.
- 211. Ar-Raheeq Al-MakhtumDi
dalam suasana yang kritikal itu, seorang sahabat bernama Hatib bin Abi
Baltaah telah mengutus risalahke Makkah buat menceritakan pergerakan
Rasulullah s.a.w ke sana, beliau mengupah seorang perempuanuntuk membawa
risalah berkenaan. Beliau bertindak menyorok risalah berkenaan di dalam
sanggulnya.Di masa itu Allah memberi tahu Rasulullah s.a.wNya tentang
tindakan Hatib itu lantas Rasulullah s.a.wmengutus Ali dan Miqdad dengan
sabdanya: Ayuh kamu berdua ke sana hingga ke tempat bernama"Raudhah
Khakh" kerana di sana ada seorang perempuan yang membawa risalah untuk
Quraisy. Merekaberdua terus bergerak ke sana, hingga sampai ke tempat
seperti yang disebut oleh Rasulullah s.a.w,setelah berhadapan dengan
perempuan yang disebutkan itu, mereka meminta perempuan berkenaanturun
dari kenderaannya dengan berkata: "Kamu membawa risalah?" Jawab
perempuan itu: "Aku tidakada sebarang risalah pun". Ali dan Miqdad pun
memeriksa kenderaannya dan tidak didapati sebarang apapun; kemudian kata
Ali: "Aku bersumpah dengan nama Allah, masakan Rasulullah s.a.w
berdusta danmembohongi kita, demi Allah kau mesti serahkan surat itu
atau kalau tidak kami telanjangkan kau".Setelah beliau melihat
kesungguhan Ali maka katanya: "Ayuh berpaling dari sini", setelah
beliauberpaling, perempuan itu pun merungkai sanggulnya dan dikeluarkan
risalah berkenaan, serta diserahkankepada Ali, dengan itu mereka berdua
kembali membawanya kepada Rasulullah s.a.w. Baginda mendapatisurat
berkenaan, bunyinya: (Dari Hatib bin Abi Baltaah ke hadapan Quraisy)
memaklumkan merekamengenai pergerakan Rasulullah s.a.w, maka Rasulullah
s.a.w pun menjemput Hatib dengan bertanya:"Apakah motifnya yang membawa
kamu menulis risalah kepada Quraisy?" Jawab Hatib: "Wahai
Rasulullahs.a.w janganlah segera menghukum ke atasku. Demi Allah daku
ini tetap beiiman dengan Allah danRasulNya, tidak sekali pun aku murtad
atau menukar agama, tetapi daku ini seorang lelaki yang terikatdengan
Quraisy namun bukanlah sebahagian dari mereka, cuma anak dan keluargaku
sahaja berada disana, malahan daku tidak ada sebarang ikatan
kekeluargaan di sana yang boleh menjaga keselamatan diantara satu sama
lain, maka di sini ku sukalah sebagai mengganti kekurangan ku tadi
dengan menjadikanmereka sebagai pihak yang boleh menjaga keselamatan
anak-anakku di sana.Kata Umar: "Wahai Rasulullah s.a.w serahkan sahaja
si munafiq ini untuk ku penggal lehernya, orang inisudahpun mengkhianati
Allah dan RasulNya. Dia sudah menjadi munafiq." Jawab Rasulullah s.a.w:
"Beliauini adalah peserta peperangan Badar, mana tahu, boleh jadi Allah
telah membuka sesuatu kepada tenteraBadar. Kemudian Rasulullah s.a.w
bersabda: Lakukanlah apa yang hendak kamu lakukan, sebenarnya
akumengampuni kamu. Di masa itu air mata beliau mengalir dipipinya dan
berkata: Sesungguhnya Allahlebih mengetahui.Demikian kehendak Allah
untuk menjaga supaya tidak ada sebarang berita mengenai persiapan
danpergerakan kaum muslimin yang sampai ke pengetahuan
Quraisy.PERGERAKAN TENTERA ISLAM KE ARAH MAKKAHSepuluh hari terakhir
bulan Ramadhan tahun lapan (8) Hijrah Rasulullah s.a.w pun bergerak
keluar dariAl-Madinah menuju ke Makkah dengan bala tentera seramai
sepuluh ribu orang yang kesemuanya darikalangan para sahabat. Baginda
melantik Abu Rahm al-Ghaffari sebagai Amir di Madinah.Semasa Baginda di
Al-Juhfah atau selepasnya, Baginda telah bertemu dengan bapa saudaranya
Al-Abbasbin Abdul Al-Mutalib yang telah keluar bersama-sama dengan anak
keluarganya sebagai seorang muslimuntuk berhijrah, dan semasa Baginda di
"Al-Abwa" Rasulullah s.a.w bertemu dengan anak bapasaudaranya Abu
Sufian bin Al-Harith dan anak emak saudaranya Abdullah bin Abi Umaiyah,
tetapiRasulullah s.a.w berpaling dari mereka berdua kerana sebelum ini
mereka berdua merupakan di antaraorang yang banyak menyakiti dan mencela
Baginda, justeru itu maka kata Ummu Salamah kepadanya:"Kedua-dua anak
saudara mu itu tidakkah lebih jahat dari orang lain". Manakala Ali pula
menasihati AbuSufian bin Al-Harith dengan katanya: "Ayuh kamu datang
sahaja ke hadapan Rasulullah s.a.w dankatakanlah seperti mana katanya
saudara-saudaraYusof kepada adik mereka:
- 212. Ar-Raheeq
Al-Makhtum"Kata mereka: Demi Allah sebenarnya Allah telah mengutamakan
engkau dari kami, dan kendatipun kamiini sesungguhnya bersalah".
Yusuf: 91Sesungguhnya Baginda tidak akan membiarkan seseorang
yang lebih baik percakapannya. Abu Sufianpun mematuhi nasihat Ali,
hingga membawa Rasulullah s.a.w menjawab dengan katanya:"Kamu di hari
ini tidak akan ditempelak lagi, semoga Allah mengampunkan dosa kamu dan
dialah Mahamengasihani dari segala pengasih.
Yusuf:
92Dengan itu Abu Sufian mendendang beberapa rangkap syairnya:Demi jiwa
ketikaku membawa panjiMengatasi kuda Al-Lata melawan MuhammadBagaikan
musafir kebingungan di malam nan gelapMasa hidayat dah tibaKini ku
ditunjuk Bukan diri ku yang menunjukMalah orang yang ku buru dahulu
Membawa daku ke penjuru hidayah.Kemudian Rasulullah s.a.w menepuk dadaku
dengan sabdanya:"Oh! Rupanya kau yang memburukku dahulu"TENTERA ISLAM
SINGGAH DI MAR AL-ZAHRANRasulullah s.a.w meneruskan perjalanannya dalam
keadaan berpuasa. Orang ramai pun turut berpuasa,hinggalah apabila
Baginda sampai ke Al-Kadid, kawasan air yang terletak di antara Asafan
dan Al-Kadid,Baginda membuka puasanya, maka sekalian tentera pun turut
berbuka. Dari situ Baginda terus bergerakhingga sampai ke "Mar
al-Zahran" dikenali juga sebagai Wadi Fatimah. Semasa Rasulullah s.a.w
singgahdi situ, waktu sudah hampir isya, di situ Rasulullah s.a.w
memerintah tentera berkhemah, merekamenyalakan api, kira-kira ribuan api
yang dinyalakan. Rasulullah s.a.w melantik Umar sebagai orang
yangbertanggungjawab.ABU SUFIAN DI HADAPAN RASULULLAH S.A.WSewaktu
Rasulullah s.a.w singgah di Mar al-Zahran, Al-Abbas pun mengambil baghal
Rasulullah s.a.wyang bernama "Al-Baydha" dan keluar mencari-cari
kalau-kalau ada orang yang mencari kayu api atausiapa sahaja yang boleh
memberitahu kepada Quraisy, supaya mereka keluar meminta perl.indungan
dariRasulullah s.a.w sebelum Baginda masuk ke Makkah.Sebenarnya Allah
telah pun menggelapkan sebarang berita dari sampai ke pengetahuan
Quraisy, namundengan tindakan mereka itu menjadikan mereka
ternanti-nanti dan keluh kesah. Abu Sufian sering keluarke pinggiran
Makkah memerhati kalau-kalau dapat memperolehi khabar selanjutnya, di
suatu masa beliaukeluar bersama Hakim bin Hazim dan Budail bin Warqa
untuk mendapat berita mengenai Al-Madinah.Kata Al-Abbas: "Demi Allah
sesungguhnya semasa ku berjalan-jalan dengan menunggangi
bighalRasulullah s.a.w itu, aku dengar suara Abu Sufian yang sedang
berbuAl-Bual dengan Budail danberbincang-bincang, di mana Abu Sufian
berkata kepada Budail: Aku tidak perhah melihat api yangdinyalakan dan
khemah yang tertegak seperti malam ini. Maka jawab Budail: "Demi Allah
ini adalah kerjaKhuzaah, yang telah dirangsangkan oleh peperangan
dahulu". Kata Abu Sufian pula: "Takkanlah iniKhuzaah, bilangan mereka
kecil yang boleh diperlekeh, takkanlah semua itu api dan
tenteranya."Kata Al-Abbas: "Aku kenali suaranya itu, laluku berkata:
Wahai Abu Hanzalah? Beliau pun segeramengenali suaraku, jawab beliau:
Kamu Abu Al-Fadhl? Jawab ku: Ya. Tanya beliau: Apa hal kamu? Ibu
- 213.
Ar-Raheeq Al-Makhtumbapaku menjadi qurban demi kepentingan kau, kata
ku: Itu dia Rasulullah s.a.w bersama-sama orangnya,dibumi Allah esok
pagi Baginda berhadapan dengan Quraisy."Kata Abu Sufian: "Demi
Ibu-bapaku, apakah jalan penyelesaiannya?" Kata ku, Demi Allah! Kalau
Bagindasempat menangkap kau, pasti Baginda pancung leher kau, Ayuh ikut
belakang baghal ini supaya kitamenemui Baginda untuk meminta
perlindungan dan keamanan." Dengan itu beliau pun ikut Al-Abbas,sedang
dua orang kawannya tadi beredar pulang ke Makkah.Kata Al-Abbas: "Ku pun
bawa Abu Sufian, bila sahaja kami melalui salah satu unggunan api
tentera-tentera Islam mereka bertanya: Siapa ini? Tapi bila mereka
melihat baghal Rasulullah s.a.w yang kutunggangi itu mereka berkata:
Ayuh bapa saudara Rasulullah s.a.w dengan baghal Baginda, tapi
bilasahaja ku sampai keunggunan api Umar bin Al-Khattab, beliau menyapa,
katanya: "Siapa ini", beliausegera bangun menuju ke arah ku, bila
sahaja beliau ternampak Abu Sufian di belakang ku terus beliauberkata:
"Abu Sufian, musuh Allah?" Al-Hamdulillah yang membolehkan kau
memegangnya tanpa janjidan ikatan. Kemudian terus beliau pergi untuk
menemui Rasulullah s.a.w, Daku pun terus bergegas jugahingga dapat ku
dahuluinya, ku pun segera menemui Rasulullah s.a.w, dan Umar pun
mengikut masukdengan berkata: "Wahai Rasulullah s.a.w ini dia Abu
Sufian, biar ku pancung kepalanya", kemudiansampuk ku: "Wahai Rasulullah
s.a.w aku telah lindungi beliau ini, dengan itu aku pun duduk
berhampiranRasulullah s.a.w sambil ku memegang kepalanya, dengan kata
ku: Demi Allah, di malam ini tidak adaorang yang akan berbicara
dengannya selain dari ku sendiri." Oleh kerana Umar terlalu banyak
sangatmempersoal Abu Sufian maka kata ku: "Bertenanglah wahai Umar! Demi
Allah, kalaulah yangdipersoalkan ini salah seorang tokoh banu Adi bin
Kaab takkan ku berkata demikian." Dan jawab beliau:"Bertenanglah wahai
Abbas, demi Allah! Islam mu ini lebih suka kepada ku dari Islam
Al-Khattab, kalaubeliau Islam, bagi .ku tidak ada apa-apa perasaan,
kerana memang ku tahu bahawa keislaman mu itulebih sayang bagi
Rasulullah s.a.w dari keislaman Al-Khattab."Akhirnya, kata Rasulullah
s.a.w: "Abbas! Ayuh pergilah ke tempat haiwan tunggangan mu itu, tapi
bilasubuh menjelang nanti bawa beliau ini ke hadapan ku". Ku pun beredar
dari situ. Di pagi hari itu ku punterus bawa Abu Sufian menemui
Rasulullah s.a.w. Sebaik sahaja Rasulullah s.a.w melihat Abu Sufianterus
Baginda berkata: "Bedebah kau Abu Sufian, masih belum sampaikah masanya
lagi untuk kau kenalibahawa tiada Tuhan melainkan Allah?". Jawab Abu
Sufian: "Demi kaulah ibu ayahku, betapa mulianyakau ini, betapa
berlapang hati kau dan betapa cinta perhubungan kau ini? kalaulah ku
mempercayaibersamanya ada sekutu yang lain pasti ku restui manfaat
darinya".Sabda Rasulullah s.a.w lagi: "Bedebah kau Abu Sufian, masih
belum sampai masanya lagi untuk kaukenali yang daku ini Rasul utusan
Allah?". Kata Abu Sufian: "Demi kaulah ibu bapaku! Betapa mulianyakau,
betapa berlapang hati kau dan betapa cinta perhubungan kau ini! Adapun
disaat ini, hatiku masihbelum boleh minerima sepenuhnya. Maka kata
Al-Abbas: "Bedebah sungguhnya kau ini, ayuh segeraIslam, dan ucaplah
bahawa Tiada Tuhan melainkan Allah dan Muhammad itu Pesuruh Allah,
sebelum leherkau dipancung". Dengan itu beliau pun memeluk Islam dan
mengucap ucapan kebenaran itu.Kemudian kata Al-Abbas pula: "Wahai
Rasulullah s.a.w, Abu Sufian ini jenis manusia suka berbangga,buatlah
sesuatu untuk beliau". Kata Rasulullah s.a.w: "Ya, sesiapa yang
berlindung di dalam rumah AbuSufian beliau adalah selamat dan sesiapa
masuk ke dalam rumahnya dan mengunci dari dalam makabeliau pun selamat
dan sesiapa memasuki Baitullah Al-Haram maka beliau ini pun selamat
juga".TENTERA ISLAM MENINGGALKAN MAR AL-ZAHRAN MENUJU KE MAKKAHDi pagi
hari itu, iaitu pagi hari Rabu tanggal tujuh (7) Hijrah Rasulullah s.a.w
bergerak meninggalkan Maral- Zahran menuju ke Makkah dengan memerintah
Al-Abbas supaya membawa Abu Sufian ke segentingsuatu lembah untuk
memerhati pergerakan tentera Islam dari atas tebing cerun bukit.
Al-Abbas punmembawa Abu Sufian ke sana. Bila tiba di situ, terdapat satu
qabilah dengan panji-panjinya lantas beliau
- 214. Ar-Raheeq
Al-Makhtumbertanya: "Wahai Abbas itu siapa?" Maka jawab Abbas seperti
katanya: "Itu Sulaim", maka sampukbeliau: "Apa peduli aku dengan
Sulaim". Lepas itu berlalu pula qabilah yang lain, maka tanya Abu
Sufian:"Siapa mereka itu?" Jawab Al-Abbas: "Itu Muzainah". Kata Abu
Sufian: "Apa peduli aku denganMuzainah". Hingga selesai semua Qabilah
berlalu di situ, maka semuanya disoal, kata Abu Sufian,kesemuanya beliau
menjawab: Apa peduli aku dengan yang itu dan yang ini, hinggalah
diakhirnyaRasulullah s.a.w memintas dari situ dalam satu kontinjen yang
serba hijau, padanya Al-Muhajirin dan Al-Ansar, pandangan tajam ke
hadapan. Kata Abu Sufian: "Subhanallah, siapa mereka ini wahai
Al-Abbas?".Jawab Al-Abbas: "Yang itu Rasulullah s.a.w bersama kaum
Muhajirin dan Ansarnya. Maka kata AbuSufian: "Tak seorang pun berdaya
berhadapan dengan mereka ini. Dan sambungnya lagi: Demi Allahwahai Abu
Al-Fadhl, "kerajaan" anak saudara mu ini sudah menjadi besar di hari
ini". Kata Al-Abbas:"Wahai Abu Sufian, itu adalah "kenabian". Jawab
beliau; Ya, itulah satu anugerah.Panji Al-Ansar dibawa oleh Saad bin
Ubbadah, sebaik sahaja beliau melintasi di hadapan Abu Sufian makakata
beliau: "Hari ini hari pertarungan, hari dihalalkan di bumi haram ini,
malah di hari Allah menghinakanQuraisy. Apabila Rasulullah s.a.w tiba
bertentangan dengan Abu Sufian, beliau bertanya: "WahaiRasulullah s.a.w
tidakkah kau dengar apa yang telah dituturkan oleh Saad tadi?". Kata
Rasulullah s.a.w:"Apa katanya?" Jawab Abu Sufian: "Beliau kata
begini-begini". Maka kata Uthman dan Abd Ar-Rahman binAuf: "Wahai
Rasulullah s.a.w, kita tak boleh harap, nanti berlaku pertarungan
terhadap Quraisy. Makajawab Rasulullah s.a.w: "Malahan di hari inilah
Kaabah diagungkan dan dengannya Allah memuliakanQuraisy", Kemudian
Rasulullah s.a.w mengutus seorang sahabat kepada Saad untuk memindahkan
panjiyang di bawanya tadi ke tangan anaknya Qais, dengan itu bererti
panji masih tidak terlepas dari Saadlagi, namun ada pendapat mengatakan
berpindah ke tangan Az-Zubair.QURAISY MENCABAR KEMARAAN TENTERA
ISLAMSewaktu Rasulullah s.a.w melalui di hadapan Abu Sufian, Al-Abbas
berkata kepadanya; "Ayuhselamatkan kaum kau". Abu Sufian pun bergegas
pulang ke Makkah, sesampainya beliau ke Makkah,terus beliau melaung
sehabis suaranya: "Wahai kalian Quraisy, itu dia Muhammad telah datang
dengantenteranya yang belum pernah ku saksi sebelum ini, maka sesiapa
yang berlindung di rumah Abu Sufianbeliau adalah selamat", lalu
isterinya Hindun binti Utbah menuju ke arahnya lantas menarik misainya
danberkata: "Bunuh si gemuk yang tak berguna ini, hodoh sungguh pengawal
peninjau ini".Kata Abu Sufian pula: "Binasalah kamu, di hari ini jangan
kamu bersombong diri, kerana hari ini Bagindatelah datang dengan bala
tentera yang belum pernah dilihat seramai ini, Ayuh cepat, siapa
yangberlindung di rumah Abu Sufian beliau adalah selamat". Jawab
orang-orang Quraisy: "Celaka engkau, apayang boleh menyelamatkan kami
sekiranya kami berada di dalam rumah mu ini?". Sambung Abu Sufian:"Siapa
yang masuk ke dalam rumahnya dan mengunci dari dalam, beliau juga
terselamat dan sesiapamemasuki Al-Masjid (Masjidil-Haram) beliau juga
selamat". Dengan itu, orang ramai pun segera berpecahdan memasuki
rumahnya dan Al-Masjid, di samping mengumpulkan askar-askar biasa mereka
denganberkata: "Kita kedepankan mereka ini, tapi sekiranya berlaku
sesuatu ke atas Quraisy maka kita akanbersama dengan mereka ini,
sekiranya mereka terbunuh maka kita bayar sahaja apa yang mereka
pintadari kita". Di suatu tempat segolongan Quraisy yang singkat
pemikiran berkumpul dengan Ikrimah bin AbiJahal, Sufwan bin Umaiyah dan
Suhail bin Amru. Tempat itu dikenali sebagai Al-Khandamah
bertujuanmemerangi kaum muslimin. Di antara mereka ada seorang dari
qabilah Banu Bakar bernama Hamas binQais, beliau sebelum ini bertugas
mengumpul senjata, di suatu hari pernah ditanya oleh isterinya:"Kenapa
kamu menyediakan apa yang ku lihat ini?". Jawab beliau: "Kesemua ini
untuk Muhammad dansahabat-sahabatnya". Jawab isterinya: "Tak ada suatu
pun yang boleh menghalang Muhammad dansahabat-sahabatnya". Maka kata
Hamas: "Demi Allah, sebenarnya aku hendak membuat sesuatu yangbaik untuk
kau, lantas beliau bermadah:Sekira mereka mara, tiada bagiku alasanIni
dia senjata nan lengkap peralatan
- 215. Ar-Raheeq
Al-MakhtumSerampang ku pun bermata duaTangkas pula pukulannyaBeliau ini
salah seorang yang berkumpul di Al-Khandamah.TENTERA ISLAM DI ZI
TAWARasulullah s.a.w telahpun bergerak hingga sampai ke "Zi Tawa",
semasa berjalan Rasulullah s.a.wsentiasa menunduk kepalanya merendah
diri kepada Allah. Setelah melihat pemberian Allah kepadanyadengan
kemenangan dan pembukaan Kota Makkah, terasa seakan janggutnya mencecah
belakangtunggangannya. Semasa di "Zi Tawa" Rasulullah s.a.w menyusun
tenteranya, Baginda meletakkan Khalidbin Al-Walid di sebelah kanan
bersama-sama dengan beliau ialah Aslam, Salim, Ghaffar,
Muzainah,Juhainah dan beberapa qabilah-qabilah Arab yang lain. Diarahnya
Khalid supaya memasuki Makkah darisebelah bawah, dengan pesanannya:
"Kalau kamu dapati ada orang-orang Quraisy yang menghalangkamu, kamu
boleh bunuh mereka, hinggalah kamu menemui daku di As-Safa".Az-Zubair
bin Al-Awwam diletakkan di sebelah kiri, bersama-sama beliau ialah Panji
Rasulullah s.a.w,beliau diarah supaya memasuki Makkah dari sebelah atas
iaitu dari arah "Kada9", panji itu dipacakkan diAl-Hajjun, beliau
menunggu di situ hinggalah Rasulullah s.a.w sampai.Adapun Abu Ubaidah
bin Al-Jarrah memimpin tentera pejalan kaki yang tidak membawa
peralatanperang, beliau di arah supaya mengambil jalan "Baton Al-Wadi",
bergerak hingga bertemu dan berdepandengan Rasulullah s.a.w di
Makkah.TENTERA ISLAM MEMASUKI MAKKAHSetiap pasukan tentera Islam yang
dibahagikan itu mengambil laluan masing-masing yang telah diarahkepada
mereka. Adapun Khalid dan sahabat-sahabatnya tetap menundukkan sesiapa
sahaja yangmenghalang, namun dua orang dari sahabatnya iaitu Kurz bin
Jabir Al-Fihri dan Khanis bin Khalid binRabiah telah terkeluar dari
kumpulannya, di mana mereka telah mengambil jalan lain menyebabkanmereka
dibunuh. Golongan Quraisy yang singkat pemikiran (As-Sufaha) telali
bertembung dengan Khalidbin Al-Walid dan sahabat-sahabatnya di
Al-Khandamah. Justeru itu maka berlakulah satu pertarungankecil hingga
terbunuh dua belas (12) orang musyrikin dan berakhir dengan kekalahan
Quraisy. Hamas binQais yang dahulunya menyediakan peralatan senjata buat
melawan Rasulullah s.a.w telah melarikan dirike dalam rumahnya dan
meminta isterinya mengunci dari dalam. Hal ini menyebabkan
isterinyakehairanan dan berkata: "Di mana kau ini? kan dahulu kamu telah
berkata-kata dan bermadah". JawabHamas:Kiranya kau menyaksi medan
KhandamahKetika larinya Safwan dan IkrimahPedang muslim telah menyambut
kami semuamemenggal setiap lengan dan kepalaTidak kedengaran selain
pukulandi belakang kami masih terdengar tetakanPasti kau membisu tanpa
celaan.Khalid terus mara mengeledah penjuru Makkah, akhirnya beliau
sampai ke hadapan Rasulullah s.a.w diAs-Safa. Manakala Az-Zubair maju ke
hadapan hingga sampai ke Al-Hajjun di tepi masjid Al-Fatah
beliaumemacak panji Rasulullah s.a.w, beliau tidak ke mana-mana
hinggalah Rasulullah s.a.w datang.RASULULLAH S.A.W MEMASUKI
AL-MASJID AL-HARAM DAN MEMBERSIHKANNYA DARI
- 216.
Ar-Raheeq Al-MakhtumBERHALA-BERHALASetelah itu Rasulullah s.a.w pun
bangun sedang kaum Muhajirin dan Al-Ansar mengelilingi Baginda
danmemasuki Al-Masjid, terus Baginda ke Hajar Al-Aswad dan menyentuhnya
dengan tangan Baginda,kemudian terus bertawaf mengelilingi Kaabah,
Baginda menjatuhkan berhala-hala sebanyak tiga ratusenam puluh (360)
.itu dari atas Kaabah, dengan busar panah yang di tangannya sambil
berkata:"Kebenaran telah datang dan kebatilan menghilang, sesungguhnya
kebatilan itu telah terpadam"
Al-Isra: 81"Kebenaran
telah datang dan kebatilan tiada lagi menjelang dan tiada pula ia
berulang "
Saba: 49Di masa yang sama berhala-hala
pun jatuh dan tumbang, hancur berderai-derai. Rasulullah s.a.wmelakukan
tawaf di sekeliling Kaabah dengan menunggang kenderaannya, di masa itu
bertawaf denganmenunggang kenderaan belum diharamkan lagi di dalam
syarak. Baginda hanya melakukan tawaf sahaja,apabila Baginda
menyempurnakan bilangan tawaf, Rasulullah s.a.w terus memanggil Uthman
bin Talhah,Baginda mengambil anak kunci Kaabah darinya dan disuruh
membuka pintu Kaabah. Apabila Bagindamelangkah masuk Baginda mendapati
di dalamnya gambar-gambar, di antaranya gambar Saidina Ibrahimdan Ismail
(a.s) yang sedang bersumpah dengan berhala. Kata Rasulullah s.a.w:
"Allah memusnahkanmereka yang mengada-adakan semuanya ini? Demi Allah
mereka tidak pun pernah bersumpah denganberhala". Kemudian Baginda
terlihat ukiran kayu seekor burung merpati, terus Baginda
memecahkannya,manakala gambar-gambar di dalam Kaabah diperintah supaya
dipadamkannya.RASULULLAH S.A.W BERSOLAT DI DALAM KAABAH KEMUDIAN MEMBERI
UCAPAN DI KHALAYAKQURAISYSelepas itu Baginda Rasulullah s.a.w menutup
pintu Kaabah sedang Baginda di dalam Kaabah bersamaUsamah dan Bilal, di
situ Baginda berdiri dengan membelakang pintu Kaabah, apabila Baginda
melangkahke depan dengan jarak tiga hasta Baginda berhenti di situ, jadi
dua tiang sebelah kirinya dan satu tiangberada di sebelah kanan
Baginda. Di belakang Baginda tiga tiang, kerana Al-Haram di masa itu
didirikanatas enam batang tiang. Baginda bersembahyang di situ, setelah
Baginda berjalan-jalan di dalam Kaabah,bertakbir di setiap penjurunya,
menyebut kalimah Tauhid, kemudian barulah Baginda membuka pintunya,di
masa itu Quraisy sedang memenuhi ruang masjid secara bersaf menunggu apa
yang hendak dilakukanoleh Rasulullah s.a.w ke atas mereka.Rasulullah
s.a.w memegang lawang pintu Kaabah, sedang khalayak Quraisy menunggu di
bawah, dengansabdanya: "Tiada Tuhan melainkan Allah, tiada sekutu
bagiNya, benar janjiNya, membantu hambaNya,mengalahkan golongan Ahzab
sendiriNya, ingatlah setiap warisan lama, setiap warisan Jahiliyyah
samadaharta benda atau darah kesemuanya di bawah kakiku ini, kecuali
penjaga Baitullah dan pemberi minumkepada Jemaah Haji. Ingatlah,
pembunuhan secara tersalah adalah hampir seperti dengan tindakansecara
sengaja dengan menggunakan cemeti dan rotan dendanya terlalu berat,
iaitu seratus ekor unta,empat puluh darinya sedang sarat mengandung.
Wahai kalian Quraisy, sesungguhnya Allah telah punmelenyapkan dari kamu
kesombongan jahiliyyah, sikap bermegahan dengan baka keturunan,
sebenarnyamanusia adalah dari Adam sedang Adam adalah dari
tanah."Kemudian Baginda membaca ayat Al-Quran:"Wahai manusia
sesungguhnya Kami ciptakan kamu sebagai lelaki dan perempuan, dan Kami
ciptakankamu berbangsa-bangsa berqabilah-qabilah untuk kamu berkenalan,
sesungguhnya yang termulia darikamu di sisi Allah ialah yang paling
bertaqwa, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui Lagi Bijaksana "
Al-Hujuraat: 13
- 217. Ar-Raheeq Al-MakhtumHARI INI KAMU
TIDAK DITEMPELAK LAGIKemudian sambung Baginda dengan sabdanya:"Wahai
kalian Quraisy, apakah yang kamu fikirkan akan ku lakukan terhadap kamu
semua?" Jawabmereka: "Tentulah baik, kerana saudara seorang yang mulia
anak kepada saudara yang mulia". Makajawab Rasulullah s.a.w:
"Sesungguhnya aku berkata kepada kalian seperti Yusof telah berkata
kepadasaudara-saudaranya: Tiada tempelak ke atas kamu di hari ini, Ayuh
beredarlah, kamu semua bebas.KUNCI KAABAH DIKEMBALIKAN SEMULA KEPADA
PENJAGANYASelepas semuanya itu, Rasulullah s.a.w duduk semula di dalam
Al-Masjid, di mana Ali bin Abi Talib (r.a)bangun dan menemui Rasulullah
s.a.w sambil memegang kunci pintu Kaabah, dengan berkata:
"WahaiRasulullah s.a.w, berilah tugas menjaga Kaabah dan tugas memberi
minum kepada kami, semuga Allahmemberi selawat ke atas engkau". Tetapi
di dalam riwayat yang lain yang mengemukakan permohonanitu ialah
Al-Abbas. Di sini Rasulullah s.a.w bersabda: "Di mana Uthman bin
Talhah?" Dengan itu dijemputUthman bin Talhal ke hadapan Rasulullah
s.a.w dan Rasulullah s.a.w berkata: "Ini dia kunci untukengkau, hari ini
adalah hari kebaikan dan tunai janji". Mengikut riwayat Ibn Sad di
dalam kitab bernamaal-Tabaqat bahawa Baginda telah berkata kepada Uthman
semasa penyerahan kunci itu dengansabdanya: "Ambillah kunci ini untuk
selama-lamanya, ianya tidak akan dirampas kecuali yang
zaiim,sesungguhnya Allah telah meletakkan amanatnya ke atas kamu, dan
makanlah segala sesuatu yangtersampai kepada kamu dari rumah Allah ini
dengan ma ruf".BILAL MENGALUNKAN AZAN DI ATAS KAABAHBila masuk sahaja
waktu solat Rasulullah s.a.w pun menyuruh Bilal (r.a) memanjat ke atas
Kaabah untukmelaung azan dari atas sana, sedang di masa itu Abu Sufian
bin Harab, Utab bin Usaiyed dan Al-Harithbin Hisyam duduk di laman
Kaabah, maka kata Utab: "Sesungguhnya Allah telah membiarkan
Usaiyeduntuk tidak mendengar laungan ini, kerana ianya boleh
memberangkan beliau", maka jawab Al-Harith:"Demi Allah seandainya ku
mengetahui ianya satu kebenaran dari dahulu lagi ku ikutinya", sampuk
AbuSufian: "Demi Allah, aku tidak akan.membuat sebarang ulasan, kalaulah
aku bercakap nescaya anak-anak batu ini akan menceritakan segalanya".
Di masa itu Rasulullah s.a.w pun muncul di khalayak merekadengan
berkata: "Aku tahu apa yang kamu semua bercakap-cakap tadi", maka terus
Bagindamenceritakan apa yang mereka perkatakan tadi. Kata Al-Harith dan
Utab: "Kami bersaksi tuan hambaadalah Pesuruh Allah. Demi Allah tiada
siapa pun di sini yang boleh menuduh bahawa si pulan telahmenceritakan
kepada tuan hamba.SOLAT PEMBUKAAN KAABAH ATAU SOLAT SYUKURDi hari itu
Rasulullah s.a.w masuk ke dalam rumah Ummu Hani binti Abi Talib, Baginda
bersuci kemudiansembahyang lapan rakaat di dalam rumahnya, ketika itu
adalah waktu dhuha, ada orang menyangkaRasululluh sembahyang dhuha. Yang
sebenarnya Baginda bersolat kemenangan di atas pembukaan kotaMakkah. Di
masa itu Ummu Hani telah pun memberi perlindungan kepada dua orang
mertuanya, makakata Rasulullah s.a.w: "Kami melindungi orang yang
dilindungi oleh Ummu Hani". Sebelum ini saudaranyaAli bin Abi Talib
menuntut untuk membunuh mbreka berdua, namun beliau telah menutup
pinturumahnya, justeru itulah maka beliau bertanyakan Rasulullah s.a.w
dan Rasulullah s.a.w pun memberipenegasan kepada beliau.MENGHALAL DARAH
BEBERAPA ORANG KEPALA PENJENAYAH
- 218. Ar-Raheeq Al-MakhtumDi
hari berkenaan Rasulullah s.a.w menghalalkan darah sembilan orang kepala
penjenayah Makkah,malah Rasulullah s.a.w memerintahkan supaya dibunuh
kesembilan-kesembilan mereka walau pundidapati mereka berpaut ditirai
Kaabah, mereka ialah: Abd Al-Uzza bin Khatal, Abdullah Ibni Abi
Surah,Ikrimah bin Abi Jahal, Al-Harith bin Nufail bin Wahab, Muqis bin
Sababah, Habbar bin Aswad, dua orangpenyanyi wanita milik Ibn Khatal,
kedua mereka ini sering mencaci Rasulullah s.a.w melalui nyanyianmereka
dan Sarah hamba perempuan milik seorang Banu Abdul Muttalib, beliau
inilah yang membawarisalah dari Hatib bin Abi Baltaah.Ada pun Ibni Abi
Surah, telah dibawa oleh Saidina Uthman k ehadapan Rasulullah s.a.w,
beliau menjadiorang tengah kepada Rasulullah s.a.w, maka dengan itu
terhindarlah nyawa beliau dari ancamanpembunuhan, malah Rasul telah
menerima pengakuan Islamnya, di mana sebelum ini Bagindamenangguh untuk
menerimanya, dengan harapan akan terdapat di kalangan sahabat yang
bertindakmembunuhnya, kerana beliau sebelum ini sudah memeluk Islam dan
turut berhijrah kemudian beliaumurtad dan lari balik ke Makkah.Ikrimah
bin Abi Jahal telah melarikan diri ke negeri Yaman, namun isterinya
telah berusaha mendapatkanperlindungan, maka Rasulullah s.a.w pun
memberi jaminannya, dengan itu beliau telah berusaha untukmendapat
kembali suaminya yang lari itu, setelah bertemu beliau turut pulang ke
Makkah dan memelukIslam akhirnya beliau menjadi seorang Islam yang
baik.Manakala Ibni Khatal didapati sedang bergantung di tirai Kaabah,
hal beliau telah dilaporkan kepadaRasulullah s.a.w, maka kata Baginda:
"Bunuh sahaja". Maka beliau pun terus dibunuh di situ. AdapunMuqais bin
Sababah telah dibunuh oleh Namilah bin Abdullah, Muqais sebelum ini
telah pun memelukIslam, tiba-tiba berlaku peristiwa di mana Muqais telah
menyerang seorang lelaki Ansar menyebabkanbeliau membunuh lelaki Ansar,
kemudian beliau murtad dan lari menyertai kaum musyrikin di Makkah.
Al-Harith merupakan orang yang paling, menyakiti Rasulullah s.a.w semasa
di Makkah. Beliau telah dibunuholeh Ali bin Abi Talib.Habbar bin
Al-Aswad adalah orang yang menganggu Zainab binti Rasulullah s.a.w di
hari beliau hendakberhijrah menyebabkan beliau terjatuh ke atas ketulan
batu hingga berlaku keguguran, namun di haripembukaan beliau telah lari
dari Makkah, kemudian beliau memeluk Islam dan menjadi orang baik.Malah
seorang dari dua orang penyanyi telah dibunuh, yang kedua telah diberi
jaminan keselamatan,justeru itu beliau memeluk Islam, sebagaimana
berlaku kepada Sarah yang juga turut memeluk Islam.Kata Ibnu Hajar: Abu
Masyar telah menyebut tentang mereka yang telah diisytiharkan halal
darah,mereka ialah Al-Harith bin Talatil Al-Khuzaie beliau telah dibunuh
oleh Ali. Al-Hakim menyebut bahawa diantara mereka yang dihalalkan
darahnya ialah Kaab Zuhair, cerita mengenai beliau adalah cerita
yangterkenal, akhirnya beliau memeluk Islam dan bermadah memuji
Rasulullah s.a.w.Adapun perihal Wahsyi bin Harb dan Hind binti Utbah
berakhir dengan memeluk Islam, manakala Arnabhamba perempuan Ibnu Khatal
telah terbunuh, juga Ummu Saad sebagaimana yang diceritakan oleh
IbnuIshak, dengan itu maka genaplah bilangan mereka yang dibunuh semasa
pembukaan Makkah itu lapanorang lelaki dan enam perempuan.
Berkemungkinan Arnab dan Ummu Saad itu adalah dua orangpenyanyi, berlaku
ikhtilaf pendapat mengenai kedua-dua nama mereka atau nama keduanya
itusebenarnya nama timangan atau gelaran.SAFWAN BIN UMAIYAH DAN FUDHALAH
BIN UMAR MEMELUK ISLAMSafwan bin Umaiyah tidaklah merupakan di antara
tokoh yang dihalalkan darahnya, namun sifatnyasebagai pemimpin besar di
dalam masyarakat, membawa beliau mencurigai keselamatan dirinya sendiri,
- 219. Ar-Raheeq Al-Makhtummaka sebab itu beliau melarikan diri,
dan beliau dipohon keamanan dari Rasulullah s.a.w oleh Umair binWahab
Al-Jumahi: Rasulullah s.a.w pun menerima permintaan Umair itu, sebagai
tanda, Bagindamemberikan beliau serbannya yang dipakai semasa memasuki
kota Makkah. Amir pun segeramendapatkan Safwan yang sedang hendak
menaiki kapal layar yang akan bertolak ke negeri Al-Yaman.Amir
cepat-cepat memegang Safwan, dan memberi tahu kepadanya bahawa beliau
telah meminta dariRasulullah s.a.w untuk memberi masa kepada beliau
yakni Safwan selama dua bulan untuk beliaumembuat keputusan, tetapi
Rasulullah s.a.w telah menjawab dengan sabdanya: "Aku beri empat
bulan".Maka dengan itu Safwan pun memeluk Islam. Sebenarnya isterinya
sudah pun memeluk Islam terlebihdahulu darinya sebelum ini, dan
Rasulullah s.a.w telahpun memperakui dengan akad pertama
merekadahulu.Fudhalah adalah seorang wira yang berani, beliau telah
datang menghampiri Rasulullah s.a.w semasabertawaf dengan tujuan untuk
membunuh Baginda. Tetapi Rasulullah s.a.w semasa berseiringan
denganFudhalah, Baginda memberi tahu beliau tentang rancangan jahat
beliau yang terpendam di dalamhatinya, menyebabkan beliau terus memeluk
Islam.PENYAMPAIAN RASULULLAH S.A.W DI HARI KEDUA PEMBUKAAN MAKKAHPada
keesokan hari Rasulullah s.a.w tampil ke hadapan membuat satu
penyampaian kepada khalayakramai Makkah, setelah memuji dan bertahmid
kepada Allah, Baginda bersabda: "Wahai manusia kalian,sesungguhnya Allah
telah mengharamkan bumi Makkah sejak langit dan bumi ini dijadikan,
maka ianyamenjadi haram dengan pengharaman Allah itu, hinggalah ke hari
qiamat, tidak halal bagi seseorang yangberiman dengan Allah dan hari
akhirat untuk menumpah darah, atau mematahkan pokok-pokok, kiranyaada
orang mempersoalkan peperangan yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w,
makajawab kepada mereka:Sebenarnya Allah telah pun mengizinkan kepada
RasulNya sahaja dan tidak kepada kamu, itu pundiharuskan untuk ketika
tertentu sahaja, nah kini pengharaman kembali semula seperti di hari
kelmarin,oleh itu yang hadir di antara kamu berkewajipan menyampaikan
kepada yang tidak hadir".Dalam satu riwayat yang lain: Tidak mematahkan
sebarang durinya, tidak mengemparkan buruannya,tidak mengambil barangan
tercicir kecuali orang yang mengenalinya, dan tanah lapangnya tidak
bolehdibuang air (air kecil atau air besar). Al-Abbas mencelah dengan
katanya: "Wahai Rasulullah s.a.wkecuali pokok Al-Izkhir, kerana ianya
untuk hamba-hamba dan rumah mereka". Jawab Rasulullah s.a.w:"Ya kecuali
pokok Al-Izkhir".Sebelum ini Khuzaah telah membunuh seorang lelaki dari
Banu Laith membalas dendam di ataspembunuhan seorang anggota qabilah
mereka. Sehubungan dengan perkara ini maka Rasulullah s.a.wbersabda:
"Wahai kalian Khuzaah, elaklah tangan kamu dari pembunuhan, sebenarnya
pembunuhanterlalu banyak, walau pun itu boleh memberi manfaat, sebelum
ini kamu telahpun membunuh mangsakamu dan kini biarlah aku membayar
pampasannya, tetapi sesiapa yang membunuh selepaspemberitahuan ku ini di
sini, maka keluarganya di antara dua pilihan, sekiranya mereka mahu
darahmaka darah pembunuhannya, atau sekiranya mereka mahu tebusan maka
pampasanlah hams dibayar".Dalam satu riwayat yang lain; Maka bangunlah
seorang berketurunan Al-Yaman yang dikenali sebagai"Abu Syah" menyeru:
"Wahai Rasulullah s.a.w! Tuliskanlah itu untukku", maka kata Rasulullah
s.a.w:"Ayuh tuliskanlah untuk Abu Syah".KECURIGAAN AL-ANSAR DENGAN
PERMUKIMAN RASULULLAH S.A.W DI MAKKAHSetelah selesai semua urusan
mengenai pembukaan Makkah yang merupakan tanah air dan tanahtumpah darah
Baginda, maka Al-Ansar mencurigai sesuatu, dan mereka berbisik-bisik
sesama mereka:"Apakah kamu berpendapat bahawa setelah mereka membantu
Rasulullah s.a.w hingga terbuka tanahairnya ini akan Baginda terus
bermaustautin di sini?". Sedang di ketika itu Baginda tengah menadah
- 220.
Ar-Raheeq Al-Makhtumtangannya yang mulia itu berdoa restu di atas bukit
As-Safa, setelah selesai dari doanya itu terusBaginda bertanya: "Apa
yang kamu cakap-cakapkan tadi?". Jawab mereka: "Tidak ada apa-apa,
wahaiRasulullah s.a.w". Baginda terus mendesak mereka mengenai apa yang
mereka bisik-bisikkan itu,hinggalah mereka mencerita yang sebenar, maka
segera Rasulullah s.a.w menjawab denganpenegasannya: "Aku berlindung
dengan Allah, sebenarnya penghidupanku adalah dipenghidupan kamudan
kematian ku adalah dipersada kematian kamu".AL-BAIAHSetelah berjayanya
pembukaan Makkah dengan pertolongan Allah itu, maka tertampillah
kebenaran Islamkepada penduduk Makkah dan mereka sudah pasti bahawa
tiada jalan kepada kejayaan yang hakikikecuali dengan Al-I-slam, dengan
itu maka mereka semua tunduk dan patuh kepada perintah-perintahIslam,
mereka semua berkumpul untuk membuat pengakuan taat setie dalam satu
program baiah dimana Rasulullah s.a.w duduk di Bukit As-Safa dengan
sekalian yang hadir manakala Umar Ibnu Al-Khattab di bawah sedikit dari
Rasulullah s.a.w memerhati sesiapa yang hadir di situ, dengan itu
semuayang datang ke situ masing-masing membuat baiah dengan Rasulullah
s.a.w sekadar yang terdayamereka lakukan.Di dalam kitab "Madarik
al-Tafizil" menyebut seperti berikut: Diriwayatkan bahawa setelah
Rasulullahs.a.w selesai dari proses menerima baiah daripada kaum lelaki,
Baginda meneruskan penerimaan baiahdari kaum wanita pula. Rasulullah
s.a.w duduk di bukit As-Safa sedang Umar bin Al-Khattab duduk disamping
Rasulullah s.a.w membaiah mereka dengan perintah Rasulullah s.a.w, juga
menyampaikankepada mereka segala sesuatu dari Baginda. Dalam keadaan
begitu, Hind bind Utbah, isteri Abu Sufianpun datang ke hadapan
Rasulullah s.a.w dengan cara menyamar diri kerana takutkan Rasulullah
s.a.wmengetahui beliau, kerana beliau masih mengingati tindakannya
terhadap Hamzah. Maka Rasulullah s.a.wberkata: "Aku membaiahkan kamu
untuk tidak mensyirikkan Allah dengan barang sesuatu pun". Tugasini
dilakukan oleh Umar, dan kata Rasulullah s.a.w: "Dan jangan kamu
mencuri". Maka jawab Hind:"Sebenarnya Abu Sufian seorang yang bakhil,
sekiranya aku ambil sedikit dari hartanya beliau akanterkilan", maka
kata Abu Sufian: "Apa yang engkau ambil itu halal". Lalu Rasulullah
s.a.w pun tersenyumkerana Baginda sudah mengenali beliau dengan katanya:
"Engkau ini Hindun"?. Jawab beliau: "Ya wahaiRasulullah s.a.w". Katanya
lagi: "Maafkanlah daku wahai nabi Allah", maka Rasulullah s.a.w
punmemaafkan beliau. Kata Baginda: "Dan tidak berzina". Kata Hindun:
"Apakah seorang wanita yangmerdeka wajar berzina?". Jawab Rasulullah
s.a.w: "Dan tidak sekali-kali membunuh anak- anak mereka".Kata Hindun
pula: "Kami yang memeliharakan mereka sejak kecil lagi, dan kamulah yang
membunuhmereka apabila dewasa, dan merekalah yang lebih mengetahui hal
ini". Kerana anaknya Hanzalah bin AbiSufian telah terbunuh di dalam
peperangan Badar, menyebabkan Umar ketawa hingga beliau
terduduk,manakala Rasulullah s.a.w tersenyum sahaja.Kata Rasulullah
s.a.w lagi: "Dan tidak juga melakukan perkara-perkara sumbang". Jawab
Hindun: "DemiAllah kerja sumbang itu suatu yang hodoh dan jelek,
sebenarnya apa yang Rasulullah s.a.w perintahkanitu adalah
suruhan-suruhan yang wajar lagi matang di samping suruhannya kepada
akhlak-akhlak mulia".Seterusnya kata Rasulullah s.a.w: "Dan tidak
sekali-kali membantah terhadap kerja-kerja makruf(kebaikan)". Kata
Hindun: "Demi Allah kami menghadiri perhimpunan sedang dalam hati kami
tidak adasedikit pun cebisan-cebisan penderhakaan".Semasa beliau pulang
ke rumahnya terus beliau memecahkan berhala-halanya sambil berkata:
"Kamitertipu dengan kau".MARHALAH KE TIGAIni merupakan marhalah terakhir
di dalam perjalanan hidup Rasulullah s.a.w S.A.W. yang mempamerkan
- 221.
Ar-Raheeq Al-Makhtumpencapaian -pencapaian hasil usaha dakwahnya.
Selepas melalui satu masa perjuangan jihad, kepenatan,tribulasi,
peperangan dan pertarungan yang tidak kurangnya menumpahkan darah yang
banyakkesemuanya ini Baginda harungi selama 20 tahun.Pembukaan kota
Mekah merupakan kemenangan yang kritikal yang dicapai oleh kaum muslmin
disepanjang tahun perjuangan mereka, kemenangan yang mengubah peta dan
urusan perjalanan hidupseterusnya merubah suasana dan biah bangsa arab
itu sendiri. Pembukaan agung itu merupakan garispemisah diantara era
lama dan yang akan datang dimana sebelum ini bangsa arab yang menjadi
ikutanmereka. Penundukkan kaum quraisy di bawah bendera islam dianggap
sebagai penghapusan total kepadakuasa dan penyembahan berhala di
semenanjung Arab. Marhalah ini dapat dibahagikan kepada dua fasa:Fasa
Pertama: Perjuangan dan peperanganFasa Kedua : Bangsa yang berbagai dan
qabilah-qabilah arab berlumba lumba menganut islamPEPERANGAN
HUNAINPembukaan kota Makkah berlaku dalam satu masa yang terlalu
singkat. Selepas satu pukulan mengejut,membingungkan seluruh bangsa Arab
dan menjadikan seluruh qabilah yang berhampiran dengannyaterkejut,
mereka tidak berdaya untuk menghalanginya, oleh yang demikian mereka
tidak ada jalan selairidari menerima sahaja hakikat yang berlaku,
terkecuali beberapa qabilah yang gagah, ganas dan bongkak,terutamanya
seperti suku Hawazin dan Thaqif, kemudian turut membuat sikap yang sama
ialah qabilahNasr, Jasyam, Saad bin Bakar dan beberapa individu dari
Banu Hilal. Kesemua mereka ini dari kelompokQais Ailan, qabilah-qabilah
ini terasa berat untuk menerima kemenangan Islam. Oleh yang demikianmaka
seluruh mereka telah bersekutu dengan Malik bin Auf An-Nasri dan
membuat keputusan untukbergerak mara memerangi kaum muslimin.PERGERAKAN
MUSUH DAN PERSINGGAHAN DI AUTASSebaik sahaja Malik bin Auf selaku turus
agung pemimpin pergerakan musuh membuat keputusan untukbergerak
memerangi kaum muslimin, maka di antara keputusannya ialah membawa
bersama merekaharta-harta, kaum wanita dan anak-anak mereka. Dengan itu
mereka pun bergerak hingga sampai diAutas, lembah yang terletak di
daerah perkampungan Hawazin berhampiran "Hunain". Namun demikianlembah
Autas bukanlah lembah Hunain, lembah Hunain terletak berhampiran Zi
Al-Majaz. Dari lembahAutas ke Makkah adalah sepuluh batu lebih ke arah
Arafah.YANG BERPENGALAMAN DI DALAM PEPERANGAN (MEMATAHKAN) PENDAPAT
PEMIMPINSemasa beliau turun bersama orang ramai di Autas, di antara
mereka ialah Duraid bin As-Sammah, ianyaseorang yang lanjut usia dan
buta, berpengetahuan mengenai peperangan, berani dan berpengalaman.Tanya
Duraid: "Di lembah mana kamu sekarang?" Jawab yang hadir: "Kita
sekarang di Autas," maka katabeliau: "Ianya adalah sebaik tempat untuk
kuda-kuda di sini", ku menelah bahawa tiada peristiwa yangmendukakan dan
tanah lapang yang tidak diceroboh, tetapi apa itu? ku dengar
suara-suara unta danteriakan keldai, malah kedengaran tangisan anak-anak
dan bebekan kambing" Jawab mereka:"Sebenarnya Malik bin Auf telah
mengerah habis-habisan, bersama-sama askar ialah kaum wanita,
harta-harta dan anak-anak mereka, kemudian beliau menjemput Malik dan
bertanyakan kenapa dibawakesemuanya ini. Jawab beliau: "Aku hendak letak
semuanya ini di belakang setiap tentera supaya setiapmereka bersemangat
untuk mempertahankan haknya". Jawab Duraid: "Demi Allah, ini adalah
tindakanseorang gembala kambing, bukannya seorang pemimpin bangsa.
Apakah orang kalah dapat membawabalik sesuatu?Sebenarnya walaupun
kesemuanya itu milik kau tetapi ianya tidak memberi sebarang faedah pun
kepada
- 222. Ar-Raheeq Al-Makhtumseorang pahlawan selain dari
pedang dan tombaknya. Seandai kau kalah bererti kau telah menempahpadah
buruk ke atas keluarga kau dan harta kau". Kemudian beliau bertanya
kepada qabilah- qabilah laindan pemimpin-pemimpinnya. Dan katanya lagi:
"Wahai Malik, sebenarnya kau belum lagi menyediakanperisai "Huwazin" ke
leher-leher kuda-kuda mereka, Ayuh letakkan mereka di dalam
benteng-bentengnegara mereka, dan status ketinggian bangsa mereka,
kemudian berhadapanlah dengan pengikutMuhammad itu dengan kuda kamu,
sekiranya kemenangan berpihak kepada kamu maka orang-orang kauakan
menurut dari belakang, tapi sekiranya kau kalah maka keluarga kau dan
harta kau masih selamat".Namun Malik ketua agung itu enggan mematuh
permintaan itu dengan menegaskan: "Demi Allah tidakakan ku lakukan,
sebenarnya kau sudah lanjut usia, pemikiran kau pun sudah nyanyuk. Demi
Allah,Hawazin mesti mengikut cakapku, atau pun aku boleh tusukkan pedang
ku ini ke perut ku hinggaterkeluar dari belakang ku". Sebenarnya beliau
tidak suka Duraid memain sebarang peranan yang kelakakan disebut-sebut
namanya. Maka jawab seluruh Hawazin: "Ya kami semua mengikut arahan
mu".Sekali lagi Duraid berkata: "Inilah hari yang belum pernah lagi aku
saksikan sepertinya, aku tidak mahumelepas peluang untuk melihat
kesudahannya". Lantas beliau bermadah:Kiranya ku masih beliaDi medan
perang ku maraKancahnya ku nyalaTentera ku terajuiAir mata ku usapiKini
peperangan bagaikan biri-biriKe ruang persembelihan dituntuniUNIT
INTIPAN MUSUHBeberapa orang risikan yang dihantar oleh Malik kini
kembali kepadanya memberi laporan dalam keadaanmengeletar. Kata Malik:
"Apa ceritanya?" Jawab mereka; "Kami dapati tentera serba putih di
atasbelakang kuda-kuda merah dan putih, kami ketakutan dan inilah hal
kami".UNIT INTIPAN RASULULLAH S.A.WRasulullah s.a.w telah mendapat
maklumat tentang pergerakan musuh, sebagai tindakan maka Rasulullahs.a.w
mengutus Abi Hadad Al-Aslami menyuruh beliau menyusup masuk ke
tengah-tengah musuh dantinggal di sana untuk memperolehi maklumat
lengkap mengenai mereka. Abu Hadad pun bergerak kesana.RASULULLAH S.A.W
BERGERAK MENINGGALKAN MAKKAH MENUJU KE HUNAINTanggal enam (6) haribulan
Syawal tahun kelapan (8) Hijrah bersamaan pada hari Sabtu,
Rasulullahs.a.w pun bergerak keluar dari Makkah. Hari itu genap sembilan
belas hari Rasulullah s.a.w memasukiMakkah, Baginda bergerak dengan
kekuatan seramai dua belas ribu tentera Islam, sepuluh ribu adalahmereka
yang keluar bersama-sama Baginda semasa pembukaan Makkah, selebihnya
adalah pendudukMakkah, di mana kebanyakan mereka masih baru lagi
menganut Islam. Rasulullah s.a.w telahmeminjamkan seratus pasang baju
besi dengan kelengkapannya sekali, buat memikul tanggungjawabMakkah,
Baginda telah meletak Utab bin Usaiyed sebagai amirnya.Di sebelah petang
seorang askar berkuda telah datang menemui Rasulullah s.a.w dengan
berkata: Kutelah naik ke bukit itu dan bukit ini, dan ku telah dapati
qabilah Hawazin telah keluar seisi rumah mereka,wanita-wanitanya,
unta-unta dan harta-hartanya. Rasulullah s.a.w senyu.m mendengar
laporanberkenaannya sambil berkata: "Itu adalah harta rampasan kaum
muslimin besok". Insya Allah, di malam
- 223. Ar-Raheeq
Al-Makhtumitu secara sukarela Anas bin Abi Mirthad al-Ghanuwi telah
menawar dirinya untuk mengawal Rasulullahs.a.w.Semasa di dalam
perjalanan mereka ke "Hunain" tentera Islam telah melihat sepohon kayu
besarmenghijau dikenali sebagai "Zat Anwat". Sudah menjadi adat orang
Arab untuk menyangkut peralatansenjata mereka di situ. Maka kata
sesetengah tentera kepada Rasulullah s.a.w: "Wahai Rasulullah
s.a.w,buatkan untuk kita Zat Anwat juga seperti mereka mempunyai Zat
Anwat mereka. Jawab Rasulullahs.a.w: "Allahu Akbar, Maha Besar Allah,
kamu sanggup berkata demikian. Demi Tuhan yang nyawaMuhammad di
tanganNya, kata-kata kamu ini serupa dengan kata-kata kaum Musa
kepadanya.Jadikanlah untuk kami Tuhan, seperti mana mereka itu mempunyai
Tuhan mereka dan kata Musa:Sesungguhnya kamu ini satu kaum yang jahil,
dan sebenarnya inilah ikutan, dan sebenarnya kamu akanmengikuti jalan-
jalan orang yang terdahulu dari kamu ". Terdapat juga di antara mereka
yang berkatasetelah melihat bilangan tentera yang ramai: Di hari ini
kita tidak boleh dikalahkan lagi. Kata-kata inidianggap dan dipandang
berat oleh Rasulullah s.a.w.TENTERA ISLAM DISERANG HENDAP DAN PENDIRIAN
KAUM MUHAJIRINTentera Islam telah sampai ke Hunain pada malam Selasa
sepuluh hari terakhir bulan Syawal. Malik binAuf telah sampai ke situ
terlebih dahulu, beliau telah menyusun tenteranya di lembah Hunain,
denganmeletakkan kelompok penyerang di sepanjang jalan dan pintu masuk
malah di seluruh lereng-lereng bukitHunain dan lorong-lorongnya, beliau
memberi arahan supaya mereka memanah tentera Islam apabilamereka muncul
di situ, kemudian menyerang serentak ke atas tentera Islam.Di hujung
malam Rasulullah s.a.w menyusun tenteranya, Baginda membahagikan
tenteranya kepadapasukan-pasukan dan unit-unit, di awal subuh mereka
berjalan menuju ke lembah Hunain, semasatentera Islam turun ke lembah
berkenaan, tiba-tiba mereka dihujani dengan serang hendap oleh
tenteraMalik yang telah lama menunggu di situ, tentera Islam dihujani
dengan panahan yang bertubi-tubi,serentak dengan itu unit-unit tentera
musuh mengasak mereka, apa lagi tentera Islam pun berpatah balikke
belakang dalam keadaan berkecamuk dan huruhara. lanya adalah satu
kekalahan yang parah,hinggakan Abu Sufian yang masih baru lagi dengan
Islam pun berkata; "Kekalahan mereka ini tidak akanberhenti kecuali
setelah mereka berundur hingga sampai Laut (yakni Laut Merah). Dalam
keadaan kelamKabul Jibillah atau Kildah bin Al-Junaid meneriak dengan
katanya: "Hari ini sihir sudah tidak menjadi lagi".Rasulullah s.a.w
mengelak sebelah kanan sambil melaung: "Wahai kalian ayuh ke sini, aku
adalahRasulullah s.a.w, aku Muhammad Ibni Abdullah". Yang kekal bersama
Baginda dalam keadaan yanggawat ini hanya beberapa orang dari kaum
Muhajirin dan keluarga Baginda. Di dalam situasi ini terserlahkeberanian
Rasulullah s.a.wyang tiada bandingannya. Rasulullah s.a.w tampil ke
hadapan kaum kafirindengan memecut keldainya sambil melaung:Aku adalah
nabi sebenar tiada mendustaAkulah putera Abdul Al-MuttalibDi masa itu
Abu Sufian bin Al-Harith terus memegang tali keldainya dan Al-Abbas pun
dengantunggangannya kedua-dua mereka membantu Rasulullah s.a.w supaya
keldai tidak memecut laju.Kemudian Rasulullah s.a.w turun dengan tangan
memohon kepada Allah dengan katanya: Ya Allah YaTuhanku turunkanlah
pertolongan Mu itu.TENTERA ISLAM BERSATU SEMULA DAN MENERUSKAN
PEPERANGANRasulullah s.a.w mengarah bapa saudaranya Al-Abbas yang
bersuara lantang untuk melaung kepadasemua para sahabat. Kata Al-Abbas:
Aku melaung sehabis lantang suaraku: "Mana dia para sahabatsetia?" Kata
Al-Abbas seterusnya: Demi Allah, semasa mereka mendengar laungan itu
segera mereka
- 224. Ar-Raheeq Al-Makhtumberpatah balik bagaikan
kembalinya seekor lembu ke hadapan anak kesayangannya. Jawab
merekasemua: "Ya Rasulullah s.a.w, Ya Rasulullah s.a.w ada orang cuba
hendak berpatah balik kepadaRasulullah s.a.w dengan untanya, sudah tidak
terdaya kerana kesesakan, maka ditinggalkannya sahajatunggangan itu,
dengan mengambil pedangnya, dan perisai, terus meluru ke arah suara yang
melaungmereka". Setelah terkumpul seratus orang maka mulalah mereka
menghadapi tentangan musuh danterus berperang dengan lebih serius.
Setelah itu laungan khusus ditujukan kepada golongan Al-Ansar,lebih
khusus lagi kepada golongan Banu Al-Harith bin Al-Khazraj, dengan itu
kelompck-kelompok Islammula bercantum semula satu demi satu hingga pulih
dan kembali keadaannya seperti sebelum berlakuryapeperangan, dan kini
kedua-dua belah pihak saling asak m.sngasak pihak lawannya. Apabila
Rasulullahs.a.w melihat ke arah medan pertempuran, didapati begitu
sengit dan setiap pihak bergelut, justeru ituBaginda bersabda: "Kini
peperangan memuncak". Maka Baginda mengambil segenggam pasir
danmelontarnya ke arah musuh sambil bersabda: "Buta mata kalian". Dengan
izin Allah setiap mata musuhterkena pasir lontaran Rasulullah s.a.w
menyebabkan daya saingan mereka luntur dan keadaan merekakucar
kacir.KEKUATAN MUSUH BERPECAH DIIKUTI DENGAN KEKALAHAN TERUKTidak berapa
lama selepas Rasul mencampak pasir ke muka musuh, ketaralah kekalahan
mereka, dariThaqif sahaja tujuh puluh (70) orang terbunuh, dengan itu
kaum muslimin segera mengondol harta danperalatan senjata musuh termasuk
kaum wanita menjadi tawanan. Perkembangan akhir ini telah punAllah
(s.w.t) menyebut di dalam firmanNya:"Dan ingatlah peperangan Hunain
iaitu kamu menjadi bongkak kerana banyaknya jumlah kamu. Makajumlah yang
banyak tidak memberi faedah kepada kamu sedikit pun dan bumi yang luas
terasa sempitolehmu kemudian kamu lari ke belakang dengan
bercerai-berai. Kemudian Allah menurunkan ketenangankepada RasulNya dan
orang-orang yang beriman dan Allah menurunkan bala tentera yang kdmu
tiadamelihatnya dan Allah menimpakan bencana kepada orang-orang kafir
dan demikian penbalasan kepadaorang-orang kafir ".
At-Taubah: 25 -
26GERAKAN MEMBURUSebaik sahaja musuh merasai kekalahan mereka, maka
sebahagian mereka segera melarikan diri ke Taif,sekumpulan yang lain
lari ke Nakhlah, yang satu lagi ke Autas. Rasulullah s.a.w segera
menghantar satuunit pemburu dipimpin oleh Abu Amir Al-Asyaari, di sana
berlaku satu pertempuran kecil di antara kemIslam dan kem musyrikin,
berakhir dengan kekalahan puak musyrikin. dalam pertempuran ini Abu
AmirAl-Asyaari jatuh syahid. Sekumpulan yang lain memburu kelompok
musyrikin yaiig lari ke Nakhlah dansempat mereka menghancurkan kelompok
berkenaan. Bersama mereka Duraid bin al- Sammah, jugadibunuh oleh Rabiah
bin Rafie. Manakala kelompok yang lari ke Taif, Rasulullah s.a.w
sendiri yangbertindak memburunya dan darinya terkumpul rampasan-rampasan
perang yang banyak.RAMPASAN-RAMPASANRampasan yang dipungut oleh kaum
muslimin terdiri dari: Enam ribu (6,000) orang tawanan, dua puluhempat
ribu (24,000) ekor unta, lebih empat puluh ribu (40,000) ekor biri-biri
dan empat ribu (4,000)awqiyah emas. Rasulullah s.a.w menyuruh
dihimpunkan kesemuanya itu, dan ditempatkan di "Al-Jaranah", dengan
melantik Masud bin Amru al-Ghaffari sebagai penjaganya, tanpa
membahagikannya,hinggalah selesai gerakan ghuzwah ke atas "al-Taif". Di
antara orang yang menjadi tawanan perang ialahal- Syaima binti Al-Harith
As-Saadiah saudara sepenyusuan nabi, semasa beliau di bawa ke
hadapanRasulullah s.a.w serta memperkenalkan dirinya, lalu Rasulullah
s.a.w pun membebaskannya setelahmemastikannya dengan suatu tanda yang
Baginda mengecaminya. Rasulullah s.a.w memuliakan beliau
- 225.
Ar-Raheeq Al-Makhtummalah Rasulullah s.a.w menghamparkan kainnya untuk
beliau dan dipersilakan beliau duduk di situ.Akhirnya Rasulullah s.a.w
menganugerahkan kemerdekaannya dan memulangkannya ke
pangkuankeluarganya.GHAZWAH TABUK(Bulan Rejab Tahun Kesembilan
Hijrah)Peperangan membuka kota Makkah merupakan peperangan yang
menentukan di antara Al-Haq dan Al-Batil, kebenaran dan kepalsuan,
hingga dengannya tiada ruang lagi untuk kesangsian dan keraguantentang
kebenaran risalah yang dibawa oleh Muhammad s.a.w di kalangan
orang-orang Arab. Arusperistiwa berubah sama sekali, kini orang ramai
memasuki agama Allah berduyun-duyun, hal ini dapat dijelaskan semasa
pembicaraan dalam tajuk "Perwakilan" nanti dan juga bilangan peserta di
dalam HajjahAl-Wada. Dengannya selesai sudah bebanan dalam semenanjung
Arab dan kaum muslimin boleh berehatsedikit sementara menunggu tugas
lain, iaitu mengajar orang ramai syariat-syariat Islam dan kerjamenyebar
luas dakwah.PENCETUS PEPERANGANWalau pun penyebaran dakwah Islam dapat
berjalan dengan licin, namun satu lagi kuasa iaitu Rom, yangdianggap
sebesar-besar kuasa ketenteraan pernah muncul di muka bumi ketika itu,
di mana permulaantentangan mereka ialah pembunuhan yang mereka lakukan
ke atas duta Rasulullah s.a.w Al-Harith binAmir Al-Uzdi oleh Syurahbil
bin Amru al-Ghassani. Trajedi tersebut berlaku semasa beliau
membawarisalah Rasulullah s.a.w untuk diserahkan kepada penguasa Basra.
Sebagai tindakan pengajaranRasulullah s.a.w menghantar satu sariyah yang
dipimpin oleh Zaid bin Harithah, di mana beriakunya satupertempuran
yang sengit di tempat bernama Mutah, tetapi sariyah ini tidak dapat
menuntut belaterhadap penjenayah yang angkuh itu. Walau bagaimana pun
ianya memberi kesan yang mendalam dijiwa bangsa Arab di sekitarnya mahu
pun yang jauh.Kaisar Rom tidak akan membiarkan peperangan Mutah yang
memberi kesan mendalam itu begitu sahajaatau tidak menghirau tendensi
qabilah-qabilah Arab yang ingin merdeka dari kekuasaan Rom di
sampingkemungkinan berlaku kerjasama di antara qabilah-qabilah ini
dengan kaum muslimin. Kesemuanya inimenjadi satu ancaman yang besar
terhadap Rom yang bersempadan dengan kuasa Islam. Mungkin disuatu ketika
akan mengorak ke sempadan Rom selangkah demi selangkah, menggugat
kestabilan diperbatasan negeri Syam yang bersempadan dengan
wilayah-wilayah Arab. Oleh itu pihak Rom merasakanusaha melemahkan
kekuatan Islam adalah satu tanggungjawab, sebelum kuasa Islam menjadi
besar,kelak tidak terdaya untuk menghapusnya, dan sebelum kuasa Islam
mencabar atau menimbulkankekacauan dan pemberontakan di daerah Arab yang
berhampiran Rom.Memandangkan kepada kemaslahatan ini, maka tidak sampai
setahun selepas peperangan Mutah, KaisarRom pun mempersiapkan satu
angkatan bala tentera yang terdiri dari bangsa Rom dan Arab yang
turutdibawah pemerintahannya, seperti suku Ghassan dan lain-lain untuk
membuat serangan habis-habisandalam satu peperangan yang
berdarah.INFOMASI UMUM MENGENAI PERSIAPAN ROM DAN GHASSANBertali arus
berita sampai ke Madinah mengenai persiapan Rom untuk membuat satu
peperangan habis-habisan ke atas orang-orang Islam. Perasaan takut
sentiasa menyelubungi kaum muslimin, terdengarsahaja suara ganjil maka
di sangkanya bunyi tapak kaki kuda tentera Rom, keadaan ini dapat
dipastikandari apa yang diceritakan oleh Umar Ibni Al-Khattab mengenai
keadaan di mana Rasulullah s.a.wmenjauhkan diri dari isteri-isterinya
selama sebulan dalam tahun kesembilan (9) Hijrah. Rasulullah s.a.w
- 226.
Ar-Raheeq Al-Makhtumtinggalkan mereka dan tidak minum dengan mereka.
Pada mulanya para sahabat tidak menyedari halnya,kerana menyangka
Baginda menceraikan mereka semua sehingga seluruh kaum muslimin
berdukacitadan gusar. Umar Ibni Al-Khattab mencerita kisah ini: "Aku
mempunyai seorang sahabat dari kalanganorang-orang Ansar. Sekiranya ku
tidak dapat menghadiri majlis Rasulullah s.a.w beliau
bertanggungjawabmembuat perkhabaran dan menyampaikan beritanya, dan
kalau beliau tidak hadir aku pula melaporkanperkembangan semasa
kepadanya. Mereka berdua ini tinggal dibahagian atas di Madinah,
merekabergilir-gilir menghadiri majlis Rasulullah s.a.w. Kami semua
curiga dengan salah seorang raja Ghassan.Telah dimaklumkan kepada kami
bahawa beliau ini berhasrat untuk menyerang kami. Dada kami
sentiasaberdebar-debar, tiba-tiba di suatu hari saudaraku Al-Ansar itu
mengetuk pintu, dengan seruannya: Ayuhbuka! Ayuh buka. Terus ku
bertanya, apakah orang-orang Ghassan menyerang? Jawab beliau;
Tidak!tetapi lebih parah lagi dari itu! Rasulullah s.a.w telah
mengasingkan diri dari isteri-isterinya" - Al-Hadith.Di dalam satu lafaz
yang lain menyebut seperti berikut: "Sebelum ini kami sudah
bercakap-cakap di manaorang-orang Ghassan telahpun memakai kasut-kasut
mereka sebagai persiapan untuk menyerang kita,sahabat ku itu telah
keluar dari rumahnya di hari gilirannya dan beliau pulang di waktu Isya,
sampai dihadapan rumahku beliau mengetuk pintu sekuat-kuatnya sambil
bertanya: Awak tidurkah? Aku terkejut,dan terus keluar. Beliau berkata:
Satu peristiwa besar berlaku. Tanyaku, Apa dia? Apakah golonganGhassan
telah melanggar? Kata beliau: Tidak! lanya lebih teruk dan lebih panjang
lagi ceritanya.Rasulullah s.a.w telah menceraikan semua isterinya." -
Al-Hadith.Cerita ini mengambarkan kedahsyatan suasana yang sedang
dihadapi oleh umat Islam, berhadapandengan Rom, keadaan bertambah kritis
lagi bila golongan munafiqin menghebohkan berita tentangpersiapan Rom
untuk melanggar Al-Madinah, meskipun golongan munafiqin ini telah
menyaksi kejayaandemi kejayaan Rasulullah s.a.w di segenap lapangan.
Tiada kuasa di bumi ini yang menggerunkanRasulullah s.a.w, malah tiap
yang menghalang Baginda semuanya tewas berderai. Meskipun demikianmereka
terus menaruh harapan akan termakbul apa yang mereka idam-idamkan itu,
sehingga di suatuhari pada niat mereka Islam akan musnah bersama
penganutnya.Berdasarkan pandangan mereka di mana hari yang mereka
nanti-nanti itu hampir tiba, lantas merekapelupori membina sebuah sarang
dan markas konspirasi berlabel masjid, dalam sejarah dikenali
sebagai"Masjid Ad-Dhirar" bermotifkan kekufuran dan memecah belah di
antara kaum muslimin sertabermatlamat permusuhan terhadap Allah dan
RasulNya. Tidak setakat itu sahaja, malah mereka telahmempelawa
Rasulullah s.a.w untuk bersembahyang di situ, kesemuanya ini di dalam
perkiraan mereka,iaitu mengelabui mata umat Islam, sehingga kaum
muslimin tidak akan menyedari segala perancangandan pakatan jahat yang
dirancang di situ dan tidak akan memerhati siapa yang keluar masuk di
masjiditu. Dengan itu ia akan jadi sebuah markas dan sarang yang selamat
bagi kaum munafiqin dan kuncu-kuncu mereka dari luar untuk datang ke
situ. Walau bagaimana pun Rasulullah s.a.w menangguhkanuntuk
bersembahyang di situ lantaran kesibukan Baginda dengan urusan-urusan
persiapan hinggakesuatu ketika selepas Baginda pulang dari peperangan
Tabuk. Dengan itu Allah (a.w.t) membongkartaktik dan perancangan jahat
mereka, masjid itu berakhir dengan tindakan Rasulullah
s.a.wmerobohkannya sekembali dari peperangan Tabuk.INFORMASI KHUSUS
MENGENAI PERSIAPAN ROM DAN GHASSANIni ialah berita dan laporan situasi
yang diterima oleh kaum muslimin, orang Islam menerima berita inidari
kaum Al-Anbat yang datang ke Madinah dari Syam kerana berdagang minyak.
Mereka mencerikanbahawa pihak Herkules telah pun mempersiapkan satu
angkatan bala tentera yang besar seramai empatpuluh ribu orang askar.
Pimpinan ketenteraan diserahkan kepada salah seorang pembesar Rom, tokoh
initelah bertugas mengerakkan qabilah Lakham, Jazam dan
kelompok-kelompok lain yang menganut agamaNasara untuk turut bersama
beliau. Berita kemaraan mereka sudah pun sampai ke daerah
Al-Balqa.Beginilah lebih kurang mala petaka yang mengancam kaum
muslimin.
- 227. Ar-Raheeq Al-MakhtumSUASANA BAHAYA SEMAKIN
MERUNCINGFaktor yang membawa suasana lebih merbahaya ialah masa, kerana
ketika ini ialah musim kemarau yangteruk melanda Al-Madinah, semua orang
mengalami kesusahan hidup, kawasan tanaman kekeringan airdan binatang
tunganggan berkurangan, cuma buah-buahan sahaja yang nampak menjadi dan
matang,apa lagi tuannya berasa segan untuk bergerak keluar meninggal
dusun, tambahan pula jarak yang jauhdan jalan pun sukar
dilalui.RASULULLAH S.A.W MENGAMBIL KEPUTUSAN MUKTAMAD UNTUK MARA KE
HADAPANSebelum sesuatu tindakan yang diambil terlebih dahulu Rasulullah
s.a.w membuat penelitian yang cermatterhadap suasana dan perkembangan,
penuh hikmah dan perhitungan, justeru itu Baginda mendapati,kalaulah
ditangguhkan atau diabaikan serangan terhadap Rom di dalam suasana yang
meruncing ini,malah membiarkan pihak Rom menyerang Al-Madinah hingga
tenteranya berani mencerobohi lawasan-kawasan di sekitar bumi
Al-Madinah, maka ini satu mala petaka yang mengancam dakwah Islam
danpopulariti tentera Islam. Dan Al-Jahiliyyah yang sedang menghembus
nafas terakhirnya akan kembalihidup, setelah ianya menerima pukulan maut
di Hunain. Manakala kaum munafiqin pula akan mengambilpeluang ini untuk
membuat hubungan langsung dengan raja Rom, melalui Abu Amir Al-Fasiq
dan merekaakan menikam kaum muslimin dari belakang, di masa itulah Rom
akan menyerang barisan depan umatIslam, ini bererti hancurnya segala
usaha, tenaga, pengorbanan dan perjuangan yang diharungi parasahabat
selama ini. Strategi-strategi ketenteraan yang mereka perolehi selama
ini akan pergi bersamaangin yang lalu, sia-sia sahaja tanpa sebarang
manfaat.Rasulullah s.a.w menyedari kesemuanya mi, maka untuk itu
Rasulullah s.a.w membuat keputusan untukmengambil tindakan muktamad ini
meskipun umat Islam di masa itu sedang diancam kesusahan dankepahltan
hidup. Keputusan menyerang Rom di tempat mereka adalah bijak dan penuh
hikmah, hinggadengan itu pihak Rom tidak akan bemiat untuk menyerang
Madinah.PEMAKLUMAN KEPADA UMAT ISLAM SUPAYA MEMBUAT PERSIAPAN UNTUK
MENYERANG ROMApabila Rasulullah s.a.w membuat keputusan muktamad itu,
terus Baginda memaklumkan kepada kaliansahabat supaya membuat persiapan
untuk berperang. Baginda (s.a.w) juga mengutus perutusan
kepadaqabilah-qabilah Arab dan penduduk Makkah supaya bersiap siaga
dengan pergerahan ini. Biasanya,Rasulullah s.a.w merahsiakan
pergerakan-pergerakan tenteranya, tetapi pada kali ini berlainan pula.
Inikerana Baginda berhadapan dengan suasana yang kritis ditambah pula
dengan keadaan cuaca yang burukmelanda Madinah. Untuk itu maka
Rasulullah s.a.w mengisytiharkan penyerangan ke atas Rom.
Bagindamenjelaskan keadaan sebenar kepada seluruh umat Islam supaya
mereka membuat persiapan yangcukup dan perkiraan yang bijak. Rasulullah
s.a.w menyeru mereka semua kepada Al-Jihad, malah Al-Quran telah turun
dengan sebahagian ayatnya dari surah Al-Baraah yaang menggesa umat
Islamberperang dan membekalkan mereka dengan semangat Al-Jihad.
Rasulullah s.a.w mempelawa merekasupaya berkurban dengan harta benda dan
menghulurkan infaq sebanyak yang terdaya untuk jalan Allahini.KAUM
MUSLIMIN BERLUMBA-LUMBA MENLENGKAPKAN PERSIAPAN
PERANG UNTUKMENYERANGApabila kaum muslimin mendengar suara
seruan Rasulullah s.a.w mengajak kepada peperangan melawanRom maka serta
merta mereka berlumba-lumba mematuhi perintah Baginda itu. Mereka
segera bangunmempersiapkan diri dan tentera Islam secepat mungkin,
seluruh qabilah dan kelompok-kelompok Arabberduyun-duyun turut ke
Madinah dari segenap pelusuk dan penjuru, tak seorang pun merelakan
ianya
- 228. Ar-Raheeq Al-Makhtumtersisih dan tertinggal kecuali
golongan yang sakit di dalam hatinya dan terkecuali tiga orang,
malahhinggakan golongan fakir dan miskin pun datang mengadap Rasulullah
s.a.w meminta supaya merekapun dapat turut serta untuk melawan Rom,
tetapi Rasulullah s.a.w menjawab: "Aku tidak ada sesuatuyang boleh
membawa kamu semua". Maka mereka beredar dari situ dengan muka
berlinangan air mata,berdukacita kerana tidak dapat turut serta dan
ketiadaan sesuatu untuk membiayai peperangan"."Tidak ada padaku
kenderaan yang hendak ku berikan untuk membawa kamu, mereka kembali
sedangmata mereka mengalirkan airmata yang bercucuran, kerana sedih
mereka tidak mempunyai sesuatu punyang hendak mereka belanjakan untuk
pergi berjinad pada jalan Allah ".
At-Taubah: 92Di dalam
perlumbaan kaum muslim membiayai peperangan, Uthman bin Affan teleh
tampil ke hadapandengan pakej yang tersendiri, satu kafilah unta
sebanyak dua ratus ekor sarat dengan muatannya, duaratus auqiyah makanan
diserahkan kepada Rasulullah s.a.w sebagai sedekah, malah beliau
membawaseratus ekor unta yang lain, kemudian beliau membawa seribu dinar
yang dicurahnya ke dalam ribaRasulullah s.a.w. Rasulullah s.a.w segera
menerimanya sambil bersabda: "Uthman tidak akan binasaselepas ini,
lantaran apa yang beliau lakukan itu". Selepas itu beliau memberi lagi
sedekah danbersedekah lagi, hingga sedekahnya sahaja menjadi sembilan
ratus (900) ekor unta dan seratus (100)ekor kuda, selain dari
wang.Adapun Abdul Rahman bin Auf telah membawa dua ratus Auqiyah perak
sementara Abu Bakr pulamembawa kesemua harta miliknya tanpa meninggal
apa-apa pun untuk keluarganya selain daripadaAllah. Kesemua sekali
hartanya empat ribu dirham dan beliaulah orang pertama sekali yang
menyerahhartanya kepada Rasulullah s.a.w, manakala Umar membawa separuh
dari hartanya, Al-Abbas membawabanyak sekali dari hartanya, Talhah dan
Saad Ibnu Ubbadah dan Muhammad bin Maslamah, semuamereka membawa harta
masing-masing. Asim bin Adi membawa sembilan puluh ekor unta yang
saratdengan muatan buah tamar.Selepas itu datanglah orang beramai-ramai,
masing-masing membawa kadar sedekah, ada yang banyak,ada yang sedikit,
yang terkurang dari mereka dan ada juga yang membawa seraub atau dua
raub buahtamar. Itulah yang termampu bagi mereka. Kaum wanita pula
dengan cara mereka yang tersendiri danunik, ada yang memberi kasturi,
gelang, subang, cincin, malah ada yang memberi uncang wang.Tak seorang
pun yang bakhil kecuali golongan munafiqin yang mempermainkan golongan
yang berbakti dikalangan orang yang beriman dengan sedekah-sedekah
mereka, dan terhadap golongan yang tidakberdaya selain dari tenaga usaha
mereka, golongan munafiqin memperolok-olokkan golongan
ini."(Orang-orang munafik) iaitu orang-orang yang mencela orang-orang
mukmin yang memberi sedekahdengan sukarela dan (mencela) orang-orang
yang tidak memperolehi (untuk disedekahkan)selain sekadarkesanggupan,
maka orang Munafik itu menghina mereka "
At-Taubah:
79TENTERA ISLAM BERGERAK KE TABUKBeginilah tentera Islam membuat
persiapan untuk memikul beban tanggungjawab Al-Madinah. Semasaketiadaan
Rasulullah s.a.w, Baginda melantik Muhammad bin Maslamah Al-Ansari,
namun ada setengahahli sirah mengatakan Siba bin Arfatah, manakala Ali
bin Abi Talib diberi beban menjaga keluarganya,Baginda memerintah supaya
tinggal bersama-sama mereka. Semasa Rasulullah s.a.w keluar,
kaummunafiqin mempersendakan Ali bin Abi Talib, justeru itu beliau
segera keluar untuk ikut bersama-samaRasulullah s.a.w, namun apabila
beliau bertemu dengan Rasulullah s.a.w, Rasulullah s.a.w menolak
danmemerintah beliau puiang semula ke Madinah dan bersabda: "Tidakkah
kau rela untuk duduk di bawahkuseperti kedudukan Harun di sisi Musa,
cuma selepas ku ini, tidak ada nabi".
- 229. Ar-Raheeq
Al-MakhtumSetelah itu Rasulullah s.a.w terus bergerak ke arah utara
menuju Tabuk, oleh kerana angkatan tenteraIslam terlalu besar jumlahnya
seramai tiga puluh ribu (30,000) orang askar, kiranya belum pernah
lagiangka seramai ini bergerak ke medan perang, maka kaum muslimin tidak
dapat menyediakantunganggan dan makanan. Justeru itu maka kadar lapan
belas (18) orang askar bergilir-gilir menunggangseekor unta malah mereka
terpaksa memakan daun-daun kayu yang mengakibatkan bibir mulut
merekabengkak, bukan itu sahaja malahan mereka terpaksa menyembelih
beberapa ekor unta tungganganmereka walaupun bilangannya memang sedikit,
mereka berbuat demikian untuk membolehkan merekaminum air di dalam
uncang perutnya, maka sebab itulah tentera ini dinama sebagai Jaisy
al-Usrah(tentera kesusahan).Tentera Islam bergerak ke Tabuk melalui
kawasan Al-Hijr perkampungan Thamud, suku kaum yang telahmemotong
batu-batu bukit, di lembah "Wadi Al-Qura", tentera Islam telah mengambil
air di lembahberkenaan, oleh itu Rasulullah s.a.w telah mengarah supaya
dicurah buang airnya, dan jangan adasesiapa pun meminum atau berwudhu
dengannya, malah tepung yang diuli dengan airnya dijadikanmakanan
binatang sahaja, seterusnya Rasulullah s.a.w membenarkan mereka
mengambil air dari telagayang diberi minum kepada unta nabi Salih
sahaja.Sebuah hadis, muttafaq alaihi, dari kedua-dua kitab sahih, dari
Ibn Umar berkata: Ketika Rasulullah s.a.wmelalui kawasan Al-Hijr Baginda
berpesan dengan sabdanya:"Jangan sekali-kali kamu memasuki kediaman
mereka yang telah melakukan penganiayaan terhadap dinmereka, nanti akan
terkena ke atas kamu bala yang pernah menimpa mereka, jangan kamu
masukkecuali dalam keadaan kamu menangis, kerana takut awb Allah, dengan
itu Rasulullah s.a.w menutupkepalanya dan segera keluar dari lembah
berkenaan"Semasa di dalam perjalanan tentera Islam telah mengalami
kekurangan bekalan air, lantas merekamengadu hal ini kepada Rasulullah
s.a.w, maka Baginda pun berdoa memohon dari Allah sesuatukebaikan, doa
Rasulullah s.a.w telah direstui, di mana Allah menghantar mendung yang
sarat denganbekalan air melintasi kawasan tentera Islam dan tidak berapa
lama kemudian hujan yang lebat pun turunmencurah-curah. Dengan itu
tentera Islam pun puas dengan hujan, malah masing-masing mengisiuncang
air mereka dengan bekalan-bekalan dari langit itu.Apabila tentera Islam
menghampiri kawasan Tabuk, Rasulullah s.a.w sekali lagi berpesan
kepadatenteranya: InsyaAllah pada esok hari kamu akan sampai di mata air
Tabuk, kamu akan sampai hanyapada awal pagi hari selepas subuh, sesiapa
yang sampai di situ sekali-kali jangan menyentuh airnyakecuali setelah
Aku sampai ke situ. Kata Muaz: Apabila kami sampai di mata air itu,
rupanya sudah adadua orang telah mendahului ke tempat berkenaan. Jeram
airnya sedang mengalir, sedikit airnya,Rasulullah s.a.w pun bertanya:
Apakah kamu berdua sudah menyentuh sesuatu dari airnya? Jawabmereka
berdua: Ya, justeru itu Rasulullah s.a.w pun menegur telatah mereka yang
melanggar perintahRasulullah s.a.w itu, kemudian Baginda meraub air
dari kolam mata air sedikit demi sedikit, akhirnya airpun terkumpullah
di kolam itu lebih banyak lagi, dan darinya Rasulullah s.a.w membasuh
muka dankedua-dua tangan yang mulia itu. Baginda melakukan cara ini
beberapa kali, dengan itu mata air itu punmenerbitkan air yang banyak,
justeru orang ramai pun mengambil air darinya. Semasa itu
Rasulullahs.a.w pun berkata: Wahai Muaz sekiranya kau dipanjangkan usia,
akan kau saksikan di kawasan ini akanpenuh dengan kebun-kebun.Semasa di
dalam perjalanan ke Tabuk atau semasa berada di Tabuk, berdasarkan pada
setengah riwayat,Rasulullah s.a.w telah berkata: Di malam ini angin
bertiup kencang, jangan siapa pun dari kamu bangundari tempatnya, dan
sesiapa yang ada unta hendaklah beliau menambatnya dengan ikal. Memang
dimalam tersebut sejenis angin telah bertiup dengan kencang, namun
demikian salah seorang di antaramereka yang ramai, telah bangun dari
tempatnya. Dengan kehendak Allah beliau telah ditiup dan dibawaoleh
angin hingga tercampak ke bukit qabilah Tayi.Sudah menjadi kebiasaan
Rasulullah s.a.w di mana Baginda semasa di dalam perjalanan, menunaikan
- 230.
Ar-Raheeq Al-Makhtumsolat secara jama taqdim dan takhir pada sembahyang
Zohor dengan Asar dan Maghrib dengan Isya.TENTERA ISLAM SEMASA DI
TABUKSebaik sahaja tentera Islam sampai di Tabuk, terus mereka berkhemah
di situ, dengan keadaan siapsiaga untuk berhadapan dengan musuh. Di
awAl-Awal lagi Rasulullah s.a.w telah bangun membuat satuucapan
sulungnya di situ, satu ucapan yang amat bernilai, lengkap dan padat
(jawamiul kalim). Bagindamenggesa untuk kebaikan dunia dan akhirat,
memberi nasihat dan peringatan, sekaligus menyemarakkanjiwa ketahanan di
kalangan tentera Islam, kesemuanya dapat mengganti kekurangan makanan
danbekalan yang sememangnya dialami selama ini oleh tentera Islam.Adapun
Rom dan sekutunya bila mendapat tahu mengenai kemaraan tentera Islam,
terasa takut untukbertembung dengan tentera Islam. Oleh yang demikian
mereka terpaksa mengelak dan berpecah kepadakelompok-kelompok di
sepanjang perbatasan, hal ini memberi satu imej yang baik terhadap
popularitikemiliterian Islam, di seluruh semenanjung tanah Arab. Hal ini
juga menambah tokok nilai politik yangbesar yang tidak mungkin tentera
Islam memperolehi seandainya berlaku perlanggaran di antara duakem
itu.Semasa di Tabuk pemerintah Ailah Yuhanna (John) telah datang menemui
Rasulullah s.a.w, tujuannyauntuk berdamai dengan Baginda. Rasulullah
s.a.w pun menerima permintaannya itu. Sebagai tanda,beliau terus
membayar jizyah, sama halnya dengan penduduk Jirba dan Azruh, membawa
jizyah kepadaBaginda. Selaras dengan perjanjian perdamaian itu
Rasulullah s.a.w mendokumenkan kepada merekarisalah-risalah dan watiqah.
Kepada penguasa Ailah Rasulullah s.a.w menulis:"Dengan nama Allah Yang
Amat Pemurah lagi Amat Mengasihani, ini adalah kesejahteraan dari Allah
danNabi Muhammad utusan Allah untuk Yuhanna bin Raubah dan seluruh
penduduk Ailah, di mana kapAl-Kapal dan kenderaan-kenderaan mereka di
daratan dan di lautan, adalah menjadi tanggungjawab Allahdan Nabi
Muhammad, dan orang-orang yang bersama mereka dari penduduk Syam dan
pendudukLautan. Sesiapa yang melanggar perjanjian ini, maka sesungguhnya
harta yang banyak pun tidak dapatmenyelamatkan dirinya dari tindakan
yang wajar, tetapi dianggap baik sekiranya sesuatu diambil dariorang
lain dengan kerelaan mereka. Sesungguhnya tidak harus mereka dihalang
untuk mengambil air darisumber yang pernah gunakan dahulu dan tidak
harus mereka dihalang untuk melalui jalan-jalan yangmereka pernah
gunakannya sebelum ini, samada jalan laut atau jalan darat."Semasa di
Sana Rasulullah s.a.w juga telah menghantar Khalid bin Al-Walid
mengepalai satu angkatantentera seramai empat ratus dua puluh (420)
orang tentera berkuda, untuk menghadapi penguasaDawmah Al-Jandal yang
dikenali sebagai "Akidar". Sebelum bertolak Rasulullah s.a.w menyatakan
kepadaKhalid: "Semasa di sana kau akan mendapati Akidar sedang memburu
lembu liar". Apabila Khalid sampaike Dawmah Al-Jandal, kelihatan kotanya
tidak jauh dari situ, tiba-tiba seekor lembu liar muncul dihadapan
pintu kota menggesel-gesel tanduknya ke pintu kota. Apa lagi Akidar pun
keluar untukmemanah lembu berkenaan sedang di masa itu bulan baru
mengambang di ufuk langit. Secepat kilatkhalid pun mendapatkan Akidar
bersama kudanya dan terus di bawanya ke hadapan Rasulullah s.a.w.Semasa
di hadapan Rasulullah s.a.w, Baginda menjamin keselamatannya dengan
membuat perdamaiandengan beliau sebagai penguasa Dawmah Jandal. dengan
pembayaran jizyah. Baginda menerima pakaiperjanjian Akidar ini bersama
Yuhanna berhubung dengan permasalahan Dawmah Al-Jandal, Tabuk, Allahdan
Taima.Oleh itu semua qabilah yang dahulunya bertugas untuk kepentingan
Rom, kini mendapati masanya sudahberlalu dan tidak ada faedahnya untuk
bergantung dengan tuan lamanya. Justeru itu mereka mengalihdan mengubah
sikap dengan memberi wala dan kepatuhan kepada pemerintahan Islam.
Beginilahcaranya di mana sempadan dan daerah pemerintahan Islam semakin
bertambah lebar hingga perbatasanIslam terus bertemu secara langsung
dengan kerajaan Rom. Hal ini diperhati oleh talibarut Rom sebagai
- 231.
Ar-Raheeq Al-Makhtumberakhirnya kerja-kerja mereka.KEMBALI KE
MADINAHDengan penuh kejayaan dan pertolongan Allah, tentera Islam
bergerak pulang ke Madinah tanpamengalami sebarang tentangan musuh.
Demikianlah kehendak Allah untuk kaum mukmin, semasa didalam perjalanan
pulang, sekumpulan orang munafiqin seramai dua belas orang telah cuba
membunuhRasulullah s.a.w iaitu semasa Baginda sedang melalui satu
segenting. Di masa itu Ammar sedangmenuntun tali unta Rasulullah s.a.w
dan Huzaifah bin Al-Yaman menghalau dari belakang sedang orangramai
melalui dataran lembah di kawasan berkenaan. Kumpulan munafiqin tadi
mengambil kesempatansemasa Rasulullah s.a.w bersama-sama dua orang
sahabatnya bergerak di situ. Tiba-tiba mereka bertigaterdengar sejenis
bunyi menuju arah mereka, akhirnya dua belas orang munafiqin tadi telah
melingkungimereka bertiga dengan keadaan bertopeng, menutupi muka
mereka. Rasulullah s.a.w memerintahHuzaifah bertindak, beliau pun terus
melibas muka mereka dengan perisai yang di pegangnya,menyebabkan mereka
ketakutan dan lari menyelamatkan diri serta masuk semula ke dalam
tenteraIslam. Huzaifah pun menceritakan kepada Rasulullah s.a.w
nama-nama mereka yang diburunya serta niatburuk mereka, oleh itu maka
Al-Huzaifah dikenali sebagai penyimpan rahsia Rasulullah s.a.w.
Mengenaiperistiwa ini Allah menyebut dengan firmannya;"Dan mereka
bercita-cita dengan sesuatu yang tak dapat mereka capai (iaitu membunuh
Rasulullahs.a.w)".
At-Taubah: 9Apabila ternampak sahaja
tanda-tanda (maalim) Al-Madinah dari jauh Rasulullah s.a.w pun berkata:
"Itudia Tabah, dan yang itu bukit Uhud, bukit yang yang kita sayanginya
dan ia menyayangi kita". Bila manaorang ramai yang berada di Madinah
mendengar kepulangan Rasulullah s.a.w, seluruh wanita dan anak-anak
kecil malah perempuan yang baru bersalin turut serta membawa anak-anak
mereka menyambutkepulangan tentera Islam penuh gembira dan ceria, sambil
mensyahdukan nasyid Islami:Bulan purnama menyinari kita
ﻃﻠﻊ اﻟﺒﺪر ﻋﻠﯿﻨﺎ
ﻣﻦ ﺛﺎﻧﯿﺔ
اﻟﻮداعDari Thaniyat Al-Wida menyua
وﺟﺐ اﻟﺸﻜﺮ ﻋﻠﯿﻨﺎ
ﻣﺎ دام ﷲ داﻋﻲWajib bersyukur ke
atas kitaSelagi Baginda berseru kepada AllahKeberangkatan keluar
Rasulullah s.a.w bulan Rejab dan kembali darinya pada bulan ramadhan
yangmemakan masa selama lima puluh hari,dua puluh hari Baginda tinggal
di Tabuk, selebihnya adalah masaperjalanan pergi dan pulang. Tabuk
merupakan peperangan terakhir yang Baginda turut serta.AL-MUKHALLAFUN
(Golongan Yang Tidak Turut Serta)Peperangan ini menghadapi satu suasana
yang istimewa yang merupakan ujian yang pahit dari Allah(s.w.t) hingga
dengannya tertonjol perbezaan yang ketara di antara golongan mukminun
dan yang lain.Sama seperti sunnah-sunnah Allah di beberapa tempat yang
seumpamanya seperti firmanNya:"Allah tidak sekali-kali akan membiarkan
orang yang beriman dalam keadaan yang kamu ada sekarang(bercampur aduk
mu min dan munafik, bahkan la tetap menguji kamu) sehingga la memisahkan
yangburuk (munafik) daripada yang baik (beriman).
Ali-Imran:
179Kesemua orang Islam yang benar-benar mengakui dirinya sebagai
individu mukmin yang sejati, telahsegera keluar menyertai saf tentera
Islam, malah orang yang menarik diri telah dianggap sebagai tanda
- 232.
Ar-Raheeq Al-Makhtumnifaq dan taqiyah. Sesiapa yang menarik diri
kemudian dilaporkan kepada Rasulullah s.a.w maka Bagindaberkata: Biarkan
dia, sekiranya pada Beliau itu masih terdapat kebaikan insyaAllah
beliau akan menyertaikita nanti, dan sekiranya tidak, maka Allah telah
menjauhkan mereka dari kita, tidak akan menarik dirikecuali orang yang
berkeuzuran, atau orang yang mendustai Allah dan RasulNya, mereka itu
darigolongan munafiqin, mereka itu telah menarik diri setelah memberi
alasan palsu untuk membolehkanmereka tidak turut serta, atau pun mereka
itu ialah golongan yang menarik diri tanpa membuat sebarangpermintaan
pun". Memang terdapat tiga orang mukmin yang sejati telah menarik diri
tanpa sebarangalasan, justeru itu mereka bertiga ini telah diuji oleh
Allah dengan seberat-berat ujian, kemudian Allahmengampuni kesalahan
mereka.Sekembali Rasulullah s.a.w ke Madinah, Baginda terus memasuki
masjid, Baginda berssmbahyang duarakaat, setelah itu Baginda duduk
menghadapi orang ramai. Adapun golongan Al-Munafiqin seramai lapanpuluh
(80) orang lebih, telah datang menemui Rasulullah s.a.w. Baginda pun
menerima pengakuan .zahirmereka itu, menerima baiah mereka, memaafkan
mereka dan seterusnya Baginda menyerah urusan hatidalaman mereka kepada
Allah.Manakala tiga orang mukmin yang sejati yang tidak menyertai
peperangan, iaitu Kaab bin Malik, Mararahbin Ar-Rabi dan Hilal bin
Umaiyah bertegas menyatakan hakikat yang sebenarnya. Kepada
merekabertiga, Rasulullah s.a.w telah memerintah sekalian para sahabat
supaya tidak menegur sapa . denganmereka, maka berlakulah satu
pemboikotan yang hebat terhadap tiga orang sahabat ini. Sekalian
kaummuslimin menunjuk perubahan sikap yang mendadak, terasa bagi mereka
bagaikan bumi ini menolakkehadiran mereka, bumi yang luas ini terasa
sempit, nafas mereka pun terasa sesak, suasana memuncaklagi setelah
berlalunya empat puluh hari. Mereka diperintah supaya mengasing diri
dari isteri-isterimereka, hingga apabila Allah pun menurunkan
firmanNya:"Dan terhadap tiga orang yang ditangguhkan penerimaan taubat.
Hingga apabila bumi menjadi sempitbagi mereka, pada hal bumi itu luas
dan jiwa mereka pun telah sempit pula terasa oleh mereka. Danmereka
telah mengetahui bahawa tidak ada tempat lari dari siksaan Allah,
melainkan kepadaNya sahaja,kemudian Allah menerima taubat mereka agar
mereka tetap dalam taubatnya, sesungguhnya Allahlahyang Maha Penerima
Taubat lagi Maha Penyayang".
At-Taubah: 118Dengan itu maka
seluruh kaum muslimin bergembira dan yang paling bergembira ialah tiga
orang yangdihukumkan oleh Allah dan RasulNya itu, kegembiraan yang tidak
terperi, masing-masing mengucaptahniah dan mengucap selamat berbahagia,
masing-masing memberi hadiah dan bersedekah, hari ituadalah saat yang
paling berbahagia di dalam hayat mereka. Adapun golongan yang
berkeuzuran yangterpaksa .duduk di Madinah telah disebut oleh Allah di
dalam firmanNya:"Tiada dosa ke atas orang-orang yang lemah, atas
orang-orang yang sakit dan atas orang yang tidakmemperolehi sesuatu yang
akan mereka belanjakan, apabila mereka. berlaku ikhlas kepada Allah
danRasulNya."
At-Taubah: 91Kepada mereka ini Rasulullah s.a.w
menyifatkan mereka sebagai berkata: "Sesungguhnya terdapat diMadinah
sebilangan lelaki yang tetap bersarrta kamu di mana-mana perjalanan dan
di mana-manalembah yang kamu rentasi, mereka di penjara oleh keuzuran
namun mereka tetap dianggap bersama-sama kamu" Tanya para sahabat:
"Wahai Rasulullah s.a.w, apakah mereka yang dimaksudkan sedangberada di
Madinah?". Jawab Baginda: "Ya mereka berada di Madinah".IMPLIKASI
PEPERANGANPeperangan ini memberi kesan yang mendalam ke atas pengaruh
dan kekuatan umat Islam danimplikasinya terhadap seluruh Semenanjung
Tanah Arab secara am. Hingga kini semua orang mendapati
- 233.
Ar-Raheeq Al-Makhtumbahawa tiada kuasa yang boleh meneruskan hidup
selain dari Islam, kini saki baki cita-cita dan angan-angan yang
bergolak dalam dada kaum Jahaliah dan munafiqin sudah hancur samasekali,
kerana sebelumini mereka sememangnya menunggu-nunggu kesempatan untuk
membuat pukulan mengejut,terutamanya kaum Rom yang mereka rasakan
sebagai kekuatan yang boleh mereka bergantung danmenambat harapan
peperangan Tabuk, seluruh kaum musyrik kehabisan tempat pergantungan,
merekaterpaksa menerima hakikat dan realiti ini.Sebagai tindakan susulan
kaum muslimin terhadai-kaum munafiqin, bermula di hari ini, di mana
merekatidak lagi di muamalahkan (membuat kira bicara) dengan mereka
secara berlembut dan licin, sebaliknyaAllah menyuruh bertindak tegas
terhadap mereka, melarang kaum muslimin menerima sedekah-sedekahmereka,
melarang bersembahyang ke atas mayat mereka, menegah beristighfar untuk
mereka, melaranguntuk berdiri di atas kubur mereka dan memerintah supaya
dirobohkan markas perancangan komplotjahat mereka yang telah mereka
dirikan atas nama masjid. Allah telah menurunkan ayat-ayat Al-Quranyang
mendedahkan hakikat mereka, menbongkar konspirasi-konspirasi mereka dan
tiada rahsia lagimengenai pergerakan mereka, seolah-olah ayat Al-Quran
menuding ke arah nama-nama mereka yangtinggal di Madinah.Boleh
dikenalpasti betapa jauhnya kesan peperangan ini ke atas bangsa Arab, di
mana perwakilan-perwakilan dan perutusan-perutusan datang menemui
Rasulullah s.a.w jauh lebih banyak dari masa-masasebelumnya, meskipun
perwakilan ini sudah pun berlaku sebelum ini, tetapi tidaklah sehebat
pascapeperangan Tabuk.AYAT-AYAT AL-QURAN MENGENAI PEPERANGAN
TABUKAyat-ayat Al-Quran turun bertalu-talu dalam surah Al-Baqarah
mengenai peperangan ini, ada ayat turunsebelum keluar, ada ayat selepas
keluar, yakni semasa di dalam perjalanan dan sebahagian yang lainpula
selepas pulang ke Madinah. Ada ayat-ayat membicara mengenai suasana
peperangan, mendedahkankejahatan kaum munafiqin, kelebihan golongan yang
berjihad dan ikhlas, penerimaan taubah terhadapmereka yang beriman dan
tulus, mengenai mereka yang menyertai peperangan dan yang menarik
diridan seterusnya berbagai-bagai sudut lagi diperkatakan di dalam
ayat-ayat dari surah Al-Baqarah itu.BEBERAPA PERISTIWA PENTING DALAM
TAHUN BERKENAANDi dalam tahun berkenaan berlaku beberapa peristiwa yang
mempunyai signifikan di dalam sejarah iaitu:1. Selepas kepulangan
Rasulullah s.a.w dari Tabuk berlaku sumpah menyumpah di antara Uwaimir
Al-Ijlani dan isterinya.2. Wanita Al-Ghamidiyah telah dihukum rejam
setelah beliau menemui Rasulullah s.a.w denganpengakuan bersalah ke atas
dirinya sendiri. Walaubagaimanapun, dia hanya direjam selepas
tamattempoh penyusuan anak kandungnya.3. Kewafatan Raja An-Najasyi
Ashamah dan Baginda solat ghaib ke atas jenazahnya.4. Kewafatan Ummi
Kalthum, puteri Rasulullah s.a.w dan Baginda berdukacita yang amat
sangat, hinggaBaginda bersabda kepada Uthman Bin Affan: "Seandainya aku
mempunyai puteri yang ketiga nescaya, kukahwinkan kepada engkau wahai
Uthman".5. Kematian kepala golongan munafiqin, Abdullah bin Ubai
sekembalinya Baginda dari Tabuk. Rasulullahs.a.w beristighfar kepada
Allah dan Baginda bersolat ke atas mayatnya, tetapi Umar
menghalangRasulullah s.a.w berbuat demikian, akhirnya turun ayat
Al-Quran menyetujui tindakan Umar.
- 234. Ar-Raheeq
Al-MakhtumHAJJAH AL-WIDAHaji TerakhirTugasan dakwah Rasulullah s.a.w
kiranya sudah sampai ke garisan penamat, penyampaian risalah punsudah
dilaksanakan, penegakan sebuah masyarakat baru yang berasaskan
pemangkinan konsep Al-Uluhiyah dan ketuhanan kepada Allah dan
penafiannya dari yang lain-lain berdasarkan risalah Muhammads.a.w
menjadi kenyataan dan kini Rasulullah s.a.w seakan-akan terdengar suatu
suara dari dalam hatikecilnya bagaikan memberitahu bahawa persinggahan
Baginda di dunia ini sudah sampai kepadatempohnya yang ditetapkan itu.
Malah hal ini dirasainya semasa Baginda mengutus Muaz bin Jabal kenegeri
Al-Yaman sebagai Gabenor di tahun kesepuluh (10) Hijrah. Masa itu
Baginda telah bersabdadengan katanya yang bermaksud: " Wahai Muaz!
Sebenarnya engkau mungkin tidak akan bertemu lagidengan aku selepas
tahun ini dan semoga kau akan melalui di masjidku ini dan di kuburku ini
". Di siniMuaz menangis tersedu-sedu kerana berpisah dengan Rasulullah
s.a.w.Dengan izin Allah, Rasulullah s.a.w berkesempatan melihat hasil
kerja dakwahnya setelah mengalamiberbagai kepahitan dan kesusahan selama
dua puluh tahun lebih. Di hujung bandar Makkah, Rasulberkumpul
bersama-sama perwakilan-perwakilan qabilah Arab, menyampaikan kepada
mereka syariat-syariat dan hukum hakam Islam. Baginda mengambil
penyaksian mereka, sebagai memperakui bahawaBaginda telahpun
menyampaikan amanah dan tugasan-tugasan, melaksanakan risalah
yangdipertanggungjawab dan menasihati sekalian umat.Di hari ini
Rasulullah s.a.w mengisytiharkan azamnya untuk menunai haji mabrur yang
bersejarah itu, Al-Madinah kini dibanjiri oleh berduyun-duyun manusia,
kesemua mereka berhasrat menyertai danmengikuti Rasulullah s.a.w di
dalam peribadatan hajinya. Pada hari Sabtu empat hari terakhir
bulanZulkaedah, Baginda telah bersiap dengan tunggangannya, mengemas
dirinya, memakai minyak rambutdan menyikatnya, mengenakan pakaian dan
ridanya dan menggalas senjatanya. Selepas sembahyangZohor, Baginda terus
bergerak hinggalah sampai Zul Hulaifah sebelum masuk waktu Asar. Di
sanaBaginda menunaikan solat sunat dua rakaat dan bermalam. Keesokkan
harinya selepas solat Subuh,Baginda memberitahu kepada semua sahabat
yang hadir: "Malam tadi aku telah didatangi pemberitahuandari Tuhanku
yang telah menyebut: Bersembahyanglah kamu di lembah yang penuh berkat
ini dankatakanlah wahai Muhammad: Umrah dikerjakan bersama-sama
Haji".Sebelum Baginda menunaikan solat Zohor di hari itu, terlebih
dahulu Baginda bersuci dan mengenakanpakaian ihram, kemudian Aisyah
menyapukan minyak wangi dan kasturi pada diri Rasululah.
Aisyahmenyapukan di badannya dan kepalanya hingga ternampak kilauan
minyak kasturi di rambut dan dijanggutnya. Baginda membiarkan tanpa
membasuhnya dan kemudian menunaikan solat Zohor duarakaat. Setelah
selesai solat, Baginda terus bertahlil di tempat sembahyangnya sebagai
memulakanibadat haji dan umrah, sebagai haji qiran. Setelah itu barulah
Baginda bergerak dengan menunggangiuntanya yang bernama Al-Qaswa, di
situ Baginda bertahlil lagi sedang untanya terus bergerak.Baginda
meneruskan perjalanan suci ini hingga hampir memasuki Makkah, maka
Baginda bermalam diTawa. Keesokkan harinya Baginda memasuki Makkah
selepas bersembahyang Subuh, di pagi hari Ahadtanggal empat hari
terakhir bulan Zulhijjah tahun kesepuluh (10) Hijrah. Selama lapan malam
Bagindamengambil masa untuk perjalanannya yang sederhana itu dan
apabila Baginda memasuki Al-Masjid Al-Haram terus Baginda bertawaf di
sekeliling Kaabah dan melakukan Saei di antara As-Safa dan
Al-Maruah,tanpa merombak pakaian ihramnya, kerana Baginda mengerjakan
hajinya di kali ini secara qiran bersertadengan binatang sembelihannya.
Kemudian Baginda singgah di Al-Hajjun tanpa mengulangi tawafmelainkan
tawaf rukun haji.Baginda menyuruh para sahabat yang tidak mempunyai
binatang sembelihan supaya menjadikan ihrammereka itu sebagai umrah,
dengan bertawaf di sekeliling Kaabah, dan bersaie di Safa dan
Maruah,kemudian menukar pakaian ihram kepada pakaian biasa, tetapi para
sahabat teragak-agak untukmelakukan suruhan Baginda itu. Justeru itu
Rasulullah s.a.w menegaskan dengan katanya: "Seandainya
- 235.
Ar-Raheeq Al-Makhtumaku maju ke hadapan dengan suatu tindakan, tak akan
pula ku berpatah balik atau menarik balik qurbanku ini. Dan kalaulah aku
tidak mempunyai binatang qurban pasti aku merombak pakaian ihram ku
ini.Ayuh! Kamu yang tidak memiliki binatang sembelihan, segeralah rombak
pakaian ihram". Dengan itusemua mereka pun mematuhi arahan Rasulullah
s.a.w.Di hari kelapan Zulhijjah yang dikenali juga sebagai hari
al-Tarwiyah, Baginda bergerak menuju ke Mina.Di Mina Baginda telah
menunaikan solat Zohor, Asar, Maghrib, Isya dan Subuh. Baginda berhenti
di situbeberapa ketika hingga matahari naik barulah Baginda bergerak.
Sampai di Arafah di kawasan Namirah,Baginda mendapati sebuah khemah
sudah pun didirikan untuknya di situ. Baginda pun singgah
sehinggaapabila matahari terbenam di ufuk langit Baginda memerintah
supaya di bawa kepadanya tunggangan Al-Qaswa, dari situ Baginda pun
bergerak hingga sampai ke Batn Al-Wadi. Di sana orang ramai
telahpunberkumpul sebanyak seratus ribu dan dua puloh empat orang atau
seratus ribu empat puluh empatorang. Rasulullah s.a.w berdiri di hadapan
mereka dan terus membuat satu ucapan yang lengkap,mafhumnya;"Wahai
sekalian manusia, dengarlah kata-kataku ini, sebenarnya aku tidak tahu
berkemungkinan akutidak akan menemui kamu kalian selama-lamanya selepas
tahun ini. Sesungguhnya darah kamu danharta kamu adalah haram ke atas
kamu sama seperti haramnya hari kamu ini di bulan kamu ini dan bumikamu
ini.Ketahuilah bahawa semua perkara mengenai urusan jahiliyyah tertanam
di bawah kaki ku ini, darah-darah jahiliyyah adalah tertanam dan darah
jahiliyyah yang mula-mula sekali yang ku hapuskan ialahdarah Ibn Rabiah
bin Al-Harith, kejadiannya terjadi di mana beliau ini dibunuh semasa
sedang mengambilsusuan dari ibu susuannya Banu Saad, dan riba jahiliyyah
juga dihapuskan, dan riba pertama yang kuhapuskan ialah riba Abbas bin
Abdul Mutalib malah kesemuanya dihapuskan sama sekali.Bertaqwalah kamu
kepada Allah demi melaksanakan hak kaum wanita, lantaran kamu telah
mengambilmereka sebagai isteri dalam bentuk amanah Allah, kamu halal
berseketiduran dengan mereka melaluisebutan nama Allah, dan kaum wanita
pula berkewajipan menjaga supaya tidak seorang pun manusiayang kamu bend
dibenarkan masuk ke bilik kamu. Sekiranya mereka berbuat demikian maka
pukullahmereka dengan pukulan yang tidak parah, ke atas mereka, kamu
kewajipan memberi rezeki dan pakaiandengan baik.Dan sesungguhnya telah
ku tinggalkan pada kamu sesuatu di mana kamu tidak akan sesat selepas
iniseandainya kamu berpegang dengannya iaitu kitab Allah.Wahai kalian
manusia, sesungguhnya tiada nabi selepas ku ini, dan tiada umat lain
selain dari kamu,beringatlah supaya kamu menyembah Tuhan kamu,
tunaikanlah fardu sembahyang lima waktu,berpuasalah kamu di bulan
Ramadhan, tunaikan wkat harta kamu dengan penuh kerelaan hati,
tunaikanhaji ke rumah Tuhan kamu, dan taatilah pemerintah-pemeritah kamu
nescaya masuklah kamu ke dalamsyurga Tuhan kamu.Kamu semua akan ditanya
esok mengenai perihal diriku, maka apa yang nak kamu jawab? Maka
katamereka semua: Kami menyaksikan bahawa engkau telahpun menyampaikan,
menunaikan dan menasihatikami".Dengan mengangkat jari telunjuknya ke
arah langit dan berkata ke hadapan orang ramai: Ya Allah YaTuhanku,
Persaksikanlah. (sebanyak tiga kali.)Adapun yang bertanggungjawab
melaung dan menyampaikan ucapan Rasulullah s.a.w kepada orangramai di
padang Arafah ialah Rabiah bin Umaiyah bin Khalaf. Sebaik sahaja selesai
Rasulullah s.a.wmenyampaikan ucapannya itu turunlah firman Allah yang
yang bermaksud:Di hari ini telah Ku sempurnakan hagi kamu agama kamu dan
Kita lengkapkan ke atas kamu nikmatKu,dan Ku meredhai bagi kamu Islam
sebagai Deen "
Al-Maaidah: 3Semasa Umar mendengar firman
Allah itu beliau terus menangis dan setelah ditanya, mengapa beliau
- 236.
Ar-Raheeq Al-Makhtummenangis? Jawab beliau: "Kerana selepas
kesempurnaan akan menyusul pula kekurangan".Selepas ucapan Rasulullah
s.a.w itu Bilal pun melaungkan azan dan iqamah untuk bersembahyang
Zohor.Kemudian beliau iqamah pula untuk bersolat Asar tanpa melakukan
sebarang solat lain di antara kedua-duanya. Sesudah itu Baginda menaiki
kenderaannya dan bergerak hingga sampai ke suatu tempatperhentian dengan
membiarkan perut untanya Al-Qaswa menyentuh ketulan-ketulan batu di
situ,manakala saf pejalan-pejalan kaki berjalan tidak melebihi setakat
hadapannya sahaja. Di situ Rasulullahs.a.w mengadap ke arah qiblat,
Baginda terus berdiri hinggalah matahari terbenam di ufuk langit
dansinaran kuning beransur-ansur hilang. Usamah pun menghalau unta
Rasulullah s.a.w hinggalah sampai keMuzdalifah, di sana Rasulullah s.a.w
menunaikan Maghrib dan Al-Isya dengan satu azan dan dua iqamahtanpa
membaca apa-apa tasbih pun di atara kedua-dua solat itu. Di situ
Rasulullah s.a.w beristirehat, dantidur hingga ke Subuh. Baginda pun
menunaikan solat Subuh setelah diazan dan diiqamah, sesudah ituBaginda
menaiki unta Al-Qaswa dan berjalan hingga sampai ke kawasan Al-Haram
(masyhar Al-Haram),menghadapkan muka Baginda ke arah kiblat sambil
berdoa, bertakbir, bertahlil dan bertahmid. Bagindaberdiri di situ
hinggalah habis waktu pagi.Rasulullah s.a.w bergerak lagi dari
Al-Muzdalifah ke Mina sebelum matahari naik. Di sini Al-Fadhil binAbbas
mengikuti dari belakang tunggangan Rasulullah s.a.w hinggalah sampai ke
Batn Mahsar, denganmelalui jalan tengah yang menuju ke Jamrah Al-Kubra.
Apabila Baginda sampai di sana terdapat sepohonkayu yang dikenali
sebagai Jamrah Al-Aqabah. Baginda terus melontar tujuh anak batu sambil
bertakbirdisetiap lontarannya dari Batan Al-Wadi. Sesudah itu Baginda
menuju ke tempat sembelihan. Sebanyakenam puluh tiga (63) ekor unta
Rasulullah s.a.w sembelihkan kemudian diserahkannya kepada Ali bin
AbiTalib untuk menyembelih yang bakinya, iaitu tiga puluh tujuh (37)
ekor unta menjadi bilangankesemuanya seratus ekor unta. Termasuk di
antaranya sembelihan tadi ialah unta qurbannya. Sesudahselesai
penyembelihan Baginda menyuruh supaya diambil serba sedikit daging dari
setiap sembelihan dandimasaknya dalam sebuah periuk. Setelah masak
Baginda dan Ali memakan sedikit dari masakan danmencuba kuahnya.Kemudian
Rasululah (s.a.w) menunggang untanya dan bergerak hingga sampai ke
Kaabah, di sanaBaginda bersembahyang Zohor, sesudah itu menziarahi
orang-orang Banu Abdul Al-Muttalib yangmenjaga air zam-zam dan memberi
minum kepada penziarah sekalian. Apabila melihat keadaan itu
lantasBaginda berkata: "Ayuh! Rebutkan Banu Abdul Al-Muttalib, kalau
tidak ditakuti orang ramai mengatasikamu pasti aku turut merebutnya
bersama-sama kamu, justeru itu maka hadirin pun menghulurkankepada
Baginda setimba air dan Rasulullah s.a.w pun bersenang hati meminum
darinya.Di hari penyembelihan iaitu hari kesepuluh Zulhijjah, selepas
waktu Dhuha Baginda membuat satu ucapandari atas belakang baghalnya,
"Syahba" manakala Ali bin Abi Talib menyampaikannya kepada orangramai.
Sidang hadirin ada yang duduk dan ada yang berdiri. Di dalam khutbahnya
ini Baginda telahmengulangi beberapa perkara yang telah Baginda
ungkapkannya kelmarin.Asy-Syaikhan (dua orang Syeikh Al-Hadith:
Al-Bukhary dan Muslim) telah meriwayatkan dari Abi Bakarahdengan
katanya: Bahawa Rasulullah s.a.w telah menyampaikan kepada kami di hari
An-Nahr -(penyembelihan) dengan sabdanya yang bermaksud:"Sesungguhnya
masa sudah pun beredar ke paksinya yang asal menepati dengan putaran di
haripenciptaan langit dan bumi: Setahun dua belas bulan, empat darinya
bulan haram, tiga bulan berturut-turut iaitu Zulkaedah, Zulhijjah dan
Muharam. manakala sebulan lagi ialah bulan Rejab Mudhar. yangberida di
antara Jamadilakhir dan Syaaban "Sabdanyanya lagi: Ini bulan apa ? Jawab
kami: "Allah dan RasulNya lebih mengetahui, Rasulullah s.a.wpun berdiam
seketika, hinggalah kami menyangka Baginda akan menamakannya dengan
satu nama lain.Tidaklah, ini bulan Zulhijjah? Jawab kami: Bahkan. Tanya
Baginda lagi: Negeri ini, negeri apa? Jawabkami: Allah dan RasulNya
lebih mengetahui. Sabda Baginda: Tidakkah, negeri ini dikenali sebagai
"Al-Baldah" ? Kata kami semua: Bahkan. Tanya Baginda lagi. Kita ini di
hari apa? Kata kami; Allah dan
- 237. Ar-Raheeq
Al-MakhtumRasulNya lebih mengetahui. Baginda berdiam sejurus hingga kami
menyangka Baginda akan menukarkepada nama baru. Kemudian sabda Baginda:
Tidakkah hari ini hari An-Nahr hari sembelihan qurban?Jawab kami:
Bahkan. Seterusnya Baginda bersabda: Sesungguhnya darah kamu, harta kamu
dan maruahkamu adalah haram di atas kamu sekalian, sama seperti
haramnya hari kamu ini, di bumi kamu ini dan dibulan kamu ini. "Dan kamu
akan menemui Tuhan kamu di mana Tuhan kamu akan menyoal kamumengenai
kerja-kerja kamu, beringatlah supaya jangan sekali-kali kamu menjadi
sesat selepas pemergianku nanti di mana sebahagian kamu berbunuhan
sesama sendiri"Tidakkah telah ku sampaikan? Jawab mereka: Ya!. Kata
Rasululah (s.a.w): Ya Allah Ya Tuhankupersaksikanlah, hendaklah yang
hadir di antara kamu ini menyampaikan kepada yang tidak hadir.
Keranaboleh jadi yang menyampaikan itu lebih menyedari dari si
pendengar"Dalam satu riwayat yang lain bahawa Baginda bersabda di dalam
ucapannya yang bermaksud:Beringatlah, tiada siapa pun melakukan
kesalahan kecuali kesalahan itu mengena ke atas dirinya. danberingatlah
tiada siapa pun melakukan kesalahan ke atas anaknya, dan tiada siapa pun
di kalangan anak-anak melakukan kesalahan ke atas bapanya. Ingatlah
bahawa Syaitan telah berputus asa dari ianyadisembah di negeri kamu ini,
tetapi ia akan memperolehi ketaatan dari kamu melalui kerja-kerja
kamuyang kamu memperkecil-kecilkannya. Dengan itu syaitan akan bersenang
hati dengannya "Rasulullah s.a.w tinggal di Mina sepanjang hari-hari
tasyrik, mengerjakan ibadat dan mengajar hukum-hukam syariat, membuat
tazkirah, membetulkan ajaran-ajaran hidayat dari ajaran
Ibrahim,menghapuskan syirik dan kesan-kesannya. Rasulullah s.a.w juga
membuat penyampaiap di sesetengahhari-hari tasyrik, di mana Abu Daud
dengan. sanad hadith hasan, riwayat Sarra binti Nubhan telahberkata:
Rasulullah s.a.w telah memberi ucapannya di hari tasyrik itu dengan
katanya: Tidakkah hari ini,hari tengah di antara hari-hari tasyrik.
Ucapan Rasulullah s.a.w itu seperti ucapannya di hari "An-Nahr"ucapan
Baginda itu adalah selepas pcnurunan surah An-Nasr.Di hari An-Nafar
al-Thani iaitu hari ketiga belas Zulhijjah, Rasulullah s.a.w keluar dari
Mina bergerakhingga ke tanah tinggi Banu Kinanah di suatu kawasan
lapang. Baginda menghabiskan baki hari di situhingga ke malamnya di mana
Rasulullah s.a.w telah menunaikan solat Zohor, Asar, Maghrib dan
Isya.Setelah itu Rasulullah s.a.w berbaring seketika, kemudian bangun
dan bergerak menuju ke Kaabah, disana Baginda melakukan
tawafAl-Wida.Setelah selesai mengerjakan ibadat hajinya, Rasulullah
s.a.w menggesa penunggang-penunggang pulangke Madinah Al-Mutahharah.
Gesaan ini dibuat bukanlah kerana hendak memberi kesempatan untukmereka
mengambil peluang beristirehat tetapi adalah untuk menyambung dan
meneruskan kembaliperjuangan dan pertarungan untuk Allah dan ke jalan
Allah.UNIT TERAKHIR PENGHANTARANSikap keangkuhan kerajaan Rom sukar
untuk menerima kehadiran Islam di arena penghidupan inilahyang membawa
Rom membunuh pengikut-pengikutnya yang memeluk agama Islam,
sebagaimanatindakannya ke atas Farwah bin Al-Juzami Gabenor perlantikan
Rom untuk daerah Maan, dibunuh keranamemeluk Islam.Baginda melihat
serius sikap Rom yang menyombong dan keras kepala tidak menentu,
lantaran ituRasulullah s.a.w segera menyediakan satu angkatan yang besar
pada bulan Safar tahun kesebelas (11)Hijrah, di mana Usamah bin Zaid
telah diberi tanggungjawab untuk mengepalai angkatan ini.
Bagindamemerintah supaya Usamah memasuki perbatasan Al-Balqa dan
Ad-Darom di bumi Palestin bertujuanmengugut Rom dan mengembalikan
kepercayaan bangsa Arab yang bersempadan dengan Rom, supayamereka
mengetahui bahawa kebiadapan dan keterlanjuran Rom itu tidak dibiar
berlaku begitu sahajadisamping mengikis sindrom kononnya memeluk Islam
hanya membawa kepada kematian semata-mata.
- 238. Ar-Raheeq
Al-MakhtumOrang ramai menyebut-nyebut tentang Usamah bin Zaid kerana
beliau merupakan pemimpin tenteraIslam yang masih muda, malah mereka
mengharapkan supaya diperlewatkan sedikit penghantarannya. Disini
Rasulullah s.a.w mengulas dengan sabdanya yang bermaksud:"Sekiranya kamu
mempersoalkan kepimpinannya bererti kamu mempersoalkan kepimpinan
bapanya yangterdahulu, demi Allah, meskipun kepimpinan dipertikaikan
namun beliau adalah layak untuk tugasberkenaan, bapanya yang terdahulu
adalah orang kesayangan ku, dan beliau ini juga adalah di antaraorang
kesayangan ku selepas bapanya yang terdahulu".Dengan itu orang ramai pun
mula berhimpun di sekeliling Usamah menyertai perbarisan
tenteranya,akhirnya mereka semua bergerak hingga sampai dan singgah di
"Al-Jaraf satu Farsakh jaraknya keMadinah. Semasa tentera Islam di sana,
mereka mendapat berita mengenai kesakitan yang dialami olehRasulullah
s.a.w, berita ini memaksa mereka teragak-agak untuk meneruskan
pergerakan ini, supayamereka dapat mengetahui ketetapan Allah itu.
Dengan izinNya, Allah mentakdirkan tentera pimpinanUsamah ini merupakan
penghantaran pertama yang dilakukan semasa pemerintahan Abu Bakr
As-Siddiq.MENEMUI ALLAHSetelah Dakwah Al-Islamiyyah sempurna dan Islam
menguasai suasana maka tanda-tanda dan bahasa-bahasa pengucapan selamat
tinggal kepada dunia dan manusia mula tertera di dalam ungkapan-ungkapan
dan ucapan-ucapan Rasulullah s.a.w melalui perbualan dan perbuatan
Baginda.Di dalam bulan Ramadhan tahun ke sepuluh Hijrah Baginda
beriktikaf di masjid selama dua puluh hari,sedang sebelum ini hanya
sepuluh hari sahaja, di dalam tempoh ini Jibrail (a.s) mendatangi
Bagindauntuk membuat ulangan dan tadarus Al-Quran sebanyak dua kali. Di
dalam Hajjah Al-Wada Bagindatelah menyebut: "Sebenarnya berkemungkinan
aku tidak akan menemui kamu lagi selepas pertemuankita di tahun ini".
Semasa di Jamrah Al-Aqabah Baginda berkata : "Ambillah peribadatan haji
ini dariku,boleh jadi aku tidak akan mengerjakan haji lagi selepas tahun
ini". Surah An-Nasr turun di pertengahanhari-hari tasyrik, darinya
Baginda mengetahui bahawa itu adalah ucapan selamat tinggal
danpemberitahuan tentang kematiannya.Dipermulaan Safar tahun sebelas
(11) Hijrah Rasulullah s.a.w telah keluar ke Uhud, Bagindabersembahyang
untuk para syuhada sebagai mengucap selamat tinggal kepada sekalian yang
hidup danyang mati, dari situ Rasulullah s.a.w kembali ke masjid
menaiki mimbar dan berucap dengan sabdanyayang bermaksud: "Sesungguhnya
aku telah berkeras dengan kamu, sesungguhnya daku adalah penyaksike atas
kamu semua, demi Allah di masa ini daku sedang menyaksikan kolam airku
(kurniaan kepadaRasulullah s.a.w di hari perkiraan), daku ini telah
diberi kunci khazanah kekayaan bumi atau kunci-kuncibumi, dan
sesungguhnya daku tidak takut kamu menyekutui Allah selepas kematian ku
ini, tetapi yang kutakut ialah kamu lumba-lumba kerana dunia".Di suatu
malam Rasulullah s.a.w keluar ke kawasan perkuburan Al-Baqi, di sana
Rasulullah s.a.wmemohon keampunan untuk penghuni di kubur berkenaan
dengan doanya yang bermaksud:"Assalamulaikum wahai penghuni kubur,
bermudahlah kamu ke atas apa yang berlaku pada kamu,dengan apa yang
berlaku ke atas orang lain, kini fitnah telah mula tiba, bak sebidang
malam yang gelappekat, hujungnnya terus menyusul selepas permulaannya,
hujungnya lebih buruk dari permulaannya". Disini Rasulullah s.a.w
menyampaikan berita gembira kepada mereka, dengan sabdanya yang
bermaksud:"Sesungguhnya kami menyusul datang selepas kamu"PERMULAAN
SAKITDi hari kedua puluh sembilan (29) bulan Safar tahun kesebelas (11)
hijrah, pada han Isnin, Rasulullah
- 239. Ar-Raheeq
Al-Makhtums.a.w berkesempatan menghadiri pengkebumian jenazah di
Al-Baqi. Dipertengahan jalan sekembalinyaBaginda dari Al-Baqi, Baginda
terasa sakit kepala, panasnya terlalu menjadi-jadi, orang yang
disekelilingBaginda turut merasai kepanasannya terutama di atas kain
balutan di kepala Baginda yang mulia itu.Namun demikian Rasulullah s.a.w
terus bersolat dengan sekalian kaum muslimin dalam keadaan
Bagindamengalami kesakitan untuk selama sebelas hari, sedang keseluruhan
hari sakit Baginda tiga belas atauempat belas (13 atau 14) hari.MINGGU
TERAKHIRSakit semakin memberat, membawa Rasulullah s.a.w bertanya
isteri-isterinya; "Di mana giliran ku besok?Di mana giliranku besok?".
Semua mereka memahami tujuan Rasulullah s.a.w itu, justeru itu
Bagindadibenarkan untuk duduk di mana-mana sahaja, dengan itu Baginda
berpindah ke rumah Aisyah, Bagindaberjalan di antara Al-Fadlu bin
Al-Abbas dan Ali bin Abi Talib, sedang kepala Baginda berbungkus
dengankain, meletak kakinya selangkah demi selangkah hinggalah Baginda
memasuki rumahnya, di situ Bagindamenghabiskan baki umurnya yang
seminggu itu.Aisyah (r.a) terus membaca surah-surah Al-Muawwizah, dan
doa-doa yang lain yang beliau terima dariRasulullah s.a.w. Beliau meniup
ke atas badan Rasulullah s.a.w dan menyapu dengan tangan Bagindauntuk
memperolehi keberkatan.LIMA HARI SEBELUM KEWAFATANPada hari Rabu iaitu
lima hari sebelum kewafatan, kepanasan badan Rasulullah s.a.w semakin
meningkat,di mana Rasulullah s.a.w semakin bertambah sakit dan
pening-pening menyebabkan Baginda menyuruhdengan sabdanya yang
bermaksud: "Curahkan ke atas ku tujuh uncang air dari berbagai telaga
supayadapat ku keluar menemui orang ramai dan aku boleh bertemu dengan
mereka". Dengan itu maka yanghadir di situ membiarkan Rasuiullah duduk
di atas tilam kemudian mereka mencucuri air ke atas seluruhbadan
Rasuiullah, hingga Rasuiullah (s.a.w) berkata: "cukup, cukup".Di ketika
itu Rasuiullah terasa sakitnya berkurangan, dengan itu Baginda memasuki
Masjid sedangkepalanya masih berbalut dengan kain, terus Rasulullah
duduk di atas minbar dan memberi ucapankepada orang ramai. Di masa itu
khalayak ramai pun melingkunginya, lantas Baginda bersabda
yangbermaksud: "Laknat Allah ke atas kaum Yahudi dan Nasrani kerana
mereka menjadikan kubur-kuburnabi-nabi mereka sebagai masjid."Dalam
riwayat yang lain "Allah mengutuk bangsa Yahudi dan Nasrani yang telah
menjadikan kubur-kuburnabi-nabi mereka masjid" dan sabdanya: "Jangan
sekali-kali kamu menjadikan kubur ku sebagai berhalayang disembah "Tidak
lupa Rasulullah s.a.w menawar untuk orang ramai menuntut bela ke atas
dirinya dengan berkata:"Siapa di antara kamu yang telah ku sebat
belakangnya nah ini dia belakang ku untuk beliaumenyebatnya sebagai
menuntut bela, dan sesiapa yang telah ku hamun maruahnya, nah ini dia
maruahkuuntuk beliau menuntut bela".Kemudian Rasulullah s.a.w turun dari
minbar dan menunaikan solat Zohor dan kembali duduk di atasmimbar
semula dengan mengulangi soal perbalahan dan yang lain-lain hingga salah
seorang yang hadirberkata: "Rasulullah s.a.w telah berhutang dari ku
sebanyak tiga dirham yang belum jelas" Maka kataRasulullah s.a.w:
"Fadhl! Jelaskan kepadanya". Kemudian Baginda mewasiatkan dan berpesan
terhadaporang-orang Ansar dengan sabdanya yang bermaksud: "Daku berpesan
kepada kamu sekalian, bersikapbaiklah terhadap Al-Ansar, mereka itu
perut dan bekalan bagiku, mereka telah pun melaksanakankewajipan mereka
yang belum terlaksana ialah hak mereka. Untuk itu terimalah kebaikan
mereka dan
- 240. Ar-Raheeq Al-Makhtumberi maaflah kesalahan
mereka"Katanya pula: "Sesungguhnya aku ini seorang hamba Allah yang
telah diberi pilihan untuk menerimakemewahan dunia secukupnya atau
memilih kedudukan di sampingNya, di sini ku telah memilihkedudukan di
sisiNya" Kata Abu Said Al-Khudri: Di masa itu Abu Bakr menangis, dan
katanya demi bapakami dan ibu kami, kami korbankan. Kami yang hadir di
ketika itu kehairanan dengan keadaan orang tuaini (yakni Abu Bakr), apa
ceritanya?. Rasulullah s.a.w menceritakan tawaran Allah (s.w.t)
kepadaRasulNya dua pilihan samada dunia atau pun kematian, tiba-tiba
beliau menjawab "Kami korbankan bapakami dan ibu kami", Rasulullah s.a.w
yang ditawarkan, bukan beliau, walau macam mana pun Abu Bakradalah
orang yang terlebih mengetahui di kalangan kami.Kemudian Rasulullah
s.a.w pun berkata pula: Sesungguhnya orang yang paling selamat untuk
kubersahabat dan juga hartaku ialah Abu Bakr, seandainya harus ku
mengambil teman selain dari Allahnescaya ku pilih Abu Bakr tetapi beliau
adalah saudara, dan perhubungan mesra dalam Islam, mana-mana pintu dari
rumah ke masjid semua harus ditutup kecuali pintu rumah Abu Bakr
sahaja.EMPAT HARI SEBELUM KEWAFATANDi hari Khamis iaitu empat hari
sebelum kewafatan, sakit Baginda semakin berat, Baginda telah
memintadengan katanya: "Tolong bawa ke mari untuk ku tulis buat kamu
semua bingkisan, di mana kamu tidakakan sesat lepas itu". Di dalam rumah
di masa itu terdapat beberapa orang di antara mereka ialah UmarIbn
Al-Khattab, dan beliau berkata: "Kini Rasulullah s.a.w mengalami
kesakitan yang teruk, kan kamisudah ada Al-Quran, sudah cukup untuk kamu
kitab Allah itu". Ahli keluarga Rasulullah s.a.w berselisihpendapat dan
berbalah, di antara mereka mengatakan: "Ayuh berikan sesuatu untuk
Baginda tulis". Dandi antara mereka juga mengatakan seperti pendapat
Umar tadi. Hingga dengan itu berlaku kesibukan danpercanggahan,
menyebabkan Rasulullah s.a.w berkata: "Ayuh! Kamu semua beredar dari
sini".Di hari itu Baginda membuat tiga wasiat iaitu Baginda berpesan
supaya di halau keluar kaum Yahudi,Nasrani dan Musyrikin dari
Semenanjung Tanah Arab, seterusnya Baginda berpesan supayamembenarkan
kedatangan para perwakilan sebagaimana yang pernah Baginda lakukan.
Adapun wasiatyang ketiga perawi hadith terlupa, boleh jadi pesanan
supaya berpegang dengan kitab Allah dan sunnahRasulullah s.a.w atau
meneruskan penghantaran tentera Islam pimpinan Usamah,atau ianya
perintahuntuk bersembahyang dan membuat hubungan baik dengan hamba-hamba
yang dimiliki.Walau pun nabi dalam keadaan sakit namun Baginda terus
bersembahyang mengimami sidang jemaahsekalian, hingga ke hari Khamis
empat hari sebelum Baginda wafat. Di hari itu Baginda
bersembahyangmaghrib dengan membaca surah "Al-Mursalaat ".Semasa
sembahyang Isya sakit Baginda bertambah berat, menyebabkan Baginda tidak
terdaya untukkeluar ke masjid, kata Aisyah: Rasulullah s.a.w bersabda
yang bermaksud: "Apakah orang ramai sudahsembahyang?". Kata kami: "Tidak
wahai Rasulullah s.a.w, mereka semua sedang menunggu tuanhamba". Kata
Baginda lagi: Sediakan air di dalam talam itu". Kami pun berbuat
mengikut seperti suruhanBaginda, dengan itu Baginda pun bersuci, dan
bangun namun Baginda telah pitam di situ kemudian sedaibertanya pula:
"Apakah orang ramai sudah bersembahyang. Kejadian pitam ini berulang
kali berlakuseperti yang pertama iaitu selepas Baginda bersuci, akhirnya
Baginda suruh Abu Bakr bersembahyangmengimami orang ramai. Abu Bakr pun
melaksanakan perintah Baginda mengimami orang ramai untukhari-hari itu
sebanyak tujuh belas (17) waktu semasa hayat Rasulullah s.a.w.Dalam hal
ini Aisyah telah meminta Rasulullah s.a.w mengubah arahannya itu,
bertujuan memberi oranglain menjadi imam, supaya orang ramai tidak
beranggapan tak elok, namun Rasulullah s.a.w tetapmenolak dan berkata:
"Kamu semua adalah wanita-wanita pencinta Yusof, banyak berdalih, ayuh
suruhAbu Bakr bersembahyang mengimami orang.
- 241. Ar-Raheeq
Al-MakhtumSEHARI ATAU DUA HARI SEBELUM WAFATDi hari Sabtu atau Ahad nabi
(s.a.w) merasa dirinya ringan sedikit, justeru itu Baginda keluar
dengandibantu oleh dua orang untuk bersembahyang Zohor, sedang Abu Bakr
mengimami orang ramai. Sebaiksahaja Abu Bakr terlihat Baginda beliau pun
berundur ke belakang, tetapi Rasulullah s.a.w memberiisyarat supaya
jangan beliau berundur, Rasulullah s.a.w menyuruh dua orang yang
membantu Bagindasupaya mendudukkan Baginda sebelah Abu Bakr, mereka
berdua pun mendudukkan Rasulullah s.a.w disebelah kiri Abu Bakr, dan Abu
Bakr mengikuti (beriqtida) dengan Rasulullah s.a.w di
dalamsembahyangnya, di samping memperdengarkan takbir-takbir kepada
sekalian jemaah.SEHARI SEBELUM WAFATPada hari Ahad iaitu sehari sebelum
wafat, Rasulullah s.a.w memerdekakan kesemua hamba sahaya,bersedekah
dengan tujuh dinar yang Baginda miliki pada ketika itu, semua
senjata-senjatanya diberikankepada kaum muslimin. Di malam berkenaan
Aisyah meminjam minyak untuk menghidupkan lampu darijirannya, baju besi
Rasulullah s.a.w tergadai pada seorang Yahudi dengan tiga puluh (30)
cupak berasbali.HARI TERAKHIR DALAM HAYAT BAGINDAAnas bin Malik
meriwayatkan katanya: Sekalian kaum muslimin yang sedang bersolat Subuh
di belakangAbu Bakr di hari Isnin itu dikejut oleh kemunculan Rasulullah
s.a.w dari sebelah tabir bilik Aisyah sedangjemaah bersembahyang.
Baginda melihat dan memberi senyumannya, Abu Bakr pun berundur
kebelakang untuk menyertai saf di belakang, kerana beliau menyangka
Rasulullah s.a.w hendak keluarbersembahyang. Kata Anas lagi:
Hampir-hampir sidang jemaah terpesona dengan solat mereka keranagembira
melihat Rasulullah s.a.w namun Baginda memberi isyarat kepada mereka
supaya meneruskansembahyang. Lepas itu Baginda melepaskan tabir dan
masuk ke dalam. Selepas itu Rasulullah s.a.w tidakberkesempatan lagi
untuk bersembahyang lima waktu yang lain.Semasa siang semakin cerah
Rasulullah s.a.w menjemput Fatimah dan membisik kepadanya
sesuatu,menyebabkan beliau menangis, lepas itu Baginda memanggil Fatimah
dan membisik kepadanya sesuatumenyebabkan Fatimah tersenyum, kemudian
Aisyah berkata: Kami pun bertanya apa ceritanya?. JawabFatimah: "Baginda
membisik bahawa Allah akan menjemputnya melalui sakit yang Baginda
alami ini,itulah yang membawa aku menangis, pada kali kedua Rasulullah
s.a.w membisikkan bahawa daku ahlikeluarganya yang diwafatkan Allah
selepas Baginda, itulah yang menyebabkan daku tersenyum".Selain dari itu
Rasulullah s.a.w juga memberi khabar gembira (tabsyir) kepada Fatimah
bahawa beliauadalah Syayyidah Nisa al-Alamin (Penghulu Wanita Dunia).
Fatimah melihat beban kesakitan terlaluberat dialami oleh Rasulullah
s.a.w. Beliau berkata: "Alangkah berat siksa bapa". Jawab Rasulullah
s.a.w:"Tiada siksa lagi bagi bapamu selepas hari ini".Di saat ini
Rasulullah s.a.w memanggil Al-Hasan dan Al-Husain dan Baginda mencium
kedua-duanyasambil berwasiat kepada mereka berdua dengan kebaikan,
kemudian Rasulullah s.a.w menjemput isteri-isterinya, menasihati dan
memperingatkan mereka.Kesakitan semakin bertambah, dan kesan racun yang
Baginda termakan di hari Khaibar boleh dilihat,menyebabkan Rasulullah
s.a.w berkata: "Wahai Aisyah kini aku masih terasa sakit kesan makanan
di hariKhaibar dahulu, inilah masanya aku mendapati nafas ku sesak
terputus-putus kerana kesan racun itu".Rasulullah s.a.w mewasiatkan
orang ramai dengan sabdanya: "Solat, solat dan berbuat baiklah kepada
- 242.
Ar-Raheeq Al-Makhtumhamba sahaya milik kamu". Baginda mengulangi
ungkapan ini berkali-kali.NAZAKSaat nazak mendatangi Rasulullah s.a.w,
dan Aisyah bertindak membiarkan Rasulullah s.a.w bersandarkepadanya. Hal
ini beliau ceritakan dengan katanya: "Sebenarnya di antara nikmat
anugerah Allah keatas ku di mana Rasulullah s.a.w meninggal di rumahku,
di hari giliran ku di antara dada dan leherku, danmencantumkan di antara
liur ku dan liur Baginda semasa kewafatan Baginda. Sebelum itu
Abdur-Rahmanbin Abu Bakr telah masuk ke bilik beliau dengan memegang
kayu suginya, dan aku membiarkanRasulullah s.a.w bersandar, kulihat
Rasulullah s.a.w memerhati ke arahnya, ku sedar bahawa Rasulullahs.a.w
suka dan hendakkan siwak (sugi) tersebut. Justeru aku bertanya: Mahukah
ku ambil untukmuRasulullah s.a.w? Rasulullah s.a.w pun mengangguk
kepalanya, kemudian ku berikan siwak kepadaBaginda, tetapi ianya keras
sedikit dan ku berkata: Biarkan ku lembutkannya? Baginda
mengangukkepalanya, dengan itu ku pun melembutkannya, maka Rasulullah
s.a.w pun bersugi dengannya". Dalamsatu riwayat lain bahawa Baginda
bersugi dengan sepuas-puasnya, pada masa itu terdapat sebuah bijanadi
hadapan Rasulullah s.a.w berisi air di mana Baginda memasukkan tangannya
untuk menyapukan air kemukanya sambil berkata yang bermaksud: "Sebenar
kematian ini ada sakarahnya" - Al-Hadith.Tidak berapa lama selepas
Baginda selesai menyugi giginya, Rasulullah s.a.w pun mengangkat
tangannyake langit atau jarinya diikuti dengan renungan matanya ke atas,
disusuli dengan gerakan bibirnya. Aisyahtelah mendengar ungkapan
terakhir yang dilafazkan oleh Rasulullah s.a.w seperti berikut
:Bersama-sama dengan mereka yang telah Engkau kurniakan dan golongan
para nabi, siddiqin, syuhadadan salihin, Ya Allah Ya Tuhanku ampunilah
daku dan kasihanilah daku, letakkanlah daku dengan Kekasihyang
Tertinggi, Ya Allah Ya Tuhanku Kekasih yang Tertinggi.Baginda mengulangi
lafaz yang terakhir sebanyak tiga kali dan tangan Baginda pun layu
turun ke bawah,maka Baginda pun terus bersama Kekasih Yang Tertinggi.
"Sesungguhnya kita ini bagi Allah dansesungguhnya kepadaNya kita semua
kembali".Peristiwa kewafatan Rasulullah s.a.w ini berlaku ketika pagi
sudah meningkat di hari Isnin dua belas (12)Rabiulawwal tahun kesebelas
(11) Hijrah di waktu usia Rasulullah s.a.w genap enam puluh tiga
(63)tahun dan empat (4) hari.KEPILUAN MENYELUBUNGI PARA SAHABATKini
berita kewafatan Rasulullah s.a.w yang memilukan itu tersebar luas,
suasana muram menyelubungipersada Madinah dan cerok daerahnya, kata
Anas: "Tidak pernah ku melihat satu hari lebih ceria danbercahaya dari
hari kedatangan Rasulullah s.a.w ke Madinah dan tidak pernah pula ku
lihat satu hari yanglebih buruk dan muram dari hari kewafatan Rasulullah
s.a.w".Selepas wafatnya Rasulullah s.a.w puteri Baginda, Fatimah (r.a)
telah mengucapkan suatu ungkapan:"Duhai ayahku, kau menyahut seruan
Tuhamu, duhai ayahku, syurga Al-Firdaus kesudahanmu, duhaiayahku, kepada
Jibril jua kami bertakziah mengenai kewafatanmu"SIKAP UMARDi hari itu
Umar telah berdiri di hadapan khalayak ramai dan mengikut riwayat
menceritakan bahawabeliau telah terkeluar dari kewarasannya dengan
berkata: "Sebenarnya terdapat beberapa orangmunafiqin telah menyebut
bahawa Rasulullah s.a.w telah wafat, sesungguhnya Rasulullah s.a.w
tidakwafat, cuma beliau pergi menemui Tuhannya seperti Musa bin Amran
pergi menemui Tuhannya, Musa
- 243. Ar-Raheeq
Al-Makhtummenghilang diri untuk selama empat puloh malam, kemudian
Baginda pulang semula setelah orangberkata, yang Musa telah mati. Demi
Allah, Rasulullah s.a.w pasti akan pulang semula, sesiapa yangmenyangka
bahawa Rasulullah s.a.w telah wafat mesti dipotong tangan dan kaki-kaki
mereka.PENDIRIAN ABU BAKRAbu Bakr memecut kudanya, berlari dari rumahnya
di As-Sanh, sesampainya ke perkarangan masjidbeliau terus masuk ke
dalam masjid. Tanpa bercakap sepatah pun dengan orang ramai beliau
memasukibilik Aisyah menuju ke tempat Rasulullah s.a.w yang sedang
berbaring ditutupi dengan kain. Beliaumembuka tutupan muka Rasulullah
s.a.w (s.a.w, terus memeluk dan mencium muka Rasulullah s.a.wsambil
menangis dan berkata: "Demi dikaulah ibu ayahku, Allah tidak akan
mengenakan kau duakematian, adapun kematian yang ditulis ke atas mu ini
sudah kau hadapinya".Setelah itu Abu Bakr dan Umar keluar menemui orang
ramai, di mana Abu Bakr berkata: "Wahai Umarsila duduk" Namun Umar
enggan untuk duduk. Orang ramai pun melingkungi Abu Bakr dan
membiarkanUmar di situ. Abu Bakr berucap kepada sidang hadirin dengan
katanya: "Adapun selepas tahmid dansyukur maka ingin ku menyebut di
sini, sesiapa di antara kamu yang menyembah Muhammadsesungguhnya
Muhammad telah mati dan sesiapa yang menyembah Allah maka sesungguhnya
Allah ituhidup dan tidak akan mati ".Kemudian beliau membaca ayat
Allah:"Muhammad itu tidak lain hanyalah seorang Rasul, sesungguhnya
telah berlalu sebelumnya beberapaorang Rasul. Apakah jika dia wafat atau
dibunuh kamu berbalik ke belakang (yakni murtad). Maka sesiapayang
berbalik ke belakang, maka ia tidak dapat mendatangkan mudarat kepada
Allah sedikit pun, danAllah akan memberi balasan kepada orang-orang yang
bersyukur".
Ali-Imran : 144Kata Ibn Abas: Demi Allah, di
masa itu manusia ramai bagaikan tidak mengetahui bahawa Allah
telahpunmenurunkan ayat ini kecuali setelah Abu Bakr membacanya, dengan
itu orang ramai pun menerima danmembacanya.Kata Ibn Al-Musaiyab: Umar
telah menyebut: "Demi Allah, sebaik sahaja aku terdengar apa
yangdiunggapkan oleh Abu Bakr itu aku terasa kakiku sudah tidak berdaya
lagi untuk berdiri, memanglah akuterus terhumban ke tanah sebaik sahaja
mendengar apa yang dibaca oleh Abu Bakr itu, kerana aku sudahdipastikan
dengan kewafatan Rasulullah s.a.w".KAFAN DAN PERSEMADIAN JASAD MULIA
BAGINDA KE PEMBARINGAN TERAKHIRTelah timbul perselisihan pendapat di
antara para sahabat sebelum urusan perkafanan mengenaipersoalan
khalifah. Berlakulah perbahasan dan perdebatan di antara kaum Muhajirin
dan Al-Ansar dihalaman rumah Banu Saadah yang mana akhirnya mereka semua
bersetuju melantik Abu Bakr sebagaikhalifah Rasulullah s.a.w.
Perbahasan ini memakan masa hingga ke akhir hari Isnin, malah hingga
masukke malam berikut menyebabkan orang ramai turut sibuk. Pengkembumian
jasad Baginda tertangguhhingga ke malam Selasa malah hingga menjelang
subuh hari berikut, di mana jasad Rasulullah s.a.w yangpenuh berkat itu
terletak di tempat tidurnya, tertutup dengan kain menyebabkan ahli
keluarga Bagindamenutup pintu rumah.Di hari Selasa barulah diuruskan
mandi jasad Rasulullah s.a.w tanpa membuka bajunya, mereka yangbertugas
memandikan Baginda ialah Al-Abbas, Ali, Al-Fadhl dan Qatham (kedua-dua
anak Al-Abbas),Syaqran (hamba Rasulullah s.a.w), Usamah bin Zaid dan Aws
bin Khawli. Abbas, Al-Fadhl dan Qathammembalikkan badan Rasulullah
s.a.w, Usamah dan Syaqran menjiruskan air, Ali menggosoknya sedang
- 244.
Ar-Raheeq Al-MakhtumAws pula menyandarkan Rasulullah s.a.w ke dadanya.
Kemudian mereka semua mengkafankan jasadRasulullah s.a.w di dalam tiga
lapis kain kafan berwarna putih tenunan dari Al-Yaman, tidak berbaju
atauberserban. Dikafannya jasad Rasulullah s.a.w ke dalam ketiga-tiga
lapisan kain kafan tadi dengan cermatdan penuh hemat.Di saat pekebumian
sekali lagi kaum muslimin berikhtilaf tempat persemadiannya, namun
kesudahannyaAbu Bakr bangun dan berkata: "Sesungguhnya aku telah
mendengar Rasulullah s.a.w pernah berkata:Tidak dimatikan mana-mana nabi
kecuali di tempat itulah ia disemadikan". Justeru itu maka Abu
Talhahpun mengangkat tempat tidur Rasulullah s.a.w dan digalinya lubang
sebagai kubur berliang lahad.Sebelum itu kaum muslimin masuk membanjiri
bilik Rasulullah s.a.w dengan bertali arus sepuluh selepassepuluh,
menunaikan solat jenazah, masing-masing tanpa imam. Mula-mula sekali
Bagindadisembahyangi oleh keluarga Baginda, kemudian Muhajirin diikuti
oleh Al-Ansar. Kaum wanitabersembahyang selepas kaum lelaki diakhiri
oleh lapisan kanak-kanak.Kesemuanya ini diselenggarakan pada hari selasa
sehari suntuk, malah hingga ke malam Rabu. KataAisyah: "Kami bagaikan
tidak menyedari pengkebumian kecuali setelah kami terdengar suara
cangkulmenggali tanah di tengah malam yakni malam Rabu.MUHAMMAD
SALLALLAHU ALAIHI WASALLAM NABI YANG TERAKHIRNabi Muhammad Alaihi
Wasallam ialah Nabi yang ter-akhir dan tidak ada Nabi selepasnya. Ini
adalahkata sebulat suara umatIslam (ijma). Di dalam agama pula dikenal
dengan suatu perkara yang mestidipercayai (Aqidah). Sepotong Hadith Nabi
yang bermaksud:"Aku dan Para Anbiya sebelumku ibarat satu bangunan yang
dibina oleh seorang laki-laki. Lalu iamembinanya dengan baik dan
dipercantikkannya kecuali pada tempat sekeping batu-bata pada
suatusudut. Maka orang ramai datang mengelilinginya dan kagum melihat
dan berkata mengapa tidakdiletakkan seketul batu-bata di tempa yang
kosong itu, maka akulah batu-bata itu dan akulah penyudahsegala
Nabi".Pertautan dan hubung-kait dawah Nabi Muhammad Alaihi Wasallam
dengan dawah para Anbiyaterdahulu adalah bertujuan memperkuat dan
memperkemas atau sebagai kesimpulan dan penutupan,sepertimana yang dapat
difahamkan dari Hadith yang tersebut di atas. Ini tegas sekali bila
melihat dimana dawah para Anbiya seluruhnya bersendarkan dua asas yang
penting:1. Aqidah kepercayaan.2. Perundangan dan akhlaq.Dari segi aqidah
kepercayaan langsung tidak berubah sejak Nabi Adam Alaihi Sallam
hinggalah ke zamanNabi Muhammad SallaLlahu Alaihi Wasallam, Nabi yang
terakhir, iaitu kepercayaan kepada Allah YangEsa. Mensucikan Allah dari
sifat- sifat kekurangan dan percayakan hari akhirat, hisab amalan
manusia,syurga dan neraka. Tiap Nabi menyeru kaumnya kepada kepercayaan
tersebut dan tiap Nabi jugamenyokong dan menegaskan apa yang dibawa oleh
Nabi yang terdahulu darinya.Rangkaian pengutusan para Anbiya
sekeliannya menunjukkan kepada kita yang nabi-nabi semuanya diutus
supaya menyeru manusia ke arah keimanan dengan Allah Azza wa jalla Yang
Esa, seperti yangdinyatakan dalam kitabNya: Yang bermaksud:"Diturunkan
kepada kamu sekelian agama sepertimana yang diutuskan kepada Nuh dan
yang diwahyukepada seperti juga yang diutuskan kepada Ibrahim, Musa dan
Harun agar kamu menegakkan agama danjangan berpecah-belah kerananya."
Asy-Syuura 42 : 13
- 245. Ar-Raheeq Al-MakhtumMalah langsung
tidak tergambar kepada kita yang seruan para Anbiya itu akan berlainan
di antara satudengan yang lain mengenai soal aqidah, sebab soal aqidah
adalah soal berita dan perkhabaran dan tidakakan berlainan perkhabaran
dan berita dari seseorang itu sekiranya perkara itu benar. Tidak
diterima olehaqal manusia bahawa Allah telah mengutus seorang Nabi
mengatakan Allah itu tiga-Maha Suci Allah,kemudian diutuskan seorang
Nabi lain mengatakan bahawa Allah itu Esa dan kedua-dua perkhabaran
itukemudian dianggap benar belaka. Ini tidak mungkin berlaku. Ini
bersangkut dengan aqidah, bersangkutdengan tasyri (perundangan).
Perundangan (ahkam) ini pula bertujuan mengatur penghidupan
sesebuahmasyarakat. Peribadi manusia adalah berbeda kualiti dan
kuantitinya sesuai dengan pengutusanseseorang nabi itu, sebab tasyri itu
bukanlah untuk menyampaikan perkhabaran dan berita semata-matatetapi
bertujuan untuk mengadakan dan mewujudkan masyarakat yang sempurna.
Sudah barang pasti dimana masa dan keadaan sesuatu kaum itu memberi
kesan dan pengaruh-pengaruh terhadapperkembangan perundangan sebab
timbulnya undang-undang itu adalah demi muslihat dan kepentinganserta
faedah manusia. untuk dunia dan akhirat. Pengutusan nabi-nabi yang
terdahulu adalah semata-mata untuk kaum itu sahaja tidak merupakan
pengutusan yang menyeluruh. Justeru itu makaimplikasinya terhadap
perundangan tasyri adalah nyata sekali. Umpamanya pengutusan Musa
AlaihiSallam kepada Bani Israel adalah untuk bangsa dan zaman itu
sahaja. Dikatakanundang-undang yangditurunkan untuk Bani Israel itu
sesuai untuknya kerana undang- undang itu nyata keras danmemangsesuai
dengan bangsa yang bersifat keras kepala. Apa yang dibawa oleh Nabi Isa
pula adalahsederhana sedikit dari apa yang dibawa oleh Nabi Musa tadi.
Perkara ini nyata sekali kalau diperhatikanapa yang ditegaskan oleh
Allah dalam kitab Al-Quran Yang bermaksud:"Membenarkan apa yang
dihadapanKu iaitu Kitab Al- Taurat dan menghalalkan separuh dari apa
yangdiharamkan ke atas kamu dahulu. "
Ali-Imran 3 : 50Apa yang
dibawa oleh Nabi Isa adalah membenarkan dan menegaskan apa yang dibawa
oleh Al-Taurahmengenai soal aqidah dan kepercayaan, dan yang bersangkut
dengan hukum tasyri ada sedikitperubahan iaitu kelonggaran dari yang
dahulu. Kesimpulan yang dapat kita ambil dari sini ialah, tiappengutusan
itu mengandungi aqidah dan tasyri. Kepercayaan dan aqidah yang dibawa
oleh seseorangNabi itu fungsinya menguat dan menyokong aqidah Anbiya
yang terdahulu. Sedangkan syariat pulafungsinya membatal dan memansuhkan
syariat para Anbiya dahulu dan kadangka lanya menyokongyang lama.
Justeru itu maka tidak ada agama dan aqidah Ilahi berbilang-bilang dan
beranika corak tetapisebaliknya terdapat berbagai syariat Ilahi yang
kemudian memansuhkan yang dahulu dan yang baharumembatalkan yang lama,
hinggalah sampai kepada syariat yang terakhir disudahi dengan Nabi
yangterakhir. Aqidah dan agama yang benar itu satu. Tiap Nabi dan Rasul
yang diutuskan mulai dari AdamAlaihi sallam hingga ke Nabi Muhammad
semuanya menyeru manusia kepada agama yang satu iaituagama Islam.
Lantaran Islam maka diutuskan Ibrahim, Ismail dan Yaqub Alaihi sallam
seperti firmanAllah: Yang bermaksud:"Sesiapa yang enggan dengan agama
Ibrahim kecuali manusia yang memperbodohlcan diri sendiri, Kamitelah
pilihnya di dunia dan sesungguhnya di akhirat dia adalah dari golongan
salih. Ketika Allahmenyerunya supaya beriman (menyerah diri kepada
Allah) jawabnya; telahpun aku serahkan dinkukepada Allah Tuhan sekelian
alam dan Ibrahim telah berwasiat kepadaanak-anaknya, demikian pulaYaqub
dengan katanya: Hai anakku, sesungguhnya Allah telah memberi untukmu
agama dan jangansekali-kali kamu mati kecuali kamu adalah orang Islam."
Al-Baqarah 2:130 - 132Dengan aqidah inilah juga Allah mengutus Nabi
Musa kepada keturunan Israel di rnana Allah telahmenceritakan tentang
ahli sihir Firaun yang telah beriman dengan Nabi Musa.Firman Allah Yang
bermaksud:"Ahli-ahli sihir itu menjawab: sesungguhnya kepada Tuhanlah
kami kembali. Dan Kamu tidak membalasdendam dengan menyiksa kami,
melainkan kerana kami telah beriman kepada ayat-ayat Tuhan kamiketika
ayat-ayat itu datang kepada kami. Ya Tuhan kami, limpahkanlah kesabaran
kepada kami dan
- 246. Ar-Raheeq Al-Makhtumwafatkanlah kami dalam
keadaan kami menyerah din kepadaMu."
Al-Araaf 7:125 - 126Dengan
aqidah ini jugalah Tuhan mengutus Isa Alaihi sallam, di mana Tuhan telah
menceritakantentang kaumnya yang telah beriman dengan ajaran yang
dibawanya. Firman Tuhan Yang bermaksud:"Para hawariyyin (sahabat-sahabat
setia) menjawab: Kamilah penolong-penolong (agama) Allah. Kamiberiman
kepada Allah dan saksikanlah bahawa sesungguhnya kami adalah orang-orang
yangmenyerahkan din."
Ali-Imran 3 : 52Mungkin ditimbulkan
pertanyaan. Kenapakah rnereka yang mengaku sebagai pengikut-pengikut
NabiMusa mempunyaiaqidah tersendiri ddak kena mengena dengan aqidah
keesaan yang dibawa oleh paraAnbiya? Dan mengapakah mereka yang mengaku
sebagai pengikut Nabi Isa menganuti suatu aqidahyang tersendiri? Sebagai
jawapannya kita sarankan dalil Al-Quran: Yang bermaksud:"Sesungguhnya
agama di sisi ALlah hanyalah Islam. Tidak berselisih orang-orang yang
diberi Al Kitabkecuali setelah datangpengetahuan kepada mereka, kerana
berdengkian di antara mereka."
Ali-Imran: Ayat 19Dan tegas Tuhan
lagi dalam surah ASy-Syura Yang bermaksud:"Dia telah mensyariatkan bagi
kamu tentang agama apa yang tehh diwasiatkanNya kepada Nuh dan apayang
telah Kami wahyukan kepadamu. "
Asy-Syura 42:13"Dan mereka
(abli kitab) tidak berpecah-belah melainkan sesudah datangnya
pengetahuan kepadamereka kerana kedengkian antara mereka. Kalau tidak
kerana suatu ketetapan yang telah ada dariTuhanmu dahulu nya (untuk
menangguhkan azab) sampai kepada waktu yang ditentukan, pastilahmereka
telah dibinasakan. Dan sesungguhnya orang-orang yang diwariskan kepada
mereka Al-Kitab(Taurat dan Injil) sesudah mereka benar-benar berada
dalam keraguan yang mengejutkan tentang kitabitu."
Asy-Syura
42:14Para Anbiya diutuskan bersama-sarna mereka yang Islam, agama yang
diakui oleh Allah. Ahli Kitabmengetahui bahawa agama itu satu dan
diutuskan nabi-nabi untuk memberi sokongan kepada nabi-nabiyang
terdahulu.